07 July 2011

sebelum mata tertutup

eceh. tajuk nak gempak kan? hehe. sebelum aku melelapkan mata yakni sebelum mata tertutup, aku nak meluahkan rasa debaranku di sini. ecehh. skema lagik !

okey, ingat tak sebelum ni, aku ada mengadu sakit gigi kan. hampeh betul lah. aku tak suka betul sakit-sakit gigi ni. macam budak kecik aku rasa. yelah, budak kecik kan selalu ada masalah gigi rongak lah, tampal sana sini lah. ha macam aku ni.

haritu, aku jumpa dentist sebab nak tampal gigi aku yang berlubang ni. haih. aku rasa sangatlah loser bila ada gigi berlubang. dua lagi tuh ! =_=' . then, Doktor pun tampal lah satu lubang ni, tapi yang tu bukan yang selalu menyebabkan aku sakit. Ada satu lagi gigi yang menyebabkan aku selalu sakit macam sakit nak beranak (macam pernah beranak je kau).

Malangnya, gigi tersebut tidak boleh ditampal lagi. sudah besar lubangnya. okey, loser sungguh bila gigi ada lubang besar. rasa macam diri ni, suka kunyah cekelat pastu malas gosok gigi. deym.
Doktor tu cakap, kena buat rawatan akar dan kemudian baru tampal, dan aku takkan merasa sakit sampai bila-bila. kalau taknak buat rawatan akar tu, boleh cabut terus. Apa?! Taknaklah cabut. Sayanglah gigi siung ku ini.. hehe. Lubang dia di sebelah dalam. so, kalau aku sengih sekalipun, memang tak nampak lobangnya.

So, tadi kerani di klinik tu dah call aku untuk appointment rawatan tersebut. Esok rupanya. haritu dia cakap bulan 8. Kerani tu kata, yang bulan 8 tu untuk rawatan kedua. Macam serius je bunyinya sampai lebih dari sekali rawatan. huhuhuhu

Jadi esok, pergilah aku seorang diri ke sana. Semua ada komitmen masing-masing jadi tak dapat teman. Agak-agak sakit tak? Camne kalau sakit sangat sampai aku takboleh drive balik? Camne kalau dia cucuk-cucuk akar tuh ke? adoiii.. aku dah dapat rasa sakitnya.

Hari tu masa aku pergi tampal pun bila Doktor tu gerudi gigi aku, adoiiiii, terpejam-pejam aku.Doktor tu tanya, sakit tak? aku jawab, sakit gila. Doktor tu ulang, sakit GILA noh? heheh. yalahh doktor, sakit gila sampai ke urat kepala hidung mata semua. yang tu aku kata dalam hati je.

So korang, doa-doa lah aku yer supaya aku tak meronta-ronta dalam klinik tuh. Good nitee !

peaceeee. I am freaking nervousssss

06 July 2011

tabiat yang satu

assalammualaikum.
aku ada satu tabiat ni. tabiat yang kurang disenangi oleh rakan-rakan, family, dan orang-orang sekeliling. hehe. aku ada tabiat suka mencampakkan handphone aku merata-rata. Jadinya, bila orang call aku, sudah tentunya aku tak jawab. huhu

Kekadang tu, aku terlupa aku letak mana handphone aku. Aku malas nak cari, jadi aku biar je. Kekadang tu sampai habis bateri. Pastu bila nak mencari mula lah nak meroyan sorang-sorang. Yelah nak misscall tak boleh, sebab bateri kong.

Kalau aku duduk berjauhan dari rumah contohnye kalau duduk kat rumah sewa ke, aku tengok-tengok lah jugak handphone aku sebab takut-takut ada panggilan kecemasan ke dari family. Itupun, kekadang banyak jugak panggilan dari rumah/mama/abah/adik yang aku missed. Dan of course lah lepas tu kena bebel sebab susah sangat nak jawab call. huhu

Sekarang ni dah duduk di rumah, of course lah lagi la aku campak merata-rata handphone sebab aku dah duduk dengan family, kan. So aku rasa dah tak perlu risau dengan panggilan kecemasan lagi. Aku nasihatkan kawan-kawan, ke sedara mara ke, kalau nak contact aku, sms lagi afdall. sebab kalau call mesti aku tak sedar punye punnn. At least kalau sms, kalau aku dah tersedar akan kewujudan sms tu, bolehla aku reply. hehe.

Tabiat mencampakkan handphone merata-rata ni terhasil sejak aku single nih. Aku nih pulak bukan jenis nak berkepit dengan handphone 24 jam. Handphone aku pulak, bukan boleh wi fi ke apa pun. Bukan jenis canggih. Jadi aku pun kurang berminat nak berkepit dengan handphone aku tuh. heehe. Kalau nak fb, lappy kan ada? Jadi aku jarang guna hp sebagai medium untuk berfacebook. Lagipun, aku fikir, sapa sangatlaa nak contact aku kan? Jadi merata-rata la aku campak, dalam beg lah, bawah bantal, celah sofa, tepi radio, merata-rata lah.

Ada lah beberapa orang yang pernah merajuk sebab tabiat aku yang satu nih. sorry lahh. Bukan aku sengaja pun. huhu. Aku macam malas nak ambik port lah pasal handphone nih. Zaman aku berkepit dengan handphone sudah tamat. Dulu pun aku ada buat perangai macam ni, lepastu aku dah terlepas satu temuduga penting sebab perangai campak handphone merata-rata ni, aku insaf lah kejap. Kemudian, dah aku dapat maktab nih, aku buat baliklah perangai lama. hehe

Jadi korang, janganlaaa ikut perangai aku yang buruk ni ye. Sekarang ni pun aku taktau mana letak handphone aku. Mungkin dalam kereta agaknya. huhu. okla. bubbyyeee

05 July 2011

tidak sesuai menjadi guru

"Sy merupakan guru baru posting pada hujung tahun lepas di salah sebuah sekolah di KL. Setelah 5 bulan merasa suasana sekolah, saya rasa sangat2 tertekan & tiada motivasi bekerja.

Pertamanya, kerana perangai pelajar2 di kelas yg sy mengajar sangat2 teruk. Sy dpt mengajar 1 kelas paling belakang, 3 kelas agak belakang dan 2 kelas ok. Sy sgt2 buntu mengenangkan perangai mereka yg tidak mahu mendengar kata & tidak mahu membuat kerja rumah. Ditambah pula sy kelihatan agak lembut, membuatkan mereka berani melakukan apa saja.

Kedua, sy menghidap penyakit kurang darah merah & zat besi. Ini membuatkan sy sgt mudah letih & ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada tugas2 seharian sy. Dahulu org boleh berkata cikgu kerja separuh hari, cuti sekolah pun byk. Tetapi itu dulu, sekarang... cikgu bekerja hampir 12 jam sehari. Balik mengajar perlu menyediakan bhn2 mengajar esok hari, menyiapkan buku rekod, menanda buku murid (yg byk) dan menyiapkan tugas2 sampingan sekolah. Keadaan ini semakin lama membuatkan tubuh kecil sy seolah2 overload... sy sgt3 mudah letih..

Sy tidak mahu menjadi beban kepada orang lain (contoh jika kerja lambat siap, prestasi pelajar menurun, dsb) disebabkan masalah yg sy hadapi ini. Gabungan masalah pertama & kedua membuatkan sy tertekan setiap hari & tidak semangat utk dtg ke sekolah.

Hati dan jiwa sy meronta2....sampai bilakah sy harus berkeadaan begini? Mungkin rakan2 di sini akan kata sy tidak thn dugaan... baru sikit dh nak mengalah... yes, mmg betul. Tetapi bila sy pikir logik......yg menanggungnya sy. What for sy nak bertahan utk perkara yg sy rasa tertekan sgt2.....& membawa mudarat kepada diri sy?
Setiap malam sy berperang dengan diri sendiri, memikirkan jalan penyelesaian kpd permasalahan sy ini.

Oleh itu sy mohon jasa baik rakan2 di sini............mohon sgt2.... apakah yang patut sy lakukan?
Berhenti jadi guru? atau minta tukar ke sekolah yg ok sikit? (sy suka mengajar...tetapi perangai pelajar yg seolah2 tidak berminat mematikan semangat sy... )
Bolehkah guru baru seperti sy meminta berhenti dari perkhidmatan?
Bantulah sy rakan2.... sy sangat2 tertekan sekarang...."

Aku quote ni dari sebuah forum. so apa pendapat korang? aku berharap sangat beliau tidak putus semangat dan berhenti dari menjadi seorang guru. Rugi sangat kalau beliau berhenti. Tapi kalau sekolah kat KL memang agak seram sikit. Tambah kalau sekolah menengah. Budak-budak dia nakal amat. Tapi bergantung kepada sekolah jugak. Tak semua sekolah di KL teruk. ada yang ok. hurm. aku berdebar ni. Dengar kata, tarikh posting dah makin dekat. dalam bulan ni jugak. wuuuuuuu. nervousss.

adehh


aku nak post sebuah cerita mengenai seorang guru yang berusia 24 tahun yang baru bertugas. dia ni rasa tak sesuai jadi seorang cikgu dan nak berhenti. aku dah copy paste cerita tetapi spacing dia tetiba lari pulak. jadi berterabur je. nanti aku cuba paste lagi.

p/s : berdebar-debar menanti keputusan posting ..

04 July 2011

03 July 2011

^__^


syukur.
laptop tersayang tetiba kembali bernyawa.
eh, lupa pulak nak cakap.
sebelum ni lappy buat hal.
tak boleh nak switch on.
hantar kedai, dorang cakap, boleh repair tapi kena bayar rm300-rm400 dan mungkin akan rosak kembali since ni adalah laptop lama (4 tahun pakai)
jadi, tidak dinasihatkan untuk repair.
nasihatnya, beli baru sahaja.
sedih tak terkata.
:(
sayang gila tau lappy ni.
sangat user friendly.

dan abah yang pemurah meminjamkan sebentar lappy kecil beliau.
sebab terlalu kecil, aku jadi kekok.
nak taip kat keyboard pun, sekali taip tertekan dua huruf -_-"
tak besttt!
tapi dah ada orang pinjamkan, redha je lah.
dan aku tengah berkira-kira nak beli lappy baru (dengan keadaan ekonomi sekarang yang sangat meruncing)

tadi, tetiba abah mintak kembali laptop beliau.
terpaksalah aku memulangkan kembali.
barang pinjam kan.
terpaksa lah guna pc rumah.
dan saja aku cuba-cuba on lappy tersayang ni.
dan miracle nya beliau terus on, dan berfungsi seperti biasa!
oh my!
kuasa Allah. syukur alhamdulillah.

dan bila aku guna laptop ni,
rasa pelik.
rasa macam aku tengah pandang skrin tv.
rasa macam, 'eh besarnya skrin laptop nihhh'
macam skrin papan layar kat kedai mamak.
ok, itu over.
tapi serius nampak besar.
mungkin sebab dah hampir 3minggu aku asyik guna lappy kecik, orang panggil apa? netbook ke notebook ntah.

rasa puas je guna lappy aku ni.
i love u my dear toshi.
kalau lah ditakdirkan lappy aku rosak, aku tetap nak beli toshiba.
aku senang menggunakan toshiba.
tak banyak buat hal.
aku yang tak reti jaga elok-elok sebab tu dia buat hal.
muah muah to you toshi

p/s : thanks syida for the info about the macbook. taktau pulak aku macbook sekarang dah boleh guna windows biasa. ingat masih lg guna macintosh saje. hehe

Jangan display kalau taknak jual # last part

Dengan perasaan yang berdebar-debar, Ema pun melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. Kehadiran Ema disambut mesra oleh pekerja-pekerja di situ. Ema terus menuju ke almari cermin tempat kasut tersebut dipamerkan dan terus melihat tag harga kasut tersebut.Oh, tidak lah semahal seperti yang aku sangka selama ni. Mampu kalau aku nak beli kasut ni. Detik hati Ema. Walaupun kasut tersebut agak mahal, tetapi tidaklah semahal yang Ema sangka. Lalu Ema mencuba kasut yang diletakkan di atas almari kaca tersebut. Tidak Ema sangka yang kasut tersebut memang sangat selesa dan kena pula dengan saiz kaki Ema. Ema mencuba-cuba kasut tersebut dengan cuba berjalan untuk memastikan keselesaan kasut tersebut. Ema sangat berpuas hati dengan kasut yang menjadi idamannya untuk sekian lama. Rekabentuk yang menarik, selesa dan kena pula dengan saiz nya. Ema berfikir sendirian. Inilah kasut yang selama ini aku cari. Inilah kasut yang bakal menggantikan kasut lusuhku ini. Ema sudah berkira-kira untuk membeli kasut tersebut. Ema tidak kisah berhabis duit untuk sepasang kasut yang selesa dan menjadi idaman hati untuk sekian lama. Lalu Ema menyatakan hasratnya untuk membeli kasut tersebut kepada pekerja di kedai kasut tersebut dan jawapan yang diterima amat menyedihkan hati Ema. Kasut tersebut sudah kehabisan stok dan kasut yang dipamerkan merupakan satu-satunya kasut jenama tersebut yang tinggal. Ema sangat sedih dan marah pada masa yang sama. Ema mempersoalkan mengapa masih dipamerkan kasut yang sudah tiada stoknya?

Ema berasa seperti ditipu untuk sekian lama. Lalu ditanya pada pekerja tersebut, tidak boleh kah satu-satunya kasut yang diidamkannya selama ini dijual kepadanya? Malangnya, pekerja tersebut hanya menggeleng-gelengkan kepala. Katanya kasut tersebut hanyalah dipamerkan sebagai daya penarik kedai tersebut. Semua ini tidak masuk akal. Selama ini, aku idamkan kasut tersebut, aku angankan tentang kasut tersebut, aku impikan tentang kasut tersebut tetapi akhirnya aku kecewa. Getus hati kecil Ema. Apa yang tambah mengecewakan Ema adalah, kasut tersebut sangat selesa dan sesuai dengan kakinya. Ema sangat marah. Marah kerana terasa seperti ditipu. Marah kepada dirinya sendiri kerana terpikat pada kasut yang salah. Tetapi apa yang lebih membuatkannya marah adalah kerana tindakan kedai tersebut yang mempamerkah kasut tersebut walau pada hakikatnya, mereka tidak berniat pun untuk menjualnya. Tambahan pula, kehadiran Ema pada pertama kali ke kedai tersebut disambut mesra oleh pekerja-pekerja di situ dan tidak seorang pun yang mengkhabarkan kepada Ema mengenai ketiadaan stok kasut tersebut semasa Ema mencuba-cuba memakai kasut tersebut. Hanya setelah Ema bertanyakan kepada mereka, barulah mereka mengkhabarkan berita yang sebenarnya. Apa yang mampu Ema buat, hanyalah melangkah keluar dari kedai tersebut dengan perasaan yang marah, sedih dan kecewa.

Sejak dari itu, Ema tidak lagi memikirkan untuk membeli kasut baru, biarlah dia memakai kasut lamanya itu. Sewaktu ke pusat membeli belah untuk membeli barang keperluan, Ema terlihat kasut yang satu ketika dulu pernah menjadi kasut idamannya dan secara tidak sedar mungkin kasut itu masih lagi menjadi idamannya. Kasut itu masih dipamerkan di dalam almari kaca bersama kasut-kasut lain, menunggu seseorang yang tertarik untuk membeli kasut tersebut lalu tertipu seperti dirinya juga.

Ema tidak lagi ke kedai tersebut apabila dia telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke negeri lain. Walaupun, begitu Ema masih terbayang-bayang tentang rekabentuk kasut tersebut yang cantik serta material dalamannya yang selesa. Tetapi perasaan marah mula menguasai diri apabila mengingatkan bagaimana dia telah tertipu dengan taktik kotor kedai kasut tersebut.

-tamat-

so, korang faham tak cerita ni. ada banyak benda aku nak sampaikan dalam cerita ni. kasut tu disimbolkan sebagai apa, kedai kasut tu mewakili apa, para pekerja tu represent apa. setiap ayat ada maksud disebaliknya. aku lebih selesa meluahkan perasaan dengan bersastera. lebih selamat, lebih sopan dan lebih seronok. biar mereka berteka-teki. setiap hasil sastera mempunyai banyak tafsiran. tiada satu tafsiran yang tepat. tafsiran adalah berbeza mengikut persepsi orang yang berbeza. jawapan yang sebenar hanya ada pada pencipta hasil karya tersebut. jadi pandai-pandai la korang tafsir dan nilaikan cerita ni ya. hehe. okey nite~

p/s : Kalau dah taknak jual, tak payah nak display okey?? kau buat orang lain tertipu.

02 July 2011

Jangan display, kalau taknak jual #2

Kasut tersebut dipamerkan di dalam almari kaca bersama kasut-kasut yang lain. Tetapi hanya ksut tersebut yang berjaya memikat hati Ema. Tetapi Ema belum berkesempatan untuk mencuba kasut tersebut. Tambahan pula, kedai tersebut memang terkenal dengan kasut yang berjenama dan agak mahal. Jadi Ema hanya melihat dari jauh sahaja kasut itu. Ema merasakan yang dia tidak mampu untuk membeli kasut itu, walaupun pada hakikatnya Ema belum lagi melihat harga sebenar kasut tersebut. Fikir Ema. Mesti mahal kasut ni. Dahla cantik rekabentuknya, dijual pun di kedai yang terkenal. Macam tak mampu je’ Jadi, Ema tidak pernah mencuba atau pergi melihat tanda harga pada kasut idamannya itu.

Sejak dari hari itu, setiap kali Ema pergi ke pusat membeli belah tersebut, pasti Ema tidak akan melepaskan peluang untuk melihat kasut idamannya dari jauh. Dari jauh Ema mengkagumi dengan keunikan rekabentuk kasut tersebut. Tidak pernah terlintas dihatinya untuk melihat tanda harga kasut tersebut, apatahlagi membelinya. Baginya sudah cukup jika dapat melihat kasut tersebut dari jauh dan berangan-angan.Bila laa aku dapat beli kasut tu. Mesti cantik kalau kasut tersebut berada di kaki aku.

Pada suatu hari, seperti biasa Ema akan pergi ke pusat membeli belah tersebut untuk membeli barang keperluan hariannya. Memandangkan pusat membeli belah tersebut sangat dekat dengan rumahnya,maka agak kerap Ema ke sana untuk membeli barang-barang yang diperlukan. Sewaktu melalui kedai kasut tersebut, terdetik di hati Ema untuk memasuki kedai tersebut.

bersambung ...

p/s : sorry ah, aku buat secara bersiri. takut orang bosan baca. hehe. by the way, cerita yang aku buat ni, ada maksud di sebaliknya. *kenyit kenyit*

Jangan display, kalau taknak jual #1

Ema berfikir-fikir sendirian sambil melihat kasut yang dipakainya. Perlu ke aku tukar kasut baru? Kasut ni pun dah lama, dah agak buruk. Pakai pun dah tak selesa. Sebenarnya, memang dah lama Ema menyimpan hasrat untuk membeli kasut baru bagi menggantikan kasutnya yang lama itu, cuma belum ada yang berkenan. Setiap kali mencuba kasut di kedai-kedai kasut, pasti terdapat kekurangan. Rekabentuk dah memikat hati, tapi material di dalam pula yang tidak selesa. Kalau ada kasut yang selesa, rekabentuknya pula yang tidak menarik.Ada juga kasut yang selesa dan mempunyai rekabentuk yang menarik tetapi tidak sepadan dengan saiz kaki Ema pula Ada saja kekurangan yang menyekat Ema untuk menggantikan kasut lamanya itu.

Jadi, Ema meneruskan pencariannya untuk sepasang kasut yang selesa dan rekabentuk yang menarik bagi pandangan Ema. Setelah sekian lama, Ema masih lagi belum berjumpa kasut idamannya, jadi Ema membuat keputusan untuk melupakan sebentar hasrat untuk mencari kasut idamannya itu. Ema meneruskan aktiviti hariannya seperti biasa dengan memakai kasutnya yang lusuh itu.

Sehinggalah suatu hari, sewaktu di pusat membeli belah, Ema terlihat sepasang kasut yang cantik dan sangat memikat hati Ema.

bersambung ...

01 July 2011

1 July 2011


betapa aku membenci perpisahan.
;(