13 August 2009

entri emo

.dgn ini mengumumkan bahawa aku telah selamat sampai di rumah.
.aku ingin memohon maaf kepada siti nur saadah dan suraya seman.
.aku tau, aku sepatutnye duduk lama sikit kat sana.
.tapi aku ni gedik sangat nak balik awal.
.marahlah aku sepuas hati.
.tapi walaupun guruh berdentum, akan ku redah lautan api untuk sahabatku tersayang.
.hm. macam tak kena ja, ayat atas ni.
.biarlah.
.yang penting aku nak cakap aku sayang korang k.
.
kepada adah,
.thanx sebab ko suke blanje aku.
.aku ni, taktau nak balas budi ko (mungkin aku akan sambung master utk membalas budi ko :D).
.dari dulu sampai la skang ko tak penah kedekut langsung dgn aku.
.terima kasih di atas layan tiptop ko dan ana sepanjang aku merempat dlm bilik ko.
.ana, baru ku sedar ko sangatlah kelakar.
.aku sangat enjoy dgar ko kecek klate.
.walaupun aku lampi sikit nak catch up maksud dia.
.aku harap ko akan nampak seksi dan elegan dgn kebaya putih dan heels yg menghairahkan itteww di hari konvokesyen.
.dan terima kasih sebab ko tidak memijak perut aku masa ko turun dari katil.
.adah, ko jangan marah aku tau sebab aku balik awal.
.aku takut sangat ko marah aku.
.ko wat the best untuk master ko ok.
.i noe u can do it.
.i lap yu poreber lah.
.jumpa 18ogos nanti.
.nasi goreng phat phit tu sedap.
.
su,
.su, aku tau ko blur-blur masa aku amek beg aku tadi.
.aku pun takut ko marah aku gak sebab aku balik awal.
.sori ek, sbb kacau ko tido.
.mesti ko takpaham pun aku dok merepek ape sekor-sekor tadi.
.aku baru perasan aku cakap laju tadi.
.thanx sebab masak bihun goreng sodap tu kat aku.
.buleh jadi menantu solehah dah ni.
.thanx sebab sudi memerempatkan diriku yang hina dina ini di rumah mu.
.thanx kat siah sebab goreng kentang dengan keropok kat aku.
.thanx.
.su, semoga ko berjaya dalam studies ko.
.siah pun sama.
.
p/s: di mana saja aku berada, aku tak suka tdo atas katil. aku suka tdo atas lantai. cam orang jepun.

jubah

.tadi aku gi amek jubah.
.dengan muka kompiden nye, aku sekor-sekor gi kaunter jubah tu.
.aku beratur la nak amek jubah tu.
.teruja je dok tunggu turn aku.
.tengok orang lain dapat jubah dgn topi.
.bila sampai turn aku, pakcik tu masukkan jubah dgn topi.
.sengih je aku dalam hati.
.'cantiknya jubah kaler pepel ni.nampak cam baru je dalam plastik'.
.kataku di dalam hati.
.dah berangan nak pakai time konvo nanti.
.bila dah dapat jubah dan topi yang dimasukkan ke dalam beg kertas ukm yang sangat elegan tu.
.aku pun nak blah ar.
.tetiba pakcik kaunter panggil.
.'eh, kamu fakulti mane?'.
.aku dgn bangganya menyebut. 'saya fssk (fakulti sains sosial kemanusiaan)'.
.'eh, ni untuk fst (fakulti sains dan teknologi) punye'. pakcikkaunter berkata.
.'nanti semua pakai jubah sama, ko sorang je lain'.
.aku dah malu tahap burung unta.
.terus tersengih-sengih pulangkan jubah tersebut.
.dan mengikut direction yang yang mengelirukan yang diberikan oleh pakcik kaunter, aku sampai gak ke kaunter fssk.
.dan dapatlah jubah kaler ijau lumut yang takbest ni.
.saiz M lak tu.
.labuh giler.
.kompom lar tak nampak kebaya aku nanti.
.takpe, asal dapat berkonvo dengan meriahnya nanti.
.kuikuikui.
.ok arh.
.ngantok dah neh.
.mo tido.
.nite.

12 August 2009

lalala

.skang aku mendarat di bilik adah pulak.
.aku memang suka berpindah randah.
.sok rehearsal konvo.
.aku memula bersemangat nak gi.
.tapi ramai lak sahabat-sahabat tak pegi.
.jadi aku tak pegi la.
.ngeehehe.
.bile ntah aku nak balik kedah ekz.

11 August 2009

dah sampai ukm. yeay.

.
.aku suda selamat sampai di ukm.
.dan selamat mendarat di rumah suraya seman.
.dengan jasa baiknya telah meminjamkan laptopnya kepadaku.
.ok.
.sok nak pi amek jubah dan apa-apa yang patut.
letih ah.
.nak tido.
.bye.

10 August 2009

ukm, here i come.

.
.esok pegi ukm.
.nak amek jubah dan transkrip.
.katanya jubah saiz s dah habis.
.tinggal m saje.
.kompom bile aku pegi nanti tinggal saiz xl, xxl.
.tak pe ah.
.bolehla nanti jubah aku tu menyapu lantai stage nanti.
.macik cleaner takpayah susah-susah lagi.
.ok nak packing barang.
.

09 August 2009

the mask.

.
.best tak pakai mask penutup muka tu?.
.aku suka pakai.
.sebab aku rasa pandai kalau pakai menatang tu.
.yala.
.dulu masa darjah 1-3, cita-cita nak jadi doktor.
.tapi tak tercapai.
.skang dapat pakai mask tu, suku cita-cita aku dulu dah tercapai kot.
.hehe.
.
.disebabkan mama bawak balik 2kotak mask tu.
.aku pun enjoy ler.
.dok rumah pun gedik pakai.
.
.penah skali tu, aku dgn lahapnya nak makan nasik.
.dgn gelojohnya aku nganga kan mulut.
.tiba-tiba nasik yang nak disuap tak sampai ke mulut.
.aiseh.
.wa lupa wa pakai mask.
.huhu.
.abes belemoih mask tuh.
.
.pastu, ada semut atas lengan aku.
.bersungguh-sungguh aku dok tiup semut tu.
.tapi tak rasa angin pun kat tangan.
.semut tu pun siap lambai tangan lagi kat aku.
.rupa-rupanya aku terlupa aku tgh pakai mask.
.patut la masa hembus tu, aku rasa berangin kat hidung aku.
.tapi aku lebih suka kalau mask aku kaler itam.
.cam maikel jeksen punya tu.
.nampak cam semart giler.
.
pesanan penaja: pakai mask bile kuar k rakan-rakan terutamanya kalau ke tempat yang sesak dgn orang.

plans.

.
.i'l be going to ukm on the 11th of august to settle a few matters regarding my convocation day.
.i'l be staying at suraya's room for 2days.
.and i'l return to home on the 14th of august.
.
p/s: to my girls, can you give me the exact date, when we can hang out together since all of you are tied up with ur working commitments (except for me who is currently a successful grape planter)

08 August 2009

penat tapi best

.
semalam penat tapi best.
sebelum keluar bercengkerama, haruslah berposing dulu.
.
.
masa nak kluar tu hujan la pulak.
tak de la lebat sangat.
tapi sebab kami ini pasangan old skool, naek moto.
maka terasa hujan itu sangat lebat menghempas muka.
yang enchek boyfie tu dok membebel sorang-sorang.
marah sebab aku takmo pinjam jap keta mama.
serius dia dok membebel, dari rumah sampai ler megamall penang tuh.
aku hantar ke rumah orang-orang tua kang, baru tau.
.
jadi bila sampai, kelencunan lah kami.
habes cair mekap aku.
eye liner aje yang masih kukuh.
terima kasih maybelline. mmmuah.
ei. geli lak aku, dok promoto maybelline.
.
bila sampai, gi toilet touch-up balik muka yang dah bersememeh.
pastu gi beli tiket wayang.
pastu gi makan kat kfc sementara tunggu wayang.
pas makan, aku pi kedai handphone.
nak survey housing handphone aku ni.
huwaaaaaaa.
handphone aku haritu jatuh gedebuk atas jalan tar,
terus calar n berlekuk.
tensen gila babi h1n1 aku.
sampai nak sms pon tada mood sebab aku tengok hp aku dah buruk.
.
so aku tanya cina tu,
dia kata tuka housing rm80.
aku tanya yang original nye dia cakap rm250.
memang aku nak tuka housing baru.
pastu dia tanya mana dia yg calar?
aku tunjuk ar.
pastu dia gelak kat aku.
dia kata 'laa sikit saja maa'
'lugi sja u tuka housing'
aku cakap ar,
aku tak suka, nampak buruk.
nak msg pun tada mood.
pastu pacik yg dok membebek atas moto tadi pun nak nyampuk gak.
'ha, wa sula cakap sama dia, pompuan maa. takbleh calar sikit, suda mo tuka'
hai pakcik, makcik tampo lutut kang.
.
pastu cina tu cakap,
lu letak sticker ke kat calar tu, ilang la.
aku cakap ar,aku tak suka letak stiker.
huduh.
pastu bleh plak die kata,
'tak pa lor, lu lekat gambar muka lu la.'
'mesti lu suka.'
si pakcik tua pun gelak sama terkekeh-kekeh.
memang btol la dorang ni.
pastu cina tu cakap rugi kalau aku tuka housing sebab nanti ilang la warranty dia.
sebab aku baru pakai 2bulan.
hmm.
jadi aku pun tak jadi tukar.
.
lepas tu, kami pun gi ar tunggu wayang start.
tengok cite SETEM.
besh gak.
hihihi
takda ar lawak bodo.
mcm cite sampah razak mohaideen dgn ahmad idham tu.
ni arahan kabir bhatia.
.
sebelum masuk, sunatlah bagi kami untuk bergambar-gambar.
.
pakcik ni marah kat makcik sebab makcik suka amek gambar pastu delete,
amek pastu delete.
amek pastu delete.
sampai la makcik rasa gambar makcik dah jelita, baru makcik simpan.
hihihihi.
tengok ar muka bengang pakcik.
.
sempat g amek gambar.
cite ni best tak?
aku suka pompuan ni berlakon.
suka tengok dia dalam grey's anatomy.
.
.
lepas abes tengok wayang,
kami bosan dok di megamall penang.
kami pun pergi lah ke jusco aeon pulak.
pi sana, jalan-jalan.
pastu melantak lagi.
sebenarnya dua-dua dah kenyang
tapi saja gedik.
aku order apebende tah ni
.
tak sedap ar. masin.
aku order satu je.
kami kongsi.
mee dia macam bentuk pacat sikit.
huhu.
bolehlak bila aku nak suap ke mulut.
pakcik cakap,
'pacat-pacat yang disaluti lumpur sudah bersedia untuk dikunyah.'
memang sengaja ar dia nii.
dia pun geli gak nak makan.
last-last tak habis.
.
atas tu dia letak daging yang dah dicincang.
bawah tu baru ada mee tu.
aku makan telur je.
.
pastu pakcik ajak main boling.
tamo lah.
aku bukan tere.
dan berdasarkan cakap kawan-kawan dia, yang juga kawan-kawan aku (kami classmate dulu masa skulah)
dia memang jaguh boling.
.
jadi instead of going to bowl, kami hanya melilau saje di jasko tu.
window shopping.
.
pakcik konsentret makan waffle penaut butter rm1 yang katanya tak sedap.
aku dah kenyang makan pacat tadi.
dia sorang je makan waffle tu.
sambil makan, dok mengomel-ngomel cakap tak sedap la, lembik la.
tapi mulut still kunyah-kunyah gak.
.
pakcik muka geram sebab makcik amek gambar dia tengah makan dengan gelojohnya.
lepas tu, dia tak abeskan pun waffle tu.
suh simpan dalam beg aku lak.
dia kata beg aku ni beg sampah serbaguna.
ketuk pala kang.
pastu aku ajak dia balik.
aku pun dah letih.
tetiba lak ajak aku teman dia beli baju raya.
haiseh pakcik ni.
tadi masa jalan tanpa arah tuju tu, tamo ajak.
masa aku nak balik,
baru nak ajak.
aku tamo,
aku letih, nak balik.
huhuhu
tengok, baik kan aku,
tolong bukakan lock moto dia.
dia lak sengaja je amek muka aku yang macam nak meneran tu.
.

.
pastu naik moto, sementara tunggu kazen aku,
lupa lak nak cakap,
kazen aku pun ngedet jugak bersama bopren nye.
hihi.
so, nak balik sekalik la.
.
sementara tunggu kazen, si pakcik ni tetiba mintak waffle yang dia campak dalam tong sampah serba guna tu.
pastu sambung melahap.
tengok. sampai kembang idung dia nganga mulot.
hohohoh.
.
pas balik, letih gila.
teman abah gi giant jap.
msg-msg dengan enchek boyfie.
pastu gado.
syarat tak dipatuhi lagikk.
geram aku.
pastu dia mintak maaf.
sebagai denda.
aku akan uji dia.
uji seuji-uji rashid nya.
nak tengok dia marah.
klu dia marah, kena jual.
hahahah.
dia cakap okey.
dia bersedia.
.
p/s: dia ni seorang yang panas baran. dan aku pun panas baran gak. jadi cuba bayangkan kalau kami dua gaduh jadi camna. hehe.

































06 August 2009

entah.

satu syarat tak dituruti.
bengang.
tapi esok nak deting.
ngeh3x.
bleh tumbok-tumbok dia sampai lobam bijik mata.

04 August 2009

im in paradise...~

*semua syarat dituruti.
*bestnyerrrrrr.
*boleh dera dia puas-puas.
*agagagaga
*tapi setakat ni dia masih bersabar
*petanda yang bagus
*cakap pun sangat lemah lembut
*sudah mempelajari teknik-teknik memujuk
*suke.
*rasa macam zaman mulo-mulo kapel 3thn lepas.haha.
.
*tapi, kepercayaan kat dia belum sampai 100%
*baru 40%
*pandai-pandai la pk nak naikkan sampai 100 tu k b.
.
notakaki: rasa cam kelakar je bila call dia, sengaja cakap mende nak bagi dia marah, then, dia akan tarik nafas panjang-panjang. pastu cakap 'mana boleh macam tu', dengan lembut dan ayu sekali. ahaks.