31 October 2012

Update

Assalammualaikum. Selesai sudah satu hari kursus KSSR, three more days to go!! Pengsan! Agak bosang jugak kursus tadi masa awal-awal. Nak dekat hujung-hujung baru best. Penceramah pempuan tu ranggi gila. I loikeee. Aku suka ranggi-ranggi samseng-samseng ni. Macam aku. Hehe. Tadi kursus pukul 8pagi-4petang. Pitam lagikk. Esok lusa tulat pun sama hoii. Tapi kursus KSSR kali ni best lah jugak sebab kursus ni untuk subjek Dunia Seni Visual. Apa tuh? Pendidikan Seni daa. Dah nama baru dah sekarang. Yang bestnya sebab nanti kami kena buat projek. Kumpulan aku kena buat boneka. Dah ada dah bentuk yang nak dibuat. Sapa yang cadangkan? Mestilah hakuu. Hahaha. Aku tengok ada member aku upload puppet dia untuk kursus KSSR Dunia Seni Visual tapi untuk negeri lain. So terus aku tunjuk kat ahli kumpulan lain. Semua setuju. Jyeahh baybehh!  Bahan-bahan seperti span, kertas warna dan segala mak nenek, akak-akak (cikgu-cikgu senior) nak bawak esok. Hehe.Aku pi dengan member aku. Dia pun sama kursus dengan aku. Tetiba dia macam nak jadi ketua kumpulan, arah sana sini. Haha. Lantak ekau laa. Jangan nak mengarah-arah aku sudahh yekk. Sebab ekau seniri pun mintak idea daripado denn. Haha.

Nak cerita pasal boipren. Buleh dak? Aku asyik kecik kan hati dia ja lately. Aku asyik cakap lepas ja. Dia pulak, tak marah, so aku makin menjadi-jadi. Apa yang aku tak puas hati, terus aku cakap, tak fikir dah. Takmau dah perangai camtu. Takut makan diri jek. Dia tu dah la baik. Rugi lak kalau aku layan dia buruk-buruk. Kesian kat dia. :( Bila aku fikir balik, aku rasa bersalah, aku tak de la nak mintak maaf kan. Ego punya pasal. Aku cuma, cakap baik-baik, selalu mesej, selalu call dia. Cakap jiwang sikit. Kahkahkah. Tapi sebelum ni, bukan aku nak marah dia tak tentu pasal. Ada sebabnya. Tapi sebabnya, kecik-kecik je lah. Aku kot sensitip lebih. Aku sampai halau dia keluar kereta. Ohmaii. Teruk betul aku. Tapi aku takda niat pun time tu. Masa tengah sedih, keluar macam-macam. Dia keluar gak dari kereta setelah dua kali aku suruh. Pastu aku lagikla sedih. Haha. Mengada siot. Dah kau suruh dia keluar, pastu bila dia keluar, lagi nak sedih. Tapi dia kuar, pastu tak lama kemudian, dia masuk balik. Takkan nak biar aku sedih sensorang dalam kereta kan. Pastu, aku mintak maaf, pastu esok aku sakitkan hati dia lagi.. Kesian awak.. Kalau dia terasa dengan aku, dia tak bagitau aku pun. Cuma dia luah dalam twitter dia ja. Hahaha. Kekadang, sentap jugak aku baca twitter dia. Terus rasa nak block beliau. Hahaha. Tapi dia tak lah maki-maki aku dalam Twitter. Cuma kata-kata nasihat yang membuatkan aku terasa abesss. Hahahahah.Pandai ek nak saiko saya ye awak. Pastu aku deactivate twitter, konon tunjuk perasaan. Pas 2 hari, activate balik. Hahaha.Kalau aku nak tau perasaan dia, aku tengok lah twitter dia, tapi aku jarang sangat komen apa-apa yang dia tujukan untuk aku. Aku baca senyap-senyap je. Dia pun tau aku baca. Kenapa ek, haritu, aku marah sangat kat dia. Em, haa, dia dah tau nak kuar, tapi dok melilau pi rumah kawan sampai ke Padang Serai. Pastu aku mestilah hangin. Aku desak-desak dia suruh balik. Tapi takda lah desak sangat pun, dok call call msg2 ke apa. Aku just cakap, hmm, dah petang ni.. Camtu jahh. Hahaha. Tapi dia kelam kabut balik bawak laju-laju, sekali, aku pulak yang lambat. Kahkahkah. So, bila naik kereta, dia punya lah nak marahh. Tapi macam biasa, asal dia nak marah, aku nak gelak je keje. Nak kena sekeh kot. Sebab cara dia marah tu, aku rasa comel laa. Maaf ya, i just can't help it. Memula lah nak gelak, pastu dah lama sikit, mula nak sensitip. Haha.Ha la, dah kuar dengan aku, keje nak BBM je, aku amek hp, campak dalam lubang jamban baru tau. Aku tengok dia BBM dengan kawan-kawan ejen hartanah dia tu. Sambil BBM, sengih-sengih. Yang aku, dok ngap-ngap popcorn sorang-sorang. Terus aku makan sorang je popcorn tu, takmau kongsi.Sapa suruh sombong. Lepas tu, tengok wayang citer antu. Paranormal Activity tu, dia boleh tidoqq?? Terus aku bebai, mengamuk semua ada lahh. Walaupun dia yang bayarkan tiket wayang tu dan aku tak rugi apa-apa, tapi bila aku dok terkejut ka takut ka, aku sorang-sorang ja. Kalau dia ada,leh mengada menyorok belakang dia ka apa kan. Ni dok tidoq?? Nasib baik tak berdengkur. Kalau berdengkur, saya tinggal awak dalam tu sorang-sorang. Saya balik rumah. Huhhh. Bila dah terjaga, baru nak borak dengan aku, merajuk lah aku. Dah puas pujuk (lama gak) tapi aku buat tak nampak dan tak dengar, dia boleh sambung tidoq??? Ciss. Teros rasa takmau kawan dua hari. So, dari situlah start drama halau keluar dari kereta. Kihkih.  Pastu kan, aku marah-marah dia sambil nangis, aku cakap lah, dia asik dengan BB dia, je, aku tak pernah pun pegang hp kalau keluar dengan dia. Teros laju dia potong cakap ADAA!! Dia nak marah sebenarnya tu. Kira nak begitau, aku pun salah jugak lah kan. Tapi nada tu, cam comel jadi, aku tengah nangis tu, nak tersengih puloksss. Spoil betoii. Kalau aku gelak, mesti keadaan jadi awkward gilaa. Hahahaha. Tengah dok berdrama nangis, pujukrayu, marah-marah bagai, tetiba aku pi tersengih. Haihssss. Dah ar. Bosan lak. Asik-asik citer pasai boipren jaa. Ingat ko sorang ada boirpen? Haktuiii

p/s: Nanti kawan-kawan segedik sehegeh nak pi Penang, aku nak ikoooooooooooooooooot. Tapi time tu, aku kena pi Muar,Johor pulak dengan family, ada rombongan meminang. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(

30 October 2012

Eye Liner Terbaik !

Assalammualaikum para sahabat dan pembaca yang vogeh. Harini aku nak buat review sikit tentang eye liner yang aku selalu pakai. Aku mula pakai eye liner sejak aku Tingkatan 5 kot. Masa tu, aku sesaja beli ja eye liner yang jenis pensel tu. Beli pulak yang paling koman abes. Harga singgit ja. Hahaha. Eh silap. Singgit lima kupang kot harga dia. Hehe. Saja ja cuba cuba. Pastu terus rasa best pakai. 

Sejak dari hari itu, aku terus wajib pakai eye liner. Mekap lain tak pakai tapi eye liner wajib pakai. Masa tu belum pakai lens lagik tapi pakai cermin mata. Tapi tetap gigih pakai eye liner sebab eye liner dapat memberi seri sikit kat mata aku ni yang kekadang cam orang tak cukup tidur pun ada.

Bila dah masuk UKM, rasa macam duit lebih sikit sebab dapat PTPTN, haha, terus tukar eye liner. Beli eye liner jenis pensel jenama Maybelline. Memang suka sangat dengan eyeliner ni sebab warna dia hitam pekat. Kekadang aku pegi kelas tak pakai eyeliner tapi calit eye shadow hitam je. Kekonon gothic lah sangat kann. Hehe. Tapi masa tu, memang tak pakai eye shadow warna lain. Lipstick pun tak pakai. Apa mekap pun tak pakai. Dah lama sikit, baru cuba eye shadow warna-warna tapi eye-liner harus tenyeh.


Ni muka aku tanpa eye liner, tanpa bedak, tanpa apa-apa lah. Sebab pi jogging kan, berlengas gila sebenarnya muka aku time ni.


 Ni dengan eye liner. Snap masa nak pegi kerja. Aku suka tenyeh ala-ala cat eye. Memang dari dulu suka betol tenyeh gitu. Hehe


Ni zaman aku kat maktab Ipoh. Masa dulu aku suka tenyeh eye liner atas bawah. Sebab lens aku yang menyebabkan aku sesuai pakai camtu. Lens warna cekelat yang pudar. So, menaikkan lens aku, kalau tenyeh eye liner keliling mata.


 Memandangkan sekarang lens aku pun warna gelap je. So, aku tak tenyeh dah sekeliling mata. Aku tenyeh bahagian atas je. Kalau mata warna gelap, tenyeh lagi eye liner atas bawah mata, nampak mata besorr dan skeri dan tak lawa bagi aku. Time ni,sebenarnya, muka aku sangat lah berminyak. Masa raya aji haritu. Aku dah tidur, memasak, berjalan ke sana ke mari. Tapi eye liner tetap maintain macam baru pakai je.

Jadi marilah kita melihat eye liner yang aku paling suka guna. Mestilah dari Maybelline! Memang best. Sesuai untuk orang muka jenis berminyak macam aku ni sebab ianya cepat kering dan tak smudgy. Tahan satu hari.

 Sebenarnya, yang jenis ni aku beli sebab takda pilihan. Selalu aku beli yang jenis liquid. Tapi sebab kat Watson dah habis stok, tinggal jenis ni je, so aku pun rembat. Tapi aku tak berapa gemor la. Sebab tu ada banyak lagi dalam bekas tu. Aku tak suka sebab, memula memang la best pakai. Dah lama, dia jadi cam agak keras, nak tenyeh pun tak berapa smooth kat mata. Ada tips suruh titiskan minyak rambut dalam gel tu untuk lembutkan. Tapi lagi berminyak lagi adalah. Aku sapu kat mata, lambat gila nak kering. So, aku tak berapa minat pakai ni.



 Liquid eye liner ni aku baru beli ja. Botol pun asyik tukar-tukar je. Aku beli jenis hyper glossy. Ada dua jenis. Satu jenis shiny satu lagi jenis hyper glossy. Yang jenis shiny tu, jenis merlit merlit lat mata. Meghelit kata orang utara. Hehe. Tak mau lah aku meghelit-meghelit shining-shining ni. Aku bukan artis ponn walaupun muka aku seiras artis. KAHKAHKAH. So, aku beli hyper glossy. Hyper glossy ni membuatkan eyeliner tu, nampak cam basah je kat mata, padahal sebenarnya dah kering dah. Tapi nampak cam basah macam baru sapu gituu. Best guna yang yang sebab cepat sangat kering tau. Tapi aku dulu masih belum biasa dengan berus dia halus sangat camtu. Dulu berus lain. Banyak betul lah transformasinya. Tapi sekarang dah cekap dah. Sebab haruslah cepat tenyeh pepagi kalau tak mau lambat ke kerja kan. Hihi. Dahla aku selalu bangun lambat. Jadi kena sekali sapu je untuk menjimatkan masa.



 Hah,eyeliner ni memang merugikan betol aku beli. Jenama IN2IT. Koman betoii. Aku saja la beli sebab nak bertukar, sebab yang ni murah la sikit dari Maybelline kan. Eye liner jenis ni, tip dia, memang halus. Khas untuk lukis-lukis kat bahagian mata. Aku beli jenis ni sebab aku nak smooth kan lagi sapuan eye liner aku tu. Tak mau nampak comot. Memula pakai, memang best. Walahh! Sekali sapuan ja, comey teruihh. Lepas tu, dah berejam-jam, mula lah mata nampak comot.  Sebab muka aku jenis berminyak. So, minyak tu kat muka dah menyebabkan eyeliner kat mata nampak comot. Bila aku kelip je mata, melekat je eyeliner kat atas kelopak mata. Dan, eyeliner ni lambat kering berbanding Maybelline. Harap pen ja nampak cantik ada bunga-bunga cinta, tapi hampehhh punya kualiti. Aku pakai dua kali je, sebab nampak comot gila macam aku tak reti pakai eyeliner ja, sampai mama pun tegur, teros stop. Konon waterproof, tipu oii. Kena air sikit, terus comot.


 Ahh. Ni memang feveret aku. Ni liquid eye liner botol lama. Maybelline of course. Best sangat pakai. Berus pun tak nipis sangat dan tak besar sangat. Dan kalau aku tersalah pakai, disebabkan ia cepat kering, bila dah kering tu kan, aku tonyoh sikit, terus keluar macam keruping. Paham dak macam mana? Eye liner ni bukan jenis, kalau kita tonyoh nak basuh, dia bukan comot-comot. Dia ala-ala, macam sticker. Tarik-tarik dia nye keruping-keruping tu, terus bersih takda kesan langsung kat mata. So, bila pakai ni, kalau aku tersalah lukis ke, terlebih ke, senang sangat nak remove. Tapi satu je. Eye liner ni kalau tak kena gaya pakai, contoh, kalau tercelup berus dia terlebih dalam ink tu, akan menyebabkan gumpalan eye liner kat mata. Kan cepat kering, so, susah nak buang. Tapi orang tak nampak pun gumpalan tu. Cuma kita je la rasa tak selesa. Cam aku ni, bulu mata tu terlebih panjang dan banyak (tapi tak lentik pun. haha) So, kena pakai betol-betol, kalau tak, tak selesa je rasa, sebab boleh nampak gumpalan tu melekat kat bulu mata. Yelah, bulu mata aku kan jenis panjang dan turun ke bawah. Em, macam watak Big Bird atau watak gajah dalam Sesame Street tu. Haa, kan depa punya bulu mata panjang, banyak tapi tak lentik. Haaha. So, aku rasa tak selesa kalau gumpalan tu mengganggu permandangan aku.

Ni eye liner jenis tip nya nipis dan tajam macam yang jenama hampeh IN2IT kat atas tuh. Tapi jenama Maybelline haruslah best dan tak menyesal beli. Aku selalu lukis dulu pakai yang ni kat mata, kemudian, baru aku sapu pakai liquid eyeliner. Dah ada line aku lukis kan, so senang la nak sapu supaya tak terlebih,

Ni pulak untuk aku tenyeh di kening. Dah lama sangat aku pakai ni. Bertahun-tahun dah tapi tak kontot lagi. Mungkin sebab aku pakai sikit je kot memandangkan kening aku pun dah agak lebat. Punya lah lama sampai jenama pun terkopek abes dah. Ni jenama Elianto. Aku beli sebab ada sale. Elianto kan suka buat sale. I loikeee. Aku beli kat Midvalley masa first year UKM dulu. Lamo gilosss. Okey la kalau nak tenyeh kat kening sebab warna dia tak terang sangat so tak la over sangat kat kening tu. Pernah jugak aku tenyeh pensel kening yang jenama Maybelline. Maybelline kan warna dia memang terang. Sekali hambek ko, nampak cam Sin Chan teroihh.Kening terlebih lebat. Kawan aku la ni, cakap aku macam Shin Chan. Cisss kau Xole.




Ni yang jenis pensel. Yang ni jenis mata tebal. Kalau nak yang boleh asah sampai tajam, leh beli yang jenis pensel. Aku beli ni ni untuk tenyeh dan touch up sikit-sikit kat bahagian mata yang tak terkena eyeliner. Macam di sebalik bulu mata aku. Kena selak-selak dan tonyoh. Baru nampak hitam sepenuh nya. Haha. Dan jugak kalau aku pakai jubah, aku pakai eyeliner atas bawah, ha, untuk bahagian bawah mata, aku tenyelah pakai pensel. Janganla hampa dok tenyeh pakai liquid di bahagian bawah mata. Orang pakai pensel ja selalunya.

Okey, tu saja aku nak cerita. Maybelline memang akan menjadi pilihan aku untuk eyeliner sampai bebila. Takmau dah tukar-tukar, nanti nyesal aku. Macam IN2IT tuhh. Okeyla. Nanti nak review produk Bio Essence Bird Nest yang aku pakai sekarang ni pulaks. Byeeee.

22 October 2012

Cerita Campur


Assalammualaikum ! Haahh.. Dah habis dah in training aku, semua berjalan dengan lancar, cikgu-cikgu lain pun tak soal banyak. Tu yang kita mahu. Hehe. Tapi serius, semalam aku stress gila! Aku sampai kena tutup telinga dengan tisu, habaq hang. Adoiii. Kenapalah kakak jiran sebelah rumah, kamu memasang lagu dengan begitu kuat. Kakak ni, sebenarnya muda lagi. Em, umur dia 28-29tahun camtu kot. Tapi dah berkahwin dan anak 4 orang. Yang sulung umur 11 tahun. Haa, cer kira akak ni kahwin umor berapa. Hhehehe. Akak ni okey je. Sopan lah. Tegur aku pun baik-baik je. Tapi bila pasang radio tu, omakkauuu tokozut omakkk. Aku rasa dalam diri dia masih ada jiwa remaja yang memberontak ingin keluar. Ceyceyy. Hehe, sebab aku tengok dalam FB dia, kekerapan dia tukar profile picture ke, upload gambar ke, cover foto ke, memang melebihi kiraan kedua2 belah tangan dan kaki aku. Hehehe. Semua gambar mestilah gambar, self shot. Amek sniri punya gambar. Hehe. Takpala kak, lain kali akak jangan lah begitu lagi. Dah memalam camtu, lebih baik, kalau kita selow kan tv ke, radio ke, anak-anak akak pun, kasi ler tido awal sikit. Jangan berjaga sampai tengah malam pastu pasang tv cenel astro ceria kuat tahap petala langit ke7. Saya susah nak tidoq kak oi. Nasib baik ada tisu sumbat-sumbat dalam telinga. Hihi

Okey, em. ha, nak cerita tentang gambar kat atas tu. Haa, tu bukan suami jiran aku yang aku cerita kat atas tuh k. Jangan dok buat salah faham pulak. Tu adalah encik sayang. Comey dak loviey loviey aku tempek seketoi ataih muka dia? Hehe. Makcik belakang tu pun jadi mangsa aku tempek twinkle twinkle little star. Hehe. Syok pulak aku dok main dalam Paint tadi. Semua benda nak tempek. Kesian aku, dah lama tak sentuh fotoshop. Uwaaaaaaa. Rindu wehhh kat fotoshop!! sobsob. 

Okey, so kembali kepada topik utama, awat haa yang aku tempek tempek atas muka encik sayang tu? Saja ja, bajet artis hot, takmau dedahkan boipren. Kahkahkahkah. Sebenarnya, aku dah belajar dari kesilapan aku yang dolu-dolu. Kan dolu-dolu, kalau sapa yang folo belog aku sejak aku zaman muda mudi remaja, di UKM dulu, aku selalu ja upload pic boipren. Pi mana-mana, snap gambar pastu upload. Haha. Tak berapa cerdik sangat masa tu. Pastu bila dah putus, aku rasa malu. Sebab satu dunia dah tengok gambar aku dok hegeh-hegeh dengan dia. Gedik sengih kerang busuk, bila bergambar. Pastu, letih pulak nak delete satu-satu dari blog ni. Pastu, orang akan tau, aku ni dah putus dengan dia tu, pastu kapel dengan orang lain, macam aku ni berkepit dengan banyak lelaki dah kan? So, aku macam segan. Sebab, not very nice aku rasa nak bubuh gambar aku gedik-gedik dengan lelaki yang masih belum suami. Dulu tak reti pikiaq, la ni reti dah. Dan bila, aku dah ada jejaka kesayangan buat kali kedua, aku senyap-senyap jah. Tak tempek dah dalam belog kesayangan ni, tapi tertempek dalam pesbuk. Tapi orang tak perasan sebab ada seketoi ja gambaq dia dalam album aku tu. So, orang tak berapa perasan sangat. Tapi kalau yang perasan tu, tahniahhh! Pastu, tak jadi lagi dengan yang tu, so move on dengan yang baru. Orang pun taktau aku jadi ke tak jadi ke, jadi dengan sapa ke, sebab aku diamkan, so tak berapa nak malu di situ. Cuma hati rasa sedih. Sedih sorang-sorang. Uwaaaa. Tapi ada aku luahkan pada yang sudi. Ceeeewaahh. Hehe.

So bila move on dengan yang baru pun aku diamkan. Hajat hati nak diamkan terus. Tapi encik sayang request aku buat in a relationship tu after a few months kami bercintun sebab dia rasa tak secure. Haahaha. so aku pun buat. Cuma, tak nyatakan aku in a relationship dengan siapa. So sejak itu, tidaklah pernah aku menempek gambar beliau. Eh, pernah kot sekali. Tapi gambar dia sorang ja. Aku, mei yoo (takdak) Lagi sekali aku upload, gambar beliau tutup malu kaver muka yang tak berapa ensem di luar, tapi hensem di hatiku. Kahkahkahkahh. Walaupun dia pun ada pesbuk. Aktif jugak. Tapi jarang sangat sangat sangat kami nak komen. Sebab dia pun, segan dengan kawan-kawan dia, aku pun segan jugekkkss. Malu pulak. So sebab jaranggg, sangat dia komen. Aku pun jarang sangat. Bila aku terkomen status dia, aku jadi kekok gila, nak berbual kat fb. Rasa cam, semua mata sedang memandang. Adoii. ceq segan. So, terjadilah perbualan skema di situ. HAHAHAHA. Pastu lepas dua tiga komen, terhenti camtu ja. Hahahaha. Apa daa. Dia, pun selalu ja berkeliaran kat fb aku. Selalu like status, komen sikit2. Kekadang dia komen, aku rasa cam malas je nak reply sebab nanti akan jadi skema lagi di situ. Hahaha. So abaikan ja. Dan dia tak kisah pun. Dia ni memang ramai kawan, client, yang terdiri daripada pelbagai jenis peringkat umur. Jadi aku paham lah kalau dia pun segan nak tangkap leleh dengan awek kat fb kan. So, aku paham. Dia kata, dah jadi laki bini, baru lah dia komen-komen. Haha, aku rasa takdanya, kalau dah terbiasa dari awal, mesti tak heran dah nak komen-komen kat fb ni. Nak tegur, call terus. Apa susah. Hahaha. Takpun msg je kan.

Satu lagi sebab aku tak expose dia sebab, andai kata lah kan, jodoh aku dengan dia tak panjang, kuasa Tuhan, siapa tahu kan, dan aku terjumpa dengan orang lain pulak. Bertangkap cinton dengan orang lain pulak, orang pun taktau kan. Sebab aku tak pernah dedahkan. Jadi aku tak lah malu. Orang lain selamba je kot. Tapi aku malu, kalau kapel putus kapel putus ni. Rasa segan camna taktau. Taktau nak habaq lagu mana. Lagi-lagi kalau satu dunia dah tengok kita dok bertukar-tukar bf ni kan. Jadi kalau rahsiakan, banyak kebaikannya. Dah kahwin nanti, baru aku reveal. Even time tunang pun, aku simpan dulu. Tapi aku jemput lah kawan-kawan terdekat. Aku cakap ni, bukan dengan encik sayang ni je, mungkin nanti dengan bakal suami aku yang aku pun taktahu sapa. Aturan Allah, aku tak boleh teka. Kalau Allah izinkan, Alhamdulillah. Kalau aku kawen dengan orang lain pun, satu dunia pun taktahu kan. Mungkin kawan-kawan baik aku je tahu. Orang lain, mungkin ingat aku kahwin, dengan orang yang aku selalu ceritakan selama ni. hehe. Tapi sebenarnya, aku sentiasa berdoa pada Allah agar jodoh kami dipanjangkan. Insya Allah.. Sebab aku sayang dia. Haa, dah nak jiwang dah. Ni yang malaih nii. Hehehe

Wei, korang ingat tak dulu, aku pernah update blog, nak bagi hadiah kat encik sayang. Hahaha. Sebenarnya ni cerita lama, tapi takpa la, aku nak cerita jugak. Haritu besday dia, aku pun kasik lah hadiah. Besday dia 10 ogos. Eh tapi, aku tak lah terus bagi hadiah. Haruslah berlakon dulu. HAHA. So, aku dengan dia keluar haritu, pi cari kasut raya. Hehe. Pastu, em. camna ek cerita dia, aku lupa plak. Hahaha. Oke, pastu melilau la cari kasut raya aku. Sorilah brader sayang, berjam-jam kena teman aku melilau cari kasut. Pastu ntah macam mana dia boleh timbulkan soal hadiah. Mungkin aku dok buat gedik wish kat dia kot. Pastu buat muka serius nak hadiah. Aku cuba berlakon, nak cakap takda hadiah. Tapi apsall la, dengan dia aku suka nak gelak-gelak kalau dia serius or marah. Haihhhh. Spoil gila. Tapi aku gelak-gelak jugak sambil cakap, "alaa, awak nak hadiah ke? Saya takda duit la. Lagipun takdak masa nak beli," Aku cakap sambil gelak-gelak. Sebab aku taktahan nak gelak. Adoiii. Selalu aku adalah pelakon yang termasyur. Tetiba haritu tengok muka dia, aku rasa nak gelak. Pastu dia cakap " Ala, setahun sekali je pun. Hmm" Haha. Comel betoi bila dia buat muka. Sekali lagi aku nak sengih. Haih. Cepuk kepala kangg. Tapi dia salah anggap dia ingat aku sengih-sengih tu macam aku senyum sindir lah kat dia. So misi aku nak bagi dia hangin, berjaya. Hahahaha. Tapi dia tak hangin pun oii. Setiaa dok teman aku jugak. Buat macam takda papa jerk. Oii, awat takmau merajuk nihhh. Aku saja hegeh pi tanya, "awak marah ke saya tak belikan hadiah?" "takda lah." Pastu dia senyum. Lorhhhh. Tak merajuk pun pakcik nihh. Hampehh. Pastu takpelah kan, pi satu kedai kasut ni, dia pun cam biasa lah bosan tunggu aku menerai kasut. Dia nak tolong aku pegangkan handbag sebab cam susah je aku nak tunduk-tunduk pakai kasut, henbeg pun masa tu lah nak menggelongsor cam roller coaster ke lantai. So, aku teros letak atas kerusi. Dia pun terus ambil nak pegang. Pastu dah beg aku tu terbuka zipnya, dia pun nak tutup. Aku teros marah dia secara spontan. "Ish, tak payahla nak sentuh henbeg saya." Oppss. Terus muka dia berubah. Dia cakap "saya tak selongkar pun lah beg awak tu. Saya nak tutup zip je sebab barang awak nak terjatuh," Masa tu aku dah pegang balik henbeg aku tu. Actually, aku marah bukan sebab apa, aku marah sebab kotak hadiah dia ada dalam beg aku tu. Nanti kalau dia nampak terkantoi laaa. Itu yang aku termarah tu. Nasib baik dia tak nampak.

So, aku ingatkan dia, nak merajuk ke apa aku marah gitu. Rupanya, tak ponnn. Adoih kau ni noqsss. Marah dia 10minit ja. Pastu okey. Terus ajak aku minum. So, kami pi makan-makan, masa tu lah aku letakkan hadiah atas meja makan. Tergamam dia, sambil sengih-sengih. Malu lettewww sampai taktau nak react cemana. Hahahaha. Kejap-kejap nak bukak hadiah, kejap-kejap nak bukak kat rumah. Lawak betoi aku tengok. Last-last aku suruh bukak tang tu jugakkk and i was glad he likes it. Hehe. So gitu lah cerita dia. Si encik sayang, yang susah nak marah. Tapi dia kata dulu dia memang panas baran. Tapi takpalah, doakanlah hubungan kami baik-baik saja. Okey. assalammualaikum.


21 October 2012

TOLONG

wehhh. tolong aku. :(((( esok aku ada in house training. Kena terangkan balik segala yang aku dah dengar kat kursus yg aku pegi tu. Tengah study slides ni. Memula aman je, sekali, jiran sebelah rumah ni pasang radio kuat tahap cipan. Uwaaaa. Akak, tak kesian ke kat anak-anak akak tu. Tak kesian kat saya ke? Huhuhuhu. Lagu pulak tak menahan, lagu MJ, N SYNC, BSB,  memang kuat nak mati lah kan. Skang industan pulak. Uwaaaaaa. AHKAKKK, PELISHHHH. Pelish lah pahammmm. Aku da update status fb secara halus. Harap akak bace dan terasa, dan perlahankan radio ye kak. Kecian saye.

15 October 2012

Isma Daniel

Ingat tak aku pernah cerita kisah murid aku yang degil nak mampus tu. Murid yang aku abaikan beberapa bulan tu. Kan aku dah layan dia macam biasa kan, sekarang ni asal aku masuk kelas je, belum pun duduk lagi, dia lah yang pertama tunjukkan buku latihan dia pada aku. Walaupun tulisan masih buruk seburuk-buruk alam jugak, tapi semua yang dia tulis tu, dia buat dengan usaha sendiri, tak tiru kawan. Jadi aku rasa bangga sangat dengan dia. Ayat pun sedap didengar tapi ejaan agak berterabur. Takpa, itu menunjukkan mungkin dia siapkan di rumah, mungkin dia tanya kakak dia ke mak dia ke, tapi dia sendiri yang tulis. Takpa lah walaupun bukan 100% usaha dia, tapi dia mencuba jugak kan. Itu yang aku nak. Dan bila dalam kelas pun, dia bina ayat, semua dia cuba buat sendiri. Cuba juga mengeja walaupun lambat. Ha, macam tu lah cikgu sayang. ;) Tapi, kuku tu hitam dan kotor, eeiiii. Cikgu dah tegur banyak kali suruh potong kuku, tapi degil jugakk. Memang cari pasal lah kan siapa yang datang mintak semak buku lepas tu tunjuk pakai jari pada ayat yang tak paham, pastu aku nampak kuku kotor, Haa, kantoii. Terus kena bebel. Aku memang geli geleman dengan orang kuku panjang. Blueeekkkk!!! So, aku tegas dengan orang yang berkuku panjang.

p/s : Nama budak tu, Isma Daniel, nama sebijik macam pelakon yang pernah jadi Hero Remaja dulu. Hehe

14 October 2012

Nak Muntah


IV     PROGRAMS AND PROJECTS ANALYSIS
4.1    Based on the programs that have been carried out under the English
         Department, it can be concluded that, there are still a few weaknesses
         that can be improved.
4.2    All English programs and activities that have been carried out are
         hoped to create interest amongst pupils in English language as to
         enhance pupils’ proficiency in English. This is to pursue the
         Education Ministry’s vision as stated in the Announcement Letter
         Num.12/2011 that is to strengthen blablablaaaa

Aku bosan nak mampuih hoiiiii nak siapkan minit mesyuarat panitia ni. Arghhhh. Ada dua minit perlu disiapkan. Satu dah siap sampai 7 helai aku pulun. Minit mesyuarat panitia BI mestilah dalam English kan. Udahla GB nak semua dalam format baru jadi takda hardcopy dan softcopy untuk di edit. Dulu buat dalam BM je, tapi sejak aku pegang Panitia English ni, tetiba dia nak aku buat dalam BI pulak. Dah boss suruh, buat sajorkkk. Ni aku nak tanya, surat pekeliling in English apa ek? Announcement Letter ka? Aku hentam saja bubuh announcement letter. Aku berazam nak siapkan malam ni jugakk.  Ok bye.

Bebelan di pagi Ahad

Selamat pagi semuaa! Hehe. Minggu ni aku kat rumah sewa je. Tak balik Kulim. Home alone di Batu Kurau. Hehe. Aku malas pulak nak balik sebab aku ada kursus sampai hari Sabtu. Balik rumah pun, sehari je la kat rumah. So minggu depan, baru balik Kulim.

Tadi bangun pagi, sedar-sedar kat dalam bilik rumah sewa, rasa pelik je sebab selalunya, kalau aku bangun pagi dalam pukul 9-10 pagi camtu, aku pasti kat Kulim. Kalau aku bangun pagi di rumah sewa, mesti aku bangun awal sebab nak pegi kerja. Masa bangun tu pukul 6am, hari pun masih gelap. Tadi bila celik je bijik mata, terkebil-kebil je tengok aku kat dalam bilik di rumah sewa. Terus rasa tak best. Haha

Semalam, aku habis kursus pukul 1petang. So, aku balik rumah, masak-masak sikit. Pastu on9. Pastu tido jap, tengok tv jap. Petang tu pulak hujan lebat gila, jadi aku goreng cucur, minum dengan teh o panas, sambil layan tv. Best. Hehe

Hari ni pulak, bangun tadi, goreng cucur jugak. Aku sebat je apa yang ada kat dapur tu. Aku tak beli sangat bahan mentah sebab takut tak sempat masak, membazir je kan. So dalam fridge ada sosej. Stok sosej, daging dan ayam kisar memang wajib ada dalam peti ais tu. Aku selalu bawak bekal roti letak sosej pegi keja, Makan dua keping roti bergulung dengan sosej, memang kenyang sampai ke tengahari. Tadi, aku ingat nak goreng cucur macam aku goreng semalam lagi, jadi ambik tepung, potong sosej bulat-bulat, campak dalam tepung, kalau ada daun bawang, lagi sedap, tapi takda pun, kalau ada bawang pun boleh potong-potong dan letak, cabai pun takdak, semua pun takdak, hahaha jadi aku guna apa yang ada. Lepas letak sosej, letak black pepper bagi pedas, pastu letak garam bagi masin. Pastu aku campurkan air panas dengan air biasa, nak bagi cucur aku tu rangup di luar, lembut di dalam. Pastu terus goreng. Banyak pulak aku goreng. Dah kenyang dah makan dan minum air milo panas.

Japgi, nak sidai baju kurung aku yang banyak tu, selalunya aku angkut ke Kulim basuh mesin je. Tapi dah tak balik kan, basuh je la seniri. Pastu aku nak kemas bilik aku sikit, dah setel, aku nak siapkan minit mesyuarat.

Okey, aku nak tanya hampa sikit, hampa selalu mudah tersentap tak dengan komen ke status ke dekat FB. Tadi aku ada update status, pastu tetiba ada sorang ni dia pun update status tapi macam menghentam status aku tu, aku tak kenal sangat pun dia ni. So, aku pikir-pikir, fb je pun, jadi malas nak sentap-sentap. Ada jugak sekali tu, aku update status pasal insan sorang ni, tapi tup-tup naik status sorang member aku macam sentap sangat dengan status aku dan tu kira bagi serangan balas. Panjang macam karangan pulak tu. Aku gelak ja sebab dia tersentap sorang-sorang. Padahal aku tak kata pun kat dia. Jadi buat taktau ja kat dia. Pernah tak korang update status apa-apa kan, contohnya "Laparnya..." Contoh je tau. Pastu ada kawan korang reply,"dah lapar, pegi la makan, yang dok update status ni bukan kenyang pun. hahahaha" Agak-agak tersentap mak enon tak? Hihihihi. Aku ada jugak la aku update status yang kadang-kadang biasa ja, tapi ada insan yang reply tu menyakitkan hati lah jugak, mungkin depa bertujuan nak bergurau ja kot. Bila aku pikir-pikir balik, FB je pun. Bukan in real life pun. Jadi tak perlu nak sentap-sentap. Tapi kalau depa hantar personal mesej kat FB, kutuk-kutuk, ha yang tu baru dah jadi personal kan? Tapi aku belum pernah lagi la jadi gitu.

Hm. Semalam kan, aku pegi butik ni, banyak betul baju kurung. Banyakkkk sangat dan murah-murah pulak tu. Dahla murah, ada lagi diskaun. Wahhh. Nasib baik gaji belum dapat lagi. Aku tahan je napsu aku ni. Aku memang saja gi survey sebab nak cari baju kurung batik. Memang aku takdak langsung baju batik. Yang ada, baju kurung, kain batik ada. Baju batik takdak. So, lepas dapat gaji ni, aku nak nak beli 3 pasang baju batik. Sepasang baru rm58. Murah la tu kan.

Okey lah. Nanti sambung lagi. Bye

Fotogedik

aku dah lama kan tak letak gambar syok sendiri. 
semua gambar adalah gambar nak pergi mencari rejeki. cececeyy. hehe

13 October 2012

Kahwin Sorok?

Em. Assalammualaikum. Tajuk haruslah gempak kan? Hehe. Aku baru je selesai membaca sebuah kisah di forum. Aku amat tertarik dengan kisah yang aku baca tu. Macam drama pun ada. Ni sebabnya aku suka baca forum. Sebabnya, semua kisah yang dipaparkah adalah kisah benar. Masalah yang dihadapi oleh orang-orang di luar sana. Depa cerita masalah depa, dan mintaklah pendapat kawan-kawan forum yang lain. Kadang-kadang tu aku rasa cerita tu dah macam cerekarama, padahal tu kisah real. Jom kita layan dulu kisah ni. Aku paste untuk bacaan hangpa.

"As'salam, aku nak minta pendapat korang semua mengenai apa tindakan-tindakan yang perlu aku lakukan sekarang ni sebab aku dah tersepit kat tengah-tengah dalam permasalahan orang lain. Orang lain aku maksudkan tu ialah abang sulung aku, dia meletakkan beban dia pikul tu kat aku pula sekarang buatkan aku jadi serba salah. 

Kisahnya macam ni, 13 tahun lepas abang sulung aku berkahwin dengan wanita pilihan dia yang sama-sama bekerja di kilang. Abang aku tu engineer kilang dan kakak ipar aku tu hanya pekerja biasa, abang aku boleh tahan juga rupanya sebab tu dan boleh kata banyak awek sana sini tapi terkejut bila nak kahwin tu dia pilih kakak ipar aku tu. Kakak ipar aku tu tak lah cikai sangat tapi kalau di bandingkan dengan awek dia sebelum ni memang jauh beza lah, untuk pengetahun kakak ipar aku ni berkulit gelap sebab berdarah mamak (tapi masa kahwin dia anak yatim piatu). Dah jodoh kan walaupun keluarga kitorang tekejut pilihan dia tapi mesti ada kelebihan dia dimata abang aku, selepas berkahwin kakak ipar aku tu berhenti kerja sebab abang aku tak suka dia bekerja dan perlu jaga anak kat rumah (dia ni sawan politik kuat sampai tak bagi isteri keluar bekerja).

Alhamdulillah bahagia saja hidupnya, rumah dia pun tak jauh dari family aku jadi rajinlah juga diorang bawak anak-anak datang ke rumah jumpa datuk nenek dia. Kakak ipar aku ni boleh kata rajin tulang dan sangatlah baik perangainya, semua kerja dia buat dan family aku memang sayang lah kat dia dan kakak-kakak aku semua hormat kat dia. Dipendekkan cerita pada awal 2005 kilang abang aku bekerja tutup dan dia dapat VSS sebab jawatan dia tinggi jua masa tu maklumlah dah 8 tahun kerja, aku tak tau berapa jumlah pampasan dia dapat tapi selepas tu dia berniaga sendiri menjual barangan kraftangan.

Masa tu aku dah bekerja di Selangor, tapi disebabkan tengok abang aku susah dan tak ada pembantu maka sesekali aku balik kampung (negeri selatan) aku pun turun padang sekali buat benda tu dan sesekali ikut dia buat pameran ke sana sini (dulu balik sebulan 2 kali sebab naik bas). Nak kata aku rapat sangat dengan dia tak juga, tapi tak pernah bergaduh dan konfrantasi. Masa tu abang aku ada 3 orang anak dah, tahun 2006 perniagaan abang aku mula berkembang dah mampu menjual mengupah beberapa orang pekerja.

Tahun 2006 abang aku call kata nak buat kenduri keluarga sedikit dan suruh aku balik minggu tu, berkumpulah semua adik beradik aku kat rumah dia masa tu dan masa tu dia berlawak cerita mengenai poligami. Tapi masa tu dia tak cakap lagi nak kahwin baru mungkin dia tak yakin kot penerimaan kakak ipar aku dan family aku, tapi akhirnya terkantoi juga bila adik lelaki aku yang kebetulan masa tu rajin ikut dia buat pameran nampak abang aku tu berdua-duan makan dengan seorang perempuan muda (katanya pelajar U kat Skudai). Masa adik aku cakap tu aku tak hairan, sebab aku pernah tolong masa pameran dan aku tengok abang aku tu memang rajin melayan budak-budak muda tu ialah nak jual produk kan?. 

Adik aku simpan cerita tu sebab tak mau family dan kakak ipar aku tau, sehinggalah akhirnya kantoi dengan sepupu aku dan bila mak bapa aku tau jadinya meletop lah orang tua tu. Ia lah kakak ipar aku tu boleh kata kesayangan diorang, kena pula dah ada 3 orang cucu sebab masa tu cucui ke-4 masih dalam perut. Minggu tu aku terpaksa balik sebab bapa aku nak aku ada sebab aku kan anak lelaki, jadi abang aku pun di panggil sekali tanpa ada kakak ipar aku. Panjang juga lah syarahan bapa aku dan mak aku biasalah emosi telebih siap menangis-nangis bagai dan siap berfikiran jauh kata nanti cerai dia dah tak boleh jenguk cucu dia etc.

Abang aku senyap je masa tu tak kata apa, tapi aku tau dia seakan memendam dan nampak muka dia merah sebab dia ni berkulit cerah. Aku pula senyap je masa tu sebab aku tak tau apa-apa, keesokkanya kakak ipar aku yang baru tau sebab saudara aku tu pergi sampaikan rasanya menangis-nangis kat rumah. Aku masa tu dah nak balik sebab ambil bas petang terpaksa tangguh sebab drama air mata kat rumah, siap kakak-kakak aku yang baru tau masuk campur sekali pergi bising-bising kat abang aku siap ada perkataan ugutan contoh nak pulaukan, tak terima dan sebagainya lagi. 

Aku dari dulu sentiasa berkecuali jadinya aku tak ambil port sangat, jadi aku tengok abang aku pun seakan mengalah dan tak redha. Selepas kes itu alhamdulillah tak ada perkara berbangkit timbul, kakak ipar aku pun mengandung tahun 2008 dan 2010 dan ada 5 orang anak semuanya dan memang nampak sangat bahagia. Perniagaan abang aku pun dah pelbagai dan mampu mengupah ramai pekerja serta selalu outstation sana sini, rajin juga bawa familnya melancong.

Sehinggalah......

Hari raya aidilfitri tahun ni, abang aku ajak aku keluar dan lepak kat kopitiam ni (harian juga sebab jauh dari rumah aku dalam setengah jam). Tak silap aku raya keempat, masa tu abang aku kata nak cakap sesuatu dan harap aku tak cakap kat family aku sebab dia percayakan aku. Aku dah berdebar dah masa tu, tapi dalam hati aku dah jangka mesti dia nak bagi tau yang dia nak kahwin baru ni maklumlah dah pernah berlaku sebelum ni kan. Tapi lain aku duga lain yang berlaku, masa tu abang aku call seseorang dan masuklah seorang perempuan bertudung dengan 2 orang anak berusia 4 dan 1 tahun. 

Lepas dah salam-salam terus aku tak terkata, aku macam terkedu dan abang aku pun macam terkejut tengok respone aku. Susah juga dia nak mulakan cerita, aku tengok dia berpeluh-peluh la juga dan aku tengok perempuan tu dah pegang bahu abang aku seakan mengurut ke mengosok barulah dia bercerita. Dia cakap 2 orang ni anak buah aku juga, diorang dah kahwin 6 tahun lepas masa dah kecoh-kecoh dulu. Masa diorang kahwin kakak ipar aku tu masih belajar lagi dan tahun 2007 habis belajar terus bekerja dan dapat seorang anak, aku pun senyum je lah walaupun dalah hati memang terkejut sebab abang aku membelakangkan keluarga aku. 

Lama lah juga kami berborak kat situ, aku pun tak banyak tanya sebab dalam kepala aku sarat bermacam-macam aku pikirkan. Tapi aku dah berjanji tak ceritakan hal ni kat family aku, tapi dalam masa sama aku rasa sangat bersalah dengan family dan kakak ipar aku sebab seakan berkomplot dan bersetongkol pula. Kesihan juga aku pada anak-anak buah aku yang 5 orang tu, semuanya aku rapat dan aku seakan menyampah pula tengok abang aku berlakon depan anak-anak macam tu (tapi bila aku tengok fikir anak dia semuanya terjada cukup serba serbi jadi aku buangkan perasaan tu jauh-jauh). Mak aku pula tak berapa nak sihat sebab ada masalah jantung, duduk pun dengan kakak aku sekarang dan memang aku tak mau dia tau hal ni sebab aku dah tengok macam mana dia kecewa sangat dulu bila abang aku buat hal.

Persoalannya sekarang......

Kalau korang jadi aku, apa tindakan korang akan buat? sebab aku sekarang ni sejujurnya akan terus merahsiakan sampai bila-bila dan berharap abang aku sendiri yang memaklumkannya, mesti ramai orang akan kata aku ni hipokrit kan? tapi kalau korang rasa aku hipokrit maka apa cadangkan apa aku perlu lakukan untuk keadilan semua pihak?."

Dah selesai baca? Apa komen anda? Pertama sekali, aku nak mintak maaf lah, boleh dikatakan antara yang aku letakkan kisah dalam ni semuanya mengenai kecurangan lelaki terhadap perempuan. Eh, tapi ada jugak satu mengenai pempuan tu curang dekat boipren dia (sapa pernah baca, ingat kot). Aku bukan lah nak tunjuk sangat keburukan lelaki tapi dah memang kat dalam forum tu kisah dia banyak mengenai kecurangan lelaki je.

Tapi ada jugak kisah-kisah lain, contohnye, mak mertua yang bossy, roomate yang pemalas, kucing yang suka membuli. Hehe. Macam-macam tajuk ada. Tapi aku akan pilih kisah yang aku rasa best je la untuk dikongsikan.

Jadi, ape korang rasa lepas baca. Kesian wife pertama kan? Jadi mangsa. Salah siapa sebenarnya ni? Salah si suami ke atau salah wife ke dua? Atau dah memang takdirnya begitu? Aku rasa si suami salah dang wife kedua tu pun salah. Banyak la kes-kes yang mana, sang perempuan ni, lepas dah kawan lama dengan lelaki tu, baru dapat tau lelaki tu dah kahwin. Tapi sebab cinta bagai nak gila punya pasal, sanggup jadi bini nombor dua dan tak kisah dah perasaan wife yang pertama tu asalkan dapat kahwin dgn lelaki yang dicintai. Setakat ni, ada dua tiga orang yang aku kenal, berkawan dengan suami orang. Masalahnya, depa tau tu laki orang, tapi lagi nak merosakkan rumah tangga orang. Hm. Sungguh aku tak paham pompuan jenis cam ni. Wahai perempuan-perempuan, sapa lagi nak fahamkan hati perempuan, kalau bukan kita seniri jugak kan?

11 October 2012

Tips untuk Perut yang Cantik

Siapa nak perut kempis, flat dan berotot?? Sayaaa! Sendiri tanya sendiri jawab. Perut buncit ni, bukan orang gemuk je yang menghadapinya, orang kurus pun ada gak. Ada la dua tiga orang kawan aku, badan kurus kering, sekali tang perut nampak bonjol je. Cam pelik pulak kan, sebab depa berbadan kurus. Jadi susah sikit lah depa nak cover. Lain lah yang montel-montel cam kami ni, senang je cover dengan lemak-lemak lain. Kuikuikui


Tengok gambar di atas. Berotot kan perut dia? Tapi aku rasa tak lawa la perut dia camni. Dah macam perut jantan pulak berotot gitu. Aku tak suka sangat otot yang over-over camni.


Ha, aku nak perut macam dalam gambar kat atas ni. Perut tu takda la flat, kurus kering sangat sampai nampak lompong. Masih ada otot tapi tak over. Aku suka betul tengok ada macam lekuk sikit di kiri dan kanan. Nampak tak?? Kat tengah tu macam timbul dengan otot kann? Kiri kanan ada lekuk. Aku pernah ada perut macam ni hasil senaman tanpa henti. Ingat tak aku buat cabaran 30 hari tu? Haa, setiap hari aku senaman perut tauu dan hasilnya memang baguss! Perut aku nampak lekuk macam dalam gambar kat atas ni. Jom tengok senaman apa yang aku buat.

1. Basic Crunch

            Ooo. Basic crunch ka nama dia? Aku panggil sit up jee. Hehe. Yang ni aku buat sampai perut rasa tegang. Dulu buat sekali 40kali. Pastu kawan aku cakap, buat sampai perut rasa tegang, baru ada kesan. Aku selalu buat atas katil je. Takla sangat sangat badan tu.
  • -Anda harus berbaring. tekuklah lutut anda, lalu letakkan kedua tangan anda di sisi.
  • - Buatlah kontraksi di perut Anda dan ratakan punggung bawah Anda dengan lantai
  • - Perlahan-lahan angkat kedua bahu Anda, satu atau dua inci dari lantai
  • - Hembuskan nafas saat mengangkat, pertahankan leher Anda agar tetap lurus, dan dagu   terangkat
  • - Tahan beberapa detik (tapi jangan tahan nafas Anda)
  • - Perlahan-lahan turunkan, sambil tetap menjaga perut Anda tetap berkontraksi
  • - Ulangi sampai 20 kali

2. Bent Knee Reverse Crunch



 Okey, yang ni pun aku selalu buat. Siapa yang baru buat tu, mengah jugak tauu. Hahaha. Adik aku kata, nak lagi bagus, dekatkan lagi perut dengan lantai, tapi jangan sampai sentuh lantai pulak.Tak mau ar main tipu wehhh. Memula aku buat gak kan, perghhh 10 saat pun susah wehhh. Lama-lama, dalam 40saat tu boleh la. Sambil dengar lagu. Nak distract aku. Dengan bernyanyi-nyanyi, takla rasa letih sangat. Tapi serius, sapa baru buat tu, korang akan terketar-ketar menahan berat badan korang tu. Hehehe. Tapi lepas sekali dua, takda masalah punyaaaa.

  • - Berbaringlah di lantai dengan punggung Anda. Letakkan kedua tangan di sisi Anda
  • - Telapak tangan Anda menghadap ke lantai, jaga agar tetap lurus dekat dengan tubuh Anda, dan naikkan kaki Anda, serta paha Anda tegak lurus dengan lantai
  • - Gunakan perut bagian bawah Anda, gulingkan panggul Anda ke belakang untuk menaikkan pinggul dari lantai, lutut Anda sekarang akan berada di atas dada Anda. Tahan dan kembalikan ke posisi semula pelan-pelan
3. Slide Oblique Crunch




Yang ni, tak teruk sangat. Aku takda masalah sangat buat yang ni. Kenapa? Sebab dia bukan statik. Kena atas, bawah, atas, bawah. Jadi ini adalah kacang goreng. Boleh buat 30kali sambil dengar lagu Lady Gaga.

  • -Berbaringlah dengan sisi kanan tubuh Anda, dengan kaki bertumpukkan sejajar satu sama lain
  • - Letakkan tangan kiri Anda di samping kepala Anda, menutup telinga kiri Anda
  • - Tekan ke samping sekuat tenaga, berfokuslah pada gerakan untuk melatih otot perut diagonal Anda

4. Transverse Abdominal



Yang ini pun senang, sebab tahan dengan tangan kan? Jikalau nak dibandingkan dengan Bent Knee Reverse Crunch tu, yang tu lagi susah. Yang ini senang. Tiada masalah untuk anda buat. Sila yakin pada diri sendiri.


  • -Anda memulainya dengan posisi push-up
  • - Tahan tubuh Anda dengan siku Anda serta dengan kaki Anda
  • - Jaga otot perut Anda tetap berkontraksi sepanjang latihan
  • - Tahan 20 detik lalu lepaskan

So, amacam? Boleh ka? Setiap senaman yang aku tunjukkan ni, memang aku jadikan rutin (sebulan lepas). Aku tak google pun teknik senaman ni semua. Tau aku tanya sapa? Mestilah tanya adikku, si pakar fisioterapi ittewww. Aku sesaja je tanya dia, dik, camna nak bagi perut cantik? Lalu beliau pun demo kan caranya. Kalau aku rasa cannot go yang jenis gitu, dia demo cara lain pulak. Dan baru hari ni aku tau yang semua cara yang dia bagi tu sejibikkk macam dalam website yang aku google nih. Wallahhh. Lu hebat la adik. Selama ni, wa ada pikir gak kot-kot lu kelentong wa. Yalah, lu nak jaga imej lu sebagai fisioterapi,  bila wa tanya, lu taktau, jadi lu tipu-tipu wa. Sekali semua betul laa chaa. Hebattt. Boleh bukak pusat fisio sendiri nih nanti. Oh, by the way, semua tips ni, aku ambil kat sini. Boleh la pi tengok.

Sekarang ni kan, pengakuan jujur dari aku. Aku hentikan jap cabaran aku tuh. Sebab utama aku hentikan sebabnya, sebabnyaa, aku asyik pergi kursus merata ceruk je. Kalau dah kursus tu, ofkos lah makan disponsor kann? Makan pulak ofkos lah sedap gila. Dah orang sponsor, takkan orang semua pi makan kat dewan makan, aku dok terkebil-kebil kunyah roti gadinia. Wadehell- stail 5days mc. Lagipun, masa pi kursus ni lah, nak buat ramai kawan. Dah kawan baru ajak turun makan, takkan aku nak over sangat takmo makan, nak makan roti je. Udahla makan free kann?? Jadinya, aku stop sat diet tu. Cuma, aku tak makan waktu malam la. Petang tu aku makan, kenyang sampai ke malam. Dah terbiasa kot.

Ni pun baru balik dari kursus. Ada lagi dua hari nak habiskan. Tadi minum petang pun, depa jamu mee kari udang. Tediaaa. Ofkos, aku makan bersungguh. HAHAHA. Aku pegi dengan cikgu Cina dari sekolah aku ni. Pi sana, dapat member cikgu India yang ramah. Cikgu sekolah aku tu pun ramah. Kena dengan aku pun jenis tak berenti bercakap. Jadi bertigalah kami pegi makan sambil menyembang tak hengat dunia. Satu Malaysia sangatttt. Hehehehe


10 October 2012

Cikgu Sayang Kamu

Tadi aku dah rotan seorang murid Tahun 4 bertalu-talu tanpa henti. Aku harap tak berbekas lah, sebab budak ni berkulit agak cerah. Sebenarnya aku dah biasa merotan bertalu-talu budak-budak lain. Tapi takda masalah sangat sebab budak-budak lain semuanya gelap. Nasiblah kan, budak yang pemalas, degil. biadap semuanya berkulit gelap. Maksud aku, di sekolah aku ni la. Nanti ada yang ingat aku maksudkan secara general pulak.

Sekarang, baru aku paham, macam mana perasaan cikgu-cikgu yang mendera murid hanya di atas kesalahan kecil iaitu tak buat kerja rumah. Dulu aku selalu merasakan yang cikgu-cikgu yang terlibat semua kejam dan takda perikemanusiaan. Sekarang baru aku paham perasaan dorang.

Apa perasaan anda, kalau anda bagi kerja untuk disiapkan, keesokannya, budak tu tak siapkan pun. Satu pun tak buat. Kalau dah buat separuh, dan ada lagi separuh belum buat, mungkin boleh consider lagi. Bagi aku, kalau sekali tak buat, okey takpe, kau buat kerja tu sekarang. Siapkan sekarang. Kemudian, keesokan harinya, anda mintak lagi kerja yang anda dah berikan dua hari lepas, tengok buku budak tu, memang tak da perubahan langsung. Satu huruf pun tak ditambah. Apakah perasaan anda? Okey, sabar lagi. Rotan tangan sekali dan suruh siapkan. Kali ni, anda berdiri di sebelah budak tu untuk membimbing. Selesai anda membimbing dan (tak adil lah kan, nak bimbing seorang murid je) anda berikan masa sendiri untuk dia siapkan, bila akhir waktu, mintak untuk semak, masih tidak bergerak. Hanya bergerak setakat yang anda bimbing tu je. Suruh dia siapkan di rumah, keesokannya, masih tak siap. Apa perasaan? Aku pernah rasa macam nak hempuk kepala seorang budak di dinding. Betul. Ini jujur. Memandangkan aku seorang yang panas baran jugak, jadi membuatkan darah naik sampai kepala. End up, aku cuma koyakkan buku dan campakkan ke luar tingkap.  Yang aku rasa nak marah sebab budak ni, aktif. Aktif bermain. Bukan jenis budak yang lembab atau pendiam.

Pernah sekali, aku rotan bertalu, di badan di betis,di peha. Aku terlampau geram sampai nak menangis. Sebab aku kecewa. Aku tau dia lemah, dan aku bersemangat nak bimbing dia (pada mulanya lah) Aku suruh dia siapkan pembetulan ujian. Dia ambil masa 3 bulan. Dan sepanjang 3 bulan tu, dia buat 3 soalan je. Aku hampir nak belasah dia bila aku tanya, :Bila boleh siap ni? Kamu bagi satu tarikh. Cikgu akan kutip kerja kamu bila sampai tarikh tu," Aku cakap lembut okey. Aku kata, seminggu cukup tak?. Bila boleh siap? Lepastu tanpa rasa bersalah, dia jawab ,'tahun depan' Wahhh, budak ni. Bayangkan, masa tu dia baru je lepas kena rotan. Dia jawab lagi memain camtu. Marah aku pun belum habis. Ini dah biadap. Aku rotan dia dan tengah-tengah tu aku istigfar. Aku takut aku tak dapat kawal. Sejak hari tu, aku terus abaikan dia. Bila waktu kelas, aku anggap dia takda dalam kelas. Kerja yang aku bagi, aku tak tak bagi pada dia. Suka hati dia nak buat apa. Nak main atau apa. Dan dia tak pernah minta maaf walaupun aku dah suruh. Memang dia baru tahun 3. Tapi dah boleh fikir lah, yang mana boleh buat cikgu marah dan yang mana boleh buat cikgu suka. Dia pun macam suka je kena rotan. Sejak dua hari lepas, aku rasa kesian sebab dia memang sangat lemah dalam BM dan kalau dah takda siapa bimbing dia, memang melingkup lah.Jadi, aku cakap, aku dah maafkan dia dan kena rajin buat kerja rumah kalau nak cikgu sayangkan kamu. Setakat ni, ada perubahan yang bagus. Sebenarnya, walaupun aku abaikan dia, aku anggap macam dia takda dalam kelas, tetapi apa yang aku ajar, dia masih boleh belajar, sebab aku tak halau dia keluar kelas. Dia masih di tempat duduk dia. Kekadang, dia ada jawab soalan yang aku tanya, tapi aku abaikan dan pura-pura tak dengar. Sekarang, aku harap Isma, berubah. Sebab aku sayang semua anak murid aku.

Tadi, seorang lagi murid Tahun 4, buat aku rasa macam nak tumbuk je muka dia. Tapi aku tak tumbuk lah. Budak lelaki ni memang semua cikgu dah give up dengan dia. Tapi aku nak ajar dia. Kekadang dah dia degil nak mampos, aku abaikan jugak. Nak tau tak degil dia camna, aku bagi kerja. Kerja yang aras rendah la, sesuai dengan dia yang sangat-sangat lemah. Sekolah aku takda kelas pemulihan, jadi susah sikit. Aku bagi kerja, aku cakap, siapkan. Tengok kamus untuk perkataan yang taktau. Tapi apa dia buat sepanjang sejam waktu BI? Dia dok tenung ja buku aktiviti tu. Dah tenung, main pensel tekan. Pastu termenung. Dahla duduk depan aku je. Satu apa pun dia tak buat. Aku sabar lagi. Jenis aku, kalau dah kali ke 3 macam tu jugak, i will turn into a green monster. Seriously. Aku kata, pergi la ambik kamus tuh. Yang dok tenung je apehal. Pastu dia boleh buat taktau je. Weh, aku cukup pantang la budak biadap ni. Aku kata, okey, sekarang kamu pergi duduk belakang kelas dan buat kerja kamu. Dia duk mengeras kat situ. Satu inci pun tak bergerak. Aku cakap lembut je. Bila aku tarik dia, suruh duk belakang pun dia mengeras. Bayangkan, tariklah kuat mana pun, bontot dia dah macam melekat kat kerusi tu. Aku geram gila. Aku rotan berkali-kali dengan keadaan dia masih duduk tu. Aku kata, kalau kalau taknak kena rotan, bangun dan buat di belakang kelas. Tapi nampaknya dia lagi sanggup dirotan. Apehal la bebal sangat kau nih. Aku rotan mesti kuat punya. Tapi dia masih mengeras. Hishhh. Aku geram gila. Tolong jangan kata, budak-budak ni kena pendekatan berbeza. Kena guna psikologi nak tackle mereka. Haha. Aku tak larat berlembut. Bagi reward setiap kali dia berjaya buat kerja rumah. Berjaya buat kerja rumah ye. Bukan berjaya buat kerja rumah dengan betul, dan kemas. So, aku rotan dia bagai nak rak tadi. Harap takda kesan. Tapi kalau ayah dia nak jumpa aku pun, aku takda masalah nak terangkan mengenai sikap bebal anak dia tu. Kakak budak ni okey. Rajin je.

Wardah pun kena teruk jugak tadi. Malas dah aku nak gitau sebab apa. Sebab mood aku pun dah spoil kalau cerita pasal bebudak bermasalah ni. Hari-hari tak bawak buku. Hari-hari ye. Bukan selang sekali tak bawak buku. Aku, kalau dah naik hantu, kau nangis lah teresak-esak pun. Ada aku kesah?? Aku selalu cakap, 'ingat cikgu nak kesian ke, kamu nangis-nangis ni? Rasa nak rotan lagi kuat, ade lah'

Tolonglah anak-anakku. Cikgu garang ada sebabnya. Kekadangkan, aku sebak je dengan perangai anak murid aku ni. Serius sebak. Sebagai anak-anak kampung, aku berazam nak naikkan prestasi dorang. Dahla, tak berapa nak senang sangat hidup tu. Jadi aku nak ubah mereka supaya mereka boleh ubah nasib keluarga mereka tu. Mereka takda tusyen kat rumah atau di tempat lain. Mereka hanya bergantung pada guru 100%. Bila cikgu dah bagi effort 110% pada mereka, tapi mereka hanya menunjukkan 10% usaha. Pasti cikgu kecewa.

Tapi, masih ada murid yang menunjukkan usaha dan minat untuk belajar. Murid macam ni, aku latih sebaik mungkin. Aku bagi tumpuan lebih supaya mereka tak leka dan jadi macam kawan-kawan yang malas. Tapi walau apa pun, aku tetap suka mengajar kanak-kanak. Kau marah lah, herdik macam mana pun, mereka tetap sayang dengan cikgu mereka. Ini terbukti sebab budak-budak yang aku selalu rotan bagai nak rak tu lah, selalu tolong angkat beg-beg aku di awal pagi aku sampai sekolah.

08 October 2012

Awak


Terima kasih awak kerana sanggup bertahan dengan perangai saya dan melayan dan tak pernah jemu memujuk saya yang banyak songeh ni. Kalau saya jadi awak, mesti saya dah merajuk setahun.

Saya memang suka merajuk dan selalunya sebab perkara yang sama dan awak tak pernah jemu memujuk dan tenangkan saya.

Semalam saya merajuk lagi, awak call saya, cakap lembut sangat, tapi saya berkasar dengan awak dan putuskan talian macam tu je (tapi sempat bagi salam. hik3). Tapi awak tak pernah marahkan saya. Itu yang menyebabkan saya sendiri rasa bersalah di atas tindakan tak matang saya. Cepat-cepat mintak maaf. Walaupun kekadang berhari-hari saya merajuk, puas awak pujuk, baru saya nak mintak maaf sebab buat perangai budak-budak.

Semalam kat whatsapp, ada salah faham sikit. Awak dah tunjukkan tanda-tanda nak merajuk, tapi saya buat derk je. Malas nak layan. Hehe. Terus awak call saya, soal siasat mengenai kes salah faham tadi. Comel betul bila awak jeles. Hihihi. Nampak macam awak nak marah saya, tapi macam tak berapa berani. Nampak macam nak bertegas tapi entahlah. tetap kedengaran kiut. Hihi. Awak tak tahu ke, saya tersenyum-senyum di sebalik fon tapi maintain kan suara serius supaya awak lagi jeles. Tapi yang paling kiut sekali bila awak cakap, "awak ni, bila awak jeles, macam-macam awak tanya, nak saya explain macam-macam, tapi bila saya jeles, sepatah je yang awak explain. Kalau awak merajuk, puas nak pujuk. Tapi bila saya merajuk, awak buat taktau je," Alololo. kiut betul ayat last tuh. Hahahaha. Saya rasa nak gelak je tapi tahan. "Yelaa, awak tengah merajuk ke sekarang ni?" "Yalah!" "Alololo. Nak saya pujuk ke ni?" "Yalahh!" "Alololo, bucuk-bucuk, jangan la merajukk..." " Hm, dahlah. Dahla tak reti pujuk. Bila dia merajuk, kita puas pujuk dia, bila orang merajuk, tak reti nak pujuk balik potpetpotpet."Hehe. Comel betul awak membebel sorang-sorang.

Pastu ntah macam mana, awak tersindir saya, terus saya terasa hati. Terus merajuk tanpa sengaja. Kesian awak, kena pujuk saya. Tapi saya merajuk tak lama sebab nanti saya merajuk, saya akan diam dan tak dapat nak bercakap dengan awak. Terima kasih ye awak, sebab sanggup bertahan dengan saya. Walaupun awak selalu nasihatkan saya (masa kita bergaduh), tapi saya taknak dengar dan memberontak, percaya lah awak, apa yang awak cakap tu, dah terserap masuk dalam kepala saya. Apa saja yang awak cakap, memang selalu make sense cuma saya terlalu ego nak mengakuinya. Taknak tunjuk saya kalah kepada awak.

Sori awak. Saya ni dah banyak sangat buat awak terkecil hati. Tapi awak tak pernah bagitau pun. Saya nak berubah. Perangai ni tak bagus. 

Awak, awak baca tak blog saya? Awak taktau pun saya ada blog kan? Tak perlu tahu pun takpa. Memang saya sengaja rahsiakan dari awak pun. 


04 October 2012

Comelnya Anak Dara Erra Fazira !!


Siapa pernah tengok rancangan Gugu Gaga Erra kat Astro Ria dulu?? Rancangan tu rancangan realiti tentang Erra Fazira dengan suami dia menjaga anak pertama depa. Masa tu Engku Aleesya (anak Erra) kecik lagi. Masa tu Aleesya baby lagi, aku tengok taklah berapa comel sangat.

Sekarang kejap je anak dia dah besar. Dah tiga tahun pun umur dia. Tapi nampak matang dan nampak tinggi. Berbeza dengan kawan-kawan seusia dia. Comel la Engku Aleesya. Geram aku tengok. Aku suka bebudak ala-ala chinese look ni. Berangan nak anak chinese look jugak. Nak mewarisi keturunan Abah. Hehehe


 Comey nya dia pakai skinny jeans! Hehe



 Masa baby, tak berapa nak comel sangat.






Korang rasa Aleesya ni muka macam mama dia ke atau papa dia. Aku tengok rupa dan ketinggian dia macam mama dia. Kulit pulak, dah kulit mak pak, putih mulus, of course lah dia pun gebu kan.

p/s : Gambar-gambar semua ni ada di Twitter Erra Fazira. Boleh la pergi sekodeng sekarang.