16 December 2010

wishlist saya :)


dulu kalau korang masih ingat,
aku ada buat entri mengenai wish list aku kan?
sesiapa yang tak ingat atau baru je follow blog aku,
boleh kelik DI SINI untuk baca entri tersebut.

dah lama aku buat entri tu.
30 December 2009.
setahun lepas lah kiranya.
hahaha.

yang aku nak cakapkan kat sini.
hampir semua wishes aku tu dah tertunai.
alhamdulillah.
walaupun, wishes aku tu takdala hebat-hebat pun.
tapi rasa cam tak sangka, tertunai jugak aku nak beli semua tu
dengan duit aku sendiri.
semua guna duit aku.
tu yang best tu.
heheh

wish list aku.

1. kasut croc malindi.
dah beli tapi bukan la croc. tapi flat shoes camtu gak, warna pun sama. aku beli LARRIE. memang sedap gila lah pakai. LARRIE mmg favourite brand aku untuk flat shoes. dengan PIERRE CARDIN. sedap weh pakai.

2. baju kurung.
dah beli. dulu aku takdala beli yang fesyen-fesyen sangat. beli kain, upah je. senang. sekarang beli dekat butik, yang up to date la sikit kan. beli kat butik lagi. hahaha. tapi takpa, aku pakai duit sendiri, tak pakai duit mak bapak. dann, aku dah beli jubah. dulu nak sangat beli jubah, tapi tak terbeli sebab agak mahal. skangm tercapai jugak hasratku.

3. purse.
dah beli semalam. heheh. sebenarnya, aku dah ada dua purse dah. tapi purse tu aku beli kat p.malam yang rm10 je. untuk sementara waktu je, sebelum aku beli yang aku betul-betul minat.
semalam beli purse BUM Equipment. rm69, dapat less rm55. memang dah lama aim pun. tengok-tengok salesgirl tu cakap, tinggal satu je pattern tu, tinggal yang display je. hurm, amek je laa..

4. bracelet.
gold bracelet sebenarnya. memang nak beli pun. tak kesah la wpun ramai bebudak muda skang tak suka pakai emas. cam orang tua katanya. tapi aku nak beli rantai tangan satu guna duit aku. sebagai kenangan. aku nak tempah design dia. taknak la yang besaq gedabak cam mami jarum tu kan. aku nak yang kecik je. sesuai la dgn tangan aku ni. dah berbincang-bincang dengan mama aku nak beli. so yang ni, tak tertunai lagi..

5. skinny jeans.
dah beli. berpasang-pasang aku. 5 pasang kot. huhuh. macam-macam kaler aku beli. grey, navy blue, brown, white, nanti nak cari yang kaler season tu pulak. faded-faded sikit.

6. sneakers.
belum beli. semalam dah survey. aku masih mencari design yang diminati. takda lagi setakat ni. sob3. aku peminat converse. nak cari design cam converse lama aku. tapi takdaaaa. sedihh. semalam ada la jumpa, walaupun tak la seperti design yang aku nak, tapi berkenanlah jugak. rm129. hurm. boleh la tahan rega dia. sebab converse aku yg dulu jauh lebih mahal. baik beli yang murah sikit kan? jimat duit aku dan boleh beli benda lain jugak. so, yang ni pun belum tertunai lagi...

7. baju knitted.
tak beli sebab. obsesi untuk baju knitted sudah tamat. hahahah. so, yg ni kita keluarkan dari wishlist.

8. long black cardi.
dah beli 3. black, white and grey. semua long cardi. ingat nak beli lagi satu.

9. myVi SE orange.
dalam list tu, kekonon, suruh mama aku beli. haha, dapat gak aku beli guna duit sendiri. tapi bukan myVi SE. tapi Viva Elite orange. memula nak beli myVi SE orange, tapi ramai sangat sedaramara pakai myVi skang. bosan lak. hahah. so beli Viva lah.

ok so, tu saje.
aku ada wish list baru.
hahaha.
nanti aku buat entri ya.
beboiii
assalammualaikum~

No comments: