Showing posts with label Al-Kisah. Show all posts
Showing posts with label Al-Kisah. Show all posts

27 September 2012

Part II (Sungkai yang Scary!)

Assalammualaikum! Maaf ! Baru sempat nak sambung part II ni. Sibuknyaaaa aku mencari rejeki. Ok, sebelum aku melalut, baik, aku sambung lekas-lekas. Jadi, aku bertolak ke Sungkai dalam pukul 5.30 petang camtu. Gelap dah masa tu. Dengan hujan lebatnya. Aku sangat lah malas nak drive. Time-time camni, aku patut kat rumah, lepak atas tilam (sebab takde katil rumah sewa aku ni) sambil online. Tapi aku gagahkan jua diriku.

Aku drive ikut GPS aku tu. Sebab aku rasa dah lewat, aku terpaksa pecut. Aku takmau sampai malam. Nanti susah nak cari jalan. Sepanjang jalan tu, aku agak susah hati la, sebab tempatnya aku masih kurang pasti kat mana, kan. Dahla sensorang. Disebabkan aku seorang yang kental, cewahhh, aku abaikan je perasaan aku tu. Tengah syok drive, tetiba aku rasa minyak macam dah tak berapa banyak. Disebabkan, aku taktau kat depan nanti, ada ke tak stesen minyak, aku berhenti isi minyak kat RNR siap-siap. Aku nak pastikan minyak aku penuh je. Aku taknak, nanti dah sampai Sungkai tu, minyak tinggal sikit, pastu aku kelam kabut nak pegi isi. Dahla nak dekat malam. So, aku stop di hentian Tapah isi minyak. Aku bubuh minyak sampai melimpah ruah abaq hang. Hahahaha. Nasib baik abang petrol (sori bang, cheq taktau nama abang) mai tulong. RM15 je dah penuh dah tangki aku tu. Sebenarnya minyak banyak lagi dalam tangki, tapi aku saja dok buat menggelabah nak isi siap-siap.

Perjalanan diteruskan dengan hujan yang sangat lebat. Alahai, hujan, kamu taknak berhenti ke? Kamu setia menemani saya sepanjang jalan ye. Terima kasih hujan. Aku lalu banyak jugak exit. Teluk Intan, Lumut, Ipoh, Gopeng, sampaikan tempat yang aku praktikal dulu pun aku lalu. Aku mula lah nak mengomel, apehal lah jauh sangat. Aku agak-agak dalam 170km camtu kot. Rasa-rasa lah. Pastu aku pecut, dalam pukul 7.30malam gitu, aku dah masuk exit Sungkai. Rasa lega sikit sebab dah hampir sampai. Cuaca pun hujan renyai-renyai.Langit pun hampir-hampir gelap. Sejuk sangat. Lepas je bayar tol, aku bajet dah nak dekat sampai lah kan, sekali jauh lagikk. Masa tu dah gelap dah. Aku melalui satu kawasan ni. Gelap gelita. Lampu jalan takdak. Kereta pun takdak., Kiri kanan kelapa sawit.  Aku punya lah takut. Dalam 15minit drive ada lah bangunan apa ntah, ada la lampu sikit menerangi kawasan tu. Tapi lampu pun samar-samar je. Korang bayangkan tempat tu memang gelap gelita. Dahla jalan tu, takda line putih tengah-tengah tu. Risau aku takut termasuk jalan bertentangan dengan keadaan gelap macam tu. Selepas setengah jam, mula ada seketoi dua lampu jalan. Aku masih lagi ikut GPS aku tu. Aku ikut je tempat yang aku set tu, ntah betol entah tidak. Pastu, aku terlepas satu simpang GPS suruh aku masuk ke tempat yang aku set tu. Kawasan tu gelap, dan aku tak nampak. Terpaksa buat u-turn ni lampu isyarat di depan. Bila nak dekat sampai je, aku slow, dan aku tengok dekat pintu gerbang tu, memang di situ lah tempat kursus aku. Fuhhh, legaaa. Jumpa jugak! Tapi kawasan dia gelap. Macam kawasan kampung dalam tu. So, aku masuk, lalu dekat pondok penjaga tu, tanya dengan pakcik polis. Ada lagi ke bilik kosong. Pakcik tu tanya, aku ada book ke sebelum ni? Aku jawab takda. Pakcik tu kata, tak pasti lah, sebab rasa macam penuh, tapi adik pegi lah tanya tengok, mana tau ada. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Dah kalau takda bilik kosong kat situ, aku nak cari kat mana lagi?? dengan gelap gelita, takda lampu jalan. Tak macam dalam pekan pun. Aku berdoa sepanjang jalan. Nak pegi ke tempat reception pun, punya lah jauhhh. Kat situ pun takda lampu, jalan belok sana, belok sini. Agak besar jugak kawasan tu. Aku ni, ikut tanda yang depa letak di setiap selekoh je. Dengan gelap camtu, aku nak teliti papan tanda tu, agak mencabar jugak lah. Dengan hujannya lagi kan. Tapi takpa, aku harus kuat. Dan akhirnya sampai jua ke tempat reception. Aku berdoa banyak-banyak sebelum keluar kereta. Bagilahhh ada bilik kosong. Pastu aku pun melangkah masuk ke situ, tengok ada dua receptionist. Sorang tu muka cam Fida tu, alaa, yang pelakon tu. Sejibik wehhh. Aku asik pandang-pandang dia je sambil terfikir-fikir, eh, Fida ke ni? Awat muka sejibik sejebon sangat.Tapi masa tengah pandang tu aku tengah risau tahap gaban sebab takut bilik semua full booked. Sekali depa kata, bilik semua memang penuh. Uwaaaa, aku rasa nak menangis kat situ jugakkk. Aku cakap, esok ada kursus kan kat tempat tu. Dorang cakap yer, bilik semua penuh sebab orang yang nak berkursus semua stay situ. Aku ni siyes rasa macam sebak dah. So, aku tanya dorang, ada hotel lain ke yang berdekatan. Dorang cakap, ada dekat Felda Residence Hot Spring. Aku tanya jauh tak dari situ. Dorang cakap, dalam 20km. Aku takmau lah jauh-jauh sebab esok pagi tu, aku kursus kat tempat tu pukul 8pagi. Kang tak sempat pulak. Tapi, do I have any other option? Definitely nott. So, ikut je lahhh.

Masuk dalam kereta, aku set ke Felda Residence Hot Spring. Nasib baik ada GPS kan. Takda aku nak mengharung sensorang tanya jalan lagi. So, bila nak keluar tu, aku tanya lagi pakcik polis tu, atm kat mana yang terdekat, sebab nak keluarkan duit untuk hotel japgi. Pakcik tu pun bagitau. Macam banyak jugak bank kat situ tapi kenapa aku tengok tempat tu macam tempat yang masih belum diterokai orang je. Masa nak keluar tu, aku tersalah belok. Aku pegi masuk ke lorong mana ntah. Pastu aku nampak macam batu besar warna putih atas jalan. Aku macam pelik dah. Apekebenda yang menghalang laluan aku ni. Sekali benda tu toleh kat aku, burung hantu wehhhh. Besaq nak mampuih. Kaler putih. Bersilau je mata besar dia tu kena limpahan cahaya lampu kereta aku. Terus dia terbang. Fuhhhh. Skeri gila aku rasa time tu. Aku dah la tak pernah tengok burung hantu selain dari kat zoo. Pastu aku lajak depan sikit, aku terbaca satu papan tanda 'Hutan Rekreasi'. Pastu dalam samar-samar lampu (ada sebatang lampu kecik warna putih kat satu tiang) ternampak lah tasik dengan daun-daun teratai. Skeri sangat aih, tengok tasik malam-malam camtu. Sempat jugak aku tengok ada bot-bot yang disusun dengan life jacket yang digantung. Kat depan tu, aku taktau lah ada apa lagi sebab aku dah kelam kabut buat u turn dah,

Bila keluar dari tempat tu, aku ke stesen minyak keluarkan wang. Kat situ, pekan lah jugak. Tapi tak macam pekan sangat pun. Orang kata pekan koboi kot. Ada la satu dua kedai kopi. Masa ni hujan masih lagi turun renyai-renyai. Aku teruskan perjalanan ke Felda Residence Hot Spring. Bila dah masuk simpang tu, aku ingat dalam 1km camtu dah sampai lah. Sekali jauh jugakkk. Jalan sempit pastu macam biasa, gelap ya rabbi. Yang ni lagi skeri sebab jalan sempit, maka lagi dekat aku rasa dengan hutan sebab kiri kanan hutan. Aku drive je menonong, GPS kata belok, aku belok. Ikut je dia. Aku ambik risiko jugak ni, kot-kot tetiba GPS aku dok buat mereng kasi direction palsu ke. Kereta memang takde lalu lalang. Sekali nampak moto lalu, aku bersyukur. Padahal kejap je pun. Pastu aku berseorangan semula. Nak tambah efek seram tu lagi kan, bila dah makin dalam, kabus makin tebal. Sejuk gila. Korang bayangkan tengok drama seram dalam tv. Kat dalam hutan kan selalu ada efek kabus, asap-asap tu. Haaa, gitu weh. Aku dah menggeletar. Selesai lalu jalan belok-belok. Lalu jalan straight pulak. Aku ingat dah nak sampai, sekali jauh lagi. Jalan bukit bukau. Hujan dah berhenti time ni, tapi sejuk. Sebab dalam hutan kan. Pastu kan, aku lalu jalan tu, kelawar merata-rata dok terbang melintas depan aku. Fuhhhh.Gila mencabar. Dalam hati aku, bila nak sampai ni. Laju sungguh aku bawak. Aku terfikir, janganlah, tetiba kereta aku buat hal ke apa. Mati aku sorang-sorang nak call sapa kat situ. Huhuhuhu. Tapi time tu, aku skeri kan, nasib baik aku takla terfikir pasal hantu ke apa. Aku cuma takut kereta rosak tepi jalan, aku taktau nak mintak bantuan kat sapa. Hahaha. Selalunya, dah situasi seram camtu, mesti korang akan pikir pasal hantu ke apa kan. Aku tak pulak. Aku terfikir macam mana kalau apa-apa jadi kat aku. Pastu dahla ada papan tanda 'Haiwan Liar Melintas'. Haa, yang tu buat aku skeri gak. Sekali tetiba gajah nak buat laluan tabik hormat kat situ, mau keras aku kat situ.

Setelah hampir 30minit atau 40minit aku tak ingat, akhirnya aku masuk simpang ni, tengok dah macam ada rupa hotel. Alhamdulillahhhh. Tak sangka aku dalam ketebalan hutan tu, tetiba ada hotel kat situ.So, aku pi check in, syukur, bilik ada. Tempat dia best.Sebab dikelilingi dengan nature. Sejuk je. Yelahh, dah sampai, baru kau nak kata best. Tadi masa dalam perjalanan, macam-macam dok fikir. Hahahaha. So, aku masuk bilik dia, terus landing. Hahhh. Letih oiiii. Tapi sebab bilik best, rasa lega sikit. Aku terus masuk bilik mandi dan berendan dalam hot tub. Ahhh... Nyaman.... Jom layan gambar.



 Tempat aku berkuak lentang di malam hari.


 Selak je langsir tu, nampak la kehijauan kat luar. Tapi dah memalam, kau selak, kang ada benda lain pulak yang dok melambai.

 Tempat reception


 Dalam tu, ada lagi. Tapi aku taktau lah apa lagi yang ada kat dalam tu. Bilik aku kat depan je.


 Aku lalu kat situlah sebelum nak masuk gate dia. Tengok. Pokok kelapa sawit je.


Felda Residence Hot Spring.

Masa nak check in tu, aku dapat lah macam gelang kertas tu sebagai pass masuk untuk ke Hot Spring tu. Dapat dua pass. Breakfast pun dapat untuk dua orang. Tapi, aku pagi-pagi dah nak kena pergi berkursus. Memang tak sempat. Kursus habis pukul 1 petang. Aku dah kena check out pukul 2 petang. So, memang tak sempat nak breakfast atau pun lepak hot spring kat situ. Lagipun aku sorang je kan. Tapi ada aku kesah, kalau sorang pun aku redah je. Tapi sebab masa tak mengizinkan. Dengan keesokannya aku dah mula bekerja. Jadi, kena balik awal. Nasib baik boleh claim. Jadi, tak lah rasa rugi sangat.

Tapi tempat di situ memang menyamankan. Pagi-pagi masa aku nak check out tu, aku tengok ada kerusi-kerusi kayu dekat-dekat bilik. Ada pokok-pokok hijau. Design bilik pun cantik. Ada dua tingkat je untuk setiap bangunan. Satu tingkat satu bilik. Aku tak sempat nak snap semua tu. Papan tanda nombor bilik pun cantik. Buat macam bentuk batang kayu. 

Masa nak balik tu, aku melalui jalan yang aku lalu semalam. Pagi-pagi lalu, memang nyaman dah sejuk je. Kalau memalam, errrr, hangpa pi lah melawat seniri.

11 September 2012

Perjalanan ke Sungkai yang SCARY !

Hai dan assalammualaikum.  Okey, hari ni tetiba aku TERR rajin nak berstori mori. Dah lama betul aku tak bercerita sekali dengan gambar sekali aku letak. Okay, to cut the story short, let me begin the story of the most terrifying journey (alone) in my whole life.

Khamis yang lalu, aku kena menghadiri satu kursus di Sungkai. Seminggu sebelum tu, surat tiba di sekolah dan kerani bagi kat aku. Surat tu adalah surat panggilan untuk aku pegi kursus kat Sungkai tu. Memula aku tengok, aku macam, 'haaa, Sungkaii?? Apsal jauh sangat??' Aku pernah dengar Sungkai tapi tak pasti kat mana. Tapi aku tak ambik port sangat lah sebab GPS kan ada, so there wouldn't be a problem. I guess. Hahaha. Kerani cadangkan aku pegi hari Rabu dan tidur sana sebab pagi Khamis tu dah mula kursus aku tu.

So, aku gitau bf aku. Dia cakap Sungkai tu agak jauh. Atas lagi dari Ipoh. So, aku bajet mungkin ambil masa dua jam dari Taiping untuk sampai. Tempat kursus tu berlangsung adalah di Felda Residence Trolak. So, aku rasa tak da masalah semua tu, so aku dah tak ambik port pasal kursus aku tu.

Bila aku balik Kulim, aku bagitau Abah pasal ni. Abah pun, amek GPS dia nak locate kat mana tempat. Abah pulak yang tanya-tanya apa nama tempat tu. Aku ni macam malas-malas je. Tak ambik kisah sangat. So, abah tanya, tempat nya kat Trolak atau Sungkai? Banyak kali Abah tanya. Aku kan macam tak berapa berminat sangat, so aku pun acuh tak acuh je dengan pertanyaan Abah. Lepas tu Abah pun jumpa tempat tu. Dalam 200km dari Kulim. Aku bertolak dari Taiping kan so aku agak tak jauh mana kott.

So, aku menjalani kehidupan aku macam biasa. Sehinggalah hari Rabu tu, lepas balik sekolah. Aku macam malas sangat nak pergi. Dahla sesorang kan. Aku nak ajak orang teman pun, semuanya ada komitmen. Hari tu pulak, hujan punya lah lebat dari pagi sampai lah petang. Aku plan nak pegi pukul 5-6petang camtu. Sempat lah aku tidur dulu. Haha. Sempat lagik kan. Balik tu, baru lah aku nak locate dalam GPS aku tempat tu. Pastu masa nak cari tu, dah kompius. Aku kena lah select daerah mana kan. Aku keliru nak select Trolak ke Sungkai. Sebab nama tempatnya Felda Residence Trolak, Sungkai. Haa, yang mana satu kan? So, aku select Sungkai. Ada la Felda Residence tu. Tapi Felda Residence Hot Spring, Sungkai. Aihh, macam lain pulak kann. Tak mau lah aku set ke situ. Kang sesat larat. Dahla aku sensorang. So, aku select daerah Trolak pulak. Tapi takde Felda Residence Trolak. Haihhh. Pening. Dulu masa Abah tanya, aku tak berapa nak layan kan. Sekarang baru padan muka.

Jadi, aku cari dalam Google. Aku tengok, ada dua Felda Residence. Satu, Felda Residence Trolak dan satu lagi Felda Residence Hot Spring. Haa, aku mula lah nak gabra bagai sebab takda dalam GPS aku tu. Sebelum tu tak berapa nak gabra sebab aku agak Felda Residence Hot Spring tu kot tempat nya sebab nama lebih kurang sama. Tengok-tengok, memang dua tempat berbeza. Pastu, aku klik map ke Felda Residence Trolak tu. Map dia ringkas sangat. Memang tak lengkap pun. Map tu hanya tunjuk lokasinya di area situ je. Contoh, sebelah Felda tu tempat rekreasi yang lain. Pastu aku tengok map tu kan, aku dah mula rasa tak best. Sebelah Felda Residence tu ada perkampungan orang asli, ada air terjun, ada pusat kraftangan. Semua tu tempat pelancongan tapi aku rasa tak sedap hati sebab macam ntah kat hulu mana je tempat aku tuh. Huhu.

Masa tu pulak, hujan turun mencurah-curah tak berhenti henti. Cemana nak pegi ni. Walaupun aku pegi naik kereta tapi aku lebih kompiden drive masa cuaca elok. Masa dah siap packing, baru aku sedar, aku tak keluarkan duit lagi. Yelah, nak sediakan duit untuk perjalanan jauh ni. Dengan hujan lebatnya, aku pegi keluarkan duit di BSN tempat aku. Walaupun dengan payung tapi tetap basah. Haihhh, dugaan pertama. Aku pulak tak boleh kena hujan. Manja sikit. Nanti terus pening gila. Pastu, aku nak beli roti ke air siap-siap sebab nanti dah sampai hotel, malas nak keluar makan. Berenti kedai runcit, kena lagi hujan. Adoi. Hujan tak nampak tanda nak berenti pun. So, bergerak lah aku ke Taiping sebab nak masuk highway kan, Sebelum tu singgah makan megi goreng kat kedai mamak. Sedap. Rasa macam nak tidur je lepas makan tu sebab mengantuk sebab hujan lebat kan. Pastu pi singgah kedai beli berus n ubat gigi. Tersedar aku terlupa bawak.

Tengok-tengok jam, dah pukul 5.30pm dah. Erkk. Pukul berapa lah aku nak sampai ek. Highway pun belum masuk lagi. Aku nak sampai sebelum gelap. Tapi disebabkan hujan lebat, langit pun dah mendung dan gelap. Oh, lupa nak cakap, aku set dalam GPS aku tu ke Trolak Country Resort. Padahal bukan kat situ tempatnya. Aku fikir, nanti dah sampai situ, tanya orang pulak kat mana tempat aku kerusus tu.

Jadi perjalanan pun dimulakanlah dengan hujan yang sangat lebat. Mood aku pun sangatlah tak best. Sebab macam, the weather is a bit unpleasant, ditambah dengan aku pening kena hujan. Spoil mood aku.

Okey, nanti aku sambung lagi. Part II.














15 August 2012

Kisah Kelakar Pasangan Bercinta

Aku copy dari forum. Ada yang kelakar aku baca. Hehe. Ada yang memalukan. Ada yang sweeet. Hehe. Jadi aku nak kongsi dengan korang jugak. Jom baca.

Kisah 1


Awek ku menyelam di Tasik Titiwangsa
Ni merupakan kenangan yg tak dapat dilupakan...
terlebih dahulu aku nak mohon maaf pada ex gf aku ni, andainya dia terbaca ruangan ni...
bukan maksud mengaibkan dia....sekadar berkongsi kisah lucu yg kini tinggal kenangan...

Masa tu hari sabtu, keluar dgn GF tujuan asal nak pegi kenduri member kawen... entah macamana
tiba2 kami tukar rancangan, tak nak pegi kenduri tu....pegi jalan2...tengok wayang, deting....hehehe...
lepas seharian bejalan...on the way balik, kami singgah di Tasik TTwangsa... deting sambil melayan makan KFC
di sebuah pondok... lepas mkn, GF aku ni nak basuh tangan...diapun pegi la kat tepi tasik..aku masih leka dengan ayam KFC...tiba2 "DEBURRRR!!!... mcm bunyi kerbau terjun dlm tasik...aku tengok...gf aku dah takde...aik??... takkan jatuh kot....

2,3 org tengah jogging berhenti sambil tengok ke dalam tasik.... akupun berlari ke tmpt gf aku basuh tangan tadi..... 
aku sampai je tebing tu....gf akupun timbul ke permukaan air....akupun tarik dia keluar sambil tanya.." apsal jatuh?...."
dengan muka seposen dia bercakap..."kasut org tersangkut kat besi tu laa...."  aku nak tegelak tapi kontrol...kesian...
cuma satu yg aku terkilan atas kejadian itu....cincin merisik hilang dlm tasik.... mungkin itu petanda kami tiada jodoh..
itulah kenangan manis/lucu aku dan ex-gf ku....suatu masa dahulu...yg kini dah jadi isteri kepada seorang celebriti terkenal tanahair...namun terpahat seribu kenangan suka/duka.... yg sukar dilupakan....  

Kisah 2

klaka la...i pena gak de cite klaka camni..
mase 2 i dgn bf g mandi air terjun kat gunung ledang..
ble da puas mndi,kitorg kmas2 brg nk blk da..
mse nk pnjt naek smula dr tebing 2 my bf jtuh coz licin o mgkn slh pijak..
yg klakonye kitorg mmg bwk bekal kfc mkn2 b4 blk...
ble da jtuh 2 hbs sisa2 tulg aym kfc t'pelanting jtuh blk ats die..
i mmg gelak xingt la..da la tgk dy jtuh mcm nangka bsuk..extra dgn tulg2 aym skali..

Kisah 3

dulu zaman zaman jahiliyah dulu, ada arr g makan McD ni. time tu student, sengkek, makan yg cheapo2 jer. tak silap ada satu burger tu kalau hari isnin jadi harga singgit, McMonday ke apa ke. waktu masuk, beriringan ngan satu couple ni. nampak jenis kaya jgak arr.

diorg order byk. ngan eskem, upgrade jadi large lagik. baru mula nak makan, dgr suara diorg gaduh2.. mula mula perlahan, makin kuat.. pastu awek tu nangis, hempas meja, terus lagi keluar..then pakwe tu ikut gak sambil geleng2 kepala.. org tak ramai. ada satu staff McD tu tgh cuci cuci meja.

pastu nampak keta diorg belah...lamaaaa pastu, mamat mcD tu kena kemas meja yg ditingalkan tu merungut, "haper arr tak tersentuh pun burger ni"

ngan pantas kawan tam "dik, bg kat kitorng fries tu, tu kawan kitorg tu.. tak pepasal kitorg kena tinggal"

terus mamat tu gi angkut ngan tray tray sekali kasi kat kitorg ahaha. siap tanya, ni air ni nak tak? tak tebuk lagi nih!

Kisah 4

time baru nak berkenal mesra dgn sorg abang senior kat U dulu. dia dgn baik atinya anta aku ke Puduraya, nak balik kampung. Konon-konon syahdu la, dengar dia pesan jaga diri baik-baik, nanti da sampai telefon bgtau bla bla bla.

Tatau la cemana, tp aku tersalah pijak tangga naik bas tu, terus terjelepuk kat situ, ala2 tersangkut kat tangga dan ruang antara pavement dan jalan tu. Puduraya dulu da la kotor, simen segala berdaki, sangatlah geli sbb sebelah tapak tangan terpaksa landing kat simen.

Abang tu pun jd rupa katun. Aku rasa dia tahan gelak, atau malu, atau terkejut. Dia cepat2 tarik aku. Siap tanya, cemana boleh jatuh ni? Mana laaa aku tau. LOL. Aku buat muka blur, pastu sengih2 naik bas. Terus ilang niat nak berlakon ayu sopan segala. 

Pastu dia terus reject aku. Takde ajak aku keluar lagi. Malu gamaknya. Hahahahaha. Last thing i heard, dia join PDRM lepas grad. 

Kisah 5

Dok baca kisah korg teringat masa blaja dulu.

Aku ada sorg kawan ni yg ada awek. Dia slalu la jugak cerita pasal awek and relationship dia dekat aku, dan awek dia pon macam kenal la aku ni. 

Nak jadi cerita, satu hari ni awek dia datang kelas kitorg antar satu epal untuk dia. Masa tu dia takde, aku cakap letak jela kat atas meja dia. Awek dia letak epal atas meja kawan aku ni pastu dia blah. Aku kira nak bergurau ngan kawan aku ni, aku pegi amik epal ni simpan dalam laci meja aku. Bila kawan aku balik, dia tanya "Eh Airwaves awek aku kata dia tinggalkan epal atas meja aku, mana ek?"..aku cakap taktau, pastu lepas dia balik lepas abes kelas baru aku letak atas meja dia.

Keesokan harinya bila dtg kelas baru dia dapat epal tu, and aku cerita la pasal semalam. Dia gelak je. Pastu dia cerita kat aku, awek dia menangis semalam sebab kawan aku tak jumpa epal epal yang dia kasi. Aku mintak maaf kat kawan aku. Kawan aku cool aje, dia kata biasa la perempuan macam tu, sikit-sikit nak nangis. 

Later that day sedang aku makan kat kafeteria dengan kawan-kawan, awek kawan aku ni dtg kat aku, marah-marah depan semua org, tanya aku kenapa sembunyikan epal dia. Aku macam kelu nak jawab balik sebab kena marah kuat-kuat in public in front of kawan-kawan.

Nasib baik la kawan-kawan aku macam backing aku, sebab diorg tak berapa suka minah ni.

Bagaimanapun, pengalaman itu mengajar aku untuk tidak masuk campur hal relationship orang lain. Tobat sampai skrg

08 August 2012

Dicurangi suami buat kesekian kali...

"Aku x tau samada apa yg aku buat nie betul atau tidak.Aku x pasti.Tp kalo korng ada pendapat tlg share ngn aku. Selama nie aku tahu nasihatkan org tapi,ahernya aku sendiri terlalai. Aku akan ceritakan semuanya,n mungkin agak panjang ceritanya.

Aku dh suami dh lama bersama iaitu sejak April 2004. Tapi,suami aku bukan lah seorng yg setia.Beberapa kali aku dpt tahu dia mempunyai hubungan dgn perempuan lain. Sehinggalah,pernah ibu ngn ayah aku terserempak dgn mereka. Dan bukan nya tidak pernah ibu dan ayah menasihati aku supaya meninggalkan dia. Tapi aku berkeras inginkan dia. Cinta konon nya. Dan Alhamdulillah,aku berjaya mnngubahnya even aku tahu benda yang sm akn berulang. Dh pada May 2008,kami bertunang.Bermula episod yg lama.Dia kembali curang dgn teman sepejabatnya,x sampai sebulan kami bertunang.Setelah di gertak yg aku nk putuskan tunang dia kambali pada aku.Tapi tidak berakhir disitu.Masa bertunang sahaja hampir 3-4 kali aku 'berperang' dgn dia dan perempuan2 yang hadir dlm hubungan kami.Walaupun begitu aku tetap memberi peluang kepadanya.Sehinggalah dia mendapat dapat tawaran bekerja di jabatan di Selangor pada 2009.Dia terus kata nak kawen dgn aku. Tapi aku ingatkan dia akan berubah. 2 mggu sebelum kawen aku sekali lagi menangkap kecurangan nya.Dengan seorang pelajar IPTS d KL.Hancur hati aku.Ingatkan dh berubah bila nk kawen,makin menjadi rupanya.Aku tekad batalkan perkahwinan kami.Tapi dipujuk ibunya.Masa tu keluarga aku mmg x tau pun ttg perkara ini.Tapi bila teringat betapa baiknya ibunya pada aku dan air muka keluarga aku,aku teruskan perkahwinan kami.Kami berkahwin pada Mac,2010. 

Aku mengikut suami berpindah ke Selangor dan alhamdulillah,Pada Ogos 2010 aku disahkan mengandung. Aku dilayan bagaikan puteri.Dan dapt aku rasakan kasih sayang suami pada aku terlalu mendalam. Pada Jan 2011,aku balek kampung untuk melahirkan anak. Dan Mac 2011,aku melahirkan seorang bayi perempuan comel. Aku bertambah bahagia. Suami pula balek semula ke Selangor selepas bercuti selama sebulan di kampung. MAka berjauhan la kami.Tapi suami sentiasa telefon dan 3G. Aku sangkakan ada perubahan bila adanya anak.Tapi pada 25/7/2012,bagaikan tercabut nyawa.Tidak semena2 selepas berbuka suami mengatakan bahawa dia ingin berkahwin lain!Mulanya aku tak percaya nk menganggap dia sengaja nk psycho aku.Kata suami,'Saya nk kawen  lain.Saya ada perempaun lain.Sy nk kawen dgn dia. dan sy nk awak terima dia!'.Sy kata sy x percaya. dia kata lagi. "Betul saya ada perempuan lain.Sy x boleh tido bila teringatkan dia.Sy sngt sygkan dia! Kalo awak xboleh terima dia,kita bawak haluan masing2.Awak nk balek kampung,balek la.Tapi ank tingglkan dgn sy!' 


Begitu kejam kata2 suami.Tapi aku still kebingungan.Kenapa dia begitu.Tapi keesokkan harinya,aku tanya suami balek.BEnda yg sama dia kata.Bahkan dia akn hp lain bersama perempuan itu.Dan segalanya terbongkar. Mereka bersama sejak Jun 2011,iaitu slepas aku habis pantang.Menggigil tangan aku baca sms dari mereka.Mama & papa..Ya Allah.Dugaan apakan ini.Suami masih kata nk kawen dgn peremapuan tu.Sampaikan aku telefon perempaun itu,terjawaplah semua.Bila baik,tapi aku terseksa.Selama bulan puasa nie suami berjumpa dgn nya tiap2 hari.Malahan berbuka bersama perempaun itu.G|Hingga suami sangaup menipu aku bahawa dia kan berbuka dgn jabatan.Aku ditinggalkan berbuka sorg diri! Korang bayangkan!Dia bersama perempuan lain,aku berbuka hanya nasik bungkus bersama anak!Perempuan tu kata x mau kami bercerai.Tapi x pula kata nk tinggalkan suami! Malhan tgh aku dan suami bergaduh,boleh lagi suami ber'sms; dgn perempaun tu! Seksanya aku! Sampaikan perempuan tu sms, ' Pa ok ke?'.. 'Chaiyok pa'.. 'Pa, go ahead..' Then perempaun tu call.Aku sebagai isteri ada harga diri.Aku ada hak! Aku maki perempuan tu dan ugut kan mengamok ke tempat kerja nya.Dan terus dia letak telefon.

"Dan akhirya,semalam.Hari yg mulia,bulan mulia,aku slow talk semula dgn suami.Dia pilih aku ke perempuan tu.Syngkan aku x?Dia senyap.Aku tanya still nk kawen dgn perempuan tu ke?Dia kata ya! Aku kata kalo x nk aku lepaskan.Sbb aku x nk bermadu.Tiba2 suami kata,'Sy ceraikan awak dgn talak 1!!!' Aku keluar bilik dan cakap kat ayah mertua yg kebetulan ada di rumah kami masa tu. KAmi disurh ke pejabat agama bertanyakan status kami. Keluarga dua2 dh tahu.Malah ibu bapa ku berkeras mahu aku balek kpg bersama anak. Tapi suami pulak kata nk rujuk balek. Keadaan makin bercelaru! Aku bingung.Dan Allah s.w.t  itu berkuasa ke atas segalanya.Aku datang bulan.pada hari itu.Segera ayah mertua kata lafaz itu tidak sah! Aku x pasti apa yg ptt aku buat.Aku takut Suami masih menjalinkan hubungan dgn perempuan itu.Sbb kalu aku ceritakan lebh panjang ceritanya. Suami ajak kami balek kampung.Nk tenang kan fikiran disampaing nk lpakan perempauan tu.Tai kalo kami balek semula ke Selangor,adakan mereka ttp akan berhubung? YA Allah,aku buntu.Adakan ptt aku menuntut cerai dpd suami.Sbb aku x snggp di khianati lagi!"


Aku copy dari forum yang selalu aku baca. Sedihnya aku baca kisah dia. Tambah-tambah di bulan puasa pulak datang dugaan camni. Aku harap beliau tabah dan dapat buat keputusan yang bijak.

03 July 2011

Jangan display kalau taknak jual # last part

Dengan perasaan yang berdebar-debar, Ema pun melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. Kehadiran Ema disambut mesra oleh pekerja-pekerja di situ. Ema terus menuju ke almari cermin tempat kasut tersebut dipamerkan dan terus melihat tag harga kasut tersebut.Oh, tidak lah semahal seperti yang aku sangka selama ni. Mampu kalau aku nak beli kasut ni. Detik hati Ema. Walaupun kasut tersebut agak mahal, tetapi tidaklah semahal yang Ema sangka. Lalu Ema mencuba kasut yang diletakkan di atas almari kaca tersebut. Tidak Ema sangka yang kasut tersebut memang sangat selesa dan kena pula dengan saiz kaki Ema. Ema mencuba-cuba kasut tersebut dengan cuba berjalan untuk memastikan keselesaan kasut tersebut. Ema sangat berpuas hati dengan kasut yang menjadi idamannya untuk sekian lama. Rekabentuk yang menarik, selesa dan kena pula dengan saiz nya. Ema berfikir sendirian. Inilah kasut yang selama ini aku cari. Inilah kasut yang bakal menggantikan kasut lusuhku ini. Ema sudah berkira-kira untuk membeli kasut tersebut. Ema tidak kisah berhabis duit untuk sepasang kasut yang selesa dan menjadi idaman hati untuk sekian lama. Lalu Ema menyatakan hasratnya untuk membeli kasut tersebut kepada pekerja di kedai kasut tersebut dan jawapan yang diterima amat menyedihkan hati Ema. Kasut tersebut sudah kehabisan stok dan kasut yang dipamerkan merupakan satu-satunya kasut jenama tersebut yang tinggal. Ema sangat sedih dan marah pada masa yang sama. Ema mempersoalkan mengapa masih dipamerkan kasut yang sudah tiada stoknya?

Ema berasa seperti ditipu untuk sekian lama. Lalu ditanya pada pekerja tersebut, tidak boleh kah satu-satunya kasut yang diidamkannya selama ini dijual kepadanya? Malangnya, pekerja tersebut hanya menggeleng-gelengkan kepala. Katanya kasut tersebut hanyalah dipamerkan sebagai daya penarik kedai tersebut. Semua ini tidak masuk akal. Selama ini, aku idamkan kasut tersebut, aku angankan tentang kasut tersebut, aku impikan tentang kasut tersebut tetapi akhirnya aku kecewa. Getus hati kecil Ema. Apa yang tambah mengecewakan Ema adalah, kasut tersebut sangat selesa dan sesuai dengan kakinya. Ema sangat marah. Marah kerana terasa seperti ditipu. Marah kepada dirinya sendiri kerana terpikat pada kasut yang salah. Tetapi apa yang lebih membuatkannya marah adalah kerana tindakan kedai tersebut yang mempamerkah kasut tersebut walau pada hakikatnya, mereka tidak berniat pun untuk menjualnya. Tambahan pula, kehadiran Ema pada pertama kali ke kedai tersebut disambut mesra oleh pekerja-pekerja di situ dan tidak seorang pun yang mengkhabarkan kepada Ema mengenai ketiadaan stok kasut tersebut semasa Ema mencuba-cuba memakai kasut tersebut. Hanya setelah Ema bertanyakan kepada mereka, barulah mereka mengkhabarkan berita yang sebenarnya. Apa yang mampu Ema buat, hanyalah melangkah keluar dari kedai tersebut dengan perasaan yang marah, sedih dan kecewa.

Sejak dari itu, Ema tidak lagi memikirkan untuk membeli kasut baru, biarlah dia memakai kasut lamanya itu. Sewaktu ke pusat membeli belah untuk membeli barang keperluan, Ema terlihat kasut yang satu ketika dulu pernah menjadi kasut idamannya dan secara tidak sedar mungkin kasut itu masih lagi menjadi idamannya. Kasut itu masih dipamerkan di dalam almari kaca bersama kasut-kasut lain, menunggu seseorang yang tertarik untuk membeli kasut tersebut lalu tertipu seperti dirinya juga.

Ema tidak lagi ke kedai tersebut apabila dia telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke negeri lain. Walaupun, begitu Ema masih terbayang-bayang tentang rekabentuk kasut tersebut yang cantik serta material dalamannya yang selesa. Tetapi perasaan marah mula menguasai diri apabila mengingatkan bagaimana dia telah tertipu dengan taktik kotor kedai kasut tersebut.

-tamat-

so, korang faham tak cerita ni. ada banyak benda aku nak sampaikan dalam cerita ni. kasut tu disimbolkan sebagai apa, kedai kasut tu mewakili apa, para pekerja tu represent apa. setiap ayat ada maksud disebaliknya. aku lebih selesa meluahkan perasaan dengan bersastera. lebih selamat, lebih sopan dan lebih seronok. biar mereka berteka-teki. setiap hasil sastera mempunyai banyak tafsiran. tiada satu tafsiran yang tepat. tafsiran adalah berbeza mengikut persepsi orang yang berbeza. jawapan yang sebenar hanya ada pada pencipta hasil karya tersebut. jadi pandai-pandai la korang tafsir dan nilaikan cerita ni ya. hehe. okey nite~

p/s : Kalau dah taknak jual, tak payah nak display okey?? kau buat orang lain tertipu.

02 July 2011

Jangan display, kalau taknak jual #2

Kasut tersebut dipamerkan di dalam almari kaca bersama kasut-kasut yang lain. Tetapi hanya ksut tersebut yang berjaya memikat hati Ema. Tetapi Ema belum berkesempatan untuk mencuba kasut tersebut. Tambahan pula, kedai tersebut memang terkenal dengan kasut yang berjenama dan agak mahal. Jadi Ema hanya melihat dari jauh sahaja kasut itu. Ema merasakan yang dia tidak mampu untuk membeli kasut itu, walaupun pada hakikatnya Ema belum lagi melihat harga sebenar kasut tersebut. Fikir Ema. Mesti mahal kasut ni. Dahla cantik rekabentuknya, dijual pun di kedai yang terkenal. Macam tak mampu je’ Jadi, Ema tidak pernah mencuba atau pergi melihat tanda harga pada kasut idamannya itu.

Sejak dari hari itu, setiap kali Ema pergi ke pusat membeli belah tersebut, pasti Ema tidak akan melepaskan peluang untuk melihat kasut idamannya dari jauh. Dari jauh Ema mengkagumi dengan keunikan rekabentuk kasut tersebut. Tidak pernah terlintas dihatinya untuk melihat tanda harga kasut tersebut, apatahlagi membelinya. Baginya sudah cukup jika dapat melihat kasut tersebut dari jauh dan berangan-angan.Bila laa aku dapat beli kasut tu. Mesti cantik kalau kasut tersebut berada di kaki aku.

Pada suatu hari, seperti biasa Ema akan pergi ke pusat membeli belah tersebut untuk membeli barang keperluan hariannya. Memandangkan pusat membeli belah tersebut sangat dekat dengan rumahnya,maka agak kerap Ema ke sana untuk membeli barang-barang yang diperlukan. Sewaktu melalui kedai kasut tersebut, terdetik di hati Ema untuk memasuki kedai tersebut.

bersambung ...

p/s : sorry ah, aku buat secara bersiri. takut orang bosan baca. hehe. by the way, cerita yang aku buat ni, ada maksud di sebaliknya. *kenyit kenyit*

Jangan display, kalau taknak jual #1

Ema berfikir-fikir sendirian sambil melihat kasut yang dipakainya. Perlu ke aku tukar kasut baru? Kasut ni pun dah lama, dah agak buruk. Pakai pun dah tak selesa. Sebenarnya, memang dah lama Ema menyimpan hasrat untuk membeli kasut baru bagi menggantikan kasutnya yang lama itu, cuma belum ada yang berkenan. Setiap kali mencuba kasut di kedai-kedai kasut, pasti terdapat kekurangan. Rekabentuk dah memikat hati, tapi material di dalam pula yang tidak selesa. Kalau ada kasut yang selesa, rekabentuknya pula yang tidak menarik.Ada juga kasut yang selesa dan mempunyai rekabentuk yang menarik tetapi tidak sepadan dengan saiz kaki Ema pula Ada saja kekurangan yang menyekat Ema untuk menggantikan kasut lamanya itu.

Jadi, Ema meneruskan pencariannya untuk sepasang kasut yang selesa dan rekabentuk yang menarik bagi pandangan Ema. Setelah sekian lama, Ema masih lagi belum berjumpa kasut idamannya, jadi Ema membuat keputusan untuk melupakan sebentar hasrat untuk mencari kasut idamannya itu. Ema meneruskan aktiviti hariannya seperti biasa dengan memakai kasutnya yang lusuh itu.

Sehinggalah suatu hari, sewaktu di pusat membeli belah, Ema terlihat sepasang kasut yang cantik dan sangat memikat hati Ema.

bersambung ...

28 January 2011

entri telur

.

harini aku nak bercerita kisah telur.
telur apa?
telur ayam.
abeh tuuu, takkan telur lain pulakkk.
waniey, please behave. kau dah nak cikgu dah.

situasi pertama


hari tu,
aku pergi satu restoran ni.
memandangkan aku kurang lapar.
jadi aku order telur separuh masak.
dua bijik.
dengan roti bakar satu set.

tunggu punya tunggu punya tunggu (sila cakap sambil geleng2 kepala macam mami jarum)
tak sampai-sampai.
member punya nasik goreng dah sampai.
aku punya yg order telur separuh masak je pun tak sampai-sampai.

selain itu, aku ada order nasi goreng ikan masin untuk dibungkus.
punnn dah sampai.
ni telur aku ni mana??
mana????
aku lapar telur faham tak?? (tiada maksud kedua di sini)

lepas tu aku tanya.
telur dah siap ke?
dia cakap belum.

ok, pastu sampai lah roti bakar aku.
makan roti dah habis,
telur tak sampai-sampai.

sikit lagi aku nak buat amukan niyang rapik di situ,
telur pun sampai.
nak tengok camne ghope telur separuh masak dia?
jom kita lihat gambar di bawah.





ninn diaaaaa.
telur separuh masak ye puan-puan.

pastu aku redha lah menerima takdir.
pastu dah aku pun pasrah kan,
aku pun mintak la kicap dan black pepper.
aku tanya dia ada tak?
dia kata ada,ada (sambil angguk-angguk dengan rakus sekali)

sekali, tengok apa yang dia bawak mai.
sos black pepper untuk chicken chop dengan seasoning punya perasa.
uwaaaaaaaaaaaaaaaaa.

dalam keterpaksaan dan titisan air mata yang mengalir,
aku belasah jugak telur 'separuh masak' itu.
aku letak sos black pepper je.
seasoning tu tak lalu aku nak makan.
yang tu selalu orang letak kat bege, pastu masak dlu kan.
tak lalu aku nak makan mentah-mentah gitu.

pastu rasa sos black pepper dia sangat sedappp!
so, aku maafkan lah mereka..
dan makan dengan lajunya..


situasi kedua (semalam)

di restoran mamak, aku bersama 4 orang rakan yang lain.

mamak datang mau tanya order apa.

mamak : adik kichi manis comel (aku tambah sendiri), mau order apa?

aku : arr? (sambil melangut tengok muka mama) saya mau maggie goreng telur mamak.

pastu aku tengok, semua dah terbahak-bahak.
aku confius. eh,apa yang aku dah cakap. kenapa semua gelak. blurr di situ selama 30saat.
pastu baru aku tersedar.
Astaghfirullahalazim.

adoiiii.
aku pun malu wei.
malu.
hahahaha.
tapi aku pun join gelak sekali.
pastu,
mamak tu macam lagi malu je.
heheheh.
aku cakap, sorry-sorry.
telur mata ye.
maggie goreng telur mata.

pastu yang lain gelak macam nak pengsan lagi.
adeiiii.
masa tu, aku tengah pikir-pikir pasal supervisor aku yang datang nak observe.
jadi dalam dok pikir-pikir serabut kepala otak tu,
yela kan, semalam kan aku cam agak lost.
rujuk entri sebelum ni.
so aku macam lost, dok teringat apa ntah.
tetiba mamak mai, dok tanya aku dulu.
haihhh.

pastu setiap kali aku pegi makan situ.
tengok muka mamak tu.
aku rasa nak gelak.
kesian dia kan.
ish3.

03 June 2010

weh, baru dua jam kot???*awas, entri panjang*

.
.
dedulu masa baru dapat akses internet,
aku memang sangat suka berchatting.
macam jakun gitu.
ngeh.ngeh.

seingat aku masa tu umur aku 13tahun.
1st time boleh pakai internet dan ada pc sendiri di rumah.
waaahhh.
memang impian terlaksana lah kiranya.
memang aku selalu berangan nak komputer sendiri dulu (dulu aku tak kenal lappy lagi)
aku ingat lagi dulu,
masa tu aku darjah 6.
dulu abah aku selalu jemput aku balik dari sekolah naik moto suzuki biru (baru je jual moto tuh. :(( )
masa on the way balik tu,
atas moto,
dengan angin yang kuat di pipi
abah aku tanya
" caq nak kuih seri muka tak? abah nak beli"
aku balas
" ha?? abah dah beli komputer ada kat rumah??'
abah aku balas
"kuih seri muka laaaaa"
aku pun balas dengan keciwa
"oooo... :( "

over kan aku ni?
punyalah obses nak komputer sampai kuih seri muka pun jadi komputer.
nasib baik lah, aku tak pegi kedai jual kuih,
aku dok tekan-tekan kuih seri muka tu, konon2 nya keyboard komputer,
dah obses sangat kannn

aku jadi obses sebab dulu aku ada pegi lab komputer kat sekolah
best giler.
dapat main game yang bodo tu pun aku rasa heaven sangat dah.
dapat tekan2 papan keyboard ni pun aku rasa macam profesionnal gila
dahla dulu kena berebut komputer.
siapa lambat, kena kongsi komputer.
argh, tak best betul.
tambah-tambah bila kena kongsi dengan classmate yang gila kuasa.
kau hanya berpeluang main 2minit je ok.
pastu selebihnya dia akan tunjuk pandai.
dia ja nak main game tu,
tak adil.

bila abah beli komputer,
rasa sangat-sangat gembira.
benda yang mula-mula buat adalah (sebab game tak install lagi),
pergi microsoft word,
taip nama sendiri dengan tulisan old bookshelf (wah, aku ingat lagi)
pastu print.
selepas print belek kertas tu selama dua hari.

rasa macam tak percaya,
nama sendiri boleh ada di kertas a4 bukan dengan tulisan tangan atau cetakan typewriter.
sumpah rasa sangat bangga.

dan, abah pun pasang internet
guna telekom.
kalau nak dial kena dengar bunyi yang annoying.
trettteteteteeerrreet.
nak online secara sembunyi pun tak boleh sebab bunyi dialing yang bising.

aku belajar chatting dengan kawan aku, Faten.
dia ajar chatting tru MIRC.
semua aku buat sendiri, download semua.
banyak kali try baru boleh.
wahh. teruja
dapat berhubung dengan orang-orang yang kita tak kenal, yang jauh beribu-ribu batu dari kita.
masa tu, takda friendster, myspace atau apa-apa.
hanya chatting.
bestttt.

aku jadi ketagih
sampai bil telefon melambung.
bila abah mama tido, aku senyap-senyap pi bilik komputer kat hujung untuk chatting.
pukul 4-5 pagi, baru aku masuk tidur.

bila abah dapat bil beratus-ratus,
aku kena marah.
hehe.
masa tu susah betul nak online.
yelah.
sebab campur dengan bil telefon kan.
online pun senyap-senyap.

sebab memang takde alasan aku nak online time tu.
bahan-bahan kerja sekolah pun tak pakai internet masa tu.
padahal boleh je guna internet kan?
tahla aku tak terfikir nak cari guna internet.
yang aku tau,
internet gunanya adalah untuk chatting

setelah bertahun-tahun lamanya aku dok chatting,
aku dah jadi bosan.
dah tau peel perangai sifat sikap chatters.
al maklumlah bertahun-tahun chatting.
jadi, aku jadi semakin bosan, boring, cemuih.
pastu dah tak chatting.

bila dunia makin maju,
ada lappy dan internet boleh guna tanpa had,
aku dah tak berminat chatting.
bosan.

aku create account ym untuk berhubung dengan kawan-kawan.
kekadang chatting jugak dengan orang luar,
tapi masa bosan je.
hubungan pun tak berlanjutan,
habis sampai situ je,
takde nak bagi-bagi no hp sebab aku dah banyak sangat kan pengalaman chatting-chatting ni.
bukan boleh percaya pun.
ramai penipu.


dan semalam,
aku bosan,
tak boleh tidur, so aku on ym aku,
aku saja masuk yahoo chat.
(ni baru sampai cerita sebenar, kat atas tu mukadimah je)

masuk channel apa eh?
kedah kot,
kedah ada, perak, kl
semua aku masuk

sesapa yang tetiba buzz kat aku
pastu mintak nak tengok webcam,
sah, memang sangap.
so kenalah maki sebakul dengan aku.
padan muka kau.
sangap sex sangat kan.
aku memang maki ja penyangap-penyangap ni.
alah, rilek ar derr
muka bukan nampak, tak kenal pun.
hahah.

ramai gila nak tengok webcam.
apahal nak tengok webcam.
awat ? takdak webcam hang buleh mampoih ka?
boleh gak pe chatting kannn.
dan lappy aku pun memang takde webcam pun.
hahahaha.

so, yang mintak webcam selalu aku report as spam je lepas aku maki.
yang dok calling-calling tru ym pun sama.
aku spam je.
padan muka

yang chatting serius pun aku buat main je.
dia tanya dok mana, aku kata kedah
dia tanya area mana,
aku kata pasir mas.
hahah.
aku memang suka memain.
pastu dia dok tacing-tacing.
emo sekor-sekor cakap aku biadap le apa la.
erh, hello, ni chatting je kottt,
ko pun tak kenal aku kan.
serius lak mamat tu kan.
argh, lantak
macam aku kesah.

ada yang aku menyamar jadi kanak-kanak la
makcik tua la.
sesaja, takde keje.
bosan dah nak chat, dan jawab soklan yg sama
asl plz
duk mane
area mana
study or keje
dah ada bf lom

serius sheet bosan.
ape? tade soklan len ke.
soklan last tu la aku paling bosan.
org yg chatting ni selalunya tujuan nak cari pasangan hidup ke??
takde ke yg chatting-chatting just untuk suka-suka cam aku ni??

ok, pastu kan (baru masuk cerita sebenar ni) hehe
aku chat dengan sorang mamat ni
hm. ok la
sebab takde nak tanya soklan-soklan bodo cam kat atas tu kan.
nampak cam selamber la.
kelakar pun ade
so aku layan jeee.

aku layan pun takde yang gedik-gedik ni,
aku layan buat macam aku ni pun lelaki jugak.
cam kasar-kasar gitu,
ehehe.
tapi dia tau la aku pompuan.
tapi best la jugak kan.
takde la dia nak tanya sal bf ke ape.
mungkin dia pun chatting for fun cam aku ni kot.
tu persepsi aku memula la.

pastu dia mintak gambar
aku memang tak taruk pic aku sendiri.
aku letak pic kucing kat profile pic.

dia mintak Facebook aku.
aku ni memang jenis tak approve strangers yang add aku.
so, aku dengan sengaja nya create 2nd account khas untuk mereka-mereka yang aku tak kenal ni.
biarlah kan,
aku nak perasan artis jap.

adala dalam 3 keping gambar aku dalam tu.
pastu,
lepas tengok FB aku,
dia jadi meroyan.

tetiba nak no hp aku.
aku cakap straight ar,
aku memang tak bagi la no fon kat tah sape-sape.
tapi nak jugak
katanya dia takda niat jahat
mak dia cakap, tak baik kita berniat jahat terhadap seseorang
la blab blabla
eh, apahal tetiba ko nak libatkan mak ko pulak.

aku cakap,
sorry, aku tak boleh kasi.
dia dok merepek meraban lagi.
aku ni nakkk je maki cam aku selalu maki chatters tak paham bahasa yang lain kan
tapi memandangkan tadi tu, dia cam baik je kan, selamber je gayenye melayan aku, so aku consider jugakla.
setiap yang dia dok meraban aku reply
'ooooo'
'hehe'
'ic'

padan muka dia.
tak paham ke aku malas dah nak layan dia
aku pulak masa tu pergi approve pulak dia dalam list ym aku.
aku terclick camne tah.

dahla kata
'saya ikhlass sangat nak berkawan dengan awak, nak nopon awak, pleaaaseee'
eh, tahi sangat.
tolonglah.
aku paling benci la dengar ayat taik camtu
ko jumpa aku pun belum, kenal pun idok.

aku cakap, adoi la, dah aku approve dlm fb tu,
komen je la kat situ kalau nak contact ke apa kan.
tak perlu la nak ber sms-sms ke calling-calling ni.

dia cakap
dia takda masa nak online.bz sangat
jarang sangat online
ni pun online sebab balik-balik tengok lappy member on
dan dia pun online kejap
hahahahaha.
by the way, itu adalah alasan yang dah BERTAHUN-TAHUN aku dengar okay sepanjang berchatting ni.
taktik nak no hp.
tolong la weiii.
ingat aku bodo kot.

guna lappy kawan tu dah selalu laaa aku dengar.
pastu dia kata dia memang bz sangat,
nak on FB pun tak sempat lansung memandang dia keja ENJINEER KATERBANG
haa, engineer uolsss.

aku gelak ja kat mamat ni.
nak jugak aku test dia tanya sal enjin katerbang tu kan.
tapi mood aku nak mengugel adalah sangat malas pada ketika itu.

dan dia kan,
tanya aku amek kos apa kat u,
so aku cakap la,
amboiii
dan dan speaking london okayyy
nasib baik agak tere dia speaking
tapi ayat berbunga-bunga sangat sampai geli geleman aku.
bayangkan aku budak english literature pun gelimat dengar ayat bunga-bunga dia
kira memang berbunga-bunga berakar berbaja semua cukup laa

pastu aku bosan dengan dia
aku kata aku nak tido, bye.
terus aku buat invisible.

kira perbualan kami dua jam camtu jela
tak lama pun.

esoknya,
aku saja je on ym,
aik, tengok dia dah ada.
terus aku invisible
status dia "fariesha"
well, tu nama id ym aku.
jangan gelak ok, tah meroyan apa ntah aku pegi bubuh nama tu dulu-dulu.

aku dah nak geli dah.
pastu aku on FB yang konon-konon untuk peminat kan.
tengok semua gambar aku dia komen.
aku rilek lagi ar kan.

pastu selepas beberapa jam,
aku on lappy balik,
on ym,
tengok status mamatgile tu "saya rindukan seseorang yg bernama waniey"
omaigoddd
gila ka apaaa.
dia paham tak maksud rindu tu?
aku chat dengan dia tak sampai dua jam ok.
mungkin dua jam satu minit je.
dan dia rindu??
dah la tak pernah jumpa, tak pernah dengar suara?
adakah itu tahi atau cirit??

geli weh.
geli sangat.
kalau hensem takpela jugak. :p

aku saja je nak tunjuk kat dia,
aku upload pic-pic aku dengan adik aku kat fb
saja nak tunjuk kononnya aku dah ada bf kan.
tapi mamat tu tak perasan lagi agaknya.

pastu aku delete dia dari list aku.
puas hati.

then, tetiba, dia (masa tu aku invisible)
kira cam dia antar offline message la.
"wani, saya rindu awak larr"
apa ni??
aku dah delete dia dah.
setahu aku,
walapun kita dah delete someone tu,
nama kita masih ada dalam list dia.
dia punya nick je yang dah takde dlm list aku

so,aku pun report dia as spam dan klik dekat 'ignore all future messages from this user"
ok, dah tenang ym aku.

pelik kan?
dorang ni kenapa?
aku serius tak paham.
rindu pejadahnya camtu.
ish.ish.ish *geleng kepala*

pastu aku check 2nd acc FB aku,
saja pi check profile dia.
aku macam curious kan
katanya susah benar nak online.
ni aku nengok,
aktif je mengomen pic akyu kat FB,
meng update status ym.

so, tengok kat work info dia,
laaaaaa..
keja posmen rupanya.
tah-tah anak buah abah aku ni.
kalau kat Sungai Petani lah.

gelak aku sensorang.
rugi je aku tak test dia tanya pasal enjin katerbang semalam.
hahahah.
pastu ada satu lagi yang pelik.
ada sorang minah ni add fb aku.
fb yg 2nd account ni.

pelik gak aku,
dia tau mana kewujudan fb aku ni.
member list aku pun baru je 3 orang kot.
dahla baru sehari je aku buat.

yang lagi pelik tu,
sekolah dia, universiti dia, hometown dia, interest dia, hobby dia
semua sama dengan aku.
aik??
pelik kot.
aku perasan dia tukar semua info dia lepas add aku

dahla budak ukm amek english literature sama batch dengan aku
tapi haram aku tak kenal pun??
sekolah pun sama dengan aku.
tapi aku tak kenal pun??

cam suspicious gila lah minah ni.
dahla tak letak muka sendiri.
letak nick dia ckin menda tah.

seingat aku takde kot coursemate aku nama shikin ke apa.
coursemate pun tak sampai 4o orang,
of course aku kenal semua orang.

pastu aku tanya dia,
aku kenal dia ke,
dia kata dia rasa dia penah nampak aku kat ukm dulu.
aku cakap mustahil la, aku tak penah kenal dia pun.
camne?? kata satu batch kan.
dia kata dia tak femes dulu.
adoiii.
serius tak lojik.
aku kenal semua coursemate aku even dia femes or tak.
dan dia takde lak member-member bebudak elit (english lit) ukm dalam friend list dia.

aku rasa cam something tak kena je
terus aku deactivate account aku tu.
pelik sungguh laaa.

so, itulah cerita aku.
aku hairan mamatgile tu je.
kelakar laa.
nak cari teman hidup pun tak payahla melalui ym.
sebab ramai yang penipu.
ada yang jujur, aku tak nafikan
tapi sikit.

bagi aku teman chatting ni, aku memang hanya nak kekalkan as virtual friend je.
tak payah nak jumpa-jumpa or, calling-calling, even tak kenal muka pun ok.
just teman di alam maya.
kalau ko bosan dan perlukan teman untuk bercakap, bolehla luahkan dekat virtual friend ni.
habis di situ,
tak perlu terbawa-bawa sampai nak no fon nak jumpa bagai ni.

tapi tak semua camtu,
semua chatting cam nak ada serious relation ship.
adehh.
nak no fon suma ni.

aku pernah dulu
ada kawan
chatting melalui irc
best chat dengan dia.
dia tak pernah mintak no aku pun.
sebab tu aku respek dia.
sembang pun cam kawan-kawan,
takda nak tacing-tacing


pastu dunia makin maju,
dia ada friendster,
aku add dia,
ooh rupanya pakar analisis rupanya,
dah pegi oversea semua.

kalau aku perlukan bantuan nak buat essay ke assignment ke,
aku tanya dia lah.
sebab dia tere english dan minat sastera english

kalau aku on9,
dia pun kebetulan on9,
kami borak.
takde nak berjanji-janji nak on9 ke apa.

pastu, sekarang dah lost contact dah.
tah macam ne leh lost contact,
masing-masing bz kot

dah kahwin agaknya mamat tu.
hehe.

so, camtulah.
mesti anda bosan kan.
panjang entri aku kali ni.
hehe.
ok.
byeee.

19 May 2010

I got the job ! #2


.
sebelum ni aku suka betul tengok orang ambil gambar guna webcam dan gabung-gabungkan jadi banyak-banyak macam bawah ni.
macam-macam mimik muka dorang buat.
aku macam teringin je nak buat.
tapi nak buat macam mana, laptop purba aku ni bukannya webcam built in.
jadi selalu aku menjadi sayu apabila memikirkan hal ini *taktau lah napa aku rasa macam poyo ayat aku ni*

jadi hari tu (aku tak ingat bila)
aku ada buat satu video.
video khas untuk di upload ke blog ni.
sesaja je buat sebab aku tak pernah lagi upload video sendiri ke blog ni.
jadi nak cuba lah.
lagi pun aku nak buat kelainan sikit.
kononnya nak cuba untuk ber vlog pulak.
setiap entri digantikan dengan video aku membebel.
sebab aku kan malas nak menyusun kata-kata.
tapi bila buat video,
aku lagi banyak membebel hal-hal yang takda faedah.
merapu tak tentu hala =.='
jadi aku batalkan je la niat suci aku tu

tapi aku saja buat snapshot untuk video tu.
kira tu adalah shot-shot masa aku tengah membebel dengan penuh berkarisma.
tercapai jugak aku nak gabung-gabungkan gambar walaupun tiada webcam.



*click to enlarge*

so,
korang boleh nampak lah macam jenis muka aku kan.
aku tengah korek hidung,
muka tengah nak teran tahi pun ada.
muka teruja tunjuk gigi arnab.
sampai last sekali, aku tertidur sebab terlalu bosan dengar suara aku sendiri membebel.

tu belum korang yang dengar lagi.
kalau korang dengar, sah la tidur diulit mimpi ngeri aku dok membebel-bebel dalam mimpi korang

____________________________________

ok,
jadi berbalik kepada tajuk kita pada kali ini,
panjang betul mukadimah aku ye.

aku nak cerita sambungan entri sebelum ni
saja aku cerita separuh sebab aku rasa macam dah panjang je
takut korang tidur pulak

jadi moh kita sambung.
so, aku sedang duduk di kerusi di kaunter pertanyaan
sebab dorang suruh aku tunggu.

lama jugak aku tunggu,
tetiba sorang perempuan cina ni keluar,
dia tanya aku.

perempuan cina : yes? do you want to see the principal?
aku : err. yes. are you Ms Lorna?
perempuan cina : yes. did i ask you to come today?
aku : yes.yes. you did. you called me that day, saying that i should come on 17th May that is today. you said that the principal wanted to see me?
perempuan cina : what's your name?
aku : Nur Shazwani
perempuan cina : buat muka blurr.

aiii sudahhh, nyonya ni. ko biar betul, aku ni dahla datang dari jauh (walaupun takde la jauh mana)
dah cuak, panik segala.
tetiba dia boleh buat blurr pulak bila aku dah datang

perempuan cina : are you coming for an interview?
aku : errr. this is actually my second interview, the 1st interview was at annexe c (cawangan PTPL)
perempuan cina : what's your name again?
aku : Nur Shazwani
perempuan cina : dok kerut muka sambil biji mata pandang atas tengah cuba untuk mengingati sesuatu

perempuan cina : aahhhh. yes.yes. i rembember. aiyaaa, i thought you are coming for the 1st intervieww..
aku : haaa. heeee. (sengih) (aku kan suka sengih)
perempuan cina : wait for a while aaaa.

ceitt. tunggu lagi.
so aku pun tunggu.
tengok si Ms Lorna tu dok mencari fail amende tah.
lama jugak tunggu.
bosannnnnn

lepas tu,
tetiba Ms Lorna datang suruh aku masuk bilik principal.
ok, cuak dah datang balik.
baik betul Ms Lorna, semua pintu dia tolong bukak kan untuk aku.

bila aku bangun dari kerusi tu nak berjalan Ms Lorna cakap 'aik, i thought you are tall. when you sat just now, you looked tall. kecik ja orangnya yaaa'
aku sengih ja. *sengih lagi. haihh*

so, masuk lah ke dalam bilik principal.
wuuuu. nervous.nervous.
aku pun tarik kerusi nak duduk.
punyala berat kerusi tu,
berusaha keras jugak aku nak tarik kerusi tu.
ish. ish.

ooo rupanya principal ni seorang wanita cina.
nampak macam sombong je gayanya.
umur dalam lingkungan 40an
rambut pendek ala-ala Lady Diana
kaler rambut macam pintu kayu bilik aku.
tapi lawa gak.
ada style.

so, dia tanya.
'how are you?'
aku jawab
'good' *sambil senyum.
hmmm. good. * dia macam ulang balik jawapan aku tu.
aku ni dah cuak dah.
betul ke jawapan aku tu,
or it would be more appropriate if i answer 'i'm doing fine'?
ntah,
hentam sajalah labuuuu.

lepas tu dia tanya,
'can i know, what is your preparation for the teaching materials? For Literature subject.'

lepas dia tanya tu,
dia sandarkan badan dia kat kerusi,
mata tepat pandang mata aku.

ok,
memang aku cuakkkk.
dah la pandang aku.
aku jawab merapu meraban.
aku cakap cari dalam internet, pegi library lah, buat kaji selidik lah.
haa.
bab merapu ni sila lah serahkan kat aku ya.

then, dia bercakap mengenai working hours.
cara dia cerita tu , memang aku akan jadi super bz la kalau terima job ni.
masa untuk diri sendiri pun tak sempat.
mungkin waktu lunch pun terpaksa dikorbankan.
dia tanya.
'so, can you cope with all these? are you willing to sacrifice your time because you would'nt be having much time for yourself. you might have to work on weekends too.'

aku jawab.
'i will try my best to fit in and get used to the working hours'

dia balas balik
'no, you can't say that. because we don't know how much is your best.'

hah. tu diaa.
selalunya tu la jawapan favourite aku.
i will try my best la.
i think i can do it la.

sekarang ni dia nak jawapan yang pasti jadi aku pun jawab.
'yes. i know i can do it. other lecturers can do it, so it would not be a big problem for me too.

macam kompiden gila ja aku jawab
padahal aku dah susah hati sebab cara dia explain tu macam bz gila ya amat lah keja lecturer ni.
tapi mungkin dia saja nak provoke aku ke kan.

lepastu dia tanya,
can you handle the A-Level Programme focusing on literature?
kali ni kena bagi jawapan yang pasti la kan.

aku jawab.
'yes i can, since i ..... (haaa, aku jadi blank tetiba. pastu aku tak ingat sangat aku dok mengarut apa kat sini'
yang aku ingat, aku dok merapu yg kat UKM dulu aku dah memang didedahkan dengan literature blablablabla.

lepas tu,
keaadan makin relax.
kami sembang macam kenal lama pulak.
hehe.
Principal ni kurang fasih melayu dan jugak Mandarin.
so english je la jadi bahasa perantaraanya.

dia ada tanya.
'do you have a boyfriend?'
'no, i don't. maybe i will start searching for one here. haha (mmg aku kata 'haha' pun. 'haha yang sarcastic'.
haa, tengok aku dok buat loyar buruk. nasib baik dia tak pang kepala aku sebab lepas cakap je, aku tetiba rasa nyesal cakap ala-ala miang gitu. hehe
'but sometimes i feel that boys would just give me trouble'
then dia cakap.
'yeah, boyfriend can be a pain in the ass right? (haha, see. sporting habess)
'yes! and that is why i decided to remain single'

pastu kami gelak sama-sama.
macam keluarga bahagia pulak. *eh

pastu dia tanya hobi aku la,
macam-macam lagilah.
bercerita pasal resipi sambal lah.
pasal lesung batu lah.
haa, sembang suka-suka hati je.
borak pasal Piala Thomas lah.
pengalaman dia yang tak reti berbahasa Mandarin lah.
macam-macam lah.

lama gila kot dok borak.
kesian abah mama aku tunggu dalam kereta.
pastu dia ada cakap,
nanti kalau aku dah masuk kerja
aku akan bekerja sama dengan satu lec India ni.
senior punya.
dia cakap, lec ni dah tua jadi nak bersara tak lama lagi
sebab tu nak cari pengganti tu

pastu dia kata
aku ni kena berhati-hati la sebab mngkin lec India ni akan lemparkan sarcastic words kat aku sebab dia mmg garang sikit.

then, aku tanya
lec tu ke yang interview aku hari tu.
principal cakap yes.

haa.
patutlah aku kena perli baekkkk punya time buat mock teaching tu

mampus la nak kena kerja dengan dia nanti.
pastu masa nak balik,
aku pun mintak nak mula kerja pertengahan bulan June.
malas aku nak kerja awal-awal.
nak rilek dulu kat rumah.
hehe.

so, itu sahaja la cerita aku.
sorila pasal cerita tergantung sebelum ni ya.
hehehe.
ok.
assalammualaikum~

eh lupa pulak.
lepas habis interview tu,
kami pun pusing Penang, membeli belah kain untuk baju raya.
heeee~
best.best.