Em. Assalammualaikum. Tajuk haruslah gempak kan? Hehe. Aku baru je selesai membaca sebuah kisah di forum. Aku amat tertarik dengan kisah yang aku baca tu. Macam drama pun ada. Ni sebabnya aku suka baca forum. Sebabnya, semua kisah yang dipaparkah adalah kisah benar. Masalah yang dihadapi oleh orang-orang di luar sana. Depa cerita masalah depa, dan mintaklah pendapat kawan-kawan forum yang lain. Kadang-kadang tu aku rasa cerita tu dah macam cerekarama, padahal tu kisah real. Jom kita layan dulu kisah ni. Aku paste untuk bacaan hangpa.
"As'salam, aku nak minta pendapat korang semua mengenai apa tindakan-tindakan yang perlu aku lakukan sekarang ni sebab aku dah tersepit kat tengah-tengah dalam permasalahan orang lain. Orang lain aku maksudkan tu ialah abang sulung aku, dia meletakkan beban dia pikul tu kat aku pula sekarang buatkan aku jadi serba salah.
Kisahnya macam ni, 13 tahun lepas abang sulung aku berkahwin dengan wanita pilihan dia yang sama-sama bekerja di kilang. Abang aku tu engineer kilang dan kakak ipar aku tu hanya pekerja biasa, abang aku boleh tahan juga rupanya sebab tu dan boleh kata banyak awek sana sini tapi terkejut bila nak kahwin tu dia pilih kakak ipar aku tu. Kakak ipar aku tu tak lah cikai sangat tapi kalau di bandingkan dengan awek dia sebelum ni memang jauh beza lah, untuk pengetahun kakak ipar aku ni berkulit gelap sebab berdarah mamak (tapi masa kahwin dia anak yatim piatu). Dah jodoh kan walaupun keluarga kitorang tekejut pilihan dia tapi mesti ada kelebihan dia dimata abang aku, selepas berkahwin kakak ipar aku tu berhenti kerja sebab abang aku tak suka dia bekerja dan perlu jaga anak kat rumah (dia ni sawan politik kuat sampai tak bagi isteri keluar bekerja).
Alhamdulillah bahagia saja hidupnya, rumah dia pun tak jauh dari family aku jadi rajinlah juga diorang bawak anak-anak datang ke rumah jumpa datuk nenek dia. Kakak ipar aku ni boleh kata rajin tulang dan sangatlah baik perangainya, semua kerja dia buat dan family aku memang sayang lah kat dia dan kakak-kakak aku semua hormat kat dia. Dipendekkan cerita pada awal 2005 kilang abang aku bekerja tutup dan dia dapat VSS sebab jawatan dia tinggi jua masa tu maklumlah dah 8 tahun kerja, aku tak tau berapa jumlah pampasan dia dapat tapi selepas tu dia berniaga sendiri menjual barangan kraftangan.
Masa tu aku dah bekerja di Selangor, tapi disebabkan tengok abang aku susah dan tak ada pembantu maka sesekali aku balik kampung (negeri selatan) aku pun turun padang sekali buat benda tu dan sesekali ikut dia buat pameran ke sana sini (dulu balik sebulan 2 kali sebab naik bas). Nak kata aku rapat sangat dengan dia tak juga, tapi tak pernah bergaduh dan konfrantasi. Masa tu abang aku ada 3 orang anak dah, tahun 2006 perniagaan abang aku mula berkembang dah mampu menjual mengupah beberapa orang pekerja.
Tahun 2006 abang aku call kata nak buat kenduri keluarga sedikit dan suruh aku balik minggu tu, berkumpulah semua adik beradik aku kat rumah dia masa tu dan masa tu dia berlawak cerita mengenai poligami. Tapi masa tu dia tak cakap lagi nak kahwin baru mungkin dia tak yakin kot penerimaan kakak ipar aku dan family aku, tapi akhirnya terkantoi juga bila adik lelaki aku yang kebetulan masa tu rajin ikut dia buat pameran nampak abang aku tu berdua-duan makan dengan seorang perempuan muda (katanya pelajar U kat Skudai). Masa adik aku cakap tu aku tak hairan, sebab aku pernah tolong masa pameran dan aku tengok abang aku tu memang rajin melayan budak-budak muda tu ialah nak jual produk kan?.
Adik aku simpan cerita tu sebab tak mau family dan kakak ipar aku tau, sehinggalah akhirnya kantoi dengan sepupu aku dan bila mak bapa aku tau jadinya meletop lah orang tua tu. Ia lah kakak ipar aku tu boleh kata kesayangan diorang, kena pula dah ada 3 orang cucu sebab masa tu cucui ke-4 masih dalam perut. Minggu tu aku terpaksa balik sebab bapa aku nak aku ada sebab aku kan anak lelaki, jadi abang aku pun di panggil sekali tanpa ada kakak ipar aku. Panjang juga lah syarahan bapa aku dan mak aku biasalah emosi telebih siap menangis-nangis bagai dan siap berfikiran jauh kata nanti cerai dia dah tak boleh jenguk cucu dia etc.
Abang aku senyap je masa tu tak kata apa, tapi aku tau dia seakan memendam dan nampak muka dia merah sebab dia ni berkulit cerah. Aku pula senyap je masa tu sebab aku tak tau apa-apa, keesokkanya kakak ipar aku yang baru tau sebab saudara aku tu pergi sampaikan rasanya menangis-nangis kat rumah. Aku masa tu dah nak balik sebab ambil bas petang terpaksa tangguh sebab drama air mata kat rumah, siap kakak-kakak aku yang baru tau masuk campur sekali pergi bising-bising kat abang aku siap ada perkataan ugutan contoh nak pulaukan, tak terima dan sebagainya lagi.
Aku dari dulu sentiasa berkecuali jadinya aku tak ambil port sangat, jadi aku tengok abang aku pun seakan mengalah dan tak redha. Selepas kes itu alhamdulillah tak ada perkara berbangkit timbul, kakak ipar aku pun mengandung tahun 2008 dan 2010 dan ada 5 orang anak semuanya dan memang nampak sangat bahagia. Perniagaan abang aku pun dah pelbagai dan mampu mengupah ramai pekerja serta selalu outstation sana sini, rajin juga bawa familnya melancong.
Sehinggalah......
Hari raya aidilfitri tahun ni, abang aku ajak aku keluar dan lepak kat kopitiam ni (harian juga sebab jauh dari rumah aku dalam setengah jam). Tak silap aku raya keempat, masa tu abang aku kata nak cakap sesuatu dan harap aku tak cakap kat family aku sebab dia percayakan aku. Aku dah berdebar dah masa tu, tapi dalam hati aku dah jangka mesti dia nak bagi tau yang dia nak kahwin baru ni maklumlah dah pernah berlaku sebelum ni kan. Tapi lain aku duga lain yang berlaku, masa tu abang aku call seseorang dan masuklah seorang perempuan bertudung dengan 2 orang anak berusia 4 dan 1 tahun.
Lepas dah salam-salam terus aku tak terkata, aku macam terkedu dan abang aku pun macam terkejut tengok respone aku. Susah juga dia nak mulakan cerita, aku tengok dia berpeluh-peluh la juga dan aku tengok perempuan tu dah pegang bahu abang aku seakan mengurut ke mengosok barulah dia bercerita. Dia cakap 2 orang ni anak buah aku juga, diorang dah kahwin 6 tahun lepas masa dah kecoh-kecoh dulu. Masa diorang kahwin kakak ipar aku tu masih belajar lagi dan tahun 2007 habis belajar terus bekerja dan dapat seorang anak, aku pun senyum je lah walaupun dalah hati memang terkejut sebab abang aku membelakangkan keluarga aku.
Lama lah juga kami berborak kat situ, aku pun tak banyak tanya sebab dalam kepala aku sarat bermacam-macam aku pikirkan. Tapi aku dah berjanji tak ceritakan hal ni kat family aku, tapi dalam masa sama aku rasa sangat bersalah dengan family dan kakak ipar aku sebab seakan berkomplot dan bersetongkol pula. Kesihan juga aku pada anak-anak buah aku yang 5 orang tu, semuanya aku rapat dan aku seakan menyampah pula tengok abang aku berlakon depan anak-anak macam tu (tapi bila aku tengok fikir anak dia semuanya terjada cukup serba serbi jadi aku buangkan perasaan tu jauh-jauh). Mak aku pula tak berapa nak sihat sebab ada masalah jantung, duduk pun dengan kakak aku sekarang dan memang aku tak mau dia tau hal ni sebab aku dah tengok macam mana dia kecewa sangat dulu bila abang aku buat hal.
Persoalannya sekarang......
Kalau korang jadi aku, apa tindakan korang akan buat? sebab aku sekarang ni sejujurnya akan terus merahsiakan sampai bila-bila dan berharap abang aku sendiri yang memaklumkannya, mesti ramai orang akan kata aku ni hipokrit kan? tapi kalau korang rasa aku hipokrit maka apa cadangkan apa aku perlu lakukan untuk keadilan semua pihak?."
Dah selesai baca? Apa komen anda? Pertama sekali, aku nak mintak maaf lah, boleh dikatakan antara yang aku letakkan kisah dalam ni semuanya mengenai kecurangan lelaki terhadap perempuan. Eh, tapi ada jugak satu mengenai pempuan tu curang dekat boipren dia (sapa pernah baca, ingat kot). Aku bukan lah nak tunjuk sangat keburukan lelaki tapi dah memang kat dalam forum tu kisah dia banyak mengenai kecurangan lelaki je.
Tapi ada jugak kisah-kisah lain, contohnye, mak mertua yang bossy, roomate yang pemalas, kucing yang suka membuli. Hehe. Macam-macam tajuk ada. Tapi aku akan pilih kisah yang aku rasa best je la untuk dikongsikan.
Jadi, ape korang rasa lepas baca. Kesian wife pertama kan? Jadi mangsa. Salah siapa sebenarnya ni? Salah si suami ke atau salah wife ke dua? Atau dah memang takdirnya begitu? Aku rasa si suami salah dang wife kedua tu pun salah. Banyak la kes-kes yang mana, sang perempuan ni, lepas dah kawan lama dengan lelaki tu, baru dapat tau lelaki tu dah kahwin. Tapi sebab cinta bagai nak gila punya pasal, sanggup jadi bini nombor dua dan tak kisah dah perasaan wife yang pertama tu asalkan dapat kahwin dgn lelaki yang dicintai. Setakat ni, ada dua tiga orang yang aku kenal, berkawan dengan suami orang. Masalahnya, depa tau tu laki orang, tapi lagi nak merosakkan rumah tangga orang. Hm. Sungguh aku tak paham pompuan jenis cam ni. Wahai perempuan-perempuan, sapa lagi nak fahamkan hati perempuan, kalau bukan kita seniri jugak kan?
1 comment:
kesian wife pertama dia. anak pon dah smpai 5 orang. rasanya wife kedua dia tau lelaki tue ada wife sblm dorg kawen lagi.sepatutnya lelaki tue bgtau fmly dia terutamanya wife pertama dia. tak adil lah bagi wife dia kan. bukan nya wife dia tue jahat. siap disayang fmly lagi. manalah letaknya keperimanusiaan lelaki tue X(
Post a Comment