29 May 2009

pengumuman


handset ku nokia 6070 sudah disahkan tidak bernyawa lagi oleh doktor, setelah beberapa cubaan menyelamat dilakukan.

kan ku abadikan kenangan indahku bersamamu cik nok.

27 May 2009

tesis tak habis-habis. haish.

nak tau tak napa aku bersedih tak tak boleh tidur.
aku tensen pikir pasal tesis aku.
yup.
sampai sekarang tak siap-siap lagi.
orang lain risau supervisor kejar dorang suruh anta cepat,
aku pulak terbalik.
aku yang risau sebab supervisor aku lambat check keja aku.
aku tau dia sibuk.
dia kan ketua pusat bahasa tu.
tapi aku agak sedih la.
semua orang dah anta.
aku je yang tak antar-antar.
nasib baik dr.noraini baik,
takdala aku terasa sangat.

kan aku takleh tido last night.
tak dak keja, aku bukak facebook aku .
aku tak suka la facebook.
susah.
melambatkan laptop aku.
jadi, sebulan sekali je aku check fb aku.
tu pun kalau ingat.

aku belek-belek fb aku, tiba-tiba nampak account noni ku.
dah takda keja, takleh tido kan.
gedik gi antar komen kat dia.
hehehhe

nampak tak pukul berapa komen aku tu.
2.49am.
hahah.

lepas tu tadik aku bosan taktau nak buat apa, aku check la fb aku.
tengok, ada komen dari supervisorku.
hehehe.


lega sikit hati aku.
noni memang baik.
pandai betul ambik hati aku.
dia lambat check jadi dia puji la aku.
tapi serius.
memang sebelum ni aku tensen dengan tesis.
tensen+sedih.
tapi lepas tengok komen ni, rasa lega sikit.
thank you doc.
aku dah puji dia banyak-banyak kat penghargaan aku.
kot-kot boleh dapat A ke.
huuhu.
aminnnn.

makluman kepada semua

ok.
memandangkan inci adel telah memuji saya comel.
maka haruslah saya menempek gambar saya seketoi di sini.
abaikan mengenai janji-janji manisku untuk tidak menempek gambar sundirik di entri-entri aku.

dimaklumkan yer, bahawa untuk entri-entri seterusnya, tiada lagi entri bertulis.
hanya entri yang dipenuhi gambar-gambar perasan ku sahaja yer.

inilah akibat daripada memuji orang yang kuat perasan.
jadi bersedialah untuk melalui pengalaman muntah hijau yang teruk akibat melihat gambar comel ku.

tataplah muka ku ini.
tataplah wahai insan.

er. perhatian yer, baldi ada aku sediakan untuk korang muntah di sudut blog.
baldi yang kaler biru tuh k.
bukan yang kaler merah.
yang kaler merah tu, ada baju-baju aku rendam dengan softlan.
jangan muntah kat baldi tuh pulak ok.
sekian.

apahal aku takleh tido niiiiiiiiiiiiiiiii

skang sudah pukul 3.40am.
tapi mata aku segar bugar.
awat aku tak ngantok lagik hah??
bila aku tak ngantok, aku akan lapar dan makannn je.
masalahnya, aku ni dah malas nak masak pagi-pagi buta ni.
haisehhh.

meh ramai-ramai layan gambar syok seniri aku akibat takleh tido.






dah tengok semua gambar sakai aku?
haa.
ni amek masa kecelaruan minda akibat takleh tido.
memandangkan dah jarang sangat aku tempek gambar muka aku seniri kat suma entri-entri aku (yalah, sapa nak tengok aku, aku bukan lawa ponn),
nahh!
ambek ko gambar aku yang syok seniri lagi perasan ini.
tengokla sampai termuntah.
aku tau korang muntah sebab tengok muka aku yang tak baper nak selera ni kan.
takpa takpa
aku redho.
aku siap buat yang ada flash lagi, nak bagi korang geli tengok muka aku yang berminyak.
wahahahaha.
lepas ni, memang aku dah tak tempek lagi gambar aku untuk entri2 seterusnya.
lebih baik tempek gambar abu yang kurindui.
ye tak?
heeee~

ok ah.
aku nak paksa mata ni agar tutup dan nak paksa minda aku agar mimpi yang indah-indah.
babaiiiiiiiiiiiiiii

26 May 2009

a paparazi was caught for stalking.

sang artis sedang leka bermain dan tidak menyedari gerak-gerinya dirakamkan oleh lensa kamera

sang artis sudah menyedari gerak gerinya diperhatikan


masih membiarkan paparazi merakamkan gambarnya walaupun matanya tajam memandang tepat ke arah lensa kamera.


apa kah yang sedang cuba dilakukan oleh beliau. paparazi sudah mula kebingungan


nampaknya beliau makin dekat dengan tempat persembunyian paparazi. paparazi sudah cuak tak terkata


beliau semakin menghampiri paparazi ...

.
.
.
.
.

nasib paparazi yang malang itu tidak diketahui lagi selepas itu..



p/s: aku rindu budak ini. uwaaaaaaaaaaaaaaaa

cik fza bagi award ni


1. Copy award di atas & letakkan di blog anda.
fzalah. huhu. taktau name penuh.

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.
* kenal dia melalui frenster
* kakak dia juai tudung syria yang cun-cun
* anak buah dia comel sangat.
* rumah dia sebelah dengan rumah orang tuh
* awai bulan depan dia kawen. (hahah. ni aku tipu k).

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta @ hobi sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
* Pemarah.
* Clumsy.
* Suka tido.
* Suka makan.
* Sayang sesangat kat family.
* Boross dan boroi.
* Suka haiwan.
* Suka cakap sorangsorang.
* Tak berani drive sorang2 walaupun dah ada lesen keta n moto.
* Pernah pack baju dalam beg nak pegi umah anak yatim sebab merajuk dengan abah

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka.
*TAMAU BAGI KAT SAPASAPA SEBAB AKU TAKDAK MOOD.

24 May 2009

cant think of a title rite now


what is your feeling when all the documents that you have typed which include some brilliant ideas (which is not that brilliant), and important sentences which took days to organize, dissapear just like that?


how do you feel about that?
huh?

i know what i might feel.
TOTALLY PISSED OFF.

yeah.
i would be feeling that way, if that hfcgasybgyus743 thing happens to me which is really happening to me!

sheet!!


brangelina

yer.
anak-anak murid sekalian.
bab kita pada hari ini ialah brangelina yer.
bab ni masuk exam akhir tahun ni.
jadi silah hafal apa-apa yang patut.



ni dia hot papa and mama



istana depa





shiloh dengan dua adik kembar dia




shiloh selalu dibandingkan dengan suri
tau dak sapa suri?
suri ni anak tom cruise dengan katie holmes.

suri pun comel.
cuma dia ni spoiled brat.
dimanjakan sangat.
tidur pun atas katil emas wooo.



hah.
ternganga anak beranak.




brad yang pening dengan kegilaan shi and z shopping



shiloh dengan zahara ni kalau keluar dengan papa dorang, memang rockers habis



kalau dengan mama, nampak ayu jerk.



shopping sesama



berderet..



uwarghh. shiloh yang sangat comellll.



anak teruna shopping dengan papa. maddox sangat hensem ok.



dengan papa lagik

aku hanya mampu merenung gambarmu.



shi tengah shopping dengan mama



ni kembar brangelina



ouh. the delicious brad. huhihu





999


aku dah jadi superhero tadik.
hehe.
takda la hero mana pun.

sebenarnya, tengahari tadi masa aku turun dari blok aku nak pegi pasar,
aku terdengar-dengar kucing mengiau.
aku cari-cari, ohh, kucing kat belakang blok aku ni.
ramai gak.
dalam 3-4 ekor.

ok.
lepas tu bila aku balik,
aku dengar lagi bunyi mengiau.
aku panggil-panggil, adala kucing ni datang kat aku.
aku pun, ohh. kucing ni yang mengiau.

pastu dengar lagi bunyi kucing.
aik. kat mana lak?
tengok-tengok.
laa.. terkurung kat dalam bilik stor.
dia dok wat muka kesian kat sliding door tu.

aku try bukak, tapi takleh.
kunci pulak.
camna la dia boleh masuk situ.

tengok badan dia, dah kurus kering.
dah berapa hari la dia terkurung situ.
aku kesian gila tengok.
walaupun dia bapak kucing yang buruk lagi berkurap serta pernah menggigit tanganku setelah aku memberikan ikan bilis goreng kepadanya, aku tetap tak sampai hati nak biarkan.

hm.
aku belek-belek keadaan bilik stor tu.
sebenarnya tu rumah yang dijadikan bilik stor.
aku tengok kat bahagian dapur tingkap terbukak.
jadi aku panggil-panggil dia dari dapur.

tapi aku dengar suara dia sayup sayup je.
mungkin bilik yang dia terkurung tu, pintu dia tertutup kot.
so, dia tak boleh keluar.

aku dah taktau nak buat camna.
kesian tu memang kesian.
nak pegi tanya pejabat mintak kunci, tapi hari ni ahad.
pejabat tutup.

perut lak dok sibuk nyanyi lagu jalur gemilang (kenapa mesti jalur gemilang? tah. i dong no).
jadi aku naik atas dulu untuk masak.
pas masak, dan makan.
bila nak minum air, tengok, air masak aku dah habis.

jadi turun nak gi amek air kat watercooler.
pas amek air, teringat lak kat kucing tadi.

gi kat bilik stor tuh, dia masih ada.
aku panggil je, terus jengul kepala kat tingkap sambil buat muka kesian.
hm takleh jadi ni.

aku try tolak sliding door,
aik. terbukak lak.
tadi takleh.

pastu kucing tu pun terus lompat kuar.
jalan pun terhuyung hayang.
cian dia.

pastu nak ikot aku lak.
aku takot dengan dia ni.
suka gigit aku.
aku shuhh shuhh pun still ikut.

haa, sekali aku curah dengan air yang aku ambik tadi.
baru lari lintang pukang.
sian dia.
mesti lapar tuh.
takpa la.
asalkan dia dah tak terkurung lagi.

sekianlah ceritaku yang maha boring ini.

aku yang pemalas.


tetiba aku rasa bangga dengan housemate aku yang dulu, kak syida
umur baru 23 dah buat phD.
kos sains nuklear.

apsal la aku tak sepandai dia.
huhehuhe.
aku ni hanya pandai makan, tidor dan gosip saje.
dan berbelog.