19 December 2012

Hello !

Cuti sekolah hampir tamat. Tak seronok. Huh!

07 December 2012

Worry

Hoping for the best. *pray* . I worried too much. That is not good. Well, they say that it is better to predict a negative outcome to avoid total disappointment. So, I am doing that right now. Not good though. Worrying/thinking too much can kill you. So, the best way is to stay positive. Stay positive but not too confident. Okey teacher waniey? ;)

p/s : Thinking of making this blog private but .

05 December 2012

Hai ..

Dah lama tak update. Rasa nak private kan blog ni dah..

20 November 2012

Percutian ke Pulau Pangkor

Dah berapa lama tertangguh entri ni. Disebabkan aku tengah banyak masa senggang ni, jadi bolehla aku buat entri ni. Aku berazam untuk menyiapkan entri percutian aku yang banyak tertangguh. Haha. Percutian ke Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Seremban-Melaka-Johor dan K.Lumpur (sooooon!)

Pada bulan Ogos yang lepas, aku ada Kursus Guru Baru untuk cikgu cikgi seluruh Perak yang diadakan di Pulau Pangkor. Masa aku dapat tau tu, seronok jugak sebabnya aku yakin ramai member aku pun akan terlibat sebab geng-geng maktab aku kebanyakannya semua posting kat Perak. Hehe.Cuma ada tiga orang geng rapat yang posting di luar Perak so depa tak dapat join lah. Tak best sikit di situ. Aku kalau geng-geng aku tak join kursus tu, takda lah semangat sangat aku nak pegi. Sebab takda geng, pastu berhari-hari pulak tuh. 3 hari 2 malam. Pasti bosan. Ni, dah ramai geng, mestilah teruja! Hehe.

Aku rasa macam semua peserta yang ada kat situ mostly dari Ipg Ipoh ja iaitu maktab aku. Semua peserta 300 lebih kalau tak silap aku. Depa bahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menginap di Suria Beach Resort dan satu lagi kumpulan menginap di Bayview Beach Resort. Aku menginap di Suria Beach Resort. Member rapat aku semua nya di Bayview. Tapi kat Suria Beach resort pun aku ada lah kawan maktab tapi bukan geng gedikgedik aku. Tapi rapat lah jugak, so aku dok sebilik dengan dia.

Disebabkan dibahagikan kepada dua kumpulan maka program pun dijalankan berasingan. Jadi aku terpisah la dengan geng-geng aku. Sob3. Tapi takpa, dalam group aku tu pun ramai jugak kawan-kawan lama dan baru. Lagipun, aku ada join group KPLI Perak. So, apa-apa info aku tengok kat group tu la. Info tentang nak pi Pulau Pangkor aku tengok kat group tu. Jadi bila pi sana, mula buat sesi reunion dan buat kawan baru. Hehe. Depa dok tanya aku, aku ni Nur Shazwani yang letak profile picture muka sebelah tu ja ka? Hahahaha. Tetiba ramai pulak yang bertanya, kan. Padahal, aku jarang kot dok mengomen kat group tu. Aku cuma selalu tengok-tengok je apa yang dipost,info-info penting dan komen-komen group member yang lain. Semasa kursus tu, semua cikgu cikgi pakai baju formal dan nametag. So bila tengok nametag, masing-masing mula lah bertanya, ni Zana, yang guna nick zananziha (contoh) kat Fb tu ke? Ha, gitu lah sesi reunion nya.

Yang best pi sana adalah makanan. Dahla kerap makan, free lagik sedap lagik. Wahhh, heaven betul. Last day, pihak penganjur (JPN Perak) kasi makan seafood bakar. Nyummm. Ada ketam, udang, ayam, sosej dan macam-macam lah. Ohh. Lupa nak cakap, Suria Beach Resort dengan Bayview Beach Resort ni bertentangan je lokasinya. Dekat sangat. Mungkin 10saat perjalanan. Hehe. So, aku tak kisah sangat lah walaupun terpisah kejap dengan geng aku sebab dekat ja resort kami.

Walaupun program dijalankan berasingan antara 2 kumpulan, tapi waktu rehatnya lama. Program selalunya habis pukul 4.30 petang dan mula balik pukul 8.30 malam jadi sempat lah jalan-jalan sekitar pantai. Nak pi jetski ka, island hopping ka, boleh la sebab waktu panjang.

Jom lah layan gambar. Aku tak susun ikut susunan tau. Campoq adok ja.



 Permandangan di tepi pantai pada waktu malam. Sunyi sepi! Macam pulau tinggal pun ada. Yang ada mat-mat rempit dok menyanyi main gitar tepi pantai, ada yang jual burger, ada yang bukak gerai kecik. Tapi serius macam pulau mati. Mungkin sebab bukan hujung minggu kot. Kalau hujung minggu, mungkin meriah sikit.

 Kat Pulau Pangkor memang banyak sangat hornbill. Apa itu hornbill? Hornbill adalah burung enggang. Yang banyak kat Sarawak tu. Hehe. Memang banyaklah hornbill, siap melintas terbang depan aku dengan selambanya. Merata-rata. Dahla terbang rendah. Kami pi main tepi pantai, pastu abang beachboy offer kami bagi makan roti kat burung-burung ni. Memang jinak lah. Tabur je roti, semua pakai serbu. Tapi cerdik burung nih. Depa makan roti yang takda kerak tepi tepi tu ja. Kalau ada kerak, depa tenyeh kat batang pokok sampai tinggal roti yang putih tu ja. So sesapa yang pi Pangkor, jangan lupa bagi makan enggang tau. Bukan senang nak jumpa enggang. Kat situ siap ada resort nama Hornbill resort lagik. Hehe

 Ada masa terluang, kami join pakej ni, yang menawarkan pakej pusing pusing satu pulau naik van (teksi). RM10 ja sorang. Drebar bawak pusing satu pulau. Pening kepala aku tau naik bukit curam gilaaaa dengan jalan sempit lagik. Paeh kawan aku kata, jangan sesapa nak muntah dalam van, kalau tak rugi seploh hengget. Hehe. So, pakcik tu bawak pi kilang keropok ikan (seafood). Kan Pangkor terkenal dengan segala macam keropok ni. So, semua cikgu cikgi pakat memborong lah, untuk anak murid lah untuk cikgu yang memesan lah. Aku pun borong lah jugak tapi sikit je. Macam-macam jenis keropok ada sampai rasa nak beli semua. Keropok udang ada, Keropok ikan bilis ada, keropok sotong ada. Macam-macam. Ada yang tiga bungkus RM10.


 Kami semua naik van ni lah. Van pink ni berfungsi sebagai teksi kat Pangkor. Masa baru sampai ke jeti, aku naik van ni dengan bayaran sebanyak rm8 untuk ke resort. Kalau kongsi-kongsi dengan kawan, lagi jimat.
Semua dalam van tu adalah semua budak IPG Ipoh. Ada lagitu yang tercicir sana sini naik van lain. Hehe


 Kemudian, drebar bawak singgah di Replika Tembok Besar China. Memula ingat nak panjat sampai atas, pastu kak Farah sebelah kiri aku tu takut sebab kat sini macam kawasan orang Cina zaman dulu-dulu sikit. Ada patung patung Buddha, ada kolam ikan, ada patung-patung lain yang skeri lah jugak. Huhuh. Aku pun rasa seram jugak. So, kami bergambar kat bawah-bawah je. Geng-geng cikgu cina naiklah sampai ke atas nun. Cer tengok dalam gambar. Macam skeri jugak kan tempat dia.


 Ini dekat tempat parking kereta di jeti di Marina Bay. Bayarannya mengikut hari kalau aku tak silap. Tapi tak berbumbung lah. Kami park kereta kat sini dan naik jeti di Marina Bay. Ada dua jeti iaitu satu di Lumut dan satu di Marina Bay kalau nak ke Pangkor. Marina Bay ni jeti baru. Tu aku berposing kat kereta Hasri. Semua pakat pakai Vios dah member-member aku ni. Nak dekat 6-7 orang pakai Vios. Sorang Preve. Aku ja dengan Oranje yang comel sesuai lah dengan tuannya yang kecil moleks. Ahaksss!


 Blurrrr! Satu-satunya group foto tapi blur. Salah si penangkap gambar tuh. Masa tu ada satu couple Melayu tengah berjalan tepi pantai, Aku yang comel ini telah dipaksa oleh depa yang lain untuk panggil couple tu tolong snap sat. Pastu boleh pulak dok buat malu-malu kucing. Aku cepuk kepala tu satgi. Yang pempuan tu lah dok buat memalu. Aku mestilah bagi kat pempuan tu suruh snap kan. Kang bagi kat laki dia, nanti dia jeles pulak. Sekali dia buat terhegeh-hegeh apa taktau. Macam tak nak ambik ja kamera yang aku dok hulur tu. Last-last laki dia tolong ambik dan snap kan tapi blur jugekkk!


  Peacee!!








 Macam tak berapa nak pantun ja pantun ni kan? Hahaha. Kebanyakan pekedai adalah berbangsa Cina, so pantun pun lain macam lah. Ni aku snap dekat kedai-kedai dekat dengan jeti. Yang nak beli keropok tu, kena survey-survey dulu. Banyak kawan aku yang borong gila gila masa kat kilang keropok tu, tapi sekali mai kat sini, lagi murah! Haa, kan dah rugi. Ikan bilis, sotong kering pun banyak di Pangkor ni. Macam-macam jenis ikan bilis ada. Tapi aku rasa macam sama je rasa dia semua. Hahaha. Aku ada beli seaweed kat sini. Aku memang penggemar seaweed yang rangup. Ada perisa barbeque, tomyam, original. Uncle yang jual kat sini pasang radio Hot Fm sambil nyanyi lagu Yuna. Hahaha. Bila aku puji dia pandai nyanyi, dia kata 1 Malaysia maaa. Hahaha.Ni hen hao uncle.


 Kebanyakan kedai yang jual keropok-keropok ni, depa bagi rasa dulu. Aku ni rasa macam nak habiskan sebalang tu ja. Wahahaha. Dah boleh rasa tu, pilih la betoi-betoi.Jangan pi pilih keropok yang liat-liat pulak.


 Bila malam menjelma selepas selesai program dalam pukul 10 malam gitu. Kutu-kutu raya cam aku and the geng ni mana reti nak dok dalam bilik senyap-senyap jadi kami keluar melepak tepi pantai. Rakan sebilik aku dua orang tu dah kahwin jadi perangai pun terpuji sahsiah terpuji, tak la keluar melepak cam kami nihh. Hehehe. Kami lepak tepi pantai, sambil makan kerang bakar cicah sos. Aku order nasik goreng. Masa tu aku baru lepas makan ja, tapi masih jugak order nasik goreng. Hahaha. Gerai ni diuruskan oleh remaja-remaja kat sini. Takda generasi pakcik-pakcik kat sini. Remaja-remaja pulak banyak yang macam mat rempit ja aku tengok. Laki pempuan dok merempit melepak malam-malam buta. Geleng kepala ja cikgu cikgi ni tengok. Sebelah gerai ni ada tempat karoke. Satu lagu singgit. Memula aku ingat nak try lah satu dua lagu sebab aku memang kaki karoke. Hahahaha. Kawan aku lagi sorang pun sama cam aku. Tapi dah bila tengok penonton semua nya lelaki, tetiba jadik segan. Sebab tempatnya open sikit. Tapi kami makan kat gerai tu sambil diiringi lagu-lagu jiwang 90an. Dahla yang menyanyi tu semua suara memang sedappp. Remaja-remaja situ gakla yang dok memeriahkan majlis.


 Inilah si dia pemilik kamera dan gambar-gambar ini.


 Ha, nak cuba yang mana? Habaq mai. Aku kalau ada masa, semua aku nak cuba. Tapi akibat kekangan masa, tak dapek la eden.




 dekat lobi resort dengan kengkawan.





Ha, ni lah tempat karoke tu. Bingit gila telinga aku. Kawan aku pulak pilih tempat betul-betul sebelah speaker besaq punya. Memang terbaik lah kan. Bila nak sembang, semua kena high volume. Aku pun sesungguh hati lah highkan volume aku, sekali time aku tengah high volume tu lah, depa pi stop lagu. So, memang suara aku glemer lah 5 saat di situ.

Ada satu lagi gambar aku lupa nak upload. Kat area gerai-gerai tepi pantai ni, ada dua besen, dalamnya ada anak penyu yang kiut-kiut. Memula aku taktau, tengoklah sebelah meja makan aku tu ada besen dengan tong. Apekebenda tu, tak nampak sebab gelap, malam kan. Tengok-tengok, ada anak penyu. Aku pun dengan pantas mengaut sekor dan main-main. Comel sangat. Hehe

So itu je entri aku pada kali ni. Aku rasa nak muntah taip banyak-banyak ni. Nanti aku update lagi entri tentang percutian kat Pulau Langkawi pulak. Beboii

19 November 2012

Random

Well, there's a lot of things going on in my head right now. Thoughts, dreams, expectations, hopes. Hm. Yesterday, I was informed about the sudden death of my senior in UKM, who was also my ex neighbour and my ex schoolmate, abang Hanafee. My dear coursemates (ELIT peeps), do you still remember him? He was the one who gave us a talk and welcomed us on our first day in PPBL, UKM. He was the one who is very fluent in English, and articulate as well. Remember? If I was not mistaken, in Dr Fauziah class or Dr Shantini? I don't really remember which class but, he presented his slides very well. He died at a very young age, leaving his sweet wife. His younger brother and wife are my ex schoolmate as well.My deepest condolence to you and your family in the loss of your beloved brother. May his soul rest in peace. Al-fatihah.

Last night, a very good friend of mine told me something. I should be happy, I suppose. But, deep inside I am sad. I can't control this feeling. Although my mind is telling me to be happy but I can't control my heart. But, it's okay. I will get over this. I told him my feelings. I said that I was happy and sad at the same time and he begged me not to feel that way. Okay.

I have been ignored recently.. by him of course. It's okay. I understand that you've been busy. I've been sulking all night and he as always never gives up pujuk ing me. Haaha. Okey. I forgive you. But still, I am still feeling neglected.

I am gaining weight. Like seriously serious! Haha. My cheeks are bulging and looks like swollen cheek. OMG. I have to do something or else my round face will look even rounder.

Palestine issue. Yes, how sad i am looking and seeing pictures of innocent kids and people being killed. Honestly, I can't watch the news. I can't bare looking at those innocent people. And not forgetting Fb. People keep posting pictures of the Palestinians. :( I usually scroll down so that those pictures are away from my sight. I can't see. I would cry. Dear my brothers and sisters, my prayers are always with all of you. Pray after 5 times solat is more better. Okay. switch to Bahasa for a while because I have something to say and this is better to be said in my language. Untuk mereka di luar sana, yang tak henti-henti post tentang Gaza, Palestin, mengutuk Israel di Fb mahupun Twitter, tak guna laa kalau nak post saja tapi tiada tindakan. Pung pang pung pang di FB dan Twitter tak mengubah apa-apa pun! Lebih baik, buat solat duha, berdoa, baca Yassin lepas solat, solat hajat. Itu lebih baik. Tak guna kalau bising bising kat FB tu, tapi hakikatnya, takdak usaha langsung! Itu namanya, nak tunjuk baik. Okey? Dalam Fb, aku tak sentuh langsung mengenai Palestine. Tak bermakna aku tak fikir mengenai nasib mereka. Aku tengok dalam FB, siap bergaduh-gaduh pasal nak boikot ni, taknak boikot tu. Whathehell?? Benda ni pun nak bising ka? Kalau nak berdoa, biar bersungguh. Kalau nak cuba membantu, biar ikhlas. Jangan nak tunjukkan pada orang lain yang kita ni mulia tapi hakikatnya tidak. Kita tak mampu nak ke sana untuk membantu saudara kita tapi sekurang-kurangnya kat sini kita boleh berdoa untuk mereka. Berdoa bersungguh-sungguh. Allah ada. Allah mendengar. InsyaAllah Dia akan tolong. InsyaAllah. Aku sangat tersentuh tengok dalam berita, ada sedikit video tunjuk sorang ibu sedang memangku anaknya yang berlumuran darah di leher dan di bawah kepala. Aku rasa anak dia mungkin dalam 3-4 tahun. Ibunya menangis dalam kekalutan. Anak dia yang berlumuran darah, hanya diam membisu dan matanya terbuka tapi pandangan kosong. Aku kesian sangat. Aku tau, kesakitan tu mesti tak dapat tahan lagi sampai budak tu pun tak menangis, tak meraung atau apa. Sedihnya tak terkata aku tengok. :(( So please Muslims. Please do our part. Sincerely and seriously. Jangan hanya di mulut saja. Tindakan tu takdak. Okey. that's all.

Assalammualaikum.

17 November 2012

Update.

Assalammualaikum.

Sihat ka semua? Aku tak sihat. Suara takdak. Nak bercakap pun payah aih. Dahla suara takdak betul-betul masa aku pi jenjalan Seremban-Melaka-Johor. Hari pertama nak bangun gerak pi Seremban, terus takdak suara. Adoi. Sebelum tu sakit tekak ja. Tapi takpala, suara tu memang takdak tapi sakit tekak dah hilang, batuk pun dah kurang, demam pun tidak. Alhamdulillah.

Tadi pi ambik kek baldu merah (red velvet) dengan durian crepe yang aku order haritu dekat kat kak lynna. 5bijik durian crepe, rega dia rm10 tambah red velvet saiz kecik rm8. Jadi, total rm18. Pi ambik dekat nasik lemak mami belakang taman aku tu. Tersembang lama pulak dengan kak lyna tu. Hehe. Dengan takdak suara pun, gigih jugak nak bersembang. Aku baru pertama kali beli dengan dia. Terjumpa page dia kat Fb. Tengok-tengok dia pun duk Kulim jugak. Dekat pulak dengan taman aku. Senang la nak kutip kek yang aku order. Susah jugak nak cari durian crepe kat Kulim ni. Sebab tu bila aku tau dia ada buat, terus aku order. Ampa tau dak durian crepe camna? Gambaq nya aku malas pulak nak upload. Haha. Cepat pi google. Sedap jugak. Inti dia memang rasa durian. Kak lynna cakap,durian campur custard. Red vekvet pulak aku pilih topping dia, cheese cream. Nyummmm. Sedappp. Tapi manis. Aku ni tak boleh tahan manis sangat. Tapi adik aku cakap tak manis sangat pun. Mungkin spisis aku tak boleh makan benda manis banyak-banyak. Lepas ni, aku nak order pavlova pulak. Haha. Yang best sebab akak lynna jual yang dalam saiz sederhana, so tak payahla nak beli sebijik terus. Kang tak habis. Lagipun, aku nak rasa je macam mana. Memang dah masuk dalam list aku semua makanan manis ni. Durian crepe, macarons, pavlova dan red velvet. Jadi semua dah aku rasa kecuali pavlova. Tadi dah cakap kat kak lyna, nak pavlova pulak pasni. Kak lyna cakap, no problemmm. Hihi. Kak lyna banyak buat kek yang lain dari lain. Tu yang buat aku tergoda abes. Haritu tengok dia buat kek orange moist cake. Macam best ja. Selalu makan kek oren yang kering biasa ja. Tak pernah makan yang moist lagik. Tiramisu pun dia buat. Habislaa, gemukla sayeee. Hehe

Esok, pi jogging lah. Tapi erm. tapi tempat jogging tu , emm. isk. Takdak apa lah. Em. taktau dah nak cerita apa. Haha. Padahal ada benda nak cerita. Tapi malas nak menaip dan upload gambar. hahaaa. Maaappp.

Okey, nak tengok The Kardashian's Family sat. Bye.

13 November 2012

Short Update.

I don't feel good. Currently having a sore throat and Mr Cough is on his way. Yeayy! -,- Please please dear body, please be strong. Tomorrow is going to be a looooong longgg day. So, please don't get sick. I know, this sore throat and coughs would take ages to heal completely. Maybe because I did not finish up my antibiotics that day and now my poor body has to bear all these. Ok. Got to go and pack my stuffs. Byee

Tq masjue and zura for your comments for my entries. I've read it, and replied in my head. Hehe. 

12 November 2012

Musim Kahwin

Sedang menikmati cuti dengan tenang. :) Setiap hari bangun pukul 6 pagi, selesai membersihkan diri dan solat, pegi jogging kat tasik pukul 6.45. 

Ramai teman rapat yang akan melangsungkan perkahwinan bulan ni dan bulan depan. Tak sangka ye. Dulu hu ha hu ha,gedik hegeh bersama, tetiba dah nak kahwin. Tapi semua teman rapat ni adalah lelaki. Haha. Yang perempuan, belum sampai waktu lagi nampaknya. Haha. Xole, Zul, dan Hazly. InsyaAllah, kami pi serang beramai-ramai rumah ampa nanti. Macam tak percaya ja, ampa dah nak kawen, dah ready dah ka nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami? Hehe. InsyaAllah, kan. Aku doakan yang terbaik.

Oh, dia pun sudah berkahwin. Perasaan aku? Takdak rasa apa-apa pun. Hahaha. Lagi teruja nak tengok gambar dia kawen. Baru tengok sekeping. Nak tengok cemana dia posing depan kamera sebab dulu dia memang benci sangat kalau orang nak snap gambar dia. Kahkahkah. Aku kenal isteri dia. Satu sekolah jugak dulu. Okey, semoga awak dan dia berbahagia hendaknya.

Aku dengan Encik Sayang bila nak kawennya ni? Hehe. Tetiba tergedik pulak. Haha. Tak sedia lagi. Banyak lagi aku nak setel, nak belajar, nak buat semua lah yang aku rasa perlu sebab aku pun baru nak selesa dengan life aku, sebab baru dah stabil dengan kerja semua kan. InsyaAllah, kalau Allah panjangkan jodoh kami.

Jiran aku pun dah kawen. Tapi nasib semua jiran aku yang dah kawen semua tua setahun atau lebih dari aku. Hahaha. Taklah terasa sangat kan. Dorang semua tu rakan sepermainan aku dulu. Dah besar ni dah segan nak lepak main semua. 

Okey. Itu je kot. Assalammualaikum.

06 November 2012

Jangan Benci Bilang Suka

Hai semua. Aku rasa macam aku nak luahkan sesuatu di sini la.. Tapi tak boleh. Aku takmau nak marah-marah orang, nak sakitkan hati orang. Tapi hati aku ni pulak yang sakit. Tak pa la. Aku dok diam-diam siapkan keja aku yang melambak ni sudah. Mungkin boleh lupakan perkara remeh camtu. Dulu, aku kalau aku dah tak suka seseorang tu, memang seriously aku akan tak suka. Kalau aku kutuk dia di belakang, bila berdepan pun aku macam layan tak layan ja. Lantakla, kau sedara ke kawan ke apa ke. Kalau aku dah kata, tak suka, memang aku tak suka. Takdanya nak terhegeh-hegeh tunjuk baik pada orang yang aku tak suka. Eh, dah terluah pulak sikit. Hehe. Tapi, tu dulu la. Aku hari-hari berdoa lepas solat agar, Allah buang jauh-jauh sikap aku yang tak berapa senonoh ni. Aku cuba sedaya upaya, takmau kutuk sesiapa. Kutuk dalam hati je, lepas 10minit, rasa benci tu pun hilang. Aku cuba. Bila berdepan dengan orang tersebut, aku cuba buang jauh-jauh rasa meluat aku. Cuba lupakan, sikap annoying beliau, cuba lupakan apa yang dia dah sakitkan hati aku. Kena cuba jugak. Paling tidak pun, aku cuma kurang melayan orang yang aku tak suka. Lebih baik kan dari aku mengeluarkan kata-kata pedas. Kalau kurang melayan, mulut pun tak pedas, kurang sikit dosa. Hm. Gitulah. Kalau sesiapa yang terasa, ambiklah.. Memang aku tujukan pada kamu pun. HIHI.

p.s : Esok bawak bekal macaroni goreng pi sekolah. Hehe
p.s : Aku dah berbaik dengan seorang sahabat yang dah lama aku tak hubungi. Dah berkali-kali dia pujuk dan mintak maaf tapi aku diam membisu. Tetiba tadi, tergerak pula nak tegur dia. :) sorry friend.

05 November 2012

Roti Milo

Berat betol bontot aku ni nak bangun pi amek wudhu semayang Magrib. Haih, Syaitonnn, syaitonnn.

Tadi aku makan roti High 5, sapu planta, sapu serbuk milo, lipat, baca Bismillah, auuuummmm, masuk mulut. Sedappppp. Sapa suka makan roti Milo macam aku angkat tangannn!

p.s : Nanti update lagik, panjang sikit. Bubboiiiii.

31 October 2012

Update

Assalammualaikum. Selesai sudah satu hari kursus KSSR, three more days to go!! Pengsan! Agak bosang jugak kursus tadi masa awal-awal. Nak dekat hujung-hujung baru best. Penceramah pempuan tu ranggi gila. I loikeee. Aku suka ranggi-ranggi samseng-samseng ni. Macam aku. Hehe. Tadi kursus pukul 8pagi-4petang. Pitam lagikk. Esok lusa tulat pun sama hoii. Tapi kursus KSSR kali ni best lah jugak sebab kursus ni untuk subjek Dunia Seni Visual. Apa tuh? Pendidikan Seni daa. Dah nama baru dah sekarang. Yang bestnya sebab nanti kami kena buat projek. Kumpulan aku kena buat boneka. Dah ada dah bentuk yang nak dibuat. Sapa yang cadangkan? Mestilah hakuu. Hahaha. Aku tengok ada member aku upload puppet dia untuk kursus KSSR Dunia Seni Visual tapi untuk negeri lain. So terus aku tunjuk kat ahli kumpulan lain. Semua setuju. Jyeahh baybehh!  Bahan-bahan seperti span, kertas warna dan segala mak nenek, akak-akak (cikgu-cikgu senior) nak bawak esok. Hehe.Aku pi dengan member aku. Dia pun sama kursus dengan aku. Tetiba dia macam nak jadi ketua kumpulan, arah sana sini. Haha. Lantak ekau laa. Jangan nak mengarah-arah aku sudahh yekk. Sebab ekau seniri pun mintak idea daripado denn. Haha.

Nak cerita pasal boipren. Buleh dak? Aku asyik kecik kan hati dia ja lately. Aku asyik cakap lepas ja. Dia pulak, tak marah, so aku makin menjadi-jadi. Apa yang aku tak puas hati, terus aku cakap, tak fikir dah. Takmau dah perangai camtu. Takut makan diri jek. Dia tu dah la baik. Rugi lak kalau aku layan dia buruk-buruk. Kesian kat dia. :( Bila aku fikir balik, aku rasa bersalah, aku tak de la nak mintak maaf kan. Ego punya pasal. Aku cuma, cakap baik-baik, selalu mesej, selalu call dia. Cakap jiwang sikit. Kahkahkah. Tapi sebelum ni, bukan aku nak marah dia tak tentu pasal. Ada sebabnya. Tapi sebabnya, kecik-kecik je lah. Aku kot sensitip lebih. Aku sampai halau dia keluar kereta. Ohmaii. Teruk betul aku. Tapi aku takda niat pun time tu. Masa tengah sedih, keluar macam-macam. Dia keluar gak dari kereta setelah dua kali aku suruh. Pastu aku lagikla sedih. Haha. Mengada siot. Dah kau suruh dia keluar, pastu bila dia keluar, lagi nak sedih. Tapi dia kuar, pastu tak lama kemudian, dia masuk balik. Takkan nak biar aku sedih sensorang dalam kereta kan. Pastu, aku mintak maaf, pastu esok aku sakitkan hati dia lagi.. Kesian awak.. Kalau dia terasa dengan aku, dia tak bagitau aku pun. Cuma dia luah dalam twitter dia ja. Hahaha. Kekadang, sentap jugak aku baca twitter dia. Terus rasa nak block beliau. Hahaha. Tapi dia tak lah maki-maki aku dalam Twitter. Cuma kata-kata nasihat yang membuatkan aku terasa abesss. Hahahahah.Pandai ek nak saiko saya ye awak. Pastu aku deactivate twitter, konon tunjuk perasaan. Pas 2 hari, activate balik. Hahaha.Kalau aku nak tau perasaan dia, aku tengok lah twitter dia, tapi aku jarang sangat komen apa-apa yang dia tujukan untuk aku. Aku baca senyap-senyap je. Dia pun tau aku baca. Kenapa ek, haritu, aku marah sangat kat dia. Em, haa, dia dah tau nak kuar, tapi dok melilau pi rumah kawan sampai ke Padang Serai. Pastu aku mestilah hangin. Aku desak-desak dia suruh balik. Tapi takda lah desak sangat pun, dok call call msg2 ke apa. Aku just cakap, hmm, dah petang ni.. Camtu jahh. Hahaha. Tapi dia kelam kabut balik bawak laju-laju, sekali, aku pulak yang lambat. Kahkahkah. So, bila naik kereta, dia punya lah nak marahh. Tapi macam biasa, asal dia nak marah, aku nak gelak je keje. Nak kena sekeh kot. Sebab cara dia marah tu, aku rasa comel laa. Maaf ya, i just can't help it. Memula lah nak gelak, pastu dah lama sikit, mula nak sensitip. Haha.Ha la, dah kuar dengan aku, keje nak BBM je, aku amek hp, campak dalam lubang jamban baru tau. Aku tengok dia BBM dengan kawan-kawan ejen hartanah dia tu. Sambil BBM, sengih-sengih. Yang aku, dok ngap-ngap popcorn sorang-sorang. Terus aku makan sorang je popcorn tu, takmau kongsi.Sapa suruh sombong. Lepas tu, tengok wayang citer antu. Paranormal Activity tu, dia boleh tidoqq?? Terus aku bebai, mengamuk semua ada lahh. Walaupun dia yang bayarkan tiket wayang tu dan aku tak rugi apa-apa, tapi bila aku dok terkejut ka takut ka, aku sorang-sorang ja. Kalau dia ada,leh mengada menyorok belakang dia ka apa kan. Ni dok tidoq?? Nasib baik tak berdengkur. Kalau berdengkur, saya tinggal awak dalam tu sorang-sorang. Saya balik rumah. Huhhh. Bila dah terjaga, baru nak borak dengan aku, merajuk lah aku. Dah puas pujuk (lama gak) tapi aku buat tak nampak dan tak dengar, dia boleh sambung tidoq??? Ciss. Teros rasa takmau kawan dua hari. So, dari situlah start drama halau keluar dari kereta. Kihkih.  Pastu kan, aku marah-marah dia sambil nangis, aku cakap lah, dia asik dengan BB dia, je, aku tak pernah pun pegang hp kalau keluar dengan dia. Teros laju dia potong cakap ADAA!! Dia nak marah sebenarnya tu. Kira nak begitau, aku pun salah jugak lah kan. Tapi nada tu, cam comel jadi, aku tengah nangis tu, nak tersengih puloksss. Spoil betoii. Kalau aku gelak, mesti keadaan jadi awkward gilaa. Hahahaha. Tengah dok berdrama nangis, pujukrayu, marah-marah bagai, tetiba aku pi tersengih. Haihssss. Dah ar. Bosan lak. Asik-asik citer pasai boipren jaa. Ingat ko sorang ada boirpen? Haktuiii

p/s: Nanti kawan-kawan segedik sehegeh nak pi Penang, aku nak ikoooooooooooooooooot. Tapi time tu, aku kena pi Muar,Johor pulak dengan family, ada rombongan meminang. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(

30 October 2012

Eye Liner Terbaik !

Assalammualaikum para sahabat dan pembaca yang vogeh. Harini aku nak buat review sikit tentang eye liner yang aku selalu pakai. Aku mula pakai eye liner sejak aku Tingkatan 5 kot. Masa tu, aku sesaja beli ja eye liner yang jenis pensel tu. Beli pulak yang paling koman abes. Harga singgit ja. Hahaha. Eh silap. Singgit lima kupang kot harga dia. Hehe. Saja ja cuba cuba. Pastu terus rasa best pakai. 

Sejak dari hari itu, aku terus wajib pakai eye liner. Mekap lain tak pakai tapi eye liner wajib pakai. Masa tu belum pakai lens lagik tapi pakai cermin mata. Tapi tetap gigih pakai eye liner sebab eye liner dapat memberi seri sikit kat mata aku ni yang kekadang cam orang tak cukup tidur pun ada.

Bila dah masuk UKM, rasa macam duit lebih sikit sebab dapat PTPTN, haha, terus tukar eye liner. Beli eye liner jenis pensel jenama Maybelline. Memang suka sangat dengan eyeliner ni sebab warna dia hitam pekat. Kekadang aku pegi kelas tak pakai eyeliner tapi calit eye shadow hitam je. Kekonon gothic lah sangat kann. Hehe. Tapi masa tu, memang tak pakai eye shadow warna lain. Lipstick pun tak pakai. Apa mekap pun tak pakai. Dah lama sikit, baru cuba eye shadow warna-warna tapi eye-liner harus tenyeh.


Ni muka aku tanpa eye liner, tanpa bedak, tanpa apa-apa lah. Sebab pi jogging kan, berlengas gila sebenarnya muka aku time ni.


 Ni dengan eye liner. Snap masa nak pegi kerja. Aku suka tenyeh ala-ala cat eye. Memang dari dulu suka betol tenyeh gitu. Hehe


Ni zaman aku kat maktab Ipoh. Masa dulu aku suka tenyeh eye liner atas bawah. Sebab lens aku yang menyebabkan aku sesuai pakai camtu. Lens warna cekelat yang pudar. So, menaikkan lens aku, kalau tenyeh eye liner keliling mata.


 Memandangkan sekarang lens aku pun warna gelap je. So, aku tak tenyeh dah sekeliling mata. Aku tenyeh bahagian atas je. Kalau mata warna gelap, tenyeh lagi eye liner atas bawah mata, nampak mata besorr dan skeri dan tak lawa bagi aku. Time ni,sebenarnya, muka aku sangat lah berminyak. Masa raya aji haritu. Aku dah tidur, memasak, berjalan ke sana ke mari. Tapi eye liner tetap maintain macam baru pakai je.

Jadi marilah kita melihat eye liner yang aku paling suka guna. Mestilah dari Maybelline! Memang best. Sesuai untuk orang muka jenis berminyak macam aku ni sebab ianya cepat kering dan tak smudgy. Tahan satu hari.

 Sebenarnya, yang jenis ni aku beli sebab takda pilihan. Selalu aku beli yang jenis liquid. Tapi sebab kat Watson dah habis stok, tinggal jenis ni je, so aku pun rembat. Tapi aku tak berapa gemor la. Sebab tu ada banyak lagi dalam bekas tu. Aku tak suka sebab, memula memang la best pakai. Dah lama, dia jadi cam agak keras, nak tenyeh pun tak berapa smooth kat mata. Ada tips suruh titiskan minyak rambut dalam gel tu untuk lembutkan. Tapi lagi berminyak lagi adalah. Aku sapu kat mata, lambat gila nak kering. So, aku tak berapa minat pakai ni.



 Liquid eye liner ni aku baru beli ja. Botol pun asyik tukar-tukar je. Aku beli jenis hyper glossy. Ada dua jenis. Satu jenis shiny satu lagi jenis hyper glossy. Yang jenis shiny tu, jenis merlit merlit lat mata. Meghelit kata orang utara. Hehe. Tak mau lah aku meghelit-meghelit shining-shining ni. Aku bukan artis ponn walaupun muka aku seiras artis. KAHKAHKAH. So, aku beli hyper glossy. Hyper glossy ni membuatkan eyeliner tu, nampak cam basah je kat mata, padahal sebenarnya dah kering dah. Tapi nampak cam basah macam baru sapu gituu. Best guna yang yang sebab cepat sangat kering tau. Tapi aku dulu masih belum biasa dengan berus dia halus sangat camtu. Dulu berus lain. Banyak betul lah transformasinya. Tapi sekarang dah cekap dah. Sebab haruslah cepat tenyeh pepagi kalau tak mau lambat ke kerja kan. Hihi. Dahla aku selalu bangun lambat. Jadi kena sekali sapu je untuk menjimatkan masa.



 Hah,eyeliner ni memang merugikan betol aku beli. Jenama IN2IT. Koman betoii. Aku saja la beli sebab nak bertukar, sebab yang ni murah la sikit dari Maybelline kan. Eye liner jenis ni, tip dia, memang halus. Khas untuk lukis-lukis kat bahagian mata. Aku beli jenis ni sebab aku nak smooth kan lagi sapuan eye liner aku tu. Tak mau nampak comot. Memula pakai, memang best. Walahh! Sekali sapuan ja, comey teruihh. Lepas tu, dah berejam-jam, mula lah mata nampak comot.  Sebab muka aku jenis berminyak. So, minyak tu kat muka dah menyebabkan eyeliner kat mata nampak comot. Bila aku kelip je mata, melekat je eyeliner kat atas kelopak mata. Dan, eyeliner ni lambat kering berbanding Maybelline. Harap pen ja nampak cantik ada bunga-bunga cinta, tapi hampehhh punya kualiti. Aku pakai dua kali je, sebab nampak comot gila macam aku tak reti pakai eyeliner ja, sampai mama pun tegur, teros stop. Konon waterproof, tipu oii. Kena air sikit, terus comot.


 Ahh. Ni memang feveret aku. Ni liquid eye liner botol lama. Maybelline of course. Best sangat pakai. Berus pun tak nipis sangat dan tak besar sangat. Dan kalau aku tersalah pakai, disebabkan ia cepat kering, bila dah kering tu kan, aku tonyoh sikit, terus keluar macam keruping. Paham dak macam mana? Eye liner ni bukan jenis, kalau kita tonyoh nak basuh, dia bukan comot-comot. Dia ala-ala, macam sticker. Tarik-tarik dia nye keruping-keruping tu, terus bersih takda kesan langsung kat mata. So, bila pakai ni, kalau aku tersalah lukis ke, terlebih ke, senang sangat nak remove. Tapi satu je. Eye liner ni kalau tak kena gaya pakai, contoh, kalau tercelup berus dia terlebih dalam ink tu, akan menyebabkan gumpalan eye liner kat mata. Kan cepat kering, so, susah nak buang. Tapi orang tak nampak pun gumpalan tu. Cuma kita je la rasa tak selesa. Cam aku ni, bulu mata tu terlebih panjang dan banyak (tapi tak lentik pun. haha) So, kena pakai betol-betol, kalau tak, tak selesa je rasa, sebab boleh nampak gumpalan tu melekat kat bulu mata. Yelah, bulu mata aku kan jenis panjang dan turun ke bawah. Em, macam watak Big Bird atau watak gajah dalam Sesame Street tu. Haa, kan depa punya bulu mata panjang, banyak tapi tak lentik. Haaha. So, aku rasa tak selesa kalau gumpalan tu mengganggu permandangan aku.

Ni eye liner jenis tip nya nipis dan tajam macam yang jenama hampeh IN2IT kat atas tuh. Tapi jenama Maybelline haruslah best dan tak menyesal beli. Aku selalu lukis dulu pakai yang ni kat mata, kemudian, baru aku sapu pakai liquid eyeliner. Dah ada line aku lukis kan, so senang la nak sapu supaya tak terlebih,

Ni pulak untuk aku tenyeh di kening. Dah lama sangat aku pakai ni. Bertahun-tahun dah tapi tak kontot lagi. Mungkin sebab aku pakai sikit je kot memandangkan kening aku pun dah agak lebat. Punya lah lama sampai jenama pun terkopek abes dah. Ni jenama Elianto. Aku beli sebab ada sale. Elianto kan suka buat sale. I loikeee. Aku beli kat Midvalley masa first year UKM dulu. Lamo gilosss. Okey la kalau nak tenyeh kat kening sebab warna dia tak terang sangat so tak la over sangat kat kening tu. Pernah jugak aku tenyeh pensel kening yang jenama Maybelline. Maybelline kan warna dia memang terang. Sekali hambek ko, nampak cam Sin Chan teroihh.Kening terlebih lebat. Kawan aku la ni, cakap aku macam Shin Chan. Cisss kau Xole.




Ni yang jenis pensel. Yang ni jenis mata tebal. Kalau nak yang boleh asah sampai tajam, leh beli yang jenis pensel. Aku beli ni ni untuk tenyeh dan touch up sikit-sikit kat bahagian mata yang tak terkena eyeliner. Macam di sebalik bulu mata aku. Kena selak-selak dan tonyoh. Baru nampak hitam sepenuh nya. Haha. Dan jugak kalau aku pakai jubah, aku pakai eyeliner atas bawah, ha, untuk bahagian bawah mata, aku tenyelah pakai pensel. Janganla hampa dok tenyeh pakai liquid di bahagian bawah mata. Orang pakai pensel ja selalunya.

Okey, tu saja aku nak cerita. Maybelline memang akan menjadi pilihan aku untuk eyeliner sampai bebila. Takmau dah tukar-tukar, nanti nyesal aku. Macam IN2IT tuhh. Okeyla. Nanti nak review produk Bio Essence Bird Nest yang aku pakai sekarang ni pulaks. Byeeee.

22 October 2012

Cerita Campur


Assalammualaikum ! Haahh.. Dah habis dah in training aku, semua berjalan dengan lancar, cikgu-cikgu lain pun tak soal banyak. Tu yang kita mahu. Hehe. Tapi serius, semalam aku stress gila! Aku sampai kena tutup telinga dengan tisu, habaq hang. Adoiii. Kenapalah kakak jiran sebelah rumah, kamu memasang lagu dengan begitu kuat. Kakak ni, sebenarnya muda lagi. Em, umur dia 28-29tahun camtu kot. Tapi dah berkahwin dan anak 4 orang. Yang sulung umur 11 tahun. Haa, cer kira akak ni kahwin umor berapa. Hhehehe. Akak ni okey je. Sopan lah. Tegur aku pun baik-baik je. Tapi bila pasang radio tu, omakkauuu tokozut omakkk. Aku rasa dalam diri dia masih ada jiwa remaja yang memberontak ingin keluar. Ceyceyy. Hehe, sebab aku tengok dalam FB dia, kekerapan dia tukar profile picture ke, upload gambar ke, cover foto ke, memang melebihi kiraan kedua2 belah tangan dan kaki aku. Hehehe. Semua gambar mestilah gambar, self shot. Amek sniri punya gambar. Hehe. Takpala kak, lain kali akak jangan lah begitu lagi. Dah memalam camtu, lebih baik, kalau kita selow kan tv ke, radio ke, anak-anak akak pun, kasi ler tido awal sikit. Jangan berjaga sampai tengah malam pastu pasang tv cenel astro ceria kuat tahap petala langit ke7. Saya susah nak tidoq kak oi. Nasib baik ada tisu sumbat-sumbat dalam telinga. Hihi

Okey, em. ha, nak cerita tentang gambar kat atas tu. Haa, tu bukan suami jiran aku yang aku cerita kat atas tuh k. Jangan dok buat salah faham pulak. Tu adalah encik sayang. Comey dak loviey loviey aku tempek seketoi ataih muka dia? Hehe. Makcik belakang tu pun jadi mangsa aku tempek twinkle twinkle little star. Hehe. Syok pulak aku dok main dalam Paint tadi. Semua benda nak tempek. Kesian aku, dah lama tak sentuh fotoshop. Uwaaaaaaa. Rindu wehhh kat fotoshop!! sobsob. 

Okey, so kembali kepada topik utama, awat haa yang aku tempek tempek atas muka encik sayang tu? Saja ja, bajet artis hot, takmau dedahkan boipren. Kahkahkahkah. Sebenarnya, aku dah belajar dari kesilapan aku yang dolu-dolu. Kan dolu-dolu, kalau sapa yang folo belog aku sejak aku zaman muda mudi remaja, di UKM dulu, aku selalu ja upload pic boipren. Pi mana-mana, snap gambar pastu upload. Haha. Tak berapa cerdik sangat masa tu. Pastu bila dah putus, aku rasa malu. Sebab satu dunia dah tengok gambar aku dok hegeh-hegeh dengan dia. Gedik sengih kerang busuk, bila bergambar. Pastu, letih pulak nak delete satu-satu dari blog ni. Pastu, orang akan tau, aku ni dah putus dengan dia tu, pastu kapel dengan orang lain, macam aku ni berkepit dengan banyak lelaki dah kan? So, aku macam segan. Sebab, not very nice aku rasa nak bubuh gambar aku gedik-gedik dengan lelaki yang masih belum suami. Dulu tak reti pikiaq, la ni reti dah. Dan bila, aku dah ada jejaka kesayangan buat kali kedua, aku senyap-senyap jah. Tak tempek dah dalam belog kesayangan ni, tapi tertempek dalam pesbuk. Tapi orang tak perasan sebab ada seketoi ja gambaq dia dalam album aku tu. So, orang tak berapa perasan sangat. Tapi kalau yang perasan tu, tahniahhh! Pastu, tak jadi lagi dengan yang tu, so move on dengan yang baru. Orang pun taktau aku jadi ke tak jadi ke, jadi dengan sapa ke, sebab aku diamkan, so tak berapa nak malu di situ. Cuma hati rasa sedih. Sedih sorang-sorang. Uwaaaa. Tapi ada aku luahkan pada yang sudi. Ceeeewaahh. Hehe.

So bila move on dengan yang baru pun aku diamkan. Hajat hati nak diamkan terus. Tapi encik sayang request aku buat in a relationship tu after a few months kami bercintun sebab dia rasa tak secure. Haahaha. so aku pun buat. Cuma, tak nyatakan aku in a relationship dengan siapa. So sejak itu, tidaklah pernah aku menempek gambar beliau. Eh, pernah kot sekali. Tapi gambar dia sorang ja. Aku, mei yoo (takdak) Lagi sekali aku upload, gambar beliau tutup malu kaver muka yang tak berapa ensem di luar, tapi hensem di hatiku. Kahkahkahkahh. Walaupun dia pun ada pesbuk. Aktif jugak. Tapi jarang sangat sangat sangat kami nak komen. Sebab dia pun, segan dengan kawan-kawan dia, aku pun segan jugekkkss. Malu pulak. So sebab jaranggg, sangat dia komen. Aku pun jarang sangat. Bila aku terkomen status dia, aku jadi kekok gila, nak berbual kat fb. Rasa cam, semua mata sedang memandang. Adoii. ceq segan. So, terjadilah perbualan skema di situ. HAHAHAHA. Pastu lepas dua tiga komen, terhenti camtu ja. Hahahaha. Apa daa. Dia, pun selalu ja berkeliaran kat fb aku. Selalu like status, komen sikit2. Kekadang dia komen, aku rasa cam malas je nak reply sebab nanti akan jadi skema lagi di situ. Hahaha. So abaikan ja. Dan dia tak kisah pun. Dia ni memang ramai kawan, client, yang terdiri daripada pelbagai jenis peringkat umur. Jadi aku paham lah kalau dia pun segan nak tangkap leleh dengan awek kat fb kan. So, aku paham. Dia kata, dah jadi laki bini, baru lah dia komen-komen. Haha, aku rasa takdanya, kalau dah terbiasa dari awal, mesti tak heran dah nak komen-komen kat fb ni. Nak tegur, call terus. Apa susah. Hahaha. Takpun msg je kan.

Satu lagi sebab aku tak expose dia sebab, andai kata lah kan, jodoh aku dengan dia tak panjang, kuasa Tuhan, siapa tahu kan, dan aku terjumpa dengan orang lain pulak. Bertangkap cinton dengan orang lain pulak, orang pun taktau kan. Sebab aku tak pernah dedahkan. Jadi aku tak lah malu. Orang lain selamba je kot. Tapi aku malu, kalau kapel putus kapel putus ni. Rasa segan camna taktau. Taktau nak habaq lagu mana. Lagi-lagi kalau satu dunia dah tengok kita dok bertukar-tukar bf ni kan. Jadi kalau rahsiakan, banyak kebaikannya. Dah kahwin nanti, baru aku reveal. Even time tunang pun, aku simpan dulu. Tapi aku jemput lah kawan-kawan terdekat. Aku cakap ni, bukan dengan encik sayang ni je, mungkin nanti dengan bakal suami aku yang aku pun taktahu sapa. Aturan Allah, aku tak boleh teka. Kalau Allah izinkan, Alhamdulillah. Kalau aku kawen dengan orang lain pun, satu dunia pun taktahu kan. Mungkin kawan-kawan baik aku je tahu. Orang lain, mungkin ingat aku kahwin, dengan orang yang aku selalu ceritakan selama ni. hehe. Tapi sebenarnya, aku sentiasa berdoa pada Allah agar jodoh kami dipanjangkan. Insya Allah.. Sebab aku sayang dia. Haa, dah nak jiwang dah. Ni yang malaih nii. Hehehe

Wei, korang ingat tak dulu, aku pernah update blog, nak bagi hadiah kat encik sayang. Hahaha. Sebenarnya ni cerita lama, tapi takpa la, aku nak cerita jugak. Haritu besday dia, aku pun kasik lah hadiah. Besday dia 10 ogos. Eh tapi, aku tak lah terus bagi hadiah. Haruslah berlakon dulu. HAHA. So, aku dengan dia keluar haritu, pi cari kasut raya. Hehe. Pastu, em. camna ek cerita dia, aku lupa plak. Hahaha. Oke, pastu melilau la cari kasut raya aku. Sorilah brader sayang, berjam-jam kena teman aku melilau cari kasut. Pastu ntah macam mana dia boleh timbulkan soal hadiah. Mungkin aku dok buat gedik wish kat dia kot. Pastu buat muka serius nak hadiah. Aku cuba berlakon, nak cakap takda hadiah. Tapi apsall la, dengan dia aku suka nak gelak-gelak kalau dia serius or marah. Haihhhh. Spoil gila. Tapi aku gelak-gelak jugak sambil cakap, "alaa, awak nak hadiah ke? Saya takda duit la. Lagipun takdak masa nak beli," Aku cakap sambil gelak-gelak. Sebab aku taktahan nak gelak. Adoiii. Selalu aku adalah pelakon yang termasyur. Tetiba haritu tengok muka dia, aku rasa nak gelak. Pastu dia cakap " Ala, setahun sekali je pun. Hmm" Haha. Comel betoi bila dia buat muka. Sekali lagi aku nak sengih. Haih. Cepuk kepala kangg. Tapi dia salah anggap dia ingat aku sengih-sengih tu macam aku senyum sindir lah kat dia. So misi aku nak bagi dia hangin, berjaya. Hahahaha. Tapi dia tak hangin pun oii. Setiaa dok teman aku jugak. Buat macam takda papa jerk. Oii, awat takmau merajuk nihhh. Aku saja hegeh pi tanya, "awak marah ke saya tak belikan hadiah?" "takda lah." Pastu dia senyum. Lorhhhh. Tak merajuk pun pakcik nihh. Hampehh. Pastu takpelah kan, pi satu kedai kasut ni, dia pun cam biasa lah bosan tunggu aku menerai kasut. Dia nak tolong aku pegangkan handbag sebab cam susah je aku nak tunduk-tunduk pakai kasut, henbeg pun masa tu lah nak menggelongsor cam roller coaster ke lantai. So, aku teros letak atas kerusi. Dia pun terus ambil nak pegang. Pastu dah beg aku tu terbuka zipnya, dia pun nak tutup. Aku teros marah dia secara spontan. "Ish, tak payahla nak sentuh henbeg saya." Oppss. Terus muka dia berubah. Dia cakap "saya tak selongkar pun lah beg awak tu. Saya nak tutup zip je sebab barang awak nak terjatuh," Masa tu aku dah pegang balik henbeg aku tu. Actually, aku marah bukan sebab apa, aku marah sebab kotak hadiah dia ada dalam beg aku tu. Nanti kalau dia nampak terkantoi laaa. Itu yang aku termarah tu. Nasib baik dia tak nampak.

So, aku ingatkan dia, nak merajuk ke apa aku marah gitu. Rupanya, tak ponnn. Adoih kau ni noqsss. Marah dia 10minit ja. Pastu okey. Terus ajak aku minum. So, kami pi makan-makan, masa tu lah aku letakkan hadiah atas meja makan. Tergamam dia, sambil sengih-sengih. Malu lettewww sampai taktau nak react cemana. Hahahaha. Kejap-kejap nak bukak hadiah, kejap-kejap nak bukak kat rumah. Lawak betoi aku tengok. Last-last aku suruh bukak tang tu jugakkk and i was glad he likes it. Hehe. So gitu lah cerita dia. Si encik sayang, yang susah nak marah. Tapi dia kata dulu dia memang panas baran. Tapi takpalah, doakanlah hubungan kami baik-baik saja. Okey. assalammualaikum.


21 October 2012

TOLONG

wehhh. tolong aku. :(((( esok aku ada in house training. Kena terangkan balik segala yang aku dah dengar kat kursus yg aku pegi tu. Tengah study slides ni. Memula aman je, sekali, jiran sebelah rumah ni pasang radio kuat tahap cipan. Uwaaaa. Akak, tak kesian ke kat anak-anak akak tu. Tak kesian kat saya ke? Huhuhuhu. Lagu pulak tak menahan, lagu MJ, N SYNC, BSB,  memang kuat nak mati lah kan. Skang industan pulak. Uwaaaaaa. AHKAKKK, PELISHHHH. Pelish lah pahammmm. Aku da update status fb secara halus. Harap akak bace dan terasa, dan perlahankan radio ye kak. Kecian saye.

15 October 2012

Isma Daniel

Ingat tak aku pernah cerita kisah murid aku yang degil nak mampus tu. Murid yang aku abaikan beberapa bulan tu. Kan aku dah layan dia macam biasa kan, sekarang ni asal aku masuk kelas je, belum pun duduk lagi, dia lah yang pertama tunjukkan buku latihan dia pada aku. Walaupun tulisan masih buruk seburuk-buruk alam jugak, tapi semua yang dia tulis tu, dia buat dengan usaha sendiri, tak tiru kawan. Jadi aku rasa bangga sangat dengan dia. Ayat pun sedap didengar tapi ejaan agak berterabur. Takpa, itu menunjukkan mungkin dia siapkan di rumah, mungkin dia tanya kakak dia ke mak dia ke, tapi dia sendiri yang tulis. Takpa lah walaupun bukan 100% usaha dia, tapi dia mencuba jugak kan. Itu yang aku nak. Dan bila dalam kelas pun, dia bina ayat, semua dia cuba buat sendiri. Cuba juga mengeja walaupun lambat. Ha, macam tu lah cikgu sayang. ;) Tapi, kuku tu hitam dan kotor, eeiiii. Cikgu dah tegur banyak kali suruh potong kuku, tapi degil jugakk. Memang cari pasal lah kan siapa yang datang mintak semak buku lepas tu tunjuk pakai jari pada ayat yang tak paham, pastu aku nampak kuku kotor, Haa, kantoii. Terus kena bebel. Aku memang geli geleman dengan orang kuku panjang. Blueeekkkk!!! So, aku tegas dengan orang yang berkuku panjang.

p/s : Nama budak tu, Isma Daniel, nama sebijik macam pelakon yang pernah jadi Hero Remaja dulu. Hehe

14 October 2012

Nak Muntah


IV     PROGRAMS AND PROJECTS ANALYSIS
4.1    Based on the programs that have been carried out under the English
         Department, it can be concluded that, there are still a few weaknesses
         that can be improved.
4.2    All English programs and activities that have been carried out are
         hoped to create interest amongst pupils in English language as to
         enhance pupils’ proficiency in English. This is to pursue the
         Education Ministry’s vision as stated in the Announcement Letter
         Num.12/2011 that is to strengthen blablablaaaa

Aku bosan nak mampuih hoiiiii nak siapkan minit mesyuarat panitia ni. Arghhhh. Ada dua minit perlu disiapkan. Satu dah siap sampai 7 helai aku pulun. Minit mesyuarat panitia BI mestilah dalam English kan. Udahla GB nak semua dalam format baru jadi takda hardcopy dan softcopy untuk di edit. Dulu buat dalam BM je, tapi sejak aku pegang Panitia English ni, tetiba dia nak aku buat dalam BI pulak. Dah boss suruh, buat sajorkkk. Ni aku nak tanya, surat pekeliling in English apa ek? Announcement Letter ka? Aku hentam saja bubuh announcement letter. Aku berazam nak siapkan malam ni jugakk.  Ok bye.

Bebelan di pagi Ahad

Selamat pagi semuaa! Hehe. Minggu ni aku kat rumah sewa je. Tak balik Kulim. Home alone di Batu Kurau. Hehe. Aku malas pulak nak balik sebab aku ada kursus sampai hari Sabtu. Balik rumah pun, sehari je la kat rumah. So minggu depan, baru balik Kulim.

Tadi bangun pagi, sedar-sedar kat dalam bilik rumah sewa, rasa pelik je sebab selalunya, kalau aku bangun pagi dalam pukul 9-10 pagi camtu, aku pasti kat Kulim. Kalau aku bangun pagi di rumah sewa, mesti aku bangun awal sebab nak pegi kerja. Masa bangun tu pukul 6am, hari pun masih gelap. Tadi bila celik je bijik mata, terkebil-kebil je tengok aku kat dalam bilik di rumah sewa. Terus rasa tak best. Haha

Semalam, aku habis kursus pukul 1petang. So, aku balik rumah, masak-masak sikit. Pastu on9. Pastu tido jap, tengok tv jap. Petang tu pulak hujan lebat gila, jadi aku goreng cucur, minum dengan teh o panas, sambil layan tv. Best. Hehe

Hari ni pulak, bangun tadi, goreng cucur jugak. Aku sebat je apa yang ada kat dapur tu. Aku tak beli sangat bahan mentah sebab takut tak sempat masak, membazir je kan. So dalam fridge ada sosej. Stok sosej, daging dan ayam kisar memang wajib ada dalam peti ais tu. Aku selalu bawak bekal roti letak sosej pegi keja, Makan dua keping roti bergulung dengan sosej, memang kenyang sampai ke tengahari. Tadi, aku ingat nak goreng cucur macam aku goreng semalam lagi, jadi ambik tepung, potong sosej bulat-bulat, campak dalam tepung, kalau ada daun bawang, lagi sedap, tapi takda pun, kalau ada bawang pun boleh potong-potong dan letak, cabai pun takdak, semua pun takdak, hahaha jadi aku guna apa yang ada. Lepas letak sosej, letak black pepper bagi pedas, pastu letak garam bagi masin. Pastu aku campurkan air panas dengan air biasa, nak bagi cucur aku tu rangup di luar, lembut di dalam. Pastu terus goreng. Banyak pulak aku goreng. Dah kenyang dah makan dan minum air milo panas.

Japgi, nak sidai baju kurung aku yang banyak tu, selalunya aku angkut ke Kulim basuh mesin je. Tapi dah tak balik kan, basuh je la seniri. Pastu aku nak kemas bilik aku sikit, dah setel, aku nak siapkan minit mesyuarat.

Okey, aku nak tanya hampa sikit, hampa selalu mudah tersentap tak dengan komen ke status ke dekat FB. Tadi aku ada update status, pastu tetiba ada sorang ni dia pun update status tapi macam menghentam status aku tu, aku tak kenal sangat pun dia ni. So, aku pikir-pikir, fb je pun, jadi malas nak sentap-sentap. Ada jugak sekali tu, aku update status pasal insan sorang ni, tapi tup-tup naik status sorang member aku macam sentap sangat dengan status aku dan tu kira bagi serangan balas. Panjang macam karangan pulak tu. Aku gelak ja sebab dia tersentap sorang-sorang. Padahal aku tak kata pun kat dia. Jadi buat taktau ja kat dia. Pernah tak korang update status apa-apa kan, contohnya "Laparnya..." Contoh je tau. Pastu ada kawan korang reply,"dah lapar, pegi la makan, yang dok update status ni bukan kenyang pun. hahahaha" Agak-agak tersentap mak enon tak? Hihihihi. Aku ada jugak la aku update status yang kadang-kadang biasa ja, tapi ada insan yang reply tu menyakitkan hati lah jugak, mungkin depa bertujuan nak bergurau ja kot. Bila aku pikir-pikir balik, FB je pun. Bukan in real life pun. Jadi tak perlu nak sentap-sentap. Tapi kalau depa hantar personal mesej kat FB, kutuk-kutuk, ha yang tu baru dah jadi personal kan? Tapi aku belum pernah lagi la jadi gitu.

Hm. Semalam kan, aku pegi butik ni, banyak betul baju kurung. Banyakkkk sangat dan murah-murah pulak tu. Dahla murah, ada lagi diskaun. Wahhh. Nasib baik gaji belum dapat lagi. Aku tahan je napsu aku ni. Aku memang saja gi survey sebab nak cari baju kurung batik. Memang aku takdak langsung baju batik. Yang ada, baju kurung, kain batik ada. Baju batik takdak. So, lepas dapat gaji ni, aku nak nak beli 3 pasang baju batik. Sepasang baru rm58. Murah la tu kan.

Okey lah. Nanti sambung lagi. Bye