31 January 2011

1st day

.
.






hari pertama cuti dah keluar melepak.
hehehe.
tadi keluar dengan kawan lama aku.
dia kerja dengan ghani patail.
kau tau sapa pakcik ghani tuh?
haa, attorney general tuh.
peguam negara.

member aku ni peguam.
blaja undang sama-sama dgn aku masa uitm s.alam dulu.
so tadi keluar setelah setahun tak jumpa.
banyak gila cerita nak kena catch up.
heheh.

cuti seminggu ni,
dah penuh schedule aku.
semua member, cuzzies, adik aku pun ajak kuar.
TAPIIIII elaun aku belum dapat.
sedih tau, tak dapat nak enjoyy.

yahooo !

.
.
aku dah sampai kulim.
yeayyyyy !!!!

28 January 2011

entri telur

.

harini aku nak bercerita kisah telur.
telur apa?
telur ayam.
abeh tuuu, takkan telur lain pulakkk.
waniey, please behave. kau dah nak cikgu dah.

situasi pertama


hari tu,
aku pergi satu restoran ni.
memandangkan aku kurang lapar.
jadi aku order telur separuh masak.
dua bijik.
dengan roti bakar satu set.

tunggu punya tunggu punya tunggu (sila cakap sambil geleng2 kepala macam mami jarum)
tak sampai-sampai.
member punya nasik goreng dah sampai.
aku punya yg order telur separuh masak je pun tak sampai-sampai.

selain itu, aku ada order nasi goreng ikan masin untuk dibungkus.
punnn dah sampai.
ni telur aku ni mana??
mana????
aku lapar telur faham tak?? (tiada maksud kedua di sini)

lepas tu aku tanya.
telur dah siap ke?
dia cakap belum.

ok, pastu sampai lah roti bakar aku.
makan roti dah habis,
telur tak sampai-sampai.

sikit lagi aku nak buat amukan niyang rapik di situ,
telur pun sampai.
nak tengok camne ghope telur separuh masak dia?
jom kita lihat gambar di bawah.





ninn diaaaaa.
telur separuh masak ye puan-puan.

pastu aku redha lah menerima takdir.
pastu dah aku pun pasrah kan,
aku pun mintak la kicap dan black pepper.
aku tanya dia ada tak?
dia kata ada,ada (sambil angguk-angguk dengan rakus sekali)

sekali, tengok apa yang dia bawak mai.
sos black pepper untuk chicken chop dengan seasoning punya perasa.
uwaaaaaaaaaaaaaaaaa.

dalam keterpaksaan dan titisan air mata yang mengalir,
aku belasah jugak telur 'separuh masak' itu.
aku letak sos black pepper je.
seasoning tu tak lalu aku nak makan.
yang tu selalu orang letak kat bege, pastu masak dlu kan.
tak lalu aku nak makan mentah-mentah gitu.

pastu rasa sos black pepper dia sangat sedappp!
so, aku maafkan lah mereka..
dan makan dengan lajunya..


situasi kedua (semalam)

di restoran mamak, aku bersama 4 orang rakan yang lain.

mamak datang mau tanya order apa.

mamak : adik kichi manis comel (aku tambah sendiri), mau order apa?

aku : arr? (sambil melangut tengok muka mama) saya mau maggie goreng telur mamak.

pastu aku tengok, semua dah terbahak-bahak.
aku confius. eh,apa yang aku dah cakap. kenapa semua gelak. blurr di situ selama 30saat.
pastu baru aku tersedar.
Astaghfirullahalazim.

adoiiii.
aku pun malu wei.
malu.
hahahaha.
tapi aku pun join gelak sekali.
pastu,
mamak tu macam lagi malu je.
heheheh.
aku cakap, sorry-sorry.
telur mata ye.
maggie goreng telur mata.

pastu yang lain gelak macam nak pengsan lagi.
adeiiii.
masa tu, aku tengah pikir-pikir pasal supervisor aku yang datang nak observe.
jadi dalam dok pikir-pikir serabut kepala otak tu,
yela kan, semalam kan aku cam agak lost.
rujuk entri sebelum ni.
so aku macam lost, dok teringat apa ntah.
tetiba mamak mai, dok tanya aku dulu.
haihhh.

pastu setiap kali aku pegi makan situ.
tengok muka mamak tu.
aku rasa nak gelak.
kesian dia kan.
ish3.

27 January 2011

positive vibes = zero


harini rasa tak bagus.
not good.
kenapa?
can't find a reason why.
mungkin sebab praktikum.
tapi setakat ni takda apa-apa masalah.

biasanya ada certain hari yang aku rasa aku lah loser,
aku lah yang paling teruk,
i can't make it through,
aku lah yang bodoh.
why?
no reason.
macam mood positive disedut secara maksima.

so today is one of the day.
rasa blur, serabut, takda mood.
rasa macam nak balik jumpa family.




24 January 2011

ehemm

.
.
aku suka tengok dia.
comelll.




tadi kena relief kelas bebudak pra sekolah.
sukaaaaa.
semua comel-comel.
hehe

23 January 2011

not every question has the answer.


i need changes in my life.
why it has to be this way every time it comes to this 'particular' matter?
why?
can someone tell me?

20 January 2011

praktikum update




kat bilik guru ni.
heheh.
tengok, menyempat lagi aku kan.
aku ni di mana saja ada kesempatan,
tambah-tambah kalau bosan.
lagila menjadi penyakit gedikgambar aku ni

well, sekolah ni ok.
it gets better day by day.
cikgu ok,
bebudak pun ok.
tapi bebudak tu, tak pasti lagi la
sebab aku belum start ngajo betul-betul lagi.
esok baru ngajo.
nak buat muka garang time masuk kelas.
bagi bebudak takot.

agak-agak bebudak takut tak?
aku ni boleh berwajah masam mencuka.
haha.
kerut ja kening.
tapi, aku suka bebudak la.
tak sampai hati nak buat muka ketat kat bebudak.
aku suka mengusik bebudak.
seronok tengok depa gelak gelak.
hehe

tapi takut depa melampau-lampau lak.
so, esok, mari kita menseriuskan diri.
esok ajar music tahun 4.
takmau ajar lagi esok.
nak kenal-kenal dulu.
tapi kena tanya cikgu pembimbing aku dulu la (cikgu muzik kelas tu)

haa, aku masuk kelab muzik dan kebudayaan.
depa ajak aku masuk karaoke.
hahahha.
i loikeee!

p/s : bila nametag aku nak siap nih? nak kena balik ipoh la pulak. adeh.tak nyabo teman nak pakei .

19 January 2011

tight face

muka ketat.
best ke buat muka ketat?
tak lenguh ke?
kalau lenguh aku boleh tolong longgarkan.
hehe.

tips menghadapi orang yang bermuka ketat,
abaikan je.
jangan la kita bermuka ketat pulak kat dia.
senyum manehhhhhh kat dia bila berjumpa dengan dia, k. hehe

chow chin chowww~

18 January 2011

kamu


ke mana kamu menghilangkan diri?
sudah bencikah kamu pada saya?
saya setia menunggu kamu tetapi kamu masih jua tidak muncul.
kamu, muncul lah.
muncul lah.
jangan lah hilang begini ...

1st day


helooo.
sedikit update.
harini hari kedua aku di sk kuala dipang.
ok, it went well.
takdala bosan sangat macam hari pertama.

hari pertama bosan gila nak mati.
aku kena relief untuk 2 kelas.
kiranya kena ganti mengajo kelas tu sebab cikgu tu tak hadir.

hari ni, tiga kelas kot aku relief.
okla.
bebudaknya pun ok.
tapi slang peraknya pekat sangat.
macam dalam hantu kak limah tu.
haa, betul ni, tak tipu.
cam kelakar pun ada.
hehehe.

aku dah dapat jadual.
tapi esok freee sebab aku takda kelas on wednesday.
bosan.
aku lebih suka masuk kelas.
bosan kot kalau takda kelas.
dok kira habuk2 je kat siling kat bilik guru.

tapi kalau ada kelas pun boring gak sebab kena prepare lesson plan lah,
reflection lah jurnal lah.
letih kot.

harap aku boleh bertahan utk 3 bulan seterusnya.
aminnnn.