29 December 2010

current crush.


khairul fahmi.
awww.
u sungguh seksi okaiii.
i nak mengorat u, tapi u dah ada awek.
so i ingat i akan setia kat Farid Kamil dan mr. J saje.
heheheh.

seperti yang semua sedia maklum.
taste aku semua yang sepet-sepet belaka yer.
tapi khairul fahmi ni dah ada awek.
haha, da ada awek la weiii.
takda chance aku nampaknya.
hehehe

awek dia ada blog gak.
mari-mari, kita terjah sini.
cun kan awek dia?
kompom la khairul pilih dia dan tak pilih aku yg huduh piang ni.
heheh.
okey.
TAHNIAH buat pasukan MALAYSIA.
:)
i lap yu ols okey
beboiii

nak habis,


cuti yang berbulan dah nak habis.
nak habis.
nak habis.
nak habis.
uwarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

pastu praktikum dah nak dekat.
nak dekat.
nak dekat.
nak dekat.
uwarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh






*koma*

27 December 2010

senyum


tadi aku bosan,
lalu aku pergi shopping sikit barang dapur yang mama suruh beli.
p shopping kat giant.
giant kesayangan.
hehe

banyak gak benda yang nak dibeli,
jadi aku amekla raga tuh.
malas nak amek troli.
nak menolak ke sana ke mari troli tuh sensorang.
sangatlah tak style okeiii.
bawak raga style sikit.
style ala-ala mak datin gituu.
heheh

pastu tengah syok-syok dok pilih pilih pringles.
aku nampak mamat ni.
senyum kat aku.
aku macam, eh?
aku kenal dia ke?
ke dia senyum kat orang lain?
mungkin dia tengah cakap-cakap dengan orang lain ke..

so, kiranya aku tak membalas la senyuman dia tuh.
aku buat bodoh je.
meh nak bagi description sikit pasal mamat tuh.
dia berbaju putih, fit sikit.
berseluar pendek puteh.
kasut croc puteh.
aih, dah macam jururawat pulak kan,

pastu aku pi belek kat bahagian aiskrim pulak,
tengah khusyuk gila aku belek aiskrim.
aku ni tabiat aku,
nak beli apa sekalipun,
aku memilih selama berjam-berjam.
dan tak tentu pun aku beli benda tersebut.
hehehe.

so, khusyuk gila ah ni dok pilih aiskrim.
nampak hagen daasz nih.
dengan baskin robin.
hagen dazs tuh aku belek je,
sebab bekas kecik je, tapi rm27.
hengat aku ni anak presiden filipina kah??

pastu tengok baskin robin tuh, ok la
takda ar mahal kan.
dok pk nak beli ke tak nak
sebab aku dah taklama nak duduk rumah,
cuti dah nak habis.
kang beli, tak sempat nak habiskan pulak.
sebab aku sorang je yang nak makan pun.

tengah dok pikir masalah negara ni,
tetiba, mamat baju puteh ni pun datang dekat bahagian aiskrim
datang berdiri sebelah aku pilih aiskrim.
nampak cam dia pun nak beli yang hagen dasz tuh,
so aku beri laluan kat dia,
aku pi jauh-jauh.
hehehe.

pastu, pastu aku senyum kat dia.
haaa, gedik tak aku?
hahah,
senyum kan satu sedekah.
so aku dok bersedekah la tuh.

dia datang shopping sensorang je.
cam aku.
heheh.
dia datang beli barang-barang dapur.
hehehe.
cam comel je lelaki datang shopping barang dapur sensorang.
hehe.

dia comel gak.
puteh, dah la pakai baju suma puteh.
dia pun puteh.
eh, dia manusia kan??
kot makhluk lain kee..
uhuk3.

so, aku tengok dia gi bayar kat kaunter...
lepas tu dia blah,
aku pun blah...
hahaha

hurm.
cam takda motif pulak cerita aku ni kan.

pastu ada lagi satu cerita,
time tu tengah drive my baby oranje.
aku keluar jenjalan dengan seseorang ('seseorang' tu tak semestinya lelaki').

pastu yg seseorang ni, dia memang banyak cakap.
cakappp je duapuluhempat jam.
aku tak suka orang cakap bebanyak.
bosan tau tak?!
cakap sampai aku nak bercakap pun takda peluang.

so dah dia dok potpet potpet,
aku focus je drive.
pastu masa nak belok satu simpang,
ada la satu moto ni melintas.
ada dua orang mamat.
penunggang dan pembonceng.

aku tengok dia, aku senyum.
hahaha.
bukan aku kenal pun.
sesaja senyum.
sebab bosan dgar seseorang tu bercakap (eh? ada kaitan ke?)
tak, aku just nak cari something yang boleh distract dari dengar orang tu dok membebel apa ntah.

so, si penunggang ni perasan yang aku senyum.
si pembonceng tak pasan pun.
so, dia pun cam tertoleh-toleh ke belakang,
sambil cakap kat member dia, aku senyum kat dia.
dan dia pun senyum kat aku balik.
hahaha,
semua ni terjadi masa aku tengah driving, dan dia tengah menunggang motosikal.

pastu, dia pun memecut laju.
aku belok ke satu simpang ni,
tengok-tengok ada mamat ni, benti kat sebuah rumah ni.
dia hantar member dia kot.
pastu dia senyum kat aku.
aku pk, eh, sapa lak senyum kat aku ni?
pastu ingat balik,
ohhh.. mamat tadii.
so, dengan pantas aku sengih kat dia balik.
hahah

aku tak perasan pun muka dia,
sebab dia pakai helmet kan.
masa jumpa kali kedua tu, dia masih dengan helmet lagi.

pastu, bila aku melepasi dia je,
aku saja la tengok cermin pandang belakang tu kan,
tengok, dia masih lagi dok perati kereta aku,
sampai la, kereta aku belok ke simpang lain.
heheheh

kelakar lak bila aku ingat.
agak-agak nanti dia cam tak aku dan si baby oranje ni.
yalah, keta viva oren ni bukan banyak pun kat kulim.
aku bukan cam pun muka dia.
hahaha.

so, begitulah cerita aku.
hidup misti mau senyum.
aku ni, sebenarnya, kalau orang tengok dari jauh,
orang suka cakap, aku ni bermuka serius.
suka kerut kening.
padahal, aku sendiri tak perasan pun aku berkerut camtu.
hahahaha

kita mestila berwajah ceria.
tapi janganla, pasni, kau tengah drive,
kiri kanan kau nak sengih pulak.
tu gilo namo nyoo.

oklahh.
nak tengok tv.
byee
assalammualaikum

my prince frog




aku baru beli si gemok hijau ni.
nak letak dalam baby oranje ku.
comey dak?
perut dia ngan pipi dia, sebijik cam aku kan?

kazen aku kata, keta dahla oren, pastu beli hijau pulak tu.
memang nakkan perhatian betul.
hahahaha.
aku memang suka yang pelik-pelik.

p/s : baby saya tetap warna oren, bukan pinkayy. hehe

24 December 2010

i got a new name!


situasi di sebuah kedai komputer.

sewaktu ingin menyerahkan laptop untuk di format.
remaja lelaki itu yang aku agak-agak sebaya adik aku je, jaga kaunter kat kedai tu

remaja lelaki : ( tengah tulis resit nak bagi kat aku )
kak, nombor handphone kak? (sebab nanti senang nak contact aku bila lappy siap format)


aku : 017- *******

remaja lelaki : ok, nama kak?

aku : errr... waniey.

remaja lelaki : ok, ni resitnya, nanti kami contact akak lah ya.

aku : ok, timaseh ya.

dan aku membelek kembali resit tersebut.

" name : ms. awani"
"No. hp : 017-*******"

nasib baik la bukan astro awani.
haih, kau tulis sekali yang aku 'errr' tu ya dik??
ishk3.

so, sampai aku pegi amek lappy tu pun,
kak awani dia panggil aku.
bolehla tu labuuu...

23 December 2010

outing with cuzzies



gambar-gambar masa aku keluar dgn cousins tempoh hari.
macam nak tercabut kaki, berjalan satu shopping mall tuh.
from 12pm-9pm.
heheh.

sebelum start shopping,
singgah makan kat Ayam Penyet jap.
best !!






aku makin gemok kan?

19 December 2010

ehem


random

- dah tengok hantu kak limah balik rumah dan narnia.
- plan nak ke a.setar terpaksa dibatalkan sebab abah jatuh moto. dan saya nak duduk
rumah jaga abah.
- esok, keluar shopping lagiik!! (actually teman nuna the kazen shopping)
- rasa nak beli wedges yang bertali yang seksayy sebab cantekk. tapi kompom aku
pakai dalam rumah je. sebab tak reti pakai lelama. haha
- keluar dengan hazel n dyen the kazen tersayang sangat besh! (nanti aku tepek gambar)
- siap buat sesi photoshoot lagi dengan Nikon D90 di tasik. heheh
- nanti keluar lagiii. hihi
- merancang nak pegi rumah maksu di somban.

oklah bubbyeee

17 December 2010

love love love.



click to enlarge.

heheh.
kenapa yang aku suka sangat nii.
nampak tak dalam kotak merah tu?
haha.

suka sebab yang kata tu adalah antara orang aku aku minat.
hik3.
well, aku ni ramai betul minat kat orang,
yang minat kat aku takde pulak.
=,='

kira aku ramai sangat crushes gitu.
hihi.
kalau one of my crushes ni tetiba dah ada awek ke,
aku tukar la orang lain.
minat kat orang lain pulak.
heheh
takda la aku nak frust menonggeng ke apa.

so semalam aku borak2 dgn dia dalam inbox.
dia ni em.
susah sikit nak bercakap dengan aku.
tak tahu la kenapa.
yela, kita tak lawa kann..
dia hensemmm

tapi kebanyakan yang aku minat memang semua jarang bercakap dgn aku.
sebab aku sendiri yang jauhkan diri dari dorang.
pelik kan aku ni?
sebab aku suka pandang dorang dari jauh je.
takda la pulak aku nak pi mengendeng buat muka tak malu,
bergedik-bergedik.
ahaa, no wayy.
aku memang pangkah dengan pempuan yang cari lelaki ni.

pastu2, bergossip2 semua.
pastu dia TER puji aku
hahahaha.
well, dah ada orang pernah cakap aku cam rita rudaini kat fb.
mebi dia copy ja kot apa yg orang tu cakap.

tapi sebab mr J (kita gelar dia mr J ok?) ni yg ckp aku cam rita rudaini,
aku agak terkembang terkempis di situ.
orang lain cakap, aku tak rasa pape pun.
hahah
besa laa kan,
dah kita minat dia,
kalau dia puji tapak kasut kita lawa pun, 44 hari gak dok pikiaq pasai tu..
ya dak??

aku harap mr J tak baca blog aku ni.
malu gila kot kalau dia terbaca.
malu amatt.

tapi, kalau dia baca,
hai hai mr J.
saya minat kat awak.
awak minat kat saya tak??
huahuahuahua

muka macam aku ni, ada ka orang minat.
ahaha.
mimpi lah kau waniey.

but i am enjoying my single life.
really.
tapi sometimes, tak tipu la, sunyi gak.

tapi sekarang bebas,
aku nak kawan dengan siapa pun.
suka hati aku.
takda la nak rasa takut2 ke,
nak setia ke hape ke.

dulu masa tengah kapel,
besala time kapel tu la banyak dugaan datang,
tetiba ramai datang mengorat, yang hemsem pulak tu,
datang luah perasaan.
tapi sebab setia tahikkucing punya pasal.
tak mo layan semua tu.
takmo curang katanya.
takot bf marah.
bluekkk!!
last-last dia yang curang dengan kita.

skarang ni,
haaa,
layan je semua.
as kawan la.
nak lebih dari kawan pun xpa,
single kannn.
hahaha.
tapi kena la jaga batasan.
taknak la dengan semua lelaki pun kau nak keluar,
pastu bagi harapan palsu pulaks.
pastu jenuh nak menjawab kat sorang2.

mr. J ni antara salah sorang yg aku minat antara yang beribu tu.
ngeh3.
ada mr. z, ada mr. h, ada mr. u, macam-macam huruf ada.
heee~

okla bye.

p/s : ada orang kata muka aku macam misha omar, erra, linda onn dgn utada hikaru. sama tang mana pun aku taktau. tang kegedikan kot. utada hikaru la yang aku paling berkenan sikit pun. walaupun aku tak kenal dia, tapi sebab dia macam international sikit kan, so timbul rasa bangga di situ. hahahaha. jangan mareee.

btw, sama ke?

16 December 2010

wishlist saya :)


dulu kalau korang masih ingat,
aku ada buat entri mengenai wish list aku kan?
sesiapa yang tak ingat atau baru je follow blog aku,
boleh kelik DI SINI untuk baca entri tersebut.

dah lama aku buat entri tu.
30 December 2009.
setahun lepas lah kiranya.
hahaha.

yang aku nak cakapkan kat sini.
hampir semua wishes aku tu dah tertunai.
alhamdulillah.
walaupun, wishes aku tu takdala hebat-hebat pun.
tapi rasa cam tak sangka, tertunai jugak aku nak beli semua tu
dengan duit aku sendiri.
semua guna duit aku.
tu yang best tu.
heheh

wish list aku.

1. kasut croc malindi.
dah beli tapi bukan la croc. tapi flat shoes camtu gak, warna pun sama. aku beli LARRIE. memang sedap gila lah pakai. LARRIE mmg favourite brand aku untuk flat shoes. dengan PIERRE CARDIN. sedap weh pakai.

2. baju kurung.
dah beli. dulu aku takdala beli yang fesyen-fesyen sangat. beli kain, upah je. senang. sekarang beli dekat butik, yang up to date la sikit kan. beli kat butik lagi. hahaha. tapi takpa, aku pakai duit sendiri, tak pakai duit mak bapak. dann, aku dah beli jubah. dulu nak sangat beli jubah, tapi tak terbeli sebab agak mahal. skangm tercapai jugak hasratku.

3. purse.
dah beli semalam. heheh. sebenarnya, aku dah ada dua purse dah. tapi purse tu aku beli kat p.malam yang rm10 je. untuk sementara waktu je, sebelum aku beli yang aku betul-betul minat.
semalam beli purse BUM Equipment. rm69, dapat less rm55. memang dah lama aim pun. tengok-tengok salesgirl tu cakap, tinggal satu je pattern tu, tinggal yang display je. hurm, amek je laa..

4. bracelet.
gold bracelet sebenarnya. memang nak beli pun. tak kesah la wpun ramai bebudak muda skang tak suka pakai emas. cam orang tua katanya. tapi aku nak beli rantai tangan satu guna duit aku. sebagai kenangan. aku nak tempah design dia. taknak la yang besaq gedabak cam mami jarum tu kan. aku nak yang kecik je. sesuai la dgn tangan aku ni. dah berbincang-bincang dengan mama aku nak beli. so yang ni, tak tertunai lagi..

5. skinny jeans.
dah beli. berpasang-pasang aku. 5 pasang kot. huhuh. macam-macam kaler aku beli. grey, navy blue, brown, white, nanti nak cari yang kaler season tu pulak. faded-faded sikit.

6. sneakers.
belum beli. semalam dah survey. aku masih mencari design yang diminati. takda lagi setakat ni. sob3. aku peminat converse. nak cari design cam converse lama aku. tapi takdaaaa. sedihh. semalam ada la jumpa, walaupun tak la seperti design yang aku nak, tapi berkenanlah jugak. rm129. hurm. boleh la tahan rega dia. sebab converse aku yg dulu jauh lebih mahal. baik beli yang murah sikit kan? jimat duit aku dan boleh beli benda lain jugak. so, yang ni pun belum tertunai lagi...

7. baju knitted.
tak beli sebab. obsesi untuk baju knitted sudah tamat. hahahah. so, yg ni kita keluarkan dari wishlist.

8. long black cardi.
dah beli 3. black, white and grey. semua long cardi. ingat nak beli lagi satu.

9. myVi SE orange.
dalam list tu, kekonon, suruh mama aku beli. haha, dapat gak aku beli guna duit sendiri. tapi bukan myVi SE. tapi Viva Elite orange. memula nak beli myVi SE orange, tapi ramai sangat sedaramara pakai myVi skang. bosan lak. hahah. so beli Viva lah.

ok so, tu saje.
aku ada wish list baru.
hahaha.
nanti aku buat entri ya.
beboiii
assalammualaikum~

15 December 2010

bertukar !!


oranje dah bertukar kepada PINKAYYY!! (hampeh, font kaler pink takdak)

14 December 2010

kes kecurian


risau aku.
baru-baru terdengar lagi kes kecurian di taman aku.
dah zaman berzaman taman perumahan aku ni asyik menjadi sasaran perompak ja.
alhamdulillah, rumah aku tak pernah dimasuki perompak.
jiran sebelah dah kena.
tv plasma depa cabut dari dinding tu.
jiran belakang rumah dah kena.
siap kena letak pisau di leher.
huuu.
scary..

dulu-dulu pun kerap.
tapi yang paling teruk,
curi kasut, curi barang-barang yang diletakkan kat luar ja.
eh, baru aku teringat, rumah aku pun pernah kena.
mesin rumput baru dan tangga dicuri.
abah tak sedar pun.
bila nak guna, baru sedar dah hilang.

lepas kejadian-kejadian rompakan/kecurian ni.
family aku dah semakin berjaga-jaga.
adalah beberapa langkah keselamatan diambil.

abah aku pasang sportlight kat depan rumah.
sportlight ni ada sensor.
kalau orang lalu je kat situ,
dia menyala lah.
kekadang, tengah-tengah malam, aku lalu lalang kat depan rumah,
dia menyala gak.
nasib baik tak da orang datang belasah aku ingat aku perompak.

pintu bilik semua ditukar.
dulu pakai pintu bilik yang ada tombol pintu tu.
mudah sangat kalau nak buka pintu tu yang berkunci tanpa kunci.
guna kad keras pun boleh.
jadi abah tukar pintu kepada pintu kayu yang tombol dia yang dah diupgrade kan.
tak macam dulu-dulu

biasakan kunci bilik.
kalau nak tidur, semua kunci bilik.
nak keluar rumah kejap pun, kunci semua bilik.

barang-barang berharga, semua letak dalam bilik.
macam, laptop, wang, camera, handphone..
jangan biarkan laptop di ruang tamu.
lepas guna, simpan terus dalam bilik.
sebab kawan aku hilang laptop sebab dia tinggalkan laptop dekat ruang tamu,
then terus masuk tidur.

kat tingkap pasang grill.
takda la senang perompak nak memecah masuk.

pasang lampu luar kat dapur.
takda la gelap gelita rumah
sebab aku tengok kat kawasan perumahan rumah sewa aku di Ipoh,
semuanya jenis tutup abes semua lampu.
gelap gelita.
senang pencuri nak buat kerja.

handphone, biar selalu ada kredit dan sentiasa ada di tangan.
kot-kot masa dalam bilik, aku terdengar apa-apa yang mencurigakan
dan takut nak pergi siasat.
boleh la call mama abah aku di bilik sebelah

dulu selalu ada polis buat rondaan tengah-tengah malam.
pastu, bila dah reda sikit kes kecurian,
dorang pun stop dah.
sekarang ada balik.
haihhh.

semoga kawasan kejiranan aku selamat dari sebarang bahaya...

kekasih gelap


korang suka tak kalau kekasih korang ada kekasih gelap?
kira berskandal dengan orang lain la.
kompom tak suka kan?
ada ke orang yang suka?
aku sendiri pun tak suka.
sebab tu aku tolak tawaran-tawaran yang ingin menjadikan aku sebagai kekasih gelap mereka.

dulu aku dah pernah buat satu entri pasal ni.
tajuk entri tu 'madu'
tapi pendek je aku buat.
entri tu macam sindiran la.
sebab aku tau lelaki-lelaki tersebut baca kot blog aku ni.

dan, baru-baru ni ada lagi yang offer aku nak jadi kekasih gelap dorang.
awat hah??
apa aku ni gelap sangat ka?
mungkin lepas ni kena pakai safi banyak-banyak kot.

tak hingin la aku nak jadi kekasih gelap sesapa.
aku taknak ganggu perhubungan orang.
yang offer ni semuanya member-member aku.
ada ke orang yang tak kenal tetiba offer nak jadi kekasih gelap?
selalu orang yang tak kenal, offer nak jadi official kekasih ja kan?
ke ada jugak orang yang tak dikenali terus offer nak jadi kekasih gelap?
memang kena lempang dengan aku la jawabnya.
ko tak kenal aku, tetiba nak aku jadi kekasih gelap ko.

ok.
yang aku paling tak pahamnya kan.
sang lelaki yang offer aku untuk jadi kekasih gelap ni,
dah terang-terang la dah ada GF kan?
habis tu kau tak reti ke jaga awek kau tu?
apasal kau gatai sangat nak berkasih-kasihan dengan pempuan lain secara senyap-senyap??
si awek kau tu punyala setia kat kau.
kau sesuka hati mak kau ja, nak khianati kesetiaan tu kan??

ingat best ke jadi kekasih gelap ni.
tak best tau.
kalau jadi skandal ni,
korang hanya akan jadi tempat menghilangkan rasa bosan je.
kot si lelaki tu bosan, gaduh dgn awek dia ke,
ha, dia cari la korang.
kalau dia tengah bahagia dengan awek dia,
dia tinggal la korang kejap,
pastu dia datang balik.
sebab dia tau yang kita ni dah sedia maklum dengan status kita sbg kekasih gelap.
so, ala, macam alas kaki la.
sesuka hati nak guna bila.

lepas tu, kalau kekasih gelap tu tetiba dah tersuka kat lelaki tu,
tak confirm pun yang lelaki tu akan pilih dia, memandangkan dia dah ada steady awek.
kalau bernasib baik, si lelaki tu putus dengan awek dia dan kapel dengan kekasih gelap tu.
tapi tu kan dah merosakkan perhubungan orang?

kenapa orang suka tamak?
bersyukurlah dengan apa yang ada..
kalau kau suka sangat-sangat dengan seseorang tu dan kau pulak dah ada pasangan masa tu,
kau terus terang kat pasangan kau tu,
putuskan perhubungan tu, dan bina la perhubungan baru dengan orang yang kau suka tu.
tak payah nak berskandal2 ramai-ramai.
susah sebab melibatkan banyak hati dan perasaan.
tapi kalau dah pasangan anda tu dah baik hati, nak cari lain buat apa lagi kan??

kawan aku sorang ni,
awek dia kat sabah.
so dia nak berskandal dengan aku atas alasan,
awek dia jauh, susah nak dating.
dah tu, masa kau memula ngorat awek kau tu,
tak da pulak nak pikir semua ni kan??
pastu memandai cari orang lain.

sorang lagi kawan aku..
nak jadikan aku kekasih gelap.
aku cakap kat dia,
'apa barang kekasih gelap, orang nak jadi kekasih cerah, terang benderang.
takmau sorok-sorok.'
saja ja aku bergurau dan nak uji dia.
sekali dia kata.
'betol ni??'

eh, dah lain macam je.
kang dia pi putus dengan awek dia sebab aku.
fuhh.
takmau la aku.
aku pun pempuan,
so aku paham hati pempuan.
walaupun dia agak comel sebenarnya.
mueheheheh.

satu lagi kes.
yang offer aku jadi kekasih gelap ni kawan aku.
dan awek dia pun kawan aku.
lagi la aku taknak.
persahabatan terputus sebab benda mengarut camni,
kesian kat awek dia,
baik je dengan aku.
baik je dengan pakwe dia.
tapi taktau perangai gatal sebenar pakwe dia

tapi aku tau,
bukan lelaki ja yang suka berskandal ni.
pempuan pun suka..
kan??
sudah-sudah la tu.
tak baik la buat perangai camtu.
kesian kat pasangan korang.
dorang taktau pape dan ingat korang setia..
tapi korang??
adehhh.

so, anda-anda yang dah punya pasangan tu.
berjaga-jaga lah ye.
kot-kot depa pasang lain belakang kita ke,
mana tau.
kalau nak sayang seseorang tu,
sayang 60 % cukup.
lagi 40 % tu, sayang diri sendiri.
sekurang-kurangnya kalau terjadi pape,
korang takdalah frust menonggeng tertonggeng-tonggeng.

ok.
sekian saja dari aku.
assalammualaikum.

13 December 2010

edit lagiii. hehe



sebelum


selepas
( 1 )


selepas
( 2 )


hehe.
saje je. takde keje, edit-edit gambar.
ok la, nak pegi beli bahan2 nak buat kek.
byeee
:)

12 December 2010

tamat


devastated.
musnah.
smashed into thousand of small pieces.
berderai.
titik

Edit Foto Contest


aku ada masuk satu contest ni.
contest ni dianjurkan oleh QASEH DALIA ADELIA
antara syarat-syarat pertandingan ni, ha,
kena letak gambar yang anda dah edit dan gambar sebelum edit.
so, aku pilih gambar di bawah ni.


sebelum


tengok tu,
siap nampak jari adik aku lagi.
-.-'


selepas


ha, tengok-tengok!
jari sudah hilang.
awan menjadi semakin biru.
rumput menjadi semakin hijau.
hehe

syarat pertandingan ni jugak,
aku kena tag 4 orang.
aku nak tag.

saadah saadun
cda wakaka!
saini
syafawani

cara memasak megi yang betul





ish.
terliur pulak tengok megi kari kat atas ni.

ok, hari ni aku nak bagi tips sikit bagi sesiapa yang nak masak megi.
korang mesti suka megi kan??
tambah-tambah bebudak Uni, bebudak yang dok hostel lah kebanyakannya.

aku memang suka megi dedolu.
masa tu sekolah rendah/menengah.
tapi dilarang sekeras-kerasnya oleh mama aku.
tak dibenarkan beli megi di rumah.
kalau nak beli pun,
aku kumpul duit, beli senyap-senyap.
masak senyap-senyap kat rumah.
makan dengan adik aku.
huhuhuh
tapi kantoi dengan mama bila plastik bungkus megi lupa nak buang.
adehhh~

yela.
mama marah sebab tak bagus makan megi ni.
sebab perencah dia tu tak bagus.

aku pun ingat camtu gak sebenarnya.
tapi bukan yang tu yang betul sebenarnya.
yang bahayanya ialah air rebusan megi tu.
dorang ada guna something nak kasi megi tu melekat elok je semasa sebelum direbus.

so korang, bila nak masak megi tu.
kan korang rebus dulu megi tu dalam periuk,
or ada yang just rendamkan megi tu dalam air panas je kan sampai dia kembang.
masa ni jangan letakkan perencah lagi yer

bila megi korang tu dah kembang
korang toskan megi tu.
kasi buang air rebusan tu k.
air tu yang bahaya tauu.

pastu, korang letakla air panas yang lain dalam mangkuk berisi megi yang kembang tu.
ha, pastu baru letak perencah.
perencah tu letak separuh sudahla.
tak payah letak semua.
nanti gugur rambut nanti haaa.
botak kaparaaa.

haa.
tu je ye.
beboii.

11 December 2010

pesta gambarr. yehaaa!!

ok, hari ni kita berpesta gambar k.
yeehaaa !!
hehe.
sebab aku tau, kebanyakan pembaca blog, suka tengok gambar je kan?
cam aku ni.
aku suka skrol down tengok gambar jee.
so hari ni, kita tengok gambar je k.

gambar-gambar di bawah ni semua caca marba,
yang aku ambik dari facebook aku.
sebab banyak yang aku ter miss nak cerita dalam blog ni.
yela, dulu kan, setiap aktiviti aku musti aku update dalam blog ni.
tapi sejak masuk maktab ni,
jadi malehh dahh.
hehe.

so, aku nak tebus balik ar ni.
hehe
setiap gambar aku cerita la sikit apa-apa yang berkaitan.
jom layanzzz

ha,
ni kawan-kawan aku Shida dan Ana masa aku buat degree kat UKM dulu.
pic ni diambil masa aku pi melawat UKM tak lama dulu.
tumpang bilik dorang.
haaa, layanan tip top, habaqq hanggg!
lebih dari hotel 5stars tauu.
hotel 5stars pun berbayar.
ni aku pi free lagi.
terharu aku. sobs.
terima kasih sayang-sayangku sekalian
terharu sangat aku.


ni dekat rumah sewa kawan aku di ipoh.
jiran dia ada bela anak beruk.
comelll sangatttt.
pastu manja yaaa amatttt.
so, aku mintak permission dari tuan dia nak bergambarr.
comell kan??
nama dia Lola.


ni masa aku melancong kat Terengganu.
dalam bulan lepas kot.
dua dari kiri tu, parents anak buah mama yang berasal dari Terengganu
dorang baikkkkkkkk sangat tauu.
makcik tu sangat3 baik.
dah la suka panggil aku comey,
ha, tak ke baik tu.
ekekekke.
tapi makcik tu mmg serius baik dan sangat lemah lembut.
suka panggil aku 'comey' dan 'sayang'.
:)
love u makcikk.
walaupun dorang ni kaya raya, tapi tak berlagak langsung.



ni masa raya haji tempoh hari.
sebelah aku tu, maksu aku.
adik mama yang paling bongsu.
mak sedara yang paling rapat dengan aku.
dan yang sangat coool.
beliau tinggal di Negeri Sembilan.
selalu belanja aku.
muahhh.
sayang cuu!





ni pulak, yesterday.
aku diapit oleh sepupu aku.
sebelah kiri aku, Hazlan, 24 tahun.
sebelah kanan, Hafiz, 17 tahun.
Hafiz tu, mommy dia Chinese.
tapi dorang bukan adik beradik tauu,
walaupun muka sama.
ehhee.
dari Penang depa ni.
thanks for coming tauu!


ha, ni pulak gambar bajet best aku.
thanks to my adik.
dia yang snap.
ehehe
ni masa melancong ke Terengganu.
ni di Taman ape ye.
tak ingat pulak.
Taman Tamadun Islam rasanya.



ni pulak masa layan cerita Unstoppable di Jusco, Ipoh.
aku dengan chan ni.
nama dia Chandramathy,
Chinese+Indian.
Cam melayu kan?
hehe.
before layan movie, lepak Big Apple dulu.


aku dengan Cda wakaka! (nick name dia. hehehe)
masa aku pi melawat UKM tu.
ni kat hentian kajang.
hantar aku nak balik Kedah.


ni adalah best friend aku sampai mati, Saadah Saadun
dari aku buat degree.
sampai la dia dah nak habis master
dan aku tak buat pun master.
sobs.
so aku sangat mengkagumi dia.
Adah, Shida, Ana, semua bebudak pandai yang buat master.
aku sekor je pemalas tanak sambung.
huhuh.
aku sayang dia nih.
muahmuahmuah!!


ni kira member baik aku jugak di Ipg Ipoh ni.
Institut Perguruan Ipoh
Faezah nma dia.
dia pun housemate aku jugak!


mamat over ni pulak, adik aku.
gedik cam kakak dia gak ah.
masa ni kat Cameron Highlands.
a few weeks ago kami pi sana, saja makan angin.
hehe.


bajet Yuna.
hahaha.
kat Cameron Highlands.


ni masa nak pergi Jusco Perda dengan cuzzie.
over i nyahhh!


Kat Cameron Highlands!



di McD Tambun dengan Chan
Mcd ni dekat sangat3 dengan rumah sewa aku di Ipoh.
so hari2 pegi lepak sana.
haha


dalam masjid kristal, di Terengganu.
mama tu


ni kat KPJ Specialist Penang.
tempat adik aku praktikal


ni masa melawat muzium tentera.
kat mana eh?
tetiba lupa.
kat Negeri Sembilan ke, Melaka ntah.


ni aku masa sebelum karaoke di Ipoh.
layan Secret Recipe sebelum beradu suara.
muak je makan kek ni.
kek oreo menda ntah.

ok
itu sahaja.
beboiiii!

04 December 2010

have mercy on me, body.


my body is not treating me well.

please. please have mercy on me.
the least thing that i want right now is getting sick.

it's freaking cold right now.
headache, chest pain, everything.
please.please. i don't want to get sick.

ok, erm. let's switch to bahasa.

rasa nak membebel hari ni.
mengenai ciri-ciri blog yang aku suka baca.
sebelum tu, aku nak ucap ribuan terima kasih kepada sesiapa yang follow blog aku ni.
thanks.

ok.
ciri yang pertama.

- penggunaan bahasa.
yep.yep. penting ni. aku akan follow blog yang menggunakan bahasa melayu, bahasa inggeris atau campur aduk pun aku tak kisah. :) asalkan boleh difahami.
yer. asalkan mudah difahami yer. kalau yang guna bahasa malaysia, tapi guna singkatan yang sangatlah singkat sampai it doesnt make any sense, sori lah wei. aku takmau memeningkan kepala aku.

ada yang tak guna singkatan tapi lebihan perkataan le pulak. trend-trend budak zaman sekarang kot. sampai aku tak boleh nak paham satu hape pun.
tambah-tambah aku ni bakal cikgu, jadi rasa makin sakit hati tengok bebudak sekolah yang taip camtu.
ok, contoh ye, perkataan 'tipu' = tifoo.
apa kejadahnya tu wei? kuetiaw kungfoo ka??
shayew ark ukew awww kamooo wart giteww.
haii. sabar je kan.
well, aku dah nak dekat berapa kali dah post entri pasal ni.
tapi ada jugak je terserempak dgn budak-budak camni.
kids, grow up pleasee!
kalau cikgu bahasa kamu tengok ni, mau pingsannn. tauuu

- font yang kecikkkkk.
as all of you are aware of, aku ni seorang perabun tegar ye.
jadi aku tak suka la nak kecik-kecikkan bijik mata ni nak membaca tulisan kecik-kecik ni.
penin pala wehhh.
aku suka font yang normal dan jelas dibaca, :)

-font berkaler yang tak sesuai.
haa, kaler pulak, background puteh, font kuneng kan.
memang menimbulkan cacian dan makian laa.

tu je ah, buat masa skarang.
tak larat la.
cikgu waniey mau relax dan habiskan novel nya.
eh, best wehh, private series-perfect mistake.
so gonna buy the rest.
ok
assalammualaikum.

02 December 2010

Rapunzel.


bestttt !

aku suggest, sapa yang belum tengok tu, pegi la tengok yer.
sebab memang best dan comel-comel je semua karakter dia.
pastu aku rasa hero sangatlah hemsem ok.
tu adalah pengaruh besar gak aku tengok cita tu.
hahahaha.
of course, kalau hero hemsem,
barulah aku berseleraaa.
walaupun tu hero katun.

cerita dia, penuh dengan part-part kelakar.
tak larat nak gelak dah aku ni.
haa,
aku siap tengok 3D lagi nokss.
kau jangan jeles tau ! (ayat orang 1st time tengok 3D)

tak sangka aku kat giant kulim yang amat kusayangi tu,
Big Cinema dia ada 3D tau.
bila minah konter tu (sori weh, aku taktau nama kau) tanya nak yang biasa ke yang 3D?
bercahaya mata cekelat palsu ku ini.

aku cakap, nak yang 3D ahh.
sambil sengih-sengih teruja.
pastu dah bayar semua,
aku tanya dia,
mana spec? tak dapat ke?
haa, jangan tak tau, sinonim bagi nama aku adalah = over
so, adalah rutin harian bagiku untuk berlagak over.

pastu minah konter teket tu cakap, nanti depa bagi.
so, aku pun, ok thanks la kat dia.

pastu bila nak masuk,
kan ada mamat koyak teket (sori weh, nama kau pun aku tak sempat tanya. kalau kau hemsem, mungkin aku tanya. muahaha) , aku tanya dia lagi, eh, spec mana? spec.spec.

then mamat koyak teket cakap oh, satgi depa bagi kat dalam.
aku pun, oooo, worait. thanks broo!
pastu masuk dalam nak dekat sampai pintu wayang,
baru depa bagi.
aku tengok dia macam ada senarai nama ke hape ntah.
aku pun eh, nak kena sign dulu ke untuk amek spec tu.
ke kena sign untuk masuk wayang?
eh, da macam nak masuk kelas pulak untuk amek attendance.
tetiba aku nebes sebab nota kuliah sume aku bukan bawak pun..
adusss.
cemana ni kan??

pastu,pastu,
tengok-tengok tak kena sign pun.
fuhh legaaa.
kalau tak, memang kena lagi aku dgn prof jamelah kadiaq tu.
aaaa. dah ar. bosan ah kau wani. suka merapumerepek.

ok.
dah.
layan gambar jom.






oh, masa ni aku baru lepas goreng ikan, pastu minyak ikan yg dah sejuk tu dia terpercik-percik kat muka aku.

ha, 3D tau uolsss. 3D. teri di. paham?

heri poter part 1 dah tengok dah.

lepas amek pic ni, aku tgk balik pic, nampak tak clear. so suruh snap lagi, tengok, tak clear gak, gelap je, snap lagi, dgn flash segala tengah-tengah panggung tu kan (tapi tak kesah, sebab sume pun macam aku je, first time dapat spec 3D. hahah) gelap gak.
oh pastu baru pasan, masa tengok pic tu, spec dok melekat kat mata lg.
patut arh gelap pening2 lalat je aku tgk.

makcik yang berbontot tak berapa mantap kat belakang tu, perlu ke kau tayang aset kau di kamera aku? dah nampak cam, montot dia dah nak sama taraf dgn muka aku dah. sbb kompom korang akan bandingkan montot dia dgn muka aku memandangkan sebelah-sebelah je.
bosan btoi.

ok ah wei.
nanti aku update len k.
beboiii
assalammualaikum.

01 December 2010

tanya tau


buhsan daaa
cer korang tanya aku apa-apa.
tu dekat kotak maroon sebelah kanan tu.
ko tanya la apa pun.
aku kompom jawabnya.
ko nak tanya pasal tips-tips kecantikan aku ke,
berapa orang boyfriend aku ke,
berapa banyak aset-aset saham aku ke
tanye jeee
*ada rasa nak hayun besi ke muka aku tak? hak elaa, berani ke nak hayun? sebelum korang hayun, aku hayun dulu. hayun kaki aku secara laju dan larik jauh-jauh. muahahahaha. hahahahah ok stop it waniey. tak lawak pun.*

so, kalau rasa nak tanya,
tanya k.
kat kotak formspring tu.
ala, kalau nak mengutuk pun takpe,
sebab guna anonymous kan.
so aku redho dan berserah pada takdir.

okey ahh.
aku nak pi iron baju abah aku ni
banyak gile kot.
apahal baju keja dia banyak sgt ha?
baju aku tak banyak pun.
dah kau malas, kau nak mempersoalkan yg bukan-bukan.
ok.sesi bermonolog tamat.

bye

Kulim-ers


ada sesiapa orang Kulim di sini, angkat lutut!

ada ka? ada ka tadak??
sebab dok nampak dalam feedjit,
ada orang Kulim.
ecececce.
malu-malu pulak dia nak ngaku.
alaaa. tomey.tomeyy syg niii.
bushuk sapa niiii.
meh nak kish skett.
emuuahhh.
hehehe.
i nampak u tau sayang-sayang sekalian.
jangan nyorok-nyorok, nanti i kejarrr. (ada nampak cam gila sex tak di situ?)

30 November 2010

teringin


aku teringin la untuk di mekap kan.
hehe.
gedik kan aku ni?
aku ni tak pandai pun mekap-mekap ni.
mekap yang simple-simple tu boleh la.
yang mekap lawa-lawa ni aku tak reti.

pastu aku tadi tengok kat sini
cantik ooo cik amy mekap.
berkenan betul aku.
dia ada blog gak.
jap-jap nak cari,
haaa INI dia

aku macam nak join kelas dia.
tapi nak jadi model je.
boleh?
hahaha
sebab aku tak suka sangat mekap.
aku suka orang mekap aku.
sebab best.
rasa macam muka ini diurut2 gitu.
hehehe.

tapi,
aku suka orang tu mekap aku untuk suka suka je,
kalau aku nak keluar memana,
aku prefer aku sendiri yang mekap.
tak suka orang mekapkan.

kira aku hanya suka jadi model,
bahan eksperimen sahaja bagi mereka-mereka di luar sana yang nak test skill mekap mereka.
hehehe.

ha, berbalik kepada cik amy ni,
dia memang bagi aku,
pandai la bermain dengan warna ni.
nampak comey je
yang paling aku suka
bila tengok transformation.
before and after.
nampak cemana orang tu,
yang sebelum ni muka kusamm je (macam aku ni)
pastu berubah jadi cam jelita gilaaa lepas mekap.
heee.
cam teruja gila ah aku tengok.

aku ni cemana la ghopenye ye,
lepas mekap tebal2 ni.
ntah2 lagi huduh gamaknye.
hahahaa.

tapi aku memang paling suka tengok part before and after.
kalau gambar-gambar die after mekap je, takda before.
aku rasa tiada keterujaan di situ.
hehehe.

dulu,
masa uni,
dari uitm, ukm.
orang memang selalu jadikan aku ni bahan eksperimen untuk dimekapkan.
dan aku sukeeee.
kadang2 kan, bosan asyik buat assignment je.
so, aku suruh ah dorang mekapkan.
aku tak kesah pun, camne hasilnye dorang mekap kan.
asalkan aku dimekapkan.
best tau.
kira mekap ni cam urutan refleksologi di muka.
aku suka sebab tu ja.
hehehe.

tapi bila tengok cik amy ni mekapkan orang,
and it turns out so well,
aku nak pulak dia mekapkan aku.
untuk urutan refleksologi dan jugak
untuk melihat perubahan wajahku selepas dimekapkan.
hehehe.

ok ah.
aku lapaq aaa.
nak pi makan.
beboii

bored.


so I did this.
I mean, camwhoring of course
at 5.15 pm as you can see.

29 November 2010

quote of the day



"you never know what people are capable of until they're pushed to their edge.
"- Kate Brian,The Private Prequels.

27 November 2010

'The Private Series'


This is what i've been telling you.
The thing that i am currently into.
'The Private Series'
Finished reading this one and just started on the next series.


You would love this book if you are a big fan of Gossip Girl Series that was on 8tv not long ago (or is it still aired?)
Don't get me wrong, I love Gossip Girl so much.
Been watching it since the first episode but somehow the wrestling program which is Abah's most favourite program is aired on the same day and at the same time as GG's.
I hate arguments so i decided to back off.
Three sets of tv are never enough for my family.
1st tv - Dad's
2nd tv - Mom (she doesn't even watch Desperate Housewives?! sheeshhh!)
3rd tv - Lil Bro's (mostly for his PS 2 needs (boringggg) )

Everyone got their own tv set and i don't?? Totally unfair.

Okay, when i start nagging, you have to bear with me. Haha.
Back to this book, it is about the life of the rich and famous girls and boys in an Elite College.

There is this girl, Arianna Osgood. A rich girl of course.
And beautiful too.
She is currently dating Daniel Ryan, the most famous boy in the college.
well, he's college's athlete and his parents are one of the founder of that college.
That obviously explains why he is the most attracted dude in that college.
You do think that this perfect couple would live happily until a third party comes and intrude their paradise, right?
Totally not as cliche as that.

As for me, i prefer novels (or movie) that i can't predict the ending.
Well i'm kinda good in predicting an ending of a story. hehe
But for some people, they already knew the ending but somehow they still want to see how the story goes or flows towards the end.
well, i don't.

i like to be left puzzling.
trying to figure out, what would happen next.
haha.

oh,
i just remembered.
i am in the middle of telling you the synopsis,
am i right?
and then why the hell i keep going beyond the track, telling some unnecessary stuff??
haihh.

i think i better stick to bahasa.
because i would be rambling on and on if i continue in english.
but i do think that i would ramble more if i typed in bahasa.
hurm.
whatever.

ok,
so camni cerita dia.
arianna dan daniel ni memang pasangan yang bahagia la di kalangan college mate dia.
tapi betul ke dorang bahagia?
i mean,
arianna bahagia ke?
daniel ni memang layan arianna baik gila.
romantic abes.
selalu bagi hadiah.
dating bersama.
perkara yg selalu dibuat oleh pasangan bahagia.

dan daniel ni dah plan,
bila semester break, iaitu before mlm chrismast,
mereka nak habiskan masa mereka di resort kepunyaan family daniel.
kira nak ehem2 for the 1st time la nehhh.
losing their virginity.
kira dua2 ekor pun masih virgin.
kiranya saat itulah paling bermakna sekali.
dan juga,
parents daniel nak bjumpa arianna for the 1st time.

sementara itu,
ada sorg bad boy ni.
thomas pearson namanya.
dia ni mmg suka flirting.
pastu drug dealer pulak tu.
but still, kaya raya lah.
dressing pun takdela smart cam daniel kan.
tapi hemsemm.
mata biru wooo.

thomas ni suka kacau-kacau arianna.
arianna tak suka.
sebab satu kolej tau yg thomas ni mmg pelajar yg bermasalah.
yela.
arianna ni jenis budak baik.
dia taknak la curang kat daniel.

tapi.
bila si thomas ni selalu dok kacau arianna.
arianna cam tersuka pulak.
tapi dia tak ngaku.
takut ar wei.
si daniel tu dah la ada kuasa besar kat kolej tu.
takut kang dia ada affair dgn thomas,
arianna kena expelled pulak kan.
lagipun thomas kaki pempuan.

satu hari,
lepas majlis apa ntah,
sementara tunggu daniel tengah dok mabuk muntah2 kat luar,
arianna tunggu dalam dewan.
tetiba datang lah si thomas ni.
kacau2 arianna.

arianna tak suka.
dan risau gak kot daniel datang ke tetiba.
daniel ni agak cemburu gak la.

pastu masa thomas tgah kacau-kacau arianna ni.
arianna pun tak tau kenapa hati dia cam berdebar2 je bila tgk mata biru thomas ni.
thomas ni dia tak pernah serius pun.
memain je.
cakap pun cam memain je.
suka usik2.

pastu thomas ni cam cabar arianna la.
arianna ni budak baik,
tak reti nak naughty2 ni.
pastu arianna cam geram sgt,
dia pun raba peha si thomas.
ish. gatal kan?
besala mat saleh.

dan,
masa tula daniel muncul.
naseb bek, daniel taktau pape.
dan tak syak pape.

sejak dr itu,
thomas lagii suka kacau arianna.
pastu suka msg2 arianna.
arianna risau gak la.
sbb Paige, kakak kembar si daniel ni,
memang tak suka sape yang mess with his twin brother.
mmg Paige ni style dia cynical gila lah.
tapi depa satu geng.
pelik kan.
walaupun depa satu geng.
tapi semua bermuka2.
depan cam baik je.
belakang, hampeh.

eh, apsal aku rasa macam gaya aku cerita cam bosan??
tapi sumpah cerita dia best gila!
bagi aku la. hehe

ok, aku kasi ending dia la eh.
si arianna dan thomas ni bercinta jugak tapi senyap2 sbb takut daniel tau
and they both would get expelled.
si arianna ni dari baik terus jadi jahat sebab thomas.
dia jadi terlalu sygkan thomas dan sanggup buat apa saja demi thomas.
dia dah bunuh dua org yang cuba ganggu hubungan dia.

sebab masa semester break tu,
yg sepatutnya dia pegi resort dgn daniel dan spend time kat situ,
dia tak pi pun.
dia stay kat hostel college tu yang sememangnya dilarang keras oleh pihak pentadbir sebab kolej kan ditutup masa cuti.
jadi sapa yg menyeludup masuk akan dibuang kolej.
tapi thomas ng arianna stay situ bersama dok ehem2 la apa lg.
hahaha.
tapi bukan depa dua ja dok situ.
ada org len yg arianna taktau sapa dok memerhatikan mereka berdua.

bila arianna da start bunuh org,
thomas dah jadi takut, tapi setelah diyakinkan oleh arianna bahawa dia buat tu demi cinta dorg dan demi rahsia depa.
thomas setuju dan tak brapa nak mrh.
yelah, org yg dia bunuh tu tau depa dah melanggar undang2 dgn stay kat hostel.
dan salah sorg dr yg arianna bunuh tu adalah ex thomas.
dia ugut nak sebarkan semua if arianna tak tinggalkan thomas.

but thomas will always be thomas.
arianna ternampak thomas tengah flirt dengan junior.
korang rasa dia pi bunuh tak junior tu?
hahaha.
u have to read to know.
yang aku boleh cakap,
last sekali arianna bunuh thomas.

haa,
tragiss kan?
aku pun tak dapat nak agak ending dia camtuh.
yang si daniel pun dah penah tidur dgn pempuan lain.
banyak lak tu.
siap save dalam microsoft excel lagi nama2 pempuan yg dia dah tidur.
dan arianna org yg terakhir dlm senarai tu.
haha.

haaa.
panjangnye aku membebellll.
nanti aku nak try tgk online series untuk siri Private ni.
pastu nak beli semuaaa buku dia.
haha.
addicted siot.

aku bayangkan arianna ni macam serena van der woodsen.
sapa minat GG mesti tawu.
haha.
sebab dressing dia dgn arianna lebih kurang je.
ha,
style depa dlm novel ni was explained in detail lg.
gucci, prada, channel, LV, anna sui.
semua branded punya barang.

ok ah.
aku cam bosan ah tgk diri sendiri menaip
beboiii

waddup y'all


i will update on something that i am currently into soooooon.

:)
bye

and thanks to those who have followed my dull and boring blog.
luv ya.

25 November 2010

19.2

tak pernah melepasi 46kg sejak 3 tahun yang lepas.
camniiii je.
kau melantak la banyak mana pun.
46kg je selamanya.
nasib baik normal weight.
aku nak le jugak 48 ke 50 ke.
yang paling max aku nak 50 la.
tapi cenggini je beratnye.

kalau aku susah hati tu,
memang susut gilalah badan aku.
sampai aku sendiri dapat rasa badan aku ringan.
perut kempis sampai terhasil satu kawah besar (tipu.hyperbole shj).
sampai haritu timbang 41kg.
omg. kuruih gilaa
masa tu baru putus cinta.
haa, amek kau penangan chenta taik kucing.
hahahaha

so sekarang aku takmau makan banyak sebab nak gemuk.
aku nak makan banyak sebab memang aku suka makan banyak. huahuahua
biarlah aku berpuas hati dengan keaadaanku sekarang.
sebenarnya,
memang aku dah berpuas hati.
cuma hati orang lain je yang belum puas.
depa nak aku gemok sampai macam mana?
sampai ada kren nak kena angkat aku?
camtu?

biarlah gemuk ke kurus ke,
asalkan kita sihat dan gembira.
chow!

formspring.me

Ask me anything. I'll answer. http://formspring.me/wanieybintang

terima kasih !



aku sedar yang lately blog aku memang dah macam tak terurus,
selalu tak update, update pun dua tiga patah je kan.
huhuh.
ampun yer.
tapi dulu aku selalu jugak nak check kat nuffnang statistik readers blog aku ni.
tapi tak dapat.
sebab aku lupa password email aku.
hehehehe.

pastu tetiba hari tu cuba-cuba, boleh lak log in.
so aku check la statistik.
dan mendapat jumlah pembaca blog aku tetap maintain.
terimakasihhhh.
aku tak sangka blog huduh aku ni, ada gak orang baca.
dahla pemalas nak update.
aku pun muka tak lawa.
yala, selalu kan orang akan folo yang muka comey-comey.
hehe. sebab aku pun suka folo blog mereka-mereka yg berwajah comey (aku pun taktau nape).
so kepada sesiapa yang aku dah folo tu sila perasan sekarang ye.
aku bagi masa dua saat.
k. tettt.
masa dah tamat.

aku malasla nak state kat sini jumlah pembaca aku (elehhh, nampak sangatla reader kau sikit pastu kau pura-pura malas taknak bagitahu).
yela, aku malas nak bagitahu sebab tak penting pun kan semua tu.aku ikhlas nak berbelog. (tipu..tipu..)

ok, so pointnya di sini.
aku macam terharu sangat kepada sesiapa yg sudi singgah blog aku yang suram ni.
dahla tak banyak dah entri tapi korang tetap jugak nak datang melawat.
aku rasa yang datang melawat ni adalah pembaca-pembaca yang sama dari dulu sampai sekarang.
sebab jumlah readers lebih kurang sama je dari dulu sampai sekarang.
aku terharu ni.
sobs3
walaupun aku taktau sape anda-anda yang datang menjengah,
aku nak ucap terimakasih lah yer.
mungkin ada yang aku kenal,
cam kawan-kawan rapat aku,
kawan-kawan ukm,maktab ipoh, kawan-kawan lama.
hye babes! thanks for visiting and reading.
kalau rajin, komen2 la dua tiga patah, menunjukkan korang ada tinggalkan jejak kat sni.
hehehe.
kalau rajin la kan.
kalau malas, pun kena jugak!!! WAJIB!!
gila pemerintahan diktator aku ni.

bagi sesiapa yang aku tak kenal tu,
thanks jugak!
dahla korang tak kenal aku kan,
pastu masih lagi sudi nak baca blog aku ni.
terharu ni, terharuuu.
nak post gambar yang muka terharu takde la pulak.



muka kat atas ni, ada muka terharu tak?
ada kot eh?
kan ke aku tersengih tu,
lebih kurang macam aku terharu la.
terharu di dalam sengihan.

pastu kekadang tu,
aku tak buat entri pape pun,
korang masih sudi melawat,
terima kasihhhh.
aku sayang semua lah!!!
muahmuahmuah!!