Aku rasa belum terlambat lagi kalau aku nak ucapkan takziah buat pengasas Apple, Steve Jobs yang baru-baru meninggalkan kita. Sejujurnya, aku tak pernah kenal langsung siapa Steve Jobs ni sebelum ni dan aku hanya kenal beliau lepas kematian beliau. Sekarang ni memang trend gitu kan, dah mati baru lah dikenang jasa dan orang baru nak mengenali (aku sorang je ni yang baru nak kenal dia. hehe), siap filemkan lagi pasal dia. Juga, sejujurnya, aku tak pernah langsung menggunakan apa-apa ciptaan dari Apple. Iphone ke, Ipad ke, Ipod ke, Apple notebook ke, tak pernah langsung. Kampung sangat aku ni kan? Aku tau. Pernah sentuh sekali je Iphone kawan aku, tu pun, aku tak berapa minat jadi kejap je la aku belek. Hehe. Tapi aku tau Iphone punya application nya memang best-best. Tengokla, ada plan gak nak sambar Iphone4s lepas ni.
P/s : Tahu tak korang, Samsung dengan Apple sekarang memang sedang aktif saman menyaman sebab dua nama gergasi dunia ni dok bersaing hebat antara satu sama lain. Tapi, baru-baru ni Samsung ambik keputusan untuk tangguhkan pelancaran android terbaru dorang dan melambatkan pendengaran kes saman mereka sebagai menghormati pemergian Steve Jobs. Bagus, bagus. Pesaing yang professional.
1 comment:
aku cume memiliki ipod shuffle sahaja. itu pon org bagi. yg lain hanya dapat sentuh org len punye. kekeke. owh, tidak2. tidak memiliki brgan apple bukan kampung. no worries, branding je tu. huhuhu. :)
Post a Comment