23 May 2009

presenting the two cuties

inilah dua ekor budak yang aku tengah mengasuh tu.
hehe.

dorang ni baik.

tak nakal.

senang jaga.
mama ngan papa dorang balik kampung jadi aku tolong jadi mak tiri dorang.



napa aku rasa macam ada orang nak marah aku je pasni.
baik aku larik laju-laju sekarang.
lariiiiikkkkk


22 May 2009

bising tau dak?!


geram gila dengan orang yang dok race keta tepi jalan blok aku ni.

bodo gila.
sakit telinga aku tau tak!

aku yakin keta-keta race tersebut mesti keta wira, iswara ai robek ke, tak pun proton saga.
semua keta malaysia ja.
tapi berlagak nak mampos.

lain lah, kalau ko bawak skyline ka, fair lady ka, lamborghini gallardo ka.
mau aku turun bawah jadi tukang sorak pompom girl.

BISING WOIH.
aku nak bertenet dengan aman pon tak leh.

penat aku baca

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi
aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan
outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,
jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,
jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde
kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa
bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene
pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..

haish....korang bace ulang2 je la smpi penat! hehe.
:P

award dari cik wani



yup. aku telah menghadiahkan award kepada diriku sendiri.
eheh.
tak de lah.
his.
agak keliru apabila nama sama. sama nama. kan?
setakat ni follower aku nama WANI (nama yang paling elegan lagi stylo) dah ada dua orang.
zawani dan syafawani.
mueheheh.

award ni diberi oleh cik syafawani.
thanks yer wanie.

untuk pengetahuan semua,
cik syafawani ni sekelas dengan aku masa srk st anne's convent dulu.
pastu bila masuk menengah, aku pindah sekolah lain
dan cik wanie masih setia bersekolah di smk st anne's convent.
lepas tu terus tak jumpa.

alih-alih, gedebuihh! suka hati la kan, aku nak buat sound effect sikit.
jumpa kat UKM ni.
huhiii.
dia ambik english language studies
aku ambik english literature.

hehe.

Aku nak bagi award ni untuk mereka di bawah.

.adah.

.anis.

.cda.

.adel.

21 May 2009

baby sitting.


ouh.
aku agak teruja ya kawan-kawan.
sebab aku akan mengasuh dua ekor budak yang comel.
takut jugak sebab ni 1st time jaga anak orang ni.
mama dia mintak tolong jagakan.

kecik lagi baby 2 ekor ni.
nak kena belajar bancuh susu nih.

takpe, nanti akan aku upload kan gambar-gambar ceria mereka okeh.


coincidence or what??

aku bosan betul malam ni.
jadi aku bercuti-cuti malaysia ke blog orang lain.
lepas tu aku singgah jap rehat kat satu blog ni.
letih kan.
pastu baca entri-entri dia.
scroll ke bawah lagi kan nengok older post.
lepas tu nampak video klip ni.
erm. klip wonder girls.
wonder girls ke wonder pet?
serius dulu aku dengan kekawan aku dok cakap pasal wonder pet ni, aku ingat group wonder girls ni lah.
apasal la nama nak dekat sama??
ok. bagi yang tak tau, wonder girls merupakan sebuah kumpulan dari korea yang dianggotai oleh lima orang gadis (eceh. poyo lak rasa guna 'gadis') yang pandai menari.
ok. berbalik kepada realiti.
aku tengok lak video klip tu kan.
memang sangat comel sebab tunjuk ada sorang budak kecik ni berjoget tak hengat mengalahkan grup wonder petgirls (hambek ko. aku gabung terus) ni.
pastu sambil dok tunggu klip tu loading kan.
aku refresh la dashboard aku.
tengok-tengok ada TIGA blogger yang post klip yang sama, tajuk yang sama, cerita pasal budak ni.
yang pasti tiga blogger tiada ikatan pertalian bau-bau blogger hokeh.
aku pun, 'aik?'
hm. musim kot??
atau adakah ia satu kebetulan atau apa??

kami

ni kawan aku.
nama dia saadah.
sapa-sapa nak ngorat dia, sila taip ON TEMAN dan hantar kepada nombor boipren nya ok.

Semoga berjaya!



20 May 2009

pakai public phone je lah


geram dengan handset aku ni.
tak habis-habis buat perangai.
yang satu ni, bila cas dia tak detect.
mungkin charger tu yang bermasalah kot.
charger ni pemberian seseorang lepas dia menjahanamkan charger aku yang dulu.
aku dengan bongkak dan riak suruh dia gantikan charger baru yang original.
takmau pasar malam punya hokayy.
sebab dia dah rosakkan aku punya, jadi aku hukum dia sikit.

sekarang charger tu sudah gilos.
mungkin benar dia telah beli di pasar malam.
urghh.

satu lagi handset aku, bateri asyik kong.
cas tak sampai 10min sudah full.
haiseyyy.
pastu suka sangat hang.
hang suka sangat hang kan.
mai aku ketok sikit.
baru betoi kot.

lepas ni nak cari pda pulak la.
sapa-sapa nak sponsor aku??

19 May 2009

aku bosan ahh


aku bosan ah dgn orang yang tulis blog, satu haram pun aku tak paham.
macam dia dok dalam dunia jaa.
katak puru menggerutu bawah tempurung kelapa yang kemik.
apa ko ingat, ko sorang ke yang dok baca blog ko tuh?
aku tak follow kang baru tau.