31 December 2009

happy new year !

terbakar rumah nampak asapnya.
terbakar hati siapa yang tahu?
.
p/s: tajuk dgn isi cerita takda kaitan.

contest

.
aku terasa macam nak masuk satu contest ni.
tapi macam takda masa lagi.
esok aku buat entri khas.
tapi dengan syarat, aku nak sapa-sapa yang baca entri aku kena jugak masuk contest ni.
ehehehe.
segan pulak aku masuk sorang-sorang sebab aku jarang sangat-sangat masuk contest contest ni..
.
japgi kerja petang.
pastu esok cuti.
sabtu kerja, ahad cuti pulak.
dalam 2minggu ni,
kerja aku berselang dengan cuti pulaks.
ehehehe.
.
ok, nak kena masak apa-apa untuk makan before kerja.
selalu mama masak, tapi harini mama kerja pulak.
huhuhu.
ok boboyyyyye.

30 December 2009

wish list.

kasut croc satu.
macam tertawan je dengan kasut neh.
.
baju kurung.
saja nak tambah koleksi baju kurung aku.
sebab kekadang aku suka berbaju kurung.

.

purse baru.
sebab purse aku dah berdaki dah.
tapi purse yang lama akan tetap disimpan sebab ianya pemberian seorang teman.

.


gold bracelet.
sajasaja nak beli guna duit sendiri untuk kepuasan.
.

skinny jeans.
memang dah berhajat nak beli dari dulu.
harap dapat beli.
.




aku memang peminat sneakers.
sneakers converse aku yang lama tu macam dah makin uzur.
tapi aku sayang sangat dengan converse tu.
sebab sedap gila pakai.
maybe nak tukar selera pakai nike lak.
.


aku taktau kenapa sekarang aku sgt obses dengan baju knitted.
dah berapa baju knitted aku beli.
masih rasa tak puas.
.


knitted jumper.
adeh.
tergoda i.
.

long black cardi.
ni dah berkurun jugak aku cari tapi susah la nak jumpa cardi hitam panjang.
selalu jumpa yg pendek je.
.



last but not least.
myvi SE.
mama dah janji nak beli,
tapi mana janji-janjimu mama?
ehehe.
takpe,
aku rasa lebih bermakna kalau aku dapat beli guna duit aku sendiri kan?
.
itu je.
harap aku dapat la beli salah satu yang aku berkenan ni.
dapat beli salah satu pun jadi la..
ehehe.
dah macam kesian sangat je bunyi nye.
arghhh.
gajigajigajigajigaji.
bila nak dapat??







29 December 2009

suka hati aku lah

.

eceh.

tajuk macam nak cari gaduh je.

hehe.

takdelah, aku taknak gaduh dgn sapa-sapa.

.

hari ni nak cerita,

pasal buku yang aku pinjam tadi kat tempat kerja aku.

yang best kat sini sebab ada macam-macam buku cerita.

dahla semua buku baru-baru.

buku pulak dari penulis yang femes.

.

dulu masa aku di ukm,

dalam kos aku tu,

selalu je kena baca certain books or novels sebab nanti exam akan keluar soalan related dengan buku tuh.

dan kami ni selalunya tak mampu lah nak beli buku yang original punya sebab agak mahal jadi photostet saja di kedai fotostet.

.

tapi tadi aku saja godek-godek dekat bookshelf tu,

tengok-tengok jumpa kebanyakan buku-buku yang aku guna masa kat ukm dulu.

wahh.

tetiba aku rasa teruja.

hahaha.

padahal dah baca dah semua cerita tu.

wei, bebudak elit, korang ingat tak, dulu masa kelas dr. jam, dia ada cakap pasal buku yang bertajuk 'animal farm' yg famous tu.

haa, tadi aku jumpa buku tu.

rasa macam nak pinjam tapi cerita dia kan lebih ke arah politik, jadi macam malas je nak baca.

hehehe.

.

buku-buku ni semua nampak macam baru.

aku rasa budak-budak jarang pinjam sebab buku-buku ni agak high level la bagi dorang yang masih kanak-kanak, kan.

buku-buku hardcover yang utk kanak-kanak tu aku tengok dah agak lunyai dah.

hahaha.

yang buku tebal-tebal ni dorang tak sentuh pun.

.

buku-buku ni semua berbalut dengan plastik.

sebab tu keadaannya masih terjaga.

aku punyala rambang mata, taktau nak pilih yang mana satu.

nak pilih bebanyak kang, tak terbaca lak.

jadi aku pilih dua je.

aku saja pilih cita yang agak ke kanak-kanak kan.

sbb cita dia mmg serius kelakar.

hehehe

cerita dia takdala untuk kanak-kanak sangat,

aku bajet mungkin untuk umur 9 tahun - 14 tahun kot.

.

tapi cerita dia best.

penulisan dia pun tak da lah simple sangat dan tak complicated sangat.

sesuai la untuk bacaan masa tengah boring.

ada buku yang tebal gila,

tapi yang tu memerlukan pembacaan yang serius,

aku saja nak baca untuk rehatkan minda ja.

jadi malas nak pinjam yang tu.

.

sebenarnya,

worksheets yang disediakan oleh KUMON (pusat tusyen yg aku keja ni) menggunakan isi dalam buku-buku cerita ni sebagai latihan.

dorang bagi cerita sikit, then kena jawab soklan berdasarkan cerita tu.

buku-buku ni pulak mmg disponsor khas oleh pihak kumon.

sebab tu semua buku mahal-mahal belaka.

dan baru aku tau KUMON ni ada kat seluruh asia.

ingatkan seluruh malaysia je.

boss, SILA NAIKKAN GAJI SAYA BULAN DEPAN.

konon seluruh asia tapi gaji biasa ja.

hohohoh

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

mula-mula nak pinjam 3 buku ni.

nampak macam best.

tapi takmo tamak-tamak.

jadi a little princess terpaksa ditinggalkan.

hehe.

.

ni rak buku pertama.

yang kedua dan ketiga tak amek pic pun.

.
best gak kenkadang baca buku kanak-kanak ni.

kalau korang mengharapkan nak jumpa novel cinta dekat bookshelf kat atas tu,

takde maknenye laa..

heheh.

nanti students jadik gatal cam aku pulak, kan.

heheh

.

.

ok, rasa macam nak syok sendiri harini,

jadi nak tempek pic 2 keping.





ok.

bubbyeeeeeeeeee.

.

p/s: esok cuti, yeay!!!!

.

p/s 2 : bila nak dapat gaji woii. kering dah nii.






28 December 2009

letih

.
aku rasa letih gilagila hari ni.
walaupun terhibur dgn gelagat students,
tapi aku masih letih.
letih sangat-sangat sampai Nethia datang dok tercangak tepi aku pun,
aku wat bodoh je. siap menguap-nguap lagi.
.
tadi kan, ada students tu.
aku pernah cerita kan dulu ada students cina pompuan baru 8tahun tapi dah buat latihan matematik utk tingkatan 4 punya.
budak tu dah nak berhenti tusyen.
tsk.
sedihnya.
aku suka dia, sebab dia pandai cakap.
aku suka ajar benda-benda pelik kat dia.
hehehe.
.
dia dah nak berhenti sebab dia cakap kat aku,
dia dah high level sangat dah.
parents dia takut nanti mix up semua .
nanti jadi keliru.
yelah, kat sekolah baru belajar sampai mana.
kat tusyen dah advance gila.
.
bila aku cakap, tak best dia da dia takde nanti,
dia kata nnt dia akan datang visit aku bila dia antar adik dia dtg tusyen.
dia ni mmg cerdik dan pintar.
tak lembab langsung.
.
hari ni aku pakai shawl gi keja.
pastu dia tanya.
.
girl : teacher, teacher, why hoh, all the malays hoh, like to wear that (tunjuk tudung aku) ..
me : (potong cakap dia) tudung ar?
girl : oh, its called tudung ar? ok, why hoh, i always see malays wear tudung but usually they would wear the pointed tudung. but today your tudung is not pointed. it is just round shaped.
me : why ? u dont like this kind of tudung ar?
girl : eh, i likee. look very nice on youuu. (sambil sengih)
.
korang paham tak apa yg dia tanya tu?
maksud dia, selalu dia tengok org pakai tudung yang ada muncung atau awning kat atas tu tapi kenapa aku pakai tudung yg takda awning?
aku betul-betul tak sangka yg dia ni alert dengan environment dia.
korang agak-agak, budak-budak cina lain, perasan ke melayu ni suka pakai tudung camna.
aku tak rasa.
tapi sebab dia ni special, dia boleh perasan beza shawl dengan tudung.
heheheh.
aku dah dapat agak budak ni akan berjaya bila besar nanti.
.
dan ada dua tiga orang students yang suka tanya,
kenapa aku pakai tudung?
kenapa tak tunjuk rambut?
aku jawab, rambut aku terlalu cantik untuk ditunjuk.
hahahah.
dorang pun tau aku bergurau.
jadi gelak sama-sama.
.
ok lah.
letih laaa.
nak tido.
byee.

26 December 2009

hening malam

.
oooh, Tuhan.
aku tidak layak, untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu.

25 December 2009

damn you.

.
tak sangka betul, dalam lemah lembut kau tu,
kau pegi report kat boss kan.
padahal semua tu salah faham sahaja.
jahat betul kau ni.
sebab kau aku dipanggil masuk bilik bos.
grrrrrr
.
p/s: walaupun bos tak marah, hanya tegur secara baik, tapi terasa jugak sebab ada orang lain sibuk nak mengadu padahal aku ada sebab sendiri kenapa aku buat camtu.
.
sebenarnya, si budak ni, namanya Nethia, banyak membantu aku.
kalau aku taktau apa-apa, memang aku akan tanya dia.
dan dia memang akan membantu dengan senyuman manisnya. bluekk!
.
tapi lama kelamaan,
aku rasa aku dah makin reti sikit dengan flow tuition centre tu.
tapi si Nethia ni kan,
kalau aku tengah ajar student,
boleh tak, dia datang tercangak depan aku,
tengok aku ngajar student.
kalau tengok je takpe,
ni tak, datang kat aku dengan student,
pastu sibuk-sibuk tanya student,
homework dah siap?
classwork dah siap?
check out pukul berapa japgi?
dah mahir ke guna past/present tense?
gila bengang aku.
sangat mengganggu ok.
kenapa si Nethia tu tak tanya aku je.
sebab soalan2 yang dia tanya student tu,
aku dah tanya laaa kat doranggg.
dia buat macam aku ni taktau apa-apa.
.
pastu let say kan,
student tu dah habis baca satu passage ni,
dan kami pun move on la ke page lain kan,
boleh pulak dia datang kat student tu,
dia suruh budak tu baca lagi passage tu depan dia.
eh, bongoknya kau ni.
aku dah suruh dia baca la tadi.
bila budak tu takda kesalahan masa baca passage tu,
dia sedaya upaya jugak cari kesalahan budak tu.
then bila dia dah nampak salah budak tu,
dia salah kan aku ajar tak pandai.
eh hello!
i have my own way la weyyy.
.
aku ni kalau mengajar,
aku tak suka menjadi serius sangat.
nanti aku bosan, budak pun bosan, betul tak?
kekadang aku borak-borak sikit.
tapi si Nethia ni, kalau students tanya apa-apa kat dia,
dia takkan layan lansung.
aku saja ja tengok,
boleh students tu tanya pasal amende tah,
dia tak layan.
dia suruh teruskan membaca je.
aku tak suruh kau borak dengan students tu sampai lupa diri.
tapi pandai-pandai la beramah mesra supaya dapat tackle students.
.
si Nethia ni, memang lemah lembut sangat-sangat la.
sebab tu aku tak sangka dia nak pegi mengadu.
dia cakap pun jenis slow sangat.
jenis suara berbisik.
kompom la aku yang selalu ada masalah pendengaran ni selalu tak dengar.
pastu style dia bercakap lak macam orang dari Tamil Nadu cakap omputih.
pekat gila lahh.
sambil cakap, sambil geleng pala.
aku tak rasa dia dari Malaysia.
dahla tak paham Malay langsung.
.
aku bengang sangat dia pi report kat boss sebab,
bulan pertama ni mmg bulan pemerhatian.
boss nak tengok performance aku,
nanti leh naik gaji.
tapi skang,
si Nethia tu punya pasal.
Hurm.
tapi bila boss tegur aku, aku iyakan ja.
tak membantah langsung.
masa akhir bicara tu, baru aku jelaskan benda yang betul.
dan boss pun cakap tindakan aku tu betul.
.
tensen aku dengan Nethia neh.
tapi dia ni aku rasa dah nak berhenti kerja.
haha,
cepatlah kau berambus.

20 December 2009

thanks abah !

tengkiu abah!
i love you so much.
.
heheh.
al-kisahnya, hari tu, aku mama dan abah pegi membeli-belah di Giant.
pergi beli barang dapur.
biasalah abah mama baru dapat gaji.
seronok betul aku, amek barang tu, amek barang ni.
semua of course benda makanan yang aku amek.
hehehe.
.
selepas tamat membeli-belah,
saja ja kan pusing-pusing Giant sambil tolak troli yg berat dengan barang-barang yang baru dibeli tu.
lepas tu, aku lalu TimeWorld.
pastu saja ja cakap kat abah,
'Jom bah masuk kedai jam sat. Nak tengok-tengok jam.'
.
lepas tu aku masuk kedai jam tu.
saja ja tengok jam-jam baru.
sambil berangan nanti dapat gaji, nak beli jam baru.
yelah, asyik beli jam rm10 kat pasar malam je.
hehehe.
aku memang pengumpul jam.
tapi jam murah-murah saja.
.
lepas tu, abah saja ja tanya Cina kedai tu.
'master card boley pakai ke?'
Cina tu cakap.
'boleh,boleh'.
aku bajet abah saja-saja ja la nak tanya.
sekali tu dia cakap.
'ha, pilih la yang mana nak, abah bayar dulu, nanti bayar bulan-bulan kat abah'.
what??
wow!
.
hahaha.
kalau abah dengan rela hati nak belanja aku jam tu pakai duit dia,
mmg aku takmau sebab aku rasa membazir dan aku tau mama mesti tak benarkan.
tapi dah nanti kan aku akan bayar kat abah jugak.
kiranya ni beli guna wet aku la, tak sentuh duit abah pun.
hehehe.
kalau membazir duit aku sendiri, no hal.
:))
.
pastu, di situlah start rambang mata aku.
kejap test yang Bonia, pastu Elle, pastu Bum, Esprit.
memula aku try yang bonia tu, cam cantik, tapi napa aku rasa brand dia macam brand makcik-makcik ye?
ekekekek.
sambil try tu, tengok gak la harga.
sebab takut aku mati keras nak membayo bulan2 nanti.
tapi abah cakap, ala, amek je la yg brapa pun.
baya sikit2 la kat abah.
huhuhuhu.
.
last2, selepas banyak utas yg aku try,
aku tetap berkenan yang 2nd jam aku try.
Esprit ni.
dah agak lama aku tak pakai jam besi.
selalu jam kulit ja (kulit pasarmalam).
tengok gak jam esprit yang kulit, tapi mcm tak berkenan je.
so try yang besi pulak.
.
so, aku beli lah jam tu.
heheheh.
berapa hengget?
separuh dari gaji aku kot.
huhuhuh.
tapi tak sampai la seribu harga jam tu.
nanti kopak ar nak membayar kat abah nanti.
.
so, maybe aku bayar, sebulan rm200 kot kat abah.
ehehehe.
gaji belum dapat, brang yg diangankan dah dapat.
huhuhuh.
.
nak tengok cemana rupa dia,
ha, camnila rupa dia.
.
.
jam ni dia takda jarum saat tau.
ada dua jarum ja.
pastu dua nombor ja ada.
jadi mesti mula2 aku agak bengong nak tengok jam.
ngehehehe.
sampai aku boleh pakai jam terbalik keesokan harinya.
teruja sangat kan.
ekekekeke.
.
jam-jam rm10 aku yang melambak kat umah tu,
tetap akan aku pakai.
sebab aku beli banyak kaler.
buley matching dengan baju aku.
ekekeke.
cuma buat masa ni, aku macam lupa daratan sikit ar.
biasala dapat menda baru jadi jakun sikit.
tak pandang jam2 murah aku.
nanti bila musim jakun dah tamat,
akan aku pakai kembali mereka-mereka itu.
ngeehehehe.
.
okey.
sekian sahaja.
babaiii.




18 December 2009

.excited.

weh, aku teruja gila hari ni.
baru beli something.
hehehe.
seronok gila lah.
.
tapi aku baru balik ni.
sok keja pagi pulak, so tak sempat nak cita panjang.
esok aku cita.
janji.
lelaki memang macam tu ke?

17 December 2009

hye


.
.
i just want to say hi to the silent readers.
HYEEE!
would you mind saying hi back to me. :))

16 December 2009

untuk sampai ke tahap ini

.
.
dah macam-macam yang terpaksa aku lalui.
eceh.
cakap macam aku ni dah menjadi jutawan kan.
kekonon dulu aku papa kedana, belajar tak pandai (yang ni betul),
sekarang ni sudah menjadi seorang yang berjaya.
hahah.
.
bukan.
bukan yang tu aku nak ceritakan.
ya, sekarang memang aku dah berjaya.
berjaya menghapuskan perasaan negatif yang dulunya sentiasa menghantui aku.
.
putus cinta tu memang perit.
pedih mengalahkan tusukan sembilu.
sebenarnya, aku dah dua kali putus cinta.
dengan orang yang sama pulak tu.
putus cinta pada kali pertama memang macam neraka.
i took a few months to recover.
in the recovering process,
memang la seksa gila.
tak lalu makan sampai kurus gila.
takda mood je sepanjang masa.
menangis adalah rutin harian.
friends and family help me a lot.
aku pegi bercuti sana sini dengan family.
spend time dengan adik aku.
dan aku sudah mula sembuh dari luka itu.
.
bila dah sembuh,
insan tersebut datang lalu memberi janji-janji manis.
segala pujuk rayu semua.
dan macam biasa, aku termakan pujuk rayu.
masa ni aku menyesal sangat-sangat aku terima dia.
kenapa lah aku terima dia.
padahal masa tu,
aku dah totally lupakan dia.
dan tak da lansung perasaan cinta tu terhadap dia.
aku terima dia sebab ingat mungkin dia dah berubah.
so giving him another chance was not that bad.
.
tapi,
aku salah.
kat sini aku tak nak cerita apa yang dah terjadi antara kami.
aku just nak kongsi saat-saat aku putus cinta je.
jadi a few months later,
sekali lagi aku ditinggalkan.
aku rasa kali ni buat selamanya kot.
sebab tak mungkin lah aku akan terima dia lagi.
dalam sangat lukanya.
.
putus cinta buat kali kedua adalah lebih teruk.
memula aku ingat, takpe,
dulu kan dah pernah lalui,
so this time, it wont be a big problem for me.
hahah.
bodoh sangatlah aku pikir camtu.
sebab kali ni adalah 100x ganda teruk dari yang dulu.
.
masa tu, keadaan aku sangat teruk.
nangis sepanjang hari.
serius aku tak da semangat untuk buat apa pun.
even nak mandi pun takda semangat.
nak melangkah kaki pun rasa lemah.
jantung sentiasa berdegup laju.
sentiasa rasa pedih ulu hati.
makanan sikit pun aku tak sentuh.
hari-hari hanya minum Milo.
hari-hari lepas bangun je dari tidur,
celik ja mata, terus ingatkan dia.
pastu sambung nangis.
setiap saat, setiap minit aku tengok handphone.
mengharapkan panggilan darinya.
rasa macam janggal hidup tanpa dia.
.
sungguh, aku memaksa diri untuk memikirkan tentang benda lain.
tapi kalau pikir mengenai benda lain, pasti benda itu akan relate dengan dia.
contoh: aku cuba fikir, hurmm. nanti nak shopping baju banyak-banyak. kalau dia ada mesti dia akan teman aku shopping.
hm, lebih kurang macam tu lah.
apa-apa yang aku pikir pasti berkaitan dengan dia.
.
time ni aku start dekatkan diri dengan Tuhan.
memang rasa tenang sangat.
selalu baca yassin lepas solat.
cuba fikir positif.
Tuhan turunkan semua ujian ni kat aku sebab nak uji aku.
lagipun ada sebab semua benda ni terjadi kat aku.
Tuhan takkan suka-suka turunkan ujian terhadap hambaNya.
ada sesuatu yang lebih baik menanti.
.
dalam masa tu.
aku masih lagi takda mood.
terperap kat rumah.
nak keluar pun takda mood.
.
aku cuba berfikiran positif setiap hari.
think positive wani.
tu yang aku cakap kat diri sendiri hari-hari.
.
di samping tu, aku kerap keluar dengan cousin aku.
kerap keluar dengan adik.
ajak abah dan mama bercuti.
ramaikan kawan.
dan perlahan-lahan, aku semakin sembuh.
makin hilang perasaan sayang kat dia.
aku macam dan makin lupa yang dia dulu penah menjadi orang yang paling aku sayang.
.
bila aku tengok balik gambar dia dengan aku.
aku jadi macam pelik,
camna aku boleh duduk rapat sangat dengan dia ni.
aku tak segan ke?
sapa dia ni?
kami rapat ke sebelum ni?
.
aku jadi macam lupa tentang kenangan-kenangan dulu.
serius aku dah lupa.
dah lupa semua.
rasa macam tak penah kapel pulak.
haha.
macam hilang ingatan pulak aku ni.
hehe.
.
tapi satu benda yang tak akan aku lupa sampai mati adalah,
apa yang dia dah buat kat aku.
yang tu memang aku takkan lupa kot.
sebab keaadan aku teruk sangat time tu.
jadi susah nak lupa perbuatan dia kat aku.
aku akui sampai sekarang pun aku belum maafkan dia.
.
sekarang ni,
aku rasa bebas gila.
aku rasa aku dah tak perlu jaga hati sapa-sapa kecuali keluarga aku saja.
dulu kalau aku nak buat apa-apa keputusan mesti aku terpaksa mengalah.
sebab ada hati yang perlu dijaga.
ada juga yang melibatkan masa depan aku,
tapi terpaksa aku tolak demi menjaga hati.
well, kalau dah namanya sayang,
tak kisah pun berkorban apa-apa.
.
dan juga aku bebas nak berkawan dengan sesiapa.
nak buat apa yang aku rasa nak buat.
dan tak perlu lagi nak rasa cemburu,
tak perlu lagi nak rasa kecewa dan makan hati.
.
agak seronok la jadi single ni.
takda masalah.
mungkin sunyi, tapi bila ramai kawan, dan family ambik berat,
hilanglah rasa sunyi tuh.
.
dulu semasa sebelum bercinta,
aku memang tak percayakan cinta.
LANGSUNG TAK.
kalau aku tengok member-member yang menangis sebab putus cinta,
pasti aku akan gelak sinis.
aku fikir,
buat apa nak menangis kerana seorang lelaki?
bukankah lebih bagus menangis kerana keluarga?
.
dan sekarang dah terkena batang hidung sendiri.
hahaha.
dan itu semua memang mengajar aku.
mungkin aku nak stay single untuk satu tempoh.
sebab memang bercinta tu mengasyikkan dan seronok.
tapi bila sampai part gaduh tu,
mesti akan tension, sakit hati, takda mood.
aku tak suka semua tu.
.
jadi aku mungkin akan tunggu waktu yang sesuai untuk aku bukakan hati aku ni semula.
kiranya aku dah bersedia.
taknak la kapel 3 4 tahun, last-last putus.
sangat membuang masa dan duit.
tapi apa-apa pun,
jodoh pertemua semuanya di tangan Allah swt.
doakan aku temui jodoh yang baik ok.
assalammualaikum.

macam dah lama je tak tempek gambar syok sendiri.
hehe.
ni masa nak pi kerja ni.
hehe


dah ada tajuk.

.
yes.
baru bersemangat untuk berbelog.
sebab entry aku da ada ruangan untuk tulis tajuk.
sebelum ni takda.
.
tengok background aku ni,
dah lain kan.
bukan aku ni yang edit.
dik intan ni yang edit.
i sukeeeeeeee sangat background ni.
comellll.
.
budak ni, mmg hebat dalam coding-coding ni.
kalau korang perlukan bantuan dia,
sila,sila jangan malu jangan segan.
.
thanx yer wahai adik intan yang cute comel mcm hindustan ni.
muahmuah.
nanti dpat gaji, i belanja ice cream through facebook ok.

15 December 2009

Asal usul 'wanieybintang'


esok cuti, jadi takda kerja mau cerita asal usul nama wanieybintang.
aku macam dah terlekat dengan nama ni.
penah satu ketika dulu aku letak caption di pic aku sebagai 'wanieybintang'
then, seorang kawan telah tersalah anggap dia ingat aku ni perasan macam bintang popular.
huhuhuhu.
no no no.
bukan ok.
muka cam aku ni nak jadi bintang popular?
bulan popular mungkin ada harapan.
.
sebenarnya. nama ni kawan-kawan yang disayangi yang bagi.
camna dorang boleh bagi?
begini ceritanya.
.
semasa aku belajar di ukm dulu (tetiba rindukan ukm)
aku ada beberapa kawan baik yang best.
selalu group bersama, buat presentation bersama.
eh jap, lupa nak cakap, adah, ko still my best friend ever.
hehe.
ok sambung.
jadi banyak la masa aku dengan kawan-kawanku ini.
aku ni sebenarnya kekadang mcm blur2 sikit.
orang tengah dok bersembang pasal lain,
tetapi tetiba aku menyampuk dengan penuh keyakinan serta bersemangat Malaysia boleh.
tapi apakan daya,
benda yang disampuk aku tu selalu sangat lah salah.
.
jadi ini akan mengakibatkan kemaluan yang maha hebat.
apabila malu, aku akan pura--pura sibuk melukis di kertas atau di mana-mana saja yang boleh.
mula-mula aku lukis bulatan je.
bulat bulat bulat sampailah kemaluan yang dasyat itu terhapus.
tapi lama kelamaan,
aku dah macam bosan buat bulatan,
jadi aku ubah lukis bintang pulak.
barula nampak ada kemajuan sikit.
.
jadi, kalau aku macam menghadapi kemaluan yang amat memalukan,
aku lukis bintang-bintangla.
jadi, kawan aku pun terus letak nama wanieybintang.
hehehe.
.
memula dorang nak letak nama wanieytaugeh,
tapi adoiii,
sangatla tak vouge ok nama tu.
kenapa wanieytaugeh?
lagilaa panjang cerita tu.
jadi lain-lain kali ja la aku cerita ok.
.
blog ni aku letak nama hatiwanieybintang sebab,
ia mengenai segala isi hati wanieybintang.
takda la segala isi hati.
separuh tu aku tak cerita.heheheh.
okla weii.
babaiiiii.
mmuahh

14 December 2009

YOU !

seriously, i dont have nothing to do with you anymore la.
i don't care whether you've flunked your exams, or you get good results.
it is not my bussiness anymore,ok.
and stop pretending like nothing happened.
tolong ingat yang aku tak akan berkawan dengan orang yang dah buat aku sakit hati dan terseksa.
never in my whole life.
so just go on with your life, and i'll go on with mine.
now, there's already a huge boundary between us.
note that.

bye

achoooo !!!

aku rasa macam nak kena flu saja.
ni budak-budak tu la ni,
bila bersin, korang sembur kat teacher kan?
sekeh pala kang.

13 December 2009

flirtatiousss

a seven years old girl asked me. "teacher, what is the meaning of the word 'flirt'?"

oh sayang, you've asked the right person.
miahahahah.

and i explained from a to z about the meaning.
siap buat demonstrasi lagi tuh.
;p

12 December 2009

Malunyee


malu.
adeh.

11 December 2009

Kumon :)

baru balik ni.
hari yang penuh ceria sebab dapat bersama kanak-kanak yang comel.
lagi best kalau kanak-kanak tersebut mempunyai adab dan budi pekerti yg baik.
rasa macam, 'wahh, kecik2 lagi dah pandai hormat orang. :)'

banyak ni aku nak cerita.
pasal kerenah budak-budak yang macam-macam.
pasal budak yang baru umur 8tahun tapi membuat latihan matematik tambahan tahap ting. 4.
hebat kan?
aku pun masa form 4, add maths tak sah kalau tak dapat c/d.
hahah.

tapi tak boleh cerita hari ni.
sebab esok pagi ada kerja.
tapi sampai pukul 4pm saje.

nanti aku cerita ok.
dan aku nak cerita pasal org yang aku nak maki tu jugak.
haha.

p/s: entri aku sejak akhir-akhir ni pasal kerja aku je. korang bosan tak? kalau bosan cakap ye, sebab lagi korang bosan, lagik ar aku nak cerita. hahaha.
ok bye.