18 February 2014

Hati

Duhai hati. Aku tidak mahu kau keras seperti batu, tidak juga mahu kau mencair seperti air. Aku mahu kau kenyal seperti getah. Biar dipenyek, digenggam, dipijak, tetap dapat kembali ke bentuk asal. Sekarang duhai hati, kau fragile seperti jelly. Masih berbentuk, walau digoyang tetap kukuh dengan bentuk asal cuma apabila dicampak, ditekan, dipicit, akan berubah bentuk dan sukar untuk kembali ke bentuk asal. Hati oh hati ..

02 February 2014

Update 2014

Assalammualaikum semua..

Lamanya aku tak jenguk blog ni. Kali terakhir update adalah pada Oktober tahun lepas. Lama jugak tuh. Aku pun hampir lupa password blog aku masa nak log in tadi.

Em, tiada berita terbaru pun. Kehidupan diteruskan seperti biasa. Masih rutin yang sama. Cuma, ada sedikit perubahan. Perubahan yang aku kurang gemar sebenarnya tapi hati aku yang gembira. Otak cakap tidak, hati cakap ya. Susah kalau berterusan begini. Cuma aku yang cuba kentalkan hati untuk terus berhadapan dengan situasi tersebut setiap hari. Harap aku kuat lah sebab sekarang aku terlalu mengikut kata hati. Kekadang aku rasa aku gembira dengan keadaan sekarang dan rasa malas nak fikir kesan dan akibat pada masa akan datang jadi aku nekad untuk teruskan kehidupan aku seperti biasa. Enjoy while I can because life is short, so just go with the flow. 

Oh ya, beberapa usaha telah dilakukan, jadi tunggu dan lihat sahaja samada ia berjaya atau sebaliknya. Macam dah malas untuk berharap. Terima sahaja apa seadanya.

Notebook. Hm. Rasa macam nak beli notebook baru. Notebook sedia ada ni, bateri nya dah rosak jahanam dah. Susah kalau aku nak mengangkut ke mana-mana kalau terpaksa menghadiri mesyuarat atau kursus. Malas nak mengangkut adapter sekali. Malangnya, sudah hampir 4 kedai aku ziarah, bertanyakan tentang bateri notebook aku ni, tetapi jawapan adalah menghampakan. Susahnya nak dapat bateri mini notebook Samsung ni! Jawapannya, notebook baru lah. Tapi sejak dua menjak ni, aku rasa aku semakin kedekut untuk habiskan duit. Nak beli apa-apa, akan aku fikir seribu kali dan belum tentu aku akan beli. Duit dihabiskan untuk makanan sahaja. Itupun, aku sudah jarang makan di luar. Kecuali kalau belanja abah dan mama makan, aku akan habiskan banyak. Kalau untuk diri sendiri, rm10 pun jarang untuk satu hidangan.

Mata sudah berat. Esok, hajat di hati mahu berjogging pada awal pagi tapi mungkin tinggal angan-angan je kot. Dah tak gemar berjogging di Kulim. Lebih suka berjogging di Taiping. Tenang, kurang pasangan-pasangan kekasih yang melepak dan mengganggu pandangan, trek lebih panjang dan tak kotor. Lepas ni, aku dah ada teman nak jogging dan jugak berkaraoke tau. Haha! Lama sangat aku tinggalkan aktiviti kegemaran aku tu sejak tiada geng yang sama minat. Tetiba pulak dia ajak karoke, so on je lah. Cemana lah suara dia ye? Haha.

24 October 2013

Yuhuuu !

Assalammualaikum . Agak lama aku tak meluah perasaan kat sini. Sebelum ni memang aku private kan blog aku ni sebab aku taknak orang-orang tertentu yang rapat dengan aku, baca blog merapu aku ni. Hehe. Tapi tetiba, rasa rindu pulak pada blog aku yang kekadang dah macam diari aku ni.

Kalau nak diingat balik, dah bertahun-tahun dah blog aku ni wujud. Sejak tahun 2008 atau 2009 aku kurang pasti. Masa tu memang aktif menulis. Kawan-kawan rapat yang satu kos dengan aku di UKM pun ramai yang berblog. Jadi, memang meriahlah peti komen aku. Sejak semua graduated, dah sunyi sepi dah. Aku pun mula slow down. Tapi yang pasti, isi-isi dalam blog aku ni memang banyak sangat memori. Dari aku seorang pelajar sampai lah seorang guru hari ni. Segala kekecewaan aku, kegembiraan aku semua ada dalam ni. Aku ada terbaca, rungutan aku masa nak siapkan tesis ijazah aku dulu. Bila diingatkan, memang perit. Selalu menangis. Tapi Alhamdulillah aku dapat A untuk tesis. Yeayyy. Terima kasih Dr. Noraini.

Itu kisah dulu. Sekarang aku memang sibuk. Salah satu sebab aku tak sempat nak update blog.Seminggu dua ni, aku banyak habiskan wang. Nak kata banyak, bagi orang lain mungkin tak banyak la kot. Tapi bagi aku banyak sebab aku dah tetapkan bajet mingguan. Setiap minggu tak boleh lebih dari jumlah sekian-sekian. Aku nak simpan duit dan takmau jadi pemboros macam dulu lagi.. Tapi minggu ni aku dah berbelanja lebih bajet. Tapi semua perbelanjaan aku semua ke arah makanan. Hehe. Aku dah tak berminat nak beli kasut, henbeg, baju, alat mekap atau apa-apa je lah yang tak boleh dimakan. Yang aku minat ialah belanja duit untuk makan. Tambah pulak, sejak akhir-akhir ni, benda yang aku makan tu, semuanya lebih mahal dari apa yang aku selalu makan. Sebab dah sedap kan, jadi aku ikut je nafsu aku tanpa fikir banyak. Habislaa kalau berat naik. Hehe.

Aku ada 3 azam utama dalam hidup aku.Sebenarnya, banyak azam, tapi yang 3 ni ialah di carta teratas. Pertama, aku nak rajin solat tanpa tinggal satu waktu pun. Yang kedua, aku nak kurus. Yang ketiga, aku nak berjimat dan mula menyimpan. Yang kedua, alhamdulillah dah tercapai dan harap aku dapatlah kekalkan. Yang ketiga, tercapai jugak. Akhirnya, aku dah dapat ubah sikap boros aku yang suka membeli barang yang tak perlu pun. Duit yang aku simpan tu, aku belum fikir pun untuk apa. Tapi tak perlu alasan kan, untuk menyimpan wang. Yang pasti, di masa depan, pastu wang tu akan jadi sangat berguna dan aku dah takda mintak-mintak dah duit abah mama lagi. Dulu-dulu masa mula kerja, jakun kejap sebab dapat pegang wang seniri kan, jadi berbelanja benda mengarut tak ingat dunia. Kesannya, dah kering takda duit sebelum hujung bulan pun. So, pinjam duit abah mama dulu. Haihhh. Tapi tu dulu la, 2 tahun sudah. Sekarang alhamdulillah. Nyanyi sikit. Ku yang dulu bukanlah yang sekarang.. Cewahh..Okey, azam yang pertama pulak memang aku sedang usahakan. Kekadang tertinggal jugak satu waktu. Cuba nak kikis sikap malas aku ni. Azam yang pertama tu yang paling utama. Allah lah tempat aku mengadu kalau sedih, stress dengan kerja. Allah selalu bantu aku tapi kekadang ada masa aku terlupa pada Dia, bila aku tak sempat solat. Jadi, aku memang nak usahakan penuhi azam aku yang pertama tu.

Kisah tentang kerja pulak. Sekarang ni memang aku sibuk sangat. Bukan sekarang ja, dari awal tahun sejak aku pegang semua jawatan tu pun aku dah mula sibuk. Jadi, aku harungi jugak minggu-minggu terakhir sebelum cuti sekolah bermula. Tak sabarnya aku nak cuti. Nak bercuti sambil lihat keindahan dan ketenangan pantai. Wahhh Tak sabaqqqq! Teringat lagi waktu-waktu indah aku kat Terengganu, P.Dickson dan semualah pantai yang aku pernah pi. Hajat di hati nak menjelajah dua pulau di negeri yang berbeza. Satu pergi makan angin dengan family. Satu lagi pergi snorkelling, main-main dengan ikan. Tapi sebab jadual agak padat masa cuti sekolah so, cancel.

Erm. Tak da apa dah kot yang aku nak kongsi, Kongsi gambar sekeping dua, boleh kot. Hehe.

 Teacher Waniey bersama Ain, murid Tahun 1.

 Anak-anak teacher yang kekadang rasa nak cepuk, kekadang rasa nak peluk, kekadang buat teacher ketawa sampai pecah perut.


Ni coq jawa. Kenai dak? Sebab ada kawan aku tak kenal kuih ni.

Sori lah. Sebenarnya nak upload gambar-gambar percutian aku haritu, tapi semua gambar dalam laptop, semua dah licin bersih aku delete. Aku upload mana gambar yang ada je dalam laptop aku ni. Hehe. Jadilah, asalkan dapat melepaskan kerinduan di wajahku ini. Kikikiki

Okeyla. Itu je. Byeeeee

29 July 2013

Update

Assalammualaikum.

It's getting late. The round green clock hanging on that peach coloured wall shows it's already 11.35pm. I seriously need my beauty sleep but I think I need to spill out something here. It's been a while. I have so many things to share but I don't know, not really into blogging now. So, here are a few unimportant things that I need to share.

* still in a sad mode. my beloved kitty died because of his negligence.
* I was fashionably late today. Took my own sweet time at home (Kulim) this morning.
* one of my best male friend claimed that I resemble Nad Zainal. He had said this once, but I guess he has forgotten all about it and repeat it like he never said it before. Haha. It made my day because I used to have a crush on him and still do (13%) .
* missing my little brother who is currently working in P.Gudang, Johor. The furthest place that I've ever been. 12 hours journey from my hometown. Can you imagine that?
* my heart needs to be fixed.
* financially okay (this month (bonus)). Alhamdulillah.
* frustrated at someone.
* thinking twice about my MA application.
* another my best male friend has cancelled his plans to come back to Taiping. He has been away for like a few months because of his work. Have to wait another 2 months for him to come back. Missing your silly jokes.
* my phone is pissing me off. SAMSUNG you can go die.
* lost about 8 kilograms. from 54kg to 46 kg. so, all my hard work are paid off.

That's all I guess, See you in my next entry. Daa~

01 July 2013

KURUS

.

*awat kuruih sangat la nii?*

*eh, ko kurusnyee, ko tak makan ke?*

*wei, ko kena makan banyak sikit, aku tengok kurus sangat.*

.

HABIS, KALAU AKU DAH GEMOOKK MACAM GAJAH, NANTI CONFIRM KO KATA AKU NI OBES PULAK.

.

KO SEBENARNYA JELES KAN, SEBAB KO TAK DAPAT KURUS MACAM AKU??

.

sebab yang cakap kat aku ni sumanya orang gemokk-gemokk belaka.

i am sick and tired of hearing all these.

.

bukanlah aku mahu mendabik dada yang aku ni kurus ke ape.

ye.ye.

i admit.

aku kurus.

badan pun tak cantik.

tapi perlu ke nak cakap berulang-ulang kali depan aku.

macam aku ni ada penyakit anorexia pulak.

suka hati aku la nak kurus ke gemuk ke.

dah Tuhan anugerahkan badan aku macam ni,

aku terima je la.

yang pasti, aku sangat senang nak cari saiz baju.

tak macam ko kut.

.
P/S : post ni ada dalam draft dah bertahun lamanya. Tarikh post ni adalah pada tahun 2009. Zaman ni aku kurus kering. Haha, sian aku masa ni. Manusia memang tak pernah berpuas hati. Tahun 2011, bila dah aku berisi, semua asyik cakap, badan aku tembam. Sekarang baru berat aku mencapai berat normal dan takda orang tegur dah.

sleepyhead~

ahh. amat mengantok. baru saja pulang dari kelas+stesen bas kajang. aku telah membeli tiket bas untuk pulang ke kedah esok. yeay! ponteng kelas. yeay! mesti kena marah dgn jeslyn esok. maafkan diriku wahai jeslyn.

tadi naik bas mini yg dipandu secara lalainya oleh pemandu bas.

p/s : tarikh post ni adalah pada april 2009. zaman-zaman aku aktif berbelog. zaman ijazah di UKM. saja bukak draft dan tengok banyak betul post yang tertunggak. sayang pulak cerita aku kat atas tu separuh je kan.

17 June 2013

Update

Assalammualaikum.

Takda mood pun nak update sebenarnya. Tapi tengah tunggu boss reply text aku ni ha. Selagi dia tak reply, aku tak boleh nak proceed dengan keja aku. Haihh. Lambat betul. Ntah baca ke tak sms aku tu.

Hari ni aku letih gila. Ni pun terasa letih lagi. Kalau aku letih sangat, kaki aku akan terketar2. Ha, camni lah. Tadi balik lewat, konon kesian kat boss tengok dia tak sempat buat keje tu so aku pun nak tolong. Sekali susah kot nak buat  analisis tu. Sapa yang kata cikgu la ni keja senang, mai la nak ketuk sikit. Aku ni tetiba cam nyesal, haihh, rajin sangat kan gi offer diri nak tolong. Sekali nyusahkan diri sendiri. Ekceli, bukan nak bodek boss pun tapi aku kesian tengok dia. Memang dia sangat sibuk sampai masuk hospital sebab sakit. Ish3. Aku takmau la jadi Guru Besaq nanti. huhuhu.

So, apa ek nak cerita. Em, aku masih lagi dalam Monday Blues. Nak balik. Rindu rumah. Rindu anak-anak kucing aku 3ekor tu. Geram tau aku ngan dorang. Aku baru pakaikan loceng kat dorang. Lawak gila masa first pakaikan tuh. hahahahaah!! Sekor-sekor melompat berguling-guling cam kena sawan haaa. Masing-masing terteleng2 nak gigit loceng sendiri. Hehehehh. Lelama dah okay. So, memang berbunyi ketung ketang kat umah aku tu kalau dorang main kejar2. Hahaha. aku suka tengok. Comel. Rindu.

Hm. boss belum reply lagik nih. Awat lambat sangat oiii. Lekaih laaa. Ok, boss dah reply. Hm. Salah paham pulokkk. Haha. Tengok, dia bz sangat sampai tak check bebetul. Haihhh.

Aku macam banyak benda nak cakap tapi aku blur sikit sekarang ni. Nanti-nanti lah ya. Okey. Bye semua. Assalammualaikum~

27 May 2013

1 kg y'all

Yesterday was a long day. Me, abah and mama attended 4 wedding ceremonies. We summed up our outing yesterday by doing some groceries at Tesco. So, I passed by a weight machine and decided to measure my weight. With mama holding all my stuffs, I stepped onto the weight machine and nervously inserting some coins. Then, it appeared. The magical numbers. My current weight is 49kg. Wow. Last time my weight was 50kg. I lose another 1 kg. So, from 54.3 kg, I've lost around 5.3kg in a few months. Of course I am happy. All my efforts have been paid off. I think, I am satisfied with my current weight. Just need to reshape my tummy. My tummy is a happy and lazy tummy. So, mommy wants to do something with you to shoo away your laziness. So, tummy, please be prepared. We will get busy starting tomorrow.

17 May 2013

Random

Assalammualaikum.

Sebenarnya, hari ni ada mood nak update entri berserta gambar-gambar. Pastu boleh upload dua keping ja. Yang lain semua tak boleh. Hampeh betul. Gambar makanan jugak yang boleh, yang lelain gambar tuan punya belog ni tak boleh pulak. Pendengki siot ko blog.

So, aku pun taktau nak cerita pemenda ni. Hahaha. Tau nak update je tapi taktau nak story apa. Ok, cerita sikit lah pasal gambar kat bawah ni. Ekceli ni gambar aku pegi melantak kat Papparich haritu. Sorang-sorang boleh jadi keja. Masa tu aku dah la tengah demam. Gigih jugakk haa drive sampai ke Taiping singgah ke Papparich ni. Sebelum ni dah banyak kali lalu depan Papparich ni tapi takda masa nak singgah ataupun time tu aku dah kenyang. So, hari tu, memang tujuan nak pegi makan situ. Aku pun tak paham mengapa perlu aku drive jauh time2 demam semata-mata nak hadap menda ni.


So, aku order kuewtiow goreng, satu set apa ntah aku lupa namanya tapi rasa dan bentuknya macam dim sun (I love dim sum!), home cooked otak-otak dan stevia hot choc. Aku tak perasan pun code hot choc yang aku tulis dalam kertas order tu adalah stevia punya. Sekali tengok rm7 kau. Tapi tak pa lah. Tak kisah sebab aku memang nak rasa makan kat Papparich ni sebab belom penah lagi makan kat Papparich. Kuewtiow dia memang sedap dan banyak jugak. Dim sum pun sedap. Semua sedap. Hot choc tu pun nasib baik sedap. Layan gak aku dok hirup sambil baca novel. Aku tak tau pulak koew tiow goreng Papparich ni agak femes sebab aku asyik ternampak dalam social network semua letak gambar koewtiow goreng je kalau kat Papparich. So, semua sekali ni adalah lah dalam RM30.90 kot. Kekadang boleh kot. Kalau hari-hari lingkup jugak. Ala-ala Old Town lah jugak rega dia cuma macam menu lebih banyak pilihan ja. Aku rasa harga dia ok bagi orang yang tak tamak macam aku yang order sampai 2 side dishes. Pastu, of course lah tak habis. kuewtiow tak habis, hot choc tak habis, dimsum ja habis. Otak-otak, tapau. Hahaha.


Gambar kat atas ni adalah gambar nasik lemak kuah sambal ayam, bahagiam dada besaq punya tambah telur goreng sunny side up, RM2.20. Perghhh. Memang sedap habaq hang. Nasik dia memang berlemak, kaya dengan santan. Sampai lepas makan ni kompem aku lalok mengantuk nak mengajar. Hahaha. Aku selalu beli kat makcik ni on the way nak pi keja. Ada 3 jenis pilihan ja, sambal ayam, daging masak kicap dan sambal ikan bilis dan semua sedap. Aku makan hari-hari pun tak bosan. Dulu, hari-hari aku makan nasik lemak ni tapi bila dah perut makin berlapis, kena kurangkan sikit. Yang best, ayam dia memang semua ketul-ketul besar pastu murah pulak. Untung aku dok kawasan kampung. :)

Eh, gambar dah habis, nak cerita pasal apa pulak ni??  Emm. ha, aku dah selesai semak kertas exam bebudak aku. Yang buat aku happy sikit ialah result budak Tahun 6, meningkat. Yeayyy! Meningkat satu gred. Daripada dapat C dapat B, yang dapat B dapat A, yang gagal pun lulus. Alhamdulillah. Aku bercita-cita nanti UPSR kelulusan bagi BI ialah 100%. Sekarang ni subjek bi pun dah kena lulus dalam SPM okayy. Susah ajar budak Tahun 6 untuk subjek teras sebab nanti kalau UPSR result tak ok, kena bagi report kat ppd bersama sebab musabab kenapa result jatuh. PPD hanya mintak untuk subjek sains, maths n bi ja. BM tak kena pulak.  Takpa la, anggap tu sebagai cabaran yang perlu digalas.

Hm, aku baru beli satu kotak simpan barang makanan aku. Susah la rumah aku ni, dah jadi sarang tikus. Habis semua makanan aku atas meja depa rasmi. Letak atas tempat tinggi macam peti sejuk pun kena tebuk. Tupperware aku pun depa gigit. Over laa. Pastu berak kencing merata. Letih aku nak mop n menyapu. So, aku dah letak dalam kotak plastik dengan tin milo. Padan muka. Haritu tahan perangkap, dapat 3 ekor. Kira dalam 3 malam, dapat 3 ekor. Banyak kan? Pastu perangkap tu aku bawak balik Kulim jap pastu tertinggal pulak kat sana. Haiyoh. Aku ingatkan dah berkurang sebab dah jarang dengar bunyi mencicit, sekali kuewtiow tomyam aku depa gigit plastik kuah tu. Melimpah-limpah kuah jatuh atas lantai. Menyusahkan aku betul lah. Kesian osmet aku, dengan wayar charger dia, cik ti tu gigit sampai putus. Pastu dok bersarang dalam bilik dia padahal bilik dia kemas kot. Wangi lagi siap hias sana sini. Tu pun tikus suka. Ish3. Sapa ada tips untuk halau tikus bolehla gitau aku.

Tu je lah. Malas pulak nak menyambung. Hehe. Ok baiii.

27 April 2013

Random!

Assalammualaikum. Sebenarnya, aku ni nak upload gambar masa aku tengah bambam berzat dan berkembang dengan pesatnya tapi tetiba hp aku gelap gelita pulak. Tekan apa pun gelak. Nak lingkup dah kot. Lantak lahh.

Well, aku tengah tengok Mr.Bean ni. Tengok sejuta kali pun aku dok gelak jugak. Sebab kekadang aku rasa, aku pun loqlaq cam Mr.Bean jugak. Hahaha. okeylah. Byeeee