03 January 2010

a conflict between a teenage girl and her dad

.
Simple Plan - Perfect
.
Hey dad look at me
Think back and talk to me
Did I grow up according to plan?
Do you think I’m wasting my time doing things I wanna do?
But it hurts when you disapprove all along
.
And now I try hard to make it
I just want to make you proud
I’m never gonna be good enough for you
I can’t pretend thatI’m alright
And you can’t change me’cuz we lost it all
Nothing lasts forever I’m sorry
I can’t be perfect
.
Now it’s just too late and
We can’t go back
I’m sorry I can’t be perfect
I try not to think
About the pain I feel inside
Did you know you used to be my hero?
.
All the days you spend with me
Now seem so far away
And it feels like you don’t care anymore
And now I try hard to make it
I just want to make you proud
I’m never gonna be good enough for you
.
I can’t stand another fight
And nothing’s alright
Nothing’s gonna change the things that you said
Nothing’s gonna make this right again
Please don’t turn your back
I can’t believe it’s hard
Just to talk to you
But you don’t understand
.
.
aku tengah bercakap pasal sapa ni?
pasal aku ke?
tapi aku bukan teenange girl dah.
aku dah melepasi alam tua remaja.
sekarang dah tua remaja dah.
(masih mahu mengaku diri, remaja)
.
aku bercakap pasal aku lah.
ketika aku maih remaja dulu.
lagu di atas ni memang menjadi lagu feveret aku masa aku berumur 14-16 tahun
setiap patah lirik tu memang aku hayati gilagila ah.
aku rasa memang setiap perkataan tu memang kena sangat dengan situasi aku pada waktu tu.
aku rasa lagu tu memahami aku.
.
setiap kali lagu tu keluar kat tv,
tak silap aku ntv7.
dulu kan ntv7 selalu tunjuk lagu-lagu latest gak.
setiap kali lagu tu ada kat tv,
memang aku akan nyanyi dengan penuh perasaan la.
memang hafal lah lagu tu.
kan dalam video klip tu,
simplen plan nyanyi dalam ujan, atas bumbung kan,
aku pun dok berangan la nyanyi dalam hujan sambil lepas perasaan.
lagu tu dinyanyikan dengan perasaan sangat kecewa.
.
aku nyanyikan kat sape lagu tu?
kat abah aku la of course.
jiwa remaja aku dulu sangat lah memberontak.
aku rasa abah mama tak sayang aku.
sayang kat adik aku sorang je.
dia lah yang hensem,
dia lah yang rajin,
dia lah segala-galanya.
walaupun nak banding dengan aku, dia kureng pandai sikit dulu (mampus kalau dia baca. haha)
tapi abah mama selalu cakap camni.
'adik tu rajinnn, walaupun tak berapa pandai tapi rajinn'
nyampah gila lah aku waktu tu.
kenapa perlu dibandingkan??
nak buat camna kan, dah dua beradik ja.
camni lah.
.
so, makin lama aku makin tak suka dok rumah aku tu.
terasa diri dipinggirkan.
rasa macam aku ni anak angkat pun ada.
hahaha.
yelah, adik tu putih gila,
aku ni itam je pun.
tah-tah abahmama kutip aku kat mana-mana ke.
aku sanggup selongkar almari, check surat beranak aku.
jumpa dan tgk mmg ber binti kan abah aku.
tapi tak puas hati lagi tu,
sebab aku ingat mesti ada lagi satu surat beranak aku yg ori nya.
yang bukan ber bin kan abah aku.
cari-cari tapi takda pun.
hahahah.
.
bila aku semakin memberontak.
mula lah nak buat hal kat sekolah.
bape kali gak abah aku kena panggil dgn pengetua.
hahaha.
korang ingat aku ni baik ke dulu.
aku ni nakal gila tau.
ponteng skola, ponteng kelas, ponteng tuisyen.
sampai org cop aku ratu ponteng.
tapi aku takdalah terlibat dgn aktiviti sosial tu
mcm merokok ke, keluar dgn jantan ke ape ke.
aku cuma dok mereng sekor2.
dok pikir menda yg bukan-bukan.
.
kalau lah apa-apa yg rosak kat umah,
abah mama suka tuduh aku.
tak tuduh adik pun?
tu yang membuat aku nak lari rumah tu.
dok berkurung ja dalam bilik.
tulis diari lah apa lah.
hehehe.
tetiba rasa kelakar bila ingat balik.
.
bila nak dekat pmr,
makin terasa bahang tensennya.
abah aku pulak slalu kata
'abah tak yakin pun caq dpt 8a, asyik main ja. tah-tah satu a pun xdapat'
fuhh,
kecewa gila lah aku masa tu.
dah org cakap camtu,
aku pun give up lah.
jadi malas nak stadi.
lantak lah apa nak jadi pun.
abah pun tak mengharap pun.
jadi buatpa aku nak stadi.
takda guna kot.
.
masa tu aku mengasingkan diri dari mamaabah.
jarang sangat aku nak berborak dgn dorang.
kira masa tu, adik aku lah permata hati dorang.
.
sampai la result PMR diumumkan.
aku dapat teruk gak la.
3A 5B.
memang seperti yang diduga kot.
.
balik rumah,
lagi tension.
sebab abah mama dok perli-perli.
tensen doee.
nangis gak aku.
.
pastu aku dah takmau skola tu.
banyak sangat kenangan pahit.
kenangan manis pun ada.
tapi dahla.
aku dah emo dengan dua tiga orang cikgu kat situ.
.
so minta skola teknik.
konon2 nak mula hidup baru la kan.
ekekekek.
start aku ting. 4,
maths aku selalu je dapat A,
result yang lain pun better.
cikgu kat teknik pun aku suka
sebab semua nya sangat baik dengan student.
dorang tak kisah mengajar dari basic pun kalau kita taktau.
jadi aku makin suka pulak dengan skolah.
dulu masa skola lama,
skola tu skolah bagus,
menjadi antara sekola asrama harian terbaik di kedah.
jadi, cikgu2 expect yang terbaik dari students.
kalau basic pun tatau,
memang nak kena la dgn cikgu.
aku pulak, mmg lembab btol dulu.
selalu je kena marah dgn cikgu.
tambah2 cikgu maths.
jadi aku benci maths.
.
bila masuk skola baru.
maths rasamcm senang je.
cikgu pun best, comel baik.
suka sangat aku.
tapi math moden la yg aku suka.
add math aku tetap benci gak kot.
ekekeke.
.
so, bila aku naik form 4 n 5,
hubungan aku dgn abah mama makin baik.
mungkin sbb aku tak buat hal sgt di skolah,
prestasi pun makin ok.
.
pastu form 4 n 5,
lagu perfect dari simple plan
dan tak meniti dah di mulut aku.
ehehehe.
rasa mcam lebih disayang oleh abah mama.
sampai la result SPM diumumkan.
aku dapat temuduga untuk TESL untuk program luar negara punya.
aku rasa macam dapat perhatian penuh lah oleh abah mama.
nak apa pun dapat time tu.
suka aku.
adik aku pulak ttba rasa tercicir.
hahahaha.
,
tapi malang sungguh bila temuduga aku tu tak bjaya.
kecewa sangat-sangat.
mungkin sebab yang ni untuk uni oversea jadi peluang agak tipis.
kalau TESL untuk local uni, mungkin aku boleh dapat.
bukan aku yang cakap tu,
ayah sedara aku yg dekan maktab perguruan yang kata.
ntahlah.
yg penting aku kecewa gila nak mati.
.
abah mama lagi la kecewa.
aku rasa aku dah kecewakan abah mama sekali lagi.
;(
.
jadi tiada pilihan,
aku teruskan form 6.
aku memang dah takda mood nak masuk skola balik.
mmg dah bosan gila masuk skola.
jadi aku main-main je masa form 6 tu.
tak sampai seminggu kat form 6,
dapat tawaran law foundation di uitm shah alam
melompat aku.
hihihi.
sbb aku tak suka form 6.
.
dan memberi harapan kembali kat abah mama.
dorang pun gembira.
masa 1st masuk uitm sa tu,
nangis gila masa nak berpisah ng abahmama.
yala, mana penah berpisah.
selama seminggu kot aku berkurung dalam selimut masa kat uitm.
pastu call abah mama nangis2, nak balik.
nak sambung form 6.
tak suka dok situ.
.
lama kelamaan dah biasa,
dan sampailah aku tamat law foundation,
dan sambung pulak kat ukm.
.
aku dah tak rasa terpinggir dah dlm family.
aku sayang sangat family aku ni.
dulu tu biasalah,
baru nak meningkat remaja.
jadi fikiran pun memberontak.
:)
.
ok that's all.
byeee..

4 comments:

saadah saadun said...

wah..
sebijik sama ngan aku..
pmr dpt 3a..
hahaha..
cuma aku tak dapat tawaran buat foundation..
aku cuma dpt diploma investment kat uitm arau..
=)

buddy, m waitin' fer u here.. =')

waNiFarees said...

wah.. aku ingat anak tengah ja ada konflik dalaman camtuh.. aku slalu rasa kak sulong aku disayangi lebey.. hg Pon rasa gak noh.. huuhuu

syafawani said...

kak chaq dulu teknik kulim ka?

intanurulfateha said...

PMR kte dpr 4A. pandai sikit kot. kuikuikui

tp bab selongkar surat beranak tu pun same! siap ngamuk3 ckp anak angkat sbb kite pun itam gak T__T