05 April 2009

maaf, awak duduk di seat saya..


ya. aku baru sampai di kolej ku ini. letih jugak duduk dalam bas hampir 6 jam. aku nak bercerita kejadian sewaktu aku dalam bas tadi.

tadi aku bertolak pada pukul 9.45am. naik bas konsortium yang berwarna merah kegarangan itu. aku duduk di seat yang paling belakang sekali dan tepi tingkap. kiranya aku duk betul-betul atas tayar belakang bas . masa aku duduk tu, mata aku dok melilau je dalam bas tu. pastu, baru aku perasan, pintu kecemasan sebelah aku je. tiba-tiba aku bersyukur, kalau bas tu tonggang terbalik ke, aku boleh keluar ikut pintu kecemasan tu. dan tiba-tiba jugak aku menggambarkan tentang mayat-mayat yang bergelimpangan dan aku menyusup di celah-celah mayat untuk keluar dari bas tu melalui pintu kecemasan tu. lepas aku keluar je, bas tu terus meletup. KABOOOOMMM !!. bodoh je kan, dok dalam bas pikir macam tu. tapi bukan benda ni yang aku nak ceritakan, benda lain.

lepas satu jam perjalanan, bas tu berhenti di satu tempat ni. aku rasa tempat ni perhentian rasmi bagi bas-bas konsortium kot sebab banyak bas-bas konsortium kat sini. pastu, adala beberapa orang turun gi tandas. aku mengantuk, jadi aku tidur jap. dalam 1minit tidur, aku terjaga. budak cina ni cakap phone, kuat gila. aku tak tau la samada telinga si pendengar tu pekak atau butang volume budak ni longgar ke apa. tiba-tiba aku dengar
" mintak maaf ya, semua penumpang sila naik bas sebelah yer"

aku terus tak jadi tidur. tengok semua orang dah bangun nak turun dari bas. tinggal la si budak yang butang volume nya longgar ni dok bising seorang diri. dia tak sedar pun apa yang sedang berlaku ni. lantak kau la labu.

lepas tu, kami pun berpindah ke bas yang satu lagi. aku tengok, semuanya duduk ikut seat. jadi aku pun cari seat aku no 25. aku gi hujung sekali. aik, dah ada mamat ni duk tempat aku. dah angkut semua barang dok situ. habis aku nak duk mana. kesian jugaklah aku tengok mamat ni, berusaha angkut semua barang-barang dia letak kat situ. aku pun tegur dengan wajah yang simpati kat dia.
" er. ni duduk ikut nombor kan?"
" yer ikut nombor"
"maaf, awak dah ambil seat saya (sumpah aku kesian gila kat dia, nak kena angkut barang-barang dia balik. dahla ramai orang tengok. mesti dia malu)
"saya minta maaf yer, ni seat saya, saya no 25. (aku takla tinggikan suara kat dia, cuma aku tumpang simpati kat dia)
" nombor 25? 25 kat sebelah awak tu. ni seat nombor 23 & 24"

aku terus merebahkan diri di seat aku dan pura-pura tidur dengan nyenyak sekali disertai dengan dengkuran palsu.

-the end-

04 April 2009

memang ko bengong

geram !! GERAM !! urghhhhhhhhhhhhhhhhhh

di tag oleh cik saadah saadun

memula aku dah masuk tidur. kena tidur awal sebab esok bas pukul 9.45am. tapi tak mengantuk pulak. jadi aku menyahut saranan cik kotak untuk membuat tag ini. jadi, mempersembahkan ...

1. sekolah mana lagi best? menengah ke rendah?
dua-dua best sebab macam-macam kenangan ada. aku kan banyak masalah disiplin dulu. keh3

2. apakah makanan kat kantin yang korang tak boleh lupa?
hm.. aku ada 4 sekolah dulu. jap yer aku nak ingat balik. ok. masa kat smk sultan badlishah, laksa. makan feveret aku dan lepas makan mesti tudung aku comot and bau ikan. hehe

3. subjek yang korang benci dan suka. kenapa?
yang benci masa rendah dan menengah, sudah semestinya matematik. hahah. dan selalu kena sekeh dengan cikgu math. tapi aku berjaya jugak dapat A dlm upsr dan spm (pmr dpt b. huhu )
yg suka, english. tapi speaking berterabur gak. hahah

4. denda yang paling teruk korang penah kena. kenapa?
hm. banyak sangat denda yang aku kena. rotan dah biasa. tapi yang paling aku tak suka bila parents aku dipanggil. TAK SUKA! jangan libatkan mereka boleh?

5. hari yang paling bosan dalam sekolah?
Ahad (di kedah, jumaat sabtu cuti ) liat nya nak pi sekolah hari ahad.

6. cikgu feveret korang?
ok. masa srk. st anne's convent = arwah cikgu fauzi (dia ja yang selalu backing aku kalau aku masuk bilik guru besar)
smk sultan badlishah = cikgu rohani, sayang kat dia sebab selalu bagi markah tinggi kat aku. cikgu-cikgu lain,semua aku tak suka. sorry cikgu.
smk teknik kulim = ramai . mereka sangat sporting. sayang mereka.
smk chio min = semua cikgu cina jadi cikgu-cikgunya agak bias.

7. barang yang korang tak penah tinggal masa gi sekolah selain dari pensil, pensil case, etc?
jam. penting untuk tau waktu habis sekolah/kelas.

8. perasaan korang nak tunjuk report kad.
ok. adah, ko 2 versi kan. aku 3 versi.
convent (rendah ) = bangga beb. tak sabar je nak tunjuk, boleh dapat hadiah dari mama dan abah.
smk sultan badlishah = report kad tu dah lunyai sebab aku selalu lipat-lipat pastu sorokkan kat dalam laci. dah nak dekat-dekat exam baru aku tunjuk kat abah supaya dia ada sikit ja masa nak membebel sebab repot kad dah nak kena hantar esoknya.
smk teknik = saja ja letak repot kad atas meja ruang tamu bagi abah senang nampak. ( tiba-tiba di sekolah ini, tahap kebodohan aku semakin menurun )

9. pernah jeles bila kawan korang dapat markah tinggi? apa korang buat?
tak penah jeles pon. lantak korang la nak dapat 100 pun. hehe. kan aku kata, aku ni bebal sikit.

10. jawatan paling besar korang penah pegang?
pemonteng sekolah. tulah jawatan terbesar aku.

11. rindu tak nak balik sekolah semula?
hm. aku memang malas pegi sekolah. tapi aku rindu zaman persekolahan. huhu

ok. skang aku nak cari mangsa-mangsa aku.

* saini *
* anis *
* amir *
* suraya *
* leeya *

03 April 2009

cicak bodoh.

seriously, aku sangat geram. mengapa? sebab aku tidak boleh meletak gambar di entry ini. mengapa aku tidak boleh meletak gambar? sebab usb bluetooth aku hilang. geram nye.
aku baru je ingat nak letakkan gambar-gambar istimewa ku bersama shxgbbheuhfdtvg ( maaf, keyboard aku tetiba rosak, jadi tak dapat menaip dengan betul ) yang baru diambil.
geram nih.
sebenarnya akulah orang terakhir menggunakannya. tapi aku tak mau marah kat diri aku sendiri. jadi aku nak marah kat cicak (haiwan tema pada hari ini, adalah cicak ye adik-adik) yang dok tengah memerhatikan aku kat atas tu.
hoi cicak. kau ni memang perangai macam cicak. bodoh. sebab kau, aku tak boleh upload gambar!
huuu~ nak pinjam usb handphone abah, dia tak bagi. eleh. mentang-mentang handphone baru, kedekut.

dengan ini mengumumkan pemenang nya ialah..



* CIK WANIEYBINTANG !!! dipersilakan cik wanieybintang untuk naik ke pentas *


ohh. sebenarnya saya tidak menyangka akan memenangi anugerah ini. semua blogger-blogger yang dicalonkan adalah hebat-hebat belaka.
di sini saya ingin berterimakasih kepada rakan seperjuangan saya, cik saadah saadun yang banyak menemani saya dikala bergosip-gosipan.
dan seterusnya kepada semua peminat saya.
I LOVE YOU ALL !! (sambil menjerit ke arah cicak-cicak yang berkeliaran di siling dewan auditorium tempat majlis penganugerahan berlansung)



rules for this brilliant award:
1). copy paste the award at your blog once you got it
2). make an entry as if this is a Grammy award :p
3). tag five other blogger
4). never break the chain please.

dan penerima anugerah ini jatuh kepada :

* cik suraya seman *
* cik leeya *

anugerah ini sangat berharga jadi aku nak bagi kat dua orang ja.

p/s: memang ko sengaja adah, ko bagi kat semua kawan-kawan kita adah, aku pun dah tak tau nak bagi kat sapa. hohohoh

rumah


wahai kawan-kawanku, aku sangat gembira di rumah pada waktu ini. akan ku hapdet kan aktivitu ku nanti ya.


p/s: the kitty is so damn cute!!

01 April 2009

teringat~

apa? 4 entries in one day? biar betul? memang betul pun. aku punya suka la, blog aku. yang kau nak sibuk-sibuk apahal? biarlah aku nak sibuk pun. yang kau nak sibuk aku sibuk-sibuk pasal kau kenapa?
ok. waniey, please stop talking to yourself.

ok. tiba-tiba aku teringat kejadian semalam. hahah. semalam, abah call. teruja menceritakan perihal anak kucing. untuk mendengar suara abah dengan lebih jelas, aku pun keluar bilik dan naik ke tingkat 4 (bilik aku tingkat 3) dan bersendeng di tepi koridor sambil berbual dengan abah. memang best dok situ. berangin je. selepas habis berbual, tiba-tiba aku rasa ingin ke bilik cik suraya seman yang berada di tingkat 2.
aku pun turun, dan bila sampai di biliknya, aku terus mengetuk pintu dengan rakusnya. tiba-tiba aku rasa pelik. kenapa tanganku tak merasa sakit. biasanya, selepas mengetuk pintu bilik cik suraya seman, tanganku aku merasa sakit. pintu bilik dia lain sikit. berat dan diperbuat daripada kayu jati. aku pun memandang ke atas pintu yakni ke nombor bilik itu.
oh, rupa-rupanya aku sedang mengetuk pintu bilikku sendiri.
sebelum roomate aku buka pintu, aku terlebih dahulu buka. aku pun masuk, dia pun macam pelik tengok aku. kenapa budak ni ketuk pintu bilik sendiri. ada masalah psychology kah? aku pun menjelaskan lah kepadanya.
kebodohan aku.sebenarnya, aku tak tau pun kenapa aku masuk. aku nak pergi ke bilik cik suraya seman sebenarnya. mungkin untuk melindungi ke ter malu an aku ni kepada akak roomate ku, aku pura-pura masuk.
lepas menyengih tak tentu hala kat akak roomateku selama dua saat, aku pun keluar balik dan
turun ke tingkat 2. kali ini aku pastikan bilik yang diketuk adalah bilik cik suraya seman.
dan tepat sekali kerana tanganku berasa agak sengal selepas mengetuk pintu bilik nya.

tagged by adah nyomei dan saini yg kewl.


ok. adah dan cik saini. i am blaming both of you for diverting my focus from doing my assignments to do this thing. (padahal, aku memang pemalas buat assignments)


1. apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?
hatiwanieybintang. kenapa wanieybintang? hanya mereka-mereka sahaja yang tahu. *wink *wink

2. apakah link blog anda dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://wanieybintang.blogspot.com as i've stated previously, only certain people knows why.

3. apakah method dalam penulisan anda?
ok. di sini aku menggunakan method menaip menggunakan jari tangan.

4. pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?
uik. tak pernah pulak. hehe

5. apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
* adah *
sgt suke blog nye kerana ringkas namun padat dengan ilmu-ilmu dan gosip-gosip terhangat dan juga publisiti yang diberikan olehnya kepadaku dengan menyelitkan namaku di entry-entry nya. kira macam tumpang keglemeran die la.

* saini *
suke jugak kerana penuh dengan luahan hati dan aktiviti beliau. yelah kat kelas jarang bercerita tentang perasaan beliau, jadi blog beliau adalah tempat untuk memahami hati beliau. (ecehh, ayat poyoz giler)

6. senaraikan calon yang akan di tag?

* mrs. fidodido *
* miss oreo girl (leeya) *
* miss suraya seman *

cukup la nooo, tiga ja..

yeah, esok balik

yeha. esok aku balik ke kedah. tiketnya sudah ku beli tadi. yeha. ponteng kelas lagi. yeha. (i don't think i was supposed to yeha?) akibatnya, mesti jeslyn akan memarahi aku. Ampun jeslyn.
aku sebenarnya, tak sabar nak balik nak tengok anak kucing yang abah baru ambil dari kawannya. selepas kematian awang yang kucinta (sila rujuk gambar di kanan page) , memang aku kempunan sangat nak bela kucing. Aku sebenarnya, tak kisah pun nak bela kucing kampung atau kucing siam. Tapi sebab abah terlalu memilih, nak kucing ekor kembang je, jadi semua kucing-kucing biasa yang aku nak ambil bela, semua dia tak nak. Tapi sekarang dah dapat. hehe. Aku dah suruh abah mms kan je gambar anak kucing tu. Tapi dia takmau sebab takut mati plak anak kucing tu. Yelah kan terdapat kepercayaan orang tua-tua kalau binatang peliharaan kita di ambil gambar, ia akan mati. Yelah, kami sekeluarga tak percaya pun, tambah-tambah aku. Bukankah ajal maut di tangan Tuhan?
Tapi sejak dua menjak ni, selepas abah membeli kamera digital yang baru, memang agak kerap aku mengambil gambar kucing-kucing yang pernah aku bela. Dan secara kebetulannya kucing-kucing aku ni, samada akan hilang atau mati. Jadi selepas kali keempat, hal ini terjadi abah dah tak mau ambil gambar kucing lagi. Takpe, nanti aku balik, akan ku snap jugak satu gambar kitten tu ek.

notakaki: Tahukah anda Nur Shazwani Bt Abdul Azim adalah sangat degil orangnya. Semasa beliau masih kecil, beliau seringkali dirotan oleh ayahnya. Antara kesalahannya, secara curi-curi memakan biskut raya buatan ibunya sehingga tinggal setengah balang sewaktu bulan puasa.


dear little creature


no matter what you have said, i am still standing here proudly. I barely listen to every crap that you have said. Or let me put in a simpler word so that you can understand.

i don't give a damn about you.