06 February 2013

The Lost World of Tambun










Haritu pegi The Lost World of Tambun kat Ipoh dengan kawan baik. Tidur hotel satu malam di Ipoh. Walaupun dulu masa aku tinggal di Ipoh selama setahun, Lost World Tambun ni hanya beberapa langkah je dari rumah sewa aku, tapi sekali pun tak pernah nak pergi. Plan dah beribu kali dengan kengkawan tapi tak pernah jadi. Selepas 2 tahun, baru tertunai.

So, it was a fun experience. Memang best. The best part was the racoon ! Suka sangat sebab jinak gila. Rasa nak bawak balik rumah je. Mandi manda pun best. Terjerit tergelak sampai mengah. Hehe

05 February 2013

Dinner

 Grilled Salmon
RM18.90
Restoran Simpang Tiga, Ipoh

Saja order Grilled Salmon ni sebab belum pernah cuba lagi grilled salmon. Selalu makan ikan salmon yang sushi tu ja. Haha. Rasanya, okey laa. Boleh laa. Ada tulang so, tak best. Haha. Selalunya, kalau makan western food, dapat makan dengan tenang sebab takda tulang. Tak kira lah, ayam ke daging ke. Tak eksklusif la nak makan sambil nak tarik-tarik tulang dari mulut. Hehe

Grilled Mutton Black Pepper (kalau tak silap)
RM18.90 (kalau tak silap)

Aku tak ingat sangat harga dan nama menda alah ni tapi yang aku tau, ia adalah daging kambing. Ini Muna punya. Bolehla tahan rasa dia tapi daging macam agak liat sikit. Tapi yang paling best untuk kedua0dua dishes ni ialah mash potato dia. Sedap ! Aku suka ! Mash potato dorang letak bawah sekali. Kena tolak-tolak isi daging baru nampak.

So, boleh la, sesiapa yang nak pi cuba kat Restoran Simpang Tiga Ipoh ni. Macam-macam ada tapi keistimewaannya adalah masakan dari Padang, Indonesia. Mungkin kalau aku pesan nasi padang, rasa nya lebih malatop kot. Pekerja nya semua pun pakai uniform ala-ala Jowo punya design. 


03 February 2013

Perfekto



Lepas penat shopping, pekena mee goreng sotong dengan ayaq nyok madu memang syok habeh. Sapa dok B. Mertajam tau kot ni kat mana. Kat tepi jalan tu. Mee goreng Tokun pun fevret aku jugak. Lepaih mendaki bukit Mertajam tu, wajib singgah pekena mee Tokun.

02 February 2013

Headbanging


Now watching MTV World Stage Linkin Park. Do you ever know that i am a Linkin Park die hard fan, who would rap along with Mikey (Mike Shinoda) whenever I hear their songs.
When I was in my secondary school , I would print out all the lyrics and memorized it including the rapping part.And now I am still good at it (rapping). Hehe. Ok. Got to go. I want to enjoy this. Daa

31 January 2013

This is Not Good

Jam di dinding berdetik kuat dan telah menunjukkan pukul 12.34am. Aku sepatutnya dah bermimpi manis waktu ni. Tapi sekarang mata sangat segar bugar. Satu peratus pun tiada perasaan mengantuk. Esok pulak, kena bangun awal nak pegi kerja. Jadi, ini memang tidak bagus.

Mahu tahu kenapa aku segar bugar pada waktu yang tak sepatutnya ini? Sebetulnya, aku dah siap berselimut dah pukul 11pm tadi. Mata dah dipejam rapat tapi tidur dalam keadaan yang masih sedar sebab banyak betul serangga bersayap merayap-rayap di kaki , walaupun satu badan dah berselimut. Haishhhh. Sedang bersilat, berkungfu menepis sentuhan sang serangga, mata terlirik pada satu cahaya. Oh,cahaya dari handphone rupanya. Bila tengok, dah ada 1 missed call. Aikk, cemana boleh tak dengar? Oh, baru perasan, aku vibrate rupanya.

Lihat pada nama pemanggil, tergamam 3 saat. Selalunya, sesiapa call pada saat aku dah bersedia nak bermimpi manis, memang aku abaikan sahaja. Tapi kali ni, terus je redial number beliau. Tak sangka beliau yang call. Memang tak sangka. Beliau ni, ada jugak aku masukkan cerita dalam blog ni. :)

Jadi, bercakap dengan dia sampai aku habis kredit, dan dia call aku semula. Berborak, saling menginsafi, saling mengingati, ketawa, usik mengusik. Dah lama tak buat semua tu dengan dia. Kali terakhir jumpa dia, tahun lepas kot. Februari 2012. Perbualan akhirnya tamat jugak bila dia pun dah habis kredit. So, adalah sejam lebih kami berborak kosong. Pelik pulak rasa. Kali terakhir dia call aku, beberapa bulan lepas kot. Pastu, berhubung melalui whatsapp je. Itu pun sekarang dah jarang sebab masing-masing dah bz. Jadi terkejut lah aku, bila tiba-tiba dia je dia call. Sepanjang aku kawan dengan dia 2 tahun ni. Adalah dalam 3 kali kot dia call. Tak termasuklah call yang pendek-pendek tu je.

Lepas cakap dengan dia, mata terus segar. Haa, ni lah sebab aku malas nak jawab call bila aku dah berselimut.  Tapi aku tersenyum jugak lah sekarang. Hehe. Jadi, tajuk di atas perlu dibetulkan menjadi 'this is good' kot? Haks.

Ok, marilah kita paksa diri untuk tidur. Selamat malam~

28 January 2013

Projek Hari Isnin


Pagi tadi tiba-tiba rasa nak memasak. Dah lama tak memasak. Memandangkan hari ni cuti jadi bolehlah masak di rumah. Tengah berfikir nak masak apa, tetiba teringat makaroni keju bakar. Bahannya semua lengkap, jadi mudah lah nak buat.

Bakar selama sejam dan sejukkan dalam 15minit, potong dan terus makan. Nyum nyum. Alhamdulillah.

Taman Tasik Taiping






Beberapa keping gambar yang sempat aku ambil di Taman Tasik Taiping.

Aku memang suka datang lepak sini. Rasa tenang dan lapang je dada tengok tasik dan kehijauan alam serta terhibur melihat kerenah manusia yang macam-macam.

Aku boleh habiskan masa berjam-jam merenung tasik ni. Macam-macam dalam fikiran aku. Tapi hati tetap tenang. Ada sesiapa yang nak kayuh angsa tu dengan aku? Hehe.


P.s : Gelinya. Faham tak geli??

19 December 2012

Hello !

Cuti sekolah hampir tamat. Tak seronok. Huh!

07 December 2012

Worry

Hoping for the best. *pray* . I worried too much. That is not good. Well, they say that it is better to predict a negative outcome to avoid total disappointment. So, I am doing that right now. Not good though. Worrying/thinking too much can kill you. So, the best way is to stay positive. Stay positive but not too confident. Okey teacher waniey? ;)

p/s : Thinking of making this blog private but .

05 December 2012

Hai ..

Dah lama tak update. Rasa nak private kan blog ni dah..