20 December 2009

thanks abah !

tengkiu abah!
i love you so much.
.
heheh.
al-kisahnya, hari tu, aku mama dan abah pegi membeli-belah di Giant.
pergi beli barang dapur.
biasalah abah mama baru dapat gaji.
seronok betul aku, amek barang tu, amek barang ni.
semua of course benda makanan yang aku amek.
hehehe.
.
selepas tamat membeli-belah,
saja ja kan pusing-pusing Giant sambil tolak troli yg berat dengan barang-barang yang baru dibeli tu.
lepas tu, aku lalu TimeWorld.
pastu saja ja cakap kat abah,
'Jom bah masuk kedai jam sat. Nak tengok-tengok jam.'
.
lepas tu aku masuk kedai jam tu.
saja ja tengok jam-jam baru.
sambil berangan nanti dapat gaji, nak beli jam baru.
yelah, asyik beli jam rm10 kat pasar malam je.
hehehe.
aku memang pengumpul jam.
tapi jam murah-murah saja.
.
lepas tu, abah saja ja tanya Cina kedai tu.
'master card boley pakai ke?'
Cina tu cakap.
'boleh,boleh'.
aku bajet abah saja-saja ja la nak tanya.
sekali tu dia cakap.
'ha, pilih la yang mana nak, abah bayar dulu, nanti bayar bulan-bulan kat abah'.
what??
wow!
.
hahaha.
kalau abah dengan rela hati nak belanja aku jam tu pakai duit dia,
mmg aku takmau sebab aku rasa membazir dan aku tau mama mesti tak benarkan.
tapi dah nanti kan aku akan bayar kat abah jugak.
kiranya ni beli guna wet aku la, tak sentuh duit abah pun.
hehehe.
kalau membazir duit aku sendiri, no hal.
:))
.
pastu, di situlah start rambang mata aku.
kejap test yang Bonia, pastu Elle, pastu Bum, Esprit.
memula aku try yang bonia tu, cam cantik, tapi napa aku rasa brand dia macam brand makcik-makcik ye?
ekekekek.
sambil try tu, tengok gak la harga.
sebab takut aku mati keras nak membayo bulan2 nanti.
tapi abah cakap, ala, amek je la yg brapa pun.
baya sikit2 la kat abah.
huhuhuhu.
.
last2, selepas banyak utas yg aku try,
aku tetap berkenan yang 2nd jam aku try.
Esprit ni.
dah agak lama aku tak pakai jam besi.
selalu jam kulit ja (kulit pasarmalam).
tengok gak jam esprit yang kulit, tapi mcm tak berkenan je.
so try yang besi pulak.
.
so, aku beli lah jam tu.
heheheh.
berapa hengget?
separuh dari gaji aku kot.
huhuhuh.
tapi tak sampai la seribu harga jam tu.
nanti kopak ar nak membayar kat abah nanti.
.
so, maybe aku bayar, sebulan rm200 kot kat abah.
ehehehe.
gaji belum dapat, brang yg diangankan dah dapat.
huhuhuh.
.
nak tengok cemana rupa dia,
ha, camnila rupa dia.
.
.
jam ni dia takda jarum saat tau.
ada dua jarum ja.
pastu dua nombor ja ada.
jadi mesti mula2 aku agak bengong nak tengok jam.
ngehehehe.
sampai aku boleh pakai jam terbalik keesokan harinya.
teruja sangat kan.
ekekekeke.
.
jam-jam rm10 aku yang melambak kat umah tu,
tetap akan aku pakai.
sebab aku beli banyak kaler.
buley matching dengan baju aku.
ekekeke.
cuma buat masa ni, aku macam lupa daratan sikit ar.
biasala dapat menda baru jadi jakun sikit.
tak pandang jam2 murah aku.
nanti bila musim jakun dah tamat,
akan aku pakai kembali mereka-mereka itu.
ngeehehehe.
.
okey.
sekian sahaja.
babaiii.




3 comments:

Lady D'yot said...

wow...cantikkk!

Syida Tahreb said...

wargh!! jam tgn tu aku ade usha b4 aku bli jam elle aritu....
u go girl!!!

wanieybintang said...

nadia : sapa cantik? saya ke?
macehhh. hehehe

cda wakaka! : ko beli elle bape weh??
tunjuk ar wehhh. nak tengokkkkk. :D