28 April 2009

sapa dia ni?

tengah dok kalut-kalut buat tesis tiba-tiba aku rasa nak tempek gambar mamat ni.
siapakah dia?
nanti aku cerita.
nak sambung buat tesis.

waniey pelahap


malam ni aku akan melantak dengan banyaknya. tadi aku pi pasar malam.


aku beli burger, dunkin donut sebijik, bebola 2 batang.

balik rumah ada nasik dan sup sayur dengan sebijik lagi burger housemate aku belikan.

ditambah lagi dengan cupcakes comel pemberian sainie ini.

mekaseh sainii.

tak pasti samada aku dapat habiskan semua cupcakes ni.

yer.

marilah kita berkenduriiiii.

alhamdulillah aku masih mampu menikmati semua rezeki ni.

eceh. ustazah wani sedang berceramah.


27 April 2009

gambar gedik aku


takda. saja ja nak letak gambar gedik kami ni.

p/s: ni sewaktu kami sedang berbahagia yer, kalau korang tengok tetiba gambar ni lesap, maknanya kami sedang bergaduh. harap maklum.

thesis updates-happy mode



mau update pasal tesis ku.
hehe
kan aku pernah cerita dalam entri lepas yang dr.noraini nak pulangkan balik chap 1 2 3 kat aku hari isnin kan?
yeah. akhirnya, hari ni dia berjaya semak kerja aku dan aku jumpa dia tadi untuk bincang tentang kesalahan-kesalahan aku.
.
aku rasa mesti dia teruja sebab dia berjaya semak aku punya kerja akhirnya.
sebab tu dia call aku berkali-kali dan siap mesej lagi bila nak jumpa dia.

hehe.
aku pulak tetiba jadi takut nak jumpa.
kot-kot salah semua ke apa yang aku buat.
huhu.
.
jadi lepas exam, aku keluar awal untuk jumpa dia.
masa jumpa dia aku dah sengih sengih cam kerang busuk.
aku kata kat dia, mesti banyak gila salah.
pastu dia tunjuk kerja aku yang dia dah semak.
dia cakap dia quite impressed.
.
aku apa lagi kembang semangkuk mi megi kat situ gak.
ngehehe.
dia kata aku kena banyak elaborate je.
dia kata aku merepek-merepek pun takpa, kata LITERATURE STUDENTS kan.
mestilah kena pandai buat ayat bunga-bunga.
.
dia kata aku buat ayat skema.
boring la. buat ayat macam jiwang-jiwang, puitis-puitis lagi bagus.
walaupun maksud lebih kurang sama.
yang penting elaboration.
camtula dia kata
.
yelah, aku buat ayat skema la sebab aku takut kang tersalah format tesis ke.
rupanya dia ni jenis yang tak kesah pun pasal format tesis.
hehehe.
tiba-tiba sangat sayangkan noniii.
.
lepas tu aku tanya bila exact date hantar tesis?
dia kata no exact date, bila siap boleh hantar.
boleh pulak.
kang aku hantar sebulan sebelum grad kang, baru tau.
aku tanya dia, tak tolak markah ke kalau hantar lambat?
dia cakap takdalah.
.
hehe.
aku sengih-sengih lagi depan dia.
punya sengih sampai hampir bertukar menjadi kerang.
.
lepastu yang terakhir ni aku tanya soalan cepu emas.
hahahah.
dr, when can we get the payment???
pastu aku sengih lagi.
asyik sengih je aku ni.
.

dr. noraini cakap macam ni ye kawan-kawan.
'oh, dr zalina has told the bendahari abou it and you will get the money this week. thats for sure'.
pastu aku ni bagi ayat pedas sikit.
' oh, i thought we will only get the money after we've graduated'
hahaha.
jahat siot mulut aku.
'no no. of course you will get the money before this long long break.'
haa.. zali..
aku nak tengok, bila ko nak bagi aku duit tu.
aku tunggu dengan separuh sabar ni.
dah lama sangat aku bersabar.

adat istiadat melayu. last part okeyy



aku sudah selesai menjawab peperiksaan bagi subjek adat istiadat melayu.

hahah.
akhirnyaaa
mesti korang dah bosan kan asyik-asyik adat istiadat melayu.
tak pe kawan-kawan.
ni yang last.
.

okey. aku nak habaq mai satu cerita kat hangpa ni.
tadi exam dari pukul 12-2.
aku keluar pukul 1.15.
hehe.
.

nak tau tak kenapa aku keluar awal?
ada dua sebab.
sebab pertama, i have an appointment with my supervisor regarding my thesis which i will be explaining it later.
.

sebab kedua.
terlalu banyak gangguan seksual.
erk?? seksual kah?
anda sendiri tentukan jap lagi ok.
.

ok. memandangkan ni subjek pb aku yakni pilihan bebas, jadi semua rakan-rakan sekelasku bukanlah terdiri daripada kosmet aku.
tu yang aku bosannn.
.
kebanyakan students adalah dari kos sejarah, psikologi dan bahasa melayu.
.

ok. masa nak start exam tadi.
kira lagi 2 3 minit nak start kan.
boleh pulak budak-budak ni, dok bersembang-sembang.
ucap good luck sini, ucap good luck sana.
sampai bangun tu pegi salam ucap good luck.
bukan tak boleh ucap.
boleh je.
tapi bukan ke ada berapa minit lagi nak start?
lain lah kalau baru ambik tempat duduk kan.
ko duduk diam-diam sudah.
aku ni dok berusaha bersungguh dok membelek kertas soalan tu nak tengok soalan apa yang keluar.
yelah. kan tak boleh bukak kertas soalan selagi belum diberitahu.
yang dorang ni dok bising-bising.
.

masa nak isi maklumat diri tu pun boleh dok bising.
cakap terlebih kotak la, terkurang kotak la.
arghhhhh.
tensen satu badan aku.
.

lepas tu, kami dibenarkan menjawab.
dalam setengah jam macam tu,
mamat depan aku ni, boleh dok meniru jawapan kawan dia.
dok bisik-bisik kat kawan tanya jawapan.
adoi laa..
aku ni kan walau kaki peniru, tak pernah langsung meniru masa final exam.
takut gila kena tangkap.
boleh kena gantung ooo.
kalau time kuiz tu selalu aja meniru.
hahah.
.

pastu kan yang aku pelik, ni soalan esei, camna laa kawan ko tu nak kasi tau jawapan.
haruslah panjang berjela kalau dia nak bagi tau pun.
tak ke terkantoi nanti.
lainlah kalau objektif kan.
cuma perlu cakap, a b c atau d je.
.

aku memang dah hangin.
tapi aku cuba fokus.
.

pastu ada la lagi gangguan dari makhluk yang tak berapa nak halus ni.
mamat belakang aku ni.
yang tadi dok risau terlebih kotak tu.
boleh pulak dok wat dengusan. deheman yang. yuckss. menggelikan.
kejap-kejap. urhhh..ahhh..ihh.
.

serius terganggu mental aku.
pastu dok tendang-tendang kerusi aku.
ko apahal bai??
nak ngorat aku buatla cara nak ngorat.
ha. kan aku dah perasan.
.

pastu boleh pulak kan, ada pengawas peperiksaan ni, berjalan, pastu bunyi la libasan kain baju kurung tu.
aku tak fokus langsung kat bunyi tu.
bukan menyakitkan telinga pun.
boleh pulak la mamat belakang aku ni.
'shhhhhhhhhhhh'
ko shhhh kat sapa mat? ko shhhhh kat kain tu ke?
libasan kain tu mengganggu kewarasan otak ko masa nak menjawab ke???
huhu. aku pun taktau la.
.

pastu adalah sorang minah ni dok batuk-batuk.
normal la batuk kan.
bukannya dia buat-buat kan.
boleh mamat ni, mendengus dengan kuat pastu 'tssskk'
pastu shhhhhh lagi.
aku dah bengang tahap 10.
.

pastu dok buat lagi bunyi-bunyian yang menggelikan tu.
uhh ahhh.. ihhh...hmmm..
aku cepat-cepat siapkan jawapan.
pastu aku blah.
masa blah tu lupa pulak aku nak tengok sapa makhluk kat belakang aku tu.
tua ke muda?
sebab kelas aku tu banyak yang makcik dan pakcik..
.

sekian lah cerita aku.


adat istiadat melayu, lagii??

cuba teka aku buat apa?
aku tengah makan donat sambil berblogging.
sekarang pukul berapa?
sekarang pukul 11.24am.
exam aku pukul berapa?
exam aku pukul 12.00pm.
bukan kah sepatutnya sekarang aku tengah bertungkus lumus membaca nota
atau
sekurang-kurangnya melepak-lepak di dewan peperiksaan?
hahah.
nak tau kenapa aku tak lepak kat dewan peperiksaan?
sebab tadi masa aku sampai, aku nampak seorang pompuan yang benci sangat-sangat.
tak sangka pulak dia datang awal.
jadi, aku tanpa ditunggu lagi, terus menyelinap dari pandangan dia.
nasib baik dia tak nampak.
hahah.
ala. nanti dalam pukul 11.35 ke, aku pegi la kat dewan.
pompuan, aku malas betul la kalau nak kena cakap dengan kau.
asal cakap dengan kau je, mesti aku jadi hangen satu badan.
bila hangen satu badan je, mesti aku nak makan donat.
ok. ok. aku nak baca nota sikit ni.
dalam masa 10minit lagi ni.
hahah.
bye.
.muachss.

adat istiadat melayu memang membosankan



bosan weh stadiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

orang nak buat tesis, exam pulak datang menganggu.
uwarghhhhh!

26 April 2009

mari kawan-kawan rehatkan minda jap

sambil-sambil study tu, jom tengok gambar-gambar pelik ni.




sotong berwajahkan manusia







anak anjing berupa manusia. cian aku tengok puppy tu. camna la bila besar nanti

pork mince with bean paste. ada tanda halal lagi! apa kejadah??



ya. mari-mari. 3batang seringgit. macam-macam ular ada.


yang ni pulak 4 batang seringgit. boleh rasa dulu.. kami pilih ulat-ulat yang segar


kalau nak rebonding ni, agak-agak berapa kena cas ar??


ini adalah sejenis arnab. mata pun dah tak nampak. hehe


haiwan ni nama aye-aye. comel tak?


cili oh cili


two legged woman



batu ni berharga 20 juta us dollar


ubi keledek yang seksi


ikan berbadan dua


dorang cakap ni tanduk syaitan. wallahualam



kumbang ini dinamakan facebug. :)

sebenarnya ada banyak lagi, nanti aku upload lagik eh. tapi banyak yang gambar-gambar kemalangan yang mengerikan. aku takmau upload yang tu. takut.

facts about me.



nak tau tak, di samping kesibukan ku menyiapkan tesis dan mengulang kaji untuk exam (di samping berblogging, membelek-belek muka di cermin, mengikat-ikat rambut dan membuat pelbagai fesyen, makan tanpa henti, bergayut di telefon, kencing, berak, tidur sebentar, keluar ke pasar malam dan berborak kosong bersama rakan) cik saadah sanggup menderaku dengan menge tag aku. tidakkah beliau tahu bahawa aku sedang sibuk untuk menyiapkan tesis dan study di samping perkara-perkara yang ku sebutkan di atas. tapi disebabkan dia lah kawan yang paling best, jadi aku buat jugak.

jadi inilah dia. 16 facts about me. oops. adah, aku tambah jadi 20 boleh.. hehehe.

jadi ini lah dia 20 facts about me. mangsa-mangsa tag aku, sila buat 20 yerr. mau dera korang.


1- dulu aku rambut panjang. sekarang aku sudah berambut pendek.

2- semasa aku di sekolah menengah yakni tingkatan 1-3, hubungan aku dan ayahku sangat teruk sekali. ini disebabkan aku seringkali dikaitkan dengan masalah disiplin.

3- aku suka menyanyi sambil mengembangkan hidung.

4- aku ada seorang adik lelaki sahaja. beliau sahajalah tempat aku mengadu nasib, meminjam wang, mencarut mengarut, riak takbur dan meronggeng bersama.

5- aku suka tidur.

6- aku suka makan.

6- aku suka tidur lepas makan. sebab tu hidung aku buncit.

7- i like to make people laugh at my jokes, but don't like to be laughed at. get it?

8- aku suka gila haiwan. terutamanya kucing. percaya tak sampai sekarang aku masih pergi ke zoo sebab abah pun suka haiwan.

9- aku pernah mendapat anugerah pelajar terbaik daripada Sultan Kedah. tapi itu kisah dulu. sekarang jangan harap.

10- aku sangatlah degil, agresif dan suka memberontak. abah cakap, aku ni sepatutnya dilahirkan sebagai lelaki, tapi tersilap jadi perempuan. hahaha.

11- aku suka repair barang. aku suka mencuba benda baru. aku suka ubah benda. dekat rumah aku, kalau komputer tiba-tiba buat hal, aku adalah suspek utama. sifat ingin tahu aku adalah sangat-sangat tinggi.

12- aku selalu dibandingkan dengan satu-satunya adik aku. adik aku dikatakan lebih mendengar kata dan tidak suka membuat masalah berbanding aku.

13- jikalau aku terlanggar kerusi, aku akan memaki hamun kerusi tersebut dan memberi amaran kepadanya.

14- aku seorang yang panas baran. tapi cepat cool.

15- aku adalah seorang yang boros. aku pernah mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji aku secara senyap-senyap sebanyak rm500 untuk membeli belah. dan apabila abah dapat tau, ... (anda sila teka sendiri)

16- aku pernah menimbulkan gosip antara seorang cikgu perempuan dan seorang cikgu lelaki semasa aku di darjah 5. akibatnya, aku dihadapkan ke meja guru besar. bakat gosip ku telah wujud sejak aku kecil lagi.

17- aku seorang yang tidak mudah cepat terpengaruh.

18- aku tidak suka kawan-kawan yang tidak mendengar cerita kawan-kawan lain dan hanya ingin bercerita tentang dirinya sahaja.

19- aku cepat kasihankan orang. tidak boleh melihat orang-orang kurang upaya yang bermain muzik dan menjual barang di tepi jalan.

20- aku mahu handphone baru.

sekian.

mangsa aku:

Cik suraya seman.

Cik saini

Cik anis

Cik myra.

Mrs. Afiq farees.

25 April 2009

charlie bit me


aku sangat suka la dengan dua ekor budak yang sangat comel ni. dengan british accent nya, lagi la buat bertambah comel.




comel . comel . comel .

mama ym

Abdul Azim Ismail: WAT ALASAN LEN PLAK
Abdul Azim Ismail: ABU SAKIT TGN KNA TINDIH PINTU PAGAR
fascinate_fariesha: sapa tindih?
fascinate_fariesha: napa byk sgt sakit
fascinate_fariesha: tula dok lepas sgt
fascinate_fariesha: r2 berak berdarah
Abdul Azim Ismail: ABH TERTOLAK PINTU PGR
fascinate_fariesha: berdarah ka telinga dia
Abdul Azim Ismail: BERDARAH KT KAKI SAT MA NK P BUANG TAHI DY SAT BERAK KT PETI AIS

ni adalah lanjutan entri aku yang bertajuk beza abah dan mama. contoh perbualan aku dan mama. apa motif mama buat semua huruf besar? huhuhu. dan macam biasa semua ayat bersambung-sambung

24 April 2009

melalaks.

tadi exam start pukul 3.30 petang, sepatutnya habis pukul 5.00 tapi aku keluar awal. pukul 4.15 aku dah keluar. sebab apa? sebab aku ada misi tersendiri bersama cik suraya seman. lepas aku habis jawab, aku keluar. cik suraya seman datang bersama motorsikal berkuasa turbonya datang menjemputku. dengan berbaju kurung (aku malas la nak balik kolej tukar) aku dan cik su pun memecut ke metropoint.

kemanakah tujuan kami? kami berhasrat untuk melalak sampai galak. hahah. tapi malangnya, tempat tu full booked sampai 7. nasib baik cik suraya seman yang sangat bijaksana dah booked bilik. tapi pukul 7 malam la. hm. sekarang baru pukul 5. nak buat apa dulu ya?



yer. singgah dulu kfc dan makan. sementara tunggu twister aku sampai, msg dulu. kenapa tangan aku macam nyah?


yer. twister sudah sampai. taktau lah apa motif aku posing camtuh. macam nak gulung twister tu pulak. abaikan keselekehan tudung aku.


ni dia cik suraya seman yang comel. pemilik motor dan kamera ini. :)

lepas makan-makan dan borak-borak, tengok jam baru pukul 6. jadi rond
a-ronda metropoint dulu lah.
dah takda kerja sangat dah posing tengah jalan


cik su yang tamak haloba nak beli satu rak tu.


melepaskan aroma ketiakku di musixbox


cik su yang tak sabar-sabar nak masuk.

ok. dah pukul 7. mari masuk.


baju kurung tak baju kurung. aku tetap melalak macam orang gila. layan lagu siti sioottt.


'woo woo woo'. bunyi sang waniey melalak.


cik su memang seorang yang mempunyai kebolehan menyengih sambil menyanyi. (su, ni untuk yang ko gelakkan aku tadi. muahahaha)



cik su yang sedang menyanyikan lagu bernada tinggi. korang tak tau syarikat rakaman beratur nak ambik dia.


nampak tak tuh? tu. tu adalah kaki kesayangan aku. hehe


habis sudah 2jam. mahu balik. muka aku berminyak gila.


giliran cik su untuk menayang aroma sebelah ketiaknya

sekian. ~


magic



hebat tak aku boleh buat mata macam tuh?

noni oh noni


aku nak cerita mengenai supervisor kesayanganku dr noraini. rasanya macam dah lama nama beliau tak masuk dalam entri-entri aku. ok. dua hari yang lepas, beliau meminta salinan bab 1 2 dan 3 untuk disemak. aku ni tiba-tiba jadi kecut perut. yelah, beliau mana pernah nak semak betul-betul aku punya kerja disebabkan kesibukan beliau. selalunya kalau (kalau ye, diulangi kalau ) aku dapat jumpa dia pun, dia hanya akan tanya apa yang aku dah buat. dia takkan tengok pun kerja-kerja yang aku dah print tu. jadi aku ni kena pandai summarize kan apa yang aku dah buat. masa ni, kalau ada musykil memang kena tanya sebab, dia takkan tau pun jika terdapat kesalahan dalam tesis aku tu sebab dia tak pernah ada masa nak check. jadi kalau aku rasa apa yang aku taip tu macam salah, aku kena tanya. tak boleh nak tunggu sampai dia check. jeles jugak aku tengok orang lain, supervisor dorang semak sebijik-sebijik ayat dorang. huhu.


ok berbalik kepada cerita tadi. bila tiba-tiba dia mintak salinan tesis untuk bab 1 2 3, aku jadi cuak. aku nak kirim melalui emel je, tapi dia tak nak. dia nak printed version. dia nak baca. muahaha. sebelum ni takmau pulak ko baca kerja aku. tapi takpa, aku pegi print dan hantar kat dia. eh. bukan kat dia ye, kat seketari dia.dia macam biasa, sibuk. lepas hantar, aku sms dia cakap dah hantar. dia cakap

'tq dear, im at klcc now. i will read it and return it to you on friday'

ok. aku pun rilek je lah. bila sampai hari jumaat yakni hari ni. aku sms cakap nak g ambik kerja aku. yaa. seperti yang dijangka, ini balasan sms tersebut.

'Not yet. m in meeting now. i will return to u by monday. full schedule today'

hahaha. kan aku dah kata, dia takkan berkesempatan punya untuk semak kerja aku. bab 1 dan 2 tu aku dah hantar bulan lepas lagi. dia belum check pun, bila aku pegi ofis dia, tengok dia tak check pun lagi aku punya kerja. kerja aku dok bertimbun sekali dengan kertas-kertas kerja dia. sob3

dan even proposal aku yakni lakaran kasar untuk tesis aku tu pun, dia tak pernah check.

tetapi noni ku adalah seorang yang sangat la baik. sebab tu, aku tak berapa nak marah sangat. hehe. dia memang sporting habis. tapi tu lah, harap-harap sporting jugak dalam memberi markah tesis ku.

untuk tatapan pembaca sekalian, ini lah noni kesayanganku



special thanks tu mr. razy for uploading this video.

budak yang menari nari bagaikan ballerina di belakang tu, sila abaikan yer.


b a l o q l i a t

satgi pukoi 3.30 ada exam. aku satu habuk pun tak baca papa lagi. bulih lagi dok melangut depan laptop ni. serius, aku malaih gila nak study. satgi aku tibai ja lah jawapan dia. dahla malaih study, tesis pon baloq gak nak buat. apa nak jadi la dengan anak azim yang sorang ni. dok pot pet ni perut terasa lapaq pulak. ingat nak pi rebuih megi ja. wokey. adioss.

hangpa paham dak apa yang aku tulih ni? ;p.

22 April 2009

masalah rumah tangga

Nama tasik terpanjang

WEBSTER, Massachusetts 21 April – Nama sebuah tasik di sini yang mengandungi 45 huruf iaitu Tasik Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg, dieja salah di papan-papan tanda menuju ke kawasan tersebut.

Dalam kamus Webster, tasik Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg diiktiraf sebagai antara nama terpanjang bagi sesebuah tempat di dunia.

Pelbagai cerita dan legenda mengenai asal-usul nama tasik itu diambil daripada perkataan Red Indian. Mitos popular (yang kemudiannya ditolak) mendakwa, ia bermaksud ‘Awak pancing di sebelah awak, saya pancing di sebelah saya dan tiada siapa memancing di tengah-tengah’. –AP


Cemana? boleh ke sebut dalam satu nafas tuh? hihi. aku boleh sekali harung walaupun tersekat-sekat. aku tak dapat bayangkan cemana yer kalau orang nak sebut nama tasik tu.

' sayang jom kita pergi tasik blablablablablabla.'

'eh, salah tu. bukan blablablablabblablabla. kena sebut blablablablaba'

'salahla abang. yg sayang sebut tadi bukannya blablablablabla, sayang sebut blablablablaa.'

'tapi abang dengar blablablablablabla.'

'abang nak menghina sayang ke? ingat sayang ni bodoh sangat tak boleh sebut tasik blablablablabla dengan betul?'

'ha tengok. salah lagi.'

'sampai hati abang hina sayang, sayang nak mintak cerai.'

dan akhirnya, terjadilah pergaduhan perpecahan di dalam rumah tangga akibat masalah ini. bukankah itu satu perkara yang menyusahkan?

attacked by these syndroms.


sleepy, hungry, ignorant, emptyminded.
my brain is not really well functioning. please help me before it's completely malfunction.

shida, HAPPY BIRTHDAY !!
may you have a happy and a prosperous life. :)
.muachss.

21 April 2009

mai mai tengok


Cik saadah saadun busuk masham tag akuuu

1. Kalau anda jadi orang kaya?

- kalau aku jadi kaya, mesti aku akan bankrap dgn cepat, sebab aku boros.

.2. Kalau anda jadi orang terseksi di dunia?

- aku menjadi sangat bangga kerana orang yang keding seperti aku pun masih layak dilabel seksi. hahah

.3. Kalau anda perlu terjun tingkat ke-100 untuk membuktikan cinta anda?

-buat apa susah-susah terjun? guna lif sudeyyy..

.4. Kalau orang kata blog anda teruk nak mampus!

- aku seronok sebab ada juga yang bagi perhatian kat blog aku nih.

.5. Kalau keluarga anda yang menentukan teman hidup anda.

- aku akan pastikan orang yang mereka telah tentukan itu adalah kekasih hatiku. ecehh.

6. Kalau tiada lagi hari esok?

-aku akan pastikan hari ini merupakan hari yang paling indah dalam hidup aku. poyo. poyo.

7. Kalau orang yang anda benci berada di depan anda?

-aku akan pastikan mereka benci aku juga.

8. Kalau anda berpeluang masuk Fear Factor dan makan benda2 pelik?

- aku tak kan makan benda2 pelik itu sebaliknya aku akan memandang pelik muka2 perserta yang memakan benda2 pelik tersebut.

9. Kalau ibubapa anda tiada pada pagi esoknya?

-bukan ke adah dah suruh banned. apsal ada lagi ni??? lembaga penapisan tag tak buat kerja ka??

10. Kalau anda berjumpa dengan orang artis/selebriti yang paling anda minati?

- aku akan tanya, dorang minat aku tak? sebab aku beriya minat dorang.

11. Kalau diberi lesen untuk membunuh, siapa yang akan anda bunuh?

- orang yang aku benci tadi. bila nak bagi lesen?

12. Kalau orang kata anda kacak/cantik?kalau xder orang kata??

-dia tak cakap aku cantik tapi dia kata aku lah yang paling huduh dalam kelas aku. aku senyum dan bangga sebab mesti dia selalu tengok muka aku kan.

13. Kalau anda ada penyakit AIDS pada usia yang muda?

- aku tak kan salah sesiapa. dan aku cuba menjalani hidup seperti biasa.

14. Kalau anda berpeluang menikmati makan malam yang romantik?

- aku akan secara tidak sengaja menjatuhkan lilin (candle light dinner) di atas meja sekaligus api menyambar baju teman makan malam aku itu.

15. Kalau anda terpaksa mengorbankan cinta anda untuk orang lain?

- aku akan pastikan 'orang lain' itu dijadikan korban bagi upacara pemujaan agama sesat.

.16. Kalau anda memenangi anugerah? Dan anugerah apa yang anda inginkan?

-anugerah pemboros terbaik

.17. Kalau anda berpeluang mengahwini bangsa asing? Bangsa asing mana yang anda inginkan?

- masalahnya sekarang ada ke bangsa asing yang nak kan aku?

18. Kalau anda terpaksa berpisah dengan orang tersayang?

-aku akan pastikan kami hanya akan berpisah selama 5saat.

.19. Kalau ramai yang tidak puas hati dengan anda kerana mereka cemburu dengan anda?

-berterimakasih kepada mereka kerana sudi cemburu dan tak puas hati dengan aku yang serba kekurangan ni serta tidak layak untuk dicemburui

.20. Mengenai orang yang tag kamu ni?

-nama dia saadah saadun dan dia adalah rakan jenayahku yg terhebat. kami baru sahaja keluar dari penjara. hahahah.

aku nak tag.

*cik suraya seman

*cik amy



dan semua followers sekalian.
heee~



20 April 2009

scars

I can't help you fix yourself 

But at least I can say I tried

I'm sorry but I gotta move on with my own life

.sorry.

19 April 2009

beza abah dan mama


sekarang ni aku tengah ym dengan abah. petang tadi ym dengan mama. aku yang tolong install kan ym kat komputer kat rumah tu, dan aku buat setting automatically sign in bila on computer. aku dah add id aku siap-siap. aku jugak yang buat id dorang. id 'abahmamasaya'. hehe. yelah senang nak chatting kalau aku rindu kat dorang.

ok . seperti tajuk kat atas. nak cerita pasal perbezaan bahasa abah dan mama masa chatting.
abah sangat mementingkan ke'baku'an sewaktu menaip. hehe. contoh :

abah: apa yang kakcaq(nama aku kat rumah) sedang buat belum tidir lagi?
maaf abah tersalah taip, nak menaip tidur jadi tidir pula.

hehe. lebih kurang begitu la. lepas tu yang kalau best lagi, kalau abah membebel melalui ym. contoh:

aku: abah, tadi ada orang tu pinjam barang kakcaq, lepas tu, hilangkan pulak. geram betul la. (contoh je ek)

abah: kita haruslah jangan riak dan bersikap angkuh di kalangan kawan-kawan. kita kenalah bersyukur di atas apa yang telah dikurniakan oleh Allah swt. Sesungguhnya Allah swt sentiasa ingin menguji setiap hambanya.

hehe. aku ni dari nak marah terus gelak. abah..abah.. padahal dalam realitinya tak da nya nak cakap camtu. lagi pedas dia cakap.

ok. kita beralih ke mama pula.

mama pula berbeza dengan abah kerana beliau sama sekali tidak menghiraukan ke'baku'an sewaktu berbahasa. contoh:

aku: mama, abu (kucing aku) tengah buat apa? (berusaha menaip dengan bahasa yang betul takut mama tak paham)

mama: dy br bgn pas tdo ma bg mkn ikan td.

huwaaaa... mama suka guna singkatan dan tak suka letak nokhtah. bersambung ja apa yang dia cakap.

lagi satu contoh kalau dia membebel melalui ym. memang ringkas dan padat.

aku: mama, duit kakcaq dah nak habis, nanti suruh abah masukkan duit.

mama: jmt wet tu jgn li menda merapu

haa. tengok. ringkas dan padat.

tu je aku nak cerita. rindu gila kat mama dengan abah. tak sabar nak balik.

titi


(T_T)
< -- apakah maksudnya? selalu je aku nampak bloggers guna tapi aku taktau ianya merujuk kepada apa. yang aku tau, aku panggil ia titi. sebab ia guna huruf T dan T. hehe. kawan-kawan ku sayang, apakah maksud benda alah ini?

eh, mana da aku marah :)


kolej aku tak da air. buat kali yang ke 4. :) senyum je aku kan walaupun tiada air. nasib baik aku sempat mandi. tidak mengapa, mungkin terdapat sedikit kesilapan teknikal kot yang menyebabkan bekalan air terputus dan menyebabkan

AKU TAK BOLEH BASUH PINGGAN MANGKUK YANG BERTIMBUN DALAM SINKI AKU TUHH. DAN AKU NAK MASAK PUN TAK BOLEH !!!. (ha? aku nak masak apa? masak air je. nak buat nescafe)
DAN AKU TAK BOLEH STUDY UNTUK FINAL EXAM
!! (sebenarnya, aku tak nampak pun kaitan antara tak da air dan tak boleh study, korang nampak tak?)
haa. ni yang buat aku nak start marah ni. GRRRRRR!

aku bayar mahal-mahal duduk sini, korang (merujuk kepada air dan kolej) wat perangai pulak eh.
geram amat. V OD O H .

atas permintaan cik saini



maka, inilah hasilnya...




saini, memandangkan muka ko dah memang cun melecun pun, jadi tak banyak pun yang perlu aku edit, hanya sekadar sedikit touch up dan mata sahaja.
ngehehehe
inilah hadiahku khas buatmu, saini. eceh! hehe

17 April 2009

miracles in photoshop


sebenarnya, dah lama aku terjebak dalam photoshop ni. dah dua tiga tahun lepas. tapi aku baru mempelajari cara-cara nak mengubah muka orang. jadi aku agak teruja. jadi aku nak tempek gambar-gambar orang yang telah diedit. mereka-mereka ni aku tak kenal pun. aku cuma ambik gambar mereka secara rawak dari myspace dan edit.















kalau dah tua, tua jugak

cuba tengok lengan dia. mengerikan kan? aku rasa dia asyik cucuk botox kat muka je sampai lupa nak cucuk kat tangan

gambar ni diambil masa anugerah bintang harian baru-baru ni.

tig TAG tug

tagged by adah chomey lotey bak seorang puteri kayangan yg turun dari langit.

1. 3 NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE?
-Diba. i've just deleted all msges in the inbox

2. YOUR MAIN RINGTONE?
- Secret ost from GG

3. WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT?
- thinking about my future. wuahahaha

4 . WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT WITH? WHERE?
-my buddies
-musicbox. went there to sing and scream crazily.

5. THE COLOR OF THE T'SHIRT YOU'RE WEARING? NOW?
-pinkilicious

6. THE LAST THING U DID?
-sipped my ice milo

7. 3 OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
-handphone
-music
-my lappy (thesis oh thesis)
(tiru jwpn ko lah adah)hoho.

8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
-soft peach (ni kat rumah). kalau dekat kolej, i dont reli noe d exact color. its all mixed up. dgn lukisan mahakarya dr penghuni sem lepas, dgn dinding terkopeknya. so, aku xtau kaler sbnarnya.

9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
-rm46.50. after a few days surviving without any money, finally abah yg baik hati sent me some money.

10 . HOW'S LIFE?
-organized. not including thesis + revision for xm + my pocket money.

11. YOUR FAVORITE SONG?
-anything that fit my ears.

12. WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND?
-exam. t h e s i s. what a boring weekend.

13. WHEN WAS THE LAST TIME U SAW UR MOM?
-last month.

14. WHERE IS SHE NOW?
-kulim kedah. mama, miss u.

15. WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS?
-last nite. mama called me twice. adik and abah called me once. and all the calls were regarding my ZERO pocket money. haha.

16. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U?
-DR.NORAINI my supervisor. haha. suprised eh? i cudnt stop worryin about my thesis smpai termimpi nonny last nite. n in d dream, we were discussing abt my thesis. huhu

17.WHERE DID U HAVE UR DINNER LASTNIGHT?
-at a 5 star hotel's suite located at blok 5, KIAM.

18. THE LAST SURPRISE YOU GOT?
-none. im still hoping for one.

1 9. LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS?
-money from anis n adah. whahaha. im totally BROKE! u noe.

21. WHO IS UR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?
-next!

22. WHAT DO YOU FEEL NOW?
-sedang tahan untuk membuang big wata

23. WANNA SHARE WITH WHO?
-share hape? big wata ka? ahhaha

24. WHO KNOWS UR SECRET?
-at d moment. saadah saadun. (all my secrets), mr.f (half of my secrets) ;p

25 . THEY KEEP UR SECRET?
-yes. i trust them.

27. ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE?
-yeah! damn angry with him. sialan.

28. WHAT DO YOU ORDER AT MCD?
-extra tissue. ok.its a joke. pls laugh.

29. THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?
-last nite. oh. sad about the same old thing. *sigh

30. WHAT IS UR WISH FOR TOMORROW?
-can start revising for d xm, and stop thinking about my incomplete thesis.

nak tag.
*saini nanie
*sh. anis
*sesapa yg rasa nak buat