Cerita dpd seorg kawan c99limited.com (Sall Bj bru dpt email ni)
Lebih kurang pukul 6 petang 6/5/12, aku masuk hiway Plus dari Kuantan nak ke KL. Aku
maintain 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tgk Inspira makin
dkt dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter dh jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absorber standard, rim & tayar pn standard kilang.
Memandangkn speed dh 200km/j then aku follow je dlm jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. Enjoy, pasal inspira tu rajin hibeam halau kereta ktepi so aku kat belakang dia just follow je la. Time corner jln tk rata aku nampak inspira tu body dh goyang tpi dia ttap maintain speed. Ada juga tdetik nk ptg dia tpi mandangkn aku plan nk crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia.
Tetiba kat depan ada Mitsubishi Lancer 2.0, lane kanan dlm kelajuan 140km/j. Lancer tu tk nk ktepi tpi terus tekan minyak & inspira terus cucuk. Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg blainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lancer.
Aku pn ikut je la dari belakang utk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Klu ikut darah pahlawan time ni sedap ptg kedua2 tu tpi angin tgh baik lagipn lately tk tau la aku mcm gerun sikit nk rembat kaw2, hmmmm mungkin ada hikmah tu. So aku ikut je dari belakang.
Dlm 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pula sbuah bas di blkang antara bbrapa buah kereta yg bawa pd kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk lancer dgn rapat & aku makin menjarakkan sikit demi keselamatn. Ttiba aku nampak inspira, lancer, bas & bbrapa kereta kat depan mcm kacau bilau. Terus nampak lancer melanggar pagar kiri hiway & melintas depan keta aku lalu langgar pagar knan pula & melompat sambil bpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sbelah menghala ke Terengganu.
Sewaktu Lancer tu diudara sbuah kereta dlaluan sbelah betul2 berada dibwh lancer. Nasib kereta tu memang baik, tpi bila lancer dah thempas klaluan sbelah, ada sbuah kereta lain tlanggar serpihan lancer lalu tbabas & langgar pagar.
Kereta Inspira tu aku perasan slow skejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku perlahankn kereta utk berenti aku perasan penumpang lancer yg dduk depan dh kaku. Sebaik je aku berenti aku terus blari ke lancer tu utk membantu. Aku antara org terawal sampai & masa aku tgh melintas pagar kat tgh hiway utk klaluan sbelah ada sorg brother yg blari lebih awal bagi tau ada baby kat tgh jln. Ya Allah!! menggigil kepala lutut aku & rasa sebak cam nk nangis nampak baby yg aku rasa baru bbrapa bln tcampak kluar & ada dtengah2 jln. Aku terus jerit brother tu suruh angkat baby yg tgh menangis tu. Brother tu mcm panik tpi aku jerit suruh dia angkat.
Syukur kereta dlaluan itu semua berenti. Aku pergi kat lancer tu & ada org suruh mangsa mengucap. Bila aku tgk kedua penumpang dh diam. Aku nampak penumpang depan perempuan, masih ada seatbelt & airbag dh kempis. Kepala penumpang dh tunduk kdpn tpi aku yakin tengkok patah sbb nampak tulang tengkok mcm nk tkeluar. Dia dh tk bnyawa. Aku periksa pemandu lelaki, masih pakai seatbelt & airbag dh kempis. Pemandu itu pn tlentok kaku. Ada kesan lebam dleher. Aku yakin dia pn dh tk bnyawa.
Aku terus pesan pd dua tiga org yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dh tk bnyawa. Apa2 hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas & aku pn bersihkn serpihan lancer tu utk buka jln. Aku tnampak bbrapa document peribadi mangsa atas jln terus aku kutip kumpulkn satu tempat.
Aku periksa baby tu, dahi dia luka. Nampak isi warna putih & bdarah. Aku terus kumpulkan beg2 yg tcampak keluar & utk cari beg baby lalu aku kumpulkn stempat. Alhamdulilah ada sorg pakcik & anak perempuan dia dtg bantu pegangkn baby itu. Aku keluarkan tuala dari beg baby utk ttup kepala dia. Aku cari susu tpi dh takde dlm beg. Aku selongkar beg mangsa utk cek document yg mungkin blh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tpi semuanya cuma document peribadi mangsa & takde no ahli keluarga mangsa.
Dlm masa 20 minit lepas kejadian ttiba ada pakcik tu ambil phone mangsa & call ahli keluarga mangsa. Rupanya ada ahli keluarga mangsa convoi bsama mangsa hampir sampai ktempat kejadian. Bila ahli keluarga mangsa sampai terus kita suruh ambil baby dulu & hantar khospital.
Aku rasa mcm nk ambil gambar mangsa tpi tk sampai hati. So aku ambil gambar kereta mangsa sja dari depan. Pastu dlm bbrapa minit polis, bomba, ambulan pn sampai.
Aku kat tempat kejadian dlm sejam & berulang2 kali aku tpaksa cerita dari awal hingga akhir. Sempat juga aku cerita pd ahli keluarga mangsa yg dtg ambil baby tu.
Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata accident 200km/j. Dlm masa bbrapa saat, 2 nyawa melayang, baby tpelanting keluar kereta & baby yg tk tau apa2 khilangan ibubapa selamanya.
Aku teruskan perjlnan ke KL dgn kelajuan yg tk sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah trauma & ketakutan. Dlm kereta sunyi sepi tk bborak, radio pn tk on. Sampai tol gombak bru aku buka radio & cuba bcakap dgn wife aku utk tenangkn dia.
Maaflah, tulisan nya haluih sangat. Mungkin sebab aku copy paste dari FB kot.
Lepas je baca cerita di atas, terus bulu roma aku berdiri. Nape? Sebab pertama, aku pengguna tetap highway, sebab kedua, aku suka memandu laju. Sejak-sejak aku pakai Oranje ni, memang berdesup je aku drive. Dulu masa pakai Kancil Abah pun laju gak sebenarnya, tambah-tambah masa nak gi kerja mengajar tuisyen dulu. Auto pun aku laju, manual pun aku drive laju gak.
Tapi tengok keadaan jugak, kalau dah jalan tu banyak sangat kereta, aku drive slow-slow je. Kira aku akan drive laju kena pada tempatnya. Jalan yang lurus dan agak selamat untuk memecut dengan laju. Hahaha. Padahal aku rasa, tiada istilah laju kena pada tempat. Kemalangan tak kira tempat, nyawa, pangkat. Kan orang kata malang tu takdak bau. Tau-tau ja, dah eksiden. Tak sempat nak bau pun.
So, kat sini aku nak cerita bila aku drive di highway. Aku tekan sampai 150km/j. Memang laju bagi kereta kecik dan ber cc rendah macam Oranje comel tu. Kesian pulak Oranje bila aku fikirkan balik. Dahla beliau tu kecik je. Nak jugak aku paksa dia lari laju-laju. Tapi lagi kesian kat aku kalau eksiden. Kan?
150km/j memang laju sebab bila aku nak brek, bergegar-gegar Oranje tu. Aku tau memang bahaya, tapi nape nak drive laju-laju gak? Ntahla, macam bosan je maintain 110km/j. Pastu jenis aku ni camni, kalau lorong kanan iaitu lorong laju tu takde memana kereta, mesti aku nak menguasai lane tersebut. Hehe. Ni stail penakut ni, tunggu takdak kereta baru nak tunjuk kuasa. Hehehe. Tapi kekadang saje nak tunjuk best, cucuk kereta besar2 yang suka bajet best duduk lane laju tapi bawak slow nak mampus. Kereta-kereta camni, berlagak best. Mentang-mentang depa bawak kereta besaq kan.
Pernah sekali tu, aku memang tekan sampai 150km/j. Tetiba di lorong kiri, iaitu lorong perlahan, ada lori rosak ke pembinaan jalan ntah, so depa letak kon-kon dan menghalang laluan kereta di lane kiri. Jadi kereta di lane kiri semua pakat nak masuk kanan. Dan depa lak masuk kanan memang tak tengok belakang ada kereta ke tak, pastu selow nye Ya Allah, sabaq je lah. Aku ni tengah sedap laju, tetiba ada kereta kat depan aku, menggelabah jugakla nak tekan brek. Dahla tak boleh nak brek mengejut. Aku tak tau lah apa kesannya kalau tengah laju then, kita tekan brek dengan pantas. Memusing kot kan? So, aku tekan sikit je brek, tu pun dah bergegar-gegar.
Ada jugaklah time aku drive slow je kat highway. Masa tu mungkin aku nak menikmati angin petang. Bukak tingkap sambil dengar cd dan maintain je 110km/j. Jimat minyak pun ye jugak. Kajian aku mendapati, kalau aku bawak laju, minyak cepat habis. Kalau bawak slow, minyak berkurang sikit je.
Itu dekat highway, kalau dekat jalan biasa? Aku rasa aku bawak biasa-biasa je tapi selalu sangat kena marah dengan abah sebab aku bawak laju. Adik pun kata aku ni jenis tak sabar. Nak memotong je kerja aku. Bagi aku, biasa ja aku bawak, tak laju pun. Mungkin kita yang drive ni tak perasan kot kan. So, kalau drive dengan abah, bersedialah untuk stress. Hahaha. Samada stress sebab kena dengaq abah bebel atau stress sebab kena bawak slow.
Hm, nasib baik aku ada Oranje yang ber cc kecik je. Camne kalau aku ada Forte ke, Vios ke, Honda ke, kereta yang ber cc besar. Mesti aku lagi sedap menekan minyak. Sebab, kereta besar ni,memang tak terasa tau kalau tekan minyak. Kalau tekan minyak sikit je dah laju macam apa lagi. Sebab tu selalu kereta-kereta besar ni selalu dipandu laju. Macam kes kat atas tu, sampai 200km/j dia bawak. Bagi dia, dia tak terasa laju. Kalau bawak kereta kecik, memang terasa bergegar kalau laju sangat. Itu aku belum try drive Nissan xtrail mama tu. Camna ek, kalau aku drive kereta tu kat highway, mesti lagi sedap kalau bawak laju, smooth je, takda gegar-gegar. Sampai sekarang aku baru sekali je drive xtrail tu. Aku rasa macam menyusahkan sangat nak drive kereta besaq-besaq ni. Tapi teringin jugak nak drive. Dulu drive sekali, memang siok. Rasa tinggi. Sekarang ni, adik je la yang dok bawak kereta tu.
So, sekarang ni, kesan dari cerita kat atas tu, membuatkan aku insaf. Kat highway memang aku slow je. Takut lak bila ingat cerita tu. Kalau ada kereta potong, aku akan menyabarkan diri sendiri supaya tak rasa tercabar. Hehehe. Pandu cermat, jiwa selamat okey?
p/s : Jangan lupa mesti ada jarak antara kereta anda dan kereta di hadapan anda sewaktu memandu. :)
1 comment:
mak aiii ni jarak mata aku dgn monitor pc pn dh rapat sbb nak bace ape yg ko tulis..
tp mmg betol pn, jarak kereta mmg penting.
tp kdg2 slh org lain tp kte gak yg kene..
Post a Comment