06 December 2009

.
wehwehweh.
aku sangat nervous la esok.
.
aku dah cakap ke yang aku dah dapat kerja?
huhuh.
aku dah dapat kerja sebangai guru tusyen BI dan Maths di pusat tusyen KUMON.
.
esok start.
boleh kata semua student nya adalah chinese and indians.
dan juga boleh dikatakan semua student nya adalah anak orang-orang kaya sebab tempat tusyen tu berdekatan dengan kawasan perumahan banglo.
.
bila mengajar anak-anak orang kaya ni, korang tau la kan camna.
ajar pulak one to one.
bukan ramai-ramai.
.
dahla tadi masa pergi untuk ambik silibus,
aku tak reti punch card.
muahahaha.
aku mana laaa pernah kerjaa.
so,mana reti punch card bagai ni.
so, hasilnya punch card aku tu, timing out aku bertindan dgn timing in aku.
isk!
.
kerani cayanunalip tu macam sombong gila ja.
takpa, takpa, mungkin dia datang bulan kot.
tapi dgn cayanunalip lagi sorang rancak pulak dia berborak dalam bahasa dia.
.
hm,
aku masih blurr apa nak buat esok.
huhuh.
takpa, redah jeee.
.
pasni dah ada duit nak joliiii.
wuahahaha.
dahla cuti 3hari.
hihi.
pasni bolehla kalau aku nak pegi ukm ke, henjoy dgn besties semua.
duit dah ada.
:)))
.
dalam bekerja ni, aku masih la lagi mencari pekerjaan tetap yang sesuai dengan kelulusan aku.
yang penting, aku bukan penganggur lagi.
hihihih.
tak dak la bosan dok rumah.
kan, kan?
.
ok, nanti aku update lagi ok camna.
boboyyy.

05 December 2009

hehehehehe.
nak sengih je bolehh??
:D
tengah happy nii.
before and after
.
MEGAN FOX
.
.
p/s: ada benda nak diumumkan, tapi nanti lah.


04 December 2009

.
hari ni aku nak emo sikit boleh?
korang ingat tak aku ada cerita pasal budak sekolah pan asian tuh.
well, dia takda lah ganggu aku.
cuma aku je rasa terganggu dengan status-status dia kat fb.
hahah.
aku kan emo.
.
aku perasan yang boleh dikatakan semua status dia kat fb semua ditujukan kat gf dia.
aku macam gelliiii sangat kalau lelaki macam tu.
kalau perempuan aku boleh terima lagi.
.
then, aku rasa kan semua kawan-kawan yang komen status dia tu not even his real friends pun.
just some random people that he met on fb.
and this, somehow made me strongly feel that he is just a psychotic poser.
.
so, today, influenced by my emotionally unstable mind,
i want to expose his fb account.
you can add him and see with your own eyes what i've been babbling about for the past few days.
.
gayanya macam dah buat salah besar pulak dia ni. haha.
biarlah kan.
aku nak emo.
.
nah.
.
p/s 1: i have deleted all entries that are related to him. jadi kot-kot yang tak sempat baca tu, harap maaf ye.
.
p/s 2: dah pergi intebiu tadi. alhamdulillah aku tak berak-berak sebab nervous.
Buat peminat-peminat edward dan jacob.
.
.
.

03 December 2009

.
.
ok. nak update sikit.
hari ni abu dah keluar dari wad.
kesian ooo tengok kesan jahitan kat perut dia.
abu nampak sangat lemah.
doktor cakap lagi dua minggu nanti bengkak akan surut.
so, tugas aku lah nanti nak paksa dia makan 2jenis ubat biji setiap hari.
sabar ye abu.
.
_____________________________
.
aku saja ja gedik apply jawatan untuk guru tuisyen.
pastu dalam 10minit macam tu, terus dia call nak interbiu esok.
korang pernah dengar tak pusat tusyen KUMON?
ha, kat situ la.
terletak di B.Mertajam.
.
masa dia call tu,
dia speaking london dengan aku.
aku ni pun feeling-feeling madonna pun ber speaking dengan slang americannya.
sangat poyo kan aku?
dah la berterabur tapi taknak kalah.
pastu certificate jadi certification.
adehhhh~
bodooo.
yang tak tahannya sebut certification tu dengan american accent gitu.
bila dah letak, baru perasan aku cakap salah.
tsk!
pastu boleh plak terlupa nak tanya nama dia.
erghhh.
.
harap dapat ah jadi cikgu tusyen tu.
dah bohsannnnn dok rumahh.
pastu aku dah segan nak menjawab soklan bila org ramai tanya aku keja apa skang.
.
____________________________
.
.
oh, baru sahaja dapat satu lagi call.
keje kerani di s.petani.
nanti ada interbiu jugak.
huhuhuh.
dahla kilang tu belakang pejabat pos saja.
(abah keja kat pos)
jadi senangla nak berulang alik kan.
tapi kan, tak henjoy arr
dekat dengan abah.
wahahaha
jaahat aku nehh.
.
tengok la camana.
yang mana offer gaji lagi tinggi aku pilih yang tu lah.
ecehhh.
nak memilih sakan aku ni.
tah2 dorang yang takmau pilih aku.
hohoho.
ok
bye,

02 December 2009

.
.
aku rasa aku nak menayang kemeja yang aku baru beli di berlin tempoh hari la.
selain menjadi pemalas sejati, aku juga adalah pentayang sejati.
aku letak 3 je pix syok sendiri aku
kang letak bebanyak, korang mengalami pening-pening lalat pulak.
.
.
.
..



.
konon galas handbag macam nak keluar gi memana je.
padahal nak posing depan cermin je pun.
muahaha.
ha, korang jgn tertipu yer dgn butang kemeja tu,
sebenarnya dia ada zip di sebalik butang tu.
butang tu hiasan sajee.
ehehe.
.
ok babai.
.
p/s: ada rasa pening-pening lalat tak?



01 December 2009

tanpa segan silu ingin menayang tudung baru yang berharga rm6.90.
sekian.

AKTIVITI DI RAYA AIDILADHA
.
.
Raya pertama
.
dari pagi sampai ke malam penuh dengan aktiviti.
pagi pegi ziarah kubur arwah wan.
pastu pergi rumah saudara mara sebelah abah,
petang pulak pergi menziarah saudara mara sebelah mama.
malam baru sampai rumah.
fuhh.
penat okes.
_____________________________
Raya kedua
.
ada qurban diadakan di kawasan perumahan aku.
4 ekor lembu ditumbangkan.
pastu mama nak pegi tolong siang daging,
minta bantuan aku tolong hantar.
baru turun dari porch depan rumah aku,
terus tergolek depan rumah sendiri.
sekali lagi yamaha 135LC adik aku calar angkara aku.
lepas jatuh, masih lagi terhegeh2 nak angkat moto.
nasib baik takda orang.
nasib baik mama sempat turun,
aku je dok terhuyung hayang atas moto sekor.
sekali nak belok, terbalik.
ahahaha.
tak balance.
dah lama doe tak bawak moto.
.
selepas jato moto,
terus ke pasar.
nak ronda-ronda dgn adik.
adik nak beli barang-barang utk dia bawak balik kolej.
adik sangat baik.
suruh aku ambik apa sahaja.
it's all on him.
dia belanja weeh.
:D
oh, ya sebelum itu,
kami berjogging bersama di tepi tasik.
sesi terapi meluahkan perasaan.
wahaha.
kekadang nasihat dia boleh pakai gak.
selepas membeli belah di pasar,
baju cumil2 sgt banyak di situ.
@.@
rambang mata ku.
kami ke giant.
beli barang2 dia
minyak rambut segala.
oh, pawagam giant sudah dibuka.
boleh tahan tempat dia.
agak cantik.
dah filem yang ditayangkan adalah filem yang latest juga.
weyy, aku dah clash, kau baru nak wat pawagam??
siot sungguh engkauu.
*merujuk kepada tokey giant*
.
petangnya, ke kenduri qurban di rumah saudara.
singgah pula ke giant.
ada sale, beli satu kasut free satu.
waaahh.
mama beli dua pasang jadi free dua lahh.
yang dua itu haruslah jadi milikku.
.
______________________________
Raya ketiga
.
menghadiri kenduri kahwin saudara terdekat ku.
dari pagi sehingga petang di rumah kenduri.
letih doee.
adik sudah pulang ke seremban.
.
_____________________________
Raya keempat.
.
menghantar saudara ke stesen kereta api bukit mertajam.
saudara ingin pulang ke upsi.
tengahari nya pula,
bertolak ke baling.
kazen sygku ajak membeli belah di sana.
so, kami berdua ke sana.
oh ya, kazen sayang baru mendapat kereta.
jadi jenjalan naik kereta baru.
:D
.
tiba di baling,
baju di sana sangat murahhhh.
awwwww.
cardi hanyalah rm9.90 okey.
wuhuu.
kazen sangat baik hati membelanja ku pelbagai jenis baju.
dan sehelai tudung.
thanks kak long.
oh, ya, lagi 500m, maka sampailah ke kota bharu.
haha.
takpe, lain kali aku ke kelantan pula.
adah, tunggu srangan aku.
.
kebanyakan penjual adalah orang siam.
kunkap kap khun kapp.
.
pulang pada petang hari.
letih gilaaaa.
.
_____________________
gambar tidak disusun mengikut kronologi.
wani adalah seorang yg pemalas.
harap faham.
.

kenduri kahwin saudara.
perempuan itu saudaraku.
.
semasa di baling.
.

di rumah saudara.
.
.

we rawk bebeh.
.



haruslah posing kontrol ayu sebelum keluar beraya.
.




di rumah saudara.
.





adik dgn kazen ku sayang. beliau lah selalu membelanja diriku yg miskin ini.
.






dua beradik gedik
.


























.
itu saja
babaiiii.











Abu :(

hari ni nak pergi klinik haiwan.
mungkin abu perlu dibedah.
:((
kesiannya sayang aku sekor ni.
ok, nak mandi, nak bersiap.
bye.