30 April 2011

random

.
assalammualaikum wbt~
macam lama je aku abaikan blog aku ni.
macam biasala kan, aku kalau dah duduk di ipoh,
memang aku takdak mood nak update blog

so sekarang ni,
memandangkan aku berada di rumah
feel untuk update blog tu ada.

tapi kan,
aku rasa macam banyak sangat ja aku nak update sebab banyak jugak aktiviti yang aku buat sepanjang di ipoh ni.
memandangkan aku adalah seorang pemalas,
jadi aku letak pic,
pastu aku letak la caption sikit.
ahahaha.
dahla nak susun gambar pun pemalas.
berterabur je pic yang aku upload.
dah ar, dah kau rasa blog aku buruk, blahh arr
tak payah baca blog aku.
*emo emo*
hehe.

ok jom layan gambar jomm.


ni gladiator wedges yang aku dok mimpi-mimpi hari-hari
tunggu la aku ada duit lebih sikit,
memang aku sambar kauu

.

oh, ni bersama grup boria kelas aku.
depa nyanyi memang sedap.
selalu dok wat show sekitar penang.

.
boria lagi

.
ni grup discussion aku masa kelas english.
well, keja aku dengan depa ni,
gelak gelak dan gelakkkkkkkk ja.
pengaruh yang tidak baik nih.
muahahahah!

.
ni masa tengok red riding hood di ipoh parade
aku tak sangka ipoh pun dah setanding kl sekarang.
hebattt!
.

ni masa makan di smalltown.
ni malay punya version of oldtown white coffee.
tapi sedapp gakk
.
ni pulak nasik goreng ladna.
saja aku gedik-gedik buat sebab aku penah makan kat restoran tu, macam sodapp je, jadi aku try buat.
mama kata kuah sedapp.
mama kata ok, bukan aku.
hahahah!
.

tengok wayang.
kami gi pukul 11.10 malam.
agak bestla jugak cerita dia.
.


well, markas utama grup boria adalah tandas awam.
ni masa gi karoke tanpa henti.
aku melalak macam-macam jenis lagu.
dangdut ada, rock ada, jiwang ada.
memang BESTTT!!

ok, tu ja buat masa sekarang.
nanti aku update lagi wokeyy.
daaaa~
assalammualaikumm

16 April 2011

hari terakhir praktikum

.
.
assalammualaikum ...
well, hari ni merupakan hari yang sedih bangettttt bagi aku.
hari ni hari terakhir aku di SKKD, SK Kuala Dipang.
sedih weh.
serius sedih.
aku rasa macam baru sangat je aku pergi sekolah ni masa hari pertama,
nervous gila sebab kali pertama praktikal (sebelum ni tak pernah praktikal, buat thesis je time degree), nervous sebab kali pertama nak mengajar selama 3bulan.
bertambah nervous sebab masa hari pertama tu, perhimpunan mingguan pulak (isnin)

tup tup,
dah tiga bulan.
12 minggu sudah berakhir.
memang separuh dari hati aku rasa lega sangat praktikum dah habis sebab pensyarah, guru pembimbing tak perlu nak pantau-pantau lagi.
letih wei bila ada observation, tak tidur malam siapkan rancangan mengajar dan bahan bantu mengajar.
lepas tu, obervation pulak banyak kali.
berbelas-belas observation lah jugak.

TAPI separuh dari hati aku berasa sangat sayu nak habiskan praktikum ni di SKKD
sebab warga SKKD sangat. i mean. SANGAT baik.
senang membantu.
even benda kecik pun, cikgu-cikgu yang aku anggap kakak-kakak aku sanggup berusaha nak membantu.
sangat-sangat terharu.
guru pembimbing pun sangat baik.
aku tak pernah rasa terasing di bilik guru tu,
cikgu-cikgu lelaki pun ramah,
cikgu-cikgu perempuan selalu je bawak bekal-bekal makanan, n makan ramai-ramai di bilik guru tu.
rindu ...

dan yang paling aku sedih sekali..
nak tinggalkan anak-anak aku...
uwaaaaa...
sedih gila.
;(
aku mengajar 3 kelas.
4 bestari, 5 bestari, 5 Dinamik.
semuanya aku sayang.
tak kira yang nakal ke, yang skema ke, yang baik ke,
semua aku sayang sangat.
macam-macam perangai ada.

dulu masa abah tengah sakit,
aku sangat down.
aku dah takda mood nak habiskan praktikum
tapi apa yang membantu aku nak habiskan praktikum adalah
anak-anak kesayangan aku..
depa la yang menceriakan hari-hari aku.
buat aku tersenyum sentiasa

aku baru je nak mintak tolong sikit,
'can someone plea...'
terus berebut-rebut datang depan sampai terjatuh-jatuh kerusi nak datang depan tolong aku.
tersenyum aku tengok.
:)
kekadang masa mengajar, ada je jawapan kreatif dorang yang membuatkan aku senyum sendiri.
'teacher, teacher, teacher lilit selendang teacher macam mana?'
tengah-tengah aku mengajar, dia boleh tanya soalan tu.
haha. macam-macam.
kekadang, ada yang fokus, bila aku tanya, semua nak jawab
semua nak cerita pengalaman sendiri.
kalau tak pilih salah sorang,
sorang mesti muka sedih sebab tak pilih dia.
jadi kena la adil.
taknak sorang pun yang ketinggalan.
'teacher, teacher, teacher sambung la praktikum lagi 3bulan kat sini teacher, pleaseee'
adehh. kalau lah praktikum tu takda observation, dah lama dah teacher praktikum lagi kat skkd tu.

dan pengalaman baru kat sekolah ni adalah,
longhat deme .
korang mesti suka tengok usop wilcha tu kan?
ha, gitu la cara anak-anak aku bercakap.
pekat benooo loghat perak nye.
aku pun sekarang dah terikut-ikut cakap gitu.

hurm.
rindu lah.
serius rindu dorang.
aku kekadang garang jugak.
kalau tak bawak buku, tak buat kerja rumah,
memang aku bengang.
tapi budak-budak, kan..
tengah-tengah dihukum tu pun, dorang masih berminat nak menjawab soalan masa aku mengajar. :)
kalai bebudak lain, mesti muka nak masaammm je sebab kena hukum kan?
mesti dah malas nak ambik tau cikgu mengajar apa kat depan tu sebab marah kena hukum.
tapi bebudak ni, takk..
dorang sikit pun tak ambik hati.
aku pun marah sebab sayang, bukan sebab benci.

katalah kan, aku tersepak beg anak aku sebab letak tengah-jalan kat dlm kelas tu,
mesti anak-anak yang lain, marah si dia tu sebab letak beg kat tengah jalan dan menyebabkan aku nak jatuh.
yang tak tahannya, semua pakat marah dia macam dia buat salah besar sangat..
hai.. senyum sendiri je bila teringat.

jadi tadi ada jamuan perpisahan.
majlis jamuan perpisahan.
aku siap kena berucap lagi.
adehhh.
aku ni dahla tak reti nak cakap apa.
haha.
depan guru besar pulak tu.
aku memang tak sangka pun yang dorang anjurkan majlis perpisahan ni.
siap ada ucapan guru besar, ada pengacara majlis.
ada lagu latar masa tengah makan..
lagu pulak semua yang tangkap lelehhh punya
membuatkan aku lagiiiii la sedih.
:(

okla, jom layan gambar



ha, tengok. tersengih-tersengih bila dapat microfon

.
surat-surat cinta :)

aku paling tersentuh bila baca yang ni...

.

terimakasih semua !!!!

.





4bestari

.

5 bestari

.



13 April 2011

carrot

.
.

hehe. my mr wabbit

10 April 2011

weekend

.
assalammualaikum semua.

dah lama tak update blog ni dengan aktiviti seharian aku kan?
sorry, aku memang sibuk sejak akhir-akhir ni.
sibuk dengan lesson plan, teaching aids, observation, jaga abah sakit (sekarang dah lega, alhamdulillah).

jadi memang takda masa nak update panjang-panjang like i have used to.
kali ni, nak update panjang sikit dari biasa. :)

sekarang aku berada di rumah kesayangku di kulim
boleh dikatakan setiap minggu aku balik cuma minggu lepas je aku tak balik sebab nak rehat.
dan jugak, abah pun dah makin sembuh.
jadi aku nak rehatkan badan dan minda.
letih la drive jauh-jauh.

masa abah sakit,
memang setiap minggu aku drive balik kulim
kampar-kulim
dah sampai kulim, ulang alik ke hospital pulak.
tidur pun tak menentu.
makan pun tak menentu.
emosi pun ke laut je.

sekarang abah dah makin sembuh.
lega rasa.
dah dapat rasa kenormalan hidup.
harap abah sentiasa sihat.
insyaallah.
oh, untuk pengetahuan semua,
abah sakit ulser perut.
sebab tu abah muntah tak henti-henti selama 3minggu.
letih ok, kalau asyik muntah.
abah pun selera makan takda.
jadi muntah keluar air je.
abah hari-hari hanya makan biskut kering setengah keping.
ya. sehari setengah keping biskut kering dan air milo.
jadi badan abah pun susut secara mendadak.

hantar hospital kerajaan, tiada perubahan
sehinggalah mama hantar ke KPJ Specialist.
baru tahu abah kena ulser perut.
itu pun selepas abah muntah darah.

sekarang abah dah sihat,
dah makan banyak.
dah tak muntah.
:))))))
aku dan mama pun dah tak susah hati.

ok, panjang pulak mukadimah nya.
haha.
tadi aku pergi ke tasik kulim bersama abah dan mama.
saja ambil angin.
layan gambar jom



abah dan mama dating.
hehe

.

ni budak gemuk mana ntah.
berat aku dah naik wehh.
hehe. happy.
tapi taknak lebih dari 50kg.
tapi memang tak pernah lebih pun.
nak lebih 44kg pun susah.
sob3
sekarang 48kg. :)
.
.

ni, tadi masa aku on the way ke jusco.
hangin je aku dengan pasangan depan aku ni.
si lelaki nye membonceng, awek nya yang menunggang.
nak bermanja-manja pulak kan.
tak malu ke kau, kau tu dah la duk depan sekali.
of course semua yang lelain tu tengok.
pastu nak bercengkerama di depan aku yang single nih. eh?
itu takpa lagi.
yang aku bengang, sampai lampu dah hijau pun tak sedar-sedar lagi.
cuba tengok gambar tu, lampu dah hijau kan?
bengang je aku.
.
.

big apple 4 biji, cheese sandwich sushi beli kat dalam jusco 3 keping, chicken floss bun seketul
semua aku sapu.
nyummmm~
.
.




ok.
itu je.
aku dah mengantuk la.
esok dah nak balik kampar.
nanti kalau aku ada masa,
aku update pasal sekolah practicum aku k.
tinggal seminggu je lagi untuk aku habiskan practicum di sekolah tu dan aku jarang sangat cerita pasal budak-budak aku kan?
nanti yeaa

03 April 2011

your dream is my next stop.


kalau hari-hari pose senyum pun boring juga

01 April 2011

makaaaaann jeee

.
sekarang ni aku rasa macam aku ni pengacara rancangan Jalan-Jalan Cari Makan pulak.
hari-hari makan jer.
yela, memang hari-hari setiap manusia normal akan makan, kan?
tapi aku ni makan hari-hari yang over-over.
haha.
dah ah.
malas nak taip.
layan gambar sudey.


ni kuah capati.
kuah sardin.
fuhhhhh.
tarbaekkk!
gerai di simpang pulai.




ni laksa kat simpang pulai jugak.
tarbaekkkkk jugak !!!



yang ni pun sedap jugak.
tarbaekkk jugak.
lalala~

(lupa nak kaburkan no plat baby oranje ku.. biarlah. bajet artis pulak aku ni nak kabur-kaburkan.ngeh3 )


dim sum.
sedap !!
first time aku try dim sum and i loveeee it !!
dim sum ni kira bagus jugak la untuk kesihatan sebab dia bukan digoreng pun.
kurang kolestrol.
oh ye, dim sum ni orang melayu yang buat. :)



wonton mee.
em. lebih kurang cam kuew teow kungfu.
boleh laa..
tapi bagi aku, kurang masin sikit.



pau dia.
terliurrrrr.
pau kari dia lagiiii mantapz!



housemates !!!

p/s : abah is getting better.
thank you so much for those who keep praying.
terima kasih sangat-sangat