AKTIVITI DI RAYA AIDILADHA
.
.
Raya pertama
.
dari pagi sampai ke malam penuh dengan aktiviti.
pagi pegi ziarah kubur arwah wan.
pastu pergi rumah saudara mara sebelah abah,
petang pulak pergi menziarah saudara mara sebelah mama.
malam baru sampai rumah.
fuhh.
penat okes.
_____________________________
Raya kedua
.
ada qurban diadakan di kawasan perumahan aku.
4 ekor lembu ditumbangkan.
pastu mama nak pegi tolong siang daging,
minta bantuan aku tolong hantar.
baru turun dari porch depan rumah aku,
terus tergolek depan rumah sendiri.
sekali lagi yamaha 135LC adik aku calar angkara aku.
lepas jatuh, masih lagi terhegeh2 nak angkat moto.
nasib baik takda orang.
nasib baik mama sempat turun,
aku je dok terhuyung hayang atas moto sekor.
sekali nak belok, terbalik.
ahahaha.
tak balance.
dah lama doe tak bawak moto.
.
selepas jato moto,
terus ke pasar.
nak ronda-ronda dgn adik.
adik nak beli barang-barang utk dia bawak balik kolej.
adik sangat baik.
suruh aku ambik apa sahaja.
it's all on him.
dia belanja weeh.
:D
oh, ya sebelum itu,
kami berjogging bersama di tepi tasik.
sesi terapi meluahkan perasaan.
wahaha.
kekadang nasihat dia boleh pakai gak.
selepas membeli belah di pasar,
baju cumil2 sgt banyak di situ.
@.@
rambang mata ku.
kami ke giant.
beli barang2 dia
minyak rambut segala.
oh, pawagam giant sudah dibuka.
boleh tahan tempat dia.
agak cantik.
dah filem yang ditayangkan adalah filem yang latest juga.
weyy, aku dah clash, kau baru nak wat pawagam??
siot sungguh engkauu.
*merujuk kepada tokey giant*
.
petangnya, ke kenduri qurban di rumah saudara.
singgah pula ke giant.
ada sale, beli satu kasut free satu.
waaahh.
mama beli dua pasang jadi free dua lahh.
yang dua itu haruslah jadi milikku.
.
______________________________
Raya ketiga
.
menghadiri kenduri kahwin saudara terdekat ku.
dari pagi sehingga petang di rumah kenduri.
letih doee.
adik sudah pulang ke seremban.
.
_____________________________
Raya keempat.
.
menghantar saudara ke stesen kereta api bukit mertajam.
saudara ingin pulang ke upsi.
tengahari nya pula,
bertolak ke baling.
kazen sygku ajak membeli belah di sana.
so, kami berdua ke sana.
oh ya, kazen sayang baru mendapat kereta.
jadi jenjalan naik kereta baru.
:D
.
tiba di baling,
baju di sana sangat murahhhh.
awwwww.
cardi hanyalah rm9.90 okey.
wuhuu.
kazen sangat baik hati membelanja ku pelbagai jenis baju.
dan sehelai tudung.
thanks kak long.
oh, ya, lagi 500m, maka sampailah ke kota bharu.
haha.
takpe, lain kali aku ke kelantan pula.
adah, tunggu srangan aku.
.
kebanyakan penjual adalah orang siam.
kunkap kap khun kapp.
.
pulang pada petang hari.
letih gilaaaa.
.
_____________________
gambar tidak disusun mengikut kronologi.
wani adalah seorang yg pemalas.
harap faham.
.
perempuan itu saudaraku.
.
1 comment:
waaaaa!!! bToi2!! bli 1 percuma 1... jeles tengok adik aku bawak balik 2 pasang kasut...
mana kasutnya?? heheheh
Post a Comment