Assalammualaikum. Kali ni aku terasa nak update panjang-panjang. Nak story banyak-banyak sementara aku belum balik Taiping ni. Nanti, once aku dah menjejak kaki ke rumah sewa, memang aku dah malas dah nak update blog ni. Hehe.
Okey, aku nak kongsi kisah aku melapor diri di sekolah pada hari pertama. Jarak antara rumah sewa aku dan sekolah ada la lebih kurang 10 minit. Jadi pagi tu, aku bertolak pukul 7.15am. Sesampai je di sekolah, tengok sebijik kereta pun belum ada lagi. Kerani pun belum datang lagik. Aku yang pertama woii. Hehehe. Sesampai di sekolah je, aku park kereta di court depan sekolah tu. Ala, court kecik je. Sekolah aku ni memang kecik pun, kantin pun takda, apatah lagi padang. :) Jadi para guru parking kereta di court saja. Ada la tiga empat tempat berbumbung untuk park kereta tapi aku segan la pulak kan, aku ni guru baru lapor diri pada hari pertama, terus memandai nak park bawah bumbung. Mungkin itu parking spot untuk Guru Besar, Guru Kanan ke atau guru-guru yang lain. Jadi aku parking la kat tempat yang tak berbumbung. Selesai parking, tutup enjin kereta, aku tengok bebudak semua dah berlari-lari dan berdiri di depan kereta aku di dalam satu barisan panjang. Aku dah pelik dah, apahal depa ni. Aku salah parking ke apa? Aku bukak je pintu kereta nak turun, terus dorang ucap 'Assalammualaikum cikgu! ' Owhh. Nak bagi salam rupanya. Terharu aku. Waalaikum salam aku menjawab kembali. Semua macam teruja tengok guru baru datang melapor diri. Hehe. Tetiba pakcik guard tu datang tanya aku, kenapa tak parking je di bawah bumbung? Aku bagitau la kerisauan aku tu, dia kata takda pa pun. Jadi aku terus alihkan kereta aku di kawasan yang berbumbung, sebelah kereta Guru Besar. Hehe.
Hari pertama tu, aku kena jaga exam memandangkan sekolah tu masih lagi di dalam minggu peperiksaan. Aku masuk kelas tahun 1 yang seramai 9 orang tu. Comel je semua walaupun comot sikit. Biasalah, budak-budak kampung. Tetiba sorang pelajar perempuan ni tanya aku. "Cikgu, cikgu. Cikgu ni Melayu ke?" Tergamam aku kejap kat situ. Aku cakap, "yelah, saya melayu lah. Kamu tengok saya ni macam orang apa?" Tersengih-sengih ja dia. Hahaha. Biasa la, jarang kot tengok guru Melayu. Selalu dok tengok guru Cina je. Takpa, aku maafkan okey budak? Hehe. Nurin nama dia.
Hari pertama, semuanya okey. Guru-guru lain sangat membantu dan tak kedekut dengan senyuman. Walaupun hanya ada tiga orang je guru Melayu termasuk aku (aku, guru BM, dan ustaz) yang selebihnya Cina, tapi depa bagus. Tak sombong langsung.
Hari kedua di sekolah. Aku tengok jadual yang dah diberikan oleh GB. Tengok-tengok aku kena mengajar PJ Tahun 1. Aku dah dok memikir. Nak ajar apa ni untuk PJ. Jadi aku pun ke sekolah dengan memakai baju yang sesuai lah untuk Pendidikan Jasmani kan. Dengan kasut sukan nya. Lens pun aku malas nak pakai. Sarungkan cermin mata je. Jadi macam biasa, lepas aku park kereta je, terus berderet berbaris menghadap aku di depan kereta tunggu aku turun dari kereta. Turun je dari kereta 'Good Morning, Teacher!' Memandangkan depa pun dah tau aku ni guru English, so kena lah wish dalam English kan. Hehe. Pastu kan, aku terdengar sorang budak ni berbisik kat kawan dia 'Laaa, aku ingatkan cikgu semalam.' Pastu buat muka sedih. Hahahaha.Hampeh betui. Aku pakai cermin mata dengan seluar pun, habeh ampa suma tak cam teacher nohhh. Aku malas nak layan jadi aku biarkan je dorang tertanya-tanya, aku masuk je ke dalam Bilik guru. Bila aku masuk ke kelas Tahun 1, baru aku ingat, kan ke depa tengah exam, mana ada PJ maa. adoi. Camna la leh lupa nih. Pastu, si Nurin ni, tengok-tengok aku. Pastu dia tanya. 'Teacher,Teacher. Semalam teacher lawa'. Aku cakap. Habis tu, "hari ni saya huduh ke?" Tersengih sengih je dia. Yelah tu, aku huduh la tu, tapi tak berani nak cakap. Hahahahah. Takpa, aku maafkan ye anakku. Pastu dia tak puas hati lagi, tanya lagi. 'Teacher ada dua mata ka?" Maksudnya tu, mungkin aku ni ada dua pasang mata kot. Hehehe. Pastu aku marah dia, sebab masa tu time exam tu, yang dia dok bising-bising tanya. Kawan-kawan dia yang lain pun semua terganggu sibuk jugak nak bertanya aku soalan yang bukan-bukan. Nasib baik ampa comey, jadi aku maafkan sekali lagi.
Hari tu, ada mesyuarat. Aku tertanya-tanya, mesyuarat ni dalam Mandarin ke Bahasa Melayu. Nasib baiklah depa ni amat memahami, jadi mesyuarat dijalankan dalam Bahasa Melayu. Cuma, kalau ada yang nak bertanya tu, depa tanya dalam Mandarin lah. Tak kisah, asalkan isi-isi penting mesyuarat semua dalam Bahasa Melayu dan aku faham. Guru BM, yang aku panggil Kak Nor tu, memang pandai Mandarin. Jeles betul aku tengok dia. Kalau guru-guru Cina berborak, bolehla dia menyampuk sebab dia memang faham pun. Kak Nor tu orang Sabah. Dulu pernah bertugas di sekolah cina di Johor 5 tahun sebelum ditukarkan ke sekolah aku tu tahun lepas. Jadi dah biasa la dengan Mandarin ni. Tak sabar aku nak pandai Mandarin sebab aku memang berminat pun nak belajar Mandarin ni cuma takda masa dan peluang je. Hehe. Aku dah belajar sikit-sikit bahasa Mandarin ni, melalui pelajar aku, guru-guru kat situ dan jugak melalui Internet. Senang lah sikit aku nak menyampuk kalau depa dok berborak. Ini, kalau depa dok berborak, aku senyap je la buat kerja sendiri sebab aku tak faham sepatah haram. Kekadang depa gelak-gelak pastu nak aku join sekali, jadi depa translate pulak ke Bahasa Melayu. Haha. Pastu, barulah aku gelak. Kesian kat depa, dan kesian kat aku jugak. Hahahah. Jadi, aku berazam untuk belajar bahasa Mandarin dengan lebih gigih lagikk! Heheheh.
Baru-baru ni guru-guru kat tempat aku tu berborak-borak. Disebabkan aku tak faham, jadi aku buat bodo je sambil marking kertas exam. Tetiba terdengar sebut nama aku. Aku yang blur-blur ni, tanya la kenapa? kenapa? Pastu dorang gelak-gelak, pastu dorang tanya aku. 'Ciku Wani suda ada boyfriend ahh??' Aku jawab lah, belum. Pastu dorang cakap, 'haa, bolehla bolehlaa' Rupanya dorang nak rekemenkan aku dengan sorang pegawai PPD bujang ni yang selalu dok datang pantau sekolah aku tu. Hahahahah. Kelakar pulak aku rasa. Cikgu Gan tu cakap, "haa, bolehlaa, itu pegawai arr, banyak hemsem wooo. Mesti kamu suka punya, dia tinggi-tinggi kurus-kurus macam kamu jugakk". Bila pulak aku tinggi dan kurus kan? kahkahkahkahakh. Pastu yang lain pun teruja jugak, nak passing no telefon aku lah, itu lah ini lah. Segan la pulak aku. Hahahahah. Tapi layankan ajee.Bila lagi nak beramah mesra dengan depa kan?
Aku bersyukur sebab sekolah ni tak kena gabung kelas sebab al maklumlah 45 orang je satu sekolah. Dulu aku risau je sebab satu kelas budak sikit je, aku risau takut kena gabung tahun 4 dan tahun 5 ke, 2 dan 1 ke, camna aku nak ngajar kan? Susah la sikit kalau camtu. Tapi tak rupanya. Kelas tak digabungkan. Satu kelas memang dikhaskan untuk satu guru. Sebab guru pun agak ramai di sini. Jadi kekadang aku masuk kelas tu, contoh kelas Tahun 2, satu kelas 4 orang je. ehehe. Mudah aku nak tumpu perhatian kat sorang-sorang. Memandangkan budak pun sikit, aku berazam nak buat macam aku buat masa di praktikum tu. Kalau ada kemajuan ke, disiplin bagus ke, aku bagi lah ganjaran. Nak bagi depa bersemangat sikit. Aku pun tak kisah nak keluarkan duit sikit-sikit untuk depa ni. Nanti aku aku ingat nak beli buku kecik sorang satu untuk semua darjah, dan buku tu untuk vocabulary. Satu hari 3 perkataan. Tulis dalam buku tu, sekali dengan maksud dan hafal ejaannya, nanti aku buat spelling, sapa dapat betul semua, dapatlah ganjaran. :) Sebab ada lah sorang dua ni yang vocabulary depa lemah sangat. Kena gilap gilap sampai berkilat. :)
Budak-budak di sekolah aku tu, alhamdulillah semua nya baik-baik. Takda yang kurang ajar, melawan guru ke kes sosial ke. Biasala budak kampung. Kekadang nak marah pun tak sampai hati. Nak marah bukan sebab apa, kekadang tu tak bawak buku, kekadang tu benda senang pun taktau. Tapi bila tengok muka depa tu, aku terus rasa kesian sebab depa memang jenis yang baik-baik pun. Jenis yang hormatkan guru. Aku rasa aku akan suka dengan sekolah ni. InsyaAllah.
Okey, perkara yang terakhir sekali, aku harap-harap sang gaji, silalah cepat masuk. Hehehehe. Duit dah takda ni bhaiii. Kalau tangguh dua tiga bulan lagi, mati la aku. Walaupun selepas dua tiga bulan tu gaji masuk secara lump sum dan aku dapat beribu ribu lemon, tapi sementara nak tunggu tu, seksa wooohh..
Ha, ni ada, perkataan dan ayat-ayat dalam Mandarin yang aku dah belajar.
wo yao huey cha - saya nak balik
wo ming pai - saya faham
wo pu ming pai - saya tak faham
ni yao chai na li? - awak nak pergi mana?
an chi - tolong diam
mei you - takda
pu yao - takmau
da - besar
siau - kecil
ni hao ma? - awak apa khabar
wo heng hao - saya khabar baik
zhen de ma? - betul ke?
wan an - selamat malam
wo yao shuijao - saya nak tidur
wo lei ler - saya letih
Oh lupa aku nak cakap, memandangkan sekolah aku takda kantin, jadi kami selalu order di kedai makan Melayu sebelah sekolah. Nanti ada pekerja yang datang ambil order dan hantar order ke bilik guru. Setakat ni aku hari-hari makan nasi goreng kampung telur mata je. Sebab sedap dan murah. RM3 je. Ada banyak lagi menu lain. Yang lain-lain tu nanti aku cuba. Takpa, banyak masa lagi maaa. hehe
okey tu je, nanti aku update lagi perkataan-perkataan Mandarin baru yang aku tau. okey? Byeeee
5 comments:
Haha, nice sharing, g a try ngorat pegawai ppdvtu, t cpt gaji masuk, haha
haha syiokk ja skolah ang wehh....ehh dah kalu xdak kantin, bdk2 makan kat na?
wut.. stu class 4 org jek.. heaven la murid2 dpt blajar leklok.slamat maju jaya ;)
hehe aku tahu beberapa ja wani, ni ang dah tambah jadi dah tambah vocab aku..
tang che= tunggu
sek fan= makan
pang sai= berak
lai = mari sini
ham sap = miang
bila masa hang kurus tinggi?? (soalan jujur dan ikhlas) hahaha
Post a Comment