09 December 2009

Tugas saya

hai.
tetiba mood untuk bercerita mengenai pengalaman hari pertama bekerja sudah datang.
hehe.

hm.
nak tau ke apa tugas aku kat pusat tusyen tu?
tugas aku adalah mengajar subjek english dan maths kepada pelajar-pelajar.
kenapa aku rasa penulisan aku pada hari ini agak skema?

takpe, kita sambung.
so, memula aku masuk kelas,
aku cam nervous gila lah.
masih tak tahu flow kelas camna.
aku senyum kat semua cikgu kat situ.
oh ya, hanya dua orang sahaja guru melayu di situ termasuk aku.
tapi semua cikgu sangat lah baik.
semua soft spoken je.
lemah lembut.
aku je ganas sikit.
huhu.

memula,
students masuk kelas,
dorang akan check in,
pastu gi dengar cd dulu.
sambil dengar cd tu, dorang refer la kepada buku tu.
dorang dengar sebutan yang betul dan intonasi yang betul.

lepas dengar cd,
dorang akan buat classwork dorang dulu.
lepas siap, sorang akan datang la kat aku.
dan aku suruh baca balik apa yang dorang dah dengar dari cd tadi tuh.

aku nampak students melayu 3 orang je.
pastu ada dalam 4 india.
yang selebihnya semua cina.
students ada dalam 20 - 30 orang.
.
tapi apa yang buat aku enjoy dengan keje ni ialah,
semua budak-budak (students) adalah sangat comellllllll.
geram aku tengok.
semuanya kecik-kecik lagi.
dalam lingkungan umur 5-12 tahun.

dan jangan terkejut kalau budak yang baru 5tahun tu,
dia punya english, lebih hebat dari students yg berumur 16tahun.

aku selalu dapat students chinese je.
hehe.
tapi best la.
dorang comel gila.
aku pulak sememangnya suka budak-budak.

ada yang nakal gila,
aku suruh dia baca,
dia korek hidung pastu nak tenyeh kat aku.
pastu aku sound sikit, baru dok diam.
hehe.

ada sorang ni,
aku tengok dia macam bosan je membaca,
jadi aku borak sikit dgn dia.
patutnya takboleh borak dgn dia.
hehe
kena fokus.
tapi dah aku pun bosan tengok dia bosan,
aku pun borak2 la.
hehe.
umur baru 7 tahun.
aku tanya mummy daddy keje ape?
dua2 keje banker.
tanya rumah dia katna?
dia tunjuk kawasan perumahan sebelah tu.
ohh...situ memang cun2 design banglo2 dia.

pastu dapat sorang students ni.
umur dalam 6tahun kot.
fuh, dia punya level ni, agak tinggi jugak la.
tapi sedikit pendiam.
aku rasa masa tu dia ada flu kot.
sekali tu, dia terbersin,
haaaa, meleleh2 kat idung wehhh.
adehh.
aku bagi dia tsu, soh dia pi toilet.

aku tak dapat ingat sangat nama students2 ni.
sebab semua chinese, so nama macam sama je semua.
hehe.
ingat sorang je, keshnav.
dia indian.
5 years old.
ni pon comel.
putih, muka cam hindustan sikit.
tapi level dia bawah sikit.
masih slow.
tapi sebab dia comel, jadi aku suka.
hahaha.

ha, ada sorang cikgu tu kan,
indian girl.
aku suka bertanya dia itu ini sebab dia dah lama keje situ.
sekali tu aku tersasul cakap melayu dgn dia.
dia tak paham weh.
dia tak paham bahasa melayu.
not even a word.
dia sendiri yang mengaku.
dia macam sangat rendah diri nak cakap yg dia tak paham malay langsung.
hm.
tertanya2 gak aku.
dia ni dari india ke?
xkan taktau cakap melayu langsung?
aku rasa bangla stesen minyak lagi tere cakap melayu.
hm..
aku pun tak tau.
tapi dia ni baik gila.
lembut je cakap.
.
sepanjang keje kat sini,
tak sempat pun aku nak borak2 dengan cikgu lain.
semua dgn keja masing2.
time rehat, semua pun jadi lone ranger.
hurmm..
.
ada sorang indian boy ni,
cikgu la.
dia ni rajin tegur aku.
tegur pun bila dah habis class masa nak balik.
tu pun kejap sangat.
sebab principal pusat tusyen ni selalu observe kami.
jadi susah la nak menyembang.
.
hurm.
aku ke keje bawak keta.
tetiba rasa cam keta tu dah jadi hak milik aku.
hahaha.
perasan tul aku ni.
kekadang aku keje sampai 10pm, dari 9am.
tapi ada rehat 2jam 30min.
letih tu jangan cakap la.
tapi takpe, asalkan aku enjoy.
kekadang start petang baru keje.
.
oklah.
memandangkan hari ni aku cuti,
jadi terpaksa membuat kerja rumah yang terbengkalai sebelum ini.
ok byee.

p/s: aku macam nak cerita banyak lagi, tapi ttbe mood ilang.aisehh. ditambah pula dgn keadaan internet yang menguji kesabaran, jadi aku rasa takda mood nak cerita panjang2 dan dgn lebih tersusun. huhu.

6 comments:

razy san™® said...

aiii xkn ckp anak org lain comel2 je..anak ko ble la plak??wakakakaka.....

gud luck dgn keje ko ae..
kalo nk wat part time rompak bank contact aku la ae..

hahhaaha

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.waaaa mesti sonok heh keje
.x sbr nk tunggu gaji 1st kakak bintang! ;p

kOkO cokeLaT said...

heee, gila ahh terhibur tol aku bce entry ko wani..ekekeke..
owhh kirenye lame jugak ko keje ehh, dr 9am n kdg2 smpi 10pm ehh?? aku igt kan cam office hour tuh 9am to 5pm..hee, gud luck la weh!!

kOkO cokeLaT said...

lupe aku nak tanye, yg cekgu india lelaki tuh ade rupe2 mahesh jugal kishore yg talentime tu ke? kalo ade, ko usha2 la...ekekekekekeke

wanieybintang said...

razy: xbleh ar weh nak rompak bank skang.cctv da banyak skang.
aku harap dgn melihat bebudak comel, nnt anak aku pun jadi comel gak la. hehe

intan : u tak sabar, i lagiiii tak sabar. hehe

koko : a'ah ade yg dari pagi smpai mlm. tapi bkn ari2. 2hari je pg smpai mlm. hari lain start petang.
ada hari yg half day je. hehe

pasal india tu,ada gak mcm mahesh cuma dia ni itam sikit. rambut kerinting sikit, muka tak berapa bujur, telinga capang sikit. heheh

Cactus said...

they r so cuteeeeeeee! tp aku ngaja kang sorang2 aku ngap!makan budakk hahahaha