04 April 2009

di tag oleh cik saadah saadun

memula aku dah masuk tidur. kena tidur awal sebab esok bas pukul 9.45am. tapi tak mengantuk pulak. jadi aku menyahut saranan cik kotak untuk membuat tag ini. jadi, mempersembahkan ...

1. sekolah mana lagi best? menengah ke rendah?
dua-dua best sebab macam-macam kenangan ada. aku kan banyak masalah disiplin dulu. keh3

2. apakah makanan kat kantin yang korang tak boleh lupa?
hm.. aku ada 4 sekolah dulu. jap yer aku nak ingat balik. ok. masa kat smk sultan badlishah, laksa. makan feveret aku dan lepas makan mesti tudung aku comot and bau ikan. hehe

3. subjek yang korang benci dan suka. kenapa?
yang benci masa rendah dan menengah, sudah semestinya matematik. hahah. dan selalu kena sekeh dengan cikgu math. tapi aku berjaya jugak dapat A dlm upsr dan spm (pmr dpt b. huhu )
yg suka, english. tapi speaking berterabur gak. hahah

4. denda yang paling teruk korang penah kena. kenapa?
hm. banyak sangat denda yang aku kena. rotan dah biasa. tapi yang paling aku tak suka bila parents aku dipanggil. TAK SUKA! jangan libatkan mereka boleh?

5. hari yang paling bosan dalam sekolah?
Ahad (di kedah, jumaat sabtu cuti ) liat nya nak pi sekolah hari ahad.

6. cikgu feveret korang?
ok. masa srk. st anne's convent = arwah cikgu fauzi (dia ja yang selalu backing aku kalau aku masuk bilik guru besar)
smk sultan badlishah = cikgu rohani, sayang kat dia sebab selalu bagi markah tinggi kat aku. cikgu-cikgu lain,semua aku tak suka. sorry cikgu.
smk teknik kulim = ramai . mereka sangat sporting. sayang mereka.
smk chio min = semua cikgu cina jadi cikgu-cikgunya agak bias.

7. barang yang korang tak penah tinggal masa gi sekolah selain dari pensil, pensil case, etc?
jam. penting untuk tau waktu habis sekolah/kelas.

8. perasaan korang nak tunjuk report kad.
ok. adah, ko 2 versi kan. aku 3 versi.
convent (rendah ) = bangga beb. tak sabar je nak tunjuk, boleh dapat hadiah dari mama dan abah.
smk sultan badlishah = report kad tu dah lunyai sebab aku selalu lipat-lipat pastu sorokkan kat dalam laci. dah nak dekat-dekat exam baru aku tunjuk kat abah supaya dia ada sikit ja masa nak membebel sebab repot kad dah nak kena hantar esoknya.
smk teknik = saja ja letak repot kad atas meja ruang tamu bagi abah senang nampak. ( tiba-tiba di sekolah ini, tahap kebodohan aku semakin menurun )

9. pernah jeles bila kawan korang dapat markah tinggi? apa korang buat?
tak penah jeles pon. lantak korang la nak dapat 100 pun. hehe. kan aku kata, aku ni bebal sikit.

10. jawatan paling besar korang penah pegang?
pemonteng sekolah. tulah jawatan terbesar aku.

11. rindu tak nak balik sekolah semula?
hm. aku memang malas pegi sekolah. tapi aku rindu zaman persekolahan. huhu

ok. skang aku nak cari mangsa-mangsa aku.

* saini *
* anis *
* amir *
* suraya *
* leeya *

No comments: