31 May 2010

alhamdulillah

.
.*click to enlarge*


alhamdulillah.
syukur.
tapi aku tak berapa yakin sangat sebab banyak lagi kot stage untuk keje kerajaan ni especially PTD tu.
abah aku risau bab tang ujian kecergasan tuh.
dahla aku ni pemalas nak sukan-sukan ni.
huhu.
apa-apa pun.
aku akan pulun je untuk apa pun tawaran yang aku dapat.
takmau memilih.
bukan senang nak dapat keje skang.



minah salleh

.
.
harini aku nak feeling feeling minah sikit.
eh, aku kan memang minahsaleh, buatpe nak feeling-feeling minahsaleh lagi kan.
tadi, aku breakfast sosej black pepper dua batang dengan telur goreng.
dan minuman pulak jus epal.
orang putih kan selalu breakfast camni kan.
aku ni walaupun orang putih yang tak berapa nak putih, aku jarang breakfast ala-ala western ni.
yelahh, mak bapak aku orang malaysia.
aku je orang putih yang tak berapa nak putih, so kena ikut selera depa la kan

so, tadi
aku gigih tau,
susun sosej tu cantik-cantik
dengan telur goreng yang sunny side up punya.
bersungguh aku keluarkan non stick pan mama aku dalam lemari
sebab nak goreng kasi cantek punya itu telur (walaupun last-last hancur dalam perut aku gak)

dah susun baik punya,
selongkar pulak kabinet
cari sudu and garpu yang mama aku beli banyak kat langkawi tu.
mama aku ni pun bukan guna pun sudu cantik-cantik tu,
buat hiasan dalam kabinet je.
so aku tanak la bazirkan, so aku guna.
aku pilih yang shining2 kaler ala-ala gold silver.
yang pemegang dia berukir ala-ala royal london circus.
haa, baru kena dengan jiwa minah saleh aku ye tak.

pastu, aku letak kat tepi pinggan.
jus epal aku letak dalam gelas jus yang direka khas dari kedai rm1.99
4 bijik epal woo aku mesin kan.
aku bukan reti guna mesin tu.
sebab nak fefeeling minah saleh punya pasal,
aku gagahkan jua guna mesin buah tu.

lepas tu, duduk di meja makan.
sambil baca suratkhabar.
menikmati breakfast ku itu.
sambil dengar radio.
best jugak.

p/s : periuk belanga, sudu garpu mama belum basuh. kena basuh dan simpab elok-elok sebelum terkantoi guna barang kesayangan dia

p/s : makan ala-ala western ni kenyang beberapa minit je. pastu lapar nasik. nyehahaha.

29 May 2010

game


.
sapa master main game pc kat sini ??
aku tak reti nak letak code installation tah hape ke bende ntah.
beli cd mahal-mahal.
boleh main trial yg 60mins tu ja.
cissss!!

28 May 2010

Imam muda yang menginsafkan

.
haiii.
ada orang rindu aku tak?
hehe

hm
tadi aku tengok program Imam Muda di Astro Ria.
ada orang tengok tak?
kalau bab Akademi Fantasia,
laju je,
bab Imam Muda ni,
ada ke orang nak tengok

mula-mula
sebelum program ini ditayangkan
aku memang dah berminat,
tapi berminat sebab tengok peserta-peserta nya yang sejuk je mata memandang.
aku tengok kat iklan je.
so aku dah pilih-pilih peserta mana yang aku suka.
biasa la.
aku kan miang sikit

pastu bila dah tengok program tu tadi.
memang best.
aku pulak dah tak tumpu pada peserta
sebalik tertumpu pada tugasan yang diberikan.
macam minggu ni,
tugasan dia adalah menguruskan jenazah.
dari memandikan, mengkafankan sehinggalah mengkebumikan

memang insaf.
aku menangis.
sebab jenazah-jenazah tu adalah jenazah yang tidak dituntut oleh waris.
dan jenazah yang berisiko
maknanya,
jenazah tu meninggal dunia akibat HIV, Hepatitis atau penyakit-penyakit lain
jadi keadaan jenazah tu, korang boleh bayangla kan camna.

peserta-peserta dikehendaki menguruskan jenazah-jenazah ni
aku tengok ni tetiba rasa malu.
kenapa?
peserta lelaki yang berusia seawal 18 tahun,
dah pandai solat jenazah,
talkin kan jenazah,
baca ayat-ayat suci dengan penuh syahdu.
aku teringat adik aku tu.
umur dah 20.
dok masih dengan kehidupan remaja dia.
tau kah dia bagaimana nak solat jenazah?
dia adalah satu-satunya waris lelaki dalam keluarga aku.

program ni memang beri aku keinsafan.
dan semasa di kubur,
selepas dorang gali kubur tu,
aku tengok masih ada air dalam liang lahad tu,
aku taktau kenapa.
wallahualam.
dorang bacakan yassin.
doa buat arwah.
masa ni, aku sedih.
sebab ayat-ayat doa (dibaca dalam bahasa melayu) sangat menginsafkan
sampai peserta yang baca tu pun sebak.
sob3.
tapi tak boleh menangis depan kubur.
tak baik.
:(

peserta yang berumur 18 tahun tu memang emosional.
dia kata dia sedih,
macam mana nasib arwah dalam kubur.
diseksa kah?
disoal oleh dua malaikat.
ok kah kehidupan di alam barzakh sana?
dan dia terus bayangkan dia apabila dia kelak berada di liang lahad tu.
tang sini, memang aku insaf.
terus ingat, nanti aku mati camne?
cukup ke bekalan iman aku ni?

program ni memang best.
aku bagi 10 bintang.
program ni tiada undian sms.
semua ditentukan oleh tenaga pengajar.
bukan macam program realiti lagi satu tu kan?
terkinja sini terkinja sana.
bluek.

ada jugak dimuatkan info2 pasal pengurusan jenazah.
kira bagi setiap topik, dia ada info-info tambahan

macam tadi,
aku baru tau seorang anak yang beragama islam DILARANG menguruskan jenazah ayahnya yang bukan beragama Islam.
tengok je, boleh..

pastu hukum menabur bunga dan menanam pokok-pokok dikubur.
pokok boleh ditanam tapi bukan pokok-pokok yang buahnya boleh dimakan.

p/s : koko, aku bukan tengok program ni sebab peserta je, tapi sebab ada info-info yang berguna. hik3.

p/s : private seblum ni sebab ada orang nak cari pasal dengan aku.

26 May 2010

tobron

masa ni abah kat dapur, aku kat ruang tamu.
jadi agak kurang jelas je aku dengar.

abah : caq, tu abah beli TOBRON kat caq tu. pi la makan.

aku : ha, apa? motorcross? (memang dasar pekak kan aku ni?)

abah : TOBRONN.

aku : (pergi dekat sikit nak dengar dgn lebih jelas) apadia bah?

abah : tu dalam peti sejuk tu.

aku pun bukak peti sejuk dan tengok. TOBLERONE. ooo. dia beli sebungkus TOBRON untuk aku. terima kasih abah. hehe

sayang aku dah konvo dahh.. :))




Pelakon dan Pengarah Farid Kamil Zahari, 29, diberikan ucapan tahniah dari ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah, 55, (kanan) dan bapanya, Datuk Dr Zahari Che Dan, 58, selepas menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Kreatif (Seni Layar) di Konvokesyen UiTM ke 72 di Universiti Teknologi MARA (UiTM), hari ini.

Pengarah dan pelakon, Farid Kamil Zahari turut menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Seni Layar) pada istiadat konvokesyen itu.

Farid, 29, yang bakal muncul dalam filem Lagenda Budak Setan gembira kerana berjaya menghabiskan pengajiannya.

Anak sulung daripada lima beradik itu berkata antara cabaran yang perlu dihadapinya ialah terpaksa bijak membahagikan masa antara kerjaya dan pengajian.

"Saya bertuah kerana mendapat kerjasama pensyarah dan rakan sekuliah serta keluarga," katanya.

Farid, yang pernah mengarah filem V3 Samseng Jalanan, bakal mengarahkan filem bertajuk Kongsi pada hujung bulan ini. - BERNAMA (kredit mstar online)

PTPL *again*

shaza. you can click here, if you want to read about my experience during the interview.
semua i dah cerita kat situ. :)


formspring

Q:hehe..not penang unfortunately..uhuhu..kb..dkt je ngn my house..dia ckp prepare 2 topics 4 mock teaching..wani bdk litrature gak ke?nk kena ready pe ek?dia ty gak ke sal litrtre?

A:tanya... i ada entri cerita pasal pengalaman i di ptpl tu. hehe. i will give u a link to it ok.

Ask me anything. I'll answer.

cinta itu buta

sampai kita beliak bijik mata pun masih tak nampak apa-apa kan??
:P

25 May 2010