17 July 2011

Jangan terlalu teruja

Kejadian berlaku beberapa minit yang lalu..

Akibat desakan kelaparan yang begitu melampau, aku yang sedang online pun mengambil keputusan untuk pegi ke dapur untuk memenuhi nafsu serakah laparku. On the way nak ke dapur, aku akan lalu kat bilik adik dulu, dan aku perasan yang lampu bilik beliau masih terpasang. Pasti beliau belum tidur lagi ni. Tetiba, sengihan terpancar di wajahku. Memandangkan sekarang dah pukul 1.34am, aku rasa memang waktu terbaik nak buat usikan puaka niyang rapik terhadap beliau.

Jadi, semasa melalui bilik beliau, aku telah membuat satu cakaran harimau di pintu beliau, dengan harapan beliau merasakan cakaran tersebut adalah sangat menyeramkan. skeri, orang putih kata. Sambil tersengih-sengih aku mencakar pintu beliau, dan terus berlari untuk mengelakkan daripada dikesan. Sambil berlari dengan penuh teruja dan sengihan yang tidak dapat dikawal akibat berbangga dengan usikan yang telah dibuat sebentar tadi, secara tiba-tiba langkahan kaki tidak dapat dikawal. Kaki kiri tidak dapat bekerja sama dengan kaki kanan lalu aku jatuh rebah ke bumi. Dan secara ajaibnya, adik juga telah membuka pintu lalu melihat sekujur tubuhku tertiarap sambil terkangkang dengan tidak senonohnya di atas lantai. Adik berkerut kehairanan meminta penjelasan.

Pengajaran : Jangan terlalu teruja dengan setiap usaha yang telah dilakukan.

16 July 2011

Kau lagi?

Tak faham aku dengan kau ni. Dah aku marah, herdik, sindir kau pun, kau masih lagi nak hubungi aku. Kau takda perasaan nak marah aku balik ke? Huhu. Dan disebabkan oleh ke selamber an kau tu lah, makin menjadi-jadi aku marah-marah pada kau. Dahla, tak payahlah nak berusaha lagi. Kasihan pula aku pada kau. Menjadi mangsa amarah aku acapkali. Tadi, 'Awak, free tak hari ni? Jom keluar?' Aku balas, 'Tak faham bahasa ke apa? Saya taknak keluar dengan awak lah. Kenapa susah sangat nak faham??' Beberapa saat kemudian, kau balas, ' Hmm..yelahh...' Aku tak puas hati lalu laju je menekan punat-punat handphone, 'Lepas ni jangan ganggu saya lagi, boleh tak?? Rimass lah!' Tekan send. Tapi check balik hp, message is not delivered. Semak baki - RM0.00. Ciss.

Kau memang macam ni kan? Dari dulu asyik mengalah je. Dah bila kau kerap mengalah, lagi lah aku mengada. Dan mungkin beberapa kali cubaan, aku pun mengalah pada kau. Mungkin?? Tapi buat masa ni aku masih keras hati lagi. Maaf yer.





It's Cameron baby !


Assalammualaikum. Tetiba terasa gedik nak update pasal kitorang pegi Cameron hari tu. Padahal dah lama dah pun pegi. Bila ek, bulan Mei, berapa haribulan tak ingat. Memula aku dah letak banyak gambar dalam ni, pastu aku taktau lah kan, apa masalah blogspot ni, dok buat kuanghajau dengan aku tetiba ja jadi kosong, gambar yang aku dah upload semua hilang. Hiss !! Bengang nih !

By the way, kitorang pergi berlima hari tu. Aku dengan semua rakan serumah aku, Muna, Chan, Faezah dengan seorang Jejaka Jambu, si Hazly. hehehe. Kitorang kena hangkut dia sebab dia dengan rela hati nak jadi drebar. Kami tak berani nak drive sampai ke atas sana. Jadi masa ni lah khidmat Jejaka Jambul eh Jambul pulak, Jejaka Jambu diperlukan. 

Kitorang bertolak dalam pukul 10 pagi camtu, pergi kutip si Hazly ni yang tengah dok sedap melantak kat kedai masa tuh dan kami terpaksa tunggu beliau. Hampeh sungguh. Pastu beliau pun datang dengan backpack beliau yang gagah perkasa itu lalu diletakkannya beg itu di dalam bonet. Aku pun terfikir, sakan betul beliau ini, bawak backpack (yang macam mat Salleh dok bawak tu) segala, aku bawak handbeg je pun. Bukan aku je, housemate yang lain pun bawak handbeg je. Chan tu lagiklah, bawak handbeg dah besor kotak pensel je pun aku tengok. Sebab plan kami nak pergi balik hari je. Pegi pagi, petang camtu balik la.

Sekali dalam kereta masa kami dok borak- borak, terbongkar sudah segalanya..

Sir Hazly : Alamak, aku lupa bawak sweater ah weii. Cemana buleh lupa taktau.
Teacher Muna : La, rilek lah wei, kami pun tak bawak sweater gak, takpa, hang buleh share cardigan waniey. Hehehehe.
Teacher Waniey : Ha, takda masalah kalau hang nak share dengan aku. Hhihihi
Sir Hazly : Haha, tapi kat rumah si Din (tak menahan kau, panggil Din je ek kat ayahanda kami) tu ada selimut kott noh?

Sedikit informasi, pada awalnya memang kami merancang nak tidur semalam kat Cameron di apartmen Encik Din iaitu tuan rumah sewa kami. Encik Din ni yang jugak pensyarah kat maktab kami ada apartment untuk disewa kat Cameron tuh. Murahhh sangat. Tapi tak jadi tidur pulak.

Teacher Waniey : ha, rumah Din?? selimut?? Din mana pulak dah? selimut apa?

Kami semua pakat dok kerut-kerut kening dah. Mamat ni tengah cakap apa ni?? Kami memang dah terlupa langsung pasal apartment Encik Din tu. Tetiba aku baru tersedar

Teacher Waniey : Wei, hang ingat kita nak tidoq sana ka Hazly??
Sir Hazly : Abeh tu?

Masa ni, dah bergoyang kereta Vios mahai Muna tu (hehe saja gedik nak mention jugak), semua pakat dok gelak. Yalah, Jejakan Jambu siap bawak beg macam nak pergi hiking tu, yang kami ni lenggang kangkung ja.

Teacher Muna : Adoi, hang ni Hazly, buat lawak sungguh laaa.
Sir Hazly : Yala, ampa semua haritu kata nak tidoq..

Si Hazly ni dia jenis cool cool gituh, jadi bila dia dok buat slow mo dia, dengan blur-blur sikit, lagilaa kami rasa nak gelak.

Teacher Faezah : Weh, kita lupa nak habaq kat ka ek pasai plan kita? Awat dia sorang-sorang ja yang taktau ni?? Bukan dulu dah bincang ka yang kita takmau tidoq sana?
Sir Hazly : Aku siap bawak beruih gigi dengan colgate lagi.
Teacher Waniey : Takpa, sesampai ja kita di Cameron, hang pi cari toilet, hang pi la beruih gigi hang. Takla rugi sangat hang bawak beruih gigi tu.

Pastu gelak-gelak ja sepanjang perjalanan. Hadoihh. Buat lawak betoi la hang ni Hazly.


Masa ni dekat Ladang Strawberry Ravi ke Siva entah. Sejuk woooo. Kami berenti makan aiskrim, kek dengan strawberry coklat kat sini


Ni, aku taktau apa nama tempat dia. Tapi aiskrim dia memang pure rasa strawberry. Murah jer. Rm2 ke Rm1 ntah. Tak ingat.


Haaa. Terlioq dak?? Ni dekat Ladang Strawberry Ravi tu jugak


Ni dekat pokok anggur


Yer murid-murid, inilah bunga kebangsaan kita yaa.


Cikgu Faezah, Cikgu Waniey, Cikgu Muna

Sebenarnya ada berlambak lagi gambar, tapi itulah, bengong punya blogspot. Kami pergi pagi, nak dekat pukul 10 camtu baru selamat sampai di rumah. Hehehe. Merata-rata pergi, snap sana, snap sini, makan steamboat (tapi aku tak makan steamboat), makan aiskrim, makan strawberry. Haihh. Memang best sangat. Bila la boleh pergi lagi dengan hampa semua?? Rindu pulak bila ingat.

Okey, itu je. bye, assalammualaikum

15 July 2011

Rasa macam nak promote

Aku ingat nak letak link blog aku ni dalam facebook. Sebenarnya, aku kurang suka promote blog dalam FB. Bukan tak suka, lebih kepada segan sebenarnya. Dalam FB tu ramai kawan-kawan aku, segan pulak rasanya bila depa dok baca entri-entri aku yang merepek-repek ni. Dulu masa newbie lagi dalam bidang blog ni, adala dua tiga kali aku promote blog aku dalam Fb, pastu dah makin ramai baca, aku jadi segan pulak. Huhu. Dalam blog ni pun, kebanyakan yang baca pun terdiri dari kawan-kawan rapat aku jugak. Tapi aku tak kisah sangat sebab dorang pun tau sendiri dengan kewujudan blog aku ni. Tetiba ja aku tengok dah follow dah, dari mana depa tau pun aku tak tau. By the way, terima kasih ye. Terima kasih jugak buat stalker aku yang selalu jenguk blog aku ni, mana dia dapat link aku pun aku taktau. Yang pasti, kau adalah stalker yang hebat. FBI pun kalah.

Sebab aku nak letak link dalam Fb tu adalah, aku nak naikkan traffic blog aku. Nak buat duit dengan blog. Tetiba aku jeles tengok nuffnang kawan-kawan blogger yang lain, yang macam durian runtuh. Jeles woo, setiap bulan ada ja cek sampai. Padahal bukan buat kerja pun, dok rumah menghadap blog ja. Dan jugak disebabkan nuffnang aku adala peningkatan sikit, tu yang aku teruja tetiba tuh. hehehe. Sebab tu sekarang ni aku kerap update blog. Nak bagi hidup balik macam dulu-dulu. Dulu blog aku ni meriah dengan pengunjung. Lepas tu, aku pun makin jarang update, terbiar lesu je blog ni.

Sebelum aku promote blog aku kat Fb, aku kena edit-edit dulu entri-entri aku ni. Yang mana aku rasa jiwang karat sangat, aku delete. Segan wohhh. huhu. Okla, itu aje. Bye

14 July 2011

My daily routine y'all !

Okey first, allow me to refresh your memories on my current status. I am currently jobless and I am happy with that since I can update this blog regularly and wake up late everyday except on Friday (it's a holiday here so, mom and dad will be at home). I have just finished my one year KPLI course in Ipoh which was a year full of memorable moments. Now, i am at home waiting to be posted at God-knows-where. I heard rumours which are spreading like crazy about our posting date. Some said, we would only be posted after raya, some said the date would come out yesterday (but nothing happened, apparently). I am sick with all these wild rumours so i decided to go on with my happy exciting life. Duhh~

My daily routine has changed quite drastically after the death of my beloved lappy. I woke up at 9/10 am, sometimes 11 (forgive me for being such a lazy bum). After waking up, i would go straight to the kitchen, not to eat but to see the damages in the sink, on the dining table, the trash, the washing machine (because it would be me who is responsible in clearing all those damages). 

After checking all those damages, i would go to the living room, lay down on the sofa, switch on the TV. I would do some channel surfing, and if none of the tv programs suit my eyes, I would go to the kitchen to clear all those damages. I don't know why, but i used to do house chores starting from the kitchen, the verandah, and living room would be the last one. Since my house has many partitions, there are hell of a cleaning to do. Before doing all these, I would check on Abu my cat first. I would go search for him, and if he is anywhere around, i would play or at least pat him gently on his head, then i would continue my housechores.

After finishing the house chores which is roughly at 12 or 1 pm, then i would start cooking. Would cook some simple dish,and eat while watching tv. Finish eating, go to the room (which we call 'computer room') where the pc is located, switch on the computer and leave the room for a while. While waiting for the pc to be ready, i would go outside, do some cleaning at the car porch (which is quite big, which would lead me to exhaustion), the second verandah, arranging shoes which are LOADS of them which no one doesn't seem to care to put their shoes back on the shelf. Then do some watering at mom's plants. 

By the time, i finish doing all that around 2.30pm, mom would reach home. I would be sweating like hell from all those cleaning. Oh, i forgot, i have not taken my shower yet (but i have washed my teeth okey). So, go and take shower at 2.30pm. Hahaha. And then, i would be all tired and then, i just remembered i have switch on the computer. Surf the net for about 30minutes, feeling sleepy and switch off the pc and go to my room. Switch on the aircond, feel fresh and relaxed. Jump on the bed, read a few pages of my novel and doze off.

Woke up at 5 something and heard some noise at the kitchen, mom must be cooking and I would feel guilty if i let her cook without my help. So help her cook, finish at 6 something. Dad and adik would reach home.We eat together. Search for today's newspaper and read it (quite late isn't it?) Chat with mom, adik and abah. 

7pm, go into my room while waiting for Magrib, read a few more pages of the novel. Go and take shower, perform prayer and continue back on my novel. Go to the computer room to surf the net but found out that Mom is using the pc, so go wandering around the kitchen to see what can i eat (that is why i'm gaining weight), knock on Adik's room to see what is he doing, go to the living room to watch buletin utama with Dad and go to my room again. Sometimes i would kidnap Abu and i would play and torture him in my room. muehehehe.

Around 10pm, Mom finishes surfing, it's my turn. Yess! Surf (updating FB and blog) until 12pm, feeling the aches on shoulder (that is why i hate using pc). Go to the living room, join Adik who would be watching HBO. After watching tv, feels sleepy. Settle what i have to settle before sleeping and zZzZz.  There goes the same routine on the next day.

My daily routine would be different if i go hanging out with friends/cuzzie/bro and on weekends too where, i would go out with the family to do some shopping or jog at the tasik nearby..

Anddd, my days also would be a whole lot different if my lappy is still functioning and my broadband is still working. hehe. Currently i am borrowing Dad's lappy using Adik's broadband. muehehe. If my lappy and broadband is still working, my day would be so unproductive at all. Lying on my bed all day and surfing the net. Sheeeshh! Scold myself for that. Ok that's all. Daaa

How to moderate comments


Assalammualaikum.Disebabkan ada request dari dua orang sahabat aku iaitu Haliza Misbun dan Faezah Elai (jangan taktau, kawan-kawan aku semua artis ok) aku nak buat tutorial sikit macam mana nak setting kan komen-komen dalam blog. Contohnya, kalau anda memilih untuk approve dulu komen tu, kemudian baru publish kan komen tersebut.

 Langkah 1 : Pergi ke Dashboard blog korang, lepas tu klik 'setting'.
Gambar 1: click on the picture for clearer image


Langkah 2 : Klik 'comments'
 Gambar 2 : click on the picture for clearer image



Langkah 3 : (1). Section ni untuk korang pilih siapa yang boleh komen entri-entri anda.
(2). Section adalah untuk setting kan comment box anda. Macam aku, aku lebih suka kalau ada pop up window khas untuk komen. Memudahkan orang nak baca komen. Aku recommend kan korang buat pop up window. Senang sikit aku nak komen. hehe
Gambar 3: click on the picture for clearer image


Langkah 4 : (3). 'Comment Form Message' ni untuk korang nak taip apa-apa dekat komen box tu. Contoh, aku taip kat situ 'Thanks for dropping your comments !' nanti dekat comment box tu keluar lah ayat tu. Tengok gambar no 6.
(4) : 'Comment Moderation' . Sini korang boleh pilih untuk comment tu akan terus published atau korang yang nak approve dulu kemudian baru publish. Kalau korang nak approve dulu, sila klik pada 'always'.
 
Gambar 4 : click on the picture for clearer image


Langkah 5 : (5) 'Show word verifications for comments'. Silalah klik 'no' yer. Kalau tak, sebelum korang nak komen entri mana-mana, korang kena taip word verification tu dulu. Melambatkan je orang nak komen. hehe
(6) : Langkah terakhir, jangan lupa save yer. Kang dah buat semua lupa nak save pulak. hehe
Gambar 5 : click on the picture for clearer image


 
Gambar 6 : click on the picture for clearer image

Ok tu sahaja, nanti aku buat tutorial cara nak letak traffic feed pulak. Kalau rajin aku buat tutorial untuk nuffnang sekali. Bubbyeee

macam ni la kawan


click on the picture to enlarge

Macam ni la kawan kann?? Cuba tengok traffic blog aku tu? Cuba tengok yang aku kotakkan tu. 'A visitor from Kulim, Kedah left hatiwanieybintang via faepunya.blogspot.com'

Macam ni la hang kan paeh?? Stai pindah mai Kulim senyap-senyap tak habaq kat aku kan. Stai rindu kat aku tapi malu nak habaq sampai sanggup pindah dok dekat-dekat dengan aku. Terharu siot aku ni.

13 July 2011

Ukiran buah yang sangat comel !!


Korang mesti pernah tengok ukiran buah kan? Aku selalu jugakla tengok ukiran buah, tambah-tambah masa hidangan beradab pengantin tu. Kan buah akan dikukir cantik-cantik kan? Yang selalu aku tengok buah yang diukir pun buah tembikai je la, buah lain jarang tu jarang-jarang. 

Ni aku nak tunjukkan ukiran buah yang sangatlah comelll. Macam bernyawa pulak buah tu dorang ukir. Bukan setakat buah je, ada roti, sayur dan telur yang dibentuk menghasilkan satu bentuk yang macam real. Jom layan gambar.


bentuk violin. Agak-agak ni buah apa ye? Buah pear kot.


hehe. Comel. Lemon tengah kencing. hihi




Ni scary sikit. Macam alien workshop pun ada.


Epal yang ganas !


Mesti susah gila nak deal dengan kulit telur yang fragile ni kan?


Kobis. :)


Roti tengah mintak sedekah


Comel jugak nihh


Ketua kampung sedang memberi taklimat gotong royong kepada penduduk kampung.


Allahhh. Berat bnoo nak menanggung perut sendiri yer



Roti ni spesis epal yang ganas tadi ni.







Comel kan semua ukiran? Korang kalau dah takda kerja sangat. Bolehla mencubanya di rumah. hehe
Byeee

Klik-klik nuffnang

Sekarang ni aku tengah mood rajin. Jenguk blog follower aku sorang-sorang dan klik iklan-iklan dorang. Kalau rajin, aku tinggalkan komen dekat entri atau shoutbox. Jadi, kalau sesiapa nak suruh aku klik iklan dorang, tinggalkan pesanan kat shoutbox aku ye. Dengan sepantas kilat aku pegi klik, tapi korang pun kena lah klik iklan aku. Kita sama-sama tolong maaa. hehe. Ok. Daa

Siapa nak sponsor saya almari baru?



Assalammualaikum. ada sesiapa yang nak belanja aku almari baru? Aku dah kata hari tu kan, almari aku ni, dah ghope tin sardin. Kome tak pcaye.



MasyaAllah, tengok tu, dah sampai senget senget dah baju aku sumbat. Dengan yang bersangkut lagi nya. Aku pelik betul la dengan aku ni. Asyik membeli baju dengan seluar je. Sekali sekala beli la almari pulak. Ni, beli baju seluar baju seluar. Kan bagus kalau aku beli baju, pastu beli almari pastu beli seluar pastu beli almari. Tak da la masalah cam gini.




Ini pulak di bahagian yang sebelah lagi. Dah memang macam belacan dah aku susun sebab tak muat dah nak letak baju. Ditambah dengan seluar-seluar jeans yang aku sangkut kat atas tu menghadkan lagi lah susunan baju-baju aku. Tak boleh susun tinggi-tinggi, nanti tak da tempat nak sangkut seluar pulak.



Ha. Kalau dah tutup pintu almari ni, nampak macam aman damai dan tenang je, padahal kat dalam almari tu dah macam dilanggar garuda, dilanda tsunami semua ada. Eh, nampak tak monyet pink tersangkut kat tombol pintu tu? Comel dak? Tu student aku bagi. hehe



Ni belum masuk lagi baju-baju yang aku baru angkat kat ampaian. Ni lepas lipat ni, aku nak sumbat mana ni?? Kat almari aku tu memang ada lagi dua laci kecil dan dua laci besar. Tapi laci-laci tu semua aku sumbat dengan tuala-tuala aku, selimut-selimut aku, pastu yang dalam-dalam nyer kan. hihihi, pastu tudung dengan selendang aku. Pastu mama sumbat lagi dengan stok langsir dia yang ntah berapa banyak ntah. Segala beg-beg aku pun aku sumbat dalam laci tuh.



Nampak luggage tu? Ha tu semua baju kurung aku terpaksa letak dalam tu. Sebab tak cukup ruang. Sebelah tu pulak bakul baju kotor aku. Nanti dah basuh, dah lipat, aku pun tak tau nak letak mana. Haihhh



Ni selendang-selendang aku. Nasib baik aku beli penyangkut ni. Jimat sikit ruang dalam almari aku tu. Itupun, berlambak lagi selendang dengan tudung yang aku sumbat dalam laci. Nak kena beli lagi nih penyangkut camni.





Ha!Yang ni lagi sekor yang nak memenuhkan ruang bilik aku. Dah aku sibuk nak basuh baju kotor nak clear kan bakul tu, dia pun sibuk nak membulat dalam tu. Pastu dok khayal sekor-sekor, pastu lali pastu tidur dalam tu. Bertuah punya kucen.

Ada beberapa baju dalam almari tu, aku belum pakai lagi pun. Aku beli, lepastu aku terlupa gitu je. Boleh gitu? Jadi, aku berazam nanti aku dapat gaji, aku nak buat almari yang besar yang jenis pasang kat dinding tu. Eh, kena letak dalam wishlist nih. hehe.