Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

17 July 2011

Penyamaran yang hebat !!


Korang pernah tengok tak iklan pencuci baju tu, aku tak ingat pulak jenama apa. Yang ada dua orang budak ni, depa pi curi rambutan, lepas tu ada pakcik ni nampak and terus kejar dorang. Lepas tuh pakcik tu cari dorang tak jumpa sebab dorang menyamar di sebalik cadar putih yang disidai di ampaian, memandangkan dorang pun pakai baju putih, jadi pakcik yang bengap tuh tak nampak dorang.

Aku dengan adik aku selalu kutuk-kutuk iklan tu sebab nampak benoo nipunyer. Takkan lah pakcik tu punyalah rabun nak mampus, sampai tak dapat beza budak-budak tu dengan cadar putih tu. Taulah bebudak tu pakai baju putih, tapi muka dorang still warna coklat. Bukan warna putih punn Benci aku dengan iklan-iklan over camni tau.

Jadi, kali ni, aku nak tunjuk penyamaran yang hebat berkali ganda dari iklan bengap tu. Ada sorang pakcik ni dari China, beliau memang ada hobi pelik. Beliau suka mengecat badan beliau lalu menyamar di sekitar objek-objek di sekitar beliau. Memang terus tak nampak dah pakcik ni, bila dia cat diri dia sama warna dengan objek tu. Aku nak terang pun susah, jom lah layan gambar. Gambar-gambar ni memang tidak di ubahsuai dengan Photoshop ke apa. Memang orii.

Ada gambar yang korang jenuh tercari-cari, mana laa pakcik tuh.

Ha, nampak tak pakcik tu??

 Yang ni agak hebat. Macam halimunan pulak aku tengok pakcik tu.


 Aku nampak pakcik tuhh!! hehe













Okeyy, itu sahaja. Bye, Assalammualaikum~

13 July 2011

Ukiran buah yang sangat comel !!


Korang mesti pernah tengok ukiran buah kan? Aku selalu jugakla tengok ukiran buah, tambah-tambah masa hidangan beradab pengantin tu. Kan buah akan dikukir cantik-cantik kan? Yang selalu aku tengok buah yang diukir pun buah tembikai je la, buah lain jarang tu jarang-jarang. 

Ni aku nak tunjukkan ukiran buah yang sangatlah comelll. Macam bernyawa pulak buah tu dorang ukir. Bukan setakat buah je, ada roti, sayur dan telur yang dibentuk menghasilkan satu bentuk yang macam real. Jom layan gambar.


bentuk violin. Agak-agak ni buah apa ye? Buah pear kot.


hehe. Comel. Lemon tengah kencing. hihi




Ni scary sikit. Macam alien workshop pun ada.


Epal yang ganas !


Mesti susah gila nak deal dengan kulit telur yang fragile ni kan?


Kobis. :)


Roti tengah mintak sedekah


Comel jugak nihh


Ketua kampung sedang memberi taklimat gotong royong kepada penduduk kampung.


Allahhh. Berat bnoo nak menanggung perut sendiri yer



Roti ni spesis epal yang ganas tadi ni.







Comel kan semua ukiran? Korang kalau dah takda kerja sangat. Bolehla mencubanya di rumah. hehe
Byeee

12 July 2011

Sekali kantoi daaa

mungkin dengan pemakaian G-string ni, sepakan beliau ke pintu gol lebih jitu dan tepat kot. Mungkin? Kita tak boleh salahkan dia. hehe :p

26 April 2009

mari kawan-kawan rehatkan minda jap

sambil-sambil study tu, jom tengok gambar-gambar pelik ni.




sotong berwajahkan manusia







anak anjing berupa manusia. cian aku tengok puppy tu. camna la bila besar nanti

pork mince with bean paste. ada tanda halal lagi! apa kejadah??



ya. mari-mari. 3batang seringgit. macam-macam ular ada.


yang ni pulak 4 batang seringgit. boleh rasa dulu.. kami pilih ulat-ulat yang segar


kalau nak rebonding ni, agak-agak berapa kena cas ar??


ini adalah sejenis arnab. mata pun dah tak nampak. hehe


haiwan ni nama aye-aye. comel tak?


cili oh cili


two legged woman



batu ni berharga 20 juta us dollar


ubi keledek yang seksi


ikan berbadan dua


dorang cakap ni tanduk syaitan. wallahualam



kumbang ini dinamakan facebug. :)

sebenarnya ada banyak lagi, nanti aku upload lagik eh. tapi banyak yang gambar-gambar kemalangan yang mengerikan. aku takmau upload yang tu. takut.