23 June 2010

private

.
akan mengunci blog ini.
haihhh~
aku tak suka la nak private2 blog ni.
serius tak suka

aku suka semua orang baca.
tapi masalah stalker belum selesai.
:(
tension la camni.

nanti dah reda,
aku public kan balik k.

20 June 2010

cobaan

.
pertama meng edit gambar menggunakan software di internet.
boleh tahan hasilnya.
hehe.
selalu aku tak pandang pun free software dalam internet ni.
aku dok pandang adobe cs aku tu je.

pastu tengok dik intan cam comelll je dalam gambar dia.
oh, gambar dik tan kalau tak edit pun memang dah comel.
maksud aku adalah permandangan dalam gambar nampak cantik, terang dan jelas.

so ini lah hasilnya.
cun tak ?
pertanyaan tu mewakili dua aspek ya.
cun tak? (gambar dan orang dalam gambar)





dengan ini saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih buat dik tan yang sudi berkongsi tips-tips menghasilkan gambar yg cantik.
dah macam surat rasmi upsr pulokss.

oklah.
babaii

19 June 2010

Perempuan Melayu Terakhir


.
Sepanjang berkursus para pelajar wajib mematuhi etika berpakaian seperti yang berikut:
.
.
.*click to enlarge*

jadi, aku akan menjadi perempuan yang ayu dan lemah lembut apabila ke kelas kelak.
aku sudah tidak boleh berperangai seperti 'jin' lagi
kerana 'jeans' are not allowed.

16 June 2010

tak paham bahasa

.
.
nampaknya ada lagi stalker yang tak puas hati nak stalk aku.
weh, dah aku reject tu dah laaa.
dah siap block dah.
tak payahla ko gigih nak add fb mak aku.
aku lepuk kang.
nasib baik, fb mak aku tu, mak aku bagi aku handle.

takpayahla ko suruh tiga empat orang kawan-kawan ko add aku nak korek rahsia aku.
rimas laaa. paham tak?
dan tak perlu jugak ko nak create dua tiga account lagi nak menyamar dan nak sibuk-sibuk pasal hal aku.

aku tau dia ni sapa.
cuma malas la aku nak maki-maki ni.
aku kan dah insaf. (ceh ceh.)

yang kes lepas-lepas pun aku tau angkara dia.
ada yang tak tau lagi?
sila klik SINI.

ada lagi kes-kes yang aku tak cerita kat sini.
aku sabar je.
asal ada org add aku and soal pelik-pelik,
aku block je.
malas pulak aku nak bagi amaran ke apa.
sebab malas la nak gaduh.

tapi tadi aku dah msg dia.
cakap elok-elok.
jangan laaaa kacau aku lagi.
selama ni aku diam, dia tak paham bahasa ke aku dah meluat kat dia.

dah bila aku block dia tu,
kiranya aku meluatla.
tak payah nak susah-susah add mak aku pulakk.

geram betul aku dengan makhluk ni.

15 June 2010

15 June 2010


.
apa habaq suma?
sehat ka??
macam dah lama ja aku tak menulih entry panjang-panjang kan?
nak wat camna, mood nak menulih tak mai-mai,
so, tak buleh nak kata apa laaa.

oh ya, aku akan menetap di hulu kinta, ipoh selama setaon.
ada sapa-sapa ka dok sana?
buleh la aku pi singgah rumah petang-petang minum kopi cicah biskut hup seng.

14 June 2010

senyum


.
hari ni aku, abah, mama dan adik senyum jee.
hehe.
malam ni mau makan besar

p/s: syukur Alhamdulillah di atas rezeki yang diberikan olehNya. =]

13 June 2010

letih

.
.

banyak nyer kenduri.
jumaat, sabtu, ahad.
3 hari ni berbelas kenduri.
sehingga ke luar negeri lah. (Perak, Penang)
letih gila kot.
makin labuhla pipi aku yang dah sedia labuh ni.
nanti aku rajin, aku upload gambar kat sini ye.
beboyy

06 June 2010

Review Lagenda Budak Setan


.
hurm.
apa yang boleh aku katakan eh,
kalau nak dibandingkan dengan novelnya,
filem ni memang lain banyak la jalan cerita nya.
cerita banyak diolah untuk fit in masa 2 jam tu.
novel yang tebal tu terpaksa campur aduk ceritanya di dalam filem sebab durasi masa yang singkat.

banyak la yang boleh aku persoalkan.
sebab ada yang tak logik.
dalam uni tu, ada diselitkan tentang adegan cikgu loga dapat surat cinta tu.
dalam novel memang la wataknya adalah cikgu loga sebab masa tu dorang masih di alam persekolahan

tapi dalam filem ni (dorang skip alam persekolahan, terus mula ke alam universiti) ada jugak diselitkan mengenai scene cikgu loga tu.
tetapi masih guna watak 'cikgu loga'
ala, kan dah masuk universiti, sesat mai mana pulak cikgu ni??
ubahla sikit jadi Prof Loga ke.
hurmm.

ada banyak lagi jugak yang boleh dipersoalkan.
tapi bagi sesiapa yang belum membaca novel ni,
dan terus menonton Lagenda Budak Setan,
mungkin dorang cakap best.
sebab dorang tak didedahkan dengan olahan sebenar Lagenda Budak Setan

tapi ada la beberapa part yang berjaya buat aku tersentuh hati jugak tengok filem ni.
tapi most parts macam dibuat untuk mencukupkan syarat je.
banyak scene dalam novel yang takda.

dan salah satu sebab utama aku habiskan jugak menonton filem ni adalah sebab
pelakon utama lelaki dia.
ehehehe
of course la Farid Kami.
hehehe.
dan Lisa Surihani pun best.
lakonan yang paling aku respek adalah Que Haidar.
time dia mengamuk tu,
wuuu, macam real siottttt.
Lisa pun macam real je menangis meratap.
sedih aku tengok.

pelakon tempelan lain,
aduhhh.
kaku gila.
Nubhan yang jadi kawan Kasyah (FK)
adoi, kaku laa.
Raja Farah macam over pulak.
tak best laaa.
apsal la ambik pelakon baru?
hissss.

kenapa dorang tak buat trilogi?
kenapa nak jugak habiskan 1 novel tebal in 1 film?
buatlah sikit-sikit kan.
ni satu novel tebal nak habiskan dalam masa dua jam je.

tapi masa last tu,
dia cakap tamat bahagian satu.
kira ada bahagian selebihnya kot.




hehehe.my only brother. thanks for the treat bro! (dia belanja tiket. :P)


sengaja la adik aku ni, ada affair dengan makcik tu kot.


selekeh siot.
mengapa bila adik aku dah elok-elok fokus, aku tetiba jadi selekeh? -.-"


sebelum balik, singgah di kedai buku.

eh,lupa nak cakap.
sinematografi dalam filem ni memang 5stars.
semua shot sangat cantik.
memang lah cantik sebab yang camera man diimport khas dari England.
dan OST dia pun best sangat.
sapa tau tajuk lagu tu??
please bagi tau aku eh.

ok lah
bye semua
:)


Lagenda Budak Setan

.
dah tengok dahhh..
hehehehehe.
:)

04 June 2010

sambungan

.
.
ingat tak ada aku cerita pasal minah pelik yang tetiba tiru semua info pasal diri aku kat facebook tu??
haaa, dia buat perangai lagii.
pelik gila la minah ni.
cam hantu pulak aku rasa.