31 August 2009

GEMOKKKKK

.


aku dah gemokkk.
yeye.
eceh.tetibe sonok sbb gemok lak kan.
tp mmg sonok pon.


sebab sjak 2tahun yg lepas,
cita2 ku adalah untuk menjadi seorang gemok yg berkaliber.
gemok tu dah tercapai.


tang berkaliber tu,
belum lagi la kot.




lihat,lihat.
aku sudah tidak menjadi papan lagi.
aku sudah menjadi besi.


mari lihat gambar semasa aku masih di zaman kepapanan.


.




maaf.
gambar aku seketol takde.
dah ilang masa format lappy dulu.
jadi terpaksa letak gambar aku bersama ketol-ketol yg lain.
                                   cumilkan mereke? :D


nampak tak perbezaan.
aku dah gemok sikit kan skang?
sila ckp ya sekarang, sebelum saya terjun longkang di tepi rumah saya.


sbnanya, aku bukan tak bersyukur.
cuma aku RIMAS.
dgn orang2 sekeliling yg suka sgt ckp aku kurus.
eh silap.
orang2 sekeliling yg suka ckp aku kurus sgt.


sbnanya, aku tak kesah pun tentang diri aku.
asal aku bahagia sudeyy.
tapi mereke2 ini membuatkan aku kekadang macam ilang keyakinan diri.
kepada mereke2 tu,


'aku tau korang jeles kan, aku dpt pakai baju saiz xs tapi korang takleh, kan, kan???'


ok, maaf.
aku emo.


.


tapi skang, aku rasa mcm aku da gemok sbb,
suar jeans aku cam da ketat.
hiks.
yelah.
dok rumah, kalau tak makan, aku bersantap.
kalau tak bersantap, aku melahap.
jadi kegemukan melanda lahh.
satu fakta mengenai aku:hobi aku adalah MAKAN.
aku makan bila boring.
bila tak boring pun makan gak.


hihihi


sbb tu la aku cukup ANGIN bila org ckp,


'eh, kurusnye koo, ko tak cukup makan ke?'


hisssss.
mmg aku tak cukup mkn sbb ko kedekot tamo blanje aku.
haa.


terus terdiam mereke2 ini bila aku ckp camtu.
eh, suke ati aku la kan aku nak kurus.


.


satu lagi,
kalau aku gi umah orang,
aku dah kenyang, jadi aku tak mkn or aku mkn sikit je.
mesti tuan umah ckp.


'ohhh, diet la niii'


eh, heloo.


aku xpenah2 LANGSUNG diet seumur hidup aku.
suma benda aku tibaii.
taktau la nape aku terasa sgt klu org ckp aku on diet.
sbb aku ni mmg kaki makan.


tp susah nak gemok, nak wat cmne.
klu aku amek nasik, mmg penuh sepinggan dan pelbagai jenis lauk pauk.
aku tak peduli klu mknn tu menyebabkan jerawat ke ape ke.
aku sapu sume.


hihi.


slalunye yg ckp aku on diet ni, macik2 la.
takpun mak2 sedare aku.
bagi aku, rezeki jgn ditolak.
takde makne la nak diet2.
rugi besar bg seorang yg tamak haloba mcm aku ni.


heheheh.


.


tapi kan,


betul la kata org MANUSIA TAK PERNAH BERSYUKUR.
sbb skang aku rasa muka aku dah mcm sin chan.
aku da puas hati dgn figure aku tp muka mcm buah tembikai lak.
tapi muka aku takde la berbelang cam tembikai tu kan.


.


lihatlah wajahku di zaman remaja dahulu.
skang ni dah tak remaja dah.
dah jadi remaja berusia je.


.masih nampak shape muka ku walaupun masih mengembang dgn jayanya.


-maaf gambar2 ni masa zaman jahiliah-


.


.


ok. jgn pcaya dgn kecerahan kulitku ini.
berterimakasihlah kepada cahaya matahari yg melalui tingkap itu.


.ok. skang mari lihat gambar ku di zaman moden pula.


.


dalam proses pengembangan.


beberapa minggu yg lalu.


*skang*


nampak tak??


nampak tak pipi aku tu?


nampak tak muka aku tu?


mcm dah teruja sgt nak klua dari tudung tu.


betul ckp enchek boyfie.


pipi aku sudah berat.
kalau aku jalan pun, mesti muka aku tertunduk kebawah kerna terpaksa menanggung muatan lemak di pp ku itu.


eceh.
tipu kan aku ni.
padahal aku jalan tunduk sbb memberi tunduk hormat kepada makcik2 tua.


tipu lagi.


DAN kali ni, org dah start ckp aku makin berisi.


ngeh2.


.


jadi,


terpaksa senyum tayang gigi supaya dagu nampak lebih panjang jadi memberi efek bujur di muka.


tapi malangnya masih tidak menjadi.


lemak2 di pp itu sungguh degil seperti ku.


. jadi, untuk memberi penghargaan kepada semua yg sudi membaca dan menatap mukaku yg memualkan ini.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
hayatilah lobang idung ku ini dgn penuh kenikmatan.
*abaiku kerongsang yg senget menget serabutserabai itu*
bye2.
.
p/s: motherfisher betolah blogspot nehh. asik2 jadik dabel spacing. sakit mata aku.


















































































































29 August 2009

mls update.

.
.
dok godek2 laptop tetibe jumpe gambo ni.
nenek kebayan yang bijaksana bersama pengemis muda yang berjam mahal.
dan juga tuan puteri yg jelita.
jes: u owe me bigg time.

27 August 2009

2nd interview #4


ok
disebabkan atas desakan peminat fanatik,
aku pun nak sambung lah stori aku ni.
ape?
nak tembak aku?
haa.. tembaklah kalau berani,
nanti cita ni akan bersambung lagi.
ekekekekek.
.
selepas je si big boss masuk opis,
aku dgar dia panggil uncle tu masuk opis dia.
uncle tu dari ceria terus bertukar ke serius giler.
masuk opis die,
pastu keluar gi mane tah sambil call seseorang.
.
pastu tibalah turn aku.
dia panggey aku masuk.
huhuhu.
nebes gak.
tah time bile tah vijay muncul n duduk seblah aku kat dlm opis dia tu.
.
die tanye
'pa habaq?'
'baik'
.
pastu dia tgk form aku.
die tanye,
dgn kelulusan aku ni aku nak mintak keje ape?
aku ckp la cikgu.
tapi intake jan 2010.
.
pastu die kata,
ohh, jadi beberapa bulan je la awak duk sni ye, pastu sy kna cari org len pulak lah ye?
.
oopps.
aku silap jwb daa.
.
pastu aku kaver balik,
aku cakap, bukan senang nak dpt KPLI skang.
ramai sgt yg apply.
.
pastu dia angguk.
dia tgk borang keja yg aku isi dulu tu.
.
'so, i heard from vijay that ur good'
hah.
aku nak jawab mende kan.
aku sengih je lah.
xkan aku nak nek atas meja dia sambil memekupkan mulut sambil meng uar-uar kan kepada semua pekerja sekalian yg aku ni bagus.
oh, tidak.tidak.
.
'i don't know you because this is the first time we met.'
''vijay told me about you and i hope that he's right'
aku diam je lah.
die yg byk bercakapnye.
.
pastu die tanya aku, aku tau ke keje aku ni camne.
'i believe vijay has explained to you about this job'
aku ni tetibe lupe lak ape yg vijay dok terang kat aku ritu.
huuhuh.
pastu aku cakap la keje ni aku kne wat report writing, kumpulkan data2 dan jugak melibatkan ISO.
.
pastu dia kata tu basic je.
tapi tak semudah itu.
aku kene handle bukan satu department je.
tapi sume department.
bahagian teknikal lah, lagi ape lagi tah.
.
kire bukan sekadar clerical work sahaja.
aku kna observe org keje and catit amende tah nye.
huhu.
tengok.
aku lupe lagi.
.
sbb die membebel byk pasal keje tu.
jadi aku lupe.
nampak je muke kompiden dengar tapi aku dok perati muka dia, badan dia.
kat muka dia, kat dahi ada macam tanda lebam tu.
musti rajin semayang ni.
huhuh.
.
sijil-sijil aku die tak tgk pun.
pastu die tnye aku bachelor major in ape.
aku pun ckp la course aku.
die mcm terkezut,
die kata
not bad.
sbb die mg tercari2 bla bla bla..
(malulak rase nak masuk bakul angkat sendiri)
huhuh.
.
sbb die kate sume keje2, emel2 dari company2 laen, report writing, data, in english.
keje aku adalah cakap 'ok' dan mengangguk tanda paham yg amat sgt.
padahal aku da bosan sbb tunggu lama td.
.
pastu dia cakap la,
walaupun aku takde pengalaman,
vijay leh ajar aku.
iso tu lak, die sendiri akan ajar aku.
huhuh.
.
die ckp,klu performance aku bagus,
mungkin leh naek lagi pangkat.
.
die byk membebel pasal skop keje kerani tu.
tanya aku sikit2 je.
.
pastu tetibe hp vijay lak berbunyi,
yg si vijay ni takut2 dah sambil lari jauh2 nak jwb call.
.
bleh nampak dow muke bengang boss ni
haa..
ada sekali tetiba fon die berbunyi.
'i've told you right, im intervewing some1 right now,only call me if its reli important!'
hempas fon lagik.
aku rasa mungkin company tu terpaksa menanggung kos penukaran telefon baru setiap bulan.
.
pastu die kata
'i think that's all'
'i can see that you can communicate well which is important if ur hired'
communicate well amende nyee.
aku bcakap bape patah je.
die je dok berletiaq sorang2.
aku just,
'ooooo'
'ok'
'i see'
sambil mengangguk2 pale.
pastu adela aku dok merepek sikit2 bile die tanye.
yela, takkan bile die tanye aku pun,
aku nak balun cakap 'ooo, ok' sambil angguk2 kan.
mau kne tindih dgn perut die.
.
tapi memang takde la aku cakap cam ape yg aku blaja cmne nak jwb intebiu dgn btol.
sbnanye aku da plan.
bile die tanye pasal aku yg takde pengalaman keje ni, aku nak jwb yg aku tak kisah belajar dr bwh bla bla blab bla.
tp bile die ckp,
'u have no working experience at all?'
aku just ckp 'yes'
pastu terkelip2 bijik mata.
aku nak ckp mcm yg aku plan tu,
tp ttbe rse cm berat mulut lak.
muahahaha.
.
pastu last die tanye,
any last questions?
kaklong da ckp,
spatotnye aku ckp, aku sgt berharap utk bekerja dgn kompeni dia, dan berterima kasih sbb die sudi intebiu aku bla bla bla.
.
pastu nak tau aku p ckp ape?
buleh lak aku pi ckp pasal gaji.
gi tanye die max gaji aku leh dpt bape.
nmpak sgt la aku ni mata duitan.
padahal vijay da terangkan ritu range gaji aku antara 800-1000
.
die pun mcm terkedu gak la ble aku tanye cmtu.
hehehe.
pastu die cakap la, yg pasti die akan bg yg berbaloi la.
xkan bg below 800.
.
hahaha.
aku kompom aku tak dpt
sbb aku ni dah jelas sorg yg mata duitan.
.
pastu aku pun blah ar dr opis die.
ingatkan vijay nak iring aku.
rupenye tak.
ye ar, kan boss die ade.
huhuhu.
dah la aku lupe jalan kuar.
kompius btol aku lalu kat kotak2 besar tu.
aku dgn muka kompiden gi lalu ikut jalan mane ntah.
pastu mule la terhegeh2 sbb tak jumpe pintu kuar.
ingat nak tanye je pekerja2 situ.
.
pastu tetibe, ada sorang ni die panggey aku dr opis.
'dik, dik, tadi masuk ikot pintu mane? pintu depan tu ka?
aku ni malu gile.
pura2 gelak dgn ayunye ckp lupa jln sbb kompius.
pastu die iring aku kua sampai la betul2 luar.
ala. tunjuk je jalan, aku reti la jln kuar.
tapi dah die nak wat rajin kan.
aku folo je ah.
.
mase nak lalu tu kan,
ade kotak2 roda ke amende tah.
and ramai gakla org.
bleh lak die ckp
'beri laluan,beri laluan'
dgn kuat skali.
adoi la.
mungkin kemaluan sudah sebati dgn diriku.
eh, mmg da sebati pun kan bg semua manusia.
eh. eh.
ok.abaikan.
.
pas tu, aku dgn kaklong dok melilau2 di bandar kulim.
tepat kol 1,gi jemput mama kat spital.
dan aku dgn selamba lalu kat jalan ambulans.
huhuh.
.
muke puas sbb berjaya intebiu dgn bosannye dan drive dgn jaya nya.
.
END.
.
bersambung di musim yg kedua.
.
eceh.
takdela.
takde sambung2 dah.
sbb aku rasa aku tak dapat.
takpee,
yg penting,
pengalamann..
hiks.
.
terima kasih buat sume yg sudi membaca
:)

26 August 2009

2nd interview #3

ook.
jum kite sambung kisah intebiu aku.
aku ingatkan takde sape pun yg bace kisah aku ni.
rupenye ade jugak.
ouh.
terharu sungguh.
sebagai balasan atas kebaikan korang,
nanti raye, korang kne bagi aku duit raye k.
.
ok.
pas aku ready sume,
aku pun bertolak lah ke kilang tempat keje aku tu.
aku drive, kak long duk sebelah.
memule cam nebes gak la kan.
tapi sebab aku dah biase drive kat kawasan kilang tu,
jadi takla risau sangat.
.
jadi, driving,
takde masalah bagi aku.
sampai sana dengan selamatnya.
alhamdulillah.
bila sampai, park tepi kilang tu.
kak long nak tunggu dlm keta je.
.
jadi aku pun dgn jalan dgn tak berapa ayunye masuk ke kilang tu.
nak masuk tu, kena mintak pass dulu kat guard.
pastu guard tanya apa tujuan aku.
aku cakap nak intebiu.
guard pun kol pejabat tanya, dan aku dibenarkan masuk.
aku pun masuk la.
tunggu kat lobi.
.
memule tu nebes ah kan.
sejuk gile ah aku rasa.
walaupun ekon dorang tak pasang.
tapi aku rasa sejuk.
.
.
.
.
.setengah jam berlalu.
.
aku dah bosan nunggu.
takde sape pun datang kat aku.
kat bilik sebelah tu aku bleh nampak la ada cina-cina (mungkin boss kot) sdg berbincang amende tah.
aku takde keje, aku perati je dorang.
seblah lagi bilik ada penuh dgn makanan-makanan ringan dalam plastik.
em..
mungkin dorang nak buat parti ke atau jamuan kot.
.
hurm.
bosan btol nunggu.
dan aku dah mula rasa panas.
dah berpeluh-peluh dah.
nebes tu dah ilang dah.
aku tengok ada dua orang keluar masuk dari opis utama tu.
lobi ni bersambung dgn opis utama.
jadi kalau staff nak kuar, lalu lobi dulu lah.
kira nampak lah aku dok tercongok kat situ.
.
dari yang drebar tu klua, anta barang,
sampai drebar tu da pulang,
aku still dok kat situ lagi.
dan dia dgn baik hatinya telah meng switch on kan ekon utk aku.
.
aku busan, aku men hp.
nak msg, kedit takde lak.
pastu dok belek-belek sijil aku.
pastu aku tengok ramai staff2 cina pompuan kluar masuk dok bawak junk food tuh.
sah-sah dorg nak wat party.
sume wat bodo je kat aku.
aku pun wat bodo jgak ar kat dorg.
aku humming sorang2.
.
45min berlalu....
.
.
mmg aku da bosan tahap cipan dan bengang tahap cipan bunting kembar tiga dah.
bosan dow tunggu.
pastu tetibe ade sorg laki cina ni masuk.
dia galas beg.
pastu tunggu gak kat lobi tu.
em.
mungkin dia nak intebiu skali kot.
aku tgk dia, ingat nak senyum
tgk dia pun menyombong.
oh. ok.
aku pun menyombong gak la.
.
lepas 15min.
masuk sorang laki ni.
berkulit gelap, berbadan gempal.
dalam hati aku ckp,
tah-tah, ni kot encik azman, boss yg nak intebiu aku tu.
sbb kak long ckp, encik azman ni badan besar and mamak.
.
pas dia masuk tu,
dia masuk ke opis jap.
pastu kuar balik.
pastu dia tego cina tu.
dia kenalkan diri sbg azman.
haa.
sah dah tu yg nak intebiu aku.
aku dah setat nebes balek.
.
tapi dia intebiu cina tu dulu.
hm.
aku yg sampai dulu, ok.
.
dia suh cina tu masuk dalam bilik intebiu tu.
pastu azman ni kol sapa tah.
aku pun pasang la tinge.
'u dah forwadkan ke emel tu ke sarah??'
'forwadkan ke michelle??? kan i suh forwadkan ke sarah?'
'kalau i suh forwadkan ke sarah tu, forwadkan ke sarah la!!'
terus dia hempas telephone.
fuhh. tkezut aku.
kuat lak tu dia hempas.
huhu.
nampak cam garang ni.
pastu, dia masuk bilik intebiu tu.
intebiu cina tu.
bilik tu yg jenis see through.
jadi aku nampak la kan melalui pintu kaca tu.
.
hm.
lama gak la dia intebiu cina tu.
tetiba, ada sorang india ni kua dari opis.
macam kenal.
ooo, dia ni la vijay, engineer yg intebiu aku ritu.
dia nampak aku, dia senyum kat aku.
dia tanya aku ingat lagi tak kat dia.
aku ckp musti la ingat.
dia kata, sori la dia tak ingat nma aku sbb rmai gak yg intebiu.
dia pun duduk la tepi aku.
dia tanya, dah lama ke tunggu.
baru je nak duduk tu.
tetibe encik azman ni, tetibe kuar dari bilik intebiu tu
'hey,dont waste ur time, go and do ur work!'
.
terkujat aku.
c vijay pun terkejut, cepat2 dia bangun sampai pi langgar meja kaca kat lobi tu.
huhuhu.
'er, no boss, dis is the girl that i've been telling you. she came for d 2nd intebiu'
.
si singa balas.
'no, no . i dont care, go and do your work'
'but boss, i've interviewed her that day'
'ok. take her to my office'
.
aku ni takut btol tgk boss yg garang camtu.
cepat2 bangun n ikut vijay.
vijay ckp, tu la boss dia.
pastu borak2 sikit dgn vijay.
vijay yg byk tanye.
aku ni iyekan je.
masih lg terkezut dgn kegarangan boss itu.
.
dlm perjalanan ke opis boss tu,
aku lalu la kat tempat membuat roda..(kan kilang tu kilang buat roda)
gelap je kat citu.
sume sedang bekerja dgn tekun.
hehehe.
.
pastu masuk dalam opis ni.
adala lebih kurang 8 meja kot.
ada dua org tga wat keje.
vijay suh aku dok kat satu meja ni.
dia cakap nanti boss masuk, ikut boss masuk bilik dia.
pastu vijay kasik la borang keje yg aku isi dulu tu.
aku tengok la yg bahagian last yg diisi oleh pihak intebiu tu kan.
sume aku dapat penuh.
hehe.
KECUALI
pengalaman keje.
sob2.
.
pastu vijay tinggalkan aku, dia g kuar mane ntah.
meja dia pun kat situ gak la.
ada dua org kat situ.
sume senyap je wat keje.
bagus2.
hehe.
.
pastu bermulalah sesi menunggu aku lagi.
aduhh.
sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan.
.
sementara tunggu tu,
aku belek2 la meja tu.
ada komputer, ada fail-fail.
aku tak berani la nak godek2 pc tu sbb ada org.
hehe.
tapi aku tgk gak la kat pc tu, ada tak icon internet explorer.
hehehe.
tuh penting tuuu.
sambil tu tertanya2 gak.
meja sape la ni yg aku duduk.
.
da busan menunggu, aku pun men pusing2 kat kusi tu.
bunyi la.
eeekk...ukkkk..
hehe.
aku pun senyap la.
sbb cam bising je kusi tu.
pastu aku tgk kat luar opis tu.
opis ni berdinding kan kaca so bleh nampak luar.
kat luar leh nampak la org dok wat roda.
kire, opis ni di tengah-tengah tempat pemprosesan roda.
.
bosan nak mampus tunggu.
aku baca abes apa2 yg tersangkut kat dinding tu.
hhihihi.
nak dekat 35min gak la nunggu.
.
tetibe masuk uncle india ni.
dia dok kat meja dia.
dia borak2 dgn aku.
aku pun layan jee.
dah la busannn.
rupa-rupanya dia bekas jiran aku dulu.
skang keje engineer kat citu.
pas abes dip. dia keja.
and then smbung plak degree kat usm.
sembang-sembang dgn dia.
sempat lagi dok bergosip.
.
meja dia kat ujung sikit.
so kuatkan suare la kan bile nak borak tu.
pastu aku tanye dia
'big boss nampak macam garang ekk'
.
baru je die nak jawab kan.
tetibe die cakap
'dia mai, dia mai'
.
aku ni diam terus lah
dan duduk dgn sopan.
hehe.
.
uncle tu pulak, tetibe je kalut menaip amende la kat keyboard tuh.
hihihi.
.
huu.
nebes beb.
.
die terus masuk je ke opis die.
aku kompius le.
aku nak mengekor die jugak ke.
skali die lempang aku sbb masuk tanpa diundang kang.
jadi aku pun dok mengeras la kat situ.
.
his. panjang dah cite aku ni..
.
akan bersambung....
.
ekekekekek





2nd interview #2


ok.
mari kita sambung kisah kemarin. ke semalam?
.
ha.
ni satu lagi yang aku kompius.
di sini yakni di utara.
kemarin bermaksud yesterday.
kemarin dulu pula bermaksud the day before yesterday.
manakala semalam, bermaksud last night.
.
tapi beza plak bila aku dgn kawan-kawan dari selangor, johor.
kemarin bagi mereka bermaksud, the day before yesterday.
semalam pula bermaksud yesterday.
malam semalam bermaksud last night.
.
hohoh.
pening kan.
masa memula aku keluar dari kedah untuk tinggal lama di selangor (uitm sa/ukm = 4thn),
aku pun pening.
bile nak cerita pasal something je,
mesti kekeliruan terjadi bila sampai tang part kemarin, semalam tu.
.
tapi bila aku dah terbiasa,
skang ni bila balik kedah,
adui, jadi kompius balik.
jadi nak kna tukaq balik la ke style kedah.
sampai skang tersasul-sasul.
sampai kekadang aku pun pening.
.
ok jum sambung kisah intebiu aku kemarin/semalam.
em. ttbe malas lak nak cite.
hihi.
aku cite on the next entry k.
muahx.

25 August 2009

2nd interview #1

.
.
in the previous entry, i've stated that i've been called by the company's engineer asking me to attend the 2nd interview on monday that was yesterday.
however, it was raining heavily so i couldnt make it to the interview.
actually, i was glad when the rain started to pour down because i have an excuse for not going to the interview.
well, excuse for abah kot because he kept asking me about the job.
i suddenly feel so malas to work.
hohoh.
.
i thought that the rain-excuse idea was pretty smart.
but i guess abah was smarter kot.
he called and ask me about it, and i, just like what i've planned, told him about the heavy rain, and how im going to go there, all my certificates will be wet, as well as me and kaklong since kaklong promised want to send me there by motorcycle.
.
abah insisted me to call the office and ask for a postpone.
so, i sadly called the office, and the interview has been postponed till tomorrow that is today.
.
fearing that the same problem will occur again,
abah sent mama with nissan, and left the cute kancil for me to drive.

aiyah.
so no more rain-excuse lah.
.
the interview was at 10am.
so i have to be there before 10 la.
great.
now i have two things to be nervous about.
1. the interview
2. driving.
.
so as usual, when i am nervous about something,
i will beraktanpahenti.
well, because i was nervous about two things,
my beraktanpahenti thing has doubled up.
after i have settled up my beraktanpahenti, i was ready to go.
.
to be continued . . .

22 August 2009

kreuk.kreuk.perotku berbunyik.

.
lagi sejam ke?
his.
lambatnyeee.
puas aku membeli belah makanan dgn abah dgn mama tadi.
aku tunjok ni, aku tunjok tu.
bukan ape,
aku tau, satgi lepas aku balik terawikh, kompom la perutku sayang ni akan lapar kembali.
jadi, apa lagi,
borong kuih ar bebanyak.
haha.
.
dulu time blajo,
takleh nak borong bebanyak sgt.
jimat lah katakan.
skang ni,
apa lagiiii.
.
hahah.
bile la adik aku nak balik ni..
rindu kat dia ar.
.
skang die tga posting kat kl selama dua minggu.
dapat dok vistana hotel slama dua minggu.
cis. tak aci betol.
.
ok.
nak pi tolong mama.
daaaa~

21 August 2009

aku cintakan kamu.

.
oh. aku cintakan mu wahai iwan.
jum kapel nak.
pastu aku nak geget-geget pipi kau sampai lebam.
.
geramnyer aku tengok ko senyum.

mungkin lepas ni kalau aku jumpe ko, aku akan awet ko, dan letak sebagai perhiasan di ruang tamu.


tough jugak badan ko ni ek.




ok,muka ku buruk.
jadi untuk mengelakkan korang muntah tengok pic aku
jadi aku crop.




ye lah.
kang klu aku letak muke aku skali,
of course la muke korang akan tertumpu kat aku je,
bukan budak kecik comotcomey ni.
ye tak? .
.
p/s: die kene panggey aku tok chaq..oh. watafak sungguh la. aku belum kawen pun, tetiba dah jadi nenek dah.






selamat berpuasa..

.
.
orang cakap dilarang bergambar tapi aku gedik gak nak bergambar.
.

selamat berpuasa sumee....

pasni mesti aku suke tgk rancangan masakan.

tula perangai aku.

klau aku dah start lapar, mula la aku nak tengok buku masakan, rancangan masakan,

hihi.

aku rasa macam kenyang je bila dapat tengok makanan sedap-sedap.

.

tadi, engineer tu kol aku.

suh pi lagi intebiu, bos dia lak nak intebiu aku.

huhuh.

memula dia suh datang petang ni.

tapi aku tipu cakap aku ada keja.

malas ar aku.

dgn tak ready pape pon.

so, isnin ni ar aku pi plak intebiu.

haha.

expected salary aku nak letak rm1000.

bleh tak?

ala. kerani je.

.
ok ah.
benci ah blogger ni.
bile aku letak gambar,
tetibe spacing dia jadi besar.
ok.
SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM.

20 August 2009

sehari selepas konvo

. aku suke pic ni, jadi tetibe nak letak. sorang muke masam mencuka, sorang sedang tersenyum bahagia.
keke.
.
bersama pensyarah aku. dr.zalina yang lambat membayar rm150ku (upah buat review novel) itu dan noraini yg juge bekas supervisor ku yg juge bg aku A- utk tesis aku. hik3.nak jugak cakap kan.
.

ni bersama rakanku yang paling hebat di alam semesta ini, saadah saadun yg juge merupakan research assistant kepade dr.noraini.
.
mmuahh untuk semuee.






konvokesyen.

.
soriii. gambo tunggang langgang.
malas plak nak edit.
hehe.
.
korang layankan je la gambo k.
.
























































































































first interbiu keje

.
tadi aku pi intebiu keje.
alah. keje biase-biase je.
saje aku nak cari pengalaman.
dan cari duit jugak.
poket udah kering.
.
jadi ni adalah first time aku mintak keja.
haha.
jangan terkozut haa.
aku memang tak penah keja lansung sebelum ni.
penah keja kilang.
sehari je, pastu benti sebab tak larat.
huuhuh.
.
jadi memandangkan ni adalah kali pertama aku,
mula la aku nak nebes gila.
walaupun aku apply kerani je.
sebab aku memang nak ada pengalaman keje.
pengalaman keje aku ZERO beb.
.
memang masa pagi tadi,
nebes gila weh.
keje aku dok berak je.
asal nebes je berak.
asal berak je kua taik.
ok2.
aku tanak terkeluar topik lak.
.
jadi aku pun prepare resume,
sijil-sijil sume.
taktau lah patut atau tak letak sijil degree aku.
patutnya bagi yang spm cukup la kan.
tapi memandangkan aku dah malas nak edit balik resume aku tu,
jadi aku buh skali la sijil degree dgn transkrip exam aku.
.
lepas prepare sume,
aku pun pegi lah ke kilang tersebut dengan kak long ku.
dia yang bagitau ada keja kosong kat kilang tu.
dulu dia keja situ.
.
aku ni asik nak terberak je.
nebess gile babeng ah.
.
pastu aku masuk, tunggu kat lobi.
datang pompuan ni, dia HR.
dia bagi borang ni utk aku isi,
sambil tu dia tengok sijil aku.
pastu aku boleh lak tak bawak pen.
hish aku ni.
.
then, dia bagi pen.
dia tengok sijil aku.
dia cakap, 'awak tau tak ni jawatan kerani saje'
aku cakap,'ye, saya tau, tapi memang saya nak keja, cari pengalaman'
pastu dok bersoal jawab sume.
dia macam terkejut la sbb aku xde pengalaman keje lansung.
.
pastu dia kuar borak dengan kak long.
dia kenal kak long.
aku dengar dia cakap, aku tak boleh kot
sbb pengalaman kosong,
sijil tinggi.
takut aku keja dua tiga hari, aku blah.
pastu leh lak die cakap kat kaklong.
'i dont know. maybe you should tell her about this.there's no one to train her.'
masa dia cakap tu, aku ada je kat seblah dia.
kenapa dia tak cakap terus je kat aku?
aku mcm kecik hati gak la.
pastu, dia kata kat aku, pi tunggu dalam.
tanak aku dengar la tuh.
.
aku pun tunggu ar dalam tuh.
sejam gak kot dok menunggu seko2,
masukla sorang laki india ni,
dia cek sijil aku,
dia cek satu-satu weh result uni aku.
every subject bebs.
.
pastu check sijil spm aku.
dia cakap la aku ni memang boleh la kalau nak buat english report sbb kerani ni dia byk keja dgn komputer dan masukkan data.
pastu kena byk communicate dgn customer dari luar negara.
TAPI, aku jugak kena handle dengan stok-stok yang berkaitan dgn ISO amende tah.
aku mana la nak reti oii.
dia kata mmg susah sbb takde sapa yang ada masa untuk train aku.
aku tak kesah pun.
tapi india tu memang baik gila.
cakap pun ok je dgn aku.
.
pastu dia kata nanti dia akan tanya boss dia camna.
boss dia ada kena jmpa customer so xdpt nak intebiu aku.
india tu engineer kat situ.
.
aku pun dah bersedia nak balik.
kaklong aku pun cita la kat aku apa HR tadi tu cakap.
dia kata, susah la sbb sijil aku strong.
aku pun nyesal la gedik buh sijil degree aku.
klu letak sijil spm je pun takpe.
tapi kaklong kata, spm pun takleh sbb spm aku pun ok.
jadi?? wth?
sijil ok pun susah??
aku rasa mungkin sebab aku takde pengalaman langsung.
jadi malas lah nak membazir masa nak ngajar aku lagik kan?
takpe, aku tak keciwa lansung.
balik tu trus melantak nasik kandar dgn kaklong.
hehe.
aku akan meneruskan pencarian.
abah ada satu jawatan kosong kat Pejabat Pos Malaysia KL yg sesuai dgn kelulusan aku.
keje kat bhagian komunikasi.
kene selalu gi conference merata2 seluruh negeri.
kompom kot aku tamau sbb jauh la dgn mama abah.
aku dah tamau dok jauh dgn dorang.
cukup la 4thn dok merantau negeri orang.
aku nak keje area kedah penang je. bleh??
aku tamau keje lansung,bleh??
hihi.
.
p/s: petang sikit aku letak cite konvo k.

19 August 2009

ter'gedik


.
gedik kan aku?
kekonon tanak letak lagi gambar konvo.
tapi aku dah teruja giler nak letak sangat,
jadi aku letak satu dulu k.
yang lelaen akan muncul esok.
.
kami berempat nebes tunggu turn, jadi camwhoring dulu.
.

dari kiri: shivani, anis, adah, n aku tak kenal sape.

ok.

bye.

dah balekkkkkkkk

.
letih ar.
byk giler gambar konvo mau upload.
sok k.
mlm ni nak prepare untuk intebiu sok.
bubbyeee.

17 August 2009

away.

.
esok nak pi ukm dahhh.
mahu berkonvo dengan riang ria.
babai kawan-kawaaaaaaaaaaaaaaannn.
mungkin tidak meng'online' selama beberapa hari.
muahh-muahh.
.

15 August 2009

wind one body.

awat takleh buat emel baru ha??
yahoo ni bengong ka apa.
menatang apa parental guide suma tuh???????
bengangggggg.
dahla kena bayar 5kupang dulu baru leh create account.
bongok ka apa?
tension.

14 August 2009

dah lama aku tak buat tag.

.

sekalung-kalung terimakasih diucapkan kepada cik eryati kerana sudi mengetag diriku, insan yang kurus lagi keding ni.
.

cik eryati, kenape yer, bila saye mengelik kepada award tersebut, tidak terjumpa pula award yg ditag kan.
jumpa award ni pulak.
takpe la kot.
asal award sudeyyy.
hihhihi
.

  1. You must thank the person who gives you the award.
  2. Copy the logo and place it in your blog. Link to the person who has nominated you for the award.
  3. Name 7 things about yourself that people might find it interesting

ooo. nak korek rahsia aku ekk.
takpe-takpe, untuk korang aku bukakan rahsia ku.
.
1. aku suka kucing. aku suka haiwan. penyayang yang sangat-sangat sampai kalau ada pet mati, boleh menangis 2-3 hari.
.
2. aku tak boleh tidur langsung kalau ada orang berdengkur sebelah aku. walaupun sangat slow bunyinya. aku berdengkur takpeee. hhihi.
.
3. aku suka keluar. maksudnya, keluar melancong ke, keluar rumah ke. walaupun abah nak isi minyak kereta pun, musti aku gedik nak ikut.
.
4. aku tak suka susu. aku geli geleman dengan susu. aku boleh muntah darah kalau terminum susu.susu pekat manis takpe.milo susu pun takpe. jangan susu SAHAJE.
.
5. aku tak suka tauhu. sama jugak macam susu. aku geli dengan rasa dia. walau tergigit sikit, terus aku rasa tak lalu nak makan apa-apa pun.
.
6. aku suka orang yang ingat nama penuh aku termasuk nama abah aku. :)) terasa diri dihargai.
.
7. aku tak suka orang yang jiwang leleh.
.
aku nak tag.
.
.adahku syg.
.anis.
.cda wakaka.
.cik suraya.
.cik intan.
.cik amy-adli.
.cik fzalah.
.miss oreng.
.
k tamat.
.
sapa yg rasa nak buat gak. silalah sila.

long sigh~~~~~~~

.
kawan-kawan aku yang disayangi.
ym aku dah takleh guna.
sob3.
.
pakcik ni tetiba bengang dengan aku
nak delete ym aku, myspace aku.
uwaaa.
myspace aku tak kesah sangat.
ni emel aku dia gi delete.
dahla aku dok guna emel tu dah 3 tahun dah.
;(
.
suma fs, fb, blog, ms pakai emel tu.
yg cari keja pun pakai emel tu.
.
geram tol aku dgn pakcik ni.
dulu tak penah amek port pun pasal mende ni.
ni tetiba jadi busybody lak.
.
takpe, nanti aku kasi id ym yang baru k.
kali ni kami kongsi id ni.
.
tetibe jadi over protective plak pakcik ni.
super duper over protective.
hish.
.
k lah
bye

13 August 2009

entri emo

.dgn ini mengumumkan bahawa aku telah selamat sampai di rumah.
.aku ingin memohon maaf kepada siti nur saadah dan suraya seman.
.aku tau, aku sepatutnye duduk lama sikit kat sana.
.tapi aku ni gedik sangat nak balik awal.
.marahlah aku sepuas hati.
.tapi walaupun guruh berdentum, akan ku redah lautan api untuk sahabatku tersayang.
.hm. macam tak kena ja, ayat atas ni.
.biarlah.
.yang penting aku nak cakap aku sayang korang k.
.
kepada adah,
.thanx sebab ko suke blanje aku.
.aku ni, taktau nak balas budi ko (mungkin aku akan sambung master utk membalas budi ko :D).
.dari dulu sampai la skang ko tak penah kedekut langsung dgn aku.
.terima kasih di atas layan tiptop ko dan ana sepanjang aku merempat dlm bilik ko.
.ana, baru ku sedar ko sangatlah kelakar.
.aku sangat enjoy dgar ko kecek klate.
.walaupun aku lampi sikit nak catch up maksud dia.
.aku harap ko akan nampak seksi dan elegan dgn kebaya putih dan heels yg menghairahkan itteww di hari konvokesyen.
.dan terima kasih sebab ko tidak memijak perut aku masa ko turun dari katil.
.adah, ko jangan marah aku tau sebab aku balik awal.
.aku takut sangat ko marah aku.
.ko wat the best untuk master ko ok.
.i noe u can do it.
.i lap yu poreber lah.
.jumpa 18ogos nanti.
.nasi goreng phat phit tu sedap.
.
su,
.su, aku tau ko blur-blur masa aku amek beg aku tadi.
.aku pun takut ko marah aku gak sebab aku balik awal.
.sori ek, sbb kacau ko tido.
.mesti ko takpaham pun aku dok merepek ape sekor-sekor tadi.
.aku baru perasan aku cakap laju tadi.
.thanx sebab masak bihun goreng sodap tu kat aku.
.buleh jadi menantu solehah dah ni.
.thanx sebab sudi memerempatkan diriku yang hina dina ini di rumah mu.
.thanx kat siah sebab goreng kentang dengan keropok kat aku.
.thanx.
.su, semoga ko berjaya dalam studies ko.
.siah pun sama.
.
p/s: di mana saja aku berada, aku tak suka tdo atas katil. aku suka tdo atas lantai. cam orang jepun.

jubah

.tadi aku gi amek jubah.
.dengan muka kompiden nye, aku sekor-sekor gi kaunter jubah tu.
.aku beratur la nak amek jubah tu.
.teruja je dok tunggu turn aku.
.tengok orang lain dapat jubah dgn topi.
.bila sampai turn aku, pakcik tu masukkan jubah dgn topi.
.sengih je aku dalam hati.
.'cantiknya jubah kaler pepel ni.nampak cam baru je dalam plastik'.
.kataku di dalam hati.
.dah berangan nak pakai time konvo nanti.
.bila dah dapat jubah dan topi yang dimasukkan ke dalam beg kertas ukm yang sangat elegan tu.
.aku pun nak blah ar.
.tetiba pakcik kaunter panggil.
.'eh, kamu fakulti mane?'.
.aku dgn bangganya menyebut. 'saya fssk (fakulti sains sosial kemanusiaan)'.
.'eh, ni untuk fst (fakulti sains dan teknologi) punye'. pakcikkaunter berkata.
.'nanti semua pakai jubah sama, ko sorang je lain'.
.aku dah malu tahap burung unta.
.terus tersengih-sengih pulangkan jubah tersebut.
.dan mengikut direction yang yang mengelirukan yang diberikan oleh pakcik kaunter, aku sampai gak ke kaunter fssk.
.dan dapatlah jubah kaler ijau lumut yang takbest ni.
.saiz M lak tu.
.labuh giler.
.kompom lar tak nampak kebaya aku nanti.
.takpe, asal dapat berkonvo dengan meriahnya nanti.
.kuikuikui.
.ok arh.
.ngantok dah neh.
.mo tido.
.nite.

12 August 2009

lalala

.skang aku mendarat di bilik adah pulak.
.aku memang suka berpindah randah.
.sok rehearsal konvo.
.aku memula bersemangat nak gi.
.tapi ramai lak sahabat-sahabat tak pegi.
.jadi aku tak pegi la.
.ngeehehe.
.bile ntah aku nak balik kedah ekz.

11 August 2009

dah sampai ukm. yeay.

.
.aku suda selamat sampai di ukm.
.dan selamat mendarat di rumah suraya seman.
.dengan jasa baiknya telah meminjamkan laptopnya kepadaku.
.ok.
.sok nak pi amek jubah dan apa-apa yang patut.
letih ah.
.nak tido.
.bye.

10 August 2009

ukm, here i come.

.
.esok pegi ukm.
.nak amek jubah dan transkrip.
.katanya jubah saiz s dah habis.
.tinggal m saje.
.kompom bile aku pegi nanti tinggal saiz xl, xxl.
.tak pe ah.
.bolehla nanti jubah aku tu menyapu lantai stage nanti.
.macik cleaner takpayah susah-susah lagi.
.ok nak packing barang.
.

09 August 2009

the mask.

.
.best tak pakai mask penutup muka tu?.
.aku suka pakai.
.sebab aku rasa pandai kalau pakai menatang tu.
.yala.
.dulu masa darjah 1-3, cita-cita nak jadi doktor.
.tapi tak tercapai.
.skang dapat pakai mask tu, suku cita-cita aku dulu dah tercapai kot.
.hehe.
.
.disebabkan mama bawak balik 2kotak mask tu.
.aku pun enjoy ler.
.dok rumah pun gedik pakai.
.
.penah skali tu, aku dgn lahapnya nak makan nasik.
.dgn gelojohnya aku nganga kan mulut.
.tiba-tiba nasik yang nak disuap tak sampai ke mulut.
.aiseh.
.wa lupa wa pakai mask.
.huhu.
.abes belemoih mask tuh.
.
.pastu, ada semut atas lengan aku.
.bersungguh-sungguh aku dok tiup semut tu.
.tapi tak rasa angin pun kat tangan.
.semut tu pun siap lambai tangan lagi kat aku.
.rupa-rupanya aku terlupa aku tgh pakai mask.
.patut la masa hembus tu, aku rasa berangin kat hidung aku.
.tapi aku lebih suka kalau mask aku kaler itam.
.cam maikel jeksen punya tu.
.nampak cam semart giler.
.
pesanan penaja: pakai mask bile kuar k rakan-rakan terutamanya kalau ke tempat yang sesak dgn orang.

plans.

.
.i'l be going to ukm on the 11th of august to settle a few matters regarding my convocation day.
.i'l be staying at suraya's room for 2days.
.and i'l return to home on the 14th of august.
.
p/s: to my girls, can you give me the exact date, when we can hang out together since all of you are tied up with ur working commitments (except for me who is currently a successful grape planter)

08 August 2009

penat tapi best

.
semalam penat tapi best.
sebelum keluar bercengkerama, haruslah berposing dulu.
.
.
masa nak kluar tu hujan la pulak.
tak de la lebat sangat.
tapi sebab kami ini pasangan old skool, naek moto.
maka terasa hujan itu sangat lebat menghempas muka.
yang enchek boyfie tu dok membebel sorang-sorang.
marah sebab aku takmo pinjam jap keta mama.
serius dia dok membebel, dari rumah sampai ler megamall penang tuh.
aku hantar ke rumah orang-orang tua kang, baru tau.
.
jadi bila sampai, kelencunan lah kami.
habes cair mekap aku.
eye liner aje yang masih kukuh.
terima kasih maybelline. mmmuah.
ei. geli lak aku, dok promoto maybelline.
.
bila sampai, gi toilet touch-up balik muka yang dah bersememeh.
pastu gi beli tiket wayang.
pastu gi makan kat kfc sementara tunggu wayang.
pas makan, aku pi kedai handphone.
nak survey housing handphone aku ni.
huwaaaaaaa.
handphone aku haritu jatuh gedebuk atas jalan tar,
terus calar n berlekuk.
tensen gila babi h1n1 aku.
sampai nak sms pon tada mood sebab aku tengok hp aku dah buruk.
.
so aku tanya cina tu,
dia kata tuka housing rm80.
aku tanya yang original nye dia cakap rm250.
memang aku nak tuka housing baru.
pastu dia tanya mana dia yg calar?
aku tunjuk ar.
pastu dia gelak kat aku.
dia kata 'laa sikit saja maa'
'lugi sja u tuka housing'
aku cakap ar,
aku tak suka, nampak buruk.
nak msg pun tada mood.
pastu pacik yg dok membebek atas moto tadi pun nak nyampuk gak.
'ha, wa sula cakap sama dia, pompuan maa. takbleh calar sikit, suda mo tuka'
hai pakcik, makcik tampo lutut kang.
.
pastu cina tu cakap,
lu letak sticker ke kat calar tu, ilang la.
aku cakap ar,aku tak suka letak stiker.
huduh.
pastu bleh plak die kata,
'tak pa lor, lu lekat gambar muka lu la.'
'mesti lu suka.'
si pakcik tua pun gelak sama terkekeh-kekeh.
memang btol la dorang ni.
pastu cina tu cakap rugi kalau aku tuka housing sebab nanti ilang la warranty dia.
sebab aku baru pakai 2bulan.
hmm.
jadi aku pun tak jadi tukar.
.
lepas tu, kami pun gi ar tunggu wayang start.
tengok cite SETEM.
besh gak.
hihihi
takda ar lawak bodo.
mcm cite sampah razak mohaideen dgn ahmad idham tu.
ni arahan kabir bhatia.
.
sebelum masuk, sunatlah bagi kami untuk bergambar-gambar.
.
pakcik ni marah kat makcik sebab makcik suka amek gambar pastu delete,
amek pastu delete.
amek pastu delete.
sampai la makcik rasa gambar makcik dah jelita, baru makcik simpan.
hihihihi.
tengok ar muka bengang pakcik.
.
sempat g amek gambar.
cite ni best tak?
aku suka pompuan ni berlakon.
suka tengok dia dalam grey's anatomy.
.
.
lepas abes tengok wayang,
kami bosan dok di megamall penang.
kami pun pergi lah ke jusco aeon pulak.
pi sana, jalan-jalan.
pastu melantak lagi.
sebenarnya dua-dua dah kenyang
tapi saja gedik.
aku order apebende tah ni
.
tak sedap ar. masin.
aku order satu je.
kami kongsi.
mee dia macam bentuk pacat sikit.
huhu.
bolehlak bila aku nak suap ke mulut.
pakcik cakap,
'pacat-pacat yang disaluti lumpur sudah bersedia untuk dikunyah.'
memang sengaja ar dia nii.
dia pun geli gak nak makan.
last-last tak habis.
.
atas tu dia letak daging yang dah dicincang.
bawah tu baru ada mee tu.
aku makan telur je.
.
pastu pakcik ajak main boling.
tamo lah.
aku bukan tere.
dan berdasarkan cakap kawan-kawan dia, yang juga kawan-kawan aku (kami classmate dulu masa skulah)
dia memang jaguh boling.
.
jadi instead of going to bowl, kami hanya melilau saje di jasko tu.
window shopping.
.
pakcik konsentret makan waffle penaut butter rm1 yang katanya tak sedap.
aku dah kenyang makan pacat tadi.
dia sorang je makan waffle tu.
sambil makan, dok mengomel-ngomel cakap tak sedap la, lembik la.
tapi mulut still kunyah-kunyah gak.
.
pakcik muka geram sebab makcik amek gambar dia tengah makan dengan gelojohnya.
lepas tu, dia tak abeskan pun waffle tu.
suh simpan dalam beg aku lak.
dia kata beg aku ni beg sampah serbaguna.
ketuk pala kang.
pastu aku ajak dia balik.
aku pun dah letih.
tetiba lak ajak aku teman dia beli baju raya.
haiseh pakcik ni.
tadi masa jalan tanpa arah tuju tu, tamo ajak.
masa aku nak balik,
baru nak ajak.
aku tamo,
aku letih, nak balik.
huhuhu
tengok, baik kan aku,
tolong bukakan lock moto dia.
dia lak sengaja je amek muka aku yang macam nak meneran tu.
.

.
pastu naik moto, sementara tunggu kazen aku,
lupa lak nak cakap,
kazen aku pun ngedet jugak bersama bopren nye.
hihi.
so, nak balik sekalik la.
.
sementara tunggu kazen, si pakcik ni tetiba mintak waffle yang dia campak dalam tong sampah serba guna tu.
pastu sambung melahap.
tengok. sampai kembang idung dia nganga mulot.
hohohoh.
.
pas balik, letih gila.
teman abah gi giant jap.
msg-msg dengan enchek boyfie.
pastu gado.
syarat tak dipatuhi lagikk.
geram aku.
pastu dia mintak maaf.
sebagai denda.
aku akan uji dia.
uji seuji-uji rashid nya.
nak tengok dia marah.
klu dia marah, kena jual.
hahahah.
dia cakap okey.
dia bersedia.
.
p/s: dia ni seorang yang panas baran. dan aku pun panas baran gak. jadi cuba bayangkan kalau kami dua gaduh jadi camna. hehe.