03 August 2011

wanieybintang dolu-dolu.


hehe

p/s : sorry, mood aku nak update kat blog ni dah ke laut pulak. sebab tu lah asyik post merapu je nih. hihi. well aku ada banyak cerita sebenarnya tapi pemalas nak karang ayat, nak upload gambar lagik. haha.

kill !! kill !! die !! die !!!


tengok muka aku tu. ganas tak???

31 July 2011

Salam Ramadhan

Assalammualaikum.
Dengan ini, saya, wanieybintang ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat. Manfaatlah bulan yang mulia ini kerana sesungguhnya bulan Ramadhan itu benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat.

p/s: esok pi melawat IPG Ipoh lagik !! hehe

30 July 2011

Terima kasih

Tak dapat macam yang dalam wishlist aku tu, dapat yang ni pun jadi lah. hehe.
bye bye hp lama.
Dirimu tetap kubelai selalu.

29 July 2011

keajaiban Photoshop

sebelum

 selepas

Haa, lihatlah keajaiban Adobe Photoshop ini. Gambar yang kusam telah ditukar menjadi meriah dengan warna. Sebab tu aku suka Photoshop. Aku suka sangat edit gambar. Sejaz zaman berzaman lagi. Tapi zaman dulu masa aku umur 18 tahun dulu tak edit pakai Photoshop sebab belum didedahkan lagi. Dah masa degree, baru belajar tentang Photoshop ni.

Kenapa aku kata Photoshop ni ajaib? Photoshop boleh menguruskan orang, Photoshop boleh mencantikkan orang, Photoshop jugak boleh mengaibkan orang, Photoshop boleh mewujudkan unsur magik dalam gambar dan macam-macam lagi lah.

Aku belajar sendiri je guna Photoshop ni. Aku explore sendiri semua tools dalam Photoshop. Ada yang aku tanya kawan aku, ada yang kawan aku yang bagitau, ada yang aku follow tutorial dalam Youtube.Kalau kita nak suruh orang ajar satu persatu cara nak edit gambar memang susah. Ada beberapa orang suruh aku ajar camna nak edit gambar, aku memang tak reti. Huhuhu. Kita kena explore sendiri, baru lah rasa puas.hehe Sekarang ni aku nak belajar, macam mana nak klon kan orang dalam gambar. Nanti aku tunjukkan contoh gambar. Kiranya dalam satu gambar tu, ada beberapa orang yang sama tapi melakukan pose yang berlainan. Korang paham ke tak ni?? macam takk je ni. hehehe. Takpa, nanti aku tunjuk contoh ok. Tapi serius nampak macam real gila. Pastu nak belajar camna nak edit macam kita terapung di langit, berjalan di atas air,macam-macam lagi lah. Kena rajin cari tutorial lah. hehe.

Okla, tu je.Assalammualaikumm.

p/s : Ada sesiapa nak suruh aku edit gambar? hehe

Second Giveaway

Berkurun lama dah aku tak di tag, tetapi baru-baru ni adik masjue yang comel telah men tag aku. Jadi aku dengan teruja nak buat tag ni. hehe. 


Sebenarnya contest ni dinamakan second giveaway. Korang ikut je syarat-syarat yang telah dikenakan, kemudian, pemilik blog yang create contest ni akan memilih korang secara rawak untuk diberikan hadiah !! Haa, tak rugi kann. Kot-kot dapat hadiah Farid Kamil ke, Wentworh Miller ke, Jared Letto ke, ok gak kan? Jadi jom kita tengok apa syarat-syarat yang telah dikenakan.

1. Follow blog si tuan punya blog ni di sini.
Done !


2. Buat satu entry bertajuk SECOND GIVEAWAY HAJAR AZMAN 
Done !


3. Copy and paste gambar ni kat entry korang
Done !






4. Tagkan kepada dua blogger yang lain and makesure yang diorang tau.
Aku nak tag Haliza Misbun dan Zila Bakarin.


Done !


5. Pastekan url entry korang kat sini.
Done !


Ok. Siap !!! 

27 July 2011

Burger? My favouritee !

walaupun comot belemoih dan penyet. tapi sedap !!!! 




 weh, kalau aku pakai lens hitam okey tak? Aku bosan lah asyik pakai coloured lens je. Nak cuba pakai yang hitam pulak. Tapi aku nampak pelik pulak. Macam mata alien kan? huahuahuahua




Ni gambar asal, dengan mata asal. Eh, bukan mata asal, lens asal. hihihi. Jangan maree. Yang mana lebih sesuai ek?

Ni lah namanya entri tanpa hala tuju. Merepek-repek je. Maaf yek!

26 July 2011

26 Julai 2011


Nak berangan jadi Tuan Puteri yang duduk di tepi tingkap sambil menanti Sang Putera datang menyelamatkan beliau. Eh, tu dah macam Rapunzel kan? Oklah, nak berangan jadi Rapunzel bertudung yang menanti Putera Raja datang menyelamatkan beliau...

24 July 2011

Dulu ...

Beberapa bulan yang lalu.. klik SINI




Sekarang? Rilek ja kat rumah tapi rindu lah pulak zaman kekalutan aku time KPLI dulu. Tapi aku tak pasti la aku boleh lalui semua tu sekali lagi ke tak kalau diberi peluang. Hahaha. Bz gila weiii. Tapi aku rindu jugak kenangan dulu, tidur lambat dengan semua housemates. Kekadang tak tidur langsung! Akibatnya, rumah sewa kami tu mengalami pencemaran bunyi yang maha dasyat ekoran dari gelak ketawa kami. Tapi masalah jugak, sebab kalau kami berbual berborak biasa pun bising gila macam orang nak bergaduh. Padahal dok bincang nak makan kat mana je pun. Bercakap tu nak kuat sokmo. Takboleh cover langsung suara sekor-sekor, Hehe. Rindu..


Dearest housmates :)

p/s : Dulu, aku tak sempat langsung nak update pasal sahabat-sahabat KPLI aku di blog ni akibat terlampau-lampau sibuk. Update kat Fb je aktiviti kami. Merata-rata jugak aku pergi time di Ipoh dulu. =) InsyaAllah kalau rajin, aku buat entri pasal outing-outing kami dulu. hee

23 July 2011

Photoshoot #2

Gambar-gambar di bawah adalah sambungan entri Photoshoot yang
lepas. :)


 
sapa ni??? =P


 Ni adalah abang saudara aku yang paling poyo. muahahahah!


 Susah betul nak capture semua melompat serentak.


 Ni adalah cuzzie aku yang paling rapat. =)




 hohohoho



 saja ja aku edit awan nampak cam nak senja gitu. Nak bagi nampak redup. Padahal time ni petang lagi.



 Pemilik DSLR, Kak Long. =)


aku paling suka gambar ni. hehe