05 May 2014

mood swing

harini, mood ke laut betul lah. aiseh. pastu rasa penat n lemah je. Nape ntah. Nak period kot.

so, aku takda mood nak bercakap dengan sape pun. Aku lari masuk pusat sumber buat kerja sebab kang duduk bilik guru, aku malas nak melayan sesapa pun. Kang orang cop aku sombong lak kan. So aku lari dok sini takpe. Dan aku jadi moody sangat dengan seseorang tu. Padan muka dia. Tengok muka dia pun aku rasa menyampah habis. Meluat. Orang bergurau2 tentang dia pun, aku nak muntah dengar. Selalu tak macam ni. Dia pun pelik dan hairan dengan aku. N dia pun tak berani nak tegur aku. Hahah.

Tapi mood aku dengan bebudak okey sangat. Bergurau senda macam selalu. Mungkin deal dengan bebudak lagi senang deal dengan orang dewasa. Entah lah. Tapi dengan bebudak aku cakap lembut sangat harini. That is so not me!! Hahaha. Suara aku sangat lantang dengan bebudak tapi hari ni lain pulak. Yang tak bawak buku pun aku mahapkan. That is so not me either !!! Untung laa bebudak harini. Mood aku cam bengong sikit so ampa tak kena marah.

17 April 2014

The Red Oranje



Cantik tak? Ninja Oranje dah bertukar nama jadi The Red Ninja Oranje. Haha. Oh, Oranje tu kereta kesayangan aku ya. Oren warnanya so aku namakan dia Ninja Oranje. Kenapa Ninja? Sebab di belakang kereta aku, aku ada lekat satu sticker 'Deadly Ninja is On board'. Deadly lah sangat kannn.

Hm. Cantik betul kan warna merah. Aku memang dah lama bercita-cita nak ada kereta warna merah camni. Dulu, aku bercadang nak beli Forte Merah gini dan modify sikit mengikut kesukaan aku. Tapi abah tak kasi beli Kia Forte. Ada lah sebab-sebab yang abah bagi yang aku rasa rasional jugak. So, abah cakap, pakailah Oranje tu dulu. Hm. Baiklah abah. So, haritu hantar Oranje ke workshop sebab ada kemalangan kecil sikit. Ingat nak kasik cat merah satu kereta. Macam kat atas tu. Tapi uncle tu cakap, haiya, tak perlu lah. You punya kereta, cat masih okay lagi maa. Mana ada calar pun. You tukar, you rugi nanti bila you mau jual ini kereta. Sebab you punya kereta ni limited edition warna oren tapi you sudah tukar warna merah jadi harga boleh turun 3-4 ribu. You mau, you tunggu lagi 2 tahun, you beli satu kereta baru warna merah. Ha, camtulah uncle Thiam tu cakap. Haha. Uncle, you kasi belanja sama gua lah belikan kereta baru. haha. So, tak jadi lah Oranje jadi The Red Oranje. Aku ni dah siap dengan duit dah bajet dah. Tapi dah uncle cakap camtu, aku fikir, rugi jugak aku nanti kan. So, aku batalkan lah niat aku tu. Aku ikut cakap uncle, nanti 2-3 tahun lagi, InsyaAllah, beli kereta idaman warna merah Ferrari ni. Tapi aku sayang wo dengan Oranje ni. Banyak kenangan aku dengan dia. Kereta pertama aku kot. Rasa sayang pulak kalau terpaksa lepaskan nanti..

15 April 2014

Penat

Assalammualaikum ,

Penat. Yap. Agak penat sebulan dua ni, sebab sibuk dengan kursus, dan mesyuarat. Dan jugak, hal peribadi jugak. Tapi tu penat minda. Tahun 2014 ni, banyak benda jadi. Ada perubahan yang baik dan ada yang tak. Takpa lah, abaikan je lah. Hidup perlu diteruskan.

Sekarang ni rasa penat sangat. Tadi petang lepas waktu kerja, terus lajak pergi mall. Tetiba dalam keadaan tak sedar, dah terbeli lagi sepasang baju kurung. Aiyakkk. Dahlah, tengah mencatu duit sekarang. Haizzz. Geram pada diri sendiri.  Agak lama di mall, dan di butik First Lady tu. Aku ni kalau membeli, memang ambik masa yang lama nak pilih. Tambah-tambah kalau aku sorang je, lagi lah menjadi-jadi. Penat mencuba baju pun belum habis lagi, masuk dalam mall pulak beli barang keperluan sikit. Sampai rumah sewa dah lewat petang, huhhh, penat gila, terus melepet depan tv. Housemate pulak takde sebab berkursus di Ipoh 3 hari. So aku sorang je lah malam ni dan 2 malam seterusnya. Patutnya, aku pun perlu menghadiri kursus 3 hari di hotel di Ipoh tu, tapi boss tak izinkan sebab baru beberapa hari lepas je, aku dah berkursus 3 hari di Sungai Siput. Ye lah kan, tinggal anak-anak aku tu 3 hari, tambah2 tahun 6. Aku pun taknak asyik tinggalkan kelas je. Banyak nanti dorang ketinggalan.

Eh, nak cerita tentang kursus aku pegi di Sungai Siput haritu. Best sangat. Dapat ramai kawan baru. Bilik hotel dah la cun! Room mate aku, akak Fauziah orang Kuala Kangsar. Aku ada belajar perkataan muntah mongek dari dia. Hahah. Aku agak-agak, maksudnya muntah hijau kot. Tapi akak tu sangatt baik. Dia bahasakan dirinya Along walaupun dia anak bongsu. Hehe. Aku pun tak paham. Selesai kursus tu hari Jumaat lepas, hari Sabtu, aku kena kerja lagi. Haa. Letihhh.

Tahun ni, aku rasa agak lega sebab semua jawatan aku yang berat2 semua aku dah lepaskan pada orang lain. Lega sangat. Rasa macam dah diberikan kunci kepada pagar yang memagari aku selama ini. Bebas. Ceewaah.. Hehe. Tahun ni jugak, aku rasa aku dah makin memahami bahasa Mandarin. Dan boleh lah berbahasa dalam beberapa ayat. Kalau kawan-kawan aku borak, kira aku boleh sampuk la, tapi bahasa Melayu lah. Aku harap aku dapat belajar lagi banyak perkataan lah. Boss cakap wo li haii. maksudnya, boss cakap, aku pandai. Hehe. Kawan-kawan aku pun sekarang semua berbahasa Mandarin ja dengan aku. Yang mana aku tak tau tu, aku sengih ja la, dan dorang paham yang aku tak paham. Hehe.

Sekarang, serius aku rasa malas nak buat kerja. Letih punya pasal. Rasa lesu ja. Adeh.. 

p/s : Teringin betul dengan Ford Fiesta warna merah. Seksi. Tapi dorang cakap gearbox problem pulak. Alaa, asal kereta idaman je, pasti ada halangan. Takpalah, setia bersama Oranje nampaknya.

18 February 2014

Hati

Duhai hati. Aku tidak mahu kau keras seperti batu, tidak juga mahu kau mencair seperti air. Aku mahu kau kenyal seperti getah. Biar dipenyek, digenggam, dipijak, tetap dapat kembali ke bentuk asal. Sekarang duhai hati, kau fragile seperti jelly. Masih berbentuk, walau digoyang tetap kukuh dengan bentuk asal cuma apabila dicampak, ditekan, dipicit, akan berubah bentuk dan sukar untuk kembali ke bentuk asal. Hati oh hati ..

02 February 2014

Update 2014

Assalammualaikum semua..

Lamanya aku tak jenguk blog ni. Kali terakhir update adalah pada Oktober tahun lepas. Lama jugak tuh. Aku pun hampir lupa password blog aku masa nak log in tadi.

Em, tiada berita terbaru pun. Kehidupan diteruskan seperti biasa. Masih rutin yang sama. Cuma, ada sedikit perubahan. Perubahan yang aku kurang gemar sebenarnya tapi hati aku yang gembira. Otak cakap tidak, hati cakap ya. Susah kalau berterusan begini. Cuma aku yang cuba kentalkan hati untuk terus berhadapan dengan situasi tersebut setiap hari. Harap aku kuat lah sebab sekarang aku terlalu mengikut kata hati. Kekadang aku rasa aku gembira dengan keadaan sekarang dan rasa malas nak fikir kesan dan akibat pada masa akan datang jadi aku nekad untuk teruskan kehidupan aku seperti biasa. Enjoy while I can because life is short, so just go with the flow. 

Oh ya, beberapa usaha telah dilakukan, jadi tunggu dan lihat sahaja samada ia berjaya atau sebaliknya. Macam dah malas untuk berharap. Terima sahaja apa seadanya.

Notebook. Hm. Rasa macam nak beli notebook baru. Notebook sedia ada ni, bateri nya dah rosak jahanam dah. Susah kalau aku nak mengangkut ke mana-mana kalau terpaksa menghadiri mesyuarat atau kursus. Malas nak mengangkut adapter sekali. Malangnya, sudah hampir 4 kedai aku ziarah, bertanyakan tentang bateri notebook aku ni, tetapi jawapan adalah menghampakan. Susahnya nak dapat bateri mini notebook Samsung ni! Jawapannya, notebook baru lah. Tapi sejak dua menjak ni, aku rasa aku semakin kedekut untuk habiskan duit. Nak beli apa-apa, akan aku fikir seribu kali dan belum tentu aku akan beli. Duit dihabiskan untuk makanan sahaja. Itupun, aku sudah jarang makan di luar. Kecuali kalau belanja abah dan mama makan, aku akan habiskan banyak. Kalau untuk diri sendiri, rm10 pun jarang untuk satu hidangan.

Mata sudah berat. Esok, hajat di hati mahu berjogging pada awal pagi tapi mungkin tinggal angan-angan je kot. Dah tak gemar berjogging di Kulim. Lebih suka berjogging di Taiping. Tenang, kurang pasangan-pasangan kekasih yang melepak dan mengganggu pandangan, trek lebih panjang dan tak kotor. Lepas ni, aku dah ada teman nak jogging dan jugak berkaraoke tau. Haha! Lama sangat aku tinggalkan aktiviti kegemaran aku tu sejak tiada geng yang sama minat. Tetiba pulak dia ajak karoke, so on je lah. Cemana lah suara dia ye? Haha.

24 October 2013

Yuhuuu !

Assalammualaikum . Agak lama aku tak meluah perasaan kat sini. Sebelum ni memang aku private kan blog aku ni sebab aku taknak orang-orang tertentu yang rapat dengan aku, baca blog merapu aku ni. Hehe. Tapi tetiba, rasa rindu pulak pada blog aku yang kekadang dah macam diari aku ni.

Kalau nak diingat balik, dah bertahun-tahun dah blog aku ni wujud. Sejak tahun 2008 atau 2009 aku kurang pasti. Masa tu memang aktif menulis. Kawan-kawan rapat yang satu kos dengan aku di UKM pun ramai yang berblog. Jadi, memang meriahlah peti komen aku. Sejak semua graduated, dah sunyi sepi dah. Aku pun mula slow down. Tapi yang pasti, isi-isi dalam blog aku ni memang banyak sangat memori. Dari aku seorang pelajar sampai lah seorang guru hari ni. Segala kekecewaan aku, kegembiraan aku semua ada dalam ni. Aku ada terbaca, rungutan aku masa nak siapkan tesis ijazah aku dulu. Bila diingatkan, memang perit. Selalu menangis. Tapi Alhamdulillah aku dapat A untuk tesis. Yeayyy. Terima kasih Dr. Noraini.

Itu kisah dulu. Sekarang aku memang sibuk. Salah satu sebab aku tak sempat nak update blog.Seminggu dua ni, aku banyak habiskan wang. Nak kata banyak, bagi orang lain mungkin tak banyak la kot. Tapi bagi aku banyak sebab aku dah tetapkan bajet mingguan. Setiap minggu tak boleh lebih dari jumlah sekian-sekian. Aku nak simpan duit dan takmau jadi pemboros macam dulu lagi.. Tapi minggu ni aku dah berbelanja lebih bajet. Tapi semua perbelanjaan aku semua ke arah makanan. Hehe. Aku dah tak berminat nak beli kasut, henbeg, baju, alat mekap atau apa-apa je lah yang tak boleh dimakan. Yang aku minat ialah belanja duit untuk makan. Tambah pulak, sejak akhir-akhir ni, benda yang aku makan tu, semuanya lebih mahal dari apa yang aku selalu makan. Sebab dah sedap kan, jadi aku ikut je nafsu aku tanpa fikir banyak. Habislaa kalau berat naik. Hehe.

Aku ada 3 azam utama dalam hidup aku.Sebenarnya, banyak azam, tapi yang 3 ni ialah di carta teratas. Pertama, aku nak rajin solat tanpa tinggal satu waktu pun. Yang kedua, aku nak kurus. Yang ketiga, aku nak berjimat dan mula menyimpan. Yang kedua, alhamdulillah dah tercapai dan harap aku dapatlah kekalkan. Yang ketiga, tercapai jugak. Akhirnya, aku dah dapat ubah sikap boros aku yang suka membeli barang yang tak perlu pun. Duit yang aku simpan tu, aku belum fikir pun untuk apa. Tapi tak perlu alasan kan, untuk menyimpan wang. Yang pasti, di masa depan, pastu wang tu akan jadi sangat berguna dan aku dah takda mintak-mintak dah duit abah mama lagi. Dulu-dulu masa mula kerja, jakun kejap sebab dapat pegang wang seniri kan, jadi berbelanja benda mengarut tak ingat dunia. Kesannya, dah kering takda duit sebelum hujung bulan pun. So, pinjam duit abah mama dulu. Haihhh. Tapi tu dulu la, 2 tahun sudah. Sekarang alhamdulillah. Nyanyi sikit. Ku yang dulu bukanlah yang sekarang.. Cewahh..Okey, azam yang pertama pulak memang aku sedang usahakan. Kekadang tertinggal jugak satu waktu. Cuba nak kikis sikap malas aku ni. Azam yang pertama tu yang paling utama. Allah lah tempat aku mengadu kalau sedih, stress dengan kerja. Allah selalu bantu aku tapi kekadang ada masa aku terlupa pada Dia, bila aku tak sempat solat. Jadi, aku memang nak usahakan penuhi azam aku yang pertama tu.

Kisah tentang kerja pulak. Sekarang ni memang aku sibuk sangat. Bukan sekarang ja, dari awal tahun sejak aku pegang semua jawatan tu pun aku dah mula sibuk. Jadi, aku harungi jugak minggu-minggu terakhir sebelum cuti sekolah bermula. Tak sabarnya aku nak cuti. Nak bercuti sambil lihat keindahan dan ketenangan pantai. Wahhh Tak sabaqqqq! Teringat lagi waktu-waktu indah aku kat Terengganu, P.Dickson dan semualah pantai yang aku pernah pi. Hajat di hati nak menjelajah dua pulau di negeri yang berbeza. Satu pergi makan angin dengan family. Satu lagi pergi snorkelling, main-main dengan ikan. Tapi sebab jadual agak padat masa cuti sekolah so, cancel.

Erm. Tak da apa dah kot yang aku nak kongsi, Kongsi gambar sekeping dua, boleh kot. Hehe.

 Teacher Waniey bersama Ain, murid Tahun 1.

 Anak-anak teacher yang kekadang rasa nak cepuk, kekadang rasa nak peluk, kekadang buat teacher ketawa sampai pecah perut.


Ni coq jawa. Kenai dak? Sebab ada kawan aku tak kenal kuih ni.

Sori lah. Sebenarnya nak upload gambar-gambar percutian aku haritu, tapi semua gambar dalam laptop, semua dah licin bersih aku delete. Aku upload mana gambar yang ada je dalam laptop aku ni. Hehe. Jadilah, asalkan dapat melepaskan kerinduan di wajahku ini. Kikikiki

Okeyla. Itu je. Byeeeee

29 July 2013

Update

Assalammualaikum.

It's getting late. The round green clock hanging on that peach coloured wall shows it's already 11.35pm. I seriously need my beauty sleep but I think I need to spill out something here. It's been a while. I have so many things to share but I don't know, not really into blogging now. So, here are a few unimportant things that I need to share.

* still in a sad mode. my beloved kitty died because of his negligence.
* I was fashionably late today. Took my own sweet time at home (Kulim) this morning.
* one of my best male friend claimed that I resemble Nad Zainal. He had said this once, but I guess he has forgotten all about it and repeat it like he never said it before. Haha. It made my day because I used to have a crush on him and still do (13%) .
* missing my little brother who is currently working in P.Gudang, Johor. The furthest place that I've ever been. 12 hours journey from my hometown. Can you imagine that?
* my heart needs to be fixed.
* financially okay (this month (bonus)). Alhamdulillah.
* frustrated at someone.
* thinking twice about my MA application.
* another my best male friend has cancelled his plans to come back to Taiping. He has been away for like a few months because of his work. Have to wait another 2 months for him to come back. Missing your silly jokes.
* my phone is pissing me off. SAMSUNG you can go die.
* lost about 8 kilograms. from 54kg to 46 kg. so, all my hard work are paid off.

That's all I guess, See you in my next entry. Daa~

01 July 2013

KURUS

.

*awat kuruih sangat la nii?*

*eh, ko kurusnyee, ko tak makan ke?*

*wei, ko kena makan banyak sikit, aku tengok kurus sangat.*

.

HABIS, KALAU AKU DAH GEMOOKK MACAM GAJAH, NANTI CONFIRM KO KATA AKU NI OBES PULAK.

.

KO SEBENARNYA JELES KAN, SEBAB KO TAK DAPAT KURUS MACAM AKU??

.

sebab yang cakap kat aku ni sumanya orang gemokk-gemokk belaka.

i am sick and tired of hearing all these.

.

bukanlah aku mahu mendabik dada yang aku ni kurus ke ape.

ye.ye.

i admit.

aku kurus.

badan pun tak cantik.

tapi perlu ke nak cakap berulang-ulang kali depan aku.

macam aku ni ada penyakit anorexia pulak.

suka hati aku la nak kurus ke gemuk ke.

dah Tuhan anugerahkan badan aku macam ni,

aku terima je la.

yang pasti, aku sangat senang nak cari saiz baju.

tak macam ko kut.

.
P/S : post ni ada dalam draft dah bertahun lamanya. Tarikh post ni adalah pada tahun 2009. Zaman ni aku kurus kering. Haha, sian aku masa ni. Manusia memang tak pernah berpuas hati. Tahun 2011, bila dah aku berisi, semua asyik cakap, badan aku tembam. Sekarang baru berat aku mencapai berat normal dan takda orang tegur dah.

sleepyhead~

ahh. amat mengantok. baru saja pulang dari kelas+stesen bas kajang. aku telah membeli tiket bas untuk pulang ke kedah esok. yeay! ponteng kelas. yeay! mesti kena marah dgn jeslyn esok. maafkan diriku wahai jeslyn.

tadi naik bas mini yg dipandu secara lalainya oleh pemandu bas.

p/s : tarikh post ni adalah pada april 2009. zaman-zaman aku aktif berbelog. zaman ijazah di UKM. saja bukak draft dan tengok banyak betul post yang tertunggak. sayang pulak cerita aku kat atas tu separuh je kan.

17 June 2013

Update

Assalammualaikum.

Takda mood pun nak update sebenarnya. Tapi tengah tunggu boss reply text aku ni ha. Selagi dia tak reply, aku tak boleh nak proceed dengan keja aku. Haihh. Lambat betul. Ntah baca ke tak sms aku tu.

Hari ni aku letih gila. Ni pun terasa letih lagi. Kalau aku letih sangat, kaki aku akan terketar2. Ha, camni lah. Tadi balik lewat, konon kesian kat boss tengok dia tak sempat buat keje tu so aku pun nak tolong. Sekali susah kot nak buat  analisis tu. Sapa yang kata cikgu la ni keja senang, mai la nak ketuk sikit. Aku ni tetiba cam nyesal, haihh, rajin sangat kan gi offer diri nak tolong. Sekali nyusahkan diri sendiri. Ekceli, bukan nak bodek boss pun tapi aku kesian tengok dia. Memang dia sangat sibuk sampai masuk hospital sebab sakit. Ish3. Aku takmau la jadi Guru Besaq nanti. huhuhu.

So, apa ek nak cerita. Em, aku masih lagi dalam Monday Blues. Nak balik. Rindu rumah. Rindu anak-anak kucing aku 3ekor tu. Geram tau aku ngan dorang. Aku baru pakaikan loceng kat dorang. Lawak gila masa first pakaikan tuh. hahahahaah!! Sekor-sekor melompat berguling-guling cam kena sawan haaa. Masing-masing terteleng2 nak gigit loceng sendiri. Hehehehh. Lelama dah okay. So, memang berbunyi ketung ketang kat umah aku tu kalau dorang main kejar2. Hahaha. aku suka tengok. Comel. Rindu.

Hm. boss belum reply lagik nih. Awat lambat sangat oiii. Lekaih laaa. Ok, boss dah reply. Hm. Salah paham pulokkk. Haha. Tengok, dia bz sangat sampai tak check bebetul. Haihhh.

Aku macam banyak benda nak cakap tapi aku blur sikit sekarang ni. Nanti-nanti lah ya. Okey. Bye semua. Assalammualaikum~