Assalammualaikum. Entri kali ni mungkin agak panjang. Sebab dah lama aku tak membebel panjang-panjang dalam blog ni kan. Jadi aku bagi warning siap-siap lah.
Harini hari Jumaat kan? Tapi aku masih di rumah sewa dan bukan di Kulim. WHY? Sebab esok ada sekolah ganti. Haihh. Tapi harini aku cuti. Cuti rehat. Aku ambik cuti sebab badan ni dah tak mampu dah. Tak mampu menanggung dah.
Sepanjang dua tiga minggu ni, memang aku bizi tahap cipan bunting. Series cakap. Aku penat. Penat otak, penat badan. Rasa tak lengkap kalau satu hari, aku tak fikir pasal kerja. Itu, ini. Sampaikan, masa tengah berak pun, aku akan fikir tentang kerja. Sampaikan aku stress dan menangis. Begitu stressnya aku. Bukan stress main-main. Tambah pulak, masa aku pegi mesyuarat panitia peringkat zon haritu, aku terdengar seorang cikgu masuk wad sebab stress dengan kerja. Dia pegang jawatan S/U Peperiksaan. Aku pun pegang jawatan tu, tapi bukan tu saja, ada lagi beberapa jawatan penting lain yang buat aku stress.
Aku pegang jawatan S/U PIBG, Guru data, s/u peperiksaan, ketua panitia bi, dan ada lagi jawatan lain yang tak rasmi yang tetiba je aku kena buat. Antara yang paling aku stress lately adalah, duit PIBG tetiba short rm600++ . Aku bukan bendahari , aku su je. tapi aku tetiba kena buat kerja bendahari dan wang kurang rm600. Aku stress nak mati time tu. Boss asyik tekan-tekan aku. Aku bagitau dia, saya dah takmau pegang jawatan bendahari ni, dan ni bukan jawatan saya pun. Saya tak suka menguruskan wang orang. Banyak risiko. Dan boss barulah nak serah pada orang lain. Pelik lah kan. Bagi je la pada bendahari yang sebenar tu. Pastu, kes kurang duit tu, aku risau bagai nak rak, sebab boss cakap dia nak jumpa aku, sampai ke sudah tak jumpa aku. Mungkin lupa sebab sibuk. Aku pun sibuk sampai lupa. Stress tentang tu hilang, stress lain pulak datang.
Minit-minit mesyuarat dan laporan yang berlambak-lambak tu aku kena siapkan setiap akhir bulan untuk dihantar ke PPD. Dengan kelas aku lagi. Belum campur kerja yang berkaitan dengan murid aku, contoh, semak buku murid, buat oral test, sedia soklan tusyen dan blablabla. Aku sekarang lebih sibuk dengan kertas kerja yang takda kaitan pun dengan pengajaran aku.
Minggu ni paling busy. Sampai hadnya bila hari Rabu haritu. Pagi pegi sekolah, aku tak sempat duduk pun di meja aku. Busy dengan kertas kerja, print itu print ini, masuk kelas lagi. Kemudian nak sediakan bahan sebab petang tu pukul 2 aku kena bawak budak ke satu sekolah ni yang aku pun taktau kat mana. Aku kena sediakan laptop, test dongle (broadband sekolah) boleh pakai ke tak, install itu ini. Aku dapat tau sekolah tu sejam perjalanan dari sekolah aku . Jauhnya. Tapi takpalah. So, bertolak pukul 1 petang. Masa bertolak tu teruja betul dua murid yang aku bawak ni. Aku je yang tak teruja sebab letih + mengantok. Dengan hujan renyai-renyai lagi. Dengan berbekalkan GPS dan peta yang cikgu2 kat sekolah bagi. Aku pun bertolak. selepas 45 minit perjalanan tetiba aku dengan macam benda meletup. Letupan kecil. Aku hanya abaikan sebab banyak kereta masa tu. Tapi aku rasa pelik sebab kereta aku makin lama makin berat. Terus rasa tak sedap hati. Dengan kereta yang bersimpang siur waktu tu, aku bagi signal dan berhenti di lorong kecemasan. Masa tu baru nak naik flyover. Aku on kan lampu hazard, turun kereta dan check tayar aku memang totally flat! Sudahh. Dugaan apakah ini. Dengan hujan yang renyai-renyai. Dengan nak kejar masa. Aku tenangkan diri, tengok sekeliling dan terperasan ada kedai tayar. Alhamdulillah. Tapi kedai tu di seberang jalan sana. Aku tak boleh lintas sebab ada besi penghadang yang tinggi. Aku pulak pakai baju kurung. Kalau aku berseluar memang dah lama aku panjat. Pastu, lepas penghadang besi tu, ada lagi jalan raya sebab fly over kan, mestilah ada jalan lagi kat bawah. So, aku terpaksa pekup mulut dan jerit panggil laki cina kat situ. Terjerit2 aku. Tak peduli la kereta, motor2 yang lalu lalang kat situ. Dan akhirnya sorang terperasan jeritan aku. Aku bagitau dia tentang kereta aku. Dan dia suruh aku tunggu. Aku tunggu lama dalam kereta dan takda sapa pun datang. Aku dah lah tengah kejar masa ni. Aku keluar lagi panggil panggil. Dah takda rasa malu dok jerit2 gitu sebab aku memang nak cepat. Tak lama lepas tu baru ada dua orang datang dan periksa tayar aku dan ulang alik panjat penghadang besi tu untuk ambik jek dan segala menda alah nak kuarkan tayar aku. Maka berdirilah aku di tengah hujan renyai-renyai tu. Dah kuarkan tayar tu, didapati memang tayar aku dah memang rabak. Tak boleh tampal-tampal, memang kena ganti baru. Dan aku hanya ada 50 saja dalam purse. Sebelum dia angkut tayar aku ke seberang dan nak ganti dengan tayar baru, aku bagitau siap-siap yang aku ada 50 ja. Dan dia cakap, ok boleh pakai tayar seken hand dulu buat sementara waktu. So, aku ok je. So dengan kereta aku terangkat sebelah sebab ada jek tu kan nak kuarkan tayar aku. Budak-budak dok dalam kereta aku, si tukang tukar tayar pulak dah balik ke kedai cari tayar yang sesuai. Adalah dalam 15minit. Dan dalam 15minit tu lah aku tercangak berdiri tengah hujan di tepi jalan tunggu semua selesai. Nak duduk dalam kereta tak boleh, sebab kereta dah terangkat sebelah. Masa tu, aku redho jelah. Dengan dah lambat setengah jam. Dengan aku lemah, tak larat pening segala. Selesai semuanya, aku sambung kembali perjalanan ke sekolah tu. Jauh lagi nak sampai dan akhirnya sampai. Dah sampai memang aku letih sesangat dan keja aku asik nak bebal dan budak2 aku tu jadi mangsa. Kesian depa. Tapi alhamdulillah takda apa2 yang jadi masa tayar aku meletup tu. Kalaulah aku tak sedar tayar aku dah flat dan teruskan perjalanan dengan bawak anak orang lagi. Kalau apa2 jadi, memang parents depa datang cari aku. Nauzubillah. Alhamdulillah semuanya selamat. So, pukul 6petang baru selesai semua. Aku hantar depa balik dan aku pun balik rumah dengan badan yang letih sangat.
Tapi balik tu, aku tak boleh rehat pun. Sambung buat kerja yang terbengkalai. Sebab esoknya nak kena hantar laporan tu. Tidur pukul 12 tengah malam. Esok tu, pegi sekolah dengan badan penat tak bermaya. Memula okey lagi, Makin lama aku makin lesu sampai aku rasa nak jatuh dan pitam. Dan aku cepat2 pegi duduk dan rehat sambil minum air. Dah tak tertahan dah. Balik drive slow2 dan sampai rumah, senggugut pulak. Pagi tadi bangun, rasa kepala berat, semua berat. Berpeluh-peluh. Badan rasa lemah gila. So, terus mintak cuti. Nak ambik mc pun tak dapat sebab nak drive gi klinik pun tak mampu. Osmet pulak dah pulang ke hometown. So, tidur lah aku seharian. Dan mata aku pun tetiba bengkak kena sengat apa ntah. Letih sangat aku. Letih aku dengan semua ni. Aku tak suka sekolah tu. Pembahagian kerja yang tidak adil. Aku suka mengajar di situ tapi tak suka dengan bebanan kerja yang terlalu banyak. Semua nak bebankan pada guru yang bujang kononnya tiada komitmen. Tolonglahh. Aku pun manusia jugak.
Dan akhirnya aku isi jugak borang eg tukar tu. Aku bagitau boss dan seperti yang dijangka, mestilah dia takmau lepaskan aku sebab katanya aku ajar bagus, budak2 suka n blablablabla. Arghhh. Habis tu, yang aku ni nak dibebankan sampai bila. Aku bangkang setiap alasan dia bagi untuk tak lepaskan aku. Dia tak kasik aku pegi sebab aku satu2 cikgu beropsyen english kat situ. So, bila aku takdak, memang susah. Ntahlah. Aku kekadang sayang nak tinggalkan budak2 situ sebab aku sendiri dah nampak peningkatan depa dalam bi. Sebelum ni, Ya Allah, teruk sangat dalam english. Sampaikan aku give up nak ajar memula. Bila dah aku train dari year 1. Bila dah naik kelas, depa makin ok dan ok. Cuma tahun 4 lambat sikit aku nak dapat bantu sebab depa dah lama berada dalam kesesatan. Sebelum ni, takda cikgu beropsyen english yang ajar. Hanya cikgu cina yang beropsyen b.cina yang ajar. So entah lah kan. Aku 50 50 je tentang pertukaran yang aku mohon tu.
Dahla. aku penat pulak. Badan ni penat. Esok harap kuat untuk kembali bekerja. Assalammualaikum.
.
No comments:
Post a Comment