30 October 2011

r a n d o m

Eh, ada sesiapa perasan tak perubahan di blog hatiwanieybintang ni? Dah lama pun perubahan ni, tapi hari ni baru tergerak hati nak tanya. Hehe. Aku dah tukar-tukar font dalam ni. Yelah, aku tengok font pun senget benget. Bikin pening je korang nak baca, kan? Jadi aku tukar ke font yang lebih serius. Ok, kita serius ya. Jangan gelak-gelak plis. Wanieybintang sudah matang jadi font pun haruslah menjadi lebih serius. KAHKAHKAH (ok, tak kelakar langsung). Takdalah, aku saja nak tukar angin tukar font. Ok jugak kan font ni, lebih jelas dan mudah difahami.

Perihal Sekolah #2

Assalammualaikum. Kali ni aku terasa nak update panjang-panjang. Nak story banyak-banyak sementara aku belum balik Taiping ni. Nanti, once aku dah menjejak kaki ke rumah sewa, memang aku dah malas dah nak update blog ni. Hehe.

Okey, aku nak kongsi kisah aku melapor diri di sekolah pada hari pertama. Jarak antara rumah sewa aku dan sekolah ada la lebih kurang 10 minit. Jadi pagi tu, aku bertolak pukul 7.15am. Sesampai je di sekolah, tengok sebijik kereta pun belum ada lagi. Kerani pun belum datang lagik. Aku yang pertama woii. Hehehe. Sesampai di sekolah je, aku park kereta di court depan sekolah tu. Ala, court kecik je. Sekolah aku ni memang kecik pun, kantin pun takda, apatah lagi padang. :) Jadi para guru parking kereta di court saja. Ada la tiga empat tempat berbumbung untuk park kereta tapi aku segan la pulak kan, aku ni guru baru lapor diri pada hari pertama, terus memandai nak park bawah bumbung. Mungkin itu parking spot untuk Guru Besar, Guru Kanan ke atau guru-guru yang lain. Jadi aku parking la kat tempat yang tak berbumbung. Selesai parking, tutup enjin kereta, aku tengok bebudak semua dah berlari-lari dan berdiri di depan kereta aku di dalam satu barisan panjang. Aku dah pelik dah, apahal depa ni. Aku salah parking ke apa? Aku bukak je pintu kereta nak turun, terus dorang ucap 'Assalammualaikum cikgu! ' Owhh. Nak bagi salam rupanya. Terharu aku. Waalaikum salam aku menjawab kembali. Semua macam teruja tengok guru baru datang melapor diri. Hehe. Tetiba pakcik guard tu datang tanya aku, kenapa tak parking je di bawah bumbung? Aku bagitau la kerisauan aku tu, dia kata takda pa pun. Jadi aku terus alihkan kereta aku di kawasan yang berbumbung, sebelah kereta Guru Besar. Hehe.

Hari pertama tu, aku kena jaga exam memandangkan sekolah tu masih lagi di dalam minggu peperiksaan. Aku masuk kelas tahun 1 yang seramai 9 orang tu. Comel je semua walaupun comot sikit. Biasalah, budak-budak kampung. Tetiba sorang pelajar perempuan ni tanya aku. "Cikgu, cikgu. Cikgu ni Melayu ke?" Tergamam aku kejap kat situ. Aku cakap, "yelah, saya melayu lah. Kamu tengok saya ni macam orang apa?" Tersengih-sengih ja dia. Hahaha. Biasa la, jarang kot tengok guru Melayu. Selalu dok tengok guru Cina je. Takpa, aku maafkan okey budak? Hehe. Nurin nama dia. 

Hari pertama, semuanya okey. Guru-guru lain sangat membantu dan tak kedekut dengan senyuman. Walaupun hanya ada tiga orang je guru Melayu termasuk aku (aku, guru BM, dan ustaz) yang selebihnya Cina, tapi depa bagus. Tak sombong langsung.

Hari kedua di sekolah. Aku tengok jadual yang dah diberikan oleh GB. Tengok-tengok aku kena mengajar PJ Tahun 1. Aku dah dok memikir. Nak ajar apa ni untuk PJ. Jadi aku pun ke sekolah dengan memakai baju yang sesuai lah untuk Pendidikan Jasmani kan. Dengan kasut sukan nya. Lens pun aku malas nak pakai. Sarungkan cermin mata je. Jadi macam biasa, lepas aku park kereta je, terus berderet berbaris menghadap aku di depan kereta tunggu aku turun dari kereta. Turun je dari kereta 'Good Morning, Teacher!' Memandangkan depa pun dah tau aku ni guru English, so kena lah wish dalam English kan. Hehe. Pastu kan, aku terdengar sorang budak ni berbisik kat kawan dia 'Laaa, aku ingatkan cikgu semalam.' Pastu buat muka sedih. Hahahaha.Hampeh betui. Aku pakai cermin mata dengan seluar pun, habeh ampa suma tak cam teacher nohhh. Aku malas nak layan jadi aku biarkan je dorang tertanya-tanya, aku masuk je ke dalam Bilik guru. Bila aku masuk ke kelas Tahun 1, baru aku ingat, kan ke depa tengah exam, mana ada PJ maa. adoi. Camna la leh lupa nih. Pastu, si Nurin ni, tengok-tengok aku. Pastu dia tanya. 'Teacher,Teacher. Semalam teacher lawa'. Aku cakap. Habis tu, "hari ni saya huduh ke?" Tersengih sengih je dia. Yelah tu, aku huduh la tu, tapi tak berani nak cakap. Hahahahah. Takpa, aku maafkan ye anakku. Pastu dia tak puas hati lagi, tanya lagi. 'Teacher ada dua mata ka?" Maksudnya tu, mungkin aku ni ada dua pasang mata kot. Hehehe. Pastu aku marah dia, sebab masa tu time exam tu, yang dia dok bising-bising tanya. Kawan-kawan dia yang lain pun semua terganggu sibuk jugak nak bertanya aku soalan yang bukan-bukan. Nasib baik ampa comey, jadi aku maafkan sekali lagi.

Hari tu, ada mesyuarat. Aku tertanya-tanya, mesyuarat ni dalam Mandarin ke Bahasa Melayu. Nasib baiklah depa ni amat memahami, jadi mesyuarat dijalankan dalam Bahasa Melayu. Cuma, kalau ada yang nak bertanya tu, depa tanya dalam Mandarin lah. Tak kisah, asalkan isi-isi penting mesyuarat semua dalam Bahasa Melayu dan aku faham. Guru BM, yang aku panggil Kak Nor tu, memang pandai Mandarin. Jeles betul aku tengok dia. Kalau guru-guru Cina berborak, bolehla dia menyampuk sebab dia memang faham pun. Kak Nor tu orang Sabah. Dulu pernah bertugas di sekolah cina di Johor 5 tahun sebelum ditukarkan ke sekolah aku tu tahun lepas. Jadi dah biasa la dengan Mandarin ni. Tak sabar aku nak pandai Mandarin sebab aku memang berminat pun nak belajar Mandarin ni cuma takda masa dan peluang je. Hehe. Aku dah belajar sikit-sikit bahasa Mandarin ni, melalui pelajar aku, guru-guru kat situ dan jugak melalui Internet. Senang lah sikit aku nak menyampuk kalau depa dok berborak. Ini, kalau depa dok berborak, aku senyap je la buat kerja sendiri sebab aku tak faham sepatah haram. Kekadang depa gelak-gelak pastu nak aku join sekali, jadi depa translate pulak ke Bahasa Melayu. Haha. Pastu, barulah aku gelak. Kesian kat depa, dan kesian kat aku jugak. Hahahah. Jadi, aku berazam untuk belajar bahasa Mandarin dengan lebih gigih lagikk! Heheheh.

Baru-baru ni guru-guru kat tempat aku tu berborak-borak. Disebabkan aku tak faham, jadi aku buat bodo je sambil marking kertas exam. Tetiba terdengar sebut nama aku. Aku yang blur-blur ni, tanya la kenapa? kenapa? Pastu dorang gelak-gelak, pastu dorang tanya aku. 'Ciku Wani suda ada boyfriend ahh??' Aku jawab lah, belum. Pastu dorang cakap, 'haa, bolehla bolehlaa' Rupanya dorang nak rekemenkan aku dengan sorang pegawai PPD bujang ni yang selalu dok datang pantau sekolah aku tu. Hahahahah. Kelakar pulak aku rasa. Cikgu Gan tu cakap, "haa, bolehlaa, itu pegawai arr, banyak hemsem wooo. Mesti kamu suka punya, dia tinggi-tinggi kurus-kurus macam kamu jugakk". Bila pulak aku tinggi dan kurus kan? kahkahkahkahakh. Pastu yang lain pun teruja jugak, nak passing no telefon aku lah, itu lah ini lah. Segan la pulak aku. Hahahahah. Tapi layankan ajee.Bila lagi nak beramah mesra dengan depa kan?

Aku bersyukur sebab sekolah ni tak kena gabung kelas sebab al maklumlah 45 orang je satu sekolah. Dulu aku risau je sebab satu kelas budak sikit je, aku risau takut kena gabung tahun 4 dan tahun 5 ke, 2 dan 1 ke, camna aku nak ngajar kan? Susah la sikit kalau camtu. Tapi tak rupanya. Kelas tak digabungkan. Satu kelas memang dikhaskan untuk satu guru. Sebab guru pun agak ramai di sini. Jadi kekadang aku masuk kelas tu, contoh kelas Tahun 2, satu kelas 4 orang je. ehehe. Mudah aku nak tumpu perhatian kat sorang-sorang. Memandangkan  budak pun sikit, aku berazam nak buat macam aku buat masa di praktikum tu. Kalau ada kemajuan ke, disiplin bagus ke, aku bagi lah ganjaran. Nak bagi depa bersemangat sikit. Aku pun tak kisah nak keluarkan duit sikit-sikit untuk depa ni. Nanti aku aku ingat nak beli buku kecik sorang satu untuk semua darjah, dan buku tu untuk vocabulary. Satu hari 3 perkataan. Tulis dalam buku tu, sekali dengan maksud dan hafal ejaannya, nanti aku buat spelling, sapa dapat betul semua, dapatlah ganjaran. :) Sebab ada lah sorang dua ni yang vocabulary depa lemah sangat. Kena gilap gilap sampai berkilat. :)

Budak-budak di sekolah aku tu, alhamdulillah semua nya baik-baik. Takda yang kurang ajar, melawan guru ke kes sosial ke. Biasala budak kampung. Kekadang nak marah pun tak sampai hati. Nak marah bukan sebab apa, kekadang tu tak bawak buku, kekadang tu benda senang pun taktau. Tapi bila tengok muka depa tu, aku terus rasa kesian sebab depa memang jenis yang baik-baik pun. Jenis yang hormatkan guru. Aku rasa aku akan suka dengan sekolah ni. InsyaAllah.

Okey, perkara yang terakhir sekali, aku harap-harap sang gaji, silalah cepat masuk. Hehehehe. Duit dah takda ni bhaiii. Kalau tangguh dua tiga bulan lagi, mati la aku. Walaupun selepas dua tiga bulan tu gaji masuk secara lump sum dan aku dapat beribu ribu lemon, tapi sementara nak tunggu tu, seksa wooohh..

Ha, ni ada, perkataan dan ayat-ayat dalam Mandarin yang aku dah belajar.

wo yao huey cha - saya nak balik
wo ming pai - saya faham
wo pu ming pai - saya tak faham
ni yao chai na li? - awak nak pergi mana?
an chi - tolong diam
mei you - takda
pu yao - takmau
da - besar
siau - kecil
ni hao ma? - awak apa khabar
wo heng hao - saya khabar baik
zhen de ma? - betul ke?
wan an - selamat malam
wo yao shuijao - saya nak tidur
wo lei ler - saya letih

Oh lupa aku nak cakap, memandangkan sekolah aku takda kantin, jadi kami selalu order di kedai makan Melayu sebelah sekolah. Nanti ada pekerja yang datang ambil order dan hantar order ke bilik guru. Setakat ni aku hari-hari makan nasi goreng kampung telur mata je. Sebab sedap dan murah. RM3 je. Ada banyak lagi menu lain. Yang lain-lain tu nanti aku cuba. Takpa, banyak masa lagi maaa. hehe

okey tu je, nanti aku update lagi perkataan-perkataan Mandarin baru yang aku tau. okey? Byeeee

Earth Worm Jim


P/s : InsyaAllah. Nanti aku update panjang sikit okey? Banyak benda nak cerita nih. hehe

26 October 2011

Dah Delete

Assalammualaikum. 

Aku nak cakap yang aku dah delete semua entri aku tentang 'Kisah Cinta Mereka' tu. Mintak maaf banyak-banyak yer. Bukan aku sengaja nak delete tapi tadi ada virus malware apa ntah dikesan kat blog aku ni dan virus tu datangnya dari entri-entri tu. Makanya terpaksalah dibuang tumor tersebut bagi mengelakkan virus terus merebak di dalam blog ku ini dan juga tiadalah sambungan bagi kisah tersebut. Sob3. Maaf yerrrr.

25 October 2011

Perihal Sekolah

Assalammualaikum.

Apa habaq? Sihat ka? Sori, aku tak update dua tiga hari. Biasala, aku hanya ada mood nak update kalau aku di rumah kesayangan di Kulim ja. Kalau aku update tu, kira aku kat Kulim lah tu. Hehehe.

Hm. Dah dua hari aku menjadi guru di sekolah di Batu Kurau ni. Dalam dua hari tu, macam-macam la bebudak ni punya perangai yang buat aku nak gelak-gelak je. Hahaha. Serius aku rasa tenang ja tengok kelakuan bebudak ni. Hilang habis segala masalah. Macam masa aku praktikum di SKKD dulu. Aku masa tu tengah stress gila gila pasal kesihatan abah aku yang tak berapa nak okey sampai rasa nak quit KPLI. Tapi yang buat aku rasa okey sikit bila masuk kelas dan berhadapan dengan perangai bebudak kelas aku. Kelakar pun ada, nak marah pun ada, terharu pun ada. Hehehe. Hilang masalah. Okey pasal perangai budak ni, aku cerita lain kali.

Yang aku nak tekankan kali ni adalah tentang pemikiran negatif. Well, aku baru ja dilantik menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris. Nak kata aku gembira, tak jugak sebab banyak kerja wooo, pastu banyak tanggungjawab dan UPSR tahun depan, aku la yang kena berhempas pulas. Tapi nak kata aku sedih dan stress gila pun tak jugak. Takda guna la nak stress-stress ni. Dah diberi tanggungjawab, kalau stress pun lagilah bertambah masalah. Jadi kita hadapi dengan tenang. Bukan apa, tadi aku ada update di Fb, pasal lantikan aku ni lah. Bukan aku nak berbangga ke apa sebab aku ni pun bukannya cekap pun. Jenis blur-blur gitu. Tak percaya, pegi lah tanya kengkawan aku masa di maktab dan universiti. Lepas tu, aku ni jenis malas nak fikir banyak. Orang lain dah siap assignment, aku belum siap, tapi aku tak rasa nak stress pun. Lantak lahh. Tak risau langsung. Hahahaha. Jadi, aku taktau lah bagaimana ghopenye nanti bila aku dah pegang jawatan tu. Selalunya, aku jarang nak stress pasal kerja ka, kerja sekolah (masa sekolah dulu), atau apa-apa pasal pelajaran. Tengah keja menimbun pun, aku boleh rilek tengok tv, takpun tengok wayang ke. Yang aku fikir, ala, nak stress kenapa, menda tu nanti akan siap gak eventually. Haa, gitu yer pemikiran aku. Sampai masa praktikum dulu, kan aku buat cincai-cincai je, sebab aku risaukan abah aku jadi aku tak ambik tau dah pasal observation ke ape ke, lantak lah. Sampai, kengkawan aku semua dapat markah elok-elok comel-comel je. Markah aku agak hampes. Tapi takla sehampes mana, tapi tetap hampes kalau nak dibandingkan dengan kengkawan aku yang lain. Tapi aku tak peduli pun. Lantak kauu. Hehehe

Jadinya, kawan aku ada laa komen kat status fb aku ni, dia kata, 'sian. hg ni kena buli ka atau depa kejam?' Padahal dedua tu membawa maksud yang sama je pun kan. Tapi tak mengapa, kita layankan aje dia. Aku tanya dia ' agak2 hang?' Dia pun reply 'Ni sekolah kecik2 ka? Kejam.' Kiranya maksud dia, sesiapa yang dapat jadi KP B. Inggeris ni hasil kekejaman pihak sekolah la. Lebih kurang gitu la maksud dia. Aku tak pulak rasa aku ni disiksa dengan kejam. Ya aku tau, aku belum merasa lagi kerja-kerja yang menimbun yang akan datang tu. Tapi chill lah. Jangan dok buat kalut. Rilek sudah. Kita setel pelan-pelan. Lagi kita stress lagi kita kalut, lagi kita think negative, apa pun tak jalan. Mungkin dia anggap aku ni dibuli sebab aku kan baru posting je, so semua la bagi kat aku. Yang aku boleh kata, itu perkara biasa, cikgu baru memang akan lalui semua tu. Tak boleh lari maa. Biar semua tu mematangkan kita, memberi pengalaman berharga, mengajar kita untuk membuat keputusan dengan betul, mendisiplin kita. Mungkin aku pun akan jadi lebih bertanggungjawab lepas ni ke, sebab aku ni sebenarnya jenis yang tak kisah. Hahaha. Selalu je kena marah dengan abah aku sebab tu. Semua benda aku ambik ringan, ambik mudah. No, no. Tak bagus bersikap camtu okey. Memanglah rileks dan tak stress tapi ada certain perkara yang kita memang kena ambik berat TAPI bukan dengan cara stress atau depress tak tentu hala. Asyik-asyik merungut, pastu nak tension-tension. Adoi, aku pun serabut kalau aku tengok orang tension. Aku seniri boleh jadi tensen tengok orang tensen. Nak tensen-tensen merungut-rungut, plis jangan depan aku. Aku pun selalunya jarang nak tunjuk aku stress depan orang or kengkawan. Cool sudah okey.

Okey. Aku nak cerita tapi nak mandi jap. Nak cerita pasal bebudak kelas aku yang macam-macam perangai yang lawak gila. Kahkahkah. ok. Assalammualaikum.

22 October 2011

Keyword


Aku selalu jugak check keyword apa yang korang selalu type kat google search tu sehinggalah boleh sampai ke blog aku ni. Dan selalu macam-macam keyword ada. Keyword yang kelakar pun ada. Tapi aku malas nak print screen. Hari ni rasa nak print screen. Cuba tengok yang aku kotakkan tu. 'Perut dah moncet' tu dah selalu sangat ada. Yalaa, taip je perot moncet, keluar link belog aku kan.. Ok, pasrahh. T___T

Yang satu lagi tu, 'afiq farees'. Itu bf kawan aku tu. Kalau kawan aku seniri yang taip tu, aku tak kesah la. Mana tau kot-kot orang lain ke nak stalk. Sebab haritu, dalam keyword ni, ada naik nama kawan aku sorang ni. 'Anis Zarith'. Anis weiii, ada orang taip nama hang kat google, then keluar link blog aku. Ni mesti depa nak stalk hang nihhh. Hehe. Sebab, aku ada gak la sebut nama kawan aku dalam blog aku ni.

Selain tu, ada macam-macam lagi keyword yang merepek-repek. Nanti aku rajin, aku paste kan di sini ya. Ok. Byee

21 October 2011

Perihal Posting


Gambar ni diambil tadi sebelum gi tengok wayang Real Steel. Aku la nih yang pilih nak tengok cerita ni. Ada ke Chan ajak aku gi tengok Klip 3gp memula. Jadi, aku nasihatkan, tak payahla nak tengok cerita Melayu murahan tu. Membazir je duit beli tiket wayang. Beli cd cetak rompak pun membazir kalau tengok cerita, ni kan pulak nak tengok kat pawagam. 

So, Real Steel was a very good movie. Full of action starting from the beginning till the end of the movie. I even cried watching the robots fighting. I don't know, i just feel sad for the robot to be punched, kicked, and knocked viciously. Ok, i was a little emotional about a ROBOT, so what? Hehehe. The robot is cute when it started dancing. Abu, can you turn yourself into a robot?

Aku nak cerita tentang hari melapor diri di PPD Larut Matang semalam. Perjalanan ke sana ambik masa lebih kurang sejam 15 minit camtu. Jadi aku pegi dengan dua kereta. Oranje aku drive. Lagi satu kereta abah drive. Kenapa dua kereta? Mana lah tau, aku dapat jauh dan terus kena cari rumah sewa di sana. Kami bertolak dalam pukul 8.30am. Taklimat bermula pada pukul 10am. 

Aku sampai pukul 10.05am. Kenapa lambat? Sebab kami berhenti-henti makan di RnR. Rileks-rileks. Dengan aku yang nak terberak-berak sebab nervous punya pasal. Itu yang lambat. Tapi takda la lambat sangat kan? 5minit lambat je. Kawan-kawan aku pun dah SMS tanya, mana aku? Bilik taklimat dah penuh tapi taklimat belum mula. Jadi aku rushing masuk ke PPD, terus ke kaunter tanya kat bilik mana taklimat tu dijalankan. Puan tu cakap, naik tingkat atas, jumpa Encik Kushairi dan dia akan tunjukkan. Ok, aku naik tingkat atas, tengok takde sapa pun. Tapi dalam satu bilik mesyuarat ni macam ada ramai orang. Aku fikir, ni nak masuk ke tak, nak masuk ke tak.Sebab kang kalau aku masuk dalam bilik tu, kot pengarah-pengarah pelajaran tengah mesyuarat ke, aku dengan selamba masuk, duduk situ buat muka toya. Macam tak berapa nak patut je. Tapi aku dah taktau nak tanya sapa. Nak turun balik tanya Puan tu, rasa macam dah lambat. Jadi, aku terjah je bilik tu, tanya pegawai kat situ. Aku segan sikit, sebab bila aku masuk tu, terus ada meja-meja vip. Kalau aku masuk tu pintu belakang, bolehla aku tanya orang-orang lain kat situ. Ni, masuk pintu depan, lepas tu ganggu orang tengah buat ucapan, gi tanya dia pulak samada tu tempat taklimat ke tak. Macam mengganggu sangat. Tapi nasib baiklah ya, itu memang tempat taklimat posting aku.

Jadi, pegawai tu cakap, 'yer, silalah masuk. Duduk kat mana-mana kerusi kosong'. Masalahnya, semua penuh. Demmm. Semua mata memandang aku pulak tu. Yelah, dah orang semua tengah fokus dekat ucapan tu, tetiba aku mencapap pulak. Jadi, aku tersengih-sengih sambil-sambil memanjangkan leher cari kerusi. Aku cakap. 'Alamak, macam dah penuh je'. Tapi syukurlah, semua sangatlah mengambil berat pasal aku. Kahkahkah. Semua tunjuk kat aku kerusi yang kosong di hujung bilik tu. Eh, rasa macam glemer pulak dua saat. Hehehe. Susunan meja dia pun macam kat bilik mesyuarat lah. Korang tahu kan macam mana? Susunan berbentuk U. Masa aku bersempit-sempit nak lalu tu (dah ramai kan), semua pakat memberi laluan. Serius rasa macam anak raja. KAHKAHKAH. Lempang sekali mau? Lepas tu aku selamat duduk. Ada dua je kerusi kosong. 

Pegawai tu pun menyambung ucapan beliau yang tergendala disebabkan oleh anak raja yang perasan ni. Aku pun dengar lah dia dok membebel apa ntah. Lepas aku tunggu-tunggu gak, kot-kot ada sesapa lagi yang lambat masuk macam aku jugak ke. Takde sapa pun. Akulah insan yang paling lambat sekali masuk taklimat tuh. Hampeh betoi. Masa kelas dulu pun selalu datang lewat, sampai ke taklimat pun datang lewat. Harap lepas ni, aku akan sentiasa mematuhi. Hehe. Sambil-sambil tu, aku perati-perati lah muka-muka cikgu-cikgu yang bakal mengajar ni. Mostly macam tua je. Beruban-uban. Aku fikir, apahal tua sangat depa ni, KPLI umur maksima 30 lebih je. Tapi ni nampak macam pertengahan 50 pun ada. Lepas tu gigih gila salin nota apa ntah. Pegawai tu tengah buat lawak pun, depa gigih catat nota. Depa tengah catat isi kandungan lawak pegawai tu kah? Lama sikit baru aku tau yang depa ni adalah Guru Besar sekolah-sekolah yang kami akan ditempatkan. Oh. gitu yer. Baru wa tau. 

Tengah-tengah pegawai tu bagi ucapan kan, tetiba semua toleh tengok aku. Apahal ni semua tengok aku? Kan susunan meja dia berbentuk U, aku pulak duduk di hujung sekali. Aku dah tak senang duduk. Mula nak tunduk-tunduk tersipu-sipu malu. Pastu nak kontrol, pura-pura catat nota. Padahal yang aku dok ulang tulis kat wrting pad tu adalah nama aku. Pastu aku rasa macam pelik. Takleh jadi ni, aku terus bangun, ketuk meja kuat-kuat. Aku tanya apa masalah depa dok tengok aku. Kalau nak ngorat, after taklimat lah. Sungguh tak profesional nak mengorat masa menguruskan hal-hal rasmi. Tapi aku takde pun buat macam tu. Aku terkebil-kebil sambil dok ulang tulis nama aku.

Tetiba kawan aku cakap, mampus lah nak melangut tengok. Aku kerut-kerut je. Aku toleh belakang tengok, aku duduk betul-betul depan skrin layar tu. Demmm. Semua dok tengok skrin tu, tengok slide-slide sambil pegawai tu kawal dari laptop dia kat depan tu.Pastu camne? takkan aku tak melangut tengok skrin, sakit leher kott.Memula aku buat dek je. Dorang semua tengok aku, eh silap, tengok skrin, aku pulak catat je la apa yang pegawai tu terangkan since aku susah nak tengok skrin kan. Pastu aku rasa takleh jadi ni, macam penting je isi kandungan slide tu. Aku ejas-ejas sikit kedudukan aku, barulah aku dapat tengok skrin tu dengan jayanya. yeayyy.

Dah tu, nama aku jadi femes lak masa taklimat tu. Dahla datang lewat satu hal, lepas tu aku belum tandatangan borang kehadiran tu. Jadi pegawai tu dari depan dok remind, Nur Shazwani, nanti tolong sign yer. Aku angguk-angguk. Lepas tu, dalam beberapa minit sebut lagi, Nur Shazwani sila sain yer. Yelaa, japgi aku sain la. nak sain sekarang camnenye, dahla aku dok ujung sekali, namelist tu kat depan sekali. Takkan aku nak kuak lentang atas meja tu sampai ke meja depan. Kali ketiga dia suruh lagi, Guru Besar sorang ni, terus amek namelist tu suruh orang passing bagi kat aku. Hahaha. Jeles ler tuh, pegawai tu dok sebut nama aku tak sebut nama dia.

Dah sain tu, pegawai tu bagi taklimat sikit pasal posting dan hal-hal penting di sekolah dan, kami diperkenalkan dengan Guru-guru besar sekolah yang kami akan ditempatkan. Pegawai tu sebut nama sekolah, Guru Besar bangun, then, pegawai sebut pulak nama guru yang akan ditugaskan di situ, dan guru tu pun kena la bangun, supaya guru besar boleh cam muka, sebab nanti nak tunjukkan sekolah pulak kan. Jadi bila turn sebut nama aku, semua tengok aku, walaupun aku baru terhegeh-hegeh nak bangun. Masa nak bangun tu lah, pen jatuh la, beg jatuhla. Hampesss.

Selepas taklimat selesai, guru besar sekolah pun berjumpa lah dengan guru-guru. Aku pegi la jumpa dengan Guru Besar aku. Dia panggil aku, dia bagi direction untuk ke satu Kopitiam ni, dia ajak borak-borak kat situ dulu. Baik betul GB ni, dok suruh aku hati-hati drive sampai ke situ. Banyak kali pulak tu pesan kat aku. Pastu dia janji nak carikan rumah sewa untuk aku. Okey. Lepas tu kami berjumpa lah di Kopitiam ni borak-borak dengan GB, termasuklah parents aku. Punyalah lama borak-borak. Bukan cerita pasal sekolah pun. Cerita pasal menda lain. Sikit-sikit je borak pasal sekolah. Sampai aku yang ajak gerak gi sekolah sebab hari makin petang, sekolah belum tengok, rumah belum cari. Dah borak, terus go sekolah, tulis nama dekat buku kedatangan, pastu terus pegi tengok rumah sewa sekali dengan GB jugak. Dia pun naik kereta abah aku nak tunjuk rumah sewa. Dia jugak yang tolong buka kunci rumah sewa. Lama jugak lah dia dok lepak-lepak situ.Adoi. Aku rasa macam menyusahkan dia je ni. Oh, dia ni perempuan. Tapi dia pulak yang rancak je borak-borak, gelak-gelak. Lepas tu, rumah tu dah sesuai, dah jumpa housemate yang KPLI Tesl ajar sjkc jugak. Aku kenal pun dekat facebook je ni. Dah tau kami sama tempat di PPD, terus kami tukar-tukar no hp, senang nak deal cari rumah sewa. Senang betul. Tak payah, susah-susah nak cari housemate dah. Dia pun dari Penang. Kira guna jalan yang sama dengan aku je, kalau nak balik pun.

Dah setel semua, aku mintak izin GB nak datang hari Isnin je. Jumaat taknak datang lagi. Dia cakap, okey je. Alhamdulillah, aku balik dulu dengan family aku, Ahad ni, baru letak barang-barang kat rumah tu

Nanti aku cerita pasal sekolah pulak. Sekolah aku ni SKM. Sekolah kurang murid. Murid pun 45 orang je. Satu kelas paling ramai pun 11 orang je. Paling sikit 4 orang. Hehehe. Legaa sikit aku dengar. Takla tensen sangat nak mark buku ke, key in data pelajar ke. Sekolah aku ni, nama je SJKC Phooi Wah, tapi ada dua orang je Cina. Yang lain semua nya Melayu. Hehe. Alhamdulillahh. Senang la sikit nak mengajar budak melayu ni berbanding Cina. Tambah pulak aku mengajar Bahasa Inggeris. Aku tau sebab aku pernah mengajar budak-budak Cina dulu. Bebudak Cina yang kaya raya, dan jugak bebudak Cina yang sederhana. Yang sederhana ni susah nak ajar English sebab dorang hanya faham Bahasa Cina je. Melayu tak faham, English pun tak faham. Habis tu aku nak guna bahasa apa sebagai medium untuk mengajar? Yang kaya raya ni pulak, memang fasih English dan lebih hebat dari aku tapi kurang ajar nak mati. Tapi, ada yang okey. Ada yang masih menghormati guru.Itu pun sikit je. Tau-taulah bangsa ca ya nun alip ni camna kan?  Oklah, abah aku ajak beli barang-barang keperluan utk rumah sewa. Hehe. Bye. Assalammualaikum.


selamat. selamat.

Sudah selamat melapor diri dan sekarang berada di Kulim. Eh, lupa nak cakap, aku dapat posting di Perak, bukan Kulim. Hehe. Nanti aku story bebanyak lagi. Letih ni baru sampai. Esok, nak pi tengok wayang. Real Steel ka Paranormal Acitvity 3?

p/s : Suka sangat dengan sekolah aku dan guru-guru terutamanya Guru Besar yang punyalahh sporting gila sampai aku naik segan. okbai.

19 October 2011

Habaq berita

Assalammualaikum. Nak abaq bagi sikit ni. Lepaih ni, lambat sikit la kot kalau aku nak update belog ni. 'Kisah cinta mereka part 4', nanti-nanti aku sambung. Tapi ada ka yang dok baca? Takdak komen pun. By the way, nak suruh hampa wish luck kat aku untuk esok ni. Esok aku pi lapor diri kat PPD. Berdebar ja nak tau dapat sekolah mana. Hehe. Ok. Beboiii.

15 October 2011

randomness


Aku memang tak sempurna. Banyak kelemahan sana dan sini. Ada kekurangan yang sedang aku perbaiki. Ada kekurangan yang aku tidak peduli dan masih meneruskan hidup dalam kekurangan tersebut. Kenapa aku tak cuba perbaiki? Ntahlah, di minda sentiasa ingin berubah tapi kelakuan masih ingin ditangguhkan. Aku nak perbaiki semua kekurangan. Aku nak berubah secara total. Tapi bila? Mungkin secara berperingkat. Jauh di lubuk hati, aku masih tidak berpuas hati dengan sikap aku, kelakuan aku, amal ibadat aku, cara pemikiran aku. Masih banyak yang perlu diperbetulkan. Aku harap aku dapat atau sempat membetulkan apa yang perlu diperbaiki. Tiada manusia yang sempurna tetapi tidak salah jika kita sekurang-kurangnya mencuba untuk menjadi sempurna.


13 October 2011

Loghat Kedah yang mengelirukan

Pertama kali aku merantau keluar dari negeri kelahiran aku, Kedah Darulaman dan berjauhan dari famili aku adalah masa aku berumur 18 tahun (Sebenarnya, sebelum tu pun dah selalu aku melancong ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak, tapi ni kali pertama pi sorang-sorang dan akan menetap di sana). Masa tu aku seronok gila. Seronok sebab dapat merantau negeri orang. Tambah-tambah dapat tawaran di UiTM Shah Alam pulak tu, lagik la aku dok berangan-angan sebelum hari pendaftaran. Aku punya la syok sebab kan, Shah Alam tu dekat dengan KL, bolehla aku cakap KL. Motif?? Hahaha. Betul. aku syok sebab aku boleh cakap KL macam yang selalu aku tengok dalam tv. Pastu aku suka betul praktis cakap KL sesorang. Ehehehe. Yalah, nak cakap KL dengan kengkawan aku yang mostly masa tu, orang utara belaka semua. Segan kot, hang beranak kat kedah pastu dok buat best cakap key ell pulak kan. Lagipun aku agak menyampah kalau kengkawan aku yang terang-terang dilahirkan kat utara, tinggal di utara, tetiba nak cakap key ell pulak?? Puii. 

Jadi, aku best gila bila dapat offer dari Uitm Shah Alam untuk program Asasi Undang-Undang tu. Satu lagi aku syok sangat sebab dapat kat Uitm Shah Alam. Bebudak kat Uitm Shah Alam semua stylo gila, dan hemsem pulaks tu. Hhehehehe. Jadi, bila dah daftar di Uitm tu, aku dapat roomate yang semuanya bukan dari utara. Zafi dari Johor, Ain dari KL, Pinaz dari Seremban. Apa lagi, cakap key hell lah aku. Mempraktikkan apa yang aku dah praktis selama ni. Hahahaha. Pastu, yang lagik best, semua orang ingat aku ni asal Johor. Kahkahkah. Tapi kan, orang yang selalu jumpa aku, sampaila ke UKM, mesti ingat aku ni dari Johor. Kenapa ek? Muka aku macam Johorian kah? Tapi muka Johorian tu camne? Cun kottt. Ngaaaaa. perasannn.

Tapi, walaupun aku cakap key ell dengan roomate dan kawan-kawan aku yang lain kat uitm tu, kalau ada kawan yang dari utara, aku bertukar lah slang utara pulak. Takda makna la aku nak ber key ell jugak dengan kawan-kawan utara. Cuma, kalau aku cakap utara dengan kawan-kawan yang bukan utara mari, depa takkan paham sebab aku cakap laju. Hehehhe.Sebab tu aku prefer cakap key ell. hehe

Walaupun aku ni kira dah tere gak cakap key ell masa tu, tapi ada sesetengah perkataan yang aku FAIL. hahaha. Jom-jom kita tengok apa perkataannya.

kasut - di kedah (atau negeri-negeri lain di utara jugak kot) bermaksud kasut, slipar, sandal atau apa-apa ja lah yang boleh disarungkan di kaki.

kasut - di selatan bermaksud sepatu yang bersarung. kalau selipar, panggilannya tetap selipar. kalau sandal, tetap sandal panggilannya.

Jadi, selalu terjadi kekeliruan di sini. Haha. Bila aku tanya roomate aku, ada nampak tak kasut (aku maksud kan selipar) aku depan pintu bilik. Dorang cakap tak nampak. Padahal, roomate tu jugak yang pinjam untuk pegi toilet. Dorang ingat aku bertanyakan pasal kasut aku iaitu sneakers aku. Hahaha

roti - di kedah bermaksud biskut, roti gardenia, biskut hupseng tu. Semua kami tibai sebut roti.

roti - di selatan bermaksud roti gardenia tu, roti buku tu ke ataupun bun ke. kalau biskut, dorang sebut biskut jugak. 

Ni pun aku selalu buat keliru. Hehehehe. Kesian kawan-kawan aku. Aku cakap lain, dorang ingat lain.

Coklat - di kedah bermaksud gula-gula, chocolate bar tu atau lolipop ke, semua kami sebut cekelat.

Coklat - di selatan bermaksud chocolate bar tu. Kalau gula-gula disebut gula-gula. Tapi ada jugak kawan aku yang sebut gula je. Aku pelik bila tetiba dalam kelas, dia tanya aku, aku ada gula tak. Terkebil-kebil 30saat di situ.

Ada sekali tu aku tanya roomate aku, ada coklat tak, aku nak. Dia dengan serius nye menjawab, coklat takde, tapi gula-gula ada la. Aku ingat dia tengah gurau dengan aku ke apa. Tapi aku tunggu dia senyum tapi tak pun, buat muka serius ja. Rupa-rupanya lain ye cekelat dengan gula-gula tu. Hehehe

Lapaq ayaq (dahaga) - di kedah bermaksud haus. Tapi memang pelik kot kalau orang luar dengar. Hehehe. Aku sebut dahaga pun kawan aku buat muka pelik. Selalunya orang guna haus.

Kelmarin - di kedah bermaksud 'yesterday'

Kelmarin - di selatan bermaksud dua hari lepas.

Kelmarin dulu - di kedah bermaksud dua hari lepas.

Semalam - di kedah bermaksud 'last night'

Semalam - di selatan bermaksud yesterday.

Yang ni lah, yang selalu aku keliru. Adoi. Susah gila kalau aku nak bercerita kat kawan-kawan. Mesti ada yang mempersoalkan. Eh, kau pegi semalam ke kemarin? Padahal aku maksudkan 'yesterday'. Pastu jadi satu hal pulak aku nak terangkan satu-satu.

Lincin - di kedah bermaksud licin. hehehe

Gambar - di kedah bermaksud album gambar dan jugak cerita di tv. Contoh ayat : 'Hang tengah tengok gambaq pa weh kat tv tu?'

Ni kalau orang luar dengar ni, mesti berkerut je dahi nih. Hehehe

Dia - di kedah bermaksud kata ganti nama untuk orang dan jugak barang-barang. Contoh ayat : "Wei, cuba hang tengok laptop aku ni. Dia jadi pa taktau"

Hahaha, yang pasal penggunaan 'dia' ni, ada kawan aku yang bukan dari kedah asyik kompius jek. eheheh

Ada banyak lagi perkataan-perkataan loghat kedah yang korang belum pernah dengar lagi. Tapi hari ni aku nak kongsi mengenai perkataan dalam bahasa melayu tapi dah jadi maksud lain kalau digunakan di kedah. Hehehe.


Itu je dulu yang dapat aku kongsi. Okey Byebye

12 October 2011

Untuk kau anonymous

Aku nak balas komen kau ni anon. Em, aku nak pesan, masa kau nak tidur, kalau sejuk, selimutlah. Kalau panas, switch on aircond. Kalau rasa nak buang air, cepat-cepat pegi tandas. Kalau lapar, makan je, tapi jangan makan di waktu malam sebab boleh menggemukkan. Em, itu je kot. Kalau kau masih sudi menjenguk blog aku ni, terima kasih la ya aku ucapkan.

P/s : Aku rasa, tak perlu aku nak jelaskan atau nak tegakkan apa-apa mengenai benda yang dia komen sebab aku tak terasa nak marah ke, terkecil hati ke sebab benda kecik je. Pasal Facebook pulak tu. Very small the matter. 


11 October 2011

Pengakuan jujur aku

Aku rasa belum terlambat lagi kalau aku nak ucapkan takziah buat pengasas Apple, Steve Jobs yang baru-baru meninggalkan kita. Sejujurnya, aku tak pernah kenal langsung siapa Steve Jobs ni sebelum ni dan aku hanya kenal beliau lepas kematian beliau. Sekarang ni memang trend gitu kan, dah mati baru lah dikenang jasa dan orang baru nak mengenali (aku sorang je ni yang baru nak kenal dia. hehe), siap filemkan lagi pasal dia. Juga, sejujurnya, aku tak pernah langsung menggunakan apa-apa ciptaan dari Apple. Iphone ke, Ipad ke, Ipod ke, Apple notebook ke, tak pernah langsung. Kampung sangat aku ni kan? Aku tau. Pernah sentuh sekali je Iphone kawan aku, tu pun, aku tak berapa minat jadi kejap je la aku belek. Hehe. Tapi aku tau Iphone punya application nya memang best-best. Tengokla, ada plan gak nak sambar Iphone4s lepas ni.

P/s : Tahu tak korang, Samsung dengan Apple sekarang memang sedang aktif saman menyaman sebab dua nama gergasi dunia ni dok bersaing hebat antara satu sama lain. Tapi, baru-baru ni Samsung ambik keputusan untuk tangguhkan pelancaran android terbaru dorang dan melambatkan pendengaran kes saman mereka sebagai menghormati pemergian Steve Jobs. Bagus, bagus. Pesaing yang professional.

10 October 2011

Hukum Hudud


Hari tu, ada seorang kawan aku yang bukan Islam bertanyakan
mengenai hukum hudud. Dia berminat nak tau sebab sejak akhir
akhir ni kan, heboh kat media pasal hukum hudud ni. Jadi kawan
aku ni taktau apa-apa pun pasal hukum hudud dan mintak aku
jelaskan. Aku pulak tau gitu-gitu je dan aku mengaku aku kurang
arif mengenai hukum hudud ni. Jadi aku jelaskan kat dia sebanyak
mana yang aku tau je. Yang aku taktau, aku tak jelaskan sebab takut
tersalah info dan secara tak lansung boleh memberikan anggapan
yang salah pulak mengenai agama Islam ni.

Jadi, ni aku nak kongsi sikit lah pengertian dan contoh hukum hudud
berserta hukumannya. Aku kongsi ni takda kaitan langsung dengan
politik okey. Ini hanya untuk pengetahuan je bagi mereka yang
masih samar-samar mengenai hukum hudud ni macam mana.

Pengertian Hudud : Dari segi istilah hudud
ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas
Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak
Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada
dikurang atau ditambah. 

Maksudnya;
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”

2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya


(a) Zina;




 Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

(b) Qazaf (menuduh zina);
        Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali

(c)  Minum arak;
       Meminum minuman yang memabukkan  dan  boleh menghilangkan kewarasan akal.
  Hukuman : sebat 40 kali

(d)  Mencuri;
           Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
       Hukuman : potong tangan

      (e) Merompak;

      Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
      Hukuman :
       sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(f) Riddah (murtad);
     Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
            # Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud   tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @  wang.

Maaf, spacing jadi berterabur sebab aku copy paste je ni. Aku rujuk
dari sini
  

Gila punya orang

Tadi kan, aku keluar dengan mama aku. Aku yang drive. Pastu sampai ke satu lampu isyarat ni, lampu tengah hijau, jadi mesti kereta pun memecut laju la kan sebab nak kejar lampu hijau tu. Aku tak la laju pun sebab masa tu baru je hijau so kereta depan aku macam baru nak bergerak jalan. Lepas tu kan, aku nampak sorang lelaki ni, dengan getah paip berjela-jela dia sangkut kat bahu dia. Dia nak menyeberangi jalan tu. Masa tengah jalan tu kaki dia tersadung, sikit lagi nak jatuh dan masa tu jugak kereta pun baru nak jalan sebab lampu hijau kan. So, kereta tu sempat la brek. Nasib baik tak langgar dia.

Lelaki tu pun dah selamat menyeberangi jalan, dan lampu isyarat pun masih hijau. Aku pun gelak-gelak lah dengan mama aku sebab, dengan getah paip berjela-jela dia bawak tu, sampai nak tersadung kaki terpijak getah paip tu. Muka pulak serius gila. Pastu kan, turn kereta aku nak jalan, dia melintas pulak ke seberang jalan, kira macam patah balik la. Melintas pulak depan kereta aku. Pastu dia kutip apa ntah kat jalan. So, aku ingat dia patah balik sebab dia tercicir barang ke apa kan. Pastu kan, lepas amek barang dia yang tercicir tu yang aku nampak cam batu je, dia campak pulak ke seberang jalan ke sana. Pastu dengan selamba badak nye dia lintas lagi depan kereta aku time lampu isyarat tengah hijau tu, semua kereta yang tengah laju, semua terhenti-henti. Pastu, aku pun masa tu, slowkan je. Takut kang tetiba dia berlari sesuka hati dia. Lepas dia campak batu ke seberang jalan tu, dia pegi kutip batu tu dan dia campak balik ke seberang jalan.Jatuh la dekat tepi tayar kereta aku, so aku kena stop kejap bagi peluang dia datang kutip batu dia tu, lepas tu, terus aku pecuttt. Huhuhuhu. Pastu kan, aku tengok melalui cermin pandang belakang, dia dok wat gitu gak. Habis semua kereta terhenti-henti time lampu hijau tu. Gila betul. Merata-rata dia campak, pastu kutip, pastu campak. Eii. bahaya betul. Mau ada kereta tengah pecut dari jauh nak kejar lampu hijau, pastu tak perasan dia, BAMMMMM! Gila punya orang.

P/s : Kesian dia. Mesti dia tekanan perasaan sampai jadi camtu..

Ada anonimes komen blog aku wehhh

Aku check blog tadi tetiba tgk ada anonimes tinggalkan komen. Aku pon bace, pastu tetiba aku teruja sebab bukan selalu anonimes yang suka bagi komen negatif kat aku nihh. Rasa cam terkenal pulak, macam Cik Epal pulak aku rasa aku nih. Hehe. Yelah, Cik Epal kan selalu kena hentam dengan anonimes. Biasa lah, anonimes dia malu nak tinggalkan link dia, so dia komen sebagai anonimes je. Sapa nak baca, sila baca kat bawah ni. Well, aku takkan nak sembunyi-sembunyi pun kalau orang cakap benda negatif pasal aku. Meh wei, ramai-ramai baca apa yang dia tak puas hati tu. Oh, by the way, komen ni dia tinggalkan dekat entri Facebook #1 aku tu. Alalalala, terasa lettewww. Hik3

'cam bdoh jek.. pdahal ko sndri pon suka stalker psal org laen.pastu nk band fbook.ak pon ska post byak status kat fb.. nnti dpat komen2 n pndpat dr org laen.dah fb ko ikut suka la ko nk post byak gnung mna pon.ak tpikir jgak ade org cam ko ni yg skit mata jiwa raga sgala yg ade la ngan posting fb org laen..mgkin xde org komen status ko kowt..xpon srg dua jek sbb tu ko cam jlous mereng.blog ko cam klakar trutama ayat beraktnpahnti ak pon enjoy bca tp mkin lma cam ko ni byak tnaga ngatif la.cam ego stggi gnung lak tuh.mgkin last da ak mlawat blog nih.. by'

well, pertama sekali, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat kau sebab sudi membaca blog aku. Kedua, aku nak cakap, yang aku tak boleh nak ulas panjang komen kau ni sebab sekarang aku tak pakai lens dan spek aku, aku carik tak jumpa jadi agak rabun sikit nih. Ni pun rapat gila ni muka aku dengan skrin lappy sampai bersentuh hidung dengan skrin lappy. So, esok ke lusa ke, aku reply lah komen ko ye anon sayang. Aku percaya walaupun konon kau kata ni last time kau melawat blog aku, tapi esok mesti kau datang lagi, kan? Alolololo, rindu aku leteewww, sampai merah pipi blushing.Ekekeke.

09 October 2011

Harapan aku.

Aku berdoa yang baik-baik saja. Yang baik-baik saja dan semua akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. InsyaAllah.

06 October 2011

Facebook #1

Hari ni, makcik wanieybintang nak membebel sikit pasal anak-anak muda dengan ketagihan Facebook. Bukan anak-anak muda je, mak budak, bapak budak, bapak kepada mak budak pun sama je ketagih dengan Facebook. Ada la sesetengah benda mengenai Facebook ni yang makcik tak berapa berkenan. Ya, orang selalu kata 'Eh, sukati aku lahhh. Akaun Fb aku, bukan akaun kauuuu.' Okey. Makcik nak kata, sukati hampa,(read = korang), lahh dan sukati makcik jugaklahh nak membebel pun sebab ni blog makcik bukan blog hampa

-Status yang berunsurkan peribadi
Okey, memula sekali makcik nak tegur sikit lah, hampa-hampa yang suka sangat lahhh update pasal kisah cinta hampa tu. Makcik bukan cemburu sebab buktinya, masa makcik dengan still dengan ex pakcik dulu pun, makcik rasa menyampah jugak tengok status-status yang overrrr dan gambar-gambar yang peluk sana sini dengan boyfriend/girlfriend hampa.

Makcik maksudkan di sini adalah pasangan yang belum berkahwin. Kira macam kapel la atau tunang. Selalu makcik nampak status-status begini 'Out with my hubby. heee~' . 30 minit selepas itu, naik lagi status. 'Tengah makan dengan my sayang. hihi'. 7 minit selepas itu. 'Tengok wayang dengan my baby kat GSC' 15 minit selepas itu, naik pulak status. 'Tengah buat wayang dengan my darling'. Ayat last tu setakat ni aku belum pernah jumpa lagi. Syukur Alhamdulillah. Pendek kata, semua status dia pasal dia dan boyfriend dia ja. Kiranya dalam dunia ni depa dua ja la yang mendiami di muka bumi ini. Pastu berderet kawan-kawan komen. 'Eh. suwiiitttnyaaa koranggg'. Pastu terkembang terkempis lah sebab ada orang cakap depa suwitttttt kan.

Pastu sepuluh minit selepas update status, upload gambar via BB ke, Iphone ke. Caption nya 'me with my baby'.Gambarnya, peluk-peluk, kira habis romantik lah. Kalau tak peluk, snap pic berdua, si perempuan muka muka pipi kembung, yang si jantan pun sama naik. Memang lah sangat haktuih. Takpun, snap pic dalam kereta, si perempuan buat muka separa comel berlatarbelakang gambar sang lelaki tengah drive. Aku faham sangat lah sebab aku pun pernah buat gini, tapi aku tak update dalam Fb, aku update dalam blog. Sama je Fb ke blog ke. Dan sekarang aku terasa sangat bongok sekali sebab upload kan (gambar berlatarbelakang kan lelaki yang tengah drive), dan entri aku dengan pasangan untuk tatapan orang ramai. Walaupun dulu, aku jarang sangat update apa-apa pasal pasangan aku dalam blog mahupun Fb sebab dia tak suka. Tak suka diri dia dihebohkan tak tentu hala. Dan aku sendiri tak suka jugak. Aku rasa malu. Malu sebab benda-benda peribadi macam ni tak perlu di over expose kan.

Okey berbalik kepada cerita kita. Selepas sekian lama berupdate status pasal boyfriend, dan gambar-gambar bermesra bersama, tiba-tiba dalam newsfeed aku dah takda status-status jiwang karat dengan boyfriend, segala gambar dalam album sudah dibuang atau diprivatekan. Eh, kenapa? 'Tanya aku di dalam hati yang berjiwa stalker' Percayalah, walau se ignorant (maaf, aku tak dapat nak fikir ignorant dalam BM tu apa), mana pun orang tu, kalau benda yang sudah terbiasa dia tengok (melainkan dia hide sebab menyampah or annoying gila) tiba-tiba, benda tu stop secara tiba-tiba, kompem dia akan rasa suspicious dan ada sekelumit rasa nak stalk apa yang dah terjadi.

Dan beberapa hari selepas ketiadaan status-status yang jiwang karat bersama hubby tercinta, dan tiada lagi gambar bermesraan bersama, ternampaklah status relationship berubah. si budak gedik is single. Pastu berlambakk, orang datang komen. Eh why?? Bersabarlah, Tabahlahh. Hahahaha. Time ni aku rasa lawak gila. Tau tak, benda-benda ni merupakan pure entertainment bagi facebookers di luar sana? Macam tengok drama. Dan ni jugak dijadikan bahan sindiran mahupun gossip di luar sana.

Peringatan, si A dan B tak rapat pun dengan si budakgedix. Si budakgedix hanyalah kenalan satu universiti atau tempat kerja.

'A : Eh, aku dengar si budakgedik dah clash dengan pakwe dia' 
B : Yeke? Kau tau mana? Kau kenal ke pakwe dia?'
A : Aku tak kenal pun pakwe dia, tengok gambar dalam Fb je. Aku tengok status dia dah single skarang.
B : Aku ingatkan dia ni tak suka kapel-kapel ni.
A : Mana ada. Aku tengok dalam gambar, berpeluk sana-sini, berjiwang sana sini dalam status, Last-last clash jugak.
B : Tak sangka ye. Aku nak tengok lah pic bf dia. Eh, silap. Ex bf dia.
A : Dia dah delete dah pun. Macam gatal je bf dia, dok peluk-peluk dia.

Rasa malu gila bila orang yang kita tak berapa kenal pun bercerita tentang kita macam dorang tu dah kenal kita 10 tahun. Lepas tu, buat spekulasi yang tak betul pasal kita berdasarkan apa yang dorang baca dari Fb kita.   They judge us just by referring our Fb accounts. Lebih teruk lagi, bila si A dan B, ni mula nak sebar cerita tak betul kat C,D, E, F pulak. 

Orang akan berkata dan terus berkata. Mulut manusia memang tak boleh tutup. Daripada tutup mulut dorang, baik kita cari jalan perbaiki diri kita supaya mereka takda modal nak cerita buruk pasal kita. 

Cuba kita ubah situasi pulak, kalau sorang tu yang tak pernah atau jarang sekali menghebahkan tentang pasangannya. Kalau putus pun nobody knows. Rasa malu dapat dikurangkan. Cerita tak betul dapat disurutkan. Dan aku rasa relationship status tu, is damn useless. Tambah-tambah sekarang ni macam-macam status pulak ada. 'single' 'married' 'widowed' 'its complicated' 'in a relationship but complicated' Yang tiga-tiga terakhir tu aku tak boleh terima.  Merepek and agak bullshit. Aku rasa tak payah pun buat relationship status tu. Sebab bagi yang suka buat status relationship ni, konon 'married to blablabla' (padahal baru kapel jek punnn. Pastu bila clash, takkan lah still nak stick dengan status tu kan, jadi tukar status. blablabla is single. Pastu satu donia pun dah tahu kau dah putus dengan boipren kesayangan kau tu.

Aku rasa lebih baik macam ni, bagi dorang yang suka letak relationship status ni kan, taip je kat info. Cth : currently im in a relationship with blablabla' Ataupun bagi pasangan yang dah berkahwin, tapi pasangan yang dah berkahwin ni tak kisah sangat sebab, memang terbukti dorang serius dan dah ada hubungan yang sah. So, jarang aku tengok pasangan yang berkahwin ni tetiba tukar status 'single' tetiba.

Satu lagi yang paling menyampahhhh, adalah, status single, pastu bertukar in a relationship, pastu gado, status tukar jadi single balik dan seterusnya. Pening kepala aku.

Pastu, bila dah single tu, dah mula up status yang desperate. Status nya macam dah confident boleh hidup single tapi nampak desperate gila. Contoh : 'Aku boleh hidup tanpa kau. Huhh.' 'Apa, kau ingat aku tak laku ke? Aku benci kauu' Nampak sangat dia desperate dan masih dalam bayang ex dia kan?? Kesiann orang macam ni. Ha, tengok, dengan status yang berunsurkan peribadi ni, orang suka tau nak menghakimi tanpa menyiasat perkara sebenar.

Bila dia dah dapat get over dengan ex dia tu, status macam ni pulak. 'Aku suka hidup single. Bebas' Okey, kalau sekali dua okey. Nampak macam memang dia sedang menikmati hidup single dia tu. Tapi kalau dua tiga empat lima enam kali status macam ni. 'Ada orang tak percaya aku masih single. Hey, aku masih single lahh' , 'Hidup single memang best, takda orang kacau'. 'Aku dah serik so lebih baik single'. 'Single itu lebih baik'.'Aku belum jumpa yang sesuai jadi aku nak single. Hope akan jumpa yang terbaik' Haa, semua pasal diri dia yang single. Macam something wrong je kan? Macam ada yang tak kena je. Macam dia sebenarnya terdesak nak cari pasangan but yet she is still in denial. Dan, orang akan berkata, mengeji, membuat spekulasi. 

See, dari Facebook sahaja pun orang dah dapat menilai diri kita. Kalau menilai dari segi positif, alhamdulillah. Tu memang bagus. Tapi kalau menilai dari segi negatif? Lepastu salah pulak tu penilaian mereka? Depa hanya buat penilaian berdasarkan apa yang depa baca di Fb kita. Bagi aku, aku tak suka orang luar menilai aku. Menilai hidup aku, lebih-lebih lagi hanya melalui Fb.

-Status emosional.
Selalu jugak aku terbaca status yang emosi je. Marah je 24 jam. Merungut je 24 jam. Semua status dia semua yang marah-marah. 

A : Aku agak-agak si C tu nanti mesti berhenti kerja.
B : Awat pulak? Hang tau mana?
A : Aku baca dalam Fb dia, dok mengeluh ja dengan kerja dia. Mesti lama-lama dah tak tahan berhenti lah tu.

Dalam beberapa hari, C pun update status. 'Berambus jugak aku dari company ni'

A : Ha, kan betul aku kata C berhenti keja. Tak tahan keja berat lah tu.
B : Baru kerja berat sikit pun dah tak tahan. Apadaaa..

Padahal si dua ekor A dan B ni taktau, C berhenti kerja sebab dapat tawaran gaji yang lebih hebat dari company lain. Depa berdua bercerita macam tau segalanya kan? Salah C jugak sebab hari-hari merungut pasal kerja dalam Fb.

Sama lah jugak, kalau bersedih ke. Hari-hari status sedih. ' Hari ni, aku kecewa sangat'. 'tabahlah wahai hati'

A : Mesti si budakgedik tak dapat lupakan boipren dia. Aku tengok status dia hari hari sedih ja.

Facebook ni dah jadi macam satu lagi dunia lain yang ada masyarakatnya yang tersendiri. Masyarakat tanpa suara, hanya huruf-huruf yang ditaip. Aku pun dah jadi takut dengan perubahan Facebook ni. Sebab tu aku hadkan penggunaan Fb aku, status aku, gambar aku. Gambar yang tak berkenaan semua aku private kan.

Okeylah. Aku rasa kering gila tekak aku. Pelik betul, aku bukan bercakap pun, menaip je pun. Sebenarnya banyak lagi aku nak membebel nih. Lain kali, lain isu but still isu Facebook cuma isi dia lain sikit. Byee

P/s : Sapa perasan kata ganti diri dah bertukar dari 'makcik' ke 'aku' memang ternyata fokus dengan entri ini. hehe.

P/s : Sori kalau banyak kesalahan tatabahasa ke, typo ke sebab aku malas gila nak baca balik menda alah apa yang aku taip ni. Panjang sangat. Hahaha

05 October 2011

awat aku seronok sangat?

Berkaitan dengan entri aku yang terdahulu tu. Aku kan, nak sangat cerita kenapa aku rasa seronok dan macam menang besar hari tu tapi tak boleh la. Sebab nya, blog aku ni terlalu public. Bosan kan blogspot ni? Macam yang aku cakap dalam entri aku yang lepas tu, kan best kalau blogspot ni ada setting untuk private kan entri kepada sesetengah orang ja. Haish. Sebab aku nak hide kan entri ni dari sorang je. Tak ramai pun.

Tapi tak pa lah. Aku bagi hint je lah kenapa aku gembira sangat. Sampai sekarang pun aku masih tersenyum ni. Tersenyum bangga + jahat. Muahahahah! Aku rasa gembira sangat sebab aku dah menang dalam satu pertandingan ni. Menang tanpa bertanding pulak tu. Tu yang aku gembira tu. Aku duduk rileks dan bertenang je, dan tup tup saingan aku dah kalah teruk, jatuh terduduk. Tu yang aku syok sangat tu. Ni aku tengah belek trofi kemenangan aku lah ni. Kepada saingan aku yang dah kalah dengan aku tu, aku nasihatkan, sebelum nak mendaftar dalam pertandingan ni, fikirlah masak-masak dulu samada kau mampu atau tak nak menerima kekalahan ni. Sebab bukan aku yang mulakan pertandingan ni, kau yang beria nak mulakan. 

Tapi dulu, aku pun pernah kalah dengan dia. Sekarang, dia pulak kalah dengan aku. Kira macam seri la kan? Tapi aku rasa tak seri la, sebab cara dia menerima kekalahan dia ni lebih pathetic dari aku dulu. Bermakna, 1-0 la sekarang. Kan?

Okey. tu je. Assalammualaikum.

P/s : Kalau nak faham entri aku ni, kena baca out of the box. Kena baca dari sudut tersurat dan tersirat. Maaf, dah memang hobi aku menulis/menaip secara sarcasm/metaphorically.