Showing posts with label Wishlist. Show all posts
Showing posts with label Wishlist. Show all posts

11 July 2011

my wishlist

assalammualaikum. Letih pun belum habis lagi ni. Tetiba pulak datang semangat nak update blog. Semangat ni dia mai tengah-tengah malam macam ni ja. Tengah-tengah hari buta dia tak mai. hehe


Tadi kawan-kawan adik mai makan-makan kat rumah. Lepas tu mama jemput sepupu-sepupu aku yang tinggal berdekatan jugak. Jadinya, letih memasak seawal pagi sampai lah ke malam melayan tetamu.


Masa kawan-kawan adik datang tadi, riuh rendah jugak la. Memula aku nak jadi orang belakang tabir je. Tolong apa-apa yang patut kat dapur. Biar mama je dengan adik (abah pi kerja) je melayan dorang. Lagipun ada kawan-kawan lelaki, jadi i segan la youu. hik3 gateiii nya kau noks.
Lepas tu, kawan-kawan adik yang perempuan, adala dalam 4 orang dok bertanyakan pasal aku. Eh biasalah, orang terpenting kan, mesti menjadi perhatian. Kata misha omaq. kui3.


Aku pun keluar lah, gi duduk borak-borak dengan dorang. Kira dengan adik-adik la sebab dorang semua muda setahun dari adik aku. Kira beza 4 tahun la dari aku. Sekali ambik kau, dok bersembang, bergelak sakan. Orang Kedah kata, dok bergebang sampai lupa dunia. Ada sorang tu tua dari aku 2 tahun. So aku panggil kakak la. Aku pulak suka usik-usik dorang. Tambah-tambah pulak, yang jenis pendiam ni kan, memang aku akan cakap sampai dia kena bukak mulut. Haa, berat mulut sangat kan. hehhe. So aku usik-usik depa, buat loyar buruk aku ni. Sorry na adik, akak memang jenis kepochi gini. hehehe


Tapi aku kepochi dengan kawan-kawan perempuan dia je la. Yang kawan-kawan lelaki duduk di bahagian ruang tamu, aku segan la nak buat kepochi. Satgi dengan depa pun aku dok buat kepochi, terpegun pulak depa tengok aku. muahahah. Lagipun yang kawan-kawan lelaki adik tu, muda setahun je dari aku. Tak boleh nak galak-galak sangat. Kang kena pelempang dengan mama tak pasai. Dok bergalak depan tetamu. hohohoh. Kawan-kawan adik ni, aku anggap macam adik-adik aku je, tu yang dok mengusik tu. Eh, kawan adik aku sorang tu macam muka kawan aku, Syida. Syida, muka budak tu sejibik macam kau weh. Sebab tu lah aku lagi gedik-gedik usik dia, sebab aku rasa macam aku sedang usik kau. Dia giggle pun macam kau Syida. Giggle kau yang mahal tuh, rupanya telah diwarisi oleh dia weh.


Dorang lepak kat rumah aku lama gila. Adik aku pulak pasang KL Gangster kasi depa tengok. Memang lewat petang lah balik. Tengahari sampai, lewat petang baru balik.


Okey, tu baru mukadimah entri. Sebenarnya aku nak publish entry mengenai wishlist aku. Dah berkurun terperap dalam draft ja. Hari ni baru rasa nak edit dan publish. Ingat tak dulu, aku pernah review tentang wishlist aku yang dah tercapai. Sapa yang tak ingat, tengok SINI.


Lepastu, konon berjanji nak publish wishlist baru. Pastu sampai zaman berzaman tak buat-buat pun. hehe. So sekarang ni, aku nak buat ni. Jom layannn.


Ok. sebelum kita beralih ke wish aku untuk tempoh jangka panjang, kita review wish yang untuk tempoh jangka pendek dulu. Merujuk kepada entri sebelumnya, aku ada buat wish sikit kan? Ingat tak yang mana? Aii, takkan lupa lagi kot. Muda-muda lagi dah lupa dah, apa cerita brader??? Nah tengok SINI kalau dah lupa. Well, wish tu memang tak tercapai pun pada pagi keesokannya. Aku bangun pagi, celik mata, tengok hp. Eh, ada message. Wahh. hati berbunga. Aku tekan view message. 'Anda ingin melanggan video PANAS ? Taip ON dan send kepada ..' Terus aku tutup message dan sambung tidur. huh!


Tapiii, pagi tadi, tengah sedap tidur, tetiba ada bunyi SMS masuk. Dengan mamai-mamai, bukak message. Memang ada wish good morning pun. Siap ajak aku keluar lagi. hehehehe. TAPIII, SMS tu dari orang yang tak pernah ada dalam kepala hotak aku punnn.Demm. Biasalah, orang yang kita nak, selalu tak pandang kita pun. Orang yang kita tak berapa nak ni laa, yang tak pernah berputus asa, kan? So, aku tak reply pun SMS tu. Nanti-nanti la aku reply, kalau ada mood. Aku kejam ke? Tak kan?


Okey, jum kita ke wish seterusnya.



My baby oranje. Ini adalah kekasih aku merangkap haiwan peliharaan aku. Beliau adalah berjantina jantan. hehe. Sayang tau aku kat dia. Okey, wish aku adalah, aku nak beli tinted kat oranje ni. Ksi dia pakai spek hitam. Aku nak tinted hitam. Semaksimum yang boleh (yang diluluskan oleh JPJ.=__=') Kalau tak, aku nak kasi hitam 100% terus. Dan jugak, aku nak repair skirting dia. Cian dia. Dah calar-balar dah. Siap lekang lagi. Oranje walapupun beliau jantan, tapi beliau suka pakai skirt. Dia ada kekeliruan jantina sikit. Kemudian, aku nak tambah spoiler sikit kat belakang. Tak nak la spoiler yang melampau-lampau sampai boleh sangkut baju tu. Nak spoiler kasi nampak sporty sikit. Dann, yang terakhir untuk oranje, aku nak tukar sportrim. hehe.



Yang seterusnya, adalah handphone. Memandangkan handphone aku sekarang aku rasakan sangatlah oldskool sekali, jadi aku rasa nak tukar. Aku pakai nokia navigator sekarang. Tapi kawan-kawan, sedara mara, abah, adik semua dah pakai touchscreen/ BB, jadi aku pun nak jugak. Mana boleh. Rasa tercabar gila tau. Aku kepingin nokia macam kat atas nih. Nokia N8 kot kalau tak silap. Smarttt habis. Tunggu kau, aku rembat.









Yang seterusnya, make up stuffs !! Loads and loads of make up stuffs. Dah lama aku tak shopping eye shadow, blusher, lipstick. Yang paling last beli adalah eyeliner. Biasalah, aku kan ratu eyeliner. Jadi nanti aku nak beli banyak banyakkkk barang mekap. hehe. Tapi aku sebenarnya tak la suka sangat calit-calit mekap macam-macam kaler ni. Kekadang kalau rasa perlu je aku pakai foundation. Eye shadow lagi lah. Dah lama tak pakai. Jadi wish ni, tak la aku beriya sangat. Kalau ada duit lebih baru beli.





Uyooo. Tak menahan aku nih. Berangan nak pakai kereta besar. hehe. Okey, ni aku tolong wish kan buat mama aku. Mama, silalah beli kereta ni. Aku memang minat gila gila gilaaaaa dengan Honda Accord nih. Disebabkan aku takda duit, jadi aku wariskan dekat mama aku la untuk belikan kereta ni. Sebab mama bercadang nak ambik Camry (dipengaruhi oleh Abah) Tapi aku tak minat Camry laaa. Tak suka tak sukaaa. Aku nak kereta kat atas nih. Setakat nih, aku dok pujuk-pujuk mama, macam hampir berjaya je dia nak beli kereta ni dan bukan Camry. hohoho







Aku dah lama, teringin nak buat rawatan spa. Macam best ja dengar kawan-kawan dok cerita. Sedapnya kalau ada orang dok urut-urut badan kita sambil diiringin dengan alunan muzik yang mengasyikkan disertai dengan aroma ros yang harum. Cuba hanmapa bayangkan. Tutup mata, hampa tengah meniarap cam gambar kat atas tu, ada orang tengah urut-urut badan yang lenguh-lenguh tu akibat terbongkok je menghadap pc/lappy surf internet (aku tengah perli nih, terasa tak, terasa tak??). Lepas tu ada alunan muzik yang lembut dan mengasyikkan, ada haruman yang wangi lagi dengan cahaya lilin yang suram. Wahh, boleh bikin aku tidur ja sepanjang rawatan nihh.





Gladiator wedges. My fav. Nak beli nanti bila dapat gaji. Taktaulah tapi aku rasa smart la kalau sesiapa pakai gladiator nih. Nampak cam seksi gitu. Sebab kasut dia tali-tali kan. Pastu aku rasa sesiapa pakai gladiator nih kaki dia akan nampak putih. Bagi yang tak berapa putih cam aku nih, memang perlu lah. hehehe.





Seterusnya adalah laptop. Ha, ni meh nak cerita sikit. Lappy aku yang dipuja-puja dalam entri aku tempoh hari tuh, rosak pulak. Dia ada mood dia, dia rasa macam nak rosak ja, dia rosak ah. Syok tengok aku dok merayu-rayu kat dia suruh on balik. Lepas tu dia macam, bosan kot, asyik mampus je, dia on lah balik. Suka hati makpak dia ja nak rosak pastu ok pastu rosak. Ni pun pakai pc rumah ni. Sakit bahu aku menaip. Jadi solution nya adalah, beli yang baru. Aku nak beli yang kecil ja. Senang aku nak mengangkut merata-rata. Tapi itula, aku takut tak puas lappy kecik-kecik ni. Sebenarnya, masa aku buat wishlist nih, lappy aku masih ok lagi. Jadi aku berhasrat nak ada satu lappy besar satu lagi yang kecik. Yang kecil tu untuk aku travel ke mana-mana. Senang, ringan, tak makan space banyak.







Cuba tengok tu. kecik je. Siap boleh seluk poket. Tapi bodoh betul lah kalau kau nak seluk lappy kecik kau dalam poket belakang seluar pastu jalan-jalan kat tengah bandar kan. Lelaki gila sex pun, lebih berminat nak sambar lappy tu dari raba bontot kau. hahaha. okay, tak lawak. Jadi sekarang, aku kurang pasti nak beli lappy ke atau notebook?











Jam tangan Fossil. Sebenarnya, aku dah lama gila menanam hasrat nak beli jam Fossil nih. Sejak dari matrik dulu lagik haa. 6 tahun yang lepas, Tengok roomate aku pakai, fuhh cun gila. Lebih kurang macam dalam gambar ni la. Tali tu yang sama. Ha, aku minat fossil sebab aku suka design tali dia. Nampak cam sporty sikit. So aku berangan je nak beli jam Fossil nih. Tambah-tambah pulak roomate aku tu orang kaya. Dok envy ja kat dia. Yalah, lappy hilang kena curi, esok tu, terus bapak dia hantar yang baru. Same model pulak tu dengan yang kena curi tu. Apa khabar kau zapi sekarang? Dah jadi lawyer yang berjaya kah? Yela, semua kawan-kawan aku dah jadi peguam. Aku sekor je sesat jadi cikgu. hohoho.


Jadi berbalik kepada jam tangan, aku dok teringin nak beli Fossil tapi jam lain jugak yang aku beli. Adidas, lepastu Adidas tu tali dia rosak, nak tukar tali pun kena order sampai rm80, tak berbaloi langsung. Jadi beli yang baru, Esprit. Rasa nyesal gi beli Esprit tuh, baik la beli Fossil yang harga lebih kurang ja dengan Esprit atau aku rasa lebih murah dari Esprit dan lebih cantik design dia. Masa tu aku rakus sangat. Tak sabar nak beli. Kat kedai tu pulak takda brand Fossil. Sampai sanggup bayar dengan abah aku bulan-bulan sebab nak sangat Esprit tuh. Harga dia tak silap aku rm489 kot. Over aku nih. Baik beli Fossil ja, harga lebih kurang rm200-rm300 ja boleh dapat yang cantik-cantik.Jam Esprit ni pun memula aku tak suka, lepastu ramai yang kata cantik, tetiba rasa suka. Gedik tak? hohoho


Ish banyak lagi ke wishlist aku ni? Aku dah mengantuk dah ni. hahahaha. Takpa-takpa, kita teruskan.

Flatshoes. Nak beli banyak-banyak jugak. Al kisahnya aku bukanlah penggemar heels. Aku pakai kalau pi kenduri je. Kalau tak, aku pakai flat je, senang dan selesa. Tak payah sibuk-sibuk nak catwalk kalau pakai heels.pastu sarung ja, takpayah nak cangkuk ke, nak zip ke hape ke.







Sneakers !! Punya lah lama aku berazam nak beli sneakers baru tapi tak terbeli. Aku tak beli sebab tak jumpa design converse yang aku berkenan. Aku setia dengan converse je. Yang lain, tak layan. Aku nak design lebih kurang dengan sneakers aku yang dulu. Suka sangat design macam tu. Tapi dah tak jumpa. Dulu aku memang penggemar sneakers. Pi memana pun dengan sneakers. Pakai baju kurung pi kelas pun pakai sneakers. Memula kawan-kawan tengok pelik, sekali ramai pulak yang pakai camtu gak. hahaha. Ala, uitm shah alam, takda apa pun yang pelik kat sana. Kau tengok budak tu dressing pelik nak mati, padahal, dressing lebih pelik dari tu pun ada. Pengkid yang stylo gila bermesraan awek yang cun melecun dan seksi habis di cafe adalah perkara normal. Pakai baju kurung, tapi see thru punya baju kurung. Singlet apa pun tak pakai. Guane? Lepas tu pak guard pun tahan, kena saman. ehehe. Kena saman sebab pakai tak ikut etika. Tapi yang aku pelik, dalam pak guard dok saman tu la, makin banyak je, pakaian yang pelik-pelik aku tengok. Bila masuk UKM, yeayy bebas ! pak guard hanya saman kalau tak pakai matrik kad je. Boleh pakai suka hati, tapi boleh pakai suka hati dan pak guard tak saman pun, semua pelajar pakai ok je. Takda pulak yang pakai pelik-pelik macam tak mampu nak nak beli kain yang cukup. Pelik betul. Aku pun ada dua tiga kali kena saman dengan pak guard uitm dulu. Sebabnya, time kena pakai baju kurung, aku tak ingatlah hari apa kami diwajibkan pakai baju kurung, aku pi pakai t shirt dengan jeans. Sebabnya aku malas nak iron baju kurung. hahaha. Pastu sekali masuk maktab, hari-hari pun diwajibkan pakai baju kurung. PADAN MUKA.




Aku memang teringin nak beli set penjagaan muka. Clinique ke SK II ke apa ke. Tapi aku ni yang rajin pakai facial foam je, yang kena sapu krim lah toner lah apa lah. Aku pemalas sikit. Jadi aku berazam nak jaga kulit muka aku, nak pakai satu set penjagaan muka. Nak pastikan aku rajin sapu krim ke toner ke sun block semua tu. Aku pun nak comey macam hampa jugakk.



Bedsheeet. Kalau dapat yang macam ni pun best. Rasa macam nak tidur je bila tengok katil. Rasa macam nak berangan je kalau pandang katil. Kena pulak dengan aku yang suka berangan. yang suka fikir itu ini. Yang suka ada impian merapu-rapu. Memang sesuai.




Oh myyy. Yang ni wish yang paling PENTING sekali. Oh sebelum tu, cikgu waniey nak pesan, ayat 'paling penting sekali' adalah salah ye. Yang betul adalah 'paling penting' atau 'penting sekali' . Tak boleh gabung PALING dan SEKALI ye. Tapi sebab aku nak stress kan bahawa wish yang satu ni adalah sangat penting, jadi aku guna paling penting sekali. hehe. Aku nak beli DSLR NIKON. takmau Canon, takmau Sony. Nak Nikon jugak sebab dah biasa guna Nikon.Ni adalah impian terpenting aku.

Sapa yang rapat dengan aku memang tahu aku memang minat dengan fotografi. Sejak bila ya? Aku pun tak ingat sejak bila. Tapi aku suka melihat benda yang cantik atau unik atau benda tu ada banyak cerita di sebaliknya, memang aku snap. Dulu aku suka snap gambar awan. Snap guna camera hp je. Dulu takda camera proper. Aku rasa awan adalah ciptaan Tuhan yang paling indah. Kengkadang aku rasa tenang je tengok langit yang biru. Bergantung kepada bentuk awan. Kekadang aku rasa bebas bila tengok langit yang biru disulami dengan sedikit awan putih. Aku rasa teruja kalau tengok awan putih yang banyak dan kecik2. Kalau tengok langit waktu senja yang berwarna oren, aku rasa indah dan kekadang aku rasa takut. Awan boleh menafsirkan mood aku. Aku harap impian aku yang satu ni tercapai. InsyaAllah..





Yang terakhir adalah, melancong ke luar negara. Dah ada perancangan, hujung tahun ni, cuti sekolah. InsyaAllah. Pergi dengan famili. Doakanlah supaya kesihatan mama abah adik dan aku juga aku sentiasa baik. Dapat lah aku tengok negara orang. Destinasinya? Tu dalam gambar kat atas tu. Ampa tilik la betul-betul, itu kat negara mana. hehe.


Okla, tamat jugak wishlist aku ni. Publish jugak akhirnya. Nanti dalam masa beberapa bulan, aku akan buat review bali, tercapai atau tidak semua impian aku ni. okey. Good nite. Assalammualaikum.

















16 December 2010

wishlist saya :)


dulu kalau korang masih ingat,
aku ada buat entri mengenai wish list aku kan?
sesiapa yang tak ingat atau baru je follow blog aku,
boleh kelik DI SINI untuk baca entri tersebut.

dah lama aku buat entri tu.
30 December 2009.
setahun lepas lah kiranya.
hahaha.

yang aku nak cakapkan kat sini.
hampir semua wishes aku tu dah tertunai.
alhamdulillah.
walaupun, wishes aku tu takdala hebat-hebat pun.
tapi rasa cam tak sangka, tertunai jugak aku nak beli semua tu
dengan duit aku sendiri.
semua guna duit aku.
tu yang best tu.
heheh

wish list aku.

1. kasut croc malindi.
dah beli tapi bukan la croc. tapi flat shoes camtu gak, warna pun sama. aku beli LARRIE. memang sedap gila lah pakai. LARRIE mmg favourite brand aku untuk flat shoes. dengan PIERRE CARDIN. sedap weh pakai.

2. baju kurung.
dah beli. dulu aku takdala beli yang fesyen-fesyen sangat. beli kain, upah je. senang. sekarang beli dekat butik, yang up to date la sikit kan. beli kat butik lagi. hahaha. tapi takpa, aku pakai duit sendiri, tak pakai duit mak bapak. dann, aku dah beli jubah. dulu nak sangat beli jubah, tapi tak terbeli sebab agak mahal. skangm tercapai jugak hasratku.

3. purse.
dah beli semalam. heheh. sebenarnya, aku dah ada dua purse dah. tapi purse tu aku beli kat p.malam yang rm10 je. untuk sementara waktu je, sebelum aku beli yang aku betul-betul minat.
semalam beli purse BUM Equipment. rm69, dapat less rm55. memang dah lama aim pun. tengok-tengok salesgirl tu cakap, tinggal satu je pattern tu, tinggal yang display je. hurm, amek je laa..

4. bracelet.
gold bracelet sebenarnya. memang nak beli pun. tak kesah la wpun ramai bebudak muda skang tak suka pakai emas. cam orang tua katanya. tapi aku nak beli rantai tangan satu guna duit aku. sebagai kenangan. aku nak tempah design dia. taknak la yang besaq gedabak cam mami jarum tu kan. aku nak yang kecik je. sesuai la dgn tangan aku ni. dah berbincang-bincang dengan mama aku nak beli. so yang ni, tak tertunai lagi..

5. skinny jeans.
dah beli. berpasang-pasang aku. 5 pasang kot. huhuh. macam-macam kaler aku beli. grey, navy blue, brown, white, nanti nak cari yang kaler season tu pulak. faded-faded sikit.

6. sneakers.
belum beli. semalam dah survey. aku masih mencari design yang diminati. takda lagi setakat ni. sob3. aku peminat converse. nak cari design cam converse lama aku. tapi takdaaaa. sedihh. semalam ada la jumpa, walaupun tak la seperti design yang aku nak, tapi berkenanlah jugak. rm129. hurm. boleh la tahan rega dia. sebab converse aku yg dulu jauh lebih mahal. baik beli yang murah sikit kan? jimat duit aku dan boleh beli benda lain jugak. so, yang ni pun belum tertunai lagi...

7. baju knitted.
tak beli sebab. obsesi untuk baju knitted sudah tamat. hahahah. so, yg ni kita keluarkan dari wishlist.

8. long black cardi.
dah beli 3. black, white and grey. semua long cardi. ingat nak beli lagi satu.

9. myVi SE orange.
dalam list tu, kekonon, suruh mama aku beli. haha, dapat gak aku beli guna duit sendiri. tapi bukan myVi SE. tapi Viva Elite orange. memula nak beli myVi SE orange, tapi ramai sangat sedaramara pakai myVi skang. bosan lak. hahah. so beli Viva lah.

ok so, tu saje.
aku ada wish list baru.
hahaha.
nanti aku buat entri ya.
beboiii
assalammualaikum~

30 December 2009

wish list.

kasut croc satu.
macam tertawan je dengan kasut neh.
.
baju kurung.
saja nak tambah koleksi baju kurung aku.
sebab kekadang aku suka berbaju kurung.

.

purse baru.
sebab purse aku dah berdaki dah.
tapi purse yang lama akan tetap disimpan sebab ianya pemberian seorang teman.

.


gold bracelet.
sajasaja nak beli guna duit sendiri untuk kepuasan.
.

skinny jeans.
memang dah berhajat nak beli dari dulu.
harap dapat beli.
.




aku memang peminat sneakers.
sneakers converse aku yang lama tu macam dah makin uzur.
tapi aku sayang sangat dengan converse tu.
sebab sedap gila pakai.
maybe nak tukar selera pakai nike lak.
.


aku taktau kenapa sekarang aku sgt obses dengan baju knitted.
dah berapa baju knitted aku beli.
masih rasa tak puas.
.


knitted jumper.
adeh.
tergoda i.
.

long black cardi.
ni dah berkurun jugak aku cari tapi susah la nak jumpa cardi hitam panjang.
selalu jumpa yg pendek je.
.



last but not least.
myvi SE.
mama dah janji nak beli,
tapi mana janji-janjimu mama?
ehehe.
takpe,
aku rasa lebih bermakna kalau aku dapat beli guna duit aku sendiri kan?
.
itu je.
harap aku dapat la beli salah satu yang aku berkenan ni.
dapat beli salah satu pun jadi la..
ehehe.
dah macam kesian sangat je bunyi nye.
arghhh.
gajigajigajigajigaji.
bila nak dapat??