Tadi aku dah rotan seorang murid Tahun 4 bertalu-talu tanpa henti. Aku harap tak berbekas lah, sebab budak ni berkulit agak cerah. Sebenarnya aku dah biasa merotan bertalu-talu budak-budak lain. Tapi takda masalah sangat sebab budak-budak lain semuanya gelap. Nasiblah kan, budak yang pemalas, degil. biadap semuanya berkulit gelap. Maksud aku, di sekolah aku ni la. Nanti ada yang ingat aku maksudkan secara general pulak.
Sekarang, baru aku paham, macam mana perasaan cikgu-cikgu yang mendera murid hanya di atas kesalahan kecil iaitu tak buat kerja rumah. Dulu aku selalu merasakan yang cikgu-cikgu yang terlibat semua kejam dan takda perikemanusiaan. Sekarang baru aku paham perasaan dorang.
Apa perasaan anda, kalau anda bagi kerja untuk disiapkan, keesokannya, budak tu tak siapkan pun. Satu pun tak buat. Kalau dah buat separuh, dan ada lagi separuh belum buat, mungkin boleh consider lagi. Bagi aku, kalau sekali tak buat, okey takpe, kau buat kerja tu sekarang. Siapkan sekarang. Kemudian, keesokan harinya, anda mintak lagi kerja yang anda dah berikan dua hari lepas, tengok buku budak tu, memang tak da perubahan langsung. Satu huruf pun tak ditambah. Apakah perasaan anda? Okey, sabar lagi. Rotan tangan sekali dan suruh siapkan. Kali ni, anda berdiri di sebelah budak tu untuk membimbing. Selesai anda membimbing dan (tak adil lah kan, nak bimbing seorang murid je) anda berikan masa sendiri untuk dia siapkan, bila akhir waktu, mintak untuk semak, masih tidak bergerak. Hanya bergerak setakat yang anda bimbing tu je. Suruh dia siapkan di rumah, keesokannya, masih tak siap. Apa perasaan? Aku pernah rasa macam nak hempuk kepala seorang budak di dinding. Betul. Ini jujur. Memandangkan aku seorang yang panas baran jugak, jadi membuatkan darah naik sampai kepala. End up, aku cuma koyakkan buku dan campakkan ke luar tingkap. Yang aku rasa nak marah sebab budak ni, aktif. Aktif bermain. Bukan jenis budak yang lembab atau pendiam.
Pernah sekali, aku rotan bertalu, di badan di betis,di peha. Aku terlampau geram sampai nak menangis. Sebab aku kecewa. Aku tau dia lemah, dan aku bersemangat nak bimbing dia (pada mulanya lah) Aku suruh dia siapkan pembetulan ujian. Dia ambil masa 3 bulan. Dan sepanjang 3 bulan tu, dia buat 3 soalan je. Aku hampir nak belasah dia bila aku tanya, :Bila boleh siap ni? Kamu bagi satu tarikh. Cikgu akan kutip kerja kamu bila sampai tarikh tu," Aku cakap lembut okey. Aku kata, seminggu cukup tak?. Bila boleh siap? Lepastu tanpa rasa bersalah, dia jawab ,'tahun depan' Wahhh, budak ni. Bayangkan, masa tu dia baru je lepas kena rotan. Dia jawab lagi memain camtu. Marah aku pun belum habis. Ini dah biadap. Aku rotan dia dan tengah-tengah tu aku istigfar. Aku takut aku tak dapat kawal. Sejak hari tu, aku terus abaikan dia. Bila waktu kelas, aku anggap dia takda dalam kelas. Kerja yang aku bagi, aku tak tak bagi pada dia. Suka hati dia nak buat apa. Nak main atau apa. Dan dia tak pernah minta maaf walaupun aku dah suruh. Memang dia baru tahun 3. Tapi dah boleh fikir lah, yang mana boleh buat cikgu marah dan yang mana boleh buat cikgu suka. Dia pun macam suka je kena rotan. Sejak dua hari lepas, aku rasa kesian sebab dia memang sangat lemah dalam BM dan kalau dah takda siapa bimbing dia, memang melingkup lah.Jadi, aku cakap, aku dah maafkan dia dan kena rajin buat kerja rumah kalau nak cikgu sayangkan kamu. Setakat ni, ada perubahan yang bagus. Sebenarnya, walaupun aku abaikan dia, aku anggap macam dia takda dalam kelas, tetapi apa yang aku ajar, dia masih boleh belajar, sebab aku tak halau dia keluar kelas. Dia masih di tempat duduk dia. Kekadang, dia ada jawab soalan yang aku tanya, tapi aku abaikan dan pura-pura tak dengar. Sekarang, aku harap Isma, berubah. Sebab aku sayang semua anak murid aku.
Tadi, seorang lagi murid Tahun 4, buat aku rasa macam nak tumbuk je muka dia. Tapi aku tak tumbuk lah. Budak lelaki ni memang semua cikgu dah give up dengan dia. Tapi aku nak ajar dia. Kekadang dah dia degil nak mampos, aku abaikan jugak. Nak tau tak degil dia camna, aku bagi kerja. Kerja yang aras rendah la, sesuai dengan dia yang sangat-sangat lemah. Sekolah aku takda kelas pemulihan, jadi susah sikit. Aku bagi kerja, aku cakap, siapkan. Tengok kamus untuk perkataan yang taktau. Tapi apa dia buat sepanjang sejam waktu BI? Dia dok tenung ja buku aktiviti tu. Dah tenung, main pensel tekan. Pastu termenung. Dahla duduk depan aku je. Satu apa pun dia tak buat. Aku sabar lagi. Jenis aku, kalau dah kali ke 3 macam tu jugak, i will turn into a green monster. Seriously. Aku kata, pergi la ambik kamus tuh. Yang dok tenung je apehal. Pastu dia boleh buat taktau je. Weh, aku cukup pantang la budak biadap ni. Aku kata, okey, sekarang kamu pergi duduk belakang kelas dan buat kerja kamu. Dia duk mengeras kat situ. Satu inci pun tak bergerak. Aku cakap lembut je. Bila aku tarik dia, suruh duk belakang pun dia mengeras. Bayangkan, tariklah kuat mana pun, bontot dia dah macam melekat kat kerusi tu. Aku geram gila. Aku rotan berkali-kali dengan keadaan dia masih duduk tu. Aku kata, kalau kalau taknak kena rotan, bangun dan buat di belakang kelas. Tapi nampaknya dia lagi sanggup dirotan. Apehal la bebal sangat kau nih. Aku rotan mesti kuat punya. Tapi dia masih mengeras. Hishhh. Aku geram gila. Tolong jangan kata, budak-budak ni kena pendekatan berbeza. Kena guna psikologi nak tackle mereka. Haha. Aku tak larat berlembut. Bagi reward setiap kali dia berjaya buat kerja rumah. Berjaya buat kerja rumah ye. Bukan berjaya buat kerja rumah dengan betul, dan kemas. So, aku rotan dia bagai nak rak tadi. Harap takda kesan. Tapi kalau ayah dia nak jumpa aku pun, aku takda masalah nak terangkan mengenai sikap bebal anak dia tu. Kakak budak ni okey. Rajin je.
Wardah pun kena teruk jugak tadi. Malas dah aku nak gitau sebab apa. Sebab mood aku pun dah spoil kalau cerita pasal bebudak bermasalah ni. Hari-hari tak bawak buku. Hari-hari ye. Bukan selang sekali tak bawak buku. Aku, kalau dah naik hantu, kau nangis lah teresak-esak pun. Ada aku kesah?? Aku selalu cakap, 'ingat cikgu nak kesian ke, kamu nangis-nangis ni? Rasa nak rotan lagi kuat, ade lah'
Tolonglah anak-anakku. Cikgu garang ada sebabnya. Kekadangkan, aku sebak je dengan perangai anak murid aku ni. Serius sebak. Sebagai anak-anak kampung, aku berazam nak naikkan prestasi dorang. Dahla, tak berapa nak senang sangat hidup tu. Jadi aku nak ubah mereka supaya mereka boleh ubah nasib keluarga mereka tu. Mereka takda tusyen kat rumah atau di tempat lain. Mereka hanya bergantung pada guru 100%. Bila cikgu dah bagi effort 110% pada mereka, tapi mereka hanya menunjukkan 10% usaha. Pasti cikgu kecewa.
Tapi, masih ada murid yang menunjukkan usaha dan minat untuk belajar. Murid macam ni, aku latih sebaik mungkin. Aku bagi tumpuan lebih supaya mereka tak leka dan jadi macam kawan-kawan yang malas. Tapi walau apa pun, aku tetap suka mengajar kanak-kanak. Kau marah lah, herdik macam mana pun, mereka tetap sayang dengan cikgu mereka. Ini terbukti sebab budak-budak yang aku selalu rotan bagai nak rak tu lah, selalu tolong angkat beg-beg aku di awal pagi aku sampai sekolah.
1 comment:
huuhu..nk nangis je rase.mcm kat tmpat akak plak..sabar ye teacher. they need you :')
Post a Comment