25 February 2018

It has been decades !

Hello everyone !

Masih ada orang baca lagi ke blog aku ni?

Dah 3 tahun tak menaip entri baru.

08 September 2015

Amazing Japan (Day 1)

Assalammualaikum . Lama betul aku tak update blog aku ni kan? Sebelum ni, aku private kan kejap blog aku. Tetiba rasa nak update balik. Hihi. Aku nak cerita tentang pengalaman aku pegi Jepun tempoh hari. Dah agak lama aku pegi tapi baru nak update sini. Huehuehue. Aku pegi Jepun pada cuti sekolah bulan Junlepas.

Sebenarnya, pemergian aku ke Jepun ni tidak dirancang pun. Yelah, selalu kan, kalau orang nak melancong, lebih-lebih lagi kalau ke oversea, mesti dah rancang berbulan-bulan awal lagi kan? Tapi aku ni, 3 minggu sebelum tu baru buat keputusan nak melancong ke Jepun. Kalau tak, rancangan aku waktu cuti sekolah, dok rumah tidoq sambil makan nasik goreng buatan sendiri sambil layan movie channels kat Astro je, Tetiba pulak kawan aku, Sue tanya aku nak pegi ikut dia melancong tak. Aku pun nak tak nak je tanya dia, ke mana? Dan dia jawab Jepun. Wahh, terus berkaca-kaca mataku. Balik rumah tanya parents aku dan depa benarkan. Sue ni sebenarnya seorang tour guide. So, senang lah keje aku kan, nak melancong. Tak payah nak rancang apa-apa. Sedia duit je. So, untuk mengelakkan aku ubah fikiran tetiba, aku sepantas kilat pi masukkan bayaran pada agensi pelancongan yang dia kerja (POTO Travel) tu. Sebab aku ni ada peel sayang duit. Ada banyak kali orang ajak aku melancong ke luar negara tapi saat-saat akhir aku tolak sebab sayang duit. Ekekekekeke.


Tapi kali ni aku terima sebab Jepun adalah negara yang sangat sangat sangat sangat sangat ingin aku lawati sejak sekolah okayyyyy. Dah dapat peluang terus aku rebut walaupun ada jugak suara-suara sumbang yang dengki dengan aku. Padahal, bukan aku guna duit depa pun. Huhhh! Depa dengki sebab depa belum pernah jejak kali ke Jepun.  Yang belum pernah melancong ke luar negara pun nak sibuk hal aku. Memang aku cukup pantang. Okey, kita tinggalkan aura-aura negatif di situ. Mari kita imbas kembali pengalaman aku pada hari pertama.





Ni muka excited nak pegi airport. 

Pelancongan aku pada kali ni memang membuatkan aku teruja teramat sangat. Pertama, sebab nak ke Jepun, negara paling aku sukaaaaaa sekali (salah ye anak2 penggunaan perkataan 'paling suka sekali' tapi sengaja ticer guna sebab nak tunjuk yang ticer sukaaaa sangat Jepun) Kedua, sebab pertama kali wehh aku melancong ke luar negara. Ketiga, ni kali pertama naik kapal terbang (kesian dak kat aku? hihi) Keempat, dah bertahun-tahun aku tak jumpa kawan aku Sue ni. Kali terakhir jumpa tahun 2009, Cer kira berapa tahun dah tu. Sue ni roomate aku waktu di UKM dulu.





Bergedik bermanja dalam kapalterbang/ Aku naik Vietnam Airline. Dari KL transit di Ho Chi Minh City, Vietnam. Dalam sejam setengah macam tu lah aku berkeras bontot dalam flight tu. Yang bestnya, pilot dia cakap omputeh, sepatah haram aku tak paham. Aku hanya paham bila mai tang part Ho Chi Minh Cidayyy. Hehehe. American accent sangatttt k. Tapi ada sorang pramugara dia hensem.  Aku suka unform pramugari depa. Warna cantik. Warna maroon. Depa punya uniform macam baju kebangsaan depa lah. Alaaa, dulu kan Malaysia macam gila sikit dengan trend baju Vietnam ni. 


Kek tu sedap okay. Kek yang di sebelah kiri tu. Yang dalam bekas aluminium foil tu, nasik dengan fish fillet kot tak silap aku. By the way, sebutan fish fillet adalah fish fillay okay. bukan fish fillet. Sakit hatiku bila pegi restoran-restoran, waiter salah sebut. Bila aku ulang lagi sebutan yang betul, depa dok jugak sebutan yang salah. Pakai kemain urban tapi sebutan salah. ok, sorry ni memang takda kaitan pun. Hikhikhik. Hanya luahan perasaan ku.


Dah sampai Airport di Vietnam. Sesaja je aku bergambar dengan Japan Airline. Kasi bakar line sikit dan post ke FB. Tapi sorang pun tak dapat hint yang aku nak ke Jepun.

Waktu di airport ni, biasalah kan, kalau bukan di negara Islam. Tiada tempat solat disediakan. Maka, kena pandai-pandailah cari ruang-ruang kosong kat penjuru mana-mana, buat tempat solat. Disebabkan tempat terbuka, maka ada banyak mata memandang, tapi kita buat taktau ja. Toilet di sini pun kebanyakan tiada paip air, jadi sila sediakan botol kosong untuk isi air untuk membasuh apa-apa yang perlu selepas membuang. Ekekekekeke


Masa ni aku tengah menunggu flight seterusnya untuk ke lapangan terbang Narita. Aku teruja dengan pakcik ni sebab semua yang dok depan aku ni adalah pakcik dan makcik Jepun. Dengar dorang berborak pun aku dah rasa macam tengok tv. Dan aku teruja gila dan semakin tak sabar. 


Ini adalah permandangan dari atas kapal terbang. Permandangan bandar Saigon. Cantik kan. Perjalanan seterusnya mengambil masa lebih kurang 5-6 jam.


Yeayyyyyyyyy!! Alhamdulillah, dah selamat sampai. Aku sampai ke bumi Jepun dalam lebih kurang pukul 10-11 pagi. Perbezaan waktu Jepun dengan Malaysia tak banyak pun. 1 jam je. Ampa nak tau ka macam mana perasaan aku bila jejak kaki ke Narita airport ni? Rasa macam, seriously aku dah sampai Jepun?? Jepun yang selama ni aku dengar lagunya kartunnya, dramanya di kaca tv sahaja. Ni mimpi ka betul ni?? Ha, aku ni macam tenyeh banyak-banyak kali mata aku nak pastikan aku tak mimpi. Sewaktu berjalan dalam airport aku perhatikan semua, even pekerja yang dok angkut beg bagasi tu pun buat aku rasa kagum. I was like, wowwww...macam ni rupanya orang yang angkat bagasi di Jepun. Tengok orang-orang Jepun di kaunter-kaunter di airport, aku kagum lagi, wowww,,comelnyeee awek-awek Jepun. Tambah-tambah bila depa bercakap, lagi aku nganga, wahh macam dalam drama siotttt.. Ini lah orang utara sebut peghak buihh. Ni kalau aku nganga sambil meleleh air liur sambil terkebil-kebil tengok orang Jepun, maka lengkaplah kehidupan aku sebagai seorang yang peghak buih kritikal. Tapi aku belum sampai tahap tu. So aku belum layak pegang takhta tu.


Ni antara anggota rombongan aku. Tengok cuacanya macam panas yo yo ohh jer kan? Padahal tak panas dek non oiiii. Angin kuat okey. Sejuk.


Umum dah mengetahui masyarakat Jepun ni macam mana kan? Memang terkenal dengan sikap berdisiplin dan pembersih. Jadi aku perhatikan semua tempat, even tempat parking pun aku tenung. Sampah, seketul pun takda, memandu masuk ke petak parking dengan penuh berhemah. Kebanyakannya memandu kereta jenis Toyota. 


Waktu ni kami dah berada di dalam bas. Pemandu bas pun aku perhatikan je. Sangat berbudi bahasa okay. Kejap-kejap tunduk hormat, kejap-kejap tunduk hormat. Pangkat pakcik-pakcik dah pemandu bas ni.


Lalu di laut ni, aku lupa apa namanya. Al maklumlahh, masih dalam mode peghak buih. Maka apa yang tour guide dok explain, aku abaikan je. Walaupun kawan aku tu tour guide untuk rombongan kali ni, tapi dia bertanggungjawab sebelum sampai ke Jepun je. Bila dah sampai Jepun, ada sorang lagi tour guide join. Memandangkan di Jepun ni, bahasa Inggeris kurang digunakan, jadi penting untuk guna orang tengah yang pandai berbahasa Jepun dan bahasa Melayu. So abang ni, aku lupa pulak nama dia, orang Indonesia yang dah berbelas-belas tahun menetap di Jepun (siap kahwin dengan minah Jepun lagik) menjadi tour guide kami.


Perjalanan mengambil masa 1-2 jam lebih kurang untuk ke destinasi pertama kami iaitu, Tsukiji Fish Market. Kiranya, dari airport, pi basuh muka, gosok gigi sikit dan terus mulakan pengembaraan. Takda pegi hotel, letak barang ke, mandi ke apa ke. Alaa, tapi tak kisah pun, nak ke pasar je punnn, tak perlu nak melawa sangat aihhh. Hehehe. Disebabkan aku terasa nak ke toilet maka, aku pegi la cari toilet dulu sesampainya aku ke pasar ni.


Haaaa, canggih tak canggih toilet depa walaupun di pasar ja pun. Sila bayangkan toilet di pasar-pasar Malaysia sekarang. Cepat bayangkan! Haha. Disebabkan aku taktau menatang apa hang dok tulis situ, maka aku main tekan-tekan ja berdasarkan gambar. Macam ala-ala main game gitu. Ekekeke. So, toilet dorang ada semburan auto yer. Tak perlu botol-botol dah ye, anak-anak sekalian.Semburan gini kita panggil bidet (sebutannya biday) ya anak-anak kesayangan ticer sekalian. Jadi selepas menunaikan hajat, terasa sangat lah lega. Lupa nak habaq, toilet depa teramatlah bersih. Tiada tisu-tisu bertaburan. Tiada sinki tersumbat, Tiada bau. Cepat bayangkan tandas awam di Malaysia sekarang. Cepat bayangkan !!


Jadi, kami diberi masa satu jam untuk jalan-jalan area pasar ni. Lepas sejam, kena berjumpa di tempat yang dijanjikan. Jadi aku jalan-jalan lah. Pasar ni takdak bau lansung. Macam mana depa buat ek? Bau hanyir pun takdak. 






Ni adalah kawasan khas untuk perokok. Jadi kepada para perokok yang nak melampiaskan nafsu serakah merokok, boleh pi dok hembus diam-diam dalam bilik tu. Aku pun tak sangka, celah-celah pasar ni ada bilik khas ni. Jepun adalah antara negara yang melaksanakan peraturan yang jelas kepada perokok. Kiranya, ada peraturan dan para perokok pun sangat berdisiplin dan patuh pada peraturan. Cuba bayangkan perokok-perokok dan vapers di Malaysia sekarang. Cepat bayangkan !!


Disebabkan nak penuhi hasrat kami makan sushi, jadi kami skip-skip lawatan ke pasar basah tu, dan jalan-jalan kat pasar kering yang jual makanan dan sayur-sayuran. Situ ada banyak restoran-restoran kecil yang menjual makanan tradisi depa ni. Setiap kedai makan, pasti ada sorang dok kat luar dan promote kedai memasing. Kedai ni adalah yang bertuah sebab kami berdua masuk. Hihihi. So, kami ambik lunch kot, Aku tak ingatlah berapa harganya ni.


Satu set ni, kami kongsi dua. Sebab bukannya lapar sangat pun. Hanya teringin je. Aku suka sangat yang puding telur tu. Nyummmmm. Aku tengok kedai ni, ramai jugak orang yang kerja kerja opis datang makan. Untuk pengetahuan anak-anak, orang-orang Jepun memang kacak dan segak bila pakai baju kerja, Siap berkot semua. Pastu kemas dan hensem pulak tu. Lalalala. Kat pasar ni, penuh dengan orang-orang berkot dok lalu lalang atau singgah kedai-kedai kecik ni untuk makan. Sila bayangkan kalau kat Malaysia, tetiba ada sorang sesat berkot segak bergaya siap dengan briefcase pi beli ikan kembung sekilo. 

Kedai ni kecik je. Meja dia sebaris je, ala-ala meja bar gitu. Ala, macam ampa makan sushi la. Jenis meja panjang kan. Depan tu, tu ada chef mintak order dan sediakan makanan depan kita. So, aku dapat lah tengok depa siapkan makanan aku. Disebabkan tempat ni agak kecik, maka aku asyik dok tersiku pakcik sebelah. Ampunkan saya pakcikk. Pakcik-pakcik kat sini baik. Dok usik-usik kami, walaupun macam ayam cakap dengan itik. Kihkihkih. Bila dia tau kawan aku ni mudah terkejut dan melatah kecik, dia asyik lah dok sergah kawan aku tu. Hehe.


Ni pakcik cashier. Dok buat muka comel pulakkk. Okey, tengkiu uncle di atas layanan terbaikk!

Lepas selesai makan, kami pun lari laju-laju untuk bertemu semula anggota rombongan yang lain.

....akan bersambung...

08 August 2014

Nukilan Syawal

 mama dan aku

Assalammualaikum ! Selamat Hari Raya. Masih belum terlambat kot kalau aku buat ucapan raya. Gambar di atas adalah gambar di pagi raya pertama. Masa ni tengah kalut-kalut nak balik kampung belah abah. Nak menziarah pusara maktok dan tokwan. Pastu pi beraya di rumah saudara mara.


 Permata hati aku. :)

Raya kali ni, aku rasa agak best dan meriah. Bergelak ketawa, riang gembira bersama orang-orang kegemaran aku. Lupa sekejap kerja di pejabat, hilang sebentar masalah-masalah di kepala. Raya kali ni jugak, ada beberapa kejutan buat aku. Kejutan yang tak disangka-sangka.

 Sepupu-sepapat dan mak-mak menakan.

Di tepi tangga ni memanglah perkara wajibal ghunnah kalau nak bergambar kalau balik rumah tok. Kalau tak bergambar memang tak lengkap rasanya raya. Cewahh. Kat tangga ni saja dah berapa kali snap. Berpuluh-puluh. Heee. Rumah tok aku memang cantik. Memang macam rumah kampung dalam iklan raya tu. Tapi tang tangga dan beranda ja la. Yang selebihnya dah rumah batu dah, tak sepenuhnya papan. Tapi masih menjadi rumah kegemaran aku. Dulu aku rasa biasa ja rumah tok. Mungkin sebab selalu pegi so dah tak heran dah. Tapi bila aku upload gambar raya di rumah tok setiap kali raya. Ramai yang puji dan jeles sebab rumah tok masih mengekalkan ciri-ciri kekampungannya. Paham ka dak? Cam pelik jugak ayat aku tu. Tapi ye lah kan, sekarang ni pun, banyak rumah-rumah moden dan terletak di pekan. So, kalau dapat balik kampung, memang best. Sawah pun ada jugak tapi, yang tu kalau rajin ja kami sedara mara pi. Hanya untuk fotoshoot. Sementara masih bujang lagi kan. Tak pastilah bila kami semua dah beranak pinak nanti kami masih gila bergambar. Aku harap ya lah..

open house. raya ke 3.

Raya ketiga aku ada buat rumah terbuka. Ramai yang datang. Bestt. Sebab meriah. Mama pun order makanan untuk anggaran 80 orang. Pastu mama masak lagi bihun sup tulang. Itu pun tak cukup. Aku rasa hampir 100 orang jugak yang datang hari tu. Pesakit-pesakit dan staff-staff mama lagi. Kawan-kawan abah, jiran jemiran, sedara mara dan kawan-kawanku yang secoet tu. Raya-raya sebelum ni aku jarang sangat jemput kawan-kawan datang masa rumah terbuka. Sebab kawan-kawan rapat aku kebanyakannya tinggal di luar Kedah. Dan sejujurnya, kawan aku yang betul-betul rapat, ada beberapa kerat ja. Yang selebihnya, kawan-kawan nak enjoy huha huha ja. Tapi kali ni, aku sengaja jemput kawan-kawan rapat aku yang dah lama terputus hubungan. Kawan sejak sekolah dulu. Kebanyakan tinggal di sekitar rumah aku. Aku dulu bersekolah banyak tempat. Jadi, ada lah beberapa orang kawan yang hadir. Ada yang tak dapat hadir sebab dan berkeluarga. Ya lah kan, masa raya ketiga, mesti masih sibuk nak beraya rumah sedara mara. 

Jadi itu sahaja cerita raya aku. Sekarang ni, dah mula bekerja dan mula menghadap beban-beban kerja yang aku tinggal seminggu dulu. Khamis depan ada jamuan raya di sekolah. Aku ada order cheese tart. Nyum-nyumm. Okeylah, sampai di sini saja. Byeeee

08 July 2014

Assalammualaikum.

Lama jugak tak update blog ni. Macam dah takda pembaca je. Tapi takpelah. Hari ni terasa ada keinginan nak update. Nak cerita tentang hari ni je. Hari ni, kawan kerja aku dah dapat tukar. Gembira bercampur sedih. Dia baik dengan aku. Dan baik dengan semua orang jugak. Cikgu Ooi, sedihnya cikgu ooi dah nak tinggalkan saya. Cikgu Ooi dapat jugak balik Penang setelah bertahun-tahun mintak. Lepas ni, siapa lagi nak puji saya cantik setiap hari? Lepas ni siapa lagi nak ucap rindu pada saya setiap hari? Oh sedih la.. Tapi kena relakan la sebab dah bertahun dia tinggal berjauhan dengan suami. Okey cikgu ooi, saya relakan cikgu ooi pergi.  Sebelum ni cikgu Gan yang saya sayangi pun dapat tukar. Cikgu Gan yang selalu belanja makan, belikan macam2 buah tangan kalau suami dia ke oversea. Haih. Lepas sorang, sorang tinggalkan aku. Tapi takpe, masih ramai rakan sekerja yang baik-baik semuanya. Walaupun aku sorang je perempuan Melayu kat situ, tapi aku tak terasa pun kelainannya. Semua rakan sekerja sangat rapat dan baik dan sangat menjaga sensitiviti aku. Contoh, sekarang bulan puasa kan? Semua kalau nak makan, punyalah menyorok bawah meja. Hehehe. Even nak minum air kosong sekali pun, sorok dengan fail lah, buku lah. Kelakar pulak aku rasa.

Okey, satu lagi cerita, tadi aku ajar DSV. DSV tu ape ye? DSV tu Dunia Seni Visual atau istilah lamanya, Pendidikan Seni. Aku ajar tahun 3. Ajar bebudak tu cara buat Renjisan dan Percikan. Suruh la bebudak tu bawak berus gigi lama yang dah tak pakai. Celup dalam warna air, kemudian, percik-percik lah pada kertas lukisan dengan pelbagai warna. Masa aku tengah dok sibuk mengacau2 warna air dalam palet tu, (warna air guna yang sekolah punya je) aku kacau warna ungu, dibantu lah oleh sorang murid. Lepas kacau, bagi dia untuk basuh berus ke, pengacau ke atau warna air tertumpah ke, bagi dia cuci. Yang bestnya ajar murid sekolah rendah ni, dorang sangat suci. Jiwa tu masih belum tercemar. Semua murid tau nak bantu aku. Aku ni kalau boleh taknak lah baju aku ni terkena percikan warna air. Dan seboleh2 nya taknak tangan aku kotor pun terkena warna air. Tapi comot jugak jari jemari aku kena warna air. So, aku mengeluh lah sikit depan anak2 aku tu. Sorang murid ni offer nak tolong aku. Tolong apa? Offer nak tolong bersihkan tangan aku yang kotor tu. Alahai, anak-anak aku yang disayangI ni. :-)
So, masa aku tengah mengadun warna air (purple) dengan air tadi, budak pempuan ni cakap lah, dengan dialek Batu Kurau yang pekatnya, dia kata warna tu sama je macam warna ubat kambing dia. Dia cakap lagi, dia selalu ubatkan kambing dia kalau kambing dia sakit. Kambing dia selalu sakit kat tuut, ada ulat2, jadi dia lah tolong sapukan ubat.  ;-) Camtulah cerita dia. Dia malu nak sebut tuut tu, so aku tolong sebut untuk dia, ohh Kemaluan dia ke Aaina?' Dia pun merah je muka. Hehe. Tapi aku faham cerita dia sebab dulu, kambing tok aku pun pernah berulat2 jugak pada tuuut nya. Tapi tak ingat pulak warna ubatnya warna purple ke apa. hehe. So, aku nak highlight kat sini ialah, perasaan mengajar kanak2 yang masih suci kelakuannya tambah-tambah anak-anak kampung yang innocent. Semua yang aku ajar ni, rajin berterawih dan berpuasa. Dorang rajin berpuasa walaupun bukan pada bulan Ramadan. Harus diingatkan dorang ni baru berusia 9 tahun ye. Lagi satu mengajar anak2 kampung ni, best sebab dorang sangat menghargai apa saja yang cikgu berikan. Dan dorang pun sangat menghormati guru. Aku tak pasti lah pulak macam mana keadaannya kalau mengajar bebudak bandar ni kan. Yang aku tau, bebudak ni sangat menghormati guru. Aku tinggal henpon ke, purse ke dalam kelas, memang dorang tak pernah usik. Harap, dorang membesar menjadi anak-anak yang berguna.

Lama tak upload gambar. Upload lah sekeping dua.









Cikgu Ooi sebelah kiri aku. Percaya tak dia hampir mencecah 30 tahun. Tapi comel tak macam 30 pun. Semua rakan sekerja aku kecik-kecik comel2 semuanya.

05 May 2014

mood swing

harini, mood ke laut betul lah. aiseh. pastu rasa penat n lemah je. Nape ntah. Nak period kot.

so, aku takda mood nak bercakap dengan sape pun. Aku lari masuk pusat sumber buat kerja sebab kang duduk bilik guru, aku malas nak melayan sesapa pun. Kang orang cop aku sombong lak kan. So aku lari dok sini takpe. Dan aku jadi moody sangat dengan seseorang tu. Padan muka dia. Tengok muka dia pun aku rasa menyampah habis. Meluat. Orang bergurau2 tentang dia pun, aku nak muntah dengar. Selalu tak macam ni. Dia pun pelik dan hairan dengan aku. N dia pun tak berani nak tegur aku. Hahah.

Tapi mood aku dengan bebudak okey sangat. Bergurau senda macam selalu. Mungkin deal dengan bebudak lagi senang deal dengan orang dewasa. Entah lah. Tapi dengan bebudak aku cakap lembut sangat harini. That is so not me!! Hahaha. Suara aku sangat lantang dengan bebudak tapi hari ni lain pulak. Yang tak bawak buku pun aku mahapkan. That is so not me either !!! Untung laa bebudak harini. Mood aku cam bengong sikit so ampa tak kena marah.

17 April 2014

The Red Oranje



Cantik tak? Ninja Oranje dah bertukar nama jadi The Red Ninja Oranje. Haha. Oh, Oranje tu kereta kesayangan aku ya. Oren warnanya so aku namakan dia Ninja Oranje. Kenapa Ninja? Sebab di belakang kereta aku, aku ada lekat satu sticker 'Deadly Ninja is On board'. Deadly lah sangat kannn.

Hm. Cantik betul kan warna merah. Aku memang dah lama bercita-cita nak ada kereta warna merah camni. Dulu, aku bercadang nak beli Forte Merah gini dan modify sikit mengikut kesukaan aku. Tapi abah tak kasi beli Kia Forte. Ada lah sebab-sebab yang abah bagi yang aku rasa rasional jugak. So, abah cakap, pakailah Oranje tu dulu. Hm. Baiklah abah. So, haritu hantar Oranje ke workshop sebab ada kemalangan kecil sikit. Ingat nak kasik cat merah satu kereta. Macam kat atas tu. Tapi uncle tu cakap, haiya, tak perlu lah. You punya kereta, cat masih okay lagi maa. Mana ada calar pun. You tukar, you rugi nanti bila you mau jual ini kereta. Sebab you punya kereta ni limited edition warna oren tapi you sudah tukar warna merah jadi harga boleh turun 3-4 ribu. You mau, you tunggu lagi 2 tahun, you beli satu kereta baru warna merah. Ha, camtulah uncle Thiam tu cakap. Haha. Uncle, you kasi belanja sama gua lah belikan kereta baru. haha. So, tak jadi lah Oranje jadi The Red Oranje. Aku ni dah siap dengan duit dah bajet dah. Tapi dah uncle cakap camtu, aku fikir, rugi jugak aku nanti kan. So, aku batalkan lah niat aku tu. Aku ikut cakap uncle, nanti 2-3 tahun lagi, InsyaAllah, beli kereta idaman warna merah Ferrari ni. Tapi aku sayang wo dengan Oranje ni. Banyak kenangan aku dengan dia. Kereta pertama aku kot. Rasa sayang pulak kalau terpaksa lepaskan nanti..

15 April 2014

Penat

Assalammualaikum ,

Penat. Yap. Agak penat sebulan dua ni, sebab sibuk dengan kursus, dan mesyuarat. Dan jugak, hal peribadi jugak. Tapi tu penat minda. Tahun 2014 ni, banyak benda jadi. Ada perubahan yang baik dan ada yang tak. Takpa lah, abaikan je lah. Hidup perlu diteruskan.

Sekarang ni rasa penat sangat. Tadi petang lepas waktu kerja, terus lajak pergi mall. Tetiba dalam keadaan tak sedar, dah terbeli lagi sepasang baju kurung. Aiyakkk. Dahlah, tengah mencatu duit sekarang. Haizzz. Geram pada diri sendiri.  Agak lama di mall, dan di butik First Lady tu. Aku ni kalau membeli, memang ambik masa yang lama nak pilih. Tambah-tambah kalau aku sorang je, lagi lah menjadi-jadi. Penat mencuba baju pun belum habis lagi, masuk dalam mall pulak beli barang keperluan sikit. Sampai rumah sewa dah lewat petang, huhhh, penat gila, terus melepet depan tv. Housemate pulak takde sebab berkursus di Ipoh 3 hari. So aku sorang je lah malam ni dan 2 malam seterusnya. Patutnya, aku pun perlu menghadiri kursus 3 hari di hotel di Ipoh tu, tapi boss tak izinkan sebab baru beberapa hari lepas je, aku dah berkursus 3 hari di Sungai Siput. Ye lah kan, tinggal anak-anak aku tu 3 hari, tambah2 tahun 6. Aku pun taknak asyik tinggalkan kelas je. Banyak nanti dorang ketinggalan.

Eh, nak cerita tentang kursus aku pegi di Sungai Siput haritu. Best sangat. Dapat ramai kawan baru. Bilik hotel dah la cun! Room mate aku, akak Fauziah orang Kuala Kangsar. Aku ada belajar perkataan muntah mongek dari dia. Hahah. Aku agak-agak, maksudnya muntah hijau kot. Tapi akak tu sangatt baik. Dia bahasakan dirinya Along walaupun dia anak bongsu. Hehe. Aku pun tak paham. Selesai kursus tu hari Jumaat lepas, hari Sabtu, aku kena kerja lagi. Haa. Letihhh.

Tahun ni, aku rasa agak lega sebab semua jawatan aku yang berat2 semua aku dah lepaskan pada orang lain. Lega sangat. Rasa macam dah diberikan kunci kepada pagar yang memagari aku selama ini. Bebas. Ceewaah.. Hehe. Tahun ni jugak, aku rasa aku dah makin memahami bahasa Mandarin. Dan boleh lah berbahasa dalam beberapa ayat. Kalau kawan-kawan aku borak, kira aku boleh sampuk la, tapi bahasa Melayu lah. Aku harap aku dapat belajar lagi banyak perkataan lah. Boss cakap wo li haii. maksudnya, boss cakap, aku pandai. Hehe. Kawan-kawan aku pun sekarang semua berbahasa Mandarin ja dengan aku. Yang mana aku tak tau tu, aku sengih ja la, dan dorang paham yang aku tak paham. Hehe.

Sekarang, serius aku rasa malas nak buat kerja. Letih punya pasal. Rasa lesu ja. Adeh.. 

p/s : Teringin betul dengan Ford Fiesta warna merah. Seksi. Tapi dorang cakap gearbox problem pulak. Alaa, asal kereta idaman je, pasti ada halangan. Takpalah, setia bersama Oranje nampaknya.

18 February 2014

Hati

Duhai hati. Aku tidak mahu kau keras seperti batu, tidak juga mahu kau mencair seperti air. Aku mahu kau kenyal seperti getah. Biar dipenyek, digenggam, dipijak, tetap dapat kembali ke bentuk asal. Sekarang duhai hati, kau fragile seperti jelly. Masih berbentuk, walau digoyang tetap kukuh dengan bentuk asal cuma apabila dicampak, ditekan, dipicit, akan berubah bentuk dan sukar untuk kembali ke bentuk asal. Hati oh hati ..

02 February 2014

Update 2014

Assalammualaikum semua..

Lamanya aku tak jenguk blog ni. Kali terakhir update adalah pada Oktober tahun lepas. Lama jugak tuh. Aku pun hampir lupa password blog aku masa nak log in tadi.

Em, tiada berita terbaru pun. Kehidupan diteruskan seperti biasa. Masih rutin yang sama. Cuma, ada sedikit perubahan. Perubahan yang aku kurang gemar sebenarnya tapi hati aku yang gembira. Otak cakap tidak, hati cakap ya. Susah kalau berterusan begini. Cuma aku yang cuba kentalkan hati untuk terus berhadapan dengan situasi tersebut setiap hari. Harap aku kuat lah sebab sekarang aku terlalu mengikut kata hati. Kekadang aku rasa aku gembira dengan keadaan sekarang dan rasa malas nak fikir kesan dan akibat pada masa akan datang jadi aku nekad untuk teruskan kehidupan aku seperti biasa. Enjoy while I can because life is short, so just go with the flow. 

Oh ya, beberapa usaha telah dilakukan, jadi tunggu dan lihat sahaja samada ia berjaya atau sebaliknya. Macam dah malas untuk berharap. Terima sahaja apa seadanya.

Notebook. Hm. Rasa macam nak beli notebook baru. Notebook sedia ada ni, bateri nya dah rosak jahanam dah. Susah kalau aku nak mengangkut ke mana-mana kalau terpaksa menghadiri mesyuarat atau kursus. Malas nak mengangkut adapter sekali. Malangnya, sudah hampir 4 kedai aku ziarah, bertanyakan tentang bateri notebook aku ni, tetapi jawapan adalah menghampakan. Susahnya nak dapat bateri mini notebook Samsung ni! Jawapannya, notebook baru lah. Tapi sejak dua menjak ni, aku rasa aku semakin kedekut untuk habiskan duit. Nak beli apa-apa, akan aku fikir seribu kali dan belum tentu aku akan beli. Duit dihabiskan untuk makanan sahaja. Itupun, aku sudah jarang makan di luar. Kecuali kalau belanja abah dan mama makan, aku akan habiskan banyak. Kalau untuk diri sendiri, rm10 pun jarang untuk satu hidangan.

Mata sudah berat. Esok, hajat di hati mahu berjogging pada awal pagi tapi mungkin tinggal angan-angan je kot. Dah tak gemar berjogging di Kulim. Lebih suka berjogging di Taiping. Tenang, kurang pasangan-pasangan kekasih yang melepak dan mengganggu pandangan, trek lebih panjang dan tak kotor. Lepas ni, aku dah ada teman nak jogging dan jugak berkaraoke tau. Haha! Lama sangat aku tinggalkan aktiviti kegemaran aku tu sejak tiada geng yang sama minat. Tetiba pulak dia ajak karoke, so on je lah. Cemana lah suara dia ye? Haha.

24 October 2013

Yuhuuu !

Assalammualaikum . Agak lama aku tak meluah perasaan kat sini. Sebelum ni memang aku private kan blog aku ni sebab aku taknak orang-orang tertentu yang rapat dengan aku, baca blog merapu aku ni. Hehe. Tapi tetiba, rasa rindu pulak pada blog aku yang kekadang dah macam diari aku ni.

Kalau nak diingat balik, dah bertahun-tahun dah blog aku ni wujud. Sejak tahun 2008 atau 2009 aku kurang pasti. Masa tu memang aktif menulis. Kawan-kawan rapat yang satu kos dengan aku di UKM pun ramai yang berblog. Jadi, memang meriahlah peti komen aku. Sejak semua graduated, dah sunyi sepi dah. Aku pun mula slow down. Tapi yang pasti, isi-isi dalam blog aku ni memang banyak sangat memori. Dari aku seorang pelajar sampai lah seorang guru hari ni. Segala kekecewaan aku, kegembiraan aku semua ada dalam ni. Aku ada terbaca, rungutan aku masa nak siapkan tesis ijazah aku dulu. Bila diingatkan, memang perit. Selalu menangis. Tapi Alhamdulillah aku dapat A untuk tesis. Yeayyy. Terima kasih Dr. Noraini.

Itu kisah dulu. Sekarang aku memang sibuk. Salah satu sebab aku tak sempat nak update blog.Seminggu dua ni, aku banyak habiskan wang. Nak kata banyak, bagi orang lain mungkin tak banyak la kot. Tapi bagi aku banyak sebab aku dah tetapkan bajet mingguan. Setiap minggu tak boleh lebih dari jumlah sekian-sekian. Aku nak simpan duit dan takmau jadi pemboros macam dulu lagi.. Tapi minggu ni aku dah berbelanja lebih bajet. Tapi semua perbelanjaan aku semua ke arah makanan. Hehe. Aku dah tak berminat nak beli kasut, henbeg, baju, alat mekap atau apa-apa je lah yang tak boleh dimakan. Yang aku minat ialah belanja duit untuk makan. Tambah pulak, sejak akhir-akhir ni, benda yang aku makan tu, semuanya lebih mahal dari apa yang aku selalu makan. Sebab dah sedap kan, jadi aku ikut je nafsu aku tanpa fikir banyak. Habislaa kalau berat naik. Hehe.

Aku ada 3 azam utama dalam hidup aku.Sebenarnya, banyak azam, tapi yang 3 ni ialah di carta teratas. Pertama, aku nak rajin solat tanpa tinggal satu waktu pun. Yang kedua, aku nak kurus. Yang ketiga, aku nak berjimat dan mula menyimpan. Yang kedua, alhamdulillah dah tercapai dan harap aku dapatlah kekalkan. Yang ketiga, tercapai jugak. Akhirnya, aku dah dapat ubah sikap boros aku yang suka membeli barang yang tak perlu pun. Duit yang aku simpan tu, aku belum fikir pun untuk apa. Tapi tak perlu alasan kan, untuk menyimpan wang. Yang pasti, di masa depan, pastu wang tu akan jadi sangat berguna dan aku dah takda mintak-mintak dah duit abah mama lagi. Dulu-dulu masa mula kerja, jakun kejap sebab dapat pegang wang seniri kan, jadi berbelanja benda mengarut tak ingat dunia. Kesannya, dah kering takda duit sebelum hujung bulan pun. So, pinjam duit abah mama dulu. Haihhh. Tapi tu dulu la, 2 tahun sudah. Sekarang alhamdulillah. Nyanyi sikit. Ku yang dulu bukanlah yang sekarang.. Cewahh..Okey, azam yang pertama pulak memang aku sedang usahakan. Kekadang tertinggal jugak satu waktu. Cuba nak kikis sikap malas aku ni. Azam yang pertama tu yang paling utama. Allah lah tempat aku mengadu kalau sedih, stress dengan kerja. Allah selalu bantu aku tapi kekadang ada masa aku terlupa pada Dia, bila aku tak sempat solat. Jadi, aku memang nak usahakan penuhi azam aku yang pertama tu.

Kisah tentang kerja pulak. Sekarang ni memang aku sibuk sangat. Bukan sekarang ja, dari awal tahun sejak aku pegang semua jawatan tu pun aku dah mula sibuk. Jadi, aku harungi jugak minggu-minggu terakhir sebelum cuti sekolah bermula. Tak sabarnya aku nak cuti. Nak bercuti sambil lihat keindahan dan ketenangan pantai. Wahhh Tak sabaqqqq! Teringat lagi waktu-waktu indah aku kat Terengganu, P.Dickson dan semualah pantai yang aku pernah pi. Hajat di hati nak menjelajah dua pulau di negeri yang berbeza. Satu pergi makan angin dengan family. Satu lagi pergi snorkelling, main-main dengan ikan. Tapi sebab jadual agak padat masa cuti sekolah so, cancel.

Erm. Tak da apa dah kot yang aku nak kongsi, Kongsi gambar sekeping dua, boleh kot. Hehe.

 Teacher Waniey bersama Ain, murid Tahun 1.

 Anak-anak teacher yang kekadang rasa nak cepuk, kekadang rasa nak peluk, kekadang buat teacher ketawa sampai pecah perut.


Ni coq jawa. Kenai dak? Sebab ada kawan aku tak kenal kuih ni.

Sori lah. Sebenarnya nak upload gambar-gambar percutian aku haritu, tapi semua gambar dalam laptop, semua dah licin bersih aku delete. Aku upload mana gambar yang ada je dalam laptop aku ni. Hehe. Jadilah, asalkan dapat melepaskan kerinduan di wajahku ini. Kikikiki

Okeyla. Itu je. Byeeeee