14 December 2010

kekasih gelap


korang suka tak kalau kekasih korang ada kekasih gelap?
kira berskandal dengan orang lain la.
kompom tak suka kan?
ada ke orang yang suka?
aku sendiri pun tak suka.
sebab tu aku tolak tawaran-tawaran yang ingin menjadikan aku sebagai kekasih gelap mereka.

dulu aku dah pernah buat satu entri pasal ni.
tajuk entri tu 'madu'
tapi pendek je aku buat.
entri tu macam sindiran la.
sebab aku tau lelaki-lelaki tersebut baca kot blog aku ni.

dan, baru-baru ni ada lagi yang offer aku nak jadi kekasih gelap dorang.
awat hah??
apa aku ni gelap sangat ka?
mungkin lepas ni kena pakai safi banyak-banyak kot.

tak hingin la aku nak jadi kekasih gelap sesapa.
aku taknak ganggu perhubungan orang.
yang offer ni semuanya member-member aku.
ada ke orang yang tak kenal tetiba offer nak jadi kekasih gelap?
selalu orang yang tak kenal, offer nak jadi official kekasih ja kan?
ke ada jugak orang yang tak dikenali terus offer nak jadi kekasih gelap?
memang kena lempang dengan aku la jawabnya.
ko tak kenal aku, tetiba nak aku jadi kekasih gelap ko.

ok.
yang aku paling tak pahamnya kan.
sang lelaki yang offer aku untuk jadi kekasih gelap ni,
dah terang-terang la dah ada GF kan?
habis tu kau tak reti ke jaga awek kau tu?
apasal kau gatai sangat nak berkasih-kasihan dengan pempuan lain secara senyap-senyap??
si awek kau tu punyala setia kat kau.
kau sesuka hati mak kau ja, nak khianati kesetiaan tu kan??

ingat best ke jadi kekasih gelap ni.
tak best tau.
kalau jadi skandal ni,
korang hanya akan jadi tempat menghilangkan rasa bosan je.
kot si lelaki tu bosan, gaduh dgn awek dia ke,
ha, dia cari la korang.
kalau dia tengah bahagia dengan awek dia,
dia tinggal la korang kejap,
pastu dia datang balik.
sebab dia tau yang kita ni dah sedia maklum dengan status kita sbg kekasih gelap.
so, ala, macam alas kaki la.
sesuka hati nak guna bila.

lepas tu, kalau kekasih gelap tu tetiba dah tersuka kat lelaki tu,
tak confirm pun yang lelaki tu akan pilih dia, memandangkan dia dah ada steady awek.
kalau bernasib baik, si lelaki tu putus dengan awek dia dan kapel dengan kekasih gelap tu.
tapi tu kan dah merosakkan perhubungan orang?

kenapa orang suka tamak?
bersyukurlah dengan apa yang ada..
kalau kau suka sangat-sangat dengan seseorang tu dan kau pulak dah ada pasangan masa tu,
kau terus terang kat pasangan kau tu,
putuskan perhubungan tu, dan bina la perhubungan baru dengan orang yang kau suka tu.
tak payah nak berskandal2 ramai-ramai.
susah sebab melibatkan banyak hati dan perasaan.
tapi kalau dah pasangan anda tu dah baik hati, nak cari lain buat apa lagi kan??

kawan aku sorang ni,
awek dia kat sabah.
so dia nak berskandal dengan aku atas alasan,
awek dia jauh, susah nak dating.
dah tu, masa kau memula ngorat awek kau tu,
tak da pulak nak pikir semua ni kan??
pastu memandai cari orang lain.

sorang lagi kawan aku..
nak jadikan aku kekasih gelap.
aku cakap kat dia,
'apa barang kekasih gelap, orang nak jadi kekasih cerah, terang benderang.
takmau sorok-sorok.'
saja ja aku bergurau dan nak uji dia.
sekali dia kata.
'betol ni??'

eh, dah lain macam je.
kang dia pi putus dengan awek dia sebab aku.
fuhh.
takmau la aku.
aku pun pempuan,
so aku paham hati pempuan.
walaupun dia agak comel sebenarnya.
mueheheheh.

satu lagi kes.
yang offer aku jadi kekasih gelap ni kawan aku.
dan awek dia pun kawan aku.
lagi la aku taknak.
persahabatan terputus sebab benda mengarut camni,
kesian kat awek dia,
baik je dengan aku.
baik je dengan pakwe dia.
tapi taktau perangai gatal sebenar pakwe dia

tapi aku tau,
bukan lelaki ja yang suka berskandal ni.
pempuan pun suka..
kan??
sudah-sudah la tu.
tak baik la buat perangai camtu.
kesian kat pasangan korang.
dorang taktau pape dan ingat korang setia..
tapi korang??
adehhh.

so, anda-anda yang dah punya pasangan tu.
berjaga-jaga lah ye.
kot-kot depa pasang lain belakang kita ke,
mana tau.
kalau nak sayang seseorang tu,
sayang 60 % cukup.
lagi 40 % tu, sayang diri sendiri.
sekurang-kurangnya kalau terjadi pape,
korang takdalah frust menonggeng tertonggeng-tonggeng.

ok.
sekian saja dari aku.
assalammualaikum.

13 December 2010

edit lagiii. hehe



sebelum


selepas
( 1 )


selepas
( 2 )


hehe.
saje je. takde keje, edit-edit gambar.
ok la, nak pegi beli bahan2 nak buat kek.
byeee
:)

12 December 2010

tamat


devastated.
musnah.
smashed into thousand of small pieces.
berderai.
titik

Edit Foto Contest


aku ada masuk satu contest ni.
contest ni dianjurkan oleh QASEH DALIA ADELIA
antara syarat-syarat pertandingan ni, ha,
kena letak gambar yang anda dah edit dan gambar sebelum edit.
so, aku pilih gambar di bawah ni.


sebelum


tengok tu,
siap nampak jari adik aku lagi.
-.-'


selepas


ha, tengok-tengok!
jari sudah hilang.
awan menjadi semakin biru.
rumput menjadi semakin hijau.
hehe

syarat pertandingan ni jugak,
aku kena tag 4 orang.
aku nak tag.

saadah saadun
cda wakaka!
saini
syafawani

cara memasak megi yang betul





ish.
terliur pulak tengok megi kari kat atas ni.

ok, hari ni aku nak bagi tips sikit bagi sesiapa yang nak masak megi.
korang mesti suka megi kan??
tambah-tambah bebudak Uni, bebudak yang dok hostel lah kebanyakannya.

aku memang suka megi dedolu.
masa tu sekolah rendah/menengah.
tapi dilarang sekeras-kerasnya oleh mama aku.
tak dibenarkan beli megi di rumah.
kalau nak beli pun,
aku kumpul duit, beli senyap-senyap.
masak senyap-senyap kat rumah.
makan dengan adik aku.
huhuhuh
tapi kantoi dengan mama bila plastik bungkus megi lupa nak buang.
adehhh~

yela.
mama marah sebab tak bagus makan megi ni.
sebab perencah dia tu tak bagus.

aku pun ingat camtu gak sebenarnya.
tapi bukan yang tu yang betul sebenarnya.
yang bahayanya ialah air rebusan megi tu.
dorang ada guna something nak kasi megi tu melekat elok je semasa sebelum direbus.

so korang, bila nak masak megi tu.
kan korang rebus dulu megi tu dalam periuk,
or ada yang just rendamkan megi tu dalam air panas je kan sampai dia kembang.
masa ni jangan letakkan perencah lagi yer

bila megi korang tu dah kembang
korang toskan megi tu.
kasi buang air rebusan tu k.
air tu yang bahaya tauu.

pastu, korang letakla air panas yang lain dalam mangkuk berisi megi yang kembang tu.
ha, pastu baru letak perencah.
perencah tu letak separuh sudahla.
tak payah letak semua.
nanti gugur rambut nanti haaa.
botak kaparaaa.

haa.
tu je ye.
beboii.

11 December 2010

pesta gambarr. yehaaa!!

ok, hari ni kita berpesta gambar k.
yeehaaa !!
hehe.
sebab aku tau, kebanyakan pembaca blog, suka tengok gambar je kan?
cam aku ni.
aku suka skrol down tengok gambar jee.
so hari ni, kita tengok gambar je k.

gambar-gambar di bawah ni semua caca marba,
yang aku ambik dari facebook aku.
sebab banyak yang aku ter miss nak cerita dalam blog ni.
yela, dulu kan, setiap aktiviti aku musti aku update dalam blog ni.
tapi sejak masuk maktab ni,
jadi malehh dahh.
hehe.

so, aku nak tebus balik ar ni.
hehe
setiap gambar aku cerita la sikit apa-apa yang berkaitan.
jom layanzzz

ha,
ni kawan-kawan aku Shida dan Ana masa aku buat degree kat UKM dulu.
pic ni diambil masa aku pi melawat UKM tak lama dulu.
tumpang bilik dorang.
haaa, layanan tip top, habaqq hanggg!
lebih dari hotel 5stars tauu.
hotel 5stars pun berbayar.
ni aku pi free lagi.
terharu aku. sobs.
terima kasih sayang-sayangku sekalian
terharu sangat aku.


ni dekat rumah sewa kawan aku di ipoh.
jiran dia ada bela anak beruk.
comelll sangatttt.
pastu manja yaaa amatttt.
so, aku mintak permission dari tuan dia nak bergambarr.
comell kan??
nama dia Lola.


ni masa aku melancong kat Terengganu.
dalam bulan lepas kot.
dua dari kiri tu, parents anak buah mama yang berasal dari Terengganu
dorang baikkkkkkkk sangat tauu.
makcik tu sangat3 baik.
dah la suka panggil aku comey,
ha, tak ke baik tu.
ekekekke.
tapi makcik tu mmg serius baik dan sangat lemah lembut.
suka panggil aku 'comey' dan 'sayang'.
:)
love u makcikk.
walaupun dorang ni kaya raya, tapi tak berlagak langsung.



ni masa raya haji tempoh hari.
sebelah aku tu, maksu aku.
adik mama yang paling bongsu.
mak sedara yang paling rapat dengan aku.
dan yang sangat coool.
beliau tinggal di Negeri Sembilan.
selalu belanja aku.
muahhh.
sayang cuu!





ni pulak, yesterday.
aku diapit oleh sepupu aku.
sebelah kiri aku, Hazlan, 24 tahun.
sebelah kanan, Hafiz, 17 tahun.
Hafiz tu, mommy dia Chinese.
tapi dorang bukan adik beradik tauu,
walaupun muka sama.
ehhee.
dari Penang depa ni.
thanks for coming tauu!


ha, ni pulak gambar bajet best aku.
thanks to my adik.
dia yang snap.
ehehe
ni masa melancong ke Terengganu.
ni di Taman ape ye.
tak ingat pulak.
Taman Tamadun Islam rasanya.



ni pulak masa layan cerita Unstoppable di Jusco, Ipoh.
aku dengan chan ni.
nama dia Chandramathy,
Chinese+Indian.
Cam melayu kan?
hehe.
before layan movie, lepak Big Apple dulu.


aku dengan Cda wakaka! (nick name dia. hehehe)
masa aku pi melawat UKM tu.
ni kat hentian kajang.
hantar aku nak balik Kedah.


ni adalah best friend aku sampai mati, Saadah Saadun
dari aku buat degree.
sampai la dia dah nak habis master
dan aku tak buat pun master.
sobs.
so aku sangat mengkagumi dia.
Adah, Shida, Ana, semua bebudak pandai yang buat master.
aku sekor je pemalas tanak sambung.
huhuh.
aku sayang dia nih.
muahmuahmuah!!


ni kira member baik aku jugak di Ipg Ipoh ni.
Institut Perguruan Ipoh
Faezah nma dia.
dia pun housemate aku jugak!


mamat over ni pulak, adik aku.
gedik cam kakak dia gak ah.
masa ni kat Cameron Highlands.
a few weeks ago kami pi sana, saja makan angin.
hehe.


bajet Yuna.
hahaha.
kat Cameron Highlands.


ni masa nak pergi Jusco Perda dengan cuzzie.
over i nyahhh!


Kat Cameron Highlands!



di McD Tambun dengan Chan
Mcd ni dekat sangat3 dengan rumah sewa aku di Ipoh.
so hari2 pegi lepak sana.
haha


dalam masjid kristal, di Terengganu.
mama tu


ni kat KPJ Specialist Penang.
tempat adik aku praktikal


ni masa melawat muzium tentera.
kat mana eh?
tetiba lupa.
kat Negeri Sembilan ke, Melaka ntah.


ni aku masa sebelum karaoke di Ipoh.
layan Secret Recipe sebelum beradu suara.
muak je makan kek ni.
kek oreo menda ntah.

ok
itu sahaja.
beboiiii!

04 December 2010

have mercy on me, body.


my body is not treating me well.

please. please have mercy on me.
the least thing that i want right now is getting sick.

it's freaking cold right now.
headache, chest pain, everything.
please.please. i don't want to get sick.

ok, erm. let's switch to bahasa.

rasa nak membebel hari ni.
mengenai ciri-ciri blog yang aku suka baca.
sebelum tu, aku nak ucap ribuan terima kasih kepada sesiapa yang follow blog aku ni.
thanks.

ok.
ciri yang pertama.

- penggunaan bahasa.
yep.yep. penting ni. aku akan follow blog yang menggunakan bahasa melayu, bahasa inggeris atau campur aduk pun aku tak kisah. :) asalkan boleh difahami.
yer. asalkan mudah difahami yer. kalau yang guna bahasa malaysia, tapi guna singkatan yang sangatlah singkat sampai it doesnt make any sense, sori lah wei. aku takmau memeningkan kepala aku.

ada yang tak guna singkatan tapi lebihan perkataan le pulak. trend-trend budak zaman sekarang kot. sampai aku tak boleh nak paham satu hape pun.
tambah-tambah aku ni bakal cikgu, jadi rasa makin sakit hati tengok bebudak sekolah yang taip camtu.
ok, contoh ye, perkataan 'tipu' = tifoo.
apa kejadahnya tu wei? kuetiaw kungfoo ka??
shayew ark ukew awww kamooo wart giteww.
haii. sabar je kan.
well, aku dah nak dekat berapa kali dah post entri pasal ni.
tapi ada jugak je terserempak dgn budak-budak camni.
kids, grow up pleasee!
kalau cikgu bahasa kamu tengok ni, mau pingsannn. tauuu

- font yang kecikkkkk.
as all of you are aware of, aku ni seorang perabun tegar ye.
jadi aku tak suka la nak kecik-kecikkan bijik mata ni nak membaca tulisan kecik-kecik ni.
penin pala wehhh.
aku suka font yang normal dan jelas dibaca, :)

-font berkaler yang tak sesuai.
haa, kaler pulak, background puteh, font kuneng kan.
memang menimbulkan cacian dan makian laa.

tu je ah, buat masa skarang.
tak larat la.
cikgu waniey mau relax dan habiskan novel nya.
eh, best wehh, private series-perfect mistake.
so gonna buy the rest.
ok
assalammualaikum.

02 December 2010

Rapunzel.


bestttt !

aku suggest, sapa yang belum tengok tu, pegi la tengok yer.
sebab memang best dan comel-comel je semua karakter dia.
pastu aku rasa hero sangatlah hemsem ok.
tu adalah pengaruh besar gak aku tengok cita tu.
hahahaha.
of course, kalau hero hemsem,
barulah aku berseleraaa.
walaupun tu hero katun.

cerita dia, penuh dengan part-part kelakar.
tak larat nak gelak dah aku ni.
haa,
aku siap tengok 3D lagi nokss.
kau jangan jeles tau ! (ayat orang 1st time tengok 3D)

tak sangka aku kat giant kulim yang amat kusayangi tu,
Big Cinema dia ada 3D tau.
bila minah konter tu (sori weh, aku taktau nama kau) tanya nak yang biasa ke yang 3D?
bercahaya mata cekelat palsu ku ini.

aku cakap, nak yang 3D ahh.
sambil sengih-sengih teruja.
pastu dah bayar semua,
aku tanya dia,
mana spec? tak dapat ke?
haa, jangan tak tau, sinonim bagi nama aku adalah = over
so, adalah rutin harian bagiku untuk berlagak over.

pastu minah konter teket tu cakap, nanti depa bagi.
so, aku pun, ok thanks la kat dia.

pastu bila nak masuk,
kan ada mamat koyak teket (sori weh, nama kau pun aku tak sempat tanya. kalau kau hemsem, mungkin aku tanya. muahaha) , aku tanya dia lagi, eh, spec mana? spec.spec.

then mamat koyak teket cakap oh, satgi depa bagi kat dalam.
aku pun, oooo, worait. thanks broo!
pastu masuk dalam nak dekat sampai pintu wayang,
baru depa bagi.
aku tengok dia macam ada senarai nama ke hape ntah.
aku pun eh, nak kena sign dulu ke untuk amek spec tu.
ke kena sign untuk masuk wayang?
eh, da macam nak masuk kelas pulak untuk amek attendance.
tetiba aku nebes sebab nota kuliah sume aku bukan bawak pun..
adusss.
cemana ni kan??

pastu,pastu,
tengok-tengok tak kena sign pun.
fuhh legaaa.
kalau tak, memang kena lagi aku dgn prof jamelah kadiaq tu.
aaaa. dah ar. bosan ah kau wani. suka merapumerepek.

ok.
dah.
layan gambar jom.






oh, masa ni aku baru lepas goreng ikan, pastu minyak ikan yg dah sejuk tu dia terpercik-percik kat muka aku.

ha, 3D tau uolsss. 3D. teri di. paham?

heri poter part 1 dah tengok dah.

lepas amek pic ni, aku tgk balik pic, nampak tak clear. so suruh snap lagi, tengok, tak clear gak, gelap je, snap lagi, dgn flash segala tengah-tengah panggung tu kan (tapi tak kesah, sebab sume pun macam aku je, first time dapat spec 3D. hahah) gelap gak.
oh pastu baru pasan, masa tengok pic tu, spec dok melekat kat mata lg.
patut arh gelap pening2 lalat je aku tgk.

makcik yang berbontot tak berapa mantap kat belakang tu, perlu ke kau tayang aset kau di kamera aku? dah nampak cam, montot dia dah nak sama taraf dgn muka aku dah. sbb kompom korang akan bandingkan montot dia dgn muka aku memandangkan sebelah-sebelah je.
bosan btoi.

ok ah wei.
nanti aku update len k.
beboiii
assalammualaikum.

01 December 2010

tanya tau


buhsan daaa
cer korang tanya aku apa-apa.
tu dekat kotak maroon sebelah kanan tu.
ko tanya la apa pun.
aku kompom jawabnya.
ko nak tanya pasal tips-tips kecantikan aku ke,
berapa orang boyfriend aku ke,
berapa banyak aset-aset saham aku ke
tanye jeee
*ada rasa nak hayun besi ke muka aku tak? hak elaa, berani ke nak hayun? sebelum korang hayun, aku hayun dulu. hayun kaki aku secara laju dan larik jauh-jauh. muahahahaha. hahahahah ok stop it waniey. tak lawak pun.*

so, kalau rasa nak tanya,
tanya k.
kat kotak formspring tu.
ala, kalau nak mengutuk pun takpe,
sebab guna anonymous kan.
so aku redho dan berserah pada takdir.

okey ahh.
aku nak pi iron baju abah aku ni
banyak gile kot.
apahal baju keja dia banyak sgt ha?
baju aku tak banyak pun.
dah kau malas, kau nak mempersoalkan yg bukan-bukan.
ok.sesi bermonolog tamat.

bye

Kulim-ers


ada sesiapa orang Kulim di sini, angkat lutut!

ada ka? ada ka tadak??
sebab dok nampak dalam feedjit,
ada orang Kulim.
ecececce.
malu-malu pulak dia nak ngaku.
alaaa. tomey.tomeyy syg niii.
bushuk sapa niiii.
meh nak kish skett.
emuuahhh.
hehehe.
i nampak u tau sayang-sayang sekalian.
jangan nyorok-nyorok, nanti i kejarrr. (ada nampak cam gila sex tak di situ?)