27 May 2012

Some random pictures.

 Tadi, lepas pegi kenduri, singgah Yogo Goyo beli ni. RM19.90. Fuh, sebelum ni, tak lebih dari RM12 je. Mungkin terlalu taksub menekan mesin aiskrem tu kot. Hehe.


 Muka bengang tunggu orang. Nak call tapi dia tak bawak hp, blah tinggal dia baru tau.


 Bosan dah menunggu so jadi mereng kejap.


 Ni anak-anak aku Tahun 3. :)


 Cuba teka ni apa? Aku tunjuk gambar ni dan suruh adik aku teka, dia taktau pun ni apa. Cisss! Dia kata nampak sayur je banyak. Hello, ini adalah kuewtiow kungfu okey. Aku suka sayur jadi letak sayur banyak, letak jejari ketam tu, fishball dan fishcake. Kuewtiow tersembunyi di bawah segala harta karun ni.


 Oh, ni haritu belanja family di Monrods Kulim. Aku dengar ramai yang cakap hebat Monrods tu, so malam tu, bawak abah,mama dan adik pi try. Makanan dia, boleh laa, boleh telan laa, yang bestnya dia punya suasana. Berangin je sebab restoran tu atas bukit, dan ada live band perform. Lagu-lagu yang mendamaikan jiwa pulak tu. I likee. Sebelum ni, banyak artis selalu perform situ. Orang Kulim bolehla pi try, kalau memalam besh. Restoran dua tingkat ni sebelah Esso dan sebelah Dewan Putra.


 Nampak pendek je budak ni. Ni baru habis kenduri jiran aku tadi. Aku suka padang kat taman aku ni. Ada tiga padang, ada pohon-pohon yang merimbun. Pastu daun-daun yang berguguran, nampak cantik. :)


Heeee. Teacher waniey memang suka bergambar. :D


Oh, lupa nak cakap, rumah aku akhirnya siap jugak. Berhari-hari kena mop, alih-alih perabot, menyapu. Aku mop taktau lah berapa kali. Debu tebal sungguh. Keadaan rumah sungguh tak sempurna sampai mama mandi dan tidur di masjid. Haa, kritikal kan? Sekarang ni semua dah 95% siap. Legaaaa...

23 May 2012

Serik dah drive laju-laju.

AL-FATIHAH~buat peringatan pengguna2 'Highway' ~~
Cerita dpd seorg kawan c99limited.com (Sall Bj bru dpt email ni)

Lebih kurang pukul 6 petang 6/5/12, aku masuk hiway Plus dari Kuantan nak ke KL. Aku 



maintain 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tgk Inspira makin 


dkt dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter dh jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absorber standard, rim & tayar pn standard kilang.
Memandangkn speed dh 200km/j then aku follow je dlm jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. Enjoy, pasal inspira tu rajin hibeam halau kereta ktepi so aku kat belakang dia just follow je la. Time corner jln tk rata aku nampak inspira tu body dh goyang tpi dia ttap maintain speed. Ada juga tdetik nk ptg dia tpi mandangkn aku plan nk crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia.
Tetiba kat depan ada Mitsubishi Lancer 2.0, lane kanan dlm kelajuan 140km/j. Lancer tu tk nk ktepi tpi terus tekan minyak & inspira terus cucuk. Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg blainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lancer.
Aku pn ikut je la dari belakang utk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Klu ikut darah pahlawan time ni sedap ptg kedua2 tu tpi angin tgh baik lagipn lately tk tau la aku mcm gerun sikit nk rembat kaw2, hmmmm mungkin ada hikmah tu. So aku ikut je dari belakang.
Dlm 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pula sbuah bas di blkang antara bbrapa buah kereta yg bawa pd kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk lancer dgn rapat & aku makin menjarakkan sikit demi keselamatn. Ttiba aku nampak inspira, lancer, bas & bbrapa kereta kat depan mcm kacau bilau. Terus nampak lancer melanggar pagar kiri hiway & melintas depan keta aku lalu langgar pagar knan pula & melompat sambil bpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sbelah menghala ke Terengganu.
Sewaktu Lancer tu diudara sbuah kereta dlaluan sbelah betul2 berada dibwh lancer. Nasib kereta tu memang baik, tpi bila lancer dah thempas klaluan sbelah, ada sbuah kereta lain tlanggar serpihan lancer lalu tbabas & langgar pagar.
Kereta Inspira tu aku perasan slow skejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku perlahankn kereta utk berenti aku perasan penumpang lancer yg dduk depan dh kaku. Sebaik je aku berenti aku terus blari ke lancer tu utk membantu. Aku antara org terawal sampai & masa aku tgh melintas pagar kat tgh hiway utk klaluan sbelah ada sorg brother yg blari lebih awal bagi tau ada baby kat tgh jln. Ya Allah!! menggigil kepala lutut aku & rasa sebak cam nk nangis nampak baby yg aku rasa baru bbrapa bln tcampak kluar & ada dtengah2 jln. Aku terus jerit brother tu suruh angkat baby yg tgh menangis tu. Brother tu mcm panik tpi aku jerit suruh dia angkat.
Syukur kereta dlaluan itu semua berenti. Aku pergi kat lancer tu & ada org suruh mangsa mengucap. Bila aku tgk kedua penumpang dh diam. Aku nampak penumpang depan perempuan, masih ada seatbelt & airbag dh kempis. Kepala penumpang dh tunduk kdpn tpi aku yakin tengkok patah sbb nampak tulang tengkok mcm nk tkeluar. Dia dh tk bnyawa. Aku periksa pemandu lelaki, masih pakai seatbelt & airbag dh kempis. Pemandu itu pn tlentok kaku. Ada kesan lebam dleher. Aku yakin dia pn dh tk bnyawa.
Aku terus pesan pd dua tiga org yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dh tk bnyawa. Apa2 hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas & aku pn bersihkn serpihan lancer tu utk buka jln. Aku tnampak bbrapa document peribadi mangsa atas jln terus aku kutip kumpulkn satu tempat.
Aku periksa baby tu, dahi dia luka. Nampak isi warna putih & bdarah. Aku terus kumpulkan beg2 yg tcampak keluar & utk cari beg baby lalu aku kumpulkn stempat. Alhamdulilah ada sorg pakcik & anak perempuan dia dtg bantu pegangkn baby itu. Aku keluarkan tuala dari beg baby utk ttup kepala dia. Aku cari susu tpi dh takde dlm beg. Aku selongkar beg mangsa utk cek document yg mungkin blh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tpi semuanya cuma document peribadi mangsa & takde no ahli keluarga mangsa.
Dlm masa 20 minit lepas kejadian ttiba ada pakcik tu ambil phone mangsa & call ahli keluarga mangsa. Rupanya ada ahli keluarga mangsa convoi bsama mangsa hampir sampai ktempat kejadian. Bila ahli keluarga mangsa sampai terus kita suruh ambil baby dulu & hantar khospital.
Aku rasa mcm nk ambil gambar mangsa tpi tk sampai hati. So aku ambil gambar kereta mangsa sja dari depan. Pastu dlm bbrapa minit polis, bomba, ambulan pn sampai.
Aku kat tempat kejadian dlm sejam & berulang2 kali aku tpaksa cerita dari awal hingga akhir. Sempat juga aku cerita pd ahli keluarga mangsa yg dtg ambil baby tu.
Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata accident 200km/j. Dlm masa bbrapa saat, 2 nyawa melayang, baby tpelanting keluar kereta & baby yg tk tau apa2 khilangan ibubapa selamanya.
Aku teruskan perjlnan ke KL dgn kelajuan yg tk sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah trauma & ketakutan. Dlm kereta sunyi sepi tk bborak, radio pn tk on. Sampai tol gombak bru aku buka radio & cuba bcakap dgn wife aku utk tenangkn dia.



Maaflah, tulisan nya haluih sangat. Mungkin sebab aku copy paste dari FB kot. 

Lepas je baca cerita di atas, terus bulu roma aku berdiri. Nape? Sebab pertama, aku pengguna tetap highway, sebab kedua, aku suka memandu laju. Sejak-sejak aku pakai Oranje ni, memang berdesup je aku drive. Dulu masa pakai Kancil Abah pun laju gak sebenarnya, tambah-tambah masa nak gi kerja mengajar tuisyen dulu. Auto pun aku laju, manual pun aku drive laju gak.

Tapi tengok keadaan jugak, kalau dah jalan tu banyak sangat kereta, aku drive slow-slow je. Kira aku akan drive laju kena pada tempatnya. Jalan yang lurus dan agak selamat untuk memecut dengan laju. Hahaha. Padahal aku rasa, tiada istilah laju kena pada tempat. Kemalangan tak kira tempat, nyawa, pangkat. Kan orang kata malang tu takdak bau. Tau-tau ja, dah eksiden. Tak sempat nak bau pun.

So, kat sini aku nak cerita bila aku drive di highway. Aku tekan sampai 150km/j. Memang laju bagi kereta kecik dan ber cc rendah macam Oranje comel tu. Kesian pulak Oranje bila aku fikirkan balik. Dahla beliau tu kecik je. Nak jugak aku paksa dia lari laju-laju. Tapi lagi kesian kat aku kalau eksiden. Kan?

150km/j memang laju sebab bila aku nak brek, bergegar-gegar Oranje tu. Aku tau memang bahaya, tapi nape nak drive laju-laju gak? Ntahla, macam bosan je maintain 110km/j. Pastu jenis aku ni camni, kalau lorong kanan iaitu lorong laju tu takde memana kereta, mesti aku nak menguasai lane tersebut. Hehe. Ni stail penakut ni, tunggu takdak kereta baru nak tunjuk kuasa. Hehehe. Tapi kekadang saje nak tunjuk best, cucuk kereta besar2 yang suka bajet best duduk lane laju tapi bawak slow nak mampus. Kereta-kereta camni, berlagak best. Mentang-mentang depa bawak kereta besaq kan.

Pernah sekali tu, aku memang tekan sampai 150km/j. Tetiba di lorong kiri, iaitu lorong perlahan, ada lori rosak ke pembinaan jalan ntah, so depa letak kon-kon dan menghalang laluan kereta di lane kiri. Jadi kereta di lane kiri semua pakat nak masuk kanan. Dan depa lak masuk kanan memang tak tengok belakang ada kereta ke tak, pastu selow nye Ya Allah, sabaq je lah. Aku ni tengah sedap laju, tetiba ada kereta kat depan aku, menggelabah jugakla nak tekan brek. Dahla tak boleh nak brek mengejut. Aku tak tau lah apa kesannya kalau tengah laju then, kita tekan brek dengan pantas. Memusing kot kan? So, aku tekan sikit je brek, tu pun dah bergegar-gegar.

Ada jugaklah time aku drive slow je kat highway. Masa tu mungkin aku nak menikmati angin petang. Bukak tingkap sambil dengar cd dan maintain je 110km/j. Jimat minyak pun ye jugak. Kajian aku mendapati, kalau aku bawak laju, minyak cepat habis. Kalau bawak slow, minyak berkurang sikit je.

Itu dekat highway, kalau dekat jalan biasa? Aku rasa aku bawak biasa-biasa je tapi selalu sangat kena marah dengan abah sebab aku bawak laju. Adik pun kata aku ni jenis tak sabar. Nak memotong je kerja aku. Bagi aku, biasa ja aku bawak, tak laju pun. Mungkin kita yang drive ni tak perasan kot kan. So, kalau drive dengan abah, bersedialah untuk stress. Hahaha. Samada stress sebab kena dengaq abah bebel atau stress sebab kena bawak slow.

Hm, nasib baik aku ada Oranje yang ber cc kecik je. Camne kalau aku ada Forte ke, Vios ke, Honda ke, kereta yang ber cc besar. Mesti aku lagi sedap menekan minyak. Sebab, kereta besar ni,memang tak terasa tau kalau tekan minyak. Kalau tekan minyak sikit je dah laju macam apa lagi. Sebab tu selalu kereta-kereta besar ni selalu dipandu laju. Macam kes kat atas tu, sampai 200km/j dia bawak. Bagi dia, dia tak terasa laju. Kalau bawak kereta kecik, memang terasa bergegar kalau laju sangat. Itu aku belum try drive Nissan xtrail mama tu. Camna ek, kalau aku drive kereta tu kat highway, mesti lagi sedap kalau bawak laju, smooth je, takda gegar-gegar. Sampai sekarang aku baru sekali je drive xtrail tu. Aku rasa macam menyusahkan sangat nak drive kereta besaq-besaq ni. Tapi teringin jugak nak drive. Dulu drive sekali, memang siok. Rasa tinggi. Sekarang ni, adik je la yang dok bawak kereta tu.

So, sekarang ni, kesan dari cerita kat atas tu, membuatkan aku insaf. Kat highway memang aku slow je. Takut lak bila ingat cerita tu. Kalau ada kereta potong, aku akan menyabarkan diri sendiri supaya tak rasa tercabar. Hehehe. Pandu cermat, jiwa selamat okey?

p/s : Jangan lupa mesti ada jarak antara kereta anda dan kereta di hadapan anda sewaktu memandu. :)

22 May 2012

Berpolitik di Sekolah.

Sepanjang minggu ni ada peperiksaan jadi tak perlu masuk kelas mengajar (Yeayy!). Tadi masuk kelas Tahun 1. Anak-anak seramai 7orang ni, bisingnya macam 40 orang. Aku masuk ulangkaji subjek English apa yang patut memandangkan Khamis ni exam subjek English. Selesai sudah mengajar dan revise balik apa yang aku dah ajar dulu-dulu, aku siapkan kerja aku sikit, sementara dorang main-main, borak-borak. Memula tu, aku tengok dah ada bibit nak main kejar-kejar sampai sorang ni tersepit celah almari -_-'. Buaih sungguh. Kena jerkah dengan aku, semua terus duduk tempat masing-masing. Tapi duduk pun tak macam duduk pun. Mesti nak berdiri. Budak-budak memang gitu. Tambah-tambah Tahun 1. Aku kekadang malas nak marah, kalau dorang tak duduk. Biar je lah. Marah pun bertahan berapa minit je pun, lepas tu mesti bangun. Kalau nak jawab soalan, kalau angkat tangan, mesti bontot pun terangkat sama. Percayalah. Itu lebih baik dari yang mengangkat tangan sambil berjalan ke meja aku, semangat gigih nak menjawab. Tu belum, sambil angkat tangan sambil lantang menjawab dengan mata penuh bersinar, kaki melangkah ke meja guru dan suara penuh kuat betul-betul tepi telinga aku. "Sudah! Sudah! Pegi duduk! Sakit la telinga cikgu ni. Siapa yang tak duduk, cikgu takmau dengar jawapan dia." Semua terus duduk. Tapi tak duduk pun, cuma balik ke tempat masing-masing, satu tangan letak atas meja, satu tangan angkat, kaki mesti jinjat (betul ke ni? Aku tak pasti perkataan rasminya apa). Begitulah gelagat anak-anak aku. Selalu buat aku pening tapi aku sayang sangat semua.

Jadinya tadi (mukadimah nak panjang je kan? ;P) masa aku tengah buat kerja sikit, bebudak ni berborak lah. Memula elok je berborak. Sekali tu dah macam berdebat dah. Aku masih membiarkan, sebab aku nak dengar. Topiknya macam menarik. Apa topiknya? Topiknya adalah dorang sibuk mempertahankan parti politik masing-masing. Harus diingat bahawa mereka ini adalah berusia 7 tahun. Masing-masing sibuk mempertahankan parti politik masing-masing dan menjatuhkan parti politik yang satu lagi tu. Aku dah tak tahan dan mula menyampuk bila sorang murid ni mula mengeluarkan perkataan yang tak sedap didengar dan sangat tak sesuai diucapkan oleh seorang kanak-kanak.  Budak ni cakap sambil sengih-sengih. Dia pun tak faham apa yang dia cakap tu benda yang tak elok. Aku tegur, dan aku aku uji sikit. 'Apa yang kamu bincangkan tadi?' Budak ni pun cakap lah 'Cikgu betulkan ______ dia ni jahat dan suka guna duit orang?' Aku pun tanya, kamu kenal ke __________ tu?' Dia cakap kenal dan budak ni bagitau apa jawatan si _______. Hm. Aku terfikir, pandai jugak budak ni. Tapi dah gunakan kepandaian dia ke arah yang tak betul. Haiii, aku tanya 20-1 pun jawabnya 1000, ada hati nak bersembang politik pulak dalam kelas kan?

Siapa yang bertanggungjawab? Aku tak kisah pihak lain nak berpolitik (tapi plis jangan nak berpolitik tepi telinga aku sebab aku tak suka). Nak berpolitik, silalah gunakan saluran yang betul. Jangan sampai anak-anak sekecil ni pun terpengaruh. Harap-harap budak-budak ni takda lah yang bergaduh tak nak berkawan hanya sebab perbezaan parti politik macam orang-orang kita ni. Berbeza sikit aliran politik, terus nak bergaduh sana sini. Rimas laa aku. Huh. Lepas tu, semua benda nak dikaitkan dengan politik. Beli nasik lemak kat kedai Makcik Leha (bukan nama sebenar) pun dikaitkan dengan politik?? Adoi. Pingsan sa baa.

20 May 2012

A relaxing Sunday.

Kakimu dan kakiku. Kih3

Boleh buat tajuk filem dak? Gambar tu pulak sebagai poster. Kuikuikui (Camne sebenarnya ek kalau gelak bunyi macam ni di alam realiti?)

Sekufu ke tak sekufu?

Copied from a forum. I think, this is something good to be shared with.


hai TT actually benda ni bergantung pd hati kita..and restu keluarga n yg plg penting JODOH yg mmg Allah tetap kan ..

Macam aina, b4 this pernah bercinta 7 thn than clash sma2 ader degree, than tunang sama2 ade degree jugak..tp last2 aina nikah ngan srg lelaki yg ader diploma jerk...xder degree pun..

aina putus ngan yg ex bf sbb lps study walaupun degree dia xder keje asyik minta duit tu yg mls la.. ngan lelaki mcm tu xder usaha even ader degree 

Than aina tunang ngan mechanical engineer ..aina civil engineer..mmg org ckp sekufu la..kan tp putus jugak ..awl2 ok br tunang sebulan dh mula control2 ..aina slalu kj kat construction site dia lak keje kat kilang..dia xder trust la.. mmg pyh..than mmg x dinafikan even kami sm2 ader degree tp gaji mechanical engineer kat kilang berapa jerk (kalau fresh grad.) kalau nk di bandingkan civil engineer. dia mmg harapkan ot utk support smua...than satu ari nk dijadikan cerita dia leh lak jelous2 ngan aper yg aina ader..mmg fmly dia pun x ok menyebabkan aina mmg xleh bla la..ngan dia..kami putus

Than lps putus aina focus keje..bgn pg terus g keje ..blk keje selagi x gelap mmg x blk lg..smpai aina leh ader umah double storey kat jb ni, ader kete tp kan mcm ader rs kekosongan di hati..ddk umah srg2 terpk smpai bila nk hidup srg2 ni than aina slalu doa pd Allah temukan la.. aina ngan lelaki yg ader ilmu dlm agama islam, n mengamalkannya..bertanggungjawab..kuat berusaha n yg plg penting setia n syg sgt pd aina..ms tu aina x pk sgt pasal duit ..sbb kl pk nk cr lelaki kaya ader byk duit..aina pun alhamdulillah cukup duit, nk ckp pasal lelaki dh ader kete n umah..aina pun dh ader..

last2 aina jumpa ngan husband TT tau dlm YM tau..mmg x sangka2 dia study diploma ke bhgian automotive, tp skrg kj gov.ms apply gov lak dia guna spm dia jerk sbb kl spm org ckp senang dpt msk gov. nnt dh msk br apply ikut diploma dia, so kl pk2 kan skrg level spm la.. 
tp aina x pk sgt pasal gaji dia berapa asalkan dia keje tetap. kdg2 ader jerk org hantar kete suh dia betulkan..dpt ar side income kan..

lps kawin ni, mmg truely aina mmg blk kj lambat hubby blk kj kul 5.dia mmg byk sgt membantu wat keje umah, basuh baju lipat kain kemas umah leh dikatakan smua dia wat..kl dia tau masak mst dia dh masak tggkan dia x pandai masak..

kalau nk kata segan dpt hubby bawah diri kita ..bg aina wat pe nk segan, kita leh jerk ajar dia mcm ner style kita..n kita pun leh jerk follow style dia btl x..mcm aina kdg2 ader dinner ngan org besar2 ke aina slalu bwk dia jugak b4 tu suh dia berlatih ngan suasana yg korporat dulu..skrg aina kawin dh setahun, dia dh pandai follow stlye aina..n aina dh blh follow style dia...

Kalau pasal kewangan, bohong la.. kalau ckp xder dugaan, b4 kawin ngan dh kawin lain..mcm ner pun aina berpegang pd agama kita, kat tmpat keje aina engineer tp bila kat umah aina isteri yg mmg kn hormat pd suami,
mcm bulan2 nya hutang ke mmg x nafikan umah aina byr sbb rumah mmg aina punya kl nk suh hubby byr sian kat dia, tp makan pakai aina smua dia support..
kdg2 kita sbg org perempuan ni slalu mengeluh tau ..knp suami kita xleh bg mcm ner yg kita nk tp aina pk2 blk knp dulu aku kawin ngan dia sbb aper atas dasar aper.. 
teringat blk yg aina kawin bkn sbb dia berpendidikkan, bergaji tggi n kaya tp sbb hati budi dia , tanggungjawabnya, setia n syg dia pd aina..
So kesimpulan nk kawin ni pk masak2 dulu, kaya atau x bakal suami kita tu belakang kira yg penting TT ader kj dulu..study n keje lain .. kdg2 blajar mmg power mcm TT ambik law kan...aper org ckp bakal jd lawyer ..baru bakal tau lom dh jadi lawyer so mcm ner situation kj tu TT pun x tau nasib TT mcm ner...

Pasal kawin lak..biar kawin kerana Allah jgn kawin sbb nk jd kaya, nk dpt anak atau lain2 tp biar ikhlas kerana Allah..insyaAllah mst Allah akan bg rezeki nya pd org yg berusaha...



This comment was a response to a girl (lawyer to be) who is currently in a relationship with a guy (kelulusan sijil je) who works as a technician. Despite of his education's level, he is very hardworking, high motivated, and has good attitudes. This girl loves him but she is now confuse with people around her who seem judgmental with her choice (bf).  So, what say you?


p/s : Why? Why are these narrow minded people still exist? A degree, master or Phd won't promise you happiness in a relationship. Trust me.

19 May 2012

Hari Sabtu.

Bersepah-sepah

Semalam, sampai je depan rumah di Kulim, tengok depan rumah dah penuh dengan batu bata, pasir segala sampai nak park kereta pun susah. Mula nak marahkan jiran sebab jiran jemiran suka sangat nak renovate rumah. Takda port nak parking, last-last parking senget-senget, himpit-himpit. Kesian oranje, mesti tak selesa. Masuk je rumah, tengok memang dah tunggang langgang. Rupanya rumah sendiri yang renovate, pastu nak salahkan jiran pulak. Hish, anak sapa lah ni.

Tanya mama, nak renovate rumah ni, pastikan bilik aku tak kacau. Rimas sangat kalau bilik aku pun terkena sekali. Tak selesa. Dulu masa renovate rumah, ya Allah. Rimasnya. Dengan habuk, debu. Rumah tunggang langgang, bising, orang luar masuk sesuka hati. Rimas betul. Mama cakap, bilik aku memang tak kacau. Sekali abah cakap, bilik aku pun kena. Aduyaii. Malasnya camni. Tapi nasib baik tukar tingkap dan kipas je. Tukar ke tingkap yang jenis sliding. Orang lain dah lama pakai sliding window, aku baru nak pakai. Hehe. Kipas bilik, aku rasa tak perlu tukar sebab aku tak pernah guna pun. Kipas tu walaupun baru beli tapi dah bengong. Aku bukak speed maximum, tapi pusingnya macam speed dia 1 je. Dahla pusing pun macam nak tercabut je. So, aku pakai kipas dinding. Aircond pun ada. Bilik aku sampai 2 kipas dan satu aircond. Jadi macam membazir je kan, nak tukar kipas siling tu. Aircond dah ada, kipas dinding dah ada. Tapi abah tu, mana boleh kita tegur. Dia nak jugak tukar. Okey, up to you. Bukan duit sayer. Kui3.

Mama cakap, nak renovate rumah ni nak bagi selesa. Kot-kot nanti caq nak kawen ke, rumah pun dah cantik sikit. Hehe. Ma cakap sal kawen pulak. Bila tu ek anak mama ni nak kawen? Heheh. InsyaAllah, satu hari nanti kawenlah anak mama ni. :)

p/s : Masih ingat lagi si stalker yang saiko dahulu? Aku tak sangka dia sangatlah saiko sampai rumah aku and no plat kereta aku pun dia tau. Scary jugak kan? Tapi sekarang rasanya macam dia dah insaf kot. Harap-harapla..

16 May 2012

Selamat Hari Guru !



Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru-guru, para pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar kepada aku, kepada semua rakan seperjuangan aku dan juga kepada semua yang bukan bergelar guru sekalipun tetapi telah membimbing aku untuk menjadi insan seperti yang aku telah kecapi hari ni.  Aku sendiri kekadang tak percaya yang aku sendiri telah menjadi seorang guru. Membawa nama seorang guru itu bukanlah senang. Kekadang aku rasa aku masih belum layak pun untuk membawa nama seorang guru kerana seorang guru adalah seseorang yang dianggap mulia. Kena berperangai seperti seorang guru, bercakap seperti seorang guru, berpakaian pun haruslah seperti seorang guru. Akan aku berusaha untuk menjadi seorang guru yang baik. InsyaAllah.


tadi PPD ada bagi hadiah satu bijik kek besar punye sebagai hadiah hari guru..

Okey tamat kisah Hari Guru, kita masuk bab lain pulak.

Ni cadar baru aku. Segan pulak takda katil. :p

Selimut tu dah lama sebenarnya tu. Dari zaman aku Uitm S.Alam lagi tu. Sebenarnya tu adalah comforter. Comforter yang nipis. Aku beli di Tesco Shah Alam satu set cadar single dengan dua pillow case dengan comforter rm20 je. Murah gile kan? Dahla aku suka sangat design dia. Bunga-bunga ros. Rasa macam setiap malam tidur di atas kepingan bunga ros yang wangi. Hehe. Tapi di rumah sewa aku ni sangat-sangatlah sejuk bila waktu malam. Setiap malam aku terbangun kesejukan dan terpaksa tutup kipas, Tu belum kalau waktu hujan. Memang sejuk sangat dan selimut ni macam tak dapat memanaskan aku. Tunggu nanti-nanti aku beli selimut baru. Macam-macam warna leh masuk dengan cadar aku ni kan? Aku leh beli selimut merah, kuning, oren, hijau pun boleh. :)


Dah lama dah dapur elektrik ni, sejak aku di UKM lagi.

Tadi balik dari kerja, rasa lapar. Malas nak beli kat luar, nak cuba berjimat. Jadi kena lah rajin memasak. Tengok bahan-bahan pun dah tau kot aku masak apa tadi. Aku kononnya nak masak pasta carbonara. Semua bahan dah ada kecuali full cream milk. Malas pulak nak gi keluar beli, jadi aku buatlah suka hati aku. Dan mestilah tak jadi sebab tak cukup pekat. Hahaha. Takpa janji kenyang. Lain kali, cuba lagi, kali ni dengan susu.

15 May 2012

Adakah ini dinamakan curang?

Semalam secara tak sengaja terbaca email bf yang dia hantar kat kawan keja...
Memang rasa sakit hati sebab cara dia macam curang...adakah ini persaan saya saja atau memang dia sebenarnya nak cari yang lain? Tolong..tolong. Saya baru kenal dia 6 bulan...cara dia buat saya sangsi. Rasa nak minta putus je...tak tahan dah. Selagi belum terlambat..email ni dia hantar kat perempuan sabah satu tempat keja dia

BF: salam ,,hye,,,lm x nmpk,,,sombong nye die~~
Perempuan: salam jugak...,
x nampk coz lama x dtg lab kan...
BF: He3,,,bknx nk dtg,,malu bah~~sihat?
Perempuan: sihat...
awakk?
BF: Sht jgk,,,dh break?
Perempuan: dh jam 8 pg td...
BF: Bru nk ajk awk g break,,he3,,
Perempuan: x apa...
BF: Ui,,sombongnye,,xpela,,,he3…
Perempuan: manade sumbungnyea...heheheh
BF: He3,,,klu mcm tu nnti kte mkn sme ye,,blh?
Perempuan: Bole bh kalo ko..
BF: He3,,yke nie? Dduk kt mn ye? Hostel ke rumh sewa?
Perempuan: Rumah sewa depan ni je..
BF: Dduk ramai2?
Perempuan: Ber-3 jea…x pulg lg ke?

BF: Blum,,bnyk kje,,,dah break?
Perempuan: Xde nye nk break….hehehe
BF: Dh break ke? he3,,,awlnye,,,


Perempuan: Xde break bh…coz nk pulg dh jm 8 nie..
BF: BKN PKUL 7 KE?

Perempuan: Bukan la…I under engg so balik nya pukul 8 mas dong ah..
BF: Sme la,,he3,,tp sy blik pkul 10,,,
BF: Slamat pagi~~

Sebelum tu, biar aku bagi pencerahan sikit. Kes di atas ni aku copy paste dari sebuah forum yang selalu aku baca. Kisah seorang perempuan yang sangsi dengan bf dia. Macam-macam pendapat lah yang orang bagi. Ada yang cakap, macam ni, belum dikatakan curang, ala biasa lah borak-borak dengan rakan sekerja kan? Ada yang cakap, ni sebenarnya dah bibit ke arah kecurangan. Macam sengaja nak test market, kalau pempuan tu layan, then boleh buat stok awek. So, korang rasa camne?

p/s : kalau aku berada di tempat pempuan tu, ha mengamuk sakan dah aku. :p

14 May 2012

Yesterday

I had this. Steak and cheese.

This was my first time having my meals at Subway. A very sincere confession of mine. Haha. Em. Okay, the taste was not bad but it is a bit pricey, i guess. I don't know about you.




and he gave me this. I love you too. :)

Look at my new bed cover. It was on sale so i have no choice but to buy it. Hehe. Colourful and the colours have brighten up my dull room. Yeay ! Thinking of buying a bright yellow or red blanket to match it. But i don't really need it right now. I can use my old blanket. Try to live with what you already have, Waniey. 

p/s : watched Dark Shadows by Tim Burton. I expected more from a movie directed by him with Johnny Depp as the lead actor.

13 May 2012

Bertahan dengan yang Sedia Ada

teruknya rupa. -_-'

Rasa macam baru beli je purse ni. Tapi bila dikira-kira dah nak dekat setahun aku guna.Tapi aku tetap jugak rasa purse ni rosak cepat. Hurm, nampak sangat aku ni selalu keluarkan duit dari purse aku sampai purse rabak camni. Hehe. Purse ni dah masuk tong sampah. Aku cuba untuk simpan hasrat nak beli purse baru. 

RM10 jer..

Buat sementara ni, aku guna purse ni. Purse ni aku baru beli sehari di pasar malam. Lepas tu keesokan harinya aku terus pegi beli purse yang aku tunjuk sebelum ni. Kira purse belang ni, aku baru pakai sehari, then aku simpan je dalam laci. Tak pandang langsung dah sebab masa tu dah ada purse baru. Tapi sekarang bila purse hitam tu dah rabak, baru nak selongkar laci cari beliau. Aku nak cuba bertahan guna purse ni dan takmau beli purse baru. Aku nak cuba hidup serba sederhana. Nak cuba bertahan dengan benda yang aku masih ada. Bukan macam dulu, asal benda tu rosak, atau benda tu aku teringin, terus pegi beli, tak tunggu walau sesaat pun.Tapi sekarang cuba sangat nak berubah. Walaupun purse ni sangatlah tak best sebab ruangan letak kad adalah terhad, ruangan letak coins pun terhad dan ruangan letak duit kertas pun kecik. Tapi takpa, aku rasa tak mati pun aku dengan segala kekurangan tu. Aku cuba hadapi. Mungkin bila dapat gaji hujung bulan, baru aku boleh fikir beli yang baru atau mungkin gaji untuk 2 bulan seterusnya baru aku beli atau mungkin tunggu sampai purse ni rabak serabak-rabaknya, baru aku beli baru.

Sebenarnya banyak lagi yang aku nak beli. Sarung cadar baru sebab baru-baru ni aku beli cadar tu, dia kecik pulak tak muat tilam aku. Muat separuh lebih sikit je. Pastu nak beli jam dinding letak di bilik aku sebab susah takda jam dinding nak refer bila tengah bersiap nak pi sekolah awal pagi. Pastu nak beli cardigan.Pastu nak repair cd player kereta yang dah rosak. Pastu nak beli jam tangan b.u.m baru dengan alasan, jam yang sekarang aku pakai tu, sayang nak pakai hari-hari sebab takut diamond dia makin banyak tercabut. Satu diamond rm7 woo. Setakat ni ada 6 diamonds dah tercabut. Jadi nak beli jam baru yang lebih tahan lasak untuk dipakai hari-hari. Pastu nak beli lens baru. Pastu nak beli bantal peluk baru sebab kat rumah sewa takda bantal peluk.

Bila aku dah senaraikan mengikut kepentingan, aku dapati satu je yang betul-betul penting yang harus aku beli iaitu lens. Sebab ni melibatkan mata aku. Dah lama aku pakai lens ni dan tak bertukar. Tapi aku boleh guna spec aku sebagai option lain.Tapi hurm. ntahla. Mungkin ini pun kurang penting? Tapi aku memang perlu lens sebab hari-hari aku pakai lens. Cuma di rumah saja yang aku pakai spec. Hm, aku akan beli lens dan cuba mengabaikan senarai aku yang lain yang tak penting tu. Cuba untuk hidup secara sederhana dengan apa yang sedia ada. :)

12 May 2012

Hari Sabtu.

Ayam tak habis. Membazirnyaaa.

Baru balik dari Mcd. Tadi aku order chicken foldover, ayam goreng 4 ketul, air dan eskrem mcflurry perisa horlicks tu. Memang sedap sangat aiskrim tu. Ada kepingan rangup macam nestum dalam tu. Banyak betul aku makan. Haihh. Baju pun dah makin ketat. Tapi nak buat macam mana, dah senang hati dan tengah bahagia kot, sebab tu makan banyak. Muka pun makin bulat. Malam ni masih takda idea nak bawak mama dinner kat mana. Western ke tomyam? Nanti bincang dengan adik. Esok jumpa dengan Encik Sayang lagi. Gemuk lagi. Mr. Love, i blame you for all these.

Tadi pergi rumah jiran, tengok apa yang patut. Plan asal, nak pergi tunjuk muka dan tolong apa yang patut. Tak merancang pun nak mengikut sekali rombongan meminang. Tapi sekali abah memaksa keras suruh aku pi jugak. Pi belajar tengok majlis camna. Aku takmau dan aku buat perangai. Aku dah ada plan sendiri dan abah please jangan rosakkan. Tapi macam biasa, mestilah abah lebih berkuasa dan aku sebagai anak mestilah menurut kata abah walaupun menangis-nangis takmau pi. Bila lah aku nak matang? Hmm. Tapi tetiba abah dan mama tak jadi ikut rombongan dan aku pun meneruskan plan yang telah dirancangkan. :) Alhamdulillah.

11 May 2012

Hari Jumaat

Baru sampai Kulim. Letihnya. Esok jiran aku bertunang. Mesti kena pergi tunjuk muka dan tolong apa yang patut. Hm. Tengah memikir nak bagi hadiah apa kat mama untuk Hari Ibu. Sekarang ni, nak sambut apa-apa hari pun kena berhati-hati. Haram katanya. Ustaz Azhar Idrus cakap sapa yang nak akhlak dan akidahnya rosak, dipersilakan sambut hari Ibu kerana hari Ibu merupakan hari memperingati Hari Ibu Gereja apa ntah. Aku tak boleh nak komen apa-apa kerana aku masih belum cukup ilmu agama di dada untuk mempersoalkan hukum-hukum Allah. Yang aku tahu, aku sayang mama dan aku sambut hari Ibu adalah sebab aku nak mengingati jasa mama. Nak bagi mama rasa special. Memang orang selalu cakap bagi mereka hari-hari adalah hari ibu bagi mereka. Ya sama juga macam aku. Cuma kekadang akibat kekangan masa, aku terlalu sibuk dan tak dapat spend time dengan mama. Jadi bila dah ditetapkan hari ibu pada 13mei, hari itu adalah satu peringatan untuk aku supaya sentiasa menghargai mama. Love you mama. Walaupun kita selalu tak sependapat tapi caq sayang mama. Muahh.

09 May 2012

Barang Online

Haritu aku survey barang-barang online.Macam-macam jenis. Selalu terdetik nak beli tapi tak pernah terbeli. Setakat ni, aku hanya membeli lenses online dan sticker kereta online. Lenses beli online sebab murah dan boleh dapat power yang sebanyak aku. Sticker kereta sebab aku sendiri yang design dan mintak mereka tolong print kan. Pernah terlintas nak beli beg dan kasut tapi selalu tak jadi sebab mostly barang online agak mahal dan aku yakin aku boleh dapat lebih murah di luar. Tapi, ada satu online shop yang menjual kasut ni aku terpikat jugak sebab boleh custom made. Cakap je, nak kasut macam mana, warna apa, tapak tinggi mana, mereka akan design dan siapkan untuk kita. Walaupun mahal tapi berbaloi dan susah nak cari kedai kat luar yang boleh buat custom made.

Haritu jugak tertengok ada blogger famous menjual tudung. Mahal gila. Aku tengok tudung yang sama di luar berbeza betul harganya. Tapi rezeki dia kot sebab dia famous, semua tudung dia kejap je habis walaupun tudung simple tapi mahal gila. Untunglahh. Kat pasar tempat aku banyak tudung-tudung yang murah-murah. Bawah rm12 je kebanyakannya. Beg pun sama, aku belum pernah beli beg melalui online sebab aku rasa mahal la. Kat luar boleh dapat lagi murah trend beg yang sama. Yang lebih mahal sebab kos penghantarannya lagi.

Aku rasa nak membeli online ni memang boleh tapi kena lah bijak. Memang beli online lebih cepat sebab boleh pilih depan laptop je. Tapi kalau jimat masa tapi bazir duit, tak kena jugak. Lainlah kalau orang yang memang tak kisah tentang duit. Aku bukan anak orang kaya jadi aku kisah. Tapi kalau beli online dan boleh dapat murah, memang berbaloi-baloi. Haritu aku belikan sweater melalui online untuk birthday adik, rm100. Mahal. Aku yakin aku boleh dapat murah di luar. Tapi disebabkan, dia berkenan sangat dengan sweater korea dia tu, aku belikan je untuk dia. 

p/s : Ada kawan tanya, aku berminat ke nak jual tudung online. Dia nak jadi supplier. Em, saya tak minat berniaga. Sorry kawan.