13 October 2011

Loghat Kedah yang mengelirukan

Pertama kali aku merantau keluar dari negeri kelahiran aku, Kedah Darulaman dan berjauhan dari famili aku adalah masa aku berumur 18 tahun (Sebenarnya, sebelum tu pun dah selalu aku melancong ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak, tapi ni kali pertama pi sorang-sorang dan akan menetap di sana). Masa tu aku seronok gila. Seronok sebab dapat merantau negeri orang. Tambah-tambah dapat tawaran di UiTM Shah Alam pulak tu, lagik la aku dok berangan-angan sebelum hari pendaftaran. Aku punya la syok sebab kan, Shah Alam tu dekat dengan KL, bolehla aku cakap KL. Motif?? Hahaha. Betul. aku syok sebab aku boleh cakap KL macam yang selalu aku tengok dalam tv. Pastu aku suka betul praktis cakap KL sesorang. Ehehehe. Yalah, nak cakap KL dengan kengkawan aku yang mostly masa tu, orang utara belaka semua. Segan kot, hang beranak kat kedah pastu dok buat best cakap key ell pulak kan. Lagipun aku agak menyampah kalau kengkawan aku yang terang-terang dilahirkan kat utara, tinggal di utara, tetiba nak cakap key ell pulak?? Puii. 

Jadi, aku best gila bila dapat offer dari Uitm Shah Alam untuk program Asasi Undang-Undang tu. Satu lagi aku syok sangat sebab dapat kat Uitm Shah Alam. Bebudak kat Uitm Shah Alam semua stylo gila, dan hemsem pulaks tu. Hhehehehe. Jadi, bila dah daftar di Uitm tu, aku dapat roomate yang semuanya bukan dari utara. Zafi dari Johor, Ain dari KL, Pinaz dari Seremban. Apa lagi, cakap key hell lah aku. Mempraktikkan apa yang aku dah praktis selama ni. Hahahaha. Pastu, yang lagik best, semua orang ingat aku ni asal Johor. Kahkahkah. Tapi kan, orang yang selalu jumpa aku, sampaila ke UKM, mesti ingat aku ni dari Johor. Kenapa ek? Muka aku macam Johorian kah? Tapi muka Johorian tu camne? Cun kottt. Ngaaaaa. perasannn.

Tapi, walaupun aku cakap key ell dengan roomate dan kawan-kawan aku yang lain kat uitm tu, kalau ada kawan yang dari utara, aku bertukar lah slang utara pulak. Takda makna la aku nak ber key ell jugak dengan kawan-kawan utara. Cuma, kalau aku cakap utara dengan kawan-kawan yang bukan utara mari, depa takkan paham sebab aku cakap laju. Hehehhe.Sebab tu aku prefer cakap key ell. hehe

Walaupun aku ni kira dah tere gak cakap key ell masa tu, tapi ada sesetengah perkataan yang aku FAIL. hahaha. Jom-jom kita tengok apa perkataannya.

kasut - di kedah (atau negeri-negeri lain di utara jugak kot) bermaksud kasut, slipar, sandal atau apa-apa ja lah yang boleh disarungkan di kaki.

kasut - di selatan bermaksud sepatu yang bersarung. kalau selipar, panggilannya tetap selipar. kalau sandal, tetap sandal panggilannya.

Jadi, selalu terjadi kekeliruan di sini. Haha. Bila aku tanya roomate aku, ada nampak tak kasut (aku maksud kan selipar) aku depan pintu bilik. Dorang cakap tak nampak. Padahal, roomate tu jugak yang pinjam untuk pegi toilet. Dorang ingat aku bertanyakan pasal kasut aku iaitu sneakers aku. Hahaha

roti - di kedah bermaksud biskut, roti gardenia, biskut hupseng tu. Semua kami tibai sebut roti.

roti - di selatan bermaksud roti gardenia tu, roti buku tu ke ataupun bun ke. kalau biskut, dorang sebut biskut jugak. 

Ni pun aku selalu buat keliru. Hehehehe. Kesian kawan-kawan aku. Aku cakap lain, dorang ingat lain.

Coklat - di kedah bermaksud gula-gula, chocolate bar tu atau lolipop ke, semua kami sebut cekelat.

Coklat - di selatan bermaksud chocolate bar tu. Kalau gula-gula disebut gula-gula. Tapi ada jugak kawan aku yang sebut gula je. Aku pelik bila tetiba dalam kelas, dia tanya aku, aku ada gula tak. Terkebil-kebil 30saat di situ.

Ada sekali tu aku tanya roomate aku, ada coklat tak, aku nak. Dia dengan serius nye menjawab, coklat takde, tapi gula-gula ada la. Aku ingat dia tengah gurau dengan aku ke apa. Tapi aku tunggu dia senyum tapi tak pun, buat muka serius ja. Rupa-rupanya lain ye cekelat dengan gula-gula tu. Hehehe

Lapaq ayaq (dahaga) - di kedah bermaksud haus. Tapi memang pelik kot kalau orang luar dengar. Hehehe. Aku sebut dahaga pun kawan aku buat muka pelik. Selalunya orang guna haus.

Kelmarin - di kedah bermaksud 'yesterday'

Kelmarin - di selatan bermaksud dua hari lepas.

Kelmarin dulu - di kedah bermaksud dua hari lepas.

Semalam - di kedah bermaksud 'last night'

Semalam - di selatan bermaksud yesterday.

Yang ni lah, yang selalu aku keliru. Adoi. Susah gila kalau aku nak bercerita kat kawan-kawan. Mesti ada yang mempersoalkan. Eh, kau pegi semalam ke kemarin? Padahal aku maksudkan 'yesterday'. Pastu jadi satu hal pulak aku nak terangkan satu-satu.

Lincin - di kedah bermaksud licin. hehehe

Gambar - di kedah bermaksud album gambar dan jugak cerita di tv. Contoh ayat : 'Hang tengah tengok gambaq pa weh kat tv tu?'

Ni kalau orang luar dengar ni, mesti berkerut je dahi nih. Hehehe

Dia - di kedah bermaksud kata ganti nama untuk orang dan jugak barang-barang. Contoh ayat : "Wei, cuba hang tengok laptop aku ni. Dia jadi pa taktau"

Hahaha, yang pasal penggunaan 'dia' ni, ada kawan aku yang bukan dari kedah asyik kompius jek. eheheh

Ada banyak lagi perkataan-perkataan loghat kedah yang korang belum pernah dengar lagi. Tapi hari ni aku nak kongsi mengenai perkataan dalam bahasa melayu tapi dah jadi maksud lain kalau digunakan di kedah. Hehehe.


Itu je dulu yang dapat aku kongsi. Okey Byebye

8 comments:

Teacher Koko said...

ohh betoi la weh..ari tu ada org kedah mai kedai aku, mintak kat bapak aku, "ada juai biskut dak?: bapak aku tnye, nak biskut lemak ke? marie ke? biskut tawar ke? dia reply 'dak2, nak biskut hak gardenia ka, high 5 ka? ohhh rupa nya dia nak roti..haha

Teacher Koko said...

bila aku bace komen aku smula, aku tiba2 pening, aku salah tulihh rupanya: patotnya: ada juai roti dak? ada, nak roti gardenia ka high 5? dak nak roti kering la, marie ka pa ka...hak ni baru betoi....hahahaha

wanieybintang said...

hehehe. tu la, aku pun terpk2 pakcik tu dok kedah area dalam2 sgt2 kot sbb lain pulak slang dia. ekeke.. mmg pun kami panggey roti kering. roti kering ni maksudnya biskut yg xda inti apa2 dlm. keringgg ja. hehehe.

Chegu said...

hahaha... baru faham skit2 bahasa utara, boleh buat kelas ni

ZEBY said...

Ada banyak lagi actually....

Cheroy= Refers to kuah laksa yang cair. Tapi, zaman moderen nie,it refers to produk yang tak berkualiti atau manusia yang tak berkualiti..

cth= Mutu(motosikal) hang nie cheroy laaa..ekzos cam ayam


Tang= di

cth: Rumah baru chek tang nie

wanieybintang said...

chegu : klu nak blajar lg, kne salu2 dtg kedah la. hehe

zeby : memang ada banyak lagi pun cuma di entri ni saya cuma highlightkan perkataan bahasa melayu yang ada dalam kamus dewan, tetapi membawa maksud lain di kedah. btw, thanks sbb sudi membaca. hehe.

Chegu said...

Kedah cantik, suka tgk sawah padi, hehe, cuma rasa mcm terik sikit kat sane kan? Insya-Allah, ade rezki nak tour kat sane ngan membe2

Master Tora said...

tq for your info hahaha puas duk gaduh dgn member sebab nihh roti dengan biskut