16 May 2012

Selamat Hari Guru !



Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru-guru, para pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar kepada aku, kepada semua rakan seperjuangan aku dan juga kepada semua yang bukan bergelar guru sekalipun tetapi telah membimbing aku untuk menjadi insan seperti yang aku telah kecapi hari ni.  Aku sendiri kekadang tak percaya yang aku sendiri telah menjadi seorang guru. Membawa nama seorang guru itu bukanlah senang. Kekadang aku rasa aku masih belum layak pun untuk membawa nama seorang guru kerana seorang guru adalah seseorang yang dianggap mulia. Kena berperangai seperti seorang guru, bercakap seperti seorang guru, berpakaian pun haruslah seperti seorang guru. Akan aku berusaha untuk menjadi seorang guru yang baik. InsyaAllah.


tadi PPD ada bagi hadiah satu bijik kek besar punye sebagai hadiah hari guru..

Okey tamat kisah Hari Guru, kita masuk bab lain pulak.

Ni cadar baru aku. Segan pulak takda katil. :p

Selimut tu dah lama sebenarnya tu. Dari zaman aku Uitm S.Alam lagi tu. Sebenarnya tu adalah comforter. Comforter yang nipis. Aku beli di Tesco Shah Alam satu set cadar single dengan dua pillow case dengan comforter rm20 je. Murah gile kan? Dahla aku suka sangat design dia. Bunga-bunga ros. Rasa macam setiap malam tidur di atas kepingan bunga ros yang wangi. Hehe. Tapi di rumah sewa aku ni sangat-sangatlah sejuk bila waktu malam. Setiap malam aku terbangun kesejukan dan terpaksa tutup kipas, Tu belum kalau waktu hujan. Memang sejuk sangat dan selimut ni macam tak dapat memanaskan aku. Tunggu nanti-nanti aku beli selimut baru. Macam-macam warna leh masuk dengan cadar aku ni kan? Aku leh beli selimut merah, kuning, oren, hijau pun boleh. :)


Dah lama dah dapur elektrik ni, sejak aku di UKM lagi.

Tadi balik dari kerja, rasa lapar. Malas nak beli kat luar, nak cuba berjimat. Jadi kena lah rajin memasak. Tengok bahan-bahan pun dah tau kot aku masak apa tadi. Aku kononnya nak masak pasta carbonara. Semua bahan dah ada kecuali full cream milk. Malas pulak nak gi keluar beli, jadi aku buatlah suka hati aku. Dan mestilah tak jadi sebab tak cukup pekat. Hahaha. Takpa janji kenyang. Lain kali, cuba lagi, kali ni dengan susu.

15 May 2012

Adakah ini dinamakan curang?

Semalam secara tak sengaja terbaca email bf yang dia hantar kat kawan keja...
Memang rasa sakit hati sebab cara dia macam curang...adakah ini persaan saya saja atau memang dia sebenarnya nak cari yang lain? Tolong..tolong. Saya baru kenal dia 6 bulan...cara dia buat saya sangsi. Rasa nak minta putus je...tak tahan dah. Selagi belum terlambat..email ni dia hantar kat perempuan sabah satu tempat keja dia

BF: salam ,,hye,,,lm x nmpk,,,sombong nye die~~
Perempuan: salam jugak...,
x nampk coz lama x dtg lab kan...
BF: He3,,,bknx nk dtg,,malu bah~~sihat?
Perempuan: sihat...
awakk?
BF: Sht jgk,,,dh break?
Perempuan: dh jam 8 pg td...
BF: Bru nk ajk awk g break,,he3,,
Perempuan: x apa...
BF: Ui,,sombongnye,,xpela,,,he3…
Perempuan: manade sumbungnyea...heheheh
BF: He3,,,klu mcm tu nnti kte mkn sme ye,,blh?
Perempuan: Bole bh kalo ko..
BF: He3,,yke nie? Dduk kt mn ye? Hostel ke rumh sewa?
Perempuan: Rumah sewa depan ni je..
BF: Dduk ramai2?
Perempuan: Ber-3 jea…x pulg lg ke?

BF: Blum,,bnyk kje,,,dah break?
Perempuan: Xde nye nk break….hehehe
BF: Dh break ke? he3,,,awlnye,,,


Perempuan: Xde break bh…coz nk pulg dh jm 8 nie..
BF: BKN PKUL 7 KE?

Perempuan: Bukan la…I under engg so balik nya pukul 8 mas dong ah..
BF: Sme la,,he3,,tp sy blik pkul 10,,,
BF: Slamat pagi~~

Sebelum tu, biar aku bagi pencerahan sikit. Kes di atas ni aku copy paste dari sebuah forum yang selalu aku baca. Kisah seorang perempuan yang sangsi dengan bf dia. Macam-macam pendapat lah yang orang bagi. Ada yang cakap, macam ni, belum dikatakan curang, ala biasa lah borak-borak dengan rakan sekerja kan? Ada yang cakap, ni sebenarnya dah bibit ke arah kecurangan. Macam sengaja nak test market, kalau pempuan tu layan, then boleh buat stok awek. So, korang rasa camne?

p/s : kalau aku berada di tempat pempuan tu, ha mengamuk sakan dah aku. :p

14 May 2012

Yesterday

I had this. Steak and cheese.

This was my first time having my meals at Subway. A very sincere confession of mine. Haha. Em. Okay, the taste was not bad but it is a bit pricey, i guess. I don't know about you.




and he gave me this. I love you too. :)

Look at my new bed cover. It was on sale so i have no choice but to buy it. Hehe. Colourful and the colours have brighten up my dull room. Yeay ! Thinking of buying a bright yellow or red blanket to match it. But i don't really need it right now. I can use my old blanket. Try to live with what you already have, Waniey. 

p/s : watched Dark Shadows by Tim Burton. I expected more from a movie directed by him with Johnny Depp as the lead actor.

13 May 2012

Bertahan dengan yang Sedia Ada

teruknya rupa. -_-'

Rasa macam baru beli je purse ni. Tapi bila dikira-kira dah nak dekat setahun aku guna.Tapi aku tetap jugak rasa purse ni rosak cepat. Hurm, nampak sangat aku ni selalu keluarkan duit dari purse aku sampai purse rabak camni. Hehe. Purse ni dah masuk tong sampah. Aku cuba untuk simpan hasrat nak beli purse baru. 

RM10 jer..

Buat sementara ni, aku guna purse ni. Purse ni aku baru beli sehari di pasar malam. Lepas tu keesokan harinya aku terus pegi beli purse yang aku tunjuk sebelum ni. Kira purse belang ni, aku baru pakai sehari, then aku simpan je dalam laci. Tak pandang langsung dah sebab masa tu dah ada purse baru. Tapi sekarang bila purse hitam tu dah rabak, baru nak selongkar laci cari beliau. Aku nak cuba bertahan guna purse ni dan takmau beli purse baru. Aku nak cuba hidup serba sederhana. Nak cuba bertahan dengan benda yang aku masih ada. Bukan macam dulu, asal benda tu rosak, atau benda tu aku teringin, terus pegi beli, tak tunggu walau sesaat pun.Tapi sekarang cuba sangat nak berubah. Walaupun purse ni sangatlah tak best sebab ruangan letak kad adalah terhad, ruangan letak coins pun terhad dan ruangan letak duit kertas pun kecik. Tapi takpa, aku rasa tak mati pun aku dengan segala kekurangan tu. Aku cuba hadapi. Mungkin bila dapat gaji hujung bulan, baru aku boleh fikir beli yang baru atau mungkin gaji untuk 2 bulan seterusnya baru aku beli atau mungkin tunggu sampai purse ni rabak serabak-rabaknya, baru aku beli baru.

Sebenarnya banyak lagi yang aku nak beli. Sarung cadar baru sebab baru-baru ni aku beli cadar tu, dia kecik pulak tak muat tilam aku. Muat separuh lebih sikit je. Pastu nak beli jam dinding letak di bilik aku sebab susah takda jam dinding nak refer bila tengah bersiap nak pi sekolah awal pagi. Pastu nak beli cardigan.Pastu nak repair cd player kereta yang dah rosak. Pastu nak beli jam tangan b.u.m baru dengan alasan, jam yang sekarang aku pakai tu, sayang nak pakai hari-hari sebab takut diamond dia makin banyak tercabut. Satu diamond rm7 woo. Setakat ni ada 6 diamonds dah tercabut. Jadi nak beli jam baru yang lebih tahan lasak untuk dipakai hari-hari. Pastu nak beli lens baru. Pastu nak beli bantal peluk baru sebab kat rumah sewa takda bantal peluk.

Bila aku dah senaraikan mengikut kepentingan, aku dapati satu je yang betul-betul penting yang harus aku beli iaitu lens. Sebab ni melibatkan mata aku. Dah lama aku pakai lens ni dan tak bertukar. Tapi aku boleh guna spec aku sebagai option lain.Tapi hurm. ntahla. Mungkin ini pun kurang penting? Tapi aku memang perlu lens sebab hari-hari aku pakai lens. Cuma di rumah saja yang aku pakai spec. Hm, aku akan beli lens dan cuba mengabaikan senarai aku yang lain yang tak penting tu. Cuba untuk hidup secara sederhana dengan apa yang sedia ada. :)

12 May 2012

Hari Sabtu.

Ayam tak habis. Membazirnyaaa.

Baru balik dari Mcd. Tadi aku order chicken foldover, ayam goreng 4 ketul, air dan eskrem mcflurry perisa horlicks tu. Memang sedap sangat aiskrim tu. Ada kepingan rangup macam nestum dalam tu. Banyak betul aku makan. Haihh. Baju pun dah makin ketat. Tapi nak buat macam mana, dah senang hati dan tengah bahagia kot, sebab tu makan banyak. Muka pun makin bulat. Malam ni masih takda idea nak bawak mama dinner kat mana. Western ke tomyam? Nanti bincang dengan adik. Esok jumpa dengan Encik Sayang lagi. Gemuk lagi. Mr. Love, i blame you for all these.

Tadi pergi rumah jiran, tengok apa yang patut. Plan asal, nak pergi tunjuk muka dan tolong apa yang patut. Tak merancang pun nak mengikut sekali rombongan meminang. Tapi sekali abah memaksa keras suruh aku pi jugak. Pi belajar tengok majlis camna. Aku takmau dan aku buat perangai. Aku dah ada plan sendiri dan abah please jangan rosakkan. Tapi macam biasa, mestilah abah lebih berkuasa dan aku sebagai anak mestilah menurut kata abah walaupun menangis-nangis takmau pi. Bila lah aku nak matang? Hmm. Tapi tetiba abah dan mama tak jadi ikut rombongan dan aku pun meneruskan plan yang telah dirancangkan. :) Alhamdulillah.

11 May 2012

Hari Jumaat

Baru sampai Kulim. Letihnya. Esok jiran aku bertunang. Mesti kena pergi tunjuk muka dan tolong apa yang patut. Hm. Tengah memikir nak bagi hadiah apa kat mama untuk Hari Ibu. Sekarang ni, nak sambut apa-apa hari pun kena berhati-hati. Haram katanya. Ustaz Azhar Idrus cakap sapa yang nak akhlak dan akidahnya rosak, dipersilakan sambut hari Ibu kerana hari Ibu merupakan hari memperingati Hari Ibu Gereja apa ntah. Aku tak boleh nak komen apa-apa kerana aku masih belum cukup ilmu agama di dada untuk mempersoalkan hukum-hukum Allah. Yang aku tahu, aku sayang mama dan aku sambut hari Ibu adalah sebab aku nak mengingati jasa mama. Nak bagi mama rasa special. Memang orang selalu cakap bagi mereka hari-hari adalah hari ibu bagi mereka. Ya sama juga macam aku. Cuma kekadang akibat kekangan masa, aku terlalu sibuk dan tak dapat spend time dengan mama. Jadi bila dah ditetapkan hari ibu pada 13mei, hari itu adalah satu peringatan untuk aku supaya sentiasa menghargai mama. Love you mama. Walaupun kita selalu tak sependapat tapi caq sayang mama. Muahh.

09 May 2012

Barang Online

Haritu aku survey barang-barang online.Macam-macam jenis. Selalu terdetik nak beli tapi tak pernah terbeli. Setakat ni, aku hanya membeli lenses online dan sticker kereta online. Lenses beli online sebab murah dan boleh dapat power yang sebanyak aku. Sticker kereta sebab aku sendiri yang design dan mintak mereka tolong print kan. Pernah terlintas nak beli beg dan kasut tapi selalu tak jadi sebab mostly barang online agak mahal dan aku yakin aku boleh dapat lebih murah di luar. Tapi, ada satu online shop yang menjual kasut ni aku terpikat jugak sebab boleh custom made. Cakap je, nak kasut macam mana, warna apa, tapak tinggi mana, mereka akan design dan siapkan untuk kita. Walaupun mahal tapi berbaloi dan susah nak cari kedai kat luar yang boleh buat custom made.

Haritu jugak tertengok ada blogger famous menjual tudung. Mahal gila. Aku tengok tudung yang sama di luar berbeza betul harganya. Tapi rezeki dia kot sebab dia famous, semua tudung dia kejap je habis walaupun tudung simple tapi mahal gila. Untunglahh. Kat pasar tempat aku banyak tudung-tudung yang murah-murah. Bawah rm12 je kebanyakannya. Beg pun sama, aku belum pernah beli beg melalui online sebab aku rasa mahal la. Kat luar boleh dapat lagi murah trend beg yang sama. Yang lebih mahal sebab kos penghantarannya lagi.

Aku rasa nak membeli online ni memang boleh tapi kena lah bijak. Memang beli online lebih cepat sebab boleh pilih depan laptop je. Tapi kalau jimat masa tapi bazir duit, tak kena jugak. Lainlah kalau orang yang memang tak kisah tentang duit. Aku bukan anak orang kaya jadi aku kisah. Tapi kalau beli online dan boleh dapat murah, memang berbaloi-baloi. Haritu aku belikan sweater melalui online untuk birthday adik, rm100. Mahal. Aku yakin aku boleh dapat murah di luar. Tapi disebabkan, dia berkenan sangat dengan sweater korea dia tu, aku belikan je untuk dia. 

p/s : Ada kawan tanya, aku berminat ke nak jual tudung online. Dia nak jadi supplier. Em, saya tak minat berniaga. Sorry kawan.

08 May 2012

Hari Selasa

Hari ni balik kerja pukul 5.00pm. Balik kerja terus mandi sebab tak selesa muka dah melekit-lekit macam apa lagi. Tadi lepas habis kelas ada taklimat camna nak selamatkan diri kalau kebakaran. Bagus penceramah tu. Cara dia bagi ceramah dengan tunjuk slide dan gambar kes-kes kebakaran buat aku rasa macam aku sendiri yang berada di tempat kejadian. Scary ! Terus aku rasa nak order fire extinguisher simpan kat rumah. Tapi tak boleh order lagi. Kena balik tanya abah dan mama dulu. Tapi kalau order tadi dengan penceramah tu, dapat diskaun RM100. Normal price, RM 369.

Bila dah siap mandi dan solat, tetiba rasa teringin nak masak. Tapi tak lapar pun. Cuma rasa nak masak. Jadi tadi cuba masak kuewtiaw kungfu. Nasib baik jadi. Ambik resipi dari internet je. KLIK SINI. Senang sebab ada tunjuk gambar sekali. Tapi tadi masa gaulkan kuetiaw dengan telur, lupa nak masukkan garam pulak. Nasib baik tak efek pun rasanya. Tapi senang sangat dan kejap je. Lepas ni nak cuba spagheti carbonara pulak. Bahan dah beli dah haritu. Tapi em, nak masak di rumah sewa atau Kulim ye. Di rumah sewa, aku dengan housemate aku je pun. Hm, nanti aku pikir camne.

Malam pulak sibuk siapkan fail KSSR. GB cakap masa mesyuarat tadi, ada pemantau nak datang tengok. Hmm. Tak suka sangat dengan sistem KSSR ni.Tapi kena la biasakan diri.

Okey, dah lewat. Tidur dulu. Bye

11.55pm.


06 May 2012

Catching Up with Wanieybintang




Pinjam spek Encik Sayang sat. hehe

                                   
                                         Macam dah gemuk je. kan?


Assalammualaikum. Bila dah lama tak berblog, tangan jadi keras untuk menaip. Ketandusan idea. Kekeringan kata-kata. Bagaimana ya. Dah hampir 2 bulan aku private blog aku. Bukan apa, tetiba aku rasa blog aku ni sangat tak berfaedah untuk bacaan sesiapa sahaja. Tiada maklumat yang berguna, tiada kata-kata membina. Tapi rasa rindu untuk menaip tu masih ada.

Apa yang dah berlaku pada aku sepanjang tempoh 2bulan? Aku mengharapkan ada perubahan yang boleh mewarnai hidup aku ni yang boleh aku kata agak bosan. Ya, memang ada perubahan. Alhamdulillah. :) Tapi ada jugak yang masih tidak berubah. Abah masih belum benar-benar sihat. Setiap kali terpandangkan Abah, hati mudah menjadi sayu. Selalu sangat aku bandingkan keadaan Abah sebelum dan semasa kurang sihat ni. Abah adalah seorang yang aku kenali sebagai seorang yang lantang dan aktif. Ya, itulah abah aku. Tapi sekarang keadaan kesihatan pun kurang mengizinkan, pergerakan pun menjadi terbatas. Abah cepat letih. Abah, caq harap abah cepat sembuh macam dulu balik.

Kerja? Aku kerja macam biasa. Kekadang terasa bosan kerana mengulangi rutin yang sama setiap hari. Jangan salah anggap. Bukanlah aku tidak minat mengajar. Aku sangat suka mengajar terutamanya kanak-kanak. Tapi rutin nya yang bosan. Hari-hari berdepan dengan pelbagai paperwork dan tugas-tugas sampingan sehinggakan keseronokan untuk mengajar juga menjadi terhad. Tiada masa untuk merancang aktiviti pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Selalunya aku lebih banyak bergantung pada buku teks dan buku aktiviti. Tiada lagi alat bantu mengajar. Tak sempat. Nak buat macam mana. Tapi aku kesiankan anak-anak aku tu. Aku nak mereka jatuh cinta dengan Bahasa Inggeris. Aku taknak mereka mengganggap Bahasa Inggeris sebagai salah satu subjek yang membosankan macam subjek-subjek lain jugak. Akan aku cuba, mencuri masa merancang aktiviti yang lebih best.

Rutin harian di rumah sewa? Bosan jugak. Balik dari sekolah, terus balik rumah sewa, lepak tengok tv, masak, buat kerja yang dibawa balik dari sekolah, iron baju kurung dan tidur. Ulang benda yang sama setiap hari. Hujung bulan dapat gaji. Bosan kan. aku takda kawan kat rumah sewa. Housemate pun sekadar housemate. Kan best kalau geng aku semua dekat-dekat dengan aku. Pasti hujung minggu penuh terisi kalau aku tak balik Kulim. Setiap minggu pasti aku balik Kulim. Kalau balik Kulim, memang masa selalu dengki dengan aku. Macam-macam plan. Keluar dengan abah. Setel bil, hutang kereta dan macam2 lagi. Keluar dengan adik, main badminton (wajib setiap minggu). Kekadang keluar dengan cuzzie tengok wayang atau shopping sikit. Tapi dah lama tak keluar. Masing-masing dah sibuk membawa haluan hidup masing-masing.

Oh, aku dah berpindah ke rumah sewa yang baru. Teruja pulak nak deco bilik bagi jadi cantik. Tapi cantik yang ala kadar je. Nak mengawal diti dari berhabis duit membeli benda yang tidak perlu. Itu kan rumah sewa je. Setakat ni, aku dah melabur duit beli tv. Yang lain-lain tu, macam almari, rak dan lain-lain. Bilik aku, katil pun takde. Tidur beralaskan tilam je. Rasanya tak perlu katil kot. Selesa je tidur atas tilam. Beli cadar yang comel, dan bungkus la tilam tu. Nanti aku uploadkan gambar. Tapi malu pulak. Bukannya bilik besar pun. 

Wishlist aku. Kebanyakannya dah tercapai kecuali satu iaitu DSLR. Rasanya minat tu dah berkurang. Mungkin sebab kekangan masa nak snap-snap gambar ni.Lagipun sekarang dah jarang keluar , jadi jarang nak snap-snap.Setakat nak snap-snap gambar biasa tu, pakai henpon sudah. Aku dah cakap ke yang aku dah beli hp baru? Dulu kan teringin sangat nak henpon baru. Tapi dah agak lama aku beli. dalam 4/5 bulan camtu. Aku beli Samsung Galaxy. Merasa jugak beli henpon guna duit hasil titik peluh sendiri. Sebelum ni abah yang belikan. Samsung Galaxy tu okey je. Cuma applicationnya yang banyak tu tak berfungsi pun untuk aku. Aku hanya guna untuk sms, call n snap gambar. Baik aku beli 3310 je kan? Tu kata adik aku. Rugi je beli henpon mahal tapi tak guna sepenuhnya. Baik guna henpon murah je. Haha. Nak buat camne dik, beli ni sebab nak puaskan hati sendiri je. Dah dapat baru puas hati. Eh, aku ada Samsung Tab yang dah berhabuk kat rumah. Ada sesapa nak beli tak? Kesian, takda sapa guna pun. Dok kat penjuru katil dan berzaman.

Aku rasa aku tengah bahagia sekarang. Tapi aku taknak cerita lebih-lebih. Cuma aku rasa best bila disayangi dan dimanjakan macam ni. Kan orang kata, lebih bagus kalau orang tu lebih sayangkan kita dari kita sayangkan dia. Kan? Dah umur 25 ni, aku harap aku makin matang dalam perhubungan. Serius cakap, aku dah malas sangat nak bercintun ni. Kalau boleh masuk minang terus. Yang ni yang terakhir, cintan cintun. Aku sampai dah kekok nak bercinta pada awal perhubungan ni. Jadi kekok nak berjiwang. Sebab dulu aku berskandal banyak. Tiada yang tetap. Dengan skandal, tak pernah jiwang. Skandal hanya untuk beronok-ronok sahaja. Sekarang, dah lain. Dah berubah. InsyaAllah.

Aku masih mengharapkan perubahan pada diri aku. Harap aku dapat mengubah diri, sebelum nafas terhenti. Assalammualaikum.

04 May 2012

Comeback

Assalammualaikum and Hye !


Lamanya aku menyepi. Ada lagi ke orang yang ingat belog kusam aku ni?