14 October 2012

Fotogedik

aku dah lama kan tak letak gambar syok sendiri. 
semua gambar adalah gambar nak pergi mencari rejeki. cececeyy. hehe

13 October 2012

Kahwin Sorok?

Em. Assalammualaikum. Tajuk haruslah gempak kan? Hehe. Aku baru je selesai membaca sebuah kisah di forum. Aku amat tertarik dengan kisah yang aku baca tu. Macam drama pun ada. Ni sebabnya aku suka baca forum. Sebabnya, semua kisah yang dipaparkah adalah kisah benar. Masalah yang dihadapi oleh orang-orang di luar sana. Depa cerita masalah depa, dan mintaklah pendapat kawan-kawan forum yang lain. Kadang-kadang tu aku rasa cerita tu dah macam cerekarama, padahal tu kisah real. Jom kita layan dulu kisah ni. Aku paste untuk bacaan hangpa.

"As'salam, aku nak minta pendapat korang semua mengenai apa tindakan-tindakan yang perlu aku lakukan sekarang ni sebab aku dah tersepit kat tengah-tengah dalam permasalahan orang lain. Orang lain aku maksudkan tu ialah abang sulung aku, dia meletakkan beban dia pikul tu kat aku pula sekarang buatkan aku jadi serba salah. 

Kisahnya macam ni, 13 tahun lepas abang sulung aku berkahwin dengan wanita pilihan dia yang sama-sama bekerja di kilang. Abang aku tu engineer kilang dan kakak ipar aku tu hanya pekerja biasa, abang aku boleh tahan juga rupanya sebab tu dan boleh kata banyak awek sana sini tapi terkejut bila nak kahwin tu dia pilih kakak ipar aku tu. Kakak ipar aku tu tak lah cikai sangat tapi kalau di bandingkan dengan awek dia sebelum ni memang jauh beza lah, untuk pengetahun kakak ipar aku ni berkulit gelap sebab berdarah mamak (tapi masa kahwin dia anak yatim piatu). Dah jodoh kan walaupun keluarga kitorang tekejut pilihan dia tapi mesti ada kelebihan dia dimata abang aku, selepas berkahwin kakak ipar aku tu berhenti kerja sebab abang aku tak suka dia bekerja dan perlu jaga anak kat rumah (dia ni sawan politik kuat sampai tak bagi isteri keluar bekerja).

Alhamdulillah bahagia saja hidupnya, rumah dia pun tak jauh dari family aku jadi rajinlah juga diorang bawak anak-anak datang ke rumah jumpa datuk nenek dia. Kakak ipar aku ni boleh kata rajin tulang dan sangatlah baik perangainya, semua kerja dia buat dan family aku memang sayang lah kat dia dan kakak-kakak aku semua hormat kat dia. Dipendekkan cerita pada awal 2005 kilang abang aku bekerja tutup dan dia dapat VSS sebab jawatan dia tinggi jua masa tu maklumlah dah 8 tahun kerja, aku tak tau berapa jumlah pampasan dia dapat tapi selepas tu dia berniaga sendiri menjual barangan kraftangan.

Masa tu aku dah bekerja di Selangor, tapi disebabkan tengok abang aku susah dan tak ada pembantu maka sesekali aku balik kampung (negeri selatan) aku pun turun padang sekali buat benda tu dan sesekali ikut dia buat pameran ke sana sini (dulu balik sebulan 2 kali sebab naik bas). Nak kata aku rapat sangat dengan dia tak juga, tapi tak pernah bergaduh dan konfrantasi. Masa tu abang aku ada 3 orang anak dah, tahun 2006 perniagaan abang aku mula berkembang dah mampu menjual mengupah beberapa orang pekerja.

Tahun 2006 abang aku call kata nak buat kenduri keluarga sedikit dan suruh aku balik minggu tu, berkumpulah semua adik beradik aku kat rumah dia masa tu dan masa tu dia berlawak cerita mengenai poligami. Tapi masa tu dia tak cakap lagi nak kahwin baru mungkin dia tak yakin kot penerimaan kakak ipar aku dan family aku, tapi akhirnya terkantoi juga bila adik lelaki aku yang kebetulan masa tu rajin ikut dia buat pameran nampak abang aku tu berdua-duan makan dengan seorang perempuan muda (katanya pelajar U kat Skudai). Masa adik aku cakap tu aku tak hairan, sebab aku pernah tolong masa pameran dan aku tengok abang aku tu memang rajin melayan budak-budak muda tu ialah nak jual produk kan?. 

Adik aku simpan cerita tu sebab tak mau family dan kakak ipar aku tau, sehinggalah akhirnya kantoi dengan sepupu aku dan bila mak bapa aku tau jadinya meletop lah orang tua tu. Ia lah kakak ipar aku tu boleh kata kesayangan diorang, kena pula dah ada 3 orang cucu sebab masa tu cucui ke-4 masih dalam perut. Minggu tu aku terpaksa balik sebab bapa aku nak aku ada sebab aku kan anak lelaki, jadi abang aku pun di panggil sekali tanpa ada kakak ipar aku. Panjang juga lah syarahan bapa aku dan mak aku biasalah emosi telebih siap menangis-nangis bagai dan siap berfikiran jauh kata nanti cerai dia dah tak boleh jenguk cucu dia etc.

Abang aku senyap je masa tu tak kata apa, tapi aku tau dia seakan memendam dan nampak muka dia merah sebab dia ni berkulit cerah. Aku pula senyap je masa tu sebab aku tak tau apa-apa, keesokkanya kakak ipar aku yang baru tau sebab saudara aku tu pergi sampaikan rasanya menangis-nangis kat rumah. Aku masa tu dah nak balik sebab ambil bas petang terpaksa tangguh sebab drama air mata kat rumah, siap kakak-kakak aku yang baru tau masuk campur sekali pergi bising-bising kat abang aku siap ada perkataan ugutan contoh nak pulaukan, tak terima dan sebagainya lagi. 

Aku dari dulu sentiasa berkecuali jadinya aku tak ambil port sangat, jadi aku tengok abang aku pun seakan mengalah dan tak redha. Selepas kes itu alhamdulillah tak ada perkara berbangkit timbul, kakak ipar aku pun mengandung tahun 2008 dan 2010 dan ada 5 orang anak semuanya dan memang nampak sangat bahagia. Perniagaan abang aku pun dah pelbagai dan mampu mengupah ramai pekerja serta selalu outstation sana sini, rajin juga bawa familnya melancong.

Sehinggalah......

Hari raya aidilfitri tahun ni, abang aku ajak aku keluar dan lepak kat kopitiam ni (harian juga sebab jauh dari rumah aku dalam setengah jam). Tak silap aku raya keempat, masa tu abang aku kata nak cakap sesuatu dan harap aku tak cakap kat family aku sebab dia percayakan aku. Aku dah berdebar dah masa tu, tapi dalam hati aku dah jangka mesti dia nak bagi tau yang dia nak kahwin baru ni maklumlah dah pernah berlaku sebelum ni kan. Tapi lain aku duga lain yang berlaku, masa tu abang aku call seseorang dan masuklah seorang perempuan bertudung dengan 2 orang anak berusia 4 dan 1 tahun. 

Lepas dah salam-salam terus aku tak terkata, aku macam terkedu dan abang aku pun macam terkejut tengok respone aku. Susah juga dia nak mulakan cerita, aku tengok dia berpeluh-peluh la juga dan aku tengok perempuan tu dah pegang bahu abang aku seakan mengurut ke mengosok barulah dia bercerita. Dia cakap 2 orang ni anak buah aku juga, diorang dah kahwin 6 tahun lepas masa dah kecoh-kecoh dulu. Masa diorang kahwin kakak ipar aku tu masih belajar lagi dan tahun 2007 habis belajar terus bekerja dan dapat seorang anak, aku pun senyum je lah walaupun dalah hati memang terkejut sebab abang aku membelakangkan keluarga aku. 

Lama lah juga kami berborak kat situ, aku pun tak banyak tanya sebab dalam kepala aku sarat bermacam-macam aku pikirkan. Tapi aku dah berjanji tak ceritakan hal ni kat family aku, tapi dalam masa sama aku rasa sangat bersalah dengan family dan kakak ipar aku sebab seakan berkomplot dan bersetongkol pula. Kesihan juga aku pada anak-anak buah aku yang 5 orang tu, semuanya aku rapat dan aku seakan menyampah pula tengok abang aku berlakon depan anak-anak macam tu (tapi bila aku tengok fikir anak dia semuanya terjada cukup serba serbi jadi aku buangkan perasaan tu jauh-jauh). Mak aku pula tak berapa nak sihat sebab ada masalah jantung, duduk pun dengan kakak aku sekarang dan memang aku tak mau dia tau hal ni sebab aku dah tengok macam mana dia kecewa sangat dulu bila abang aku buat hal.

Persoalannya sekarang......

Kalau korang jadi aku, apa tindakan korang akan buat? sebab aku sekarang ni sejujurnya akan terus merahsiakan sampai bila-bila dan berharap abang aku sendiri yang memaklumkannya, mesti ramai orang akan kata aku ni hipokrit kan? tapi kalau korang rasa aku hipokrit maka apa cadangkan apa aku perlu lakukan untuk keadilan semua pihak?."

Dah selesai baca? Apa komen anda? Pertama sekali, aku nak mintak maaf lah, boleh dikatakan antara yang aku letakkan kisah dalam ni semuanya mengenai kecurangan lelaki terhadap perempuan. Eh, tapi ada jugak satu mengenai pempuan tu curang dekat boipren dia (sapa pernah baca, ingat kot). Aku bukan lah nak tunjuk sangat keburukan lelaki tapi dah memang kat dalam forum tu kisah dia banyak mengenai kecurangan lelaki je.

Tapi ada jugak kisah-kisah lain, contohnye, mak mertua yang bossy, roomate yang pemalas, kucing yang suka membuli. Hehe. Macam-macam tajuk ada. Tapi aku akan pilih kisah yang aku rasa best je la untuk dikongsikan.

Jadi, ape korang rasa lepas baca. Kesian wife pertama kan? Jadi mangsa. Salah siapa sebenarnya ni? Salah si suami ke atau salah wife ke dua? Atau dah memang takdirnya begitu? Aku rasa si suami salah dang wife kedua tu pun salah. Banyak la kes-kes yang mana, sang perempuan ni, lepas dah kawan lama dengan lelaki tu, baru dapat tau lelaki tu dah kahwin. Tapi sebab cinta bagai nak gila punya pasal, sanggup jadi bini nombor dua dan tak kisah dah perasaan wife yang pertama tu asalkan dapat kahwin dgn lelaki yang dicintai. Setakat ni, ada dua tiga orang yang aku kenal, berkawan dengan suami orang. Masalahnya, depa tau tu laki orang, tapi lagi nak merosakkan rumah tangga orang. Hm. Sungguh aku tak paham pompuan jenis cam ni. Wahai perempuan-perempuan, sapa lagi nak fahamkan hati perempuan, kalau bukan kita seniri jugak kan?

11 October 2012

Tips untuk Perut yang Cantik

Siapa nak perut kempis, flat dan berotot?? Sayaaa! Sendiri tanya sendiri jawab. Perut buncit ni, bukan orang gemuk je yang menghadapinya, orang kurus pun ada gak. Ada la dua tiga orang kawan aku, badan kurus kering, sekali tang perut nampak bonjol je. Cam pelik pulak kan, sebab depa berbadan kurus. Jadi susah sikit lah depa nak cover. Lain lah yang montel-montel cam kami ni, senang je cover dengan lemak-lemak lain. Kuikuikui


Tengok gambar di atas. Berotot kan perut dia? Tapi aku rasa tak lawa la perut dia camni. Dah macam perut jantan pulak berotot gitu. Aku tak suka sangat otot yang over-over camni.


Ha, aku nak perut macam dalam gambar kat atas ni. Perut tu takda la flat, kurus kering sangat sampai nampak lompong. Masih ada otot tapi tak over. Aku suka betul tengok ada macam lekuk sikit di kiri dan kanan. Nampak tak?? Kat tengah tu macam timbul dengan otot kann? Kiri kanan ada lekuk. Aku pernah ada perut macam ni hasil senaman tanpa henti. Ingat tak aku buat cabaran 30 hari tu? Haa, setiap hari aku senaman perut tauu dan hasilnya memang baguss! Perut aku nampak lekuk macam dalam gambar kat atas ni. Jom tengok senaman apa yang aku buat.

1. Basic Crunch

            Ooo. Basic crunch ka nama dia? Aku panggil sit up jee. Hehe. Yang ni aku buat sampai perut rasa tegang. Dulu buat sekali 40kali. Pastu kawan aku cakap, buat sampai perut rasa tegang, baru ada kesan. Aku selalu buat atas katil je. Takla sangat sangat badan tu.
  • -Anda harus berbaring. tekuklah lutut anda, lalu letakkan kedua tangan anda di sisi.
  • - Buatlah kontraksi di perut Anda dan ratakan punggung bawah Anda dengan lantai
  • - Perlahan-lahan angkat kedua bahu Anda, satu atau dua inci dari lantai
  • - Hembuskan nafas saat mengangkat, pertahankan leher Anda agar tetap lurus, dan dagu   terangkat
  • - Tahan beberapa detik (tapi jangan tahan nafas Anda)
  • - Perlahan-lahan turunkan, sambil tetap menjaga perut Anda tetap berkontraksi
  • - Ulangi sampai 20 kali

2. Bent Knee Reverse Crunch



 Okey, yang ni pun aku selalu buat. Siapa yang baru buat tu, mengah jugak tauu. Hahaha. Adik aku kata, nak lagi bagus, dekatkan lagi perut dengan lantai, tapi jangan sampai sentuh lantai pulak.Tak mau ar main tipu wehhh. Memula aku buat gak kan, perghhh 10 saat pun susah wehhh. Lama-lama, dalam 40saat tu boleh la. Sambil dengar lagu. Nak distract aku. Dengan bernyanyi-nyanyi, takla rasa letih sangat. Tapi serius, sapa baru buat tu, korang akan terketar-ketar menahan berat badan korang tu. Hehehe. Tapi lepas sekali dua, takda masalah punyaaaa.

  • - Berbaringlah di lantai dengan punggung Anda. Letakkan kedua tangan di sisi Anda
  • - Telapak tangan Anda menghadap ke lantai, jaga agar tetap lurus dekat dengan tubuh Anda, dan naikkan kaki Anda, serta paha Anda tegak lurus dengan lantai
  • - Gunakan perut bagian bawah Anda, gulingkan panggul Anda ke belakang untuk menaikkan pinggul dari lantai, lutut Anda sekarang akan berada di atas dada Anda. Tahan dan kembalikan ke posisi semula pelan-pelan
3. Slide Oblique Crunch




Yang ni, tak teruk sangat. Aku takda masalah sangat buat yang ni. Kenapa? Sebab dia bukan statik. Kena atas, bawah, atas, bawah. Jadi ini adalah kacang goreng. Boleh buat 30kali sambil dengar lagu Lady Gaga.

  • -Berbaringlah dengan sisi kanan tubuh Anda, dengan kaki bertumpukkan sejajar satu sama lain
  • - Letakkan tangan kiri Anda di samping kepala Anda, menutup telinga kiri Anda
  • - Tekan ke samping sekuat tenaga, berfokuslah pada gerakan untuk melatih otot perut diagonal Anda

4. Transverse Abdominal



Yang ini pun senang, sebab tahan dengan tangan kan? Jikalau nak dibandingkan dengan Bent Knee Reverse Crunch tu, yang tu lagi susah. Yang ini senang. Tiada masalah untuk anda buat. Sila yakin pada diri sendiri.


  • -Anda memulainya dengan posisi push-up
  • - Tahan tubuh Anda dengan siku Anda serta dengan kaki Anda
  • - Jaga otot perut Anda tetap berkontraksi sepanjang latihan
  • - Tahan 20 detik lalu lepaskan

So, amacam? Boleh ka? Setiap senaman yang aku tunjukkan ni, memang aku jadikan rutin (sebulan lepas). Aku tak google pun teknik senaman ni semua. Tau aku tanya sapa? Mestilah tanya adikku, si pakar fisioterapi ittewww. Aku sesaja je tanya dia, dik, camna nak bagi perut cantik? Lalu beliau pun demo kan caranya. Kalau aku rasa cannot go yang jenis gitu, dia demo cara lain pulak. Dan baru hari ni aku tau yang semua cara yang dia bagi tu sejibikkk macam dalam website yang aku google nih. Wallahhh. Lu hebat la adik. Selama ni, wa ada pikir gak kot-kot lu kelentong wa. Yalah, lu nak jaga imej lu sebagai fisioterapi,  bila wa tanya, lu taktau, jadi lu tipu-tipu wa. Sekali semua betul laa chaa. Hebattt. Boleh bukak pusat fisio sendiri nih nanti. Oh, by the way, semua tips ni, aku ambil kat sini. Boleh la pi tengok.

Sekarang ni kan, pengakuan jujur dari aku. Aku hentikan jap cabaran aku tuh. Sebab utama aku hentikan sebabnya, sebabnyaa, aku asyik pergi kursus merata ceruk je. Kalau dah kursus tu, ofkos lah makan disponsor kann? Makan pulak ofkos lah sedap gila. Dah orang sponsor, takkan orang semua pi makan kat dewan makan, aku dok terkebil-kebil kunyah roti gadinia. Wadehell- stail 5days mc. Lagipun, masa pi kursus ni lah, nak buat ramai kawan. Dah kawan baru ajak turun makan, takkan aku nak over sangat takmo makan, nak makan roti je. Udahla makan free kann?? Jadinya, aku stop sat diet tu. Cuma, aku tak makan waktu malam la. Petang tu aku makan, kenyang sampai ke malam. Dah terbiasa kot.

Ni pun baru balik dari kursus. Ada lagi dua hari nak habiskan. Tadi minum petang pun, depa jamu mee kari udang. Tediaaa. Ofkos, aku makan bersungguh. HAHAHA. Aku pegi dengan cikgu Cina dari sekolah aku ni. Pi sana, dapat member cikgu India yang ramah. Cikgu sekolah aku tu pun ramah. Kena dengan aku pun jenis tak berenti bercakap. Jadi bertigalah kami pegi makan sambil menyembang tak hengat dunia. Satu Malaysia sangatttt. Hehehehe


10 October 2012

Cikgu Sayang Kamu

Tadi aku dah rotan seorang murid Tahun 4 bertalu-talu tanpa henti. Aku harap tak berbekas lah, sebab budak ni berkulit agak cerah. Sebenarnya aku dah biasa merotan bertalu-talu budak-budak lain. Tapi takda masalah sangat sebab budak-budak lain semuanya gelap. Nasiblah kan, budak yang pemalas, degil. biadap semuanya berkulit gelap. Maksud aku, di sekolah aku ni la. Nanti ada yang ingat aku maksudkan secara general pulak.

Sekarang, baru aku paham, macam mana perasaan cikgu-cikgu yang mendera murid hanya di atas kesalahan kecil iaitu tak buat kerja rumah. Dulu aku selalu merasakan yang cikgu-cikgu yang terlibat semua kejam dan takda perikemanusiaan. Sekarang baru aku paham perasaan dorang.

Apa perasaan anda, kalau anda bagi kerja untuk disiapkan, keesokannya, budak tu tak siapkan pun. Satu pun tak buat. Kalau dah buat separuh, dan ada lagi separuh belum buat, mungkin boleh consider lagi. Bagi aku, kalau sekali tak buat, okey takpe, kau buat kerja tu sekarang. Siapkan sekarang. Kemudian, keesokan harinya, anda mintak lagi kerja yang anda dah berikan dua hari lepas, tengok buku budak tu, memang tak da perubahan langsung. Satu huruf pun tak ditambah. Apakah perasaan anda? Okey, sabar lagi. Rotan tangan sekali dan suruh siapkan. Kali ni, anda berdiri di sebelah budak tu untuk membimbing. Selesai anda membimbing dan (tak adil lah kan, nak bimbing seorang murid je) anda berikan masa sendiri untuk dia siapkan, bila akhir waktu, mintak untuk semak, masih tidak bergerak. Hanya bergerak setakat yang anda bimbing tu je. Suruh dia siapkan di rumah, keesokannya, masih tak siap. Apa perasaan? Aku pernah rasa macam nak hempuk kepala seorang budak di dinding. Betul. Ini jujur. Memandangkan aku seorang yang panas baran jugak, jadi membuatkan darah naik sampai kepala. End up, aku cuma koyakkan buku dan campakkan ke luar tingkap.  Yang aku rasa nak marah sebab budak ni, aktif. Aktif bermain. Bukan jenis budak yang lembab atau pendiam.

Pernah sekali, aku rotan bertalu, di badan di betis,di peha. Aku terlampau geram sampai nak menangis. Sebab aku kecewa. Aku tau dia lemah, dan aku bersemangat nak bimbing dia (pada mulanya lah) Aku suruh dia siapkan pembetulan ujian. Dia ambil masa 3 bulan. Dan sepanjang 3 bulan tu, dia buat 3 soalan je. Aku hampir nak belasah dia bila aku tanya, :Bila boleh siap ni? Kamu bagi satu tarikh. Cikgu akan kutip kerja kamu bila sampai tarikh tu," Aku cakap lembut okey. Aku kata, seminggu cukup tak?. Bila boleh siap? Lepastu tanpa rasa bersalah, dia jawab ,'tahun depan' Wahhh, budak ni. Bayangkan, masa tu dia baru je lepas kena rotan. Dia jawab lagi memain camtu. Marah aku pun belum habis. Ini dah biadap. Aku rotan dia dan tengah-tengah tu aku istigfar. Aku takut aku tak dapat kawal. Sejak hari tu, aku terus abaikan dia. Bila waktu kelas, aku anggap dia takda dalam kelas. Kerja yang aku bagi, aku tak tak bagi pada dia. Suka hati dia nak buat apa. Nak main atau apa. Dan dia tak pernah minta maaf walaupun aku dah suruh. Memang dia baru tahun 3. Tapi dah boleh fikir lah, yang mana boleh buat cikgu marah dan yang mana boleh buat cikgu suka. Dia pun macam suka je kena rotan. Sejak dua hari lepas, aku rasa kesian sebab dia memang sangat lemah dalam BM dan kalau dah takda siapa bimbing dia, memang melingkup lah.Jadi, aku cakap, aku dah maafkan dia dan kena rajin buat kerja rumah kalau nak cikgu sayangkan kamu. Setakat ni, ada perubahan yang bagus. Sebenarnya, walaupun aku abaikan dia, aku anggap macam dia takda dalam kelas, tetapi apa yang aku ajar, dia masih boleh belajar, sebab aku tak halau dia keluar kelas. Dia masih di tempat duduk dia. Kekadang, dia ada jawab soalan yang aku tanya, tapi aku abaikan dan pura-pura tak dengar. Sekarang, aku harap Isma, berubah. Sebab aku sayang semua anak murid aku.

Tadi, seorang lagi murid Tahun 4, buat aku rasa macam nak tumbuk je muka dia. Tapi aku tak tumbuk lah. Budak lelaki ni memang semua cikgu dah give up dengan dia. Tapi aku nak ajar dia. Kekadang dah dia degil nak mampos, aku abaikan jugak. Nak tau tak degil dia camna, aku bagi kerja. Kerja yang aras rendah la, sesuai dengan dia yang sangat-sangat lemah. Sekolah aku takda kelas pemulihan, jadi susah sikit. Aku bagi kerja, aku cakap, siapkan. Tengok kamus untuk perkataan yang taktau. Tapi apa dia buat sepanjang sejam waktu BI? Dia dok tenung ja buku aktiviti tu. Dah tenung, main pensel tekan. Pastu termenung. Dahla duduk depan aku je. Satu apa pun dia tak buat. Aku sabar lagi. Jenis aku, kalau dah kali ke 3 macam tu jugak, i will turn into a green monster. Seriously. Aku kata, pergi la ambik kamus tuh. Yang dok tenung je apehal. Pastu dia boleh buat taktau je. Weh, aku cukup pantang la budak biadap ni. Aku kata, okey, sekarang kamu pergi duduk belakang kelas dan buat kerja kamu. Dia duk mengeras kat situ. Satu inci pun tak bergerak. Aku cakap lembut je. Bila aku tarik dia, suruh duk belakang pun dia mengeras. Bayangkan, tariklah kuat mana pun, bontot dia dah macam melekat kat kerusi tu. Aku geram gila. Aku rotan berkali-kali dengan keadaan dia masih duduk tu. Aku kata, kalau kalau taknak kena rotan, bangun dan buat di belakang kelas. Tapi nampaknya dia lagi sanggup dirotan. Apehal la bebal sangat kau nih. Aku rotan mesti kuat punya. Tapi dia masih mengeras. Hishhh. Aku geram gila. Tolong jangan kata, budak-budak ni kena pendekatan berbeza. Kena guna psikologi nak tackle mereka. Haha. Aku tak larat berlembut. Bagi reward setiap kali dia berjaya buat kerja rumah. Berjaya buat kerja rumah ye. Bukan berjaya buat kerja rumah dengan betul, dan kemas. So, aku rotan dia bagai nak rak tadi. Harap takda kesan. Tapi kalau ayah dia nak jumpa aku pun, aku takda masalah nak terangkan mengenai sikap bebal anak dia tu. Kakak budak ni okey. Rajin je.

Wardah pun kena teruk jugak tadi. Malas dah aku nak gitau sebab apa. Sebab mood aku pun dah spoil kalau cerita pasal bebudak bermasalah ni. Hari-hari tak bawak buku. Hari-hari ye. Bukan selang sekali tak bawak buku. Aku, kalau dah naik hantu, kau nangis lah teresak-esak pun. Ada aku kesah?? Aku selalu cakap, 'ingat cikgu nak kesian ke, kamu nangis-nangis ni? Rasa nak rotan lagi kuat, ade lah'

Tolonglah anak-anakku. Cikgu garang ada sebabnya. Kekadangkan, aku sebak je dengan perangai anak murid aku ni. Serius sebak. Sebagai anak-anak kampung, aku berazam nak naikkan prestasi dorang. Dahla, tak berapa nak senang sangat hidup tu. Jadi aku nak ubah mereka supaya mereka boleh ubah nasib keluarga mereka tu. Mereka takda tusyen kat rumah atau di tempat lain. Mereka hanya bergantung pada guru 100%. Bila cikgu dah bagi effort 110% pada mereka, tapi mereka hanya menunjukkan 10% usaha. Pasti cikgu kecewa.

Tapi, masih ada murid yang menunjukkan usaha dan minat untuk belajar. Murid macam ni, aku latih sebaik mungkin. Aku bagi tumpuan lebih supaya mereka tak leka dan jadi macam kawan-kawan yang malas. Tapi walau apa pun, aku tetap suka mengajar kanak-kanak. Kau marah lah, herdik macam mana pun, mereka tetap sayang dengan cikgu mereka. Ini terbukti sebab budak-budak yang aku selalu rotan bagai nak rak tu lah, selalu tolong angkat beg-beg aku di awal pagi aku sampai sekolah.

08 October 2012

Awak


Terima kasih awak kerana sanggup bertahan dengan perangai saya dan melayan dan tak pernah jemu memujuk saya yang banyak songeh ni. Kalau saya jadi awak, mesti saya dah merajuk setahun.

Saya memang suka merajuk dan selalunya sebab perkara yang sama dan awak tak pernah jemu memujuk dan tenangkan saya.

Semalam saya merajuk lagi, awak call saya, cakap lembut sangat, tapi saya berkasar dengan awak dan putuskan talian macam tu je (tapi sempat bagi salam. hik3). Tapi awak tak pernah marahkan saya. Itu yang menyebabkan saya sendiri rasa bersalah di atas tindakan tak matang saya. Cepat-cepat mintak maaf. Walaupun kekadang berhari-hari saya merajuk, puas awak pujuk, baru saya nak mintak maaf sebab buat perangai budak-budak.

Semalam kat whatsapp, ada salah faham sikit. Awak dah tunjukkan tanda-tanda nak merajuk, tapi saya buat derk je. Malas nak layan. Hehe. Terus awak call saya, soal siasat mengenai kes salah faham tadi. Comel betul bila awak jeles. Hihihi. Nampak macam awak nak marah saya, tapi macam tak berapa berani. Nampak macam nak bertegas tapi entahlah. tetap kedengaran kiut. Hihi. Awak tak tahu ke, saya tersenyum-senyum di sebalik fon tapi maintain kan suara serius supaya awak lagi jeles. Tapi yang paling kiut sekali bila awak cakap, "awak ni, bila awak jeles, macam-macam awak tanya, nak saya explain macam-macam, tapi bila saya jeles, sepatah je yang awak explain. Kalau awak merajuk, puas nak pujuk. Tapi bila saya merajuk, awak buat taktau je," Alololo. kiut betul ayat last tuh. Hahahaha. Saya rasa nak gelak je tapi tahan. "Yelaa, awak tengah merajuk ke sekarang ni?" "Yalah!" "Alololo. Nak saya pujuk ke ni?" "Yalahh!" "Alololo, bucuk-bucuk, jangan la merajukk..." " Hm, dahlah. Dahla tak reti pujuk. Bila dia merajuk, kita puas pujuk dia, bila orang merajuk, tak reti nak pujuk balik potpetpotpet."Hehe. Comel betul awak membebel sorang-sorang.

Pastu ntah macam mana, awak tersindir saya, terus saya terasa hati. Terus merajuk tanpa sengaja. Kesian awak, kena pujuk saya. Tapi saya merajuk tak lama sebab nanti saya merajuk, saya akan diam dan tak dapat nak bercakap dengan awak. Terima kasih ye awak, sebab sanggup bertahan dengan saya. Walaupun awak selalu nasihatkan saya (masa kita bergaduh), tapi saya taknak dengar dan memberontak, percaya lah awak, apa yang awak cakap tu, dah terserap masuk dalam kepala saya. Apa saja yang awak cakap, memang selalu make sense cuma saya terlalu ego nak mengakuinya. Taknak tunjuk saya kalah kepada awak.

Sori awak. Saya ni dah banyak sangat buat awak terkecil hati. Tapi awak tak pernah bagitau pun. Saya nak berubah. Perangai ni tak bagus. 

Awak, awak baca tak blog saya? Awak taktau pun saya ada blog kan? Tak perlu tahu pun takpa. Memang saya sengaja rahsiakan dari awak pun. 


04 October 2012

Comelnya Anak Dara Erra Fazira !!


Siapa pernah tengok rancangan Gugu Gaga Erra kat Astro Ria dulu?? Rancangan tu rancangan realiti tentang Erra Fazira dengan suami dia menjaga anak pertama depa. Masa tu Engku Aleesya (anak Erra) kecik lagi. Masa tu Aleesya baby lagi, aku tengok taklah berapa comel sangat.

Sekarang kejap je anak dia dah besar. Dah tiga tahun pun umur dia. Tapi nampak matang dan nampak tinggi. Berbeza dengan kawan-kawan seusia dia. Comel la Engku Aleesya. Geram aku tengok. Aku suka bebudak ala-ala chinese look ni. Berangan nak anak chinese look jugak. Nak mewarisi keturunan Abah. Hehehe


 Comey nya dia pakai skinny jeans! Hehe



 Masa baby, tak berapa nak comel sangat.






Korang rasa Aleesya ni muka macam mama dia ke atau papa dia. Aku tengok rupa dan ketinggian dia macam mama dia. Kulit pulak, dah kulit mak pak, putih mulus, of course lah dia pun gebu kan.

p/s : Gambar-gambar semua ni ada di Twitter Erra Fazira. Boleh la pergi sekodeng sekarang.

Today



- There are times when I feel stupid and useless and today is the day. -

03 October 2012

Jom D.I.Y !

Assalammualaikum !! Entri hari ni untuk depa yang kreatif dan suka mengitar semula bahan-bahan terbuang. Jom kita D.I.Y (do it yourselves!)

 Cawan kertas dijadikan bunga. Aku rasa ni macam idea yang menarik jugak untuk kelas Pendidikan Seni aku nanti.


Yang ni pun macam best. Tapi macam banyak je langkah-langkah nya. Hehe


 Yang khas buat si peminat skirt pendek. Baju-baju lengan panjang yang dah tak muat tu, boleh lah ubaisuai jadi skirt.


 Yang ni sangat comel. Nak buat projek untuk Pendidikan Seni jugak! Hehe


 Untuk perhiasan. Tapi kena bersabar lah buat ni sebab nak kena buat benda yang sama berulang kali.


 Comel !! Projek Pendidikan Seni lagikkk!


 Nak buat yang ni kena kumpul banyak-banyak gulung tisu tu dulu, baru boleh buat.


 Kreatif jugak. Ada saluran untuk melembapkan tanah dengan air


 Pasu-pasu ni kalau letak dalam rumah sesuai kot. Letak kat luar kang kotor pulak lace tu


 Kreatif! Tapi banyak kerja jugak ni. Kena paku kan dulu papan kat dinding, kemudian baru boleh gamkan tin tu.


Nak kena tebuk lubang kat bawah cawan tu pulak kan. Sapa yang rajin dan teliti, boleh la cuba.

Itu saja. Selamat mencuba. Tata !

02 October 2012

Positif !

Diberikan beban eh bukan. Pemilihan perkataan yang salah. Diberikan tanggungjawab yang agak banyak untuk tahun depan. Guru Besar secara tak sengaja ter bagi tahu masa mesyuarat berjam-jam lamanya tadi. Takpa la. Positif. Positif. Sentiasa positif okey wani. Banyak kelebihannya pegang pelbagai jenis jawatan ni, banyak pengalamannya. Salah satunya, nanti bila dah tukar (ada hati nak mintak tukar. :p) sekolah yang lebih besar, sekurang-kurangnya, aku tak lah mengalami kejutan budaya dengan kerja-kerja ni.

Satu lagi, bila berborak dengan cikgu-cikgu lain, dorang semua tak tahu tentang LINUS ke, kssr ke, ppda ke, pedia ke, sebab dorang ade ketua yang uruskan semua tu. Bila aku tahu tentang semua tu rasa macam ada kelebihan jugak la (trying to be positive here). GB, sila bagi saya markah lebih ekk untuk penilaian prestasi. Dahla, kerusus melambak-lambak aku kena pegi. Berhari-hari pulak tu. Fuh. Positive please caqq!

p/s : kan seronok kalau tugas guru, hanyalah mengajar. Takda paperwork bagai. Mesti aku boleh fokus kat anak-anak aku tu 100%. Ini, kekadang kena gi kursus, tinggal dorang tak ngajar. Pastu, kena buat paperwork selambak, kekadang tak sempat pun sediakan bahan mengajar yang best kat depa. Kesian kat depa. Maafkan teacher, kids.

29 September 2012

I Should Be a Bank Officer Instead of a Teacher

Memang setiap kali aku masuk bank tak kira lah bank mana untuk keluarkan duit, pasti ada insan yang datang mintak tolong aku untuk keluarkan duit depa. Tak kira lah, pakcik ke, makcik ke, uncle ke, auntie ke, mat Bangla dan Nepal pun ada dan yang paling mencabar seorang lelaki India yang bisu (tapi aku tak pasti beliau pekak atau tak). Dah orang mintak tolong, aku tolong dengan ikhlas. Tadi pun ada auntie ni, tetiba aku nak keluarkan duit, tetiba dia datang rapat kat aku dok usya skrin ATM. Aku pun macam aikkk sambil tengok muka auntie India ni. Pastu dia kata dia nak mintak tolong, dia tak reti nak guna mesin tu. Ok ok auntie, auntie tunggu turn auntie dulu, nanti saya tolong ekkk. Dalam bank tu, punya ramai orang beratur, aku jugak yang menjadi pilihan. Macam ada ayat perasan je kat situ. Kih3. Yala, aku rasa aku ni muka manis, comel dan baik hati kot. Sebab tu semua datang nak mintak tolong kat aku. Kahkahkahkah. Lempang saya pliss. Tak pun muka aku ni macam muka pegawai bank. Aku rasa aku mungkin patut jadi pegawai bank dan bukan seorang cikgu.