16 April 2011

hari terakhir praktikum

.
.
assalammualaikum ...
well, hari ni merupakan hari yang sedih bangettttt bagi aku.
hari ni hari terakhir aku di SKKD, SK Kuala Dipang.
sedih weh.
serius sedih.
aku rasa macam baru sangat je aku pergi sekolah ni masa hari pertama,
nervous gila sebab kali pertama praktikal (sebelum ni tak pernah praktikal, buat thesis je time degree), nervous sebab kali pertama nak mengajar selama 3bulan.
bertambah nervous sebab masa hari pertama tu, perhimpunan mingguan pulak (isnin)

tup tup,
dah tiga bulan.
12 minggu sudah berakhir.
memang separuh dari hati aku rasa lega sangat praktikum dah habis sebab pensyarah, guru pembimbing tak perlu nak pantau-pantau lagi.
letih wei bila ada observation, tak tidur malam siapkan rancangan mengajar dan bahan bantu mengajar.
lepas tu, obervation pulak banyak kali.
berbelas-belas observation lah jugak.

TAPI separuh dari hati aku berasa sangat sayu nak habiskan praktikum ni di SKKD
sebab warga SKKD sangat. i mean. SANGAT baik.
senang membantu.
even benda kecik pun, cikgu-cikgu yang aku anggap kakak-kakak aku sanggup berusaha nak membantu.
sangat-sangat terharu.
guru pembimbing pun sangat baik.
aku tak pernah rasa terasing di bilik guru tu,
cikgu-cikgu lelaki pun ramah,
cikgu-cikgu perempuan selalu je bawak bekal-bekal makanan, n makan ramai-ramai di bilik guru tu.
rindu ...

dan yang paling aku sedih sekali..
nak tinggalkan anak-anak aku...
uwaaaaa...
sedih gila.
;(
aku mengajar 3 kelas.
4 bestari, 5 bestari, 5 Dinamik.
semuanya aku sayang.
tak kira yang nakal ke, yang skema ke, yang baik ke,
semua aku sayang sangat.
macam-macam perangai ada.

dulu masa abah tengah sakit,
aku sangat down.
aku dah takda mood nak habiskan praktikum
tapi apa yang membantu aku nak habiskan praktikum adalah
anak-anak kesayangan aku..
depa la yang menceriakan hari-hari aku.
buat aku tersenyum sentiasa

aku baru je nak mintak tolong sikit,
'can someone plea...'
terus berebut-rebut datang depan sampai terjatuh-jatuh kerusi nak datang depan tolong aku.
tersenyum aku tengok.
:)
kekadang masa mengajar, ada je jawapan kreatif dorang yang membuatkan aku senyum sendiri.
'teacher, teacher, teacher lilit selendang teacher macam mana?'
tengah-tengah aku mengajar, dia boleh tanya soalan tu.
haha. macam-macam.
kekadang, ada yang fokus, bila aku tanya, semua nak jawab
semua nak cerita pengalaman sendiri.
kalau tak pilih salah sorang,
sorang mesti muka sedih sebab tak pilih dia.
jadi kena la adil.
taknak sorang pun yang ketinggalan.
'teacher, teacher, teacher sambung la praktikum lagi 3bulan kat sini teacher, pleaseee'
adehh. kalau lah praktikum tu takda observation, dah lama dah teacher praktikum lagi kat skkd tu.

dan pengalaman baru kat sekolah ni adalah,
longhat deme .
korang mesti suka tengok usop wilcha tu kan?
ha, gitu la cara anak-anak aku bercakap.
pekat benooo loghat perak nye.
aku pun sekarang dah terikut-ikut cakap gitu.

hurm.
rindu lah.
serius rindu dorang.
aku kekadang garang jugak.
kalau tak bawak buku, tak buat kerja rumah,
memang aku bengang.
tapi budak-budak, kan..
tengah-tengah dihukum tu pun, dorang masih berminat nak menjawab soalan masa aku mengajar. :)
kalai bebudak lain, mesti muka nak masaammm je sebab kena hukum kan?
mesti dah malas nak ambik tau cikgu mengajar apa kat depan tu sebab marah kena hukum.
tapi bebudak ni, takk..
dorang sikit pun tak ambik hati.
aku pun marah sebab sayang, bukan sebab benci.

katalah kan, aku tersepak beg anak aku sebab letak tengah-jalan kat dlm kelas tu,
mesti anak-anak yang lain, marah si dia tu sebab letak beg kat tengah jalan dan menyebabkan aku nak jatuh.
yang tak tahannya, semua pakat marah dia macam dia buat salah besar sangat..
hai.. senyum sendiri je bila teringat.

jadi tadi ada jamuan perpisahan.
majlis jamuan perpisahan.
aku siap kena berucap lagi.
adehhh.
aku ni dahla tak reti nak cakap apa.
haha.
depan guru besar pulak tu.
aku memang tak sangka pun yang dorang anjurkan majlis perpisahan ni.
siap ada ucapan guru besar, ada pengacara majlis.
ada lagu latar masa tengah makan..
lagu pulak semua yang tangkap lelehhh punya
membuatkan aku lagiiiii la sedih.
:(

okla, jom layan gambar



ha, tengok. tersengih-tersengih bila dapat microfon

.
surat-surat cinta :)

aku paling tersentuh bila baca yang ni...

.

terimakasih semua !!!!

.





4bestari

.

5 bestari

.