Sepanjang minggu ni ada peperiksaan jadi tak perlu masuk kelas mengajar (Yeayy!). Tadi masuk kelas Tahun 1. Anak-anak seramai 7orang ni, bisingnya macam 40 orang. Aku masuk ulangkaji subjek English apa yang patut memandangkan Khamis ni exam subjek English. Selesai sudah mengajar dan revise balik apa yang aku dah ajar dulu-dulu, aku siapkan kerja aku sikit, sementara dorang main-main, borak-borak. Memula tu, aku tengok dah ada bibit nak main kejar-kejar sampai sorang ni tersepit celah almari -_-'. Buaih sungguh. Kena jerkah dengan aku, semua terus duduk tempat masing-masing. Tapi duduk pun tak macam duduk pun. Mesti nak berdiri. Budak-budak memang gitu. Tambah-tambah Tahun 1. Aku kekadang malas nak marah, kalau dorang tak duduk. Biar je lah. Marah pun bertahan berapa minit je pun, lepas tu mesti bangun. Kalau nak jawab soalan, kalau angkat tangan, mesti bontot pun terangkat sama. Percayalah. Itu lebih baik dari yang mengangkat tangan sambil berjalan ke meja aku, semangat gigih nak menjawab. Tu belum, sambil angkat tangan sambil lantang menjawab dengan mata penuh bersinar, kaki melangkah ke meja guru dan suara penuh kuat betul-betul tepi telinga aku. "Sudah! Sudah! Pegi duduk! Sakit la telinga cikgu ni. Siapa yang tak duduk, cikgu takmau dengar jawapan dia." Semua terus duduk. Tapi tak duduk pun, cuma balik ke tempat masing-masing, satu tangan letak atas meja, satu tangan angkat, kaki mesti jinjat (betul ke ni? Aku tak pasti perkataan rasminya apa). Begitulah gelagat anak-anak aku. Selalu buat aku pening tapi aku sayang sangat semua.
Jadinya tadi (mukadimah nak panjang je kan? ;P) masa aku tengah buat kerja sikit, bebudak ni berborak lah. Memula elok je berborak. Sekali tu dah macam berdebat dah. Aku masih membiarkan, sebab aku nak dengar. Topiknya macam menarik. Apa topiknya? Topiknya adalah dorang sibuk mempertahankan parti politik masing-masing. Harus diingat bahawa mereka ini adalah berusia 7 tahun. Masing-masing sibuk mempertahankan parti politik masing-masing dan menjatuhkan parti politik yang satu lagi tu. Aku dah tak tahan dan mula menyampuk bila sorang murid ni mula mengeluarkan perkataan yang tak sedap didengar dan sangat tak sesuai diucapkan oleh seorang kanak-kanak. Budak ni cakap sambil sengih-sengih. Dia pun tak faham apa yang dia cakap tu benda yang tak elok. Aku tegur, dan aku aku uji sikit. 'Apa yang kamu bincangkan tadi?' Budak ni pun cakap lah 'Cikgu betulkan ______ dia ni jahat dan suka guna duit orang?' Aku pun tanya, kamu kenal ke __________ tu?' Dia cakap kenal dan budak ni bagitau apa jawatan si _______. Hm. Aku terfikir, pandai jugak budak ni. Tapi dah gunakan kepandaian dia ke arah yang tak betul. Haiii, aku tanya 20-1 pun jawabnya 1000, ada hati nak bersembang politik pulak dalam kelas kan?
Siapa yang bertanggungjawab? Aku tak kisah pihak lain nak berpolitik (tapi plis jangan nak berpolitik tepi telinga aku sebab aku tak suka). Nak berpolitik, silalah gunakan saluran yang betul. Jangan sampai anak-anak sekecil ni pun terpengaruh. Harap-harap budak-budak ni takda lah yang bergaduh tak nak berkawan hanya sebab perbezaan parti politik macam orang-orang kita ni. Berbeza sikit aliran politik, terus nak bergaduh sana sini. Rimas laa aku. Huh. Lepas tu, semua benda nak dikaitkan dengan politik. Beli nasik lemak kat kedai Makcik Leha (bukan nama sebenar) pun dikaitkan dengan politik?? Adoi. Pingsan sa baa.
No comments:
Post a Comment