
People that don't know her, think she's quiet. People that know her, wish she was.
12 October 2009
Abu dulu dan sekarang

click on the picture to have a clearer image
ohhh.
ko senang-senang je tuka tarikh enn??
membazir tenaga je aku asyik dok taip laman web ni malam semalam, pagi-pagi buta tadi.
dan membazir perasaan gemuruh aku je. ade ke membazir perasaan?
aku ni malam semalam dah berdebar cam orang giler tau tak masa nak check tuh.
sampai perasaan berdebar tu dengan majis nya bertukar ke perasaan marah.
en.MARA, aku harap lepas ni ko akan mengentut tanpa henti sebagai balasan terhadap apa yg kau dah buat kat aku ni.
Malang Tidak Berbau #2
Sesiapa yang belum bace part 1, sila rujuk sini. Dah berkurun baru aku nak sambung balik cerita ni
Lepas aku call mama
.
Aku : Abaaahhhh.. huuuuu~~~ (bayangkan aku tengah nangis teresak-esak).
Abah : Ha. Pasaipa? Dah terlanggar apa-apa la tu. (sumpah, abah memang cool gile time ni)
Aku : (aik? Camne dia tau?) a’ahhh.. huuuuu~ wuwuuuuu~
Abah : Langgar apa?
Aku : Langgar orangg ~ wuwuwuwuw~~~ huuuu~ (mesti buruk gile
Abah : Hah??!
Aku : Eh, takk. Langgar kereta oranggg.. wuuuuu~~~
Abah :
Aku : (Menerangkan camne aku buleh langgar)
Abah : Sekarang dia ada lagi ke kat situ? Jangan bagi duit kat dia.
Aku : Tak.. Dah blah dah.
Abah :
Aku : OK.
Abah : Drive hati-hati.
.
Ok. Cantikk. Abah tak marah langsung. Tapi aku masih menangis sebab rasa bersalah yang amat sangat. Rasa macam dah takut nak drive balik rumah. Risau takut berlanggar lagi. Aku menghabiskan masa selama 10min untuk menenangkan fikiran, pastu baru aku undur hati-hati, pastu drive balik.
On the way balik tu, handphone aku berbunyi-bunyi. Stail aku, kalau tengah drive, jgn sekali-kali ler ko call aku, tak dee nye aku nak layan. Aku buat bodow je. Tah sapa-sapa yang call. Aku tak tengok pun hp tuh. Bila sampai traffic light, lampu merah, baru aku tgk hp. Rupanya Abah dgn En. Boyfie yang call bertalu-talu.
Bila sampai rumah je, En. Boyfie call lagi. Aku jawab. Cakap dgn dia at least dapat menenangkan aku. Pastu Abah call, aku jawab. Dia nak pastikan aku dah selamat sampai rumah. Hehe.. Pastu, aku jadi bengong jap. Aku takut nak keluar kereta. Dok nangeh lagi dalam kereta tu. Tak keluar-keluar selama 15min. yelah dalam rumah bukan ada sesiapa pun. Mesti sunyi dan mesti aku akan rasa tensen lagik. Dahla adik aku baru blah balik kolej. Rasa cam sunyi gila.
Last-last aku masuk gak rumah. Aku nak buat kerja rumah. Tapi buat ni tak kena, buat tu tak kena. Semua serba tak kena. Asyik memikirkan pasal kejadian tu. Last-last aku tido. Aku memang camtu. Asal tensen je, aku tido ar. Bila bangun, baru dapat pk apa nak buat. Dulu masa uitm, laptop aku kena virus durjana, semua assignment aku yg sepatutnya kena hantar the next day was affected. Tak boleh nak bukak file pun. Aku tensen satu badan, jadi aku tido. Bangun-bangun tu, aku buat semula semua assignment tu dan berjaya disiapkan. J
So, aku decide untuk tido., baru tido kejap, aku rasa cam panas gila, so aku tido atas lantai. (aku memang suka tido atas lantai) pastu rasa cam tak sedap hati. Tapi aku terlena jugak. Pastu aku mimpi. Aku mimpi, disebabkan kecuaian aku, rumah aku habis terbakar. Abah marah aku. Cuai sangat. Memula langgar kereta orang pastu gi bakarrumah plak. Adeh, apalaa nasib aku ni. Pastu, aku terjaga. Fuhh.. kuus semangat. Giler real mimpi aku tuh..
Pastu aku terus bangun gi dapur, buat keje rumah. Tapi fikiran ke laut je. Pastu abah balik. Awal abah balik. Mungkin sebab nak uruskan hal aku kot. Huhuh.
Aku tanya abah, camna dgn pemandu teksi tu? Dah call dia ke? Abah cakap dah, japgi dia datang rumah, nak tunjuk keta dia tu. Pastu, ada ke patut, dia cakap kat abah, lampu kereta dia abes pecah,. Iskkkk. Pembohong sungguhla dia ni.
Pintu kereta je yang kemik, camne leh merebak sampai ke lampu tuh? Mungkin ada sejenis wabak kot
Bengang ar aku bila abah cita camtu. Pastu janji nak datang kul 3, pastu delayed sampai 4. pastu dia call abah cakap, lampu dia tak pecah pun. Dia salah tengok. Hak elaaaa. Nak menipu pun aku yang kaki penipu. Ooopss. Terkantoi lak. Pastu tunggu sampai pukul 4, tak sampai-sampai pun. Abah risau gak kot-kot dia gi ketuk lagi keta dia sampai hancur lebur ke
11 October 2009
04 October 2009
random
p/s 2: Adah, nak jumpa tak minggu depan? :)
03 October 2009
unpredicted
02 October 2009
Malang Tidak Berbau #1
Ok, memandangkan sekarang ni aku rasa mood aku untuk menaip entri yang panjang dah tiba, makanya, adalah lebih baik jika aku menggunakan dengan sebaiknya mood ini.
Kang, datang balik mood malas aku tu, alamatnya, sampai bebila la aku tak cerita pasal eksiden tu
Tanggal pada 27 September 2009, terjadilah peristiwa yang paling tidak dapat dilupakan sepanjang hidupku. Selama aku hidup ini, inilah kali pertama, Hurm. Apsal ayat aku macam dalam karangan PMR plak ni.
.27 September 2009 bersamaan dgn hari Ahad, aku ditugaskan untuk menghantar adik aku ke stesen bas sebab dia nak balik ke kolej dia di Seremban. Mama dan abah keja, jadi, aku la yg tergedik-gedik offer diri nak hantar adik. Lagipun, beg dia banyak, kesian plak dia kalau nak suruh dia naik bas sampai ke stesen bas tu.
.Mama tinggalkan Kancil, dan dia bawak kereta satu lagi. Abah lak naik moto je pegi keje. Ok, aku pendekkan cite ek, sesampai je di stesen bas tu, memang penuh ar dgn kete. Aku dah agak dah. Semua nya dah habis cuti raya dan nak balik ke kolej/uni semula.
Memula ingat nak parking jauh sikit, memang tempat tu takde kete la. Tapi sian lak kat adik aku ni bawak banyak beg. Kuih raya tah bape balang dia angkut. So aku ni masuk celah-celah jalan yang berlopak, sempit lak tu, ni adik aku la ni yg suh. Aku ni 1st time masuk jalan yg penuh sesak dgn pelbagai chabaran dan dogaan neh. Dgn keta berderet kat belakang. Aku pun tatau nak masuk celah mana, just follow je keta depan.
Pastu aku berjaya parking di satu tempat yg agak dekat jugakla dgn bas adik tuh. Lepas settle sume-sume, adik pun dah naik bas, aku pun gi beli dulu sarapan. Tapau je. Pastu pegila ke kete, nak blah balik ar.
Masa nak undur tu keta tu, aku dah jengul kepala ke luar cermin tengok ada keta tak kat belakang, pastu tengok ada. Tapi bukan betul2 belakang aku. Kira belakang ke kiri ar. Kira, bleh la kalau aku nak reverse pun, tak kena la keta tu. Korang paham tak ni? Arhh, kalau tak paham, Tanya aku. Ehehe. Keta kat belakang tu dia tengah benti sebab tunggu anak dia dok wat mende tah. Tapi bodoh gakla kete tu, benti tengah jalan. Kat belakang dia ada lagi dua bijik keta dok nunggu. Memula, aku ingat, em, tunggu je lah keta tu blah. Pastu cam lame gile
Aku ni masa tu mmg blur, tak perasan yg aku gi langgar teksi, tu yang aku pelik, datang mana lak sekumpulan
Hoih. Sempat lagi ko ekk. Dia pun takleh kuar la sbb pintu keta jam. Dah takleh kuar tu, dok menyengih je keje. Pastu dok bincang2 dgn pemandu
Pastu dia Tanya aku da keja ka, aku cakap belum lagi. Belajar lagi. Aku cakap pun da macam org mereng. Tapi takpe la
Adakah, aku akan dimarahi oleh abah? Adakah si pemandu teksi tu mengenakan bayaran yg sangat tinggi? Kita tunggu part 2. hehehe.
Bukan ape, dah panjang lebor sangat ni, kang korang bosan lak. Nanti aku sambung lagi k. aku nak gi mandi jap.








