07 April 2009

aku tak suka ..


ok. aku sebenarnya sangat banyak kerja yang hendak dibuat. tapi hari ni aku membuat keputusan untuk relax kejap dan baca blog-blog orang lain. banyak jugak blog yang aku baca hari ni, dari satu link, ke satu link aku klik. kawan punya kawan punya kawan punya kawan blog aku klik. ada yang aku suka, ada yang aku tak suka. jadi hari ni aku nak cerita sikit pasal blog-blog yang aku tak suka baca. aku rasa bukan aku je kot, blogger-blogger lain pun sama. aku tak suka blog yang:

1. mencampur adukkan huruf besar dan kecil. *cth: HaLoo0o0. AkU bOdO sEbAb AkU sUka CamPuR uRuP bEsAr DaN kEcIk.* aku hairan jugak. rajin pulak dia dok menekan caps lock tu untuk tukar-tukar huruf kan? seriously, mata aku sakit baca blog yang macam ni.

2. pemilihan warna font yang salah. *cth: latarbelakang blog warna putih, font warna kuning * adoii. tak ke berpinar mata aku nak membacanya. dahlah aku rabun.kalau aku nak sangat membacanya, terpaksa lah aku highlightkan dulu.

3. font yang sangat kecik. yang ni memang aku takkan baca terus. AKU RABUN. jadi harap anda faham.

4. perkataan yang pelik. * cth: aquwh ta shukew kaw larh. napew kaw tulirh macam boodark tadika. kaw ingat kaw shomei cangat kew tulih camtuwh * aku memang pelik dengan golongan-golongan yang macam ni. nak kata tak cukup umur, dah cukup umur dah pun. siap reti buat blog lagi. aku pun tak pasti samada percakapan seharian mereka pun sama seperti apa yang mereka tulis.

5. singkatan perkataan yang aku tak faham * cth: hr ni aq x tdo sehr sbb aq lp mkn ubt tdo. bl x lh tdo, aq sk kntt. ktt aq bau bsk gl. * aku boleh terima singkatan-singkatan yang standard dan boleh difahami. tapi kalau blog yang aku setengah minit dok tilik satu-satu perkataan tu untuk mendapatkan sebutan yang betul, mau 3 hari baru aku dapat habis baca satu entry dia.

6. blog yang hanya menceritakan perihal kisah cinta yang memualkan. aku tak kisah kalau kisah cinta ini dimasukkan sekali sekala. tapi kalau dah 90% pasal kisah cinta mereka saja, siapa yang tak bosan.

7. blog yang memaparkan kekayaan semata-mata. baru aku perasan, terdapat sesetengah (tak semua ) yang gunakan blog untuk menunjukkan kekayaan mereka. contohnya, si polan-polan ni amat gemarkan jenama-jenama tututt ni. dan gambar-gambar barangan miliknya dan entry yang ditunjukkan semua dipaparkan dengan niat untuk riak takbur. aku ada juga terbaca si empunya blog yang kaya raya tetapi tidak pernah mendedahkan kekayaannya. cuma gambar-gambarnya secara tidak sengaja memaparkan kekayaannya. contoh, dia hanya memaparkan gambarnya yang sedang duduk di atas kerusi. tapi aku perasan yang dalam gambar dia tu termasuk jugak kereta bmw dia tu. sikit je yang termasuk. kira dia tidak sengaja memaparkan kekayaan dia. macam ni oklah.

8. blog yang memaparkan lirik lagu je. semua entry-entry dia lirik lagu. kalau dua tiga, biasalah. aku pun buat. tapi ni, the whole blog is about song lyrics. tak da pun cerita pasal dia.

9. blog yang penuh dengan exceeded information. information yang hanya di copy paste dari internet dan sangat panjang pulak tu. *cth: 399 sebab perempuan inginkan lelaki yang setia * sangat lenguh mata aku nak baca semua tu.

10. blog mengenai bisnes. selalu saja aku dapat jemputan untuk mengikuti blog-blog ni. tapi aku tolak. * cth: dapatkan rm 1 juta dengan hanya bermodalkan sekupang !! * bohsan aku. tapi blog-blog mengenai barangan yang nak dijual, aku sukaaa.

itu sahaja buat kali ini. nanti aku buat senarai blog yang aku suka pulak.

8 comments:

saadah saadun said...

wa..
jgn la bnci aku..
aku ni kaya..
suka takbur..
then aku nih jiwang..
suka tayang bf..
and aku nih suka tls hurop besar hurop kecik..
waaaaaaaaaaaaaaaa....
nape sume kriteria tersebut ada pada aku??????

ok..aku tipu..lalalala

(btolkan bukan aku yg ko maksudkan?..ekeke)

wonderfulwaniey said...

oh, kalau ko yg aku maksud kan, sudah lama aku meletakkan racun dlm makanan ko scr senyap2.

tidak.tidak..bukan ko.. 'mereka-mereka'

saadah saadun said...

haha
aku pn busan dgn entry yg sedemikian rupa..
mata aku amat skit dgn mereka ini

aKu™ sAi said...

waa... aku terasa yee..ahaha....

wonderfulwaniey said...

huhu. yg mane lak yg ko terase saini?
blog ko xde plak kriteria2 d atas. hehe.

PuteriHannah said...

tetiba ntah mengapa aku pun trase..
huwaaaaa..:(
tp xtau terasa kat mana..
:(hehe

wonderfulwaniey said...

lor.. sahabat2 ku..
aku bukan tujukan untuk kalian.
huhuhuhu...

PuteriHannah said...

yeke sahabatku?
wahhhh..hapy nyeee...
tp kan,mulai saat ini,akanku choose normal font ..hehehe..xnak save space lagi..:)
wani,suka la polkadot punye layout ni..