27 April 2009

adat istiadat melayu. last part okeyy



aku sudah selesai menjawab peperiksaan bagi subjek adat istiadat melayu.

hahah.
akhirnyaaa
mesti korang dah bosan kan asyik-asyik adat istiadat melayu.
tak pe kawan-kawan.
ni yang last.
.

okey. aku nak habaq mai satu cerita kat hangpa ni.
tadi exam dari pukul 12-2.
aku keluar pukul 1.15.
hehe.
.

nak tau tak kenapa aku keluar awal?
ada dua sebab.
sebab pertama, i have an appointment with my supervisor regarding my thesis which i will be explaining it later.
.

sebab kedua.
terlalu banyak gangguan seksual.
erk?? seksual kah?
anda sendiri tentukan jap lagi ok.
.

ok. memandangkan ni subjek pb aku yakni pilihan bebas, jadi semua rakan-rakan sekelasku bukanlah terdiri daripada kosmet aku.
tu yang aku bosannn.
.
kebanyakan students adalah dari kos sejarah, psikologi dan bahasa melayu.
.

ok. masa nak start exam tadi.
kira lagi 2 3 minit nak start kan.
boleh pulak budak-budak ni, dok bersembang-sembang.
ucap good luck sini, ucap good luck sana.
sampai bangun tu pegi salam ucap good luck.
bukan tak boleh ucap.
boleh je.
tapi bukan ke ada berapa minit lagi nak start?
lain lah kalau baru ambik tempat duduk kan.
ko duduk diam-diam sudah.
aku ni dok berusaha bersungguh dok membelek kertas soalan tu nak tengok soalan apa yang keluar.
yelah. kan tak boleh bukak kertas soalan selagi belum diberitahu.
yang dorang ni dok bising-bising.
.

masa nak isi maklumat diri tu pun boleh dok bising.
cakap terlebih kotak la, terkurang kotak la.
arghhhhh.
tensen satu badan aku.
.

lepas tu, kami dibenarkan menjawab.
dalam setengah jam macam tu,
mamat depan aku ni, boleh dok meniru jawapan kawan dia.
dok bisik-bisik kat kawan tanya jawapan.
adoi laa..
aku ni kan walau kaki peniru, tak pernah langsung meniru masa final exam.
takut gila kena tangkap.
boleh kena gantung ooo.
kalau time kuiz tu selalu aja meniru.
hahah.
.

pastu kan yang aku pelik, ni soalan esei, camna laa kawan ko tu nak kasi tau jawapan.
haruslah panjang berjela kalau dia nak bagi tau pun.
tak ke terkantoi nanti.
lainlah kalau objektif kan.
cuma perlu cakap, a b c atau d je.
.

aku memang dah hangin.
tapi aku cuba fokus.
.

pastu ada la lagi gangguan dari makhluk yang tak berapa nak halus ni.
mamat belakang aku ni.
yang tadi dok risau terlebih kotak tu.
boleh pulak dok wat dengusan. deheman yang. yuckss. menggelikan.
kejap-kejap. urhhh..ahhh..ihh.
.

serius terganggu mental aku.
pastu dok tendang-tendang kerusi aku.
ko apahal bai??
nak ngorat aku buatla cara nak ngorat.
ha. kan aku dah perasan.
.

pastu boleh pulak kan, ada pengawas peperiksaan ni, berjalan, pastu bunyi la libasan kain baju kurung tu.
aku tak fokus langsung kat bunyi tu.
bukan menyakitkan telinga pun.
boleh pulak la mamat belakang aku ni.
'shhhhhhhhhhhh'
ko shhhh kat sapa mat? ko shhhhh kat kain tu ke?
libasan kain tu mengganggu kewarasan otak ko masa nak menjawab ke???
huhu. aku pun taktau la.
.

pastu adalah sorang minah ni dok batuk-batuk.
normal la batuk kan.
bukannya dia buat-buat kan.
boleh mamat ni, mendengus dengan kuat pastu 'tssskk'
pastu shhhhhh lagi.
aku dah bengang tahap 10.
.

pastu dok buat lagi bunyi-bunyian yang menggelikan tu.
uhh ahhh.. ihhh...hmmm..
aku cepat-cepat siapkan jawapan.
pastu aku blah.
masa blah tu lupa pulak aku nak tengok sapa makhluk kat belakang aku tu.
tua ke muda?
sebab kelas aku tu banyak yang makcik dan pakcik..
.

sekian lah cerita aku.


No comments: