27 April 2009

thesis updates-happy mode



mau update pasal tesis ku.
hehe
kan aku pernah cerita dalam entri lepas yang dr.noraini nak pulangkan balik chap 1 2 3 kat aku hari isnin kan?
yeah. akhirnya, hari ni dia berjaya semak kerja aku dan aku jumpa dia tadi untuk bincang tentang kesalahan-kesalahan aku.
.
aku rasa mesti dia teruja sebab dia berjaya semak aku punya kerja akhirnya.
sebab tu dia call aku berkali-kali dan siap mesej lagi bila nak jumpa dia.

hehe.
aku pulak tetiba jadi takut nak jumpa.
kot-kot salah semua ke apa yang aku buat.
huhu.
.
jadi lepas exam, aku keluar awal untuk jumpa dia.
masa jumpa dia aku dah sengih sengih cam kerang busuk.
aku kata kat dia, mesti banyak gila salah.
pastu dia tunjuk kerja aku yang dia dah semak.
dia cakap dia quite impressed.
.
aku apa lagi kembang semangkuk mi megi kat situ gak.
ngehehe.
dia kata aku kena banyak elaborate je.
dia kata aku merepek-merepek pun takpa, kata LITERATURE STUDENTS kan.
mestilah kena pandai buat ayat bunga-bunga.
.
dia kata aku buat ayat skema.
boring la. buat ayat macam jiwang-jiwang, puitis-puitis lagi bagus.
walaupun maksud lebih kurang sama.
yang penting elaboration.
camtula dia kata
.
yelah, aku buat ayat skema la sebab aku takut kang tersalah format tesis ke.
rupanya dia ni jenis yang tak kesah pun pasal format tesis.
hehehe.
tiba-tiba sangat sayangkan noniii.
.
lepas tu aku tanya bila exact date hantar tesis?
dia kata no exact date, bila siap boleh hantar.
boleh pulak.
kang aku hantar sebulan sebelum grad kang, baru tau.
aku tanya dia, tak tolak markah ke kalau hantar lambat?
dia cakap takdalah.
.
hehe.
aku sengih-sengih lagi depan dia.
punya sengih sampai hampir bertukar menjadi kerang.
.
lepastu yang terakhir ni aku tanya soalan cepu emas.
hahahah.
dr, when can we get the payment???
pastu aku sengih lagi.
asyik sengih je aku ni.
.

dr. noraini cakap macam ni ye kawan-kawan.
'oh, dr zalina has told the bendahari abou it and you will get the money this week. thats for sure'.
pastu aku ni bagi ayat pedas sikit.
' oh, i thought we will only get the money after we've graduated'
hahaha.
jahat siot mulut aku.
'no no. of course you will get the money before this long long break.'
haa.. zali..
aku nak tengok, bila ko nak bagi aku duit tu.
aku tunggu dengan separuh sabar ni.
dah lama sangat aku bersabar.

7 comments:

Always Me! said...

thank u waniey!
aku ni da tak sabar nk dpt wit tu.
kebuloq dah aku ni asik tak mkn ja.
haha...
tahniah ye sal thesis ko.
jeles nih aku!
bertuah ko dpt noniiii...
:P

((myra)) said...

kata-kata mu tidak kejam..tp sunggu menusuk sanubari mereka especially dr.zalina ittew!!!

saya ingin duit!!!

wanieybintang said...

anis. haha, aku harap sangat kita boleh dapat wet tu. jgn hanya sekadar janji. oh, noni kusayang. makin aku marah, makin aku sayang padanya. HAHAHA.

myra. tulah. sepatutnya kena ckp camtu kat dr zalina. cian noni, dia baek. xptt sy ckp cnggitu kt dia. ttp HAK KITA mesti dipertahankan. eceh,,

saadah saadun said...

hoho..
tba2 aku rasa macam dah x besh nk komen ko.
rasa xda semangat dah bila ..........
(sila tnya kenapa kat ym)
hoho

Always Me! said...

hahaha...
saadah ku...
boleh tak klu aku nk kata aku tawu...
wahahaha...
adeh :P
muntah ijau.

HannahHashim said...

nape aku pun mcm tau je..:)
kan anis..hehe..
dh x best gak nk coment wani sbb ...
:)

wani..wani sorang je ke dgn noni?anak tunggal noni la ni ye...dia mmg sporting..
snang approve kje...tahniah..!hehe..
bru ari exam u3 tu kita dok ckp pasal wan nk g jmpa noni ..

sweetsuraya said...

syok giler dpt penyelia mcm 2...
kalu kos aku jgn arap nk mrapu2 ni...hihihi...

p/s:wani,kalu dh dpt wet 2 jgn lupe blanjer aku eh??? karok 2 jam pn jadi la....hehehe...