27 August 2011

Balik kampung !


Yeayy !! Balik kampung !! Kampung aku dekat je, sejam perjalanan je. Kampung korang dekat ke jauh?

Random

You are so complicated.I thought i am the most complicated person in this world but surprisingly, you beat me. You won the title for 'The Most Complicated Person in the World". Wow ! Congratulation, for making yourself, someone that is too hard to be understood. But I still like you, want you, need you no matter how complicated you are. :D although sometimes you piss the living hell out of me.

26 August 2011

saya dan awak


comel tau depa dua ni. :)

25 August 2011

Pendedahan baju raya wanieybintang secara eksklusif !!!

Tajuk macam nak minta pelempang ja.

Jeng. Jeng. Jeng. Ini adalah baju raya yang aku kecohkan hari tu. hehe. Gambar ni je yang mampu tunjuk. Sebab aku risau sangat takut kalau aku tunjuk gambar full, nanti Miss Stalker terus pegi beli sebijik macam aku pulak. Hehehhe. Sori Miss Stalker.Padan muka kau. Sapa suruh nak stalk-stalk aku pastu nak copycat aku pulak kan, so kena la bahan dengan aku hari-hari. hehehhe. Sementara itu (ayat nak bajet Penulisan SPM), selain Miss Stalker yang bongok, aku takut gak, kot-kot korang pun nak copy aku, nak beli baju cam aku sebijik kalau aku tunjuk full gambar. Biasa la, aku kan trend setter. Bhahahahah! Satu lagi statement mintak pelempang.



Haa kau. merah tak? Nanti aku nak calit lipstit merah macam Marylin Monroe tu. Pastu blusher pun bulat bulat merah kat pipi gemok aku nih. Wallaahhh ! Mesti Miss Stalker pun terus tiru lagi pesen aku nihh. Suka lak aku bila ada orang nak tiru-tiru ni kan. Rasa macam dihargai gitu. 

Aku rasa kesian jugak kat baju-baju raya aku yang lain sebab macam dipinggirkan. Aku asik try yang merah ni je. Yang depa-depa tu, aku pandang sipi-sipi lens aku ja. Takpa baju-bajuku, nanti, bila aku dah start jadi cikgu yang berdedikasi, aku pakai ampa sampai lunyai macam belacan. Yang merah ni, aku pakai bila ada function-function macam Grammy Awards ke, Anugerah Bintang (eh, aku kan wanieyBINTANG hehe) Popular Berita Harian ke, takpun bila jadi tetamu undangan Opah Winpri nanti. Ok. dah la, aku chow chin chow dulu. Assalammualaikum.

23 August 2011

HARAM !!!

Susah sangat ke ek orang-orang Islam kat Malaysia ni nak faham yang ANJING dan BABI itu adalah dua haiwan yang HARAM. HARAM bagi kita umat Islam menyentuhnya dan memakan dagingnya. Aku tadi tengok gambar artis si Nanu Baharudin tu bergembira je, peluk-peluk anjing, cium-cium anjing. Ni dah artis yang ke berapa dah aku tengok dok pegang anjing. Sebelum ni aku pernah tengok Fauziah Latiff, Atilia, pelakon KAMI tu, apa ke nama dia, dan ramai lagik lah yang pegang anjing. Yang bukan artis (orang Islam) aku taktau pulak la sapa yang pegang binatang haram ni kan, mesti lagi ramai.

Ye, memang lah lepas pegang tu kau boleh samak. Pandai je kau nak bercakap pasal samak ni kan? Masalahnya, betul ke kau nak bersamak lepas pegang anjing tu? Larat ke kau nak bersamak everytime kau sentuh anjing tu memandangkan dah kau bela anjing tu. Habis tu, macam mana pulak dengan rumah kau yang ada bulu anjing, air liur anjing (memandangkan lidah anjing asyik terjelir je) tu. Kau sanggup ke nak samak rumah kau hari-hari. Weiim letih kot nak samak satu rumah ni. Aku dah pernah samak rumah sewa aku dulu (yang sebelum ni disewa oleh pasangan berbangsa Cina). Letih kot. Berapa kali basuhan kami buat. Inikan pula kalau kau bela anjing, lepas tu dibiarkan berkeliaran dalam rumah. Kalau kau nak tunjuk pandai cakap, yang kau boleh je samak lepas pegang anjing tu, pikirlah dua tiga kali ok. Sebab kekadang kita nak tunjuk kita pandai, tapi sebenarnya itu menunjukkan kelemahan kita sendiri.

Memanglah anjing tu comel, sebab tu orang nak sangat pegang. Aku ni pun kalau boleh nak bela anjing sekor tau. Anjing dahla comel, cerdik pulak tu. Aku memang suka tengok gelagat anjing. Aku sukakan haiwan. Tapi kan, sekurang-kurangnya aku tau la anjing tu HARAM. Tapi kalau ditakdirkan aku terjumpa anjing yang memerlukan pertolongan,yang memerlukan aku menyentuhnya, aku sentuh je, sebab tu dalam keadaan DARURAT, so dibolehkan la sentuh. Lepastu baru lah samak. Takpun anjing-anjing yang digunakan untuk menjaga kebun ke dusun ke. Sebab memang ada orang Islam yang jadikan anjing ni untuk menjaga keselamatan. Itu takpe la kan. Sebab takde la kita nak peluk ke cium anjing tu. Kalau tersentuh aku boleh terima lagi. Ini, dah memang sengaja pegang. Adeiiiiiii. Tak paham aku. Manusia. manusia.

p/s : Kenapa dorang tak pegang babi, peluk-peluk babi, cium-cium babi lepas tu amek gambar dengan babi. Babi kan HARAM gak. Sama je lah babi dengan anjing kan? Kesiaaaann babi, didiskriminasi.

yeahh. merah makngah tahun niii !



gambar-gambar ni diambil pagi tadi masa pegi shopping raya 2nd round. saja nak tunjuk baju baru dengan keronsang baru yang aku pin tepi telinga tu. nampak tak? tak nampak silalah zoom. aku suka baju ni, sebab comel. hehe. depan ada muka depan cookie monster, belakang tshirt ni plak ada gambar belakang raksasa biskut (saja gedik nak translate). Timaseh bebanyak la kat orang yang hadiahkan aku baju ni. Haa, dengan brooch tu satu lagi. Tak pernah lagi aku pakai keronsang gitu. Yang pesen macam subang je aku tengok. Lawa jugokk. hehe, Maceh jugak kepada kawan kepada orang yang bagi tshirt ni kat aku sebab sudi hadiahkan keronsang nih (haa, paham tak ayat berbelit aku ni?)

tadi pegi beli baju raya. dapat jugakkk baju warna merah yang aku dok berangan-rangan selama ni. hehehe. sebelum ni pun dah beli baju kurung raya, tapi yang tu aku biasa-biasa ja tak excited sebab bukan warna merah. hehehehe. Yang baru beli ni warna merah. Eh sukanyaaaaa aku. Hehehe. Aku sebelum ni memang berangan nak beli baju warna merah striking tu. Biasa la, aku kan attention seeker. lalalala~ Memula dulu, ingat nak cari kebaya merah.Sesaja nak feeling nenek kebaya berkebayan merah. Eh silap lak, nenek kebayan berkebaya merah. Tapi tadi aku dah jumpa satu yang berkenan, tengok dia jual baju kebaya je, kainnya nda ada bhaa. So, aku agak emo di situ, baju yang aku nak sume takda warna merah takpun takda saiz aku.semua saiz makcik-makcik. Aku bukan makcik ok, aku nenek kebayan. Lepas tu, yang aku taknak berlambak je ada kat kedai tu, memang banyak pun kaler merah tapiiii dia punya manik, adoiiii, meriah sungguh suasana di hari raya. Aku kalau tengok manik banyak-banyak ni aku jadi geli geleman. Sebab dia macam bijik-bijik atas baju. Aku rasa macam baju tu berpenyakit jerawat. Tapi memang serius la, tahun ni memang pesen manik-manik ke apa? sebab boleh dikatakan bajunya semua manik-manik yang over. Dan aku pasti, kalau aku pakai baju manik gitu, kompem tak sampai dua minit terburai abes semua manik-manik tu. Aku kan hyper.

Dah puas cari-cari seluruh kedai, last-last aku buat keputusan nak ambik je baju kurung merah satu ni. Takda la manik melampau sangat. Tapi ada la lip lap jugak. hahahaha. Tapi tak melampau takpa. Kau jangan nak melampau dengan aku baju, kang aku tampo kang! So, beli baju tu, tawar-tawar dapat pengurangan yang sangat berbaloi-baloi. Dahla sekarang ni, baju kurung moden-moden yang dah siap semua mahal-mahal je. Semua atas seratus. Dulu tak pulak. Sebab tu kekadang aku pikir banyak kali jugak kalau nak memborong baju yang dah siap ni.

Pastu kan, yang lagik best nya, raya tahun ni, kami sekeluarga sedondon. Yeyeyeyeyeye. Aku teruja betull. Sebab sebelum ni memang tak pernah ada tema kot masa hari raya. asyik-asyik tema warna pelangi. Sorang pakai biru, sorang merah, sorang hijau. Susah betul nak capai kata sepakat nak pilih warna. Selalunya aku dengan mama la susah nak bersetuju bab-bab warna yang dipilih ni.hehheehe. Abah dengan adik, pernah gak depa dua sedondon. Tapi tahun ni semua merah. Yeayyyy. Dannn, warna tu aku jugak yang pilih. *Bangga*

So, nanti aku nak upload gambar baju raya merah ittewww. Tapi suku je, bukan semua nanti tak suprise. Bajet macam kalau aku tunjuk full baju aku tu, orang nak surprise-suprise homaigod bagai kann. Biarla asal aku bahagia.

Ok. Bye

21 August 2011

random

Baru lepas berbuka. Letihnya. Letih sesangat, walaupun dah berapa jam tidur siang tadi, rasa macam nak sambung tidur lagi. Memang letih kalau 10 jam duduk dalam kereta je. Sengal je rasa badan ni.

20 August 2011

obsession

 sendiri dan sepi


sendiri dan bebas

jadi, yang mana satukah anda?

p/s : these pics were not taken using a DSLR camera. just using a Nikon digital camera, 8.1 megapixel.

Abah #2

Sambungan daripada entri INI


Lepas tu, tetiba Abah bukak satu laci ni dan terpandang dua batang berus gigi berwarna hijau dan merah jambu. U’uhh. Mati aku. ‘Abah cari apa, Abah?’ Aku pura-pura tanya lagi bagi menghilangkan debaran jantung aku yang macam nak terkeluar je dari dada ni. ‘Abah cari barang,Abah. Ni apa banyak sangat berus gigi ni kat sini???’ Mata Abah dah terbeliak. Kalau Abah marah, mesti mata Abah terjegil. Abah keluarkan berus gigi tu. ‘Errr. Berus gigi tu lama punya.’ Huhuhu. Aku taktau nak bagi alasan apa dah. Yang tu yang terpacul dari mulut aku. Tak sempat nak fikir alasan yang gempak sikit time-time darurat camni. ‘Rosak pediaa nya, Abah tengok baru lagi??. Mai sini, mai sinii. Nak kena budak ni nihh. Dok membazir tak tentu hala, mai sini lekass !!!’ Makin besar mata Abah, maka makin meningkat lah tahap kemarahannya. Wuuu. Aku takut sangat. Habis la aku, dah terkantoi. Pastu macam biasa aku kenalah sebatan demi sebatan. Tapi aku tak berapa ingat lah kena dengan apa. Mungkin rotan, mungkin tali pinggang, mungkin batang paip. Lepas kena tu, sempat lagi aku nak mempertahankan diri. ‘Tapi doktor gigi tu cakap, kita kena tukar berus gigi setiap tiga bulan. Caq ikut cakap doktor gigi tu ja’ Dah meraung-raung aku nangis dah masa ni. Masa ni kompem lah aku nangis. Sakit kot wehh. ‘Tak payah dok ikut cakap doktor tu! Guna berus gigi tu sampai rosak, baru boleh tukar yang baru, PAHAM ??!!’ Aku nangis lagi teresak-esak. ‘PAHAM TAKK ABAH CAKAP NI??’ ‘Faham...’

Kelakar betul bila ingat balik. Bukan nya aku ikut sangat pun saranan doktor gigi tu. Aku suka ambik berus gigi yang baru, kekadang aku buat sapu-sapu habuk tepi tingkap. Ala, bahagian-bahagian yang macam sempit-sempit tu dan susah nak dicapai. Berus gigi kan berlambak, aku tengok comel jadi aku guna sesuka hati untuk pelbagai jenis tujuan yang sia-sia. Hehe.

Bercakap pasal pembaziran ni kan, aku teringat lagi satu kisah dan kisah ni ada kaitan dengan Abah pastinya. Masa ni, aku dah masuk sekolah menengah. Mungkin Tingkatan 2 atau 3. Aku ni ada hobi. Hobi mengumpul jam tangan. Jam tangan akan dibeli pelbagai warna mengikut warna baju yang aku ada. Abah selalu ada seminar atau mensyuarat di Kuala Lumpur, dan kalau Abah ke sana, dah jadi satu kemestian, Abah akan beli cenderahati untuk aku, Adik dan Mama. Selalu aku akan pesan supaya Abah belikan aku jam tangan. Kekadang Abah dah tau. Tak perlu tanya, bila dia balik je, tengok Abah dah belikan jam. Yeayy. Kekadang Abah belikan dua utas sekali. Best gila. Ala, bukan jam yang ratusan ringgit tu. Jam yang dalam lingkungan Rm29-RM49 tu. Macam-macam style Abah beli. Pandai jugak Abah pilih. hehe.

Aku akan susun koleksi jam tangan aku tu di atas rak meja solek aku. Happy je tengok jam tangan yang banyak dan pelbagai. Tapi aku tak pernah puas mengumpul jam tangan. Ada satu hari tu, aku plan nak keluar teman kawan aku shopping. Aku keluar dengan dihantar oleh Abah ke shopping mall. Takda la shopping mall sangat kan. Bajet macam Kulim ni KL pulak kan. Lebih kurang macam mini shopping mall (taknak sebut supermarket, rasa cam tak standard. hehehe) Aku ni, susah sangat nak keluar seorang diri. Abah memang tak bagi aku naik bas sebab Abah tak percaya kat aku. Takut aku keluar jumpa boyfriend. Hahaha. Kelakar betul. Aku tak da boyfriend pun time sekolah menengah. Sama ada Abah hantar aku ke tempat yang dituju, ataupun Abah hantar aku, dan jemput semua kawan-kawan aku yang nak keluar dengan aku tu betul-betul di depan rumah depa. Baik tak Abah? haha Kira takda peluang la aku nak menipu cakap, keluar dengan kawan ni, padahal pegi jumpa dengan lelaki. Noo. Sebab tu dulu masa sekolah, sekali pun tak pernah aku keluar dengan lelaki. Kalau aku nak keluar dengan 4 orang kawan, makanya 4 orang kawan tu lah Abah pegi jemput depa dan hantarkan pulang jugak. Kalau bukan Abah, aku dijemput oleh ayah kawan baik aku. Ayah dia datang jemput aku di depan rumah. Jadi Abah tau dengan siapa aku keluar. Nanti balik pun, ayah kawan aku tu hantarkan jugak. Aku dengan kawan baik aku ni lebih kurang je, diawasi ketat oleh ibu bapa cuma bezanya kawan aku ni, ayah dia suka bagi dia duit. Senang gilaa dapat duit. Jeles aku.

Jadi masa keluar tu, memang best lah, walaupun pekan Kulim ni apa la yang ada sangat kan. Tapi mempunyai kebebasan tu yang membuatkan aku rasa syok sangat. Aku melilau merata-rata. Tapi tak pegi jauh pun sebab jalan kaki je dari satu tempat ke satu tempat. Tetiba aku masuk ke kedai jam. Aku memang suka masuk situ sebab jam dia comel-comel. Dulu masa zaman aku tu, jam tangan yang tengah naik adalah jam yang jarum dia berbentuk yang comel-comel. Jarum saat dia pun comel gila. Comel je tengok bergerak-gerak setiap saat. Tali jam pun mengikut tema bentuk jarum tu. Katakan la, jarum dia berbentuk ikan, maka tali jam pun ada corak ikan, background muka jam pun ada ikan. Comel betul. Aku minat sangat jam-jam gitu. Ala-ala Swatch gitu. Tapi yang aku tengok ni versi murah la. Aku tengok pastu bercadang nak beli. Kawan-kawan aku ni menyokong je. Sekali sampai tiga aku beli. Gila betul. Dahla satu rm20. Habis duit aku. Dah la masa tu aku baru Tingkatan 2. RM60 tu macam RM100 bagi aku.

Bila tepat pukul 5, kami kena balik. Wajib balik rumah sebelum Mahgrib kalau tak, aku takkan dibenarkan langsung keluar rumah lagi. Ntah macam mana, boleh terkantoi aku beli jam tangan yang banyak tu.Abah panggil aku ke ruang tamu. Berbakul-bakul kena leter. Lepas tu Abah ajak aku ke luar rumah. Aku ikut je. Lepas tu Abah menuju ke satu tong sampah yang terletak di luar pagar rumah aku ni. Tong sampah tu tinggi dan besar. Ala macam yang makcik-makcik cleaner selalu dok tolak tu. Yang ada dua roda tu. Abah bukak penutup tong sampah tu, dan arahkan aku campak ketiga-tiga jam tangan yang baru dibeli tu ke dalam tong sampah. Aku ni kan jenis keras kepala, keras hati. Tak pulak aku menangis ke, merayu ke nak selamatkan jam aku tu. Sebaliknya, aku buang je jam-jam tu, pastu aku senyum je kat Abah. Abah renung je aku. Mesti dia rasa pelik. Lepas tu suruh aku pegi sambung study.

Masa tengah study tu, aku rasa ralat jugak la. Sayang betul jam-jam aku tu. Dahla comel. Baru je ingat nak menayang kat kawan-
wan-kawan kelas esok pagi. Aduii. Tapi takda la aku menangis. Selepas sejam mengulangkaji, Abah melaung panggil aku dari ruang tamu.Hmm. Nak apa lagii.... Aku mengeluh. Aku pun pegi la dekat Abah. ‘Awat?’ Muka aku macam bengang sikit lah. Yalah, marah pasal kes tadi tak habis lagi. ‘Caq tau dak pasaipa Abah marah?’ Abah memang suka tanya camni setiapkali dia dah marah aku. ‘Hm. tau.....’ Malas je aku menjawab. ‘Hah kenapa?’ Abah marah sebab Caq suka membazir, beli yang bukan-bukan...’ Memang muka tak ikhlas aku menjawab ni. ‘Ha, tau pun. Bukan senang Caq oi, nak cari duit. Abah bagi duit tu, untuk Caq simpan. Bukan untuk beli benda-benda merapu.’ Aku kalau Abah marah aku suka buat keras kepala, aku buat muka selamba aku pandang tempat lain. Pandang dinding lah, luar lah. Aku takkan tunduk tanda aku dah serik. Tunduk tu tanda menyerah kalah! ‘Hmm. dah. Lain kali jangan buat lagi tauu. Pi ambik balik jam-jam tu’ Terus aku pandang muka Abah dengan wajah bersinar-sinar. ‘Yaka, Abah??’ ‘’Ya. Lain kali jangan buat dah tau.” “Ya.” Aku tetap buat muka sekupang aku, aku tak tunjukkan pun kegembiraan sebab dah dapat balik jam aku tu. Punyalah keras kepala.

Bila aku mula sekolah menengah, umur 13-15 tahun, masa ni aku dah mula memberontak. Aku rasa family aku tak sayang aku. Aku buat perangai. Aku rasa aku ada buat entri pasal ni dulu. Klik SINI

p/s : nanti aku buat entri tentang abah yang baik sangat-sangat dan suka mewahkan kami adik beradik dan kisah sewaktu abah jatuh sakit dan semestinya mematahkan semangat aku untuk teruskan hidup.



16 August 2011

Private

Haii. Maaf aku private kan blog aku ni untuk sementara waktu dan lepas ni pun aku bercadang nak private kan blog ni. Jadi sesiapa yang nak baca blog aku yang akan diprivatekan nanti, bolehlah tinggalkan emel hangpa di bahagiah komen supaya aku boleh invite hangpa nanti. Terima kasih. :)

14 August 2011

Dah private

Sesapa yang cepat, dapat la tengok blog si pempuan saiko tu sebab dia dah private kan dah. Hehe. Ntahla, kengkadang aku rasa kesian kat dia. Dia ni kurang kasih sayang ke masa zaman kanak-kanak dia? Aku pun tak pasti la. Aku serius rasa dia perlu jumpa dengan pakar kaunseling. Mungkin itu yang terbaik untuk dia sebab dia masih rasa tak secure dengan diri dia. Camne nak buat yer dengan orang macam ni? Aku risau je takut dia kelar leher dia seniri ke, kelar lengan dia ke. Huhuhu. Orang yang mental ni, kita takleh jangka apa yang dorang akan buat. Yang aku takut, kang leher orang lain pulak dia kelar kang. huhuhu. Awak, cakap kat Faizal, suruh bawak awak jumpa Doktor ok? Takpun kalau awak segan nak bagitau dia, saya boleh bagitau Faizal sendiri. 

12 August 2011

Marah ni

Aku campak jugak lappy aku ni kot. Dia buat hal pulak. Aku dah karang panjang-panjang kot sambungan entri Abah tu dan save dalam lappy tu. Erghhhh. Terus rasa malas dah nak update blog. Bye

p/s: Btw, thanks bagi sesapa yang inform pasal the previous entry tu. hehe


p/s 2 : Now, you are claiming that, it is your style? Your life? Go and decay in hell. I'll never forgive you for rest of my life. That is my promise that i'll never break, girl. Please bear that in mind. Hm. I wonder, your English is improving, who helped you this time, huh? Don't tell me it was Mr. Google again. Hahahaha


Korang nak tengok ke sape pempuan gila tu? Cer korang klik SINI (aku dah naikkan traffik belog hang ni pempuan saiko, nanti belanja aku berbuka ok? hehe)

11 August 2011

Hanis Zalikha lah pulak!





Korang dah klik gambar-gambar di atas tu? Dah klik life traffic feed aku tu? Dah tengok yang aku kotakkan tu? Okey, kali ni aku dah cuak. Cik Epal datang singgah lagi, diikuti dengan Irene Marcello, Iz dan Hanis Zalikha?? Nama-nama tu semua nama yang selalu ikuti blog depa kot. Kenapa depa tetiba datang singgah blog aku ni? Kenapa tetiba je ni??

Blog aku bukan best pun. Entri semua yang mengarut merepek-repek je. Aku ada buat isu sensitif ke weh? Huhu. Aku dah risau dah ni. Ke blog aku ni dalam pemerhatian ISA? Tediaa. Aku tak pernah pun buat entri mengenai politik-politik ni. Aku tak suka politik. Aku tak suka masuk campur dalam isu politik. Haa, ni yang aku nak nebes nih. Ni yang rasa nak delete blog ni. Takpun, nak potong internet terus. Takpun, ambik laptop ni letak bawah katil, jangan guna. Pastu berkurung dalam jamban, tak payah keluar. Ok, serius aku cuak.

Stupid Stalker

Adoiyai stalker yang bermuka tembok weyyy, ko takboleh ke duduk bawah tempurung ko tu senyap-senyap. Jangan sibuk-sibuk nak ambil tau hal orang ok? Jangan sibuk-sibuk nak copycat orang ok? Sebelum aku kepitkan muka ko yang penuh dengan foundation tebal nak mampus tu di pintu grill rumah aku.


P/s : Forgive me for my harsh words, dear readers. Just can't help it.

Cik Epal, blogger yang kaya raya ?


Cer klik gambar di atas untuk gambaran yang lebih jelas, dan fokus pada life traffic feed aku. Tengok yang aku kotakkan tu.

Siapa tu? Cik Epal kan? Hehehe. Aku harap dengan jejakan kaki Cik Epal ke blog aku ni, mungkin dia dah tinggalkan sikit aura kejayaan beliau di sini. Kan Cik Epal selalu dapat ribu riban dalam Nuffnang, mana tau, kot-kot lepas dia singgah blog aku ni, aku pun terus ikut jejak langkah dia. InsyaAllah.  Tudiaaaa. Berangan dowhh. Hahaha

Saja ja aku buat tajuk tu, nak bagi sesiapa yang cari blog cik epal, terklik blog aku. Hehehe. Bengap sangatlah kan, nak cari blog Cik Epal tapi klik hatiwanieybintang.blogspot. Lameee ! 

By the way, terharu nih, ada artis cam Cik Epal datang singgah. Thanks ye Cik Epal. Nanti kalau rajin, pos la buah Epal untuk saya. Tetiba.

p/s : Sorryy deariesss. Nanti aku sambung cerita pasal Abah ek. Aku taknak buat panjang-panjang takut korang bosan. Huhu

10 August 2011

Abah

Assalammualaikum. Seingat aku masa Hari Bapa dulu, aku tak buat pun entri pasal Abah. Mungkin aku sibuk kot time tu. Untuk Mama, aku ada buat entri khas sempena Hari Ibu. Eh, aku tak pasti la aku buat ke tak, yang pasti aku ada buat short note for Mama on Facebook. Untuk Abah, aku tak buat pun. Jadi hari ni, hati aku tergerak nak buat satu entri khas untuk Abah tersayang. Aku warning siap-siap, entri ni mungkin panjang. Kalau tak percaya, silalah scroll down. Aku tak paksa pun sesiapa baca ni. Kalau anda rasa nak baca, teruskan, kalau anda rasa tak berkeinginan nak baca pun, aku tak kisah. Aku mengarang ni untuk kenangan. Sebab aku suka baca balik entri-entri aku yang lama dan kebanyakan entri tu akan membuatkan aku tersenyum sorang-sorang. =)

Well, kalau nak diikutkan, aku lebih rapat dengan Abah berbanding Mama. Memang aku sayang keduanya sama banyak, tapi darjah kerapatan (boleh gitu?) aku dengan Abah ni, lebih sikit. Kenapa ya? Emm. Mungkin sebab aku lebih banyak mewarisi perangai Abah, rupa Abah kot. Banyak perangai Abah yang dapat kat aku. Suka membazir, hehe, suka mengusik, suka marah, degil tahap yang maha dasyat, sukakan gadget-gadget elektronik (hp, lappy, tv, radio, etc), keras kepala dan sukakan jam tangan. Kalau ikut rupa pulak, aku rasa aku banyak warisi dari Abah jugak. Sebenarnya kan, kalau aku jalan satu family,kalau terserempak dengan kawan-kawan Mama ke Abah ke, ni favourite ayat dorang untuk aku. ‘Eh, yang pempuan ni tak macam Mak dengan Abah dia. Lain pulak muka,ikut sapa ya?’ Tapi ada gak yang kata aku banyak mewarisi wajah Abah. Aku pun rasa begitu. Kening aku agak lebat, macam Abah. Bulu mata aku panjang, macam Abah, pipi aku labuh, macam Abah, paling ketara, mata sepet macam Abah. hehe Dulu masa aku di uni, aku di kolej perempuan pakai seluar pendek yang sampai lutut tu, jalan-jalan nak pegi watercooler, boleh budak tu tegur aku ingatkan Sabahan. Aku pulak, suka buat rambut pesen amoi-amoi ni. Pendek, pastu potong rambut depan. Tapi Sabahan semua putih-putih, aku hitam. Camna depa boleh ingat aku Sabahan? hahaha. So, muka aku lebih banyak mewarisi muka abah, Cuma hidung ja tak ikut cam hidung Abah. Sayang betul, sebab hidung Abah mancung. hehe. Hidung adik macam hidung Abah la. Jeles tau.

Aku ni memang degil. Ketegaq orang utara kata. Antara aku dan Adik, memang sangat ketara lah aku yang paling tak mendengar kata. Pernah Abah mengadu dekat kakak sedara dia pasal kedegilan aku yang over ni. Pastu Makcik tu cakap ‘Ketegaq macam hang la, Zim. Hang dulu lagi teruk ketegaqnya’ Terus Abah terdiam. Aku pulak tersenyum sendirian. hehe. Perangai aku yang degil ni memang sangat sesuai dengan peel abah yang garang tu. Abah memang garang. Garang sangat. Kami adik beradik memang paling takutkan Abah. Kalau aku baca komik Anak-anak Sidek, terus aku teringatkan Abah. Aku rasa normal jugak kehidupan aku ni sebab ada je yang ada Abah yang garang. Bukan aku sorang je. Yela, kan ke Tuan Haji Sidek tu garang gila. Watak Bun pulak aku rasa dekat sangat dengan aku (dan aku rasa Bun tu adalah hensem. lalala). Bun tu nakal, degil selalu je kena bantai dengan Abah dia dek kenakalan dia. Aku rasa kalau aku membesar di kampung, mesti kenakalan aku macam Bun tu. Ni dah membesar di bandar, kenakalan pun agak kebandaran sikit lah.  

Dulu masa kecik-kecik,  aku masa tu mungkin darjah 4 atau 5 kot. Masa ni kami dah dikerah untuk pi tusyen. Banyak gila tusyen, sampai aku jemu. Pastu Abah beli buku latihan berbuah-buah untuk kami buat. Banyak tau. Dulu ada 5 subjek masa sekolah rendah. Satu subjek Abah beli dua buku latihan. Abah akan tanda, aku kena buat dari helaian mana sampai helaian mana. Selalunya banyak. Kekadang 10 helai. Dan Abah bagi tempoh untuk aku dan Adik siapkan latihan-latihan tu.  Disebabkan aku ni pemalas, aku suka tiru jawapan di belakang buku. Kekadang aku hasut Adik suruh tiru gak. Hehehe. Selalunya time buat latihan tu, Abah ada berdekatan untuk mengawasi kami. Sekali tu, terkantoi aku tiru jawapan. Dia nampak. Aku dah takut gila dah. Abah panggil aku, dia suruh pi ambik pembaris kayu di bilik belakang. Pastu, Abah suruh genggam tangan. Aku pun genggam sambil ketap mulut. Pappp! Dia pukul aku punya knuckles tu. Eh jap, knuckle dalam Bahasa Melayu apa ek? huhu. Okey lepas dia pukul aku tu, dia akan suruh aku pi sambung buat latihan. Aku ni pulak jenis yang keras kepala. Takdanya nak menangis minta simpati. Aku buat macam tak sakit. Padahallll.pedih amat.

Dulu, mama kerja jururawat (sekarang dah pencen). Selalu kerja shift. Kekadang kerja malam, kekadang pagi-pagi baru balik. Abah pulak kerja office hour. Abah selalu pergi kerja naik motor Suzuki lama tu. Masa tu ada satu kereta je. Mama yang guna kereta, Abah pulak guna moto. Moto Suzuki Abah tu aku dan Adik cam sangat lah bunyi eksoz dia, preng preng prengg peh peh peh peh. hehhe. Gitu la bunyi dia. Moto lama kan. Selalu kalau Abah pi kerja, mama pi kerja, tinggal lah aku dan Adik, fuhh, enjoy habis kami time ni. Tak study, tengok tv je keja. Dulu, kami adik beradik susah nak tengok tv. Dilarang keras oleh Abah. Kami kena siapkan kerja sekolah dan kalau kerja sekolah dah siap, kena buat latihan pulak dalam buku yang Abah beli tu. So, masa Abah dan Mama takda ni la, kami harus menggunakan kesempatan ini dengan sepenuhnya. Selalunya, macam biasa, aku la yang hasut Adik, jangan study. Jom join aku tengok tv. Sebab kalau kena marah, pun ada geng. Hehehhe. So, masa kami dok seronok tengok Tv tu, tetiba, terdengar prenggg prenngg prenggg peh peh peh. Apa lagi, bertempiaran lari, cari buku, cari pensel terus duduk di meja tulis. Yang bestnya, bunyi moto Abah tu, dah boleh dengar berkilometer jauhnya. Hehehhe. Jadi sempatlah kami nak tutup tv, tutup kipas di ruang tamu, lari dan menuju ke meja tulis dan pura-pura study. Pastu, Abah balik, dia pun masuk rumah. Tengok anak-anak dia rajinn je study. Tapi kami berdua ni, dah dup dap dup dap.Abah menuju ke ruang tamu. Lagi la kami berdebar.  Tetiba terdengar Abah melaung memanggil kami. ‘Kak Caq! Adik ! Mai sat. ‘ Haa, kalau dah begitu tone suara dia, kami dah rasa satu malapetaka besar akan berlaku. Mesti ! Pasti ! Yakin ! Kami pun saling pandang memandang, dahh berketar seluruh badan, jalan menuju ke ruang tamu. ‘Ni awat kipas masih lagi berpusing ni, macam baru tutup ja. Tv pun masih panas ni? (Dulu takda plasma lagi, pakai tv gedabak besar empat segi tu, jadi boleh rasa dekat bontot tv tu) ‘ Kami pun dok err errr errr.  Okey, cam biasa, aku disuruh ambil pembaris kayu. Pastu dah boleh agak la kan, apa yang jadi. Yang best aku sorang je yang kena, Adik tak kena. Ciss! Sebab memang semua orang tahu, selalunya aku yang mastermind. Jadi, lepas tu kalau kami nak tengok tv senyap-senyap, tak payah pasang kipas. Lepas tu lepas tutup tv, aku dengan bengapnya, akan sembur-sembur air belakang bontot tv tu, pastu lap-lap tak kasi panas. Kasi sejuk. Hahahaha. Nasib baik time buat tu, plug dah cabut, kalau tak, mungkin blog ni takkan pernah wujud pun. Hahaha. Tapi ada gunanya jugak Abah marah-marah kalau aku tak study sebab, masa UPSR aku dapat 4A. Dalam malas-malas aku study, malas pegi tusyen, dapat jugak 4A kan. Sains je aku tak dapat A. Aku dapat C.Hahaha. Ya. Aku dapat 4A 1C. Dahla dalam kelas aku tu, semua dapat antara 5A atau 4A je, bawah dari tu takda. Aku la tu yang paling teruk sebab ada C. hahahaha. Selalu kalau orang tanya berapa A aku dapat untuk UPSR, aku boleh bangga cakap dapat 4A. Orang akan ingat aku dapat 4A 1B. Hehe. Nasib baik, memang mentaliti orang kita ni suka tanya dapat berapa A kan time exam. Tapi aku kesian lah bagi siapa yang tak dapat A langsung tu, kalau orang tanya dapat berapa A? Mesti pahit je nak jawab, takda A.

Masa sekolah, pun aku suka buat perangai, buat masalah. Tapi bukanlah masalah disiplin. Aku ni seorang yang cuai dan pelupa. Abah suka marah aku sebab tu. Careless careless dan careless! Begitu lah kata abah. Masa aku bersekolah rendah dulu, di SK St Anne’s Convent. Aku suka je tertinggal barang. Kekadang tertinggal barang kat rumah, kekadang tertinggal barang di sekolah. Ada je benda nak tinggal. Lepas tu, kalau tertinggal barang di rumah, contohnya buku latihan untuk subjek yang cikgunya garang nak mampus, mula lah aku kalut cari public phone time rehat, call pejabat Abah, suruh Abah hantarkan buku tu ke sekolah. Abah pun dari tempat kerja, balik ke rumah, ambik buku dan hantar pulak untuk aku di sekolah ni. Aku selalu berharap, Abah, please naik kereta, jangan naik moto, please please please. Aku takmau kawan-kawan aku tengok Abah naik motor, aku nak depa tengok Abah drive kereta, baru ada class. Rasa nak penampar tak aku? Abah dah penat-penat balik rumah ambik buku kau, pastu hantar lagi kat sekolah, kau boleh wish yang bukan-bukan. Aku pun rasa nak penampar diri sendiri. Lepas tu, masa Abah hantar buku, selalunya kena la bebelan kat situ. Cuai, lalai careless. Benda biasa yang aku selalu dengar. hehe.Kekadang, Abah terpaksa hantar ke kelas memandangkan aku ada kelas jadi tak dapat keluar kelas ambil barang tu. Dan masa Abah nak bagi buku tu, mesti aku bangga. Abah aku sanggup datang hantar buku untuk aku, abah korang ada ke Abah camtuh?? Yang tu lah yang aku fikir sewaktu aku bangga ke depan kelas untuk ambik buku yang Abah nak kasi tu. Budak-budak baru nak up kan, cam tu lah pemikiran dia.

Pernah sekali tu, abah hantar aku ke sekolah naik moto. Hurm. Dulu aku tak suka naik moto. Tak suka Abah hantar ke sekolah naik moto sebab nanti tudung sekolah jadi macam belacan lepas tanggalkan helmet. Tapi masa tu tak berapa kisah sangat sebab sekolah semua perempuan kan, takda lelaki, so tak perlu control ayu sangat. Hahahah. So, masa Abah nak turunkan aku dari moto tu, masa ni aku darjah 2 atau 3 kalau tak silap, aku turun ja, mesti la aku tengok bawah kan,Abah pun mesti tengok bawah, tengok aku turun dari moto. Pastu kompom lah terpandang kaki aku kan. Sekali tengok aku pakai selipar bunga-bunga kaler pink. Tak pakai kasut sekolah ! Aku pun baru sedar aku tak pakai kasut sekolah. Damnnn! Aku dah mula cuak dah. Pastu Abah marah berbakul-bakul dan masa rehat, Abah hantar kasut sekolah untuk aku. hehe
Bukan apa, aku time tu takut sangat dekat Guru Besar tu. Cikgu Rokiah nama dia. Garang gilaaaaaa weh. Semua takut kat dia. Dia suka tampar orang. Aku takut kalau dia nampak aku berkeliaran pakai selipar bunga-bunga pink ni, mau dia sepak aku depan-depan tu. huhuhu. Nasib baik Abah hantar kasut sekolah. Thanks Abah.

Selain kena dengan pembaris kayu tu, banyak lagi yang dah aku kena. Setakat pembaris kayu tu, perkara kecil saja. hehhe. Dulu aku pernah kena rotan sebab aku suka guna banyak berus gigi. Kat rumah aku ni, barang-barang semua ada stok yang banyak. Berus gigi banyak, sabun berbotol-botol, shampoo berbotol-botol, makanan pun banyak gila. Abah suka beli banyak-banyak untuk bekalan di masa akan datang. Pastu Abah suka beli berus gigi yang comel-comel, warna warni, bentuk yang canggih-canggih. Aku suka betul tengok, dan guna. Hahaha, dah seminggu pakai, aku buang, aku pakai baru, baru dua hari pakai, aku campak, aku ambik yang baru. Sekali tu, Abah tetiba masuk bilik aku, aku dah cuak dah. Aku tak suka orang masuk bilik aku sebab bilik aku tu banyak rahsia. hehehe. Bila Abah masuk secara melulu, aku terkujat lah. Masa tu pulak aku tengah kat ruang tamu. Terus melompat meluru ke bilik. ‘Cari apa Abah?’ Aku dah gabra dah tanya. Tengok Abah dah selongkar laci aku. Aishh, ni yang tak best ni. Dalam laci-laci, almari buku aku, banyak betul rahsia sulit kerajaan. Segala surat cinta, kad raya dari boifren-boifren, kertas ujian yang dapat teruk-teruk, vitamin-vitamin yang Abah beli suruh makan (dah jadi kebiasaan Abah suka belikan anak-anak dia, vitamin. Macam-macam jenis vitamin ada) semua aku sumbat kat situ. Oh, by the way, aku tak suka makan vitamin, ubat etc. hehe. Lepas tu, tetiba Abah bukak satu laci ni dan

 love you Abah :)




Pitch bowl

gambar sekadar hiasan


Assalammualaikum !! Hehe. Dah habis bersahur terus bersemangat update blog. Tadi sampai hati mama tauu, marah aku sebab katanya aku hyper active lain macam sahur harini ni. Cakap pun nak kuat je pepagi gini. Yelah, mama dengan abah, lalok je sebab baru bangun je. Alih-alih aku sekor je yang ceria, mata sentiasa berkaca bersinar serta banyak berborak. Of course lah depa malas nak melayan satu-satunya anak pempuan depa ni. heheheh. Aku terlebih hyper harini sebab aku tak tidur semalaman pun. Leka berchatting dengan member aku sorang nih, lepas tu gayut pulak. Sedar-sedar dah pukul 4.30am dah. Jadi aku terus ke dapur, panaskan lauk, panaskan nasik, dan sediakan juadah bersahur. Haa, rajin takk? hehhe Sebab selalu mama je yang buat. Lepas setel semua, aku masuk bilik, baring jap. Bila mama bangun, pelik je tengok semua lauk dah panas. hehehe

Lepas tu mama kejutkan aku suruh bangun sahur. Kejut la sangatt kan, padahal aku bukan tidur pun. Sebab tu lah aku menjadi sangat cargas sekali semasa di meja makan. Sebab tu la mama pelik sebab selalunya, kalau aku bangun sahur, muka aku akan muka masam sebab ngantok, kalau boleh masa mengunyah nasik tu pun aku nak tidur. Makan laju-laju sambil mata separuh tertutup. Lepas habis  makan terus berdesup masuk tidur. Tapi hari ni lain pulak aktif nya. hehehe

Okey sebenarnya aku nak cerita benda lain. Kat atas tu mukadimah je. Yang aku nak cerita kali ni berkaitan dengan tajuk entri ni. Semalam, aku gi bazaar dengan abah. Lepas tu aku teringin nak makan cucur udang, ajak la abah berhenti kat gerai ni jap. Kat gerai tu, ada banyak lah jenis yang macam fishcake, yang ketam tu, sosej dan banyak lagiklah. So aku pilih-pilih. Abah aku pulak kenal pakcik yang jaga gerai tu. So depa berborak lah. Lepas tu abah aku tanya pakcik tu.

Abah : Ni apa? (sambil tunjuk dekat menda alah ni) cuq cempedak (cempedak goreng) ka? hehe *sebenarnya abah aku tau menda tu apa, saje je nak usik pakcik tu.
Pakcik gerai : Eh,taklahh, ni pitch bowl.

Aku yang sedang sibuk memilih-milih terus terberhenti jap.

Aku : Eh, ni apa pakcik? *sebab aku dengar pakcik tu macam cakap cucuq sukun (korang tau tak apa? kalau tak tau sila google sebab aku taktau tempat korang panggil ape. hehe)

Pakcik gerai : Ni pitch bowl.
Aku              : Ha? *sambil kerut kening.
Pakcik gerai : Alaa. pitch bowl. Yang diperbuat dari ikan tuu.
Aku              : *Diam lima saat sebab sedang berfikir.
Pakcik gerai : Alaa, pitch bowl yang dibuat dari ikan tuh.

Okey, serius aku nampak bengap di sini sebab aku tak tau ape mende alah pitch bowl ni.

Aku              : Ohh. haaa. Fish ball ya pakcik?
Pakcik gerai : A'ahh. Pitch bowl.

Okey, comel gila tau pakcik tu sebut 'fish ball' sebagai 'pitch bowl'. Pastu muka nak kompiden je kan sebut tu. Macam aku taktau fish ball tu apa lalu beliau menerangkan apakah itu fish ball. Serius comel. Hehehhe.

So, aku pun beli lah pitch bowl tu. Aku tak pasti la yang tu fish ball ke menda lain, sebab ada yang bulat-bulat macam fish ball tapi bukan fish ball kan. Sebab tu la aku tanya pakcik tu. hehehe

Jadi, itulah alkisahnya. Sedap gak pitch bowl tu, aku makan semua tak tinggalkan satu pun. Hehehe

Kata-kata terakhir Aleesya Farhana

Korang ingat lagi tak Aleesya Farhana? Seorang maknyah yang membuat permohonan mahkamah untuk menukar nama lelakinya kepada nama perempuan. Sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir, arwah sempat update status terakhir arwah di Facebook .



Hurm, Macam dia tau je kan, dia akan pergi. Apapun aku berdoa supaya Allah swt mengampuni segala dosa arwah. Semoga roh arwah aman di sana.. Amin..

09 August 2011

Takda cermin? Meh aku hadiahkan.

Bulan-bulan puasa ni, tak baik marah-marah kan. Aku cuma tak berpuas hati dengan sikap manusia yang macam-macam jenis ni. Bila di belakang, amboii, mengumpat kemain lagi kan.. Lepas tu, tup-tup nak mintak tolong kita pulak. Eh, awak, tak malu ke?? Benda ni tak jadi kat aku, but happened to the person that i care the most. Jadi lagiklah  aku berapi panas semua ada. Tambah-tambah orang tu suka menolong orang, taktau pulak diri dia tu sibuk diumpat oleh manusia tak tau malu ni. Dahla. aku malas nak cakap lebih-lebih, takut keluar perkataan-perkataan yang tak sepatutnya. Adios.

p/s : Cermin lah diri tu sikit.

07 August 2011

Pemeriksaan kereta percuma !

Haa, bukan senang okey nak dapat pemeriksaan kereta secara percuma ni. Perodua je yang baik hati nak buat pemeriksaan 15 point secara free tau. Haaa, nak tau camna? Ada 5 langkah mudah je nak dapat pemeriksaan percuma ni. Cer try klik sini. Tapi promosi ni hanya eksklusif untuk pengguna Perodua je tau. Who's using Orange Viva Elite, put your hands in the air !!! hehehe. Tetiba je kan. Well, pemeriksaan ni tak lama, hanya mengambil masa 15minit je. The check includes the engine, transmission, cooling system, brake, power steering, clutch, tyre, suspension, electrical and etc


Haa..pengguna Perodua, apa tunggu lagi, pakat cuba la pemeriksaan 15poin percuma tuh. Ok.. byeee.

Terawih dan Ramadan Pertama :)

Gambar tuan punya belog yang tiada kaitan dengan entri.

Yer. Hari ni adalah hari pertama aku berpuasa dan berterawih, jadi aku sangat teruja. Hehe. Aku ikut abah pegi bazaar Ramadhan dan menjadi sangat jakun apabila melihat makanan yang super banyak. Sebelum ni, kurang berminat nak pegi Bazaar sebab kurang lapar kan. Hehehehe. Eh, sesapa yang terserempak aku kat bazaar tu, tegur-tegur lah ye, kalau nak mintak sign sila bawak pen sendiri ye. Tediaaa, fefeeling diva jap.

So, tadi terrr beli banyak sebab hasutan aku terhadap abah. Balik rumah, mama bising. Eleh, tapi habis gak semua kuih (Aku dengan penuh rakus habiskan semua untuk tidak menunjukkan rasa bersalah sebab beli banyak kueh) Habis laa diet aku. Eh, aku dah praktikkan senaman untuk mengempiskan perut tuh. Haa, korang dah ke belum?? By the way, aku dah berpuas hati dengan berat sekarang. Cuma nak perut kempis macam dulu jee. hehhee. Aku cuba jugak praktikkan untuk minum air 30 minit sebelum dan selepas makan.

Situasi di meja makan semasa menunggu azan untuk berbuka.

Aku : Mama, untuk mengelakkan perut daripada buncit, kita haruslah minum air 30 minit sebelum dan selepas makan. Itu petua nya.
Mama : Oooo...

Selepas Azan kedengaran.

Aku terus tuang air jambu (aku buat seniri, sila bangga dengan aku. hehehe) dan meneguk habis segelas. Tanpa melengahkan masa, terus aku melantak nasik beriani ayam yang dibeli. Satu saat pun aku tak tunggu beb. So ke mana jadahnya hilang petua yang dikhabarkan secara berkobar-kobar tadi. Jadi lepas makan dengan kenyangnya, aku cuba untuk menebus kesalahan dengan cuba untuk menggu selama 30minit untuk tegukan air yang seterusnya. Well, wanieybintang will still be wanieybintang after all. Hanya bertahan selama 4minit, dan terus meneguk segelas lagi air jambu yang sejuk dan nyaman.. Ahhhh..nikmat. Alhamdulillah.

Lepas kekenyangan, bersiap untuk solat teraweh di masjid. Sangat teruja taktau lah kenapa. :) Aku siap paling awal dan cepat-cepat tunggu dalam kereta. Masa menunaikan solat terawih tadi, aku ternampak sesuatu yang menarik perhatian aku (haaa, tak khusyuk semayang!) hehe. Tak lah, bukan tak khusyuk, cuma benda tu jelas terjadi di hadapan mata aku.

Sedang aku menunaikan solat terawih, aku terperasan sorang budak kecik ni. Well, dia habiskan kesemua 27 rakaat (sunat awal isya' + isya' + sunat akhir isya' +terawih + witir ) Walaupun dia solat tu, kejap tertoleh-toleh belakang, kejap toleh kiri, kejap toleh kanan. Itu belakang kira sebab, setidak-tidaknya dia masih berkeinginan nak habiskan solat dia tu. Sujud, rukuk semua dia buat. Cuma dia tak khusyuk la, alaa.. Bebudak kann. Biasa la. Yang aku respek kat budak ini adalah, dia langsung tak terpengaruh dengan jeritan lagi dua tiga orang budak yang sebaya dia ja, dok berlari bermain-main kat masjid tu. Actually, dia sangatlah tempted nak join dorang sebab aku tengok dia, dok tertoleh-toleh tengok dorang main, tambah-tambah lak bila bebudak tu berlari-lari tepi dia (tak suka betul budak-budak yang ganggu orang solat). Tapii, dia sangat kuat iman dan dapat habiskan solat dia ! Waa, aku respek lah kau budak. Orang dewasa pun belum tentu rajin nak habiskan kesemua 27rakaat tuh. 8rakaat pun liat, tambah lah 27. Budak ni datang dengan akak dia. Bila selesai kesemuanya, aku tengok kakak dia marah dia sebab dia dok tengok-tengok budak tu main-main. Kesian dia. At least, dia gigih habiskan solat dia.

So, itu je cerita untuk harini. Nak bersedia untuk bersahur pulak. Semangat !! hihi

06 August 2011

sedang terbang sambil tersenyum


hehehehe. semalam aku tido macam kucing ni lah. senyummm je sambil tutup mata. hihihihihihi


p/s : Motipp aku google gambar happy keluar gambar kek happy birthday??

05 August 2011

Strictly friends !

Aku kurang gemar lah, kalau orang cuba gossip-gossipkan aku dengan kawan aku.  Kalau sekali dua, boleh diterima lagi, tapi kalau kerap, it's a BIG NO for me. Sebab yang digossipkan tu adalah dengan kawan sendiri. Aku mula lah nak rasa rimas. Kalau dengan sesiapa yang kurang rapat tu, aku boleh consider lagi sebab aku tak rasa terkesan pun. Ini sampai, orang-orang luar pun anggap gossip ni adalah serius, haa, aku tak suka. Serius aku tak suka. Dulu pun pernah macam ni. Aku digossipkan dengan sorang mamat ni. Aku dah cakap, stop it, i don't like it. Pastu kengkawan sibuk-sibuk jugak nak usik-usik. Last-last, aku terus tak suka dengan budak yang dorang gossipkan dengan aku tu. Terus aku jauhkan diri. Tak ke terputus satu persabahatan? Sebab mamat tu sekelas dengan aku jugak. Tapi sekarang kami dah baik. Dia pun dah ada awek, so tiada gosip lagi. 

Aku bukan apa, aku taknak la, bila dah digossip-gossipkan ni, aku ni tadak hal, rilek je, tapi pihak yang satu lagi tu dah mula syok seniri ingat aku syok kat dia. Oh, ni yang paling aku nak elakkan ni. Bila aku anggap dia kawan, maka walau jadi macam mana pun, tetap akan remain as friends lah. Kecualilah dengan kuasa Allah swt. Dan bila satu pihak tu dah syok sendiri, makanyaa, layanan pihak tersebut terhadap aku berubah pulak dari layanan seorang kawan ke layanan seorang teman istimewa. Aisehhh. Ni yang aku rasa awkward gila nih.

Macam yang aku cakap tadi, mamat yang digosipkan dengan aku tu. Memula kami kawan macam biasa. Melawak-lawak kasar takda hal. Tapi lepas digossipkan tetiba dia nak jadi malu-malu kucing, lepas tu, ingat aku pun syok kat dia jugak. Adoiiii. Sengal betul ! Tak semestinya kalau dorang gossipkan aku dengan sesiapa, kalau aku iyakan (maksudnya mendiamkan diri ja) gossip tu, maknanya aku suka dekat orang yang digossipkan tu. Aku buat macam tu, sebab nanti dikata tak sporting pulak. Lagipun bila dah melibatkan kawan sendiri, kena la jaga air muka kawan aku tu jugak. Ni yang buat aku serba salah ni. 

Tapiii, kalau aku digossipkan dengan orang yang memang aku minat. Mestilah aku suka ! :))) Tapi selalunya orang yang aku minat tu, bukan terdiri dari kawan-kawan rapat aku. Orang tu selalunya aku admire dari kejauhan saje. :D

Oklah, tu je luahan isi hati kecilku ini. Cheeewahh! hihi. Adios.

Tips kempiskan perut

Yezzaaa. Memandangkan dah lama aku tak bagi tips, hari ni aku nak berkongsi tips bagaimana untuk mengempiskan perut yang moncet. Hehehe. Memandangkan aku pun dah moncet, maka aku rasa tips atau petua ini adalah penting. Tapi dulu perut aku flat. Memang seriously flat sampai orang kata aku takda perut. Tapi tu dulu laa. haha. Adah, see! aku dan moncet lah weh. hehe.

Ok, aku ada beberapa tips / petua. Korang boleh lah pilih yang mana satu yang lebih memudahkan korang. Aku google je petua-petua ni. Ada yang bagi komen positif. Kiranya berkesan lah tu. Tapi yang pasti, korang kena lah mendisiplin kan diri kalau nak perut yang comel moncet tu kempis, okay?

1. Memula, bancuh segelas air teh TANPA GULA. Ingat, tanpa gula yer. Kemudian, perahkan sebiji limau nipis ke dalam teh tadi. Then, minumlah air ni time korang tengah lunch ke, breakfast ke, dinner ke. Lagi kerap, lagi cepat kempis. Tapi tak digalakkan minum selepas 11pm. Sebaiknya, minum 2 kali sehari.

2. Elakkan makan berulamkan air. Kiranya, makan kejap, minum, pastu makan, pastu minum balik. Serius boleh moncett sebab dulu aku selalu buat gitu. hehhe. Kalau nak minum gak, dinasihatkan minum 30 minit sebelum atau selepas makan. Tapi kalau dah kecemasan sangat, seperti tercekik tulang ke ape ke, minum 2minit sebelum atau selepas makan.

3. Senaman mengempiskan perut. Aku rasa yang ni lagi berkesan. Jadi aku nak cuba yang ni. hehe.

1- Memula, anda perlu berlutut dengan kedua lutut dan tapak tangan mencecah lantai.

2. Pastikan bahagian kepala hingga punggung anda dalam keadaan lurus.

3. Kemudian, secara perlahan-lahan angkatkan tangan kiri anda ke atas. Pada masa yang sama, angkat juga kaki kanan anda.


4. Semasa berkeadaan seperti di atas, bertahanlah dalam kiraan lima.

5. Setelah itu, kembalilah ke posisi asal perlahan-lahan sambil melepaskan nafas ya.

Lakukan sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Selepas selesai mengangkat tangan kiri dan kaki kanan, tukarlah posisi kepada mengangkat tangan kanan dan kaki kiri.

Jadi, sila jangan malas. Kalau korang (ditujukan untuk aku jugak) malas, memang pakai tips/petua camna pun takkan berkesan. Heheh. Selamat mencuba ya!

tercapai !

Salah satu wishlist aku dah tercapai. Hehe. Ingat tak dulu aku pernah wish yang bila aku bangun pagi, tengok hp, orang yang aku harapkan sms aku. Ingat tak??hahaha, dah tercapai dahh. Happy sangat aku hari tu. Senyum lebar je. By the way, ada gak wishlist lain yang dah tercapai seperti wedges aku dah beli. Siap beli dua pasang lagi. Over kan aku ni? Skirt labuh pun dah dapat. Heheh.Alhamdulillah. Oh ya, setelah sekian lama, dapat jugak aku pergi saloon trim rambut aku ni.

Walaupun bukan di saloon kegemaran aku sebab tetiba kedai tu tutup pulak. Lepas tu, pi saloon yang satu lagi, nyonya tu keluar lunch pulak. Haishhh. Pi saloon satu lagi, baru lah available. Sedapnyaa dia urut kepala aku, cakar-cakar kepala, urut leher. Memang asyikk! Aku trim je rambut aku ni. Takda la potong pendek. Just potong rambut depan ala-ala barbie doll gitu. hahaha. Bukan aku kata, amoi tu yang cakap aku macam barbie doll (kasi can aku perasan sikit). Lepas tu, trim rambut kat belakang sikit, bagi sama. Aku malas nak potong pendek-pendek sebab rambut aku ni lambat gila nak panjang. Memang susah nak panjang. Kuku cepat pulak panjang. Tak paham aku. Jadi kali ni, nak simpan rambut panjang lah. Dah berapa lama tak simpan rambut panjang.

Aku rasa lepas ni aku nak buat treatment kulit kepala + rambut la. Lepas tu nak beli shampoo yang amoi tu sarankan. Nak mengatasi masalah kelemumur yang degil dok bertapak atas kepala aku ni. Tunggu lah nanti dah keja, aku nak buat treatment rambut. Nak bagi sihat rambut aku ni.

p/s : Amoi tu tegur lens aku. hahaha. obvious sangatkah lens aku kali ni? sebab aku pi memana kedai, mesti pekedai tu nak tegur lens aku ni. Tak kira lah cina, india, melayu. Lens-lens aku yang lepas, takda sapa pun teringin nak tegur. Tapi takpa, yang penting, depa suka lens aku, siap tanya lagi beli kat mana. Tapi aku rasa kali ni, memang lens aku warna agak over. Huhuh. Kali ni aku tersalah pilih colour. Nampak over pulak. Nampak obvious sangat aku pakai lens. Yang lepas-lepas aku suka beli warna yang natural je. Tak obvious sangat. Next time, kita beli warna hitam pulak ok?

Mr. Mashimaro.

Assalammualaikum !! Amacam puasa? Ok ka? Aku tengok dalam Facebook ramai betul yang baru nak belajar puasa. Yelah semua status, tak tahan lapar lah, pedih perut lah, tak sabar nak tunggu berbuka lahh. Aii, umur dah 20an, tak kan baru nak belajar berpuasa kott. Hahaha. Takpa, biarkan mereka dengan labu-labu mereka.

So, entri kali ni, aku teruja nak cerita pasal Mr. Mashimaro aku nihh. Sebenarnya, dah lama aku dapat mende alah ni. Student aku bagi masa hari perpisahan time praktikum dulu. Azzah nama dia. Comel je Azzah tu. Kecik, molek dan suka tersenyum. Walaupun kecik tapi ketua darjah tau. Ketua darjah 5Bestari. Aishh. Rindu pulak aku kat depa. :(

Si Azzah ni hadiahkan Mashimaro ni siap dibalut dengan plastik hamper yang comel warna pink dengan diikat dengan riben pink lagik !. Tapi dah memang tabiat aku, tak boleh tengok apa-apa je yang dibalut dengan plastik, mesti aku rakus koyak punya. Contoh, kalau beli handphone baru, mesti ada plastik yang lekat kat skrin tu kan, screen protector, kompom aku cabut. Kat jam pun, aku cabut habis skrin protector. Pastu bila calar, meroyan sekor-sekor.

Sebelum ni aku tak keluarkan pun Mashimaro ni dari plastik hamper tuh. Sebab sayang pulak. Nampak cantik je dibalut gitu. Tapi tahap kesabaran ku tahan beberapa bulan je.Dan akhirnya, harini, aku keluarkan jugak Mashimaro tu dari plastik hamper itu.

Dan bila dah aku keluarkan dari plastik tu, aku belek-belek. Comell gilerr rupanya Encik Mashimaro nihh. Dalam plastik takde la nampak comel sangat. So, aku dah teruja dengan beliau sebab beliau terlalu comel. Bila dah koyakkan plastik ni, terpaksa lah aku letak beliau atas katil aku. Takut kotor lak kalau letak merata-rata. Tapi aku tak berapa berkenan letak soft toys atas katil ni. Tapi demi mu Mashimaro yang comel, aku rela berkongsi katil.

haaa. tengok !! Siap pakai snow cap lagik tuhh. Cumilll.


Ni yang paling comel, kat atas kepala beliau ada lobang kat snowcap khas untuk pengudaraan telinga beliau yang panjang ituu. hehehhe


Eh, bila dah bukak snowcap, baru aku tau beliau jendul rupanya. hahahhaha. Patutlah hang dok cover dengan snowcap nooo. Tapi takpe, still comel. Kepala besaq, telinga teciiittt. hihihi
(aku suka lak dia dok kat background dinding tuh, cam sesuai jek.hihi)


Si jendul sedang tidur.


Si jendul nampak hidung je.

Ok, tu je. Aku suka Mashimaro ni. Comel. Tapi aku malas nak pegang-pegang selalu. Takut kotor pulak. Kalau rajin, aku letak hang balik dalam plastik. hehhhe.Ok ah, byeee, sorii entri takda motip. hihihi

03 August 2011

wanieybintang dolu-dolu.


hehe

p/s : sorry, mood aku nak update kat blog ni dah ke laut pulak. sebab tu lah asyik post merapu je nih. hihi. well aku ada banyak cerita sebenarnya tapi pemalas nak karang ayat, nak upload gambar lagik. haha.

kill !! kill !! die !! die !!!


tengok muka aku tu. ganas tak???